Perkahwinan Mutaah (Nikah Kontrak

)

Maruah wanita di mana nilainya? “Saya terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya,” demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini. Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya. Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah. HARAM DALAM ISLAM “Mutaah berasal daripada perkataan mata‟a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh. “Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu. “Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.

saksi dan sebagainya). sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.” katanya.Menurut Nabilah. “Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah. sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. nafkah dan kasih sayang sewajarnya. tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus. Nabilah berkata. daripada lelaki atau perempuan. setiap individu. Menurutnya . pusaka. memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu. banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan.” katanya. jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan. talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran. “Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan. “Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah. Tambahan pula. Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat. situasi yang sinonim dengan „pelacuran‟. malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Firman ALLAH yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh. sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi. sedang ia beriman. tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali. iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah. maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan . WANITA JADI BARANG SEWAAN “Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata. Berdasarkan prinsip Islam. namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir. di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan. Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain. malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak. Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab.

” katanya. dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan. dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka. cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza.serikasih. malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya.com/perkahwinan-mutaah-nikah-kontrak#ixzz1u1YabO00 . RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA “Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?.” soalnya. Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna. sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami. Nabilah berkata.” (surah al-Nahl ayat 14:97) “Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan. dan tidak salah jika saya katakan ia adalah „pelacuran yang terancang‟ dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad. “Besar implikasinya terhadap keturunan. tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara „halal‟. nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki.yang baik. Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA (Sinar Harian) Read More: http://www.

.kitab Umdatul Ahkam).tabien.(ruj Kitab Al.a bahwa Rasulullah SAW telah melarang nikah mut'ah dengan wanita pada perang Khaibar dan makan himar ahliyah.(ruj Kitab Umdah As-Salik Wa Uddatu An-Nasik oleh Ibn Naqib bab nikah) Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.9 ms 6551) Para ulama telah bersepakat bahawa sesuatu pernikahan yang dibuat dengan syarat bertempoh itu adalah tidak sah. (HR Imam Al Bukhari ruj.(ruj Kitab Al.Perkahwinan ini adalah batil kerana ianya termasuk apa yang dikatakannikah Mut'ah Nikah mut'ah pula adalah sesuatu persetujuan atau persepakatan antara lelaki dan perempuan untuk tamatta'(berseronok) salah satu daripada kedua-duanya dengan tempoh yang tertentu kemudian ditinggalkan tanpa talaq.Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65) Nikah kontrak termasuk di dalam pernikahan muaqqat (bertempoh):iaitu sesorang lelaki bernikah dengan wanita dalam tempoh sepuluh hari atau sebulan atau setahun.begitu juga sama ada syarat pernikaan itu dibuat dengan syarat tempoh yang sekejap ataulama.dan a'immah mazahib selain dari imamiah.Nikah Kontrak Nikah menurut syarak adalah sesuatu akad perjanjian yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.Tidak kira sama ada pernikahan yang dibuat dengan syarat tempoh yangdiketahui seperti lafaz"aku bernikah dengan engkau dalam tempoh setahun"atau syarat tempoh yang tidak diketahuiseperti lafaz "aku bernikah dengan engkau sehingga aku selesai belajar atau selesai bekerja".(Kamus Dewan) Di antara syarat sah pernikahan ialah Bentuk ijab dan qabul pernikahan hendaklah dibuat secara muabbadah (selamanya) dan bukanlah dalam bentuk muaqqatah (bertempoh).(ruj Kitab Feqh Islami Wa Adillatuhu Dr Wahbah Az Zuhaili jilid.Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65) ‫عي علي بي أبي طالب زضي هللا عٌَ أى الٌبي صلى هللا عليَ ّسلن ًِى عي ًكاح الوتعت يْم‬ ‫خيبسّعي لحْم الحوس األُليت األًسيت‬ Maksudnya: Dari Saidina Ali bin Abi Thalib r.Sekiranya pernikahan itu (dibuat dengan syarat) bertempoh maka batallah pernikahan tersebut.Pernikahan mut'ah adalah batil menurut persepakatan jumhur sahabat .

Rasulullah s. batal pernikahan sekiranya nikah dengan (syarat) tempoh umur suami atau umur isterinya. (ruj. Perbezaan nikah mut'ah dan muaqqat adalah pada lafaz tamatta' bagi nikah mut'ah dan lafaz zawaj (nikah) bagi nikah muaqqat. Di dalam mazhab As-syafieah telah mengatakan dengan jelas dalam bab jual beli. Contoh lafaz bagi nikah mut'ah. ‫توتعت بك يْها بديٌاز،فقالت قبلت الوتعت‬ Aku bertamatta' (berseronok) dengan kamu untuk satu hari dengan satu dinar maka perempuan itu menjawab :Aku terima mut'ah tersebut. perempuan tersebut menjawab :Aku terima Adakah pernikahan ini batal kerana diiringi dengan tempoh? Al Imam Khatib As-Syirbini rahimahullah di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj dan Al-Imam Al-Ramli rahimahullah dalam kitabnya Nihayah Al-Muhtaj. Karim Zaidan jilid 6 ms 162) Bagaimana sekiranya pernikahan itu disyaratkan tempoh umur salah satu daripada suami atau isteri? Sebagai contoh:Aku bernikah dengan kamu dengan tempoh umur kamu atau.Jual beli seperti ini tidak .kemudian perempuan itu menjawab Aku terima. ‫تزّجتك هدة كرا،كعشسة أيام هثال على هِس قدزٍ كرا فتقْل:قبلت‬ Aku bernikah (berkahwin) dengan kamu dengan tempoh sekian.seperti sepuluh hari sebagai contoh (dan) dengan kadar mahar sekian.Kedua-dua kitab syarah Minhaj At-Thalibin karangan Imam Nawawi rahimahullah ini menyebutkan bahawa. aku bernikah dengan kamu dengan tempoh umurku.kitab Al Mufassal Fi Al-Ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim Dr. Contoh lafaz bagi nikah muaqqat atau kontrak." (HR Muslim.w bersabda : ‫يا أيِا الٌاس،إًي كٌت أذًت لكن في االستوتاع بالٌساء،ّإى هللا قد حسم ذلك إلى يْم القياهت‬ Maksudnya : "Wahai manusia. Ketahuilah bahwa Allah SWT telah mengharamkannya sampai hari kiamat..a.Kemudian. Ahmad dan Ibnu Majah).Sekiranya seseorang itu mengatakan:Aku menjual barang ini kepada kamu dengan tempoh hayat kamu. dahulu aku mengizinkan kamuistimta dengan wanita( nikah mut'ah).

-Manakala sekiranya lelaki tersebut berniat akan talak isterinya setelah berkahwin tetapi hanya memendamkan niatnya tanpa makluman bakal isteri atau walinya.nikah fasid dan watie syubhah. Maka jelaslah disini. Mazhab Maliki Hanbali dan Syafie mengatakan :sekiranya seseorang lelaki menikahi perempuan tanpa syarat tetapi di dalam hatinya sudah berniat untuk mentalak perempuan tersebut setelah tempoh sebulan (perkahwinan). atau pada walinya lalu dipersetujui. kebanyakan ulama mengakatan nikah Muaqqat adalah batil.ana musykil.nikah kontrak.(ruj Kitab Al.Maka (dalam) pernikahan lebih utama.kemudian disampaikan niatnya kepada bakal isteri tersebut.hubungan mereka itu zina.Usrah Al-Muslimah Fi Al-Alam Al-Muasir Dr Wahbah Az Zuhaili ms 65/ Kitab Al Mughni) Bagaimana nasab anak hasil daripada hubungan perkahwinan kontrak? Penentuan nikah kontrak sama ada batil atau fasid memberi kesan pada nasab anak. .(kalaulah jual beli dengan tempoh hayat sesorang sahaja batal apatah lagi nikah) (rujuk Kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 4 ms 239 dan Kitab Nihayah Al-Muhtaj jilid 6 ms 215) Bagaimana sekiranya seseorang lelaki yang bernikahdengan niat akan talak perempuan tersebut tanpa menentukan waktu akan talak perempuan tersebut? Mungkin beberapa kemungkinan yang boleh kita buat dari persoalan di atas. tidak sah.sah.nikah syagar ni contoh nikah fasid [scene-r] Mungkin soalan ana yang terakhir.Apa yang saya dapati. mungkin perkahwinan yang ingin dilaksanakan itu kerana dendam atau sesuatu kepentingan peribadi maka nikahnya adalah sah tetapi berdosa.atau setelah sempurna keinginannya di negara tersebut maka nikah tersebut adalah sah.perkahwinan tersebut adalah perkahwinan muaqqat(bertempoh) yang tidak diketahui. -Sekiranya seseorang lelaki berniat akan talak isterinya setelah berkahwin.Ini bermakna perkahwinan tersebut adalah batal. [scene-r] Kalau begitu apakah contoh nikah fasid sebab saya tidak dapat bezakan nikah fasid dan batil [Syaikh] Nikah muhallil. bagi menjawab persoalan ini.Justeru itu. untuk kepastian. Beliau menjawab :Di nasabkan kepada ibunya sebab nikah itu batil. saya telah menghantarkan khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah melalui telefon bimbit rakan saya.bukankahsabit nasab itu pada nikah soheh.

Mengapa tidak sabit nasab pada nikah kontrak malah pada ibu sedangkan rosaknya nikah kontrak pada syarat sah nikah bukan pada rukun. mereka tahu dan semua tahu hukumnya batil.Jazakumullah Khairan [Syaikh] Fasid fi haqiqatil amri sementara pasangan tidak tahu.Nikah kontrak termasuk dalam nikah fasid.seperti dinikahkan oleh wali atau saksi yang fasik sedangkan mereka tidak tahu. Kalau mereka tahu maka mereka tidak boleh berkumpul -kalau kontrak. (messeges send 25/6/1428) Wallahu A'lam. .Mohon bimbingan dari syaikh.

di putar belitkan oleh mereka yang bijak pandai dan berkepentingan .Di Iran . daripada tinggal serumah .student iran di Malaysia pun ada yg buat begitu .. atau untuk dua tahun saja ' . ianya salah dan tidak diterima .. cinta dan berzina macam kambing lebih baik nikah .. sebagai contoh ' untuk setahun saja . untuk mengelakkan para soldadu lemah semangat kerana teringatkan isteri .. gadis2 dinegara yg mereka berperang . menggunakan bahasa Parsi . . biasanya yg banyak melakukan perkara begini di Iran adalah student . kristian .. si anak akan mencari siapa dan dimana bapanya ? ~ dalam agama Islam . lagipun tempoh nikah sudah selesai/tamat iaitu cuma 2 tahun .. sebab itu sehingga kini budaya ini masih berakar di Iran kerana Iran adalah negara Parsi . pasti akan terpikat dan merasakan ianya adalah benar . cuma sebahagian kecil di Iran yang menggunakan bahasa Arab dalam bahasa harian . orang iran . selama berjauhan dengan isteri mereka sering terpikat dengan perempaun . ahli perniagaan ... ia bermula zaman dahulu iaitu apabila para suami pergi berperang . banyak implikasi buruk . di malaysia ..Iran bukan negara Arab . sekadar untuk melepaskan nafsu yang terpenjara sekian lama .. dahaga seks dan sebagainya . ada satu budaya dorang yg dipanggil nikah kontrak ' nikah mut'ah' . . budaya ini telah disalah gunakan . selepas selesai study masing2 bawa diri . terutama nasib dan masa depan anak yg terhasil selama tempoh nikah tersebut .generasi muda yg tidak faham dan cuma mahukan sesuatu keseronokan yg dipayungkan dengan isu dosa .. budaya kawin kontrak ini sebenarnya adalah budaya Parsi . berzina dan sebagainya .... cara begini tidak dibenarkan .mereka berada berbulan2 ditempat orang .. orang politik dsb . .. ha ha . . . dengan perjanjian para soldadu mesti tinggalkan /ceraikan isteri mereka apabila perang tamat dan balik kenegara asal ..... alasan dorang buat begitu ialah untuk lepaskan/mengelakkan diri dari melakukan dosa . dorang kawin cara betul tapi ada syaratnya iaitu ditentukan tempoh dorang sebagai suami isteri .cara ini memang ditentang .. para komandan akan merestui mereka untuk kawin dengan perempuan tempatan .

kecuali hamba sahaya yang kamu miliki [ . misalnya “mengahwini sipolan selama satu minggu dengan upah sebanyak 5000. Nikah mut’ah boleh dibuat dengan apa saja wanita.( Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan ke atas kamu).00″.” 3.~ 1. maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna). dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh. Ini untuk menyuluh semula pegangan agama kita dalam soal ini. PENGENALAN Nikah mut’ah adalah satu fatwa sesat daripada golongan Syiah. DALIL NASH YANG TERBABIT Firman Allah Ta’ala [ Surah An-Nisa'] ayat 24:: ﴿ ﴾ Ertinya:: “Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang. Seterusnya mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya itu terbatal dengan sendirinya. tidak perlu mengikut ketetapan syara’ sehingga empat sahaja sebagaimana kahwin yang biasa. sudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). 2. PERBEZAAN TAFSIRAN ANTARA SYIAH DAN SUNNI . 1. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui. PERBEZAAN ANTARA SUNNI DAN SYIAH DALAM SOAL NIKAH MUTA’AH.iaitu hamba sahaya yang dimiliki dengan jalan tawanan dalam perang Sabil. Cara nikah mut’ah itu ialah dua orang laki-laki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi bernikah dengan akad. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu). Saya terpaksa menerangkan ini kerana ada pihak sudah terlalu kerap menganjurkan pernikahan muta’ah dengan membawa dalil ayat Quran Surah An-Nisa’ ayat 24. sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama-sama oleh kamu (suami isteri). yang suaminya tidak tertawan sama . Eddah wanita bercerai dari nikah mut’ah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh.Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu. lagi amat bijaksana. bukan secara berzina.].

maka bolehlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba yang beriman yang kamu miliki.“ “Ujur” dalam ayat itu bukan bermaksud “upah” tetapi bererti “mahar” atau “mas kahwin“.2 GOLONGAN SUNNI atau AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.. faridhotan ] sebagaimana berikut:: ( Menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta’ dengan mereka.. Erti yang sebenar dari frasa ayat mulai dari “famastamta’tum bihi … hingga … faridhotan” itu ialah:: “Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu).Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu. kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba sahaya itu) adalah berasal sama (dari Adam. kita boleh istimta’ (iaitu bersenang-senang) dengan wanita asalkan dibayar upahnya. maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) siksa yang ditetapkan kepada perempuan-perempuan yang merdeka. lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina). maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna). tetapi ayat yang berkaitan dengan soal nikah.1 GOLONGAN SYIAH:: Golongan Syiah menafsirkan ayat di atas [ khususnya daripada "famastamta'tum bihi . hingga . yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman. Ini jelas diterangkan oleh ayat selepasnya iaitu ayat 25 Surah An-Nisa’:: ﴿ ﴾ Ertinya:: Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan baik-baik (yang merdeka. serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. berpegang bahawa nikah mut’ah itu sama hukumnya dengan zina. Menurut golongan Syiah. berikanlah kepada mereka upah mereka sebagai suatu kewajiban”. 3. sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah).. ( Hukum perkahwinan ) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan perempuan-perempuan hamba sahaya) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu. dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan perempuan hamba) itu adalah lebih baik bagi kamu.. Erti ayat ke-24 Surah An-Nisa’ di atas bukanlah menghalalkan mut’ah. terlarang lagi haram. dan seagama pula). dan istimta’ itu ialah mut’ah menurut mereka. .3. Kemudian setelah mereka (perempuan hamba sahaya itu) berkahwin. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. ringkasnya Sunni atau ASWJ.Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya.

iaitu maskahwin).Dan (ingatlah) Allah amat pengampun. Frasa ayat “fankihu hunna bi izni … hingga … bil ma’ruf” di atas jelas menyatakan:: Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya. Di sinilah letaknya kesalahan golongan Syiah yang mana mereka menghalalkan yang haram kerana tersalah dalam menafsirkan erti “ujur” sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh ayat yang lain (iaitu ayat 25 di atas. serta berikanlah mas kahwinnya menurut yang patut. lagi amat mengasihani. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful