Peranan Guru Besar

dan Penolong Kanan Dalam Meningkatkan Kualiti Staf
Pendahuluan Senario pendidikan negara hari ini harus dapat dilihat secara menyeluruh dalam konteks merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan supaya rakyat dan negara tidak terpinggir dalam arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas berkembang. Segala perubahan yang sentiasa berlaku khususnya dalam pendidikan negara kita memerlukan para Guru Besar dan Penolong Kanan sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Kecemerlangan perlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor dalam sekolah itu sendiri yang merangkumi dasar sekolah, amalan-amalan, tanggapan, sikap dan motivasi staf, matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi. Reformasi perlukan penglibatan total seluruh staf yakni bukannya bersifat individualistik atau melibatkan sekumpulan guru sahaja. Jika tidak kemajuan adalah sedikit sahaja dan tidak berjaya dari segi 'school wide improvement.' Perubahan ke arah peningkatan kualiti staf dan organisasi perlukan kefahaman dan kesediaan pihak-pihak berikut; 1. Pengurusan atasan (pemimpin) 2. Seluruh kakitangan/Staf (Total Involvement) 3. Pasukan-pasukan kerja. QC (Quaity Control) mula-mula dilaksanakan dalam tahun 1920 di Amerika Syarikat sebagai satu alat statistik dalam usaha penambahbaikan pengeluaran industri pada waktu itu. Jepun kemudiannya menggunakannya di dalam semua operasi sesebuah organisasi sebagai kawalan kualiti yang dikenali kemudiannya sebagai Total Qualty Control (TQC). A.V. Feigenbaum (1920 - ) orang yang memperkenalkan TQC mendefinisikan TQC sebagai; "Total quality control is an effective system for integrating the quality-development, quality-maintenance, and quality -improvement efforts of the various groups in an organization so as to enable production and service at the most economical levels which allow for full customer satisfaction." Sheh Seow Wah dalam Chinese Management (1995) menyenaraikan tujuh ciri yang digelarnya sebagai 'kesakitan-kesakitan menular' di dalam organisasi: 1. Kurangnya sistem operasi dan mekanisme kawalan. 2. Struktur aktiviti yang rendah.

3. Stail Kepemimpinan. 4. Ketrampilan dan kemahiran pengurusan. 5. Kurangnya Arahtuju. 6. Ketidakberkesanan Mesyuarat. 7. Cakap Sahaja Tiada Tindakan. Situasi ini akhirnya mewujudkan semangat bekerja yang rendah di kalangan staf ditambah pula suasana kerja yang pasif dan tahap motivasi yang juga rendah. Keadaan ini seterusnya timbul budaya kerja yang jadi faktor penghalang kepada penyuburan, kemajuan dan perkembangan organisasi. Hubungan Individu dengan Organisasi Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian/unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian/unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian/unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, nescaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Para pengurus mestilah dapat menentukan arahtuju dan dengan itu dapat menukar dan membentuk tingkahlaku staf ke arah yang lebih berkualiti dan cemerlang. Dalam situasi di mana tiadanya objektif dan arahtju serta tiada pula pelan tindakan organisasi itu menuju kehancuran. Bagi yang ada objektif tetapi tiada pelan bertindak ia seolah-olah bermimpi di siang hari. Begitu juga halnya jika organisasi mempunyai pelan bertindak yang baik tetapi kurang pula aspek objektif dan arahtuju yang jelas, organisiasi sedemikian dikatakan berjalan dalam tidur. Mod Tingkah-laku : Pengurus personel perlu sediakan role-model dalam interaksi harian dengan manusia, respon kepada peristiwa dan membuat keputusan. Nilai dan norma haruslah serasi dengan perkembangan polisi dan prosedur yang diperkenalkan. Mengubah tingkah-laku selalunya sukar dan menyulitkan Perubahan tingkah-laku hanya boleh berlaku apabila manusia mempunyai pengetahuan dan kebolehan menterjemah nilai-nilai dan norma-norma baru di samping boleh menerimanya. Jika pekerja tidak mempercayai kepentingan nilai-nilai dan norma-nroma tersebut, mereka tidak akan mengamalnya. Oleh itu mengubah tingkah-laku individu, kumpulan dan organisasi lazimnya memakan masa, dari tahap ke tahap serta secara beransur-ansur. Menurut Sergiovanni (1984) Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Beliau senaraikan lima kelompok peranan tersebut sebagai berikut: 1. Pemimpin Teknikal: - Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum. 2. Pemimpin Manusia: - mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.

3. Pemimin Pendidikan: - main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan. 4. Pemimpin Simbolik: - mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yang disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya. 5. Pemimpin Budaya: - main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi mengekal imej dan prestij sekolah. Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah. 1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya; 2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya; 3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan masyarakat sekitar; 4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum; 5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran; 6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah; 7. mengawasi waktu pembelajaran murid; 8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru; 9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan intensif dan sumber; 10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan 11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal. Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan: 1. Visi 2. Inisiatif proaktif 3. Bimbingan 4. Kebijaksanaan dan Hikmah 5. Kuasa Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting;

sistem komunikasi . . Persetujuan 4. (d) Akauntabiliti. . 2. keuntungan. ABUNDANCE MENTALITY . Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu: a. kita sedia mendengar dan komited bagi memahami pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama. walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai satu sama lain. INTEGRITI . tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat. Watak 2. kewangan. kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan.sistem perancangan . natural atau logikal. Hubungan 3.Bagi mencapai matlamat dan nilai.sistem belanjawan .satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan peluang bagi semua orang. (e) Kesan-Akibat. KEMATANGAN . perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu disempurnakan.hasilnya berkongsi prtestasi. Sistem sokongan 5. . c. (b) Bimbingan. sistem-sistem yang perlu ada: . Proses 1. membuat keputusan dan sebagainya. (a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila.Untuk kejayaan menang/menang. (c) Sumber.sistem informasi .ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan pertimbangan. . pengiktirafan.sistem latihan . 3.Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem yang boleh memotivasi mereka. kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan matlamat dan nilai-nilai tersebut.tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi menang/menang.1. Sistem Sokongan: . b. perincikan antara baik dan buruk. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan. 4.bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak dengan menunaikan janji dan komitmen.sistem ganjaran . teknikal atau organisasional bagi membantu mencapai hasil. apa akan berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang.nilai kepada diri sendiri .

. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut. mencipta pilihan berfaedah bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang. though in these areas they play a most vital role. 3. kita akan mendapat hasil yang buruk! 5. The role of organization and discipline is not confined to the military forces and to war.Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima sepenuhnya. 2. you are truly rich... If you realize that you have enough. "Organization and discipline can give strength to the weak and small. mastering yourself is true power. knowing yourself is true wisdom." ~ (Mahathir Mohamad .The Challenge.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada kedudukan. 1986) Oleh itu mengejar kualiti dan kecemerlangan organisasi adalah bermula dengan kualiti diri setiap individu sesebuah organisasi dan sewajarnyalah kita sebagai guru besar dan penolong kanan dapat memainkan peranan yang positif secara lebih dinamik dan dengan penuh semangat jaya diri yang unggul dan tinggi setiap waktu. Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah. Individu dan organisasi perlu mempunyai disiplin yang utuh bagi menempa kejayaan. Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut: 1. Knowing others is intelligence. Penutup Adalah jelas betapa pentingnya hubungan tugas dan peranan di antara individu dengan organisasi bagi menentukan kualiti dan kecemerlangan secara menyeluruh. . bukan orangnya. Jika kita letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk. 4.Taoism . Benar-benar cuba memahami dan beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi. tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan. In other fields too organization and discipline are important in ensuring success. Mastering others is strength.

PENGENALAN 1. TERM PAPER : PERSEPSI TERHADAP KOMPETENSI GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN: SATU KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH BAB 1 . Asian Productivity Organization. Tokyo. Harper Collins Publishers. Rick and Krischner. Sebagai ketua. Simon & Schuster. Stephen R. Shigeru (1988) Company-Wide Total Quality Control. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sheh Seow Wah (1995) Chinese Management. & Merill. Covey. New York. Oleh itu kajian ini cuba mengenalpasti tanggapan keperluan dan tahap kompetensi mereka bagi menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran.Rujukan Bremer. Mahathir Mohamad (1986) The Challenge. Kuala Lumpur. Thinker's Library Sdn. Covey. New York. Selangor D. Sydney Newton. MPH Distributors Sdn. Novak. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Pelanduk Publications (M) Sdn. beliau mengepalai seluruh anak buahnya untuk menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Rick (1994) Dealing With People You Can't Stand. Selangor D. Jabatan Pendidikan Negeri. Petaling Jaya. Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987). Philip 91994) The World's Wisdom. Mizuno. baik di Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.1 Latarbelakang Kajian Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perubahan yang besar iaitu perubahan dalam struktur organisasi pengurusan pendidikan peranan dan fungsinya di setiap bahagian dan peringkat.E. Inc. Ph. Petaling Jaya. Mc GrawHill.E. A. (1989) The Seven Habits Of Highly Effective People. Rebecca R. Selangor D. (1994) First Things First.0 Pendahuluan Peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran di sekolah memang tidak dapat dinafikan. Simon & Schuster. Perubahan in merupakan salah satu strategi ke arah menyediakan insfrastrutur yang lengkap dan terkini bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin rumit dan rencam. Bhd. Roger & Merill. Bhd. Bhd. New York. New York.D (1989) 366 Self-Motivating Essays For Students & Adults. telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang penting . Brinkman.E. Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di peringkat sekolah. Stephen R.

Menurut Jawatankuasa tersebut. memberi kepemimpinan profesional kepada semua guru di sekolahnya.. Seringkali proses ini melibatkan pelaksanaan inovasi program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi para pelajar an. Sekolah telah mengalami dan menghadapi pelbagai perubahan seperti dari segi kurikulum. Navanro (1986) melihat betapa pentingnya kepemimpinan Guru Besar dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini termasuk: a. Guru Besar merupakan pelakon utama dalam menentukan halatuju sekolah dalam menghadapi kerencaman masa hadapan. kaedah pengajaran. menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa mereka sentiasa peka. dan e. kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai teraju utama. b. penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada dari segi sosial. kecekapan. kreatif. Peranan kepemimpinan pengajaran ini berkait rapat dengan usaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah selaras dengan dasar pelajaran kebangsaan. sebagai pengurus sekolah. 1993). mengelola pentadbiran sekolah.. dalam usaha menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin mencabar. dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka. . Perubahan peranan Guru Besar ini ditegaskan lagi apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu garis panduan pada tahun 1985 yang menyenaraikan tugas Guru Besar. c.dan perlu menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar. 1982:6) Ternyata wujud peralihan tugas utama Guru Besar danipada hanya menekankan pentadbiran sekolah kepada kepemimpinan pengajaran. . Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah menunjukkan bahawa penentu paling utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepemimpinan seorang Guru Besar dalam bidang pengajaran iaitu kepemimpinan pengajaran (Hussein Mahmood. menyelia pelaksanaan program pendidikan tambahan dan juga perkhidmatan sokongan. sama ada di negara membangun. dan jangan hanya bekeja semata-mata sebagai pentabdbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan. d. Di negara kita. mahupun di negara-negara maju yang lain. Semua ini menyebabkan Guru Besar. ekonomi mahupun politik.untuk menentukan kelicinan. (Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah. Antara perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Guru Besar perlulah cekap. mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan. reformasi dasar penggunaan bahasa dan pengwujudan Falsafah Pendidikan Negara. mempereratkan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat melalui organisasi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak pengelola/pengurus. dan kegiatan ko-kurikulum. telah melaporkan bahawa para Guru Besar bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar di sekolah mereka. dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah. bertindak sebagai pakar runding. dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah.

peranan Guru Besar adalah kritikal untuk mencapai kejayaan dalam sistem pendidikan. 1. Pemimpin Teknikal. yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. mengadakan aktiviti pembangunan staf dan membina perhubungan baik antara sekolah dengan masyarakat serta membina suasana sekolah yang ceria yang dapat menerima. Fullan &Pomfret. b. c. d. Matlamat Sekolah. Nyatalah bahawa peranan Guru Besar yang hanya menjalankan pentadbiran sekolah kini tidak lagi dianggap sesuai bagi mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan. c. Guru Besar telah dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah utama bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah. Hubungan Kemanusiaan Dan Komunikasi. Peranan Guru Besar dilihat sebagai penentu kejayaan dan kegagalan dalam pelaksanaan program pendidikan di sekolah khususnya dan segi kepemimpinan pengajaran (Berman & Mc Laughlin. Pemimpin Simbolik. 1988). Pemimpin Manusia.dan e. Jelaslah Guru Besar perlu mempunyai kompetensi tertentu bagi menangani inovasi tersebut. a. 1982).Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah. Sergiovanni (1984) menyatakan bahawa untuk kejayaan sesebuah sekolah. Guru Besar diharapkan memainkan peranan termasuk memberi galakan (kewangan dan fizikal) menyebarkan maklumat. Guru Besar mestilah seorang pengurus yang kompeten. Oleh itu. Sebagai rumusan. Pentingnya kompetensi bagi Guru Besar dalam menghadapi tugas dan tanggungjawabnya telah dikaji oleh Hussein Mahmood (1989) dalam disertasinya bertajuk 'A Study Of Principal's Perception Of Their Competency And Competency Needs In Instructional Leadership'. Pemimpin Budaya. lebih-lebih lagi dalam konteks Wawasan 2020. 1976. Tahap kompetensi yang perlu dimiliki juga harus dinyatakan dengan jelas agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Pengurusan Sekolah. a. Beliau merumuskan lima peranan utama Guru Besar yang kompeten iaitu. Guru Besar perlu mempunyai kompetensi khusus bagi menangani semua cabaran ini. Beliau merumuskan empat kategori kompetensi Guru Besar berasaskan peranan dan tanggungjawab mereka iaitu. Pemimpin Pendidikan. Sumber manusia yang dilahirkan perlu mempunyai kecekapan dan kompetensi khusus bagi membolehkan mereka menjalankan fungsi dan peranan mereka. Kurikulum Sekolah. b. d. memupuk dan menyokong perubahan dari luar (Ibrahim. Pembangunan sumber manusia sebagai penentu utama bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup menjadi teras utama dalam Rancangan Malaysia .2 Pernyataan Masalah Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya menghasilkan 'output' tenaga manusia yang berkemahiran dan berketrampilan sesuai dengan kehendak pembangunan negara. Guru Besar dilihat sebagai ' key person' dan pembolehubah yang penting dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan perlaksanaan inovasi pendidikan.

5. d. melihat keutamaan kompetensi mengikut persepsi Guru Besar. melihat hubungan antara kompetensi yang diperlukan dan tahap kompetensi yang ada pada Guru Besar. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak berkenaan mengenalpasti sumber manusia yang kompeten bagi membantu pihak kementerian. 1. Tan Sri Datuk Dr. mengenalpasti tahap kompetensi yang ada mengikut persepsi Guru Besar dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Batasan Kajian Kajian ini menggunakan responden dari sekitar Daerah Kuching sahaja. kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi keperluan dan tahap kompetensi Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran pembelajaran secara efektif. Kerajaan membuat beberapa perubahan besar dalam sistem pendidikan dan latihan bagi memperkukuh dan memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia dalam pembangunan negara. Jelaslah dalam usaha mencapai Wawasan 2020 dan menangani segala cabaran ke arah negara maju. melihat perbezaan tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latarbelakang Guru Besar. dinamik dan inovatif. dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke 21 (1993) mengatakan.Ketujuh (RM 7). Mereka adalah penentu kepada pencapaian matlamat ini. dan e. c. Wan Zahid Mohd. Nordin.4. Malaysia bergantung kepada tenaga manusia yang 'versatile' yang mampu bersaing dan berdaya tahan. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Khususnya kajian ini bertujuan untuk: a.. Kepentingan Kajian Perlantikan Guru Besar adalah satu usaha pemantapan pengurusan. Kompetensi yang mereka miliki penting dilihat sebagai asas kepada pencapaian matlamat ini.3 Objektif Kajian Berdasarkan masalah yang telah dikemukakan tadi. Apakah kompetensi yang perlu ada pada Guru Besar bagi membolehkannya menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran di sekolah? Setakat manakah kompetensi yang mereka miliki bagi menjalankan tugas mencabar berkenaan? Apakah tahap kompetensi ada mereka miliki bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan menyahut cabaran sistem pendidikan? 1. Guru Besar sebagai pengurus sekolah perlu peka kepada kehendak Wawasan pendidikan dan Rancangan Malaysia ke 7 bagi melahirkan sumber manusia yang 'versatile'. b. usaha untuk mencapai tahap negara dinamik dan progresif berasaskan kemampuan dalam sains dan teknologi memerlukan kumpulan kritikal sumber manusia yang lengkap dan mampu untuk berubah dan melakukan penyesuaian dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah dan kehendak industri yang dinamik. Mengkaji tahap kompetensi yang mereka ada membolehkan kita mencari ruang bagi memperbaiki program pembangunan untuk Guru Besar. Dengan mengenalpasti peranan dan tanggungjawab mereka kita dapat mengkaji kompetensi-kompetensi yang diperlukan bagi menjayakan cabaran pendidikan. Hanya pembolehubah- . Untuk mencapai matlamat di atas. 1. Sebagai pengurus pendidikan. mengenalpasti kompetensi yang diperlukan mengikut persepsi Guru Besar untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran di sekolah. mereka bertanggungj awab dalam menentukan hala tuju sekolah dan seterusnya ke arah melahirkan sumber manusia yang diperlukan oleh negara dalam mencapai wawasan negara.

6. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Manakala SYUKUR (1988) menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. kedudukan sekolah serta latihan pentadbiran yang diterima dikaji. berbincang dan mengkaji tentang kualiti. penyeliaan dan penilaian pengajaran guru. Kedua-dua konsep pentadbiran yang dikemukan oleh kedua-dua orang tadi adalah tidak lari dengan persepakatan. seorang pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran pembelajaran yang efektif. Tanpa melibatkan proses kerjasama maka pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak berlaku di sekolah. kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. keberkesanan dan kecemerlangan. jenis sekolah. Sebagai seorang pentadbir. Dalam konteks ini. ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981).2 Guru Besar Guru Besar adalah mereka yang dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan sekolah di bawah peruntukan Peraturan Sekolah Umum 1951.6 Definisi Operasional 1.1 Kompetensi Kompetensi adalah kecekapan seseorang Guru Besar dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran. . Ketiga-tiga konsep itu. 1.6. pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. 1. pengalaman mengajar dan pengalaman sebagai Guru Besar. dapatan mungkin sukar untuk dibuat generalisasi tentang kompetensi serta tahap kompetensi yang ada dan yang diperlukan oleh kesemua Guru Besar di Malaysia. Ini meliputi enam kategori iaitu kurikulum dan pengajaran.3 Pemimpin Pengajaran Pemimpin pengajaran merujuk kepada peranan dan tanggungjawab Guru Besar dalam memastikan kurikulum dilaksanakan dengan jayanya dan berkesan. motivasi staf dan pengurusan sekolah. jantina..6. Peranan Pengetua Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. pembangunan staf.pembolehubah seperti umur. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi zaman orang bercakap. Oleh itu. Zaman bercorak pentadbiran kolonial British telah berakhir. kelayakan akademik. yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. Mudah digauli dan menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Namun demikian kecekapan ini perlu dilengkapi oleh pengetahuan. Dia adalah seorang pentadbir. Oleh itu. 1. hubungan interpersonal.

Wawasan ini mengajak kita untuk menjadi pelakon utama. Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya. Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk membelenggu kita di dalam `status quo'. dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. seharusnya mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi tentang wawasan 2020. guru dan kakitangan sokongan. Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajarpelajar sebagai sasarannya. Kini. Walaupun teori ini bukanlah faktor penentu kejayaan dalam kepemimpinan hari ini tetapi ini adalah asas yang perlu ada kepada seorang pemimpin. yang kuat jiwanya dan tinggi kemahuannya. menjadi seri panggung kepada drama perubahan (zahid. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu. Teori ini adalah terkenal dan menjadi panduan pada peringkat awal pengkajian dahulu setelah melihat kepada perkembangan sejarah bahawa pemimpin-pemimpina yang terkenal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai peribadi yang menarik dan disenangi. menjadi primadona. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. melalui anak-anaknya. semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno. Di antaranya ialah teori kepemimpinan karismatik. . Ke atas Teori kepemimpinan Beberapa teori kepemimpinan telah muncul dan banyak dibahaskan oleh golongan bijak pandai dalam usaha uuntuk melahirkan kepemimpinan yang berkesan. Jadi. Demikianlah kata-kata Al-marhum Hassan Al-Banna seorang mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin Islam pada zaman moden. 1994). Manakala outputnya juga adalah manusia.1994). teori karismatik tidak lagi merupakan sebagai angkubah utama untuk kejayaan kepemimpinan pengetua. sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi.Sebagai seorang pemimpin sekolah. tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar. murid dan masyarakat. Sejarah umat adalah sejarah para pemimpin yang sedar. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan mempunyai cita-cita yang tinggi.

Mcgregor pula telah memperkenalkan teorinya yang dipanggil teori X dan teori Y. pemimpin yang berjaya adalah terdiri dari pemimpin yang dapat memberi perhatian yang berat kepada tugasnya. maka timbul pula satu teori yang lebih menjuruskan kepada keadaan semasa. Penentu kepada kejayaan bukan hanya satu sahaja. Oleh itu pandangan dan sifat kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka mencari kesalahan. dan mewujudkan kerjasama dengan orang-orang bawahannya. Sifat ini tidak akan melahirkan corak kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir guru-guru yang bersifat kayu mati (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan kerenah seorang pengetua yang tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain. Melalui teori ini dapatlah kita rumuskan bahawa pengetua hendaklah pandai dengan budaya dan suasana persekitaran. Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin (pengetua) itu menganggap orang-orang bawahannya malas dan tidak bertanggungjawab. Setiap sekolah mempunyai iklim sosial yang berbeza. Dalam teori ini. jika pemimpin itu menganggap orang-orang di bawahnya itu rajin dan bertanggungjawab. tetapi kesemuanya adalah berasaskan kepada kebijaksanaan pengetua dan peka dengan keadaan sekelilingnya. keadaan yang berbeza memerlukan kepada corak kepemimpinan yang berbeza. budaya masyarakat setempat dan sebagainya. Mencari punca sesuatu masaalah dan menyelesaikan berasaskan kepada punca-punca itu adalah penting. Dalam konteks sekolah. guru-guru di bawah seliaannya mungkin mempunyai pandangan dan idea yang lebih bernas dari dia sebagai seorang pemimpin. maka mereka akan lahir sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan meletakkan martabat orangorangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu kepemimpinan itu. kerana menganggap dia adalah lebih bijak dan pandai dari orang di bawah kawalannya.  Setelah melihat kepada teori-teori tadi banyak diperbahaskan. Oleh itu pengetua hendaklah bijak menggunakan daya kepemimpinan yang ada padanya. Di sebalikya. Sifat kepengetuaan Walau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu. Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan. Mengikut teori ini. Bermula dari suasana dalam sekolah. Banyak faktor yang perlu diambil kira. maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sini kita dapati sekiranya seorang pemimpin itu tidak menghargai pandangan dan usaha orang-orang di bawahnya maka tentunya kerjasama tidak akan berlaku dan dengan itu nescaya tidak akan dapat melahirkan satu bentuk kepemimpinan yang berkesan. Teori ini dipanggil teori Kepemimpinan Mengikut Situasi (Situational Leadership Theories). tetapi untuk . Pengetua harus bijak supaya tidak timbul satu kejutan kepemimpinan yang boleh menimbulkan ketegangan kepemimpinan oleh guru-guru dan masyarakat sekitar.Satu lagi teori kepemimpinan yang selalu dibincangkan ialah teori perhubungan kemanusiaan. persekitaran di luar sekolah.

Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang pengetua. Kalau pengetua sudah tidak ada kredibiliti dan karisme yang tinggi. dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mempunyai komunikasi dua hala. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu segala-galanya. Sebagai seorang pengetua yang demokratik. Sebagai seoarang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik. mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja. Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa. sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang berkesan. pengetua itu seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan daya kepemimpinan yang tinggi. Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja. sekolah dan pelajar yang berkesan. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya.mengubati masalah. kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. dia juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Suasana sekolah akan menjadi pincang. urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat autokratik. Bagi orang-orang di bawah kawalannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajarpelajar akan berjalan dalam suasana yang pincang. seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Dengan wujudnya . selain dari di atas tadi. Dalam konteks ini. Sebagai seorang pengetua. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di antara mereka. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional. seorang yang peramah mesra. Dia adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru. Pengetua adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah.

memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif. sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:  Mengetahui.  Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.  Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya. Cominsky Pendahuluan Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan. but not responsibility.sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan. Sebagai 'ketua' di bidang hal ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan. Pengurusan Berkualiti Menyeluruh Hal Ehwal Murid Di Peringkat Sekolah Peranan Dan Ketrampilan Kerja "You can delegate authority. sekolah bestari. Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. sekolah berwatak.  Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:  Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar. Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas. Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. . Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya." ~ Stephen W.

komunikasi dan sebagainya. yang menentukan kita sedia atau tidak untuk 'berubah'.  Tahu dan faham semua Bidang Tugas . Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel. sebagai seorang. Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan Hal Ehwal Murid khasnya. Seorang GPK HEM berperanan dalam situasi dan keadaan yang berbeza-beza. Meningkatkan kesedaran peranan GPK HEM  Sedar bahawa perkataan 'hal ehwal' itu sendiri menunjukkan segala-gala hal mengenai murid di sekolah. konsep. Penyeliaan.  Memiliki salinan-sallinan pekeliling dan siaran-siaran berkaitan Hal Ehwal Murid terutamanya Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas dengan lengkap dan kemaskini serta mudah diakses apabila diperlukan. kaunselor. diagnosis dan anlisis 2. instruktor. memahami 'pengurusan' bidang tugas dengan lebih komprehensif. suri teladan.. 3. Buku Daftar Sekolah     .  Ketahui apa yang dibuat itu tepat dan betul dari segi falsafah.adalah 'kerja kita!'  Aspek-aspek yang GPK HEM kena bertanggungjawab iaitu disiplin. banci. ia mesti dibuktikan dengan 'kerja-buat' kita berdasarkan ciri-ciri. menampakkan unsur imaginatif. Mampu menterjemahnya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti  Apa yang diketahui. Pengelolaan program dan aktiviti berkaitan di sekolah 3. kaunseling. Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti. pemantauan serta semakan tindak ikut berhubung RMT/PSS. data dan maklumat. bahkan sebagai ibu. jurulatih. Pelaporan retan.Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM. sedia atau tidak untuk menukar strategi dan pendekatan.  Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya. motivator.  Kena sedar betapa 'beratnya' peranan yang GPK HEM patut dan boleh mainkan. Untuk lebih menjamin kejayaan apa jua urusan yang kita hadapi dan tangani jangan lupa aspek SIKAP.  Sentiasa tingkatkan pengetahuan dan kemahiran. kebajikan. prinsip dan prosedurnya serta memahami batas-batas dan implikasinya dari segi perundangan dan keharmonian organisasi dan masyarakat setempat. 1. Mengetahui.  Kerja-buat yang dimaksudkan meliputi: 1. Senarai Tugas dan Pentadbiran seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah. bapa. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) seperti yang disertakan. semua hal bersangkutan murid dengan agensi-agnsi luar sekolah. SPBT. abang atau kakak kepada murid-muridnya.. sentiasa on-time 2. pemudahcara. apa yang difahami tidak cukup dengan mengakuinya sahaja. penyelesai masalah. orang penting dalam heirarki organisasi sekolah dalam urusan hal ehwal murid. 2. orang harapan Guru Besar. keselamatan. dan bersikap optimistik bahawa kita adalah seorang GPK HEM yang lebih berwibawa dan lebih berkesan. perbaiki kelemahan dan jangan lupa selaku seorang pemimpin hal ehwal murid di sekolah kita tidak boleh menyalahkan guru-guru di bawah kita sebleum kita 'menyalahkan diri sendiri' terlebih dahulu. sentiasa berkualiti 3. Jadual Kedatangan. motivasi. Rekod dan Fail. Buku Setok. 1.  Kena faham betul-betul istilah "penolong kanan" yakni orang kanan. kreatif dan inovatif. idola.

 Tiga prinsip perlu dipatuhi bagi capai kualiti: Prinsip 1 : Kualiti ialah sebarang produk atau servis yang memuaskan hati pelanggan. melibatkan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang iii. Untuk capai kualiti setiap orang mesti ada sikap 'defect free' dalam apa sahaja yang dibuat. Bakat adalah potensi kebolehan.  Apabila kita sudah 'boleh' melaksanakan tugas dengan sempurna dan tepat. prosedur) ii. 4. ilmu pengetahuan & pengalaman ii. sikap positif: fikir positif dan buat positif iv. diketahui dan difahami oleh seluruh warga organisasi.  Ketrampilan juga bermakna 'sentiasa ke depan' dalam banyak aspek tidak hanya 'penonton' tetapi menjadi 'teraju utama' dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab. 5. walau bagaimana kecil sekali pun dibiarkan tanpa ditangani iv. Setakat hampirhampir belum cukup. Program Khas Untuk Guru atau Murid.  Tujuh ASAS KUALITI menyeluruh yang mesti dan perlu dilaksanakan bagi mencapai kualiti menyeluruh di sekolah adalah sebagaimana berikut: Asas # 1 : Menepati Standard Asas # 2 : Mengongsi Visi Asas # 3 : Pencegahan . semuanya terlibat (sistem. Penglibatan Total dalam semua AJK peringkat sekolah. Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid khasnya. Prinsip 3 : Kualiti diukur dengan 'price of non quality' (PONQ). kemahiran: mengurus dan teknik iii.dan Buku Resit Yuran Khas. Ia soal menepati kehendak pengguna. Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel  Personel yang berwibawa bercirikan: i. Pasukan Petugas. kewangan atau peluang apabila perkara-perkara tidak dilakukan dengan cara yang paling baik. Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1). dan sebagai wakil Guru Besar jika diarahkan. 4. Majlis dan Upacara. sementara kebolehan adalah pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki oleh seseorang. PONQ ialah apa yang jadi kos kepada organisasi dari segi masa.  Menyeluruh bererti: i. Hapuskira Perabot dan Buku Teks dan lain-lain yang seumpamanya. betul serta kemaskini dan menepati piawaian yang ditentukan barulah kita membuktikan kewibawaan kita dalam bidang di bawah tanggungjawab kita itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Untuk capai kualiti semua pelanggan (luar dan dalam) organisasi mestilah berpuas hati. personel. tidak ada aspek. unit. Prinsip 2: Standard kerja ialah 'defect free' (tiada kecacatan). komunikasi: interpersonal dan intrapersonal  Ketrampilan adalah isu pokok berhubung dengan 'bakat' dan 'kebolehan' seseorang ketika menjalankan tugas.  Konsep kualiti secara keseluruhan yang dipamerkan dalam semua aspek di dalam organisasi di mana Hal Ehwal Murid adalah salah satu komponen yang amat penting. Ia bukan soal lebih baik atau lebih mahal.

penilaian (berkala. berkongsi dalam membuat keputusan. mulakan dengan perancangan. Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN)  Asas # 1 : Menepati Standard dimaksudkan sebagai mencapai standard yang telah ditetapkan serta mempunyai sistem yang dapat memenuhi keperluan klien (pelanggan) yang menjurus kepada.  Asas # 6 : Penglibatan hendaklah dimaksudkan sebagai satu situasi di mana semua orang dan semua tahap terlibat dalam proses menggarap kualiti menyeluruh ini berdasarkan pasukan kualiti dan penglibatan dicirikan dengan menggembleng sumber utama iaitu manusia. rekod kerja (buku-log. . memfokus kepada usaha penambahbaikan sahaja dan mestilah digunakan dalam aspek operasi melibatkan kualiti program. dapat merangsang inovasi tanpa takut dan tidak kurang pentingnya terhapusnya budaya dan sindrom 'hangat-hangat tahi ayam. petugas dan tarikh). buletin. mengamalkan kesamarataan layanan dan tindakan di dalam dan diluar sistem sekolah bagi mewujudkan faedah bersama. fail khas). membantu menetapkan kemajuan. komunikasi dan persetujuan bersama. risalah. kemajuan projek dan budaya kualiti. bulanan.  Asas # 4 : Buat Betul kali Pertama (DIRFT) jadikan ianya satu standard prestasi tunggal dalam semua kerja-buat sama ada kerjaya atau peribadi yang bermaksud tidak ada standard alternatif. hand-out.  Asas # 5 : Pengukuran pula bererti dan meliputi mengenalpasti peluang-peluang.  Asas # 2 : Mengongsi Visi membawa maksud membina perkongsian padu dalam dan luar sekolah dan tumpuannya kepada keperluan-keperluan. menghargai 'teamwork' dan akhirnya menimbulkan rasa kepunyaan (sense of ownership)  Asas # 7 : Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN) yang bererti usaha-usaha menggarap kualiti menyeluruh dilakukan tanpa henti dan tanpa penghujungnya.  Asas # 3 : Pencegahan membawa pengertian baru di mana perlunya ketrampilan 'mencegah masalah' bukan hanya 'menyelesaikan masalah' dengan jadikan prosesproseseyan boleh ramal.Asas # 4 : Buat Betul Kali Pertama (DIRFT) Asas # 5 : Pengukuran Asas # 6 : Penglibatan Total Asas # 7 . berterusan). dan tinddkan (baiki kelemahan dan tidak mengulanginya lagi).  Ada instrumen pengesanan boleh merupakan senarai semak (tugas. membantu tetapkan matlamat penambahbaikan. merupakan kunci dan juga menjadi satu tabiat kejayaan. flow chart. buat betul dalam kekmampuan kini serta mengikat keberkesanan dan kecekapan. carta Gantt. pelaporan (perkembangan dan proses). boleh dicapai. news-letter dan sebagainya. termasuk dalam dokumentasi ini juga gambar foto. senarai kehadiran. Aspek TIADA. carta organisasi dan tidak kurang pentingnya mestilah disokong oleh sistem fail yang kemaskini dan lengkap.' Indikator menunjukkan kualiti pengurusan wujud dan dihayati: Aspek ADA. dialog serta usaha-usaha menghapuskan halangan-halanan mencapai penambahbaikan dengan menghapuskan halangan. kecekapanan sekolah. terapkan dan mantapkan bahawa pencegahan adalah sikap dan dengan menambah masa belajar. Oleh itu penambahbaikan berterusan mestilah menghapuskan rasa 'selesa'.  Ada dokumentasi yang dijilid kemas sama ada dalam bentuk buku. fokus kepada pelajar.  Ada perancangan program dan jadual aktiviti (seperti SKT) berdasarkan tahunan. penggal dan mingguan atau harian.

 Tiada aduan. kita merupakan orang penting (selepas Guru Besar) yang dijangkakan dapat membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid kita mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang kita sandang. Sedia Menghadapi Tugas Yang Lebih Berat  Pengetahuan dan pengalaman kerja adalah prasyarat kepada peningkatan prestasi yang dijangkakan apabila seseorang itu memegang jawatan-jawatan naik pangkat dalam kerjanya. teguran atau peringatan yang diterima daripada JPNP. bersih. Iklim Sekolah Selaku seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.  Tiada wujudnya sindrom elak-mengelak dalam menerima tugas dan tanggungjawab atau melaksanakan sebarang tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada matlamat dan objektif mengapa sesebuah sekolah tu diwujudkan. seronok. Sewajarnyalah kita membetulkan sikap dan tingkah-laku terutamanya dari segi penyempurnaan tugas-tugas seharian kita di sekolah. Seorang ketua sejati tidak melepaskan segala-galanya kepada orang-orang bawahannya sahaja. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat.  Mampu berfikir secara rasional berdasarkan prinsip yang betul dalam mengambil sebarang tindakan. cantik. 6.  Tiada sebarang kelewatan dalam memberi respon sama ada ianya bersifat rutin atau berkala apatah lagi melibatkan klien terdekat kita iaitu murid dan penjaga mereka. kondusif. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang dimaksudkan itu tidak akan diperolehi jika kita tidak didedah. pimpinlah diri kita dahulu. sungutan dan rungutan daripada pihak-pihak berkepentingan sampai melibatkan media massa. KWSP. but not responsibility". melepaskan pucuk masing-masing". "engkau-engkau" seperti kata perumpamaan Melayu "Bagai enau dalam belukar. selamat serta menjadi kebanggaan guru dan murid. kemas. tidak terpinga-pinga atau tenggelam punca apabila berhadapan dengan kerenah staf dan anak buah. Di sinilah sikap dan ketrampilan kita  . Oleh itu sebelum memimpin orang lain. Ingatlah "You can delegate authority.  Tiada berlakunya buat kerja dua kali yang melibatkan pembetulan dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber. masing-masing dengan falsafah "aku-aku".  Mampu memimpin organisasi atau unitnya dengan berkesan dan cemerlang dan dengan semangat "kesejawatanan" yang tinggi akhirnya dapat melahirkan 'sekolah berwatak' yang ditunjukkan dalam semua aspek iklim sekolah yang unggul dan berkesan.  Mampu menjadi seorang 'ketua' yang bertanggungjawab malah berani menghadapi 'risiko' dalam segala keputusan dan tindakannya. dilatih dan dibimbing dalam kerja-kerja kita sewaktu kita masih di peringkat awal perkhidmatan kita. masa dan tenaga.  Mampu menyumbang buah fikiran. ceria. tenaga dan kepakaran serta bakat istimewa yang dimiliki bagi membantu sekolah-sekolah atau rakan-rakan yang lain di peringkat kelompok atau pun daerah.Tiada surat ulangan. Kepemimpinan yang paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan.  Tiada 'clique' di sekolah yang menularkan pengaruh-pengaruh negatif dan merosakkan organisasi. PPD. Audit Sekolah dan seumpamanya. Unsurunsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri insan yang amat tinggi nilainya.

Kenapa?" Majid Ersan Al-Kailani dalam bukunya Mendidik Peribadi Muslim (1997) mentakrifkan 'amalan soleh' sebagai: "Amalan soleh bukan sahaja terbatas kepada berbuat kebajikan dan memberi manfaat. Manusia yang melaksanakan dua bahagian amalan soleh ini disebut sebagai orang soleh dan muslih (baik sekaligus memperbaiki).. Tidak sukar mencapai keberkesanan kerja-buat atau mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita kepada 'kerja sebagai ibadah' atau 'amalan soleh' dalam hubungan tugas-tugas hakiki kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah jika kita membetulkan dan memperluas konsep 'ibadah' dan 'amal soleh' itu sendiri. tidak minum arak. pengurusan konflik dan 'stress' dalam kerjaya dan kehidupam sosial dan peribadi. Salah satu pengaruh menghalang pelaksanaan pembaharuan ini adalah pengaruh negatif kumpulan tidak formal (informal group) di kalangan guru-guru atau kakitangan bukan guru yang lain di sekolah. watak dan jatidiri yang dapat menjadi role-model dan sumber inspirasi kepada seluruh warga organisasi di mana kita bertugas. manakala orang yang hanya mengerjakan bahagian pertama disebut sebagai orang soleh sahaja. dan amalan dengan tujuan mengenepikan bahaya daripada umat manusia dan kemurkaan Allah s.w. disiplin. iaitu amalan dengan tujuan memberi manfaat kepada umat manusia dan di redhai Allah s. Prof. sepeti yang kita fahami sekarang adalah orang yang tidak mencuri. yang boleh membantu kita selaku penolong kanan yang mempunyai ciri-ciri integriti. tidak berzina dan lain-lain." Cabaran kerja kini memerlukan setiap penjawat awam memperlengkapkan diri masingmasing bukan sahaja dalam aspek-aspek profesionalisme tetapi juga dalam aspek-aspek pengurusan yang bekesan. akan tetapi ia juga menolak hal yang buruk dan mengatasi bahaya. pemikiran dan amalan' kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.t.w.dalam memberi teladan kerja memainkan peranan penting dalam membentuk dan memupuk 'school-wide improvement' yang melibatkan semua orang dan berjalan secara berterusan. Penutup . dengan demikin. kemahiran interpersonal. Menangani perubahan memerlukan penglibatan semua orang di sekolah.t. kesiapsiagaan. Mencapai tahap pengurusan atau budaya kerja yang berkualiti tinggi memerlukan satu kekuatan jiwa dan mental bagi melakukan perubahan dan menangani kemelut dan konflik yang sama ada telah lama wujud atau yang baru 'diimport' yang terdapat di sekolah kita sekarang. Hassan Langgulung (1991) menyebut. tolong-menolong dan lain-lain tidak bermakna apa-apa. "Sebagai contoh apa yang dimaksudkan daripada ungkapan itu adalah pandangan yang menyeleweng tentang makna "soleh". terbahagi kepada dua. Amalan soleh. Seakan-akan akhlak yang luhur dan mulia itu sekadar menjauhi perkara-perkara haram itu. Menangani perubahan tidak bermakna sekadar 'bertukar sekolah' tetapi kita masih tidak ' bertukar sikap. Pengertian manusia soleh. Sedang akhlak luhur seperti kesungguhan. Sekan-akan kita lupa sama sekali tentang apa dia akhlak yang luhur itu.

Apa yang perlu kini ialah kita mengubah paradigma dan pemikiran. bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan sama ada oleh Jabatan Pendidikan Pahang atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri. Ringkasnya sekadar tahun dan 'mengaku pandai' tidak ada gunanya. Saiz sekolah bukan jadi ukuran. Kamal Hassan (1988) Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Mohd Idris Jauzi (editor). tidak berkesan. AL. Kuala Lumpur. dalam Reformasi Pendidikan Di Malaysia. Nurin Enterprise.. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. . Bhd. Betapa kecil sekolah yang kita tadbirkan atau betapa sekali pun keadaan rupa fizikal sekolah kita. dan apa yang telah kita buktikan melalui kerja-kerja kita selama ini. lewat malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat. Willing is not enough. menambah ilmu pengetahuan dan paling penting mengamalkan apa yang kita sudah pelajari dan buktikannya melalui kerja-buat kita setiap waktu dan ketika. Ramaiah. Kuala Lumpur. you must do". you must apply. yang penting apa yang dibuat dan apa yang diurus. Kuala Lumpur. tetapi jika sudah tahu dan sudah pandai tapi tak mahu buat kerja amatlah malang sekali. Mohd. Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling tinggi.‫ٱ‬ Rujukan _____________ Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah (1991). Berita Publishing Sd. tanggungjawab atau pun tugasan. tidak juga dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah. Bruce Lee seorang aktor kung fu terkenal pernah disebut sebagai berkata: "Knowing is not enough. Bhd.Begitu besar dan beratnya amanah dan tanggungjawab yang kita pikul selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah hendaklah benar-benar diinsafi. Hassan Langgulung (1991) Falsafah Pendidikan Di Malaysia: Suatu Analisis Permulaan. Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. tidak patut sama sekali kita meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab hakiki kita. (1992) Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Dan Masa Kini. Petaling Jaya. Majid Ersan Al-Kailani (1997) Mendidik Peribadi Muslim. Dewan Bahasa Pustaka. IBS Buku Sdn. Tak tahu dan tak pandai hendak melakukan sesuatu boleh dipelajari. Selangor Darul Ehsan. Kuala Lumpur. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap.

Selangor Darul Ehsan. Kecekapan pula ialah sumber-sumber yang dikehendaki atau yang diperlukan untuk mencapai objektif dan ditimbang dengan apa yang sebenarnya telah tercapai. Oleh itu setiap penolong kanan haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. ______________________________________________________________________ ( * Ceramah dalam Program In-House Sekolah-Sekolah Kelompok Daerah bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Maran pada 14 Mac 2000) | Home Page | Kembali | Ceramah 1 | Ceramah 2 | Ceramah 3 | Ceramah 4 | Ceramah 5 | | Ceramah 6 | Ceramah 7 | Ceramah 8 | Ceramah 9 Copyright ©2002-2003 Hamzah Mohamed esei : peranan penolong kanan dalam memajukan sekolah Kepemimpinan Dan Ketrampilan Penolong-Penolong Kanan Dalam Mewujudkan Pengurusan Sekolah Yang Berkesan Pendahuluan Penolong-penolong Kanan merupakan personel yang amat penting dalam menentukan segala matlamat dan objektif sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang cemerlang dari aspek budaya dan iklim sekolah berkesan lebih-lebih lagi dalam memenuhi cabaran millenium yang akan menjelang tiba. . kemahirankemahiran yang berkaitan. dan paling penting sikap positif terhadap bidang tugas dan tanggungjawab selaras dengan jawatan yang disandang. Tumpuan kepada proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency) terhadap pengurusan sumbersumber yang terhad. Petaling Jaya. bertambah tinggilah kecekapan.Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) Pentadbiran Pendidikan. Sebagai satu kumpulan personel yang penting di sekolah maka penolong-penolong kanan haruslah benar-benar memahami serta memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang unggul di samping ketrampilan dalam bidang pengurusan yang bersepadu dan menyeluruh. Bhd. Lagi tinggi ratio/kadar keuntungan dengan kos. Definis Pengurusan dan Organisasi Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan melalui orang lain untuk mencapai objektif organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Keberkesanan ialah pencapaian ke atas objektif yang telah dicatat/persetujui dengan melaksanakan dan berjaya menyiapkan tugas tersebut.

pengembang dan jurucakap • Peranan membuat Keputusan: sebagai usahawan. • Eksekutif berkesan mengawal ketat masa mereka.proses . Mereka tidak berdukacita atau memaafkan kelemahan-kelemahan. Pengurus mesti berkesan di dalam melaksanakan dan menyiapkan kerja di samping pula cekap mengawal kos dan menjimatkan sumber-sumber yang terhad itu. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan ialah: . Proses pula merangkumi tujuh perkara iaitu staffing. Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik Parkinson dan Rustomji (1986) dalam buku mereka "Understanding Management" menyenaraikan ciri-ciri berikut sebagai yang biasa terdapat serta menjadi amalan seseorang pemimpin yang baik. • Kekuatan diri sendiri. kekuatan rakan sejawat dan juga kekuatan pegawai atasan dan kakitangan bawahan. Antaranya: • Perancangan • Membuat keputusan • Pengelolaan (Organizing) • Staffing • Komunikassi • Motivating • Memimpin (Leading) • Pengawalan b) Peranan Pengurus: • Peranan Interpersonal: sebagai tonggak. Apa Pengurus Buat? Ada dua pendekatan bagi menjelaskannya. Ini digembleng dengan erat/lemah oleh perkongsian nilai. • Mengetahui bahawa membuat banyak keputusan tergesa-gesa akan sebabkan keputusankeputusan yang salah. • Fokus kepada sumbangan "keluar".Oleh itu pengurus mestilah mampu mengimbangkan antara keberkesanan dan kecekapan. apa yang perlu ialah keputusan yang sedikit tetapi amat fundamental. • Mereka lakukan delegasi sebanyak mungkin supaya mereka bebas untuk berfikir rancangan masa depan organisasi mereka. Mereka melakuakan "First things first" dan tidak ada sama sekali 'second things first'.output. Yang menjadi input adalah sumber bahan mentah. struktur. pemimpin. tetapi melalui satu arah yang baik lagi sesuai. gaya pengurusan. Proses Organisasi Setiap organisasi melaui proses berikut iaitu input . manusia. pendamai. penguntuk sumber dan perunding. wang. mesin dasn teknik. strategi pelaksanaan dan kemahiran yang wujud dalam organisasi. • Beri perhatian kepada beberapa aspek penting prestasi yang boleh keluarkan hasil cemerlang. David McClelland berpendapat pemimipn yang baik ialah yang dapat keyakinan dan amanah yang wujud di kalangan pengikut-pengikut. a) Fungsi-fungsi Pengurusan: Tugas-tugas am pentadbiran yang dilakukan /dilaksanakan dalam semua organisasi. dan perkembangan • Peranan maklumat: sebagai pengawas. Mereka capai hasil bukan bekerja dalam suasana serba sukar.

Ia tidak akan mengatakan masalah yang ada itu tidak wujud atau pun menyimpannya di bawah permaidani. Mana tidak. Gaya 9. Mana jadi. Perbincangan dua hala tentang pengajaran saya langsung tak ada. Kes 1. tujuan seberapa banyak pengeluranayang boleh sambil tinggalkan pekerja bersukaria..Ia menggunakan kuasanya untuk menggalakkan penyelesaian masalah secara berhadapan (confrontation). kebersihan dan keceriaan.1 : Tidak menitikberatkan pekerja dan pengeluaran. Seorang guru penolong di sebuah sekolah berkata.9 : Titikberatkan pekerja dan kurang kepada tuags.Ia menggunakan kewibawaan untuk membina amanah pekeraj-pekrja kepada dirinya. Akibat dari keadaan ini maka wujudlah berbagai-bagai tingkah dan ragam yang dapat kita kenal pasti berlaku di sekolah-sekolah yang melambanakan budaya mediocrity dan substandard sama ada dari segi prestasi akademik. penyelesaian masalah dan pengurusan konflik." . Gaya ini dianggap gaya yang paling baik. "Saya tidak puas hati dengan cara GPK buat pencerapan pengajaran saya. Blake & Mouton melihat keberkesanan seseorang pemimpin melalui 'Grid Pengurusan' atau 'Gaya 9. beri pengurus kerja yang senang.. Mesyuarat guru pula sekali saja setahun kerana Guru Besar takut menghadapi guruguru yang tidak puas hati dengan keadaan sekolah. 5.Ia dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di antara pekerja-pekerja supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih tinggi. pengurus ini nilaikan persahabatn lebih tinggi daripada pengeluaran. namun kebanyakan sekolah tidak serupa dalam melaksanakan peraturan. 3.1. Ramai guru berborak di kantin sampai murid-murid jemput ke kelas. disiplin. Gaya 5. Realiti dalam Organisasi Walaupun semua mengakui bahawa semua sekolah menerima pakai peraturan dan undangundang yang sama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri. dan top-top minta saya tandatangan borang pencerapan begitu sahaja. dan kokurikulum sampai sekarang belum berjalan. undang-undang dan kehendak-kehendak yang dihasratkan menerusi Pekeliling Ikhtisas misalnya yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Ia tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.kerja dia tidak buat. 1. "Lebih 80% guru-guru datang lewat. Gaya 1. tahap pengurusan pejabat. 4. menggunakan individu dan kumpulan untuk menjayakan pekerjaan. Ia membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Guru Besar pula datang pukul sepuluh. masuk kira-kira lima minit terus keluar kelas.9 : Dapatkan produktiviti yang tinggi melalui kesetiaan pekerja. Katanya." Kes 2. 2. menjauhkannya daripada masalah. abaikan pekerja. Pekerja merasakan mereka cekap. pengurusan personel.5 : Jenis bertolak-ansur. Gaya 9.1 : Titikberatkan pengleuaran. Seorang GPK sering tidak hadir bertugas. tidak seimbang antara pekerja dan pengeluaran. Seorang guru penolong menceritkan bahawa di sekolahnya disiplin guru dan iklim sekolah yang sangat tidak kondusif.9'.

Seorang GPK pernah berkata kepada salah seorang guru penolong yang menumpang keretanya.umpamanya satu organisasi secara keseluruhan. Mereka ini tak patut buat saaya macam ini. buku-buku murid-murid tersebut tidak diperiksa langsung! Apakah maknanya semua 'kisah benar' di atas? Tujuh kes yang diberikan di atas hanyalah secebis dari realiti apa yang berlaku sebenarnya terutama di dalam bilik-bilik darjah sekolah-sekolah kita.Kes 3.. atau pun individu. berkedudukan maka sempurnalah bukubuku latihan murid berkenaan diperiksanya lengkap dengan cop (bagi ibu bapa tanda tanga) pengesahan. adakah patut ada penjaga datang nak jumpa guru ini tapi dia tak berada dalam kelas.. sedangkan GPK-GPK yang lain kurang jumlah waktunya berbanding saya." Kes 7. Tapi sayang mana-mana murid yang ibu bapanya miskin." Kes 5. memahami dan mengatasi hambatan yang menghalangi kejayaan seseorang dan pertumbuhan peribadi.. saya rasa tak puas hati tentang pembahagian waktu mengajar saya yang disusun oleh jawatankuasa jadual.. Para pengurus mempunyai potensi untuk mengembangkan dan menyelaras kedayagunaan mereka. Kemampuan Pengurus yang Berkesan . "Tuan Pengerusi.. Apa yang kami buat ialah membuat pemeriksaan secara rawak. tetapi kerana banyak sebab. Teori ini menyatakan bahwa cara paling cepat untuk mencapai perkembangan diri (personal development) ialah dengan menyelidiki. Mungkinkah hal-hal seumpama ini masih berlaku sampai sekarang? Hanya kitalah sebagai penjawat-penjawat awam yang diberi tugas dan tanggungjawab dan amanah mulia ini yang dapat memberikan jawapan kepada semua kebejatan profesionalisme ini." Kes 6. dengan kata-kata. satu pasukan kerja. Teori Hambatan Woodcock dan Francis (1993) mengemukakan satu teori berhubung satu faktor yang menghalang potensi dan keluaran hasil daari satu "sistem" ." Kes 4. di sini kami tidak mementingkan pemeriksaan. Seorang Ketua Panitia dan juga merupakan guru yang berpengalaman menyuarakan sikapnya di dalam mesyuarat guru apabila Guru Besar menyentuh prestasi penulisan Tahun Enam yang tidak memuaskan. Seorang pesara guru mengadu katanya.. Rupanya balik ke rumah bertanak nasi.. berpangkat. "Maaflah cikgu. "Cikgu. Seorang guru penolong yang sangat berpengalaman tetapi sayang mengamalkan double standard terhadap layanan kepada murid-muridnya dengan cara mana-mana murid yang ibu bapanya orang-orang bernama.Saya pun hairan dengan Guru Besar dia. orang kampung atau golongan tidak berada.. tumpang kereta saya ni tak dapatlah nak cepat sebab saya datang awal pun tak guna kerana saya tak ada kerja nak buat. Seorang GK1 mengadu kepada Guru Besar. terdapat bidang-bidang yang kurang dikembangkan. Dan ini kita namakan sebagai "hambatan". "Tak patut betul tingkah-laku seorang guru di sekolah XYZ.

Kerap kali kurang timbangkan alternatif. Oleh sebab permasalahan tidak diselesaikan dengan cepat dan tegas. Perkembangan Peribadi yang Kerdil Ramai pengurus mencapai perkembangan peribadi tapi ramai pula yang gagal bertindak mengatasi kelemahan mereka dan berusaha agar peribadinya berkembang. tidak konsisten akan keyakinan dasar atau nilainya tidak sesuai lagi. atau tidak sesuai). • Cita-cita peribadi yang jelas. • Kemampuan menyelia. menyedari potensi manusia dan dengan mengembangkan keterbukaan terhadap pembaharuan. Banyak pengurus tidak dapat menyelasaikan pekerjaan secara berkaedah dan menjimatkan . dan juga pengurus yang baik tidak mampu menghadapi tekanan. tanggugjawab sebagai seorang pengurus (penolong kanan). cabaran serta desakan tugas. merancang dan menilai. Cabaran selalu dihindari. dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang tulen. 1.Pengurusan yang berkesan menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut. Orang seperti ini sulit mencapai keberhasilan dan gagal memuji keberhasilan orang lain kerana terhambat oleh cita-cita peribadi yang tidak jelas. • Kemampuan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain. 4. • Nilai-nilai peribadi yang sihat. permasalahan tersebut akan bertambah (semakin kusut) serta menganggu benak dan tindakan . • Pemahaman terhadap gaya pengurusan. kemampuan dibiarkan tidak berkembang. Nilai-nilai Peribadi yang Tidak Jelas Pengurus diharapkan mengambil keputusan berdasarkan nilai dan prinsip. • Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif. terhambat oleh niali-nilai pribadi yang tidak jelas. lalaikan pilihan penting sedangkan hal-hal kecil dan remeh menghabiskan waktu dan tenaga. • Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain. dan ketrampilan sebaik-baiknya. Nilai yang konsisten dengan konsep pengurusan kini menekankan pada dayakegunaan. tiada landasan yang kuat membuat penilaian. dan pengurus jenis ini terhambat oleh perkembangan peribadi yang kerdil 5. menangani maklumat. 3. Kalau nilai peribadinya tidak cukup jelas. Pengurus yang tidak jelas.sering menghadapi kesulitan memimpin mesyuarat. Oleh itu seseorang yang ingin menjadi seorang pengurus yang berkesan haruslah mengenal pasti sebelas jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri. tiada lagi keghairahan yang wajar. Matlamat Peribadi yang Tidak jelas Menentukan perjalanan hidup profesional dan peribadi dengan menilai keinginan dan pilihan ke atas semua kemungkinan. menentukan sasaran. • Kemampuan unutk menjadi kreatif dan inovatif. • Kemampuan mengatur diri. • Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus. dikatakan terhambat oleh ketidakmampuan mengatur diri sendiri. Ketidakmampuan Mengatur Diri Pengurus yang tidak memanfaatkan waktu. • Ketrampilan menyelesaika masalah. ia akan dipandang lemah. termasuk cita-cita (yang mustahil. Kemampuan yang Tidak Memadai Untuk Menyelesaikan Masalah Menyelesaikan persoalan (masalah) adalah sartu ketrampilan pengurusan yang utama. tenaga. dan kehidupan bekerja jadi hal rutin kerana risiko selalu dihindari dan lebih suka berasa aman. 2.

Pengurus yang tidak memiliki kemampuan membantu orang lain berkembang. seorang pengurus harus berkejasama dengan orang lain. Pengurus yang tidak boleh meneliti pendekatan mereka. seseorang pengurus mungkin tidak berbuat apa pun untuk mendorong kelompok atau anggota kelompok untuk berkembang. Tidak Memahami Pemahaman Pengurusan Pengurus yang tidak fikir dan timbangkan akibat tindakan pengurusannya. dan kelemahan hubungan. Kreativiti Rendah Pengurus yang rendah kreativitinya tentu akan lemah dalam memulakan gagasan. dan kerana itu gagal menemukan sumber yang perlu untuk hasil yang baik. .si pengurus. tidak akan dapat hubungan yang bererti daripada orang lain. Dan jika ia tidak mampu mengembangkan orang menjadi satu pasukan yang kuat . . tidak sesuai. tidak manusiawi -. atau mengusahakan tindakan kreatif dalam menghadapi kegagalan terhambat oleh daya kreativiti yang rendah. dan sulit memberikan tugas.mesyuarat yang biasanya sulit.Kemampuan Melatih yang Rendah Setiap pengurus juga berperanan sebagai jurulatih. serta melaksanakan pendekatan baru. 7.di terhambat oleh tidak adanya pemahaman pengurusan. mengambil risiko. 10.Kurang Mampu Membina Pasukan Untuk mencapai sasaran bersama. Tanpa ketrampilan melatih. Pengurus yang tidak menunjukkan kemampuannya tidak akan melakukan hubungan dengan orang lain dan penampilan diri serta kemampuan mendengarnya lemah. 6. untuk maju dalam kerja. mengajak orang bekerja secara kreatif. tidak mampu memberi dorongan kepada orang bawahan. Pembaziran waktu dan kaedah kerja yang tidak efektif membuat orang puas dan bekerja di bawah standard kualiti. Ramai pengurus tidak punya wibawa bagi meminta orang bersedia bekerjasama atau membantunya. seorang pengurus tidak dapat mendorong orang lain mencapai standard yang dituntut dan tidak dapat membantu mereka mengembangkan diri. Kecenderungan seperti ini ialah kerana tugas dan peranan tidak dirumuskan dengan baik. 9. kemampuan untuk menjelaskan secara lioik pandangan pengurusannya rendah sekali. Kreativiti tinggi menuntut kesediaan menghadapi kemunduran dan kegagalan secara konstruktif. sistem kerja yang membazir. tidak tercipta suasana positif atau prosedur kerja berkesan. Ciri yang ditunjukkan ialah tidak banyak mencari maklumbalas. 11. yang terhambat oleh kemampuan yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.kerana pengurus tersebut terhambat oleh ketidakmampuan membina pasukan. Kemampuan Penyeliaan yang Rendah Pengurus berkesan menuntut banyak ketrampilan yang dapat digambarkan sebagai ketrampilan penyeliaan. Kerana sikap stereotaip peranan pengurus. Seorang pengurus yang tidak memiliki ketrampilan praktis untuk mencapai hasil melalui usaha orang lain terhambat kerana ketrampilan penyeliaan yang rendah. pengurus ini terhambat sebab dia bersasa tidak disegani orang. 8. tidak berfaedah. Pengurus yang tidak cukup memahami motivasi manusia dan gaya kepimimpinannya kuno. Oleh itu pengurusan yang enggan melakukan percubaan. Wibawa Rendah Pengurus harus selalu berwibawa terhadap orang lain yang tidak langsung bertanggungjawab padanya. terhambat oleh ketidakmampuan melatih.

thoughts. DIRFT (Do It Right First Time) 2.Fikir Menang/Menang (Abundance Mentality) 11. dan belajar.Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai. feelings. kemahiran komunikasi dan ketrampilan menyelesaikan masalah yang merupakan ciri-ciri dan kemahiran tinggi yang diperlukan bagi memperoleh integriti dan martabat diri peribadi dan organisasi yang kita dukungi. Walk Your Talk (Cakap Serupa Bikin) 8. Cuma yang perlu ada ialah kesedaran diri (tak cukup ilmu). akauntabilti. "The first job of a leader is to define reality. Sudah cukup mampukah kita sebagai penolong-penolong kanan (pembantu pengurus kepada Guru Besar) berdasarkan aspek-aspek kemampuan sebagai pengurus yang berkesan di atas? 2. ketekalan dan ketrampilan melaksanakan tugas-tugas kita sendiri (bukan serah pada orang lain) serta menunjukkan contoh teladan yang terbaik dan unggul bagi membantu dan mengembangkan potensi guru-guru di bawah kita? Prinsip-prinsip Membina Ketrampilan Dan Kewibawaan Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang terlewat untuk belajr. Jika belum. and actions so that we live with congruence and without duplicity. Kepastian Kualiti (Tiada Istilah No. dan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini semua sumber pengetahuan berada di hujung jari sahaja. Proaktif (Bukan Tunggu dan Lihat) 10. Kaizen (Penambahbaikan berterusan) 3. Usaha Pencegahan (Prevention Is Better Than Cure) 4. Adakah ciri-ciri kepemimpinan dan ketrampilan diri cukup terbukti atau masih banyak yang perlu dipelajari dan dipertingkatkan? Max De Pree menyatakan. dan antara beberapa soalan yang patut kita jawab.Perilaku dan Integriti Diri Mailah kita renungkan keadaan perilaku profesional dan integriti diri kita masing-masing selaku penolong-penolong kanan ketika bertugas dan berinteraksi dengan rakan sejawat dan anak didik kita sehari-hari." 1. 1. "Integrity means we are commited to matching words. Total Involvement (Tak Ada Orang Yang Terkecuali) 7. belajar meningkatkan kemahiran interpersonal kita. sedarkah kita aspek-aspek mana yang merupakan hambatan-hambatan kepada perkembangan diri untuk menjadi penolong-penolong kanan yang berkesan? 3. First Things First (Perkara Pertama Didahulukan) 9.2) 5. dan belajar. Tanpa Cacat (Tak Main Barang Reject) 6. . dan sikap "do it now." Blaine Lee mengungkapkan integriti sebagai." Amatlah pentingnya kita menyedari realiti dan perilaku kita dalam konteks penyempurnaan tugas dan haruslah berani mengakui sebarang kelemahan yang wujud di samping berusaha memperbaiki diri. kehendak (desire). Oleh itu marilah kita mengubah 'skrip hidup' kita kepada satu skrip yang baru. Adakah kita sudah cukup jelas dan benar-benar faham betapa besar dan beratnya memikul tugas dan tanggungjawab penolong-penolong kanan dari segi amanah.

ITM Shah Alam. Dave (1993). Epictetus berkata. dan akhirnya merealisasikan visi (vision) yang kita kongsi bersama seperti kata Naisbitt. M.K. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Pengurus yang Baik.Northcote & Rustomji. C. Jurnal Suara Pendidik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Federal Publications.Northcote & Rustomji. mencapai objektif serta menunaikan mission statement kita. Parkinson. Woodcock. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. tetapi penguasaan pengetahuan. C." Dan nama kita akan terpahat sebagai seorang guru yang unggul dan berjasa. (1997) Pelbagai Kecerdasan: Kewujudan Sistem Penaksiran yang Lebih Saksama dan Menyeluruh dalam Mengenal Pasti Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar Sekolah. Kuala Lumpur. Kenyataan Dalam Pengurusan.1 m.‫ٱ‬ Rujukan John Arul Philips Ph.Penutup Hanya satu perlu kita ingat bahawa janganlah sikap menganggap diri sudah amat mengetahui segalanya maka kita 'terhambat' daripada belajar untuk pengembangan diri. Kuala Lumpur.K. C. (1992). Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________________ (1997) Kursus Induksi Umum Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia. menunjuk arah dan menjadi teladan kepada semua warga sekolah. Kuala Lumpur. walaupun kita tidak diisytihar sebagai seorang 'Tokoh Guru'. through an acute reappraisal of his or her moral values. Northcote & Rustomji.. Hanya dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja kita bersama-sama mewujudkan sebuah sekolah yang berkesan melalui ketrampilan dan kepemimpinan kita dalam pengurusan yang berkualiti. 55-65.K. Kuala Lumpur. The person who commits himself or herself to each detail and carefully avoid error take the giant step toward setting a goal of Zero Defects in all things.D. Pengurus Tanpa Hambatan . "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows." Untuk itu kita perlu menilai semul perhatian dan sikap kita selama ini seperti kata Philip Cosby dalam bukunya Quality Without Tears. Persatuan Pendidikan Malaysia Jilid 19 No. sikap dan kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka bersaing dan berjaya melalui pengembangan dan pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence). Selangor D. Lack of attention is an attitude problem. Parkinson. M. "Strategic plans are worthless unless there is first strategic vision. (1992). M. penolong-penolong kanan perlu sedar mereka harus sanggup dan dapat memahami cabaran-cabaran dunia pendidikan di abad ke-21 di mana perkembangan dan pembangunan diri insan anak didik kita bukan lagi kemahiran-kemahiran asas sematmata. Parkinson. . "Lack of attention must be corrected by the person himsef. Mike & Francis.s." Sebagai kumpulan yang dijangkakan dapat memimpin. (1986). E.Suatu Panduan Praktis Bagi Kemajuan Diri. Understanding Management.

Sekolah menyedia dan melaksanakan program-program untuk mempertingkatkan disiplin murid. 4. Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa semua undang-undang. Pinjaman buku teks bagi yang memerlukan. Kesihatan fizikal. Sekolah menyedia dan mengedarkan peraturan sekolah kepada semua pihak yang berkaitan. Buku Panduan AM Disiplin Sekolah. 2. Sehubungan dengan itu. 4. Untuk memastikan murid-murid selamat semasa di bawah pengawasan sekolah maka sekolah perlu memastikan bahawa perkara-perkara berikut dilaksanakan:1. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986: Langkah Meningkatkan Keberkesanan Disiplin Sekolah. Pemakanan seimbang melalui pengurusan kantin yang bijaksana. Memastikan sekolah memiliki semua dokumen undang-undang. . memahami dan mematuhi kandungan dokumen-dokumen seperti Ordinan Pelajaran 1957. Dua aspek yang penting dalam bidang ini adalah mengenai keselamatan dan kebajikan murid. Sekolah memperjelaskan undang-undang dan peraturan-peraturan kepada semua ibubapa dan murid. Bantuan kewangan berbentuk biasiswa. 2. Barangan keperluan harian aktiviti di sekolah melalui koperasi sekolah. 3. Memastikan semua undang-undang. Sekolah memiliki. peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan. Sekolah mengkaji secara berkala punca salah laku murid dan program pencegahan dan pemulihan. Kehadiran murid di sekolah juga memerlukan sekolah melihat akan hal-hal mengenai kebajikan murid seperti : 1. 5. Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru. peraturan dan suratsurat pekeliling ikhtisas yang berkaitan. Peraturan Pelajaran. peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan.PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Jawatankuasa Penolong Kanan HEM diwujudkan apabila didapati bahawa beban tugas pengurusan sekolah yang dipikul oleh Pengetua dengan dibantu oleh Penolong Kanan (Pentadbiran) sudah bertambah dan menjadi lebih rumit. 5. 3. peraturan dan surat-surat pekeliling ikhtisas dipatuhi oleh semua staf sekolah. 3. Memastikan semua staf sekolah membaca dan memahami semua undang-undang. jawatan Penolong Kanan HEM diwujudkan dan beliau diberi tanggungjawab untuk membantu Pengetua menangani hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan HEM. mental dan emosi menerusi aktiviti ko-kurikulum. Buku Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid Sekolah. Pelaksanaan di atas akan dapat dicapai dengan tindakan berikut: 1. 2.

Beginilah besarnya harapan Kementerian Pendidikan dan atas kesedaran bahawa generasi masakini adalah pemimpin masa depan maka warga pendidikan amnya harus menerima cabaran ini. Mengukuhkan pengurusan ko-kurikulum dalam membantu mengembangkan kurikulum bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berwawasan selaras dengan kehendak masyarakat dan negara. Proses sosiolisasi yang mantap dan cemerlang dengan bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling. VISI Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang komited untuk menjadikan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang sebagai badan pengurusan Hal Ehwal Murid yang berkualiti di negeri Perak pada tahun 2007. Sentiasa bermunasabah diri untuk meningkatkan kualiti kerja disamping melakukan anjakan paradigma. MATLAMAT STRATEGIK JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID Matlamat Strategik Jawatankuasa Hal Ehwal Murid dalam membantuk SMK Simpang mencapai VISI dan MISINYA adalah seperti berikut:- . semangat berpasukan dan kreativiti yang menyeluruh. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami warga SMK Simpang dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :     Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan melalui sikap bekerjasama. Mengujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Memastikan keselamatan murid sentiasa berada dalam keadaan yang terpelihara. MISI Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMK Simpang komited untuk   Memastikan kebajikan murid diberi perhatian pada tahap kualiti tinggi.6.

keselamatan dan kebajikan murid. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 2. disiplin dan kaunseling. BIDANG TUGAS Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bertanggungjawab kepada Pengetua untuk hal-hal Pendidikan Jasmani. kantin dan asrama sekiranya ada. Dalam hal bimbingan dan kaunseling pula. penerbitan dan percetakan. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling dan menyediakan laporan yang diperlukan. buku teks. biasiswa dan bantuan kewangan. Bidang Tugas Penolong Kanan HEM berperanan untuk melaksanakan tugas berikut :      Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Pengetua. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Membantu Pengetua menyelia dan menilai. Ko-kurikulum. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. koperasi sekolah. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:    Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama dengan guru kaunseling.   Menyediakan perkhidmatan Hal Ehwal Murid yang memenuhi kualiti tinggi Jabatan Pendidikan Negeri. aktiviti ko-kurikulum dan penerapan nilai-nilai murni. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru. Ia juga bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kebajikan murid. Senarai Tugas Dalam hal disiplin. Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturanperaturan tatatertib dan salahlaku. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:      Menentukan penerapan amalan dan nilai yang murni. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 1. Meningkatkan tahap kepatuhan murid kepada peraturan sekolah sehingga mencapai kesalahan berat sifar. perayaan sekolah. . Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dengan memberikan perhatian kepada kepelbagaian agama dan bangsa melalui penglibatan dalam bidang ko-kurikulum.

Membantu merancang Takwim Sekolah. Mengurus tuntutan dan bayaran biasiswa murid. mengawal stok buku teks dan mengawal Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan buku teks. Penolong Kanan HEM berperanan dalam peranan berikut:     Mengurus kemudahan rawatan murid. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut :         Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran. Mengurus surat akuan.Dalam hal Program Perlindungan Murid. pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:    Menyelaras hal pengeluaran. Menyemak Buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah. Mengurus pertukaran murid. Dalam hal biasiswa dan bantuan. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid. Mengurus kutipan-kutipan data. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:    Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa/bantuan. Memastikan program kesihatan dijalankan dengan sempurna seperti mengurus Kad 001M dan sebagainya. Mengemaskini rekod-rekod biasiswa/bantuan. Dalam hal buku teks. sijil-sijil murid. Menyemak Buku Kedatangan murid sidang pagi. Dalam hal Pentadbiran. Dalam hal Kesihatan. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin. Mengurus kemasukan dan penempatan murid. Penolong Kanan HEM berperanan dalam perkara berikut:   Merancang dan menyelaras program pencegah penyalahgunaan dadah dan programprogram lain di peringkat sekolah. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. pengambilan buku teks dan hapuskira. .

Radzi b. Yahaya Naib Pengerusi 2 Pn. Mohd. Abu Bakar Naib Pengerusi 3 En. Harithuddin b. Mohd. Satari Naib Pengerusi 1 Puan Zaiton bt. Rita Naran a/p Naran Singh SPBT En. Noh . Abdul Latif Timbalan Pengerusi En. Norashikin bt. Rabayah bt. Harun Setiausaha Pn. Abd Bashid b. Abd Latif Buku Pendaftaran Pn.Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Pengerusi Puan Hajah Roh Hani bt. Mariam bt. Yahaya Kesihatan/Bilik Rawatan Pn.

Liew Voon Kiong PIBG Pendidikan Pencegahan Dadah Pn. Zulkefli b. Norain bt. Mohd Marzuki En. Suhaimi Kantin Sekolah Cik Noor Zuraidah bt. Ibrahim Briged Komuniti Pn. Mohd Shariff b. Razali 3K En. Nor Azwa bt. Md Yusof Jawatankuasa Surau Ustazah Fauziah bt. Thamil Selvi a/p Sabapathy Lembaga Disiplin En. Norzilla bt. Mohd Noor Lalulintas En. Abdul Malek Abu Bakar Majalah Sekolah Kepimpinan Pelajar En. Tan Chong Wan Kebajikan Pelajar Bimbingan & Kaunseling Pn. Norashikin Abd Latif Pn. Tan Wooi Chung Badan Pengawas: Pn.Rajaletchimy a/p Kuppusamy Pembimbing Rakan Sebaya: Pn. Zahari b.Biasiswa Pn. Md Isa Majlis Ketua Tingkatan En. Thamil Selvi a/p Sabapathy Pengawas PSS: En. Yusof .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful