You are on page 1of 117

Ayumi Syafiqah

Prolog
ARISSA mencapai tudung yang tersangkut di belakang pintu bilik. Dia kemudian menghadap cermin sambil menyarungkan tudung ke kepala. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Mak cik, Risa nak ke pantai kejap boleh? pintanya. Kadija berpaling ke arah pintu dapur. Dilihatnya Qarissa sudah tercegat di situ. Pergilah tapi jangan lama-lama sangat tau, pesannya apabila mengingatkan keadaan Qarissa yang hamil empat bulan. Qarissa mengukir senyuman nipis. Dia menghampiri Kadija dan tunduk menyalami tangan wanita separuh abad itu. Risa pergi dulu ya. Assalamualaikum, ucapnya sebelum berpaling semula ke muka pintu. Waalaikumussalam. Hati-hati ya, pesan Kadija lagi.

Kau Pemilik Hati

Qarissa hanya mengangguk. Qarissa berjalan-jalan menyusuri pasir pantai yang memutih. Angin yang bertiup lembut mendamaikan rasa hati yang kusut sejak sekian lama. Suasana di persekitaran amat menyenangkan mata yang memandang. Dalam diam, dia mengucapkan syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk merasai semua ini. Inilah hidayah Allah untuknya. Penat berjalan, Qarissa melabuhkan duduk di bawah pohon yang merendang. Pandangan dilemparkan ke arah air laut yang membiru dan tenang berombak. Sesekali dia membetulkan tudung yang bergerak mengikut arah tiupan angin. Sambil mengelamun, wajah-wajah kesayangannya mula terbayang di ruang mata. Rasa rindu menggamit sanubari. Sedar tak sedar, sudah empat bulan dia berada di sini tetapi tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu, termasuklah mama, insan yang paling dekat di hatinya. Bukan niatnya mahu menyembunyikan diri, tapi dia mahu mencari ketenangan. Namun begitu, tak pernah sekali pun wajah suaminya luput daripada ingatan. Segala kenangan indah mereka bersama tetap tersemat kukuh di sudut hatinya. Qarissa tertunduk sayu. Perut yang sudah mula membuncit diusap-usap lembut. Kalaulah suaminya tahu dia kini sedang mengandung, akan gembirakah suaminya itu? Adakah dia akan menjadi insan yang paling bahagia? Atau mungkin juga, dia langsung tidak peduli. Mengenangkan kemungkinan yang ketiga, setitis air mata gugur menuruni pipi yang sudah lama tidak menyentuh sebarang alat mekap. Abang... Risa rindukan abang. Datanglah.... Suara hati Qarissa berlagu sepi. Qarissa Puteri!

Ayumi Syafiqah

Suara seseorang menerbangkan lamunan. arahnya.

menyeru

namanya

terus

Gadis yang memanggilnya itu melambai ke Cepat-cepat Qarissa menyapu air mata di pipi agar tidak terkesan di mata gadis itu bahawa dia sedang berduka. Senyuman gadis itu turut dibalas dan menanti hingga gadis itu mendekatinya.

Kau Pemilik Hati

Bab 1
ERETA Toyota Vios milik Shamin berhenti dalam jarak beberapa meter dari vila kepunyaan Dato Rashid. Lehernya dipanjangkan untuk meninjau keadaan rumah itu. Gelap. Dia menoleh ke arah gadis di sisinya. Risa, boleh tak kau masuk ni? Suaranya kedengaran bimbang. Manalah tahu kalau-kalau Dato Rashid menunggu di depan pintu. Masaklah temannya itu. Qarissa mengerling ke arah jam di dashboard. Sudah pukul lima pagi. Nasib baik dia sempat pulang sebelum subuh menjengah. Tadi sebelum keluar aku dah pesan kat kakak aku supaya buka pintu bila aku balik, beritahunya sambil matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah vila yang tersergam indah itu. Dah tu, kakak kau tahu tak kau dah balik ni? Shamin masih juga bimbang. Bukan apa, dia takut Dato Rashid datang mencarinya di rumah kerana berani membawa keluar anak daranya itu.

Ayumi Syafiqah

Aku calllah nanti. Okeylah, aku masuk dulu. Qarissa membuka tali pinggang keledar dan bersedia untuk keluar. Eh, cop! Malam esok macam mana? Sempat lagi Shamin bertanya tentang aktiviti mereka malam esok. Qarissa berpaling semula ke arahnya. Kalau line clear, aku call kau, ujarnya, tidak berani berjanji. Sejak akhir-akhir ini, Dato Rashid agak mengawal pergerakannya. Kerana itulah, dia perlu berhati-hati. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan! Okeylah, hati-hati, pesan Shamin sebelum Qarissa keluar dari keretanya. Qarissa melangkah masuk ke kawasan rumah. Mujur dia membawa bersama kunci pintu pagar. Dapat juga dia masuk. Telefon bimbit dikeluarkan dari seluar jean sendatnya. Nombor telefon Suzana yang sudah dihafal didail satu per satu. Tiada jawapan. Didail nombor itu sekali lagi, tetap tiada jawapan. Dia merengus. Bunyi guruh berdentum di langit mengejutkannya. Dia mendongak ke dada langit. Aduh... janganlah hujan! Kalau nak hujan pun, tunggulah sampai aku masuk rumah dulu. Mana Kak Su ni? Tidur mati ke apa? rungutnya geram. Didail nombor yang sama buat kali ketiga. Barulah talian bersambut. Kak Su, turunlah cepat! Nak hujan ni! gesanya tanpa berlengah. Risa dah balik? Pukul berapa ni? Mendengar suaranya, Qarissa tahu Suzana masih dalam keadaan mamai. Mestilah... bukankah sekarang waktu

Kau Pemilik Hati

orang tidur? Hatinya bermonolog. Kasihan pula pada Suzana yang terganggu tidurnya. Qarissa mengerling jam di tangan. Jarum jam sudah menunjuk ke angka lima. Dah lima suku. Cepatlah, Kak Su! gesanya lagi. Guruh semakin galak berdentum. Dia risau bakal bermandi hujan di luar rumah itu. Yalah... Kak Su turun ni. Talian dimatikan. Qarissa menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar semula. Sesaat kemudian, pintu rumah terkuak. Qarissa berkerut dahi. Cepatnya! Terjun ke apa? Bersama rasa cuak, Qarissa menuju ke pintu. Langkah diatur perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandang seraut wajah yang tajam merenungnya sedang duduk di sofa. Tubuhnya kaku serta-merta. Baru balik, tuan puteri? sergah Dato Rashid dengan wajah serius. Pandangannya ditala terus ke anak mata Qarissa. Qarissa gugup untuk menjawab. Wajahnya ditundukkan. Debaran di hati, hanya Tuhan yang tahu. Satu yang memusykilkannya, bagaimana papa boleh ada di sini? Kak Su mana? Eh, macam mana Risa mas... Langkah Suzana terhenti di anak tangga terakhir. Terkejut bukan kepalang dia melihat papa di situ. Papa, awalnya papa bangun? Dia menceriakan suaranya agar papa tidak dapat menghidu kesepakatannya dengan adiknya itu.

Ayumi Syafiqah

Saja. Nak tunggu tuan puteri ni balik. Su pun, nak sambut tuan puteri ni juga? tanya Dato Rashid sinis. Suzana tidak menjawab. Ekor matanya mengerling ke arah Qarissa yang hanya tunduk. Jelas terlihat riak ketakutan di situ. Pergi naik, Su! arah Dato Rashid tegas. Tanpa berlengah, Suzana terus berlari ke tingkat atas. Bukan tidak mahu membantu adiknya, tetapi dia tidak berani membantah arahan papanya. Nanti, dengan dia sekali diceramah. Duduk, Risa! Qarissa tersentak. Dia akur. Terus duduk di sofa di depan papanya. Wajahnya masih tunduk. Langsung tidak berani menatap wajah bengis papanya itu. Masak aku kali ni! Risa pergi mana tadi? soal Dato Rashid tanpa sekali pun mengalih anak matanya daripada wajah Qarissa. Dia mahu melihat reaksi Qarissa. Masih berani atau tidak menegakkan benang yang basah. Kelab malam? Dia menyerkap jarang. Ternyata, serkapnya mengena bila melihat wajah menggelabah Qarissa. Dia menggeleng. Kesal dengan sikap anaknya yang semakin hari, semakin teruk. Sudah dua bulan Qarissa pulang dari luar negara. Sejak itu, dia sering tidak lekat di rumah. Malah, Dato Rashid tahu aktiviti Qarissa pada malam hari. Dia cuma mencari masa yang sesuai untuk memerangkap anaknya itu. Qarissa tidak akan dapat mengelak lagi. Papa tanya, jawab! jerkahnya kuat. Laju anggukan Qarissa menjawab pertanyaannya. Dato Rashid mengeluh.

Kau Pemilik Hati

Apa nak jadi dengan Risa ni? Sejak balik dari oversea, perangai Risa makin teruk! Hari-hari keluar. Sekarang ni, dah pandai pergi kelab malam! Astaghfirullahalazim.... Dia mengucap panjang mengenangkan sikap anak bongsunya itu. Pa, Risa bukan buat apa pun kat sana. Just nak enjoy dengan kawan-kawan aje. Qarissa cuba membela diri. Perit telinganya mendengar bebelan papa. Baginya, kesalahannya tidaklah terlalu berat untuk papa membasuhnya sebegitu rupa. Terjegil biji mata Dato Rashid mendengar jawapan Qarissa. Risa tahu tak tempat tu banyak maksiat? Tahu! Tapi, Risa tak buat maksiat tu! Qarissa masih berusaha menegakkan benang yang basah. Wajahnya mencuka. Tak kira buat ke tidak! Yang penting, Risa dah pergi tempat yang ada maksiat. Risa dah menghampiri maksiat! Tahu tak? Seluruh isi rumah itu seolah-olah bergegar dek suara nyaring Dato Rashid. Qarissa tertunduk. Gerun mendengar jerkahan papa. Tidak pernah papa segarang itu sebelum ini. Sedarlah dia, kesalahannya amat berat di mata papa. Pakai pakaian seksi macam tu. Risa ingat elok sangat ke? Dato Rashid tersandar di sofa. Bingung dia memikirkan perihal anak gadisnya itu. Sungguh, dia takut sesuatu perkara yang tidak baik menimpa Qarissa. Tapi, Qarissa tidak pernah mengerti isi hatinya. Masih juga melakukan perkara yang amat ditakutinya. Sementara itu Qarissa hanya diam. Tidak berani lagi untuk melawan. Nampaknya, dia perlu bersedia menghadapi sebarang hukuman.

Ayumi Syafiqah

Sebagai hukuman, papa tak benarkan Risa keluar rumah selama seminggu! Mendengar hukuman ringan itu, seolah-olah mendengar hukuman gantung bagi Qarissa. Dia tidak sanggup menjalani hukuman itu. Tapi, pa... Dia cuba membantah tetapi Dato Rashid pantas memotong. Dua minggu! What? Pa... Tiga minggu! Pa, jangan macam ni... Sebulan! Qarissa menghentak kakinya ke lantai. Jika dia membuka mulut lagi, pasti tempoh hukuman akan dipanjangkan lagi. Bayangkan, dia tidak boleh keluar rumah selama lebih satu bulan? Boleh jadi gila dibuatnya! Sekarang, pergi naik! arah Dato Rashid. Keputusannya muktamad. Tiada kompromi. Jika Qarissa berani membantah, hukuman yang lebih berat akan dikenakan. Tanpa menunggu walau sesaat, Qarissa terus mengayun langkah memanjat anak tangga. Tunggu, Risa! Panggilan itu mematikan langkahnya. Tapi, dia tidak mahu berpaling walaupun sedar perbuatannya itu sungguh kurang ajar. Biarlah! Itu sebagai tanda protes kerana papa telah menghukumnya. Jangan tidur dulu. Tunggu azan, lepas tu solat.... Pesan Dato Rashid. Dia tahu, Qarissa semakin lalai dalam

Kau Pemilik Hati

menunaikan kewajipan yang satu itu. Selagi Qarissa belum berkahwin, selagi itu dia bertanggungjawab membimbing Qarissa. Tanpa membalas apa-apa, Qarissa terus berlari ke tingkat atas.

SELEPAS tiga kali ketukan, Suzana terus melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia menghampiri jendela dan menguaknya seluas-luas. Angin dingin menerobos masuk ke dalam bilik itu. Mungkin kerana tadi hujan, maka udara menjadi dingin walaupun jam sudah menginjak ke pukul dua belas tengah hari. Suzana berpaling ke arah katil. Dia menggelenggeleng melihat adiknya yang masih berbungkus di dalam selimut. Dia melompat ke atas katil itu. Risa, bangun! Paha Qarissa ditepuk sebelum selimut yang menutupi tubuh Qarissa ditarik. Qarissa bergerak sedikit. Mukanya berkerut-kerut. Marah kerana lenanya diganggu. Janganlah kacau! Orang mengantuk ni. Selimut di tangan Suzana ditarik semula. Itulah, balik lambat sangat! Sebelum papa naik, baik bangun cepat! ugut Suzana. Mendengar nama papa disebut, sepantas kilat Qarissa bangun. Dia tidak sanggup lagi menerima hukuman lain yang lebih berat. Suzana terkekeh-kekeh melihat reaksi Qarissa itu. Qarissa memuncung.

10

Ayumi Syafiqah

Kak Su ni jahatlah! Qarissa menolak lengan Suzana. Macam mana papa boleh buka pintu pagi tadi? Dia memandang Suzana dengan riak curiga. Jangan-jangan, Suzana yang mengadu pada papa. Entahlah... Kak Su pun hairan. Suzana seperti sedang berfikir-fikir. Bukan Kak Su yang bagitau ke? duga Qarissa. Jari telunjuknya lurus ke muka Suzana. Pantas sahaja Suzana menepis. Mana ada! Kalau Kak Su yang bagitau, buat apa Kak Su susah-susah turun tadi? Baik Kak Su sambung tidur aje! Nada suaranya kedengaran menjauh. Cepat-cepat Qarissa memeluk bahu Suzana. Sorrylah, Kak Su. Risa gurau aje. Dia tersengihsengih menayangkan giginya yang tersusun rapi. Suzana menutup hidungnya dengan tapak tangan. Busuklah Risa ni! Pergi mandi! Arahnya lantas bergegas ke muka pintu sebelum bantal balingan Qarissa mengenai kepalanya.

BARU bangun, tuan puteri? Suara sindiran itu menjamah gegendang telinga Qarissa sebaik sahaja kakinya menjejak lantai ruang makan itu. Dia amat tidak suka mendengar panggilan tuan puteri yang sering keluar daripada mulut papa. Mungkin kerana namanya Qarissa Puteri maka papa memanggilnya begitu.

11

Kau Pemilik Hati

Atau mungkin juga kerana perangainya yang mengalahkan anak raja! Ingatkan nak tunggu sampai senja baru nak bangun! Dato Rashid terus membebel semahunya sementara Qarissa hanya pekakkan telinga. Sudahlah tu... bang, tegur Datin Rosiah, kasihan melihat wajah cemberut Qarissa. Anak gadisnya itu nampak sahaja degil, tapi sebenarnya manja mengalahkan anak kecil. Itulah awak, Ros... bela sangat budak ni. Sampai dah tak tau nak hormat orang tua! Tengok tu ha... bangun lambat! Orang dah nak lunch, dia baru nak breakfast. Agaknya, kalau Su tak kejut tadi, dinner teruslah jawabnya! hambur Dato Rashid lagi. Kejadian pagi tadi memberi kesan sehingga kini. Hatinya masih ralat dengan kerenah Qarissa. Sudah, sudah... jom kita makan. Cepat-cepat Datin Rosiah mematikan bebelan Dato Rashid sebelum berlarutan lebih lama. Suaminya itu memang suka membebel. Dia sebagai ibu pun, tidak suka membebel sebegitu. Masing-masing mula menyuap makanan. Tiada suara yang keluar daripada mulut masing-masing. Qarissa pula, hanya menunduk seperti seorang pesalah yang bakal dijatuhkan hukuman gantung. Mulai esok, papa nak Risa kerja di syarikat papa! Qarissa tersedak. Terbatuk-batuk dia mendengar saranan papa. Saranan atau arahan? Datin Rosiah mencapai segelas air lalu dihulurkan pada Qarissa. Pantas air itu Qarissa teguk. Apa pa, kerja? Qarissa mengulang sebut dengan

12

Ayumi Syafiqah

harapan, telinganya tersilap dengar. Tapi, mana mungkin dia tersilap dengar sedangkan suara papa kuat lagi keras? Papa nak Risa kerja. Jangan asyik tahu nak enjoy aje. Lepas tu, menghabiskan duit papa! Tu... kereta Risa tu, ingat murah ke? Dato Rashid menyambung bebelan. Bukan dia sengaja mahu membebel, tapi jika tidak dilakukan, Qarissa tidak akan menurut kata-katanya. Serta-merta minda Qarissa terbayangkan kereta Honda Jazz berwarna merah miliknya yang dihadiahkan oleh papa sebaik sahaja dia menamatkan pengajian di luar negara. Gulp! Papa mahu menarik balik pemberian itukah? Pa, Risa bukan tak nak kerja cuma... Risa belum ready aje lagi. Papa bagilah Risa masa sikit lagi. Sampai bila, Risa? Nak tunggu sampai ijazah tu reput baru nak kerja? tengking Dato Rashid garang. Sering sahaja dia hilang sabar setiap kali menghadapi kerenah Qarissa. Risa, mama rasa ada betulnya kata papa tu. Risa kena kerja. Datin Rosiah memujuk lembut. Jika Dato Rashid berkeras, biarlah dia berlembut. Moga-moga, tersentuh juga hati Qarissa. Kak Su pun rasa macam tu. Sampuk Suzana. Tajam jelingan Qarissa ke arahnya tapi dia buatbuat tidak nampak. Sekali-sekala, Qarissa perlu dipaksa. Qarissa sudah habis modal untuk melawan. Nampaknya, semua orang berpihak pada papa. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia bersetuju walaupun hati membentak hebat.

13

Kau Pemilik Hati

QARISSA termenung di tepi kolam ikan di taman buatan halaman rumahnya. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh menyaksikan ikan-ikan berenang ke sana-sini. Tidak seperti kebiasaannya, malam ini dia tidak keluar ke mana-mana. Hukuman yang Dato Rashid jatuhkan menghalang keinginannya. Jauh termenung, tegur satu suara. Qarissa berpaling. Jelingan maut dilemparkan ke arah Suzana yang sedang berjalan menghampirinya. Kakaknya itu hanya tersenyum meleret. Kenapa muka masam macam buah mempelam ni? tanya Suzana cuba berlawak. Namun Qarissa masih tidak berkutik. Suzana mengeluh. Risa... janganlah marah. Papa cuma nak Risa kerja. Takkan tu pun Risa nak merajuk sampai macam ni? Suzana mempamer wajah simpati merenung Qarissa. Qarissa masih diam. Tiada hati untuk membalas kata-kata Suzana. Biarlah kakaknya itu membebel seorang diri. Risa tahu tak... Risa sepatutnya bersyukur tau? Sebab Risa ada papa yang boleh tolong Risa cari kerja. Tak payah susah-susah nak pergi interview. Cuba kalau orang lain, pergi interview berpuluh-puluh kali pun belum tentu dapat! Kata-kata itu berjaya menarik perhatian Qarissa. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Suzana. Suzana tersenyum manis memandangnya. Lagipun... kalau Risa kerja, Risa boleh jumpa Zafril, bisik Suzana rapat di telinga Qarissa. Qarissa mengerutkan dahi. Zafril? Siapa tu?

14

Ayumi Syafiqah

Pekerja papa. Handsome! Suzana menaikkan keningnya. Gayanya nampak seperti perempuan gatal. Kalau handsome pun kenapa? Kak Su nak kahwin dengan dia? uji Qarissa. Dia sengaja berkata begitu untuk melihat reaksi Suzana. Manalah tahu, hati kakaknya itu sudah terbuka untuk menerima cinta baru. Suzana tergelak besar. Makin berkerut dahi Qarissa jadinya. Lucukah katakatanya tadi? Kalaulah ditakdirkan Kak Su ni muda dua tahun daripada dia, memang Kak Su dah suruh papa kahwinkan Kak Su dengan dia! Suzana ketawa lagi. Qarissa terkebil-kebil memandangnya. Maksud Kak Su? Dia masih kabur. Maksud Kak Su, dia tu taraf adik aje dengan Kak Su. Kalau tak silap, umur dia baru dua puluh enam. Tak sesuai dengan Kak Su yang dah tiga puluh ni. Tapi.... Suzana berhenti di situ. Dia memandang Qarissa dengan pandangan penuh misteri. Tapi apa? Qarissa mula dilanda debar. Tapi kalau dengan Risa... sesuai sangat! Suzana tersengih nakal di hujung kata. Qarissa membulatkan mata. Excuse me! Jangan nak jadi match marker pula ya! marahnya tidak senang dengan kata-kata Suzana. Lain macam aje bunyinya. Apa pula? Betullah Kak Su cakap ni! Umur Risa, dua puluh empat. Dia pula, dua puluh enam. Dah boleh kahwinlah tu! usik Suzana lagi.

15

Kau Pemilik Hati

Kak Su! Qarissa terjerit. Sakit hatinya diusik begitu. Kacak sangatkah lelaki yang dimaksudkan itu? Ops! Sorry.... Suzana tersengih-sengih. Qarissa menjeling. Kedengaran pekarangan rumah. deruan enjin kereta masuk ke

Qarissa dan Suzana berpaling serentak. Suzana dengan senyuman manakala Qarissa dengan rengusannya. Dia tahu siapa gerangan tetamu itu. Marina! Sepupu atau lebih tepat lagi, musuh! Apa khabar, mak long? Suzana menyalami tangan Rahinah, ibu saudara mereka yang dipanggil mak long. Sihat. Su dengan Risa macam mana? Rahinah pula bertanya sambil melirik ke arah Qarissa yang sedang berdiri di belakang Suzana. Sihat. Risa.... Suzana mengarahkan Qarissa menyalami tangan Rahinah sementara dia mengucup tangan Bakar, pak longnya. Qarissa menurut sahaja. Mari masuk, mak long, pak long, Mar.... Suzana mempersilakan ketiga-tiga mereka masuk ke rumah sementara Qarissa kembali ke taman.

AKU dengar kau kena kerja. Betul ke? Kesian.... Suara sinis itu mengejutkan Qarissa yang sedang berkhayal jauh. Dia berpaling ke sisi. Aku kesian kat kau, Risa. Mesti kau tak puas nak

16

Ayumi Syafiqah

enjoy lagi, kan? Marina bersuara perlahan, pura-pura prihatin. Qarissa mencebik. Meluat! Malas melayan, dia terus memandang ke skrin telefon bimbitnya. Tengok telefon lebih baik daripada tengok muka perempuan tu! Marina geram. Kenapa Qarissa tidak melawan? Biasanya, Qarissa pantang disindir begitu. Pasti dia akan naik darah. Tapi kenapa sekarang diam sahaja? Dah berubah jadi baik ke? Senangnya jadi anak orang kaya ni. Nak apa aje, mesti dapat! Nak kereta mahal, petik jari aje terus ada! Marina masih bersuara, berusaha menarik minat Qarissa berlawan kata dengannya. Qarissa bangun. Kau ni kenapa, Mar? Dah gian sangat nak gaduh dengan aku? Dahlah datang tak diundang. Sekarang, nak cari gaduh dengan aku pula? Memang muka temboklah kau ni! Dia tidak dapat bersabar lagi. Marina terkedu disergah begitu. Bahasa yang Qarissa gunakan amat bisa. Bulat matanya memandang Qarissa. Eh, suka hati akulah! Ini bukan rumah kau. Ini rumah pak ngah, bapak saudara aku! Naik tinggi nada suaranya. Bapak saudara kau tu papa aku! So, sedar diri tu sikit ya! Jangan asyik nak cari pasal dengan orang! Habis berkata-kata, Qarissa terus berlalu ke dalam rumah. Geram!!! Perempuan tak sedar diri! Menyampah betul! Qarissa menyumpah-nyumpah dalam hati. Sejak kecil, dia dan Marina tidak pernah sebulu. Ada sahaja hal yang ingin digaduhkan setiap kali bersua muka. Kadang-kadang, hal

17

Kau Pemilik Hati

yang sebegitu kecil boleh menjadi besar jika melibatkan mereka berdua. Deringan telefon bimbit mematikan khayalan Qarissa. Dengan pantas dia menjawab panggilan itu. Helo.... Hello, princess! Kau kat mana tu? Jadi tak keluar malam ni? soal Shamin ceria tanpa mengetahui temannya itu kini diamuk amarah. Tak! Kasar Qarissa menjawab. Amboi... kasarnya! Mana tak kasar? Aku tengah sakit hati ni tau tak? bentak Qarissa geram. Dia tidak peduli lagi jika Shamin terasa hati. Yang penting, hatinya puas! Siapa pula yang pukul hati kau tu? Shamin berlawak lantas tergelak. Papa aku... dia dah kurung aku dalam rumah ni! Akhirnya, Qarissa membuka cerita. What? OMG! Shamin terkejut. Apasal pula? Aku dah terkantoi dengan dia pagi tadi. Hesy... tak taulah nak buat macam mana lagi. Pula tu, dia suruh aku kerja. Tension betullah! Tidak henti-henti Qarissa merungut. Dia merengus kasar. Alahai... dah tu macam mana? Entah! Kedengaran Shamin mengeluh. Seolah-olah buntu bagaimana mahu membantu Qarissa. So sorry, Risa. Aku tak boleh tolong kau. Its okay. Aku faham. Cuma, yalah... aku memang dah tak tahu nak buat apa sekarang ni, keluh Qarissa pula. Kepala diletakkan ke bantal.

18

Ayumi Syafiqah

Relaks, okey. Kau ikut aje cakap papa kau tu. Beli jiwa dia! Ujar Shamin memberi semangat. Qarissa sekadar tersenyum hambar.

19

Kau Pemilik Hati

Bab 2
ASA tidak puas hati Qarissa terbawa hingga ke pagi apabila Dato Rashid tidak mengizinkan dia memandu sendiri. Sebaliknya, dia perlu menumpang kereta Nissan Murano milik papanya. Sementara Suzana, bebas membawa keretanya sendiri. Amat tidak adil! Sampai di pejabat, Dato Rashid memperkenalkan Qarissa kepada para pekerja. Walaupun sudah berkali-kali dipesan agar senyum, Qarissa tetap tayang muka masam. Macam mana dia hendak bekerja dengan pekerjapekerja yang nampak kekampungan dan kuno itu? Tak setaraf dengannya! Salah seorang pekerja di situ, Salma telah membawanya ke bilik pejabat yang telah dikhaskan untuknya. Bilik yang sederhana besar yang lengkap dengan perabot itu bagaimanapun tidak dapat menarik minat Qarissa. Padanya, semua hiasan di dalam bilik itu langsung tidak kena dengan jiwanya. Siapa yang hias bilik ni? tanya Qarissa sambil

20

Ayumi Syafiqah

melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya. Matanya melilau ke sekeliling bilik pejabat itu. Saya... Cik Qarissa, jawab Salma malu-malu. Moga-moga, Qarissa menyukai hasil kerja tangannya itu. Awak? Qarissa merenung Salma penuh dengan rasa jengkel. Awak orang mana? Salma terkejut diajukan soalan begitu tapi dijawab juga. Terengganu. Oh... patutlah! Patutlah? Salma tidak mengerti. Apa maksud Qarissa? Patutlah hiasan awak ni nampak kampung aje! Sesuailah dengan orangnya! kutuk Qarissa selamba tanpa langsung rasa bersalah. Dia menyandar tenang di kerusi. Sementara Salma yang mendengar terasa dirinya kecil sekali. Hinakah sekiranya berasal dari kampung? Namun, ditahankan semuanya agar tidak terpamer di raut wajah. Nanti saya akan upah orang untuk ubah balik hiasan ni, ujar Qarissa, masih dengan riak selamba. Salma tertunduk. Mengerti. Qarissa tidak suka akan kerja tangannya. Tak mengapa. Lagipun, siapa dia hendak menentang Qarissa? Tunggu apa lagi? Keluarlah! Arah Qarissa tegas. Tanpa menunggu lama, Salma segera mengangkat kaki.

21

Kau Pemilik Hati

MACAM MANA tadi? Okey tak bos baru kita tu? Soraya tidak sabar-sabar bertanya sebelum sempat Salma duduk di tempatnya. Salma mengeluh. Kepalanya ligat mencari jawapan yang sesuai untuk soalan Soraya itu. Takkan mahu berterus terang? Sememangnya, Salma tidak suka memburukkan sesiapa walaupun sudah terang lagi bersuluh, Qarissa memang teruk! Tapi, dia belum mengenali Qarissa sepenuhnya. Jadi, tidak adil baginya untuk terus menghukum. Okey kut.... Jawapan selamat Salma berikan. Dia tidak mahu mengulas lebih. Takut nanti jadi fitnah. Kut? Soraya dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena. Salma cuba tersenyum. Dia okey, ujarnya cuba meyakinkan Soraya. Soraya mencebik. Nampak sombong macam tu, kau kata okey? Memang dari tadi dia sudah membuat pemerhatian. Anak bongsu Dato Rashid itu langsung tidak senyum, sekali gus memberi gambaran bahawa dia memang seorang yang sombong. Hesy! Tak adalah... dia okeylah. Salma cuba menafikan. Kau tak nampak ke tadi? Dari awal dia masuk sini, tak sekali pun dia senyum kat kita. Mentang-mentanglah anak pemilik syarikat! Soraya terus menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Salma perasan hal itu cuma dia tidak mahu mengiakan. Api, lawannya air. Detik hatinya.

22

Ayumi Syafiqah

Sal, kau dengar tak aku cakap ni? Soraya geram bila kata-katanya tidak bersambut. Dengar. Ala... dia kan baru lagi. Mungkin tak biasa. Bagilah dia peluang dulu. Salma cuba berlembut. Baru? Kalau macam tu, apasal Cik Suzana tak macam tu pun masa dia mula-mula kerja dulu? Soraya belum berpuas hati. Mungkin Cik Suzana memang jenis peramah orangnya. Dahlah, Sal. Kau tak payah nak bela perempuan tu! Naik menyampah aku dengar! Salma terdiam. Kalau dah itu kata Soraya, apa lagi yang boleh dilakukannya? Lebih baik dia diam sebelum keadaan bertambah buruk. Eh, Encik Zafril mana ek? Tak nampak pun dia dari tadi? Salma yang baru sahaja mahu memulakan kerja, terhenti pergerakannya. Mendengar nama itu disebut, hatinya berbunga bahagia. Soraya yang memandang, terus tersenyum mengusik. Dia memang tahu Salma ada hati dengan lelaki yang merupakan orang kepercayaan Dato Rashid itu. Bukan itu sahaja, malah lelaki itu disenangi hampir semua orang di syarikat itu. Tak masuk lagi. Dia ada appointment pagi ni, jawab Salma. Oh... patutlah muka kau tak berapa berseri dari pagi. Rupanya, si jejaka idaman hati belum masuk kerja! Soraya ketawa dengan kata-katanya sendiri. Hilang sudah bayangan wajah Qarissa daripada fikirannya.

23

Kau Pemilik Hati

Salma sudah merah wajah. Mana ada! nafinya. Eleh.... Soraya terus-terusan mengusik.

QARISSA mengeluh kebosanan. Sudah puas dia menyelongkar isi ruang bilik pejabat miliknya tapi tiada satu apa pun yang berjaya menarik minatnya. Jiwanya tiada di sini. Kenapalah papa beria-ia memaksanya bekerja di sini? Ikutkan hati, mahu sahaja dia keluar berhibur bersama teman-temannya tapi bila mengingatkan hukuman papa, keinginannya mati. Qarissa melangkah keluar dari bilik. Dia berjalan menuju ke lif. Sambil itu, sempat dia menangkap jelingan sinis beberapa orang pekerja. Ah... lantaklah! Ada aku kisah? Pintu lif baru sahaja terbuka. Seorang lelaki berpakaian kemas melangkah keluar dengan agak tergesagesa. Tidak sempat Qarissa mengelak bila lelaki itu sudah merempuh batang tubuhnya. Qarissa jatuh terduduk. Aduh! jerit Qarissa. Lelaki yang melanggarnya tadi tunduk mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai. Qarissa memandangnya tajam. Dah langgar aku, elok aje dia kutip kertas-kertas dia tu. Langsung tak reti nak mintak maaf! Gerutu hatinya geram. Qarissa bangun sambil membetul-betulkan baju yang dipakainya. Nasib baiklah ruang lif dan pejabat dipisahkan oleh dinding simen, jadi tiada sesiapa yang menyaksikan adegan sebabak tadi.

24

Ayumi Syafiqah

Qarissa berdeham. Lelaki yang melanggarnya tadi pantas mengangkat muka. Eh... siapa ni? Tak pernah nampak pun, detik hatinya. Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke? sergah Qarissa. Tahulah aku ni cantik! Detik hatinya angkuh. Lelaki itu tersengih malu. Sorry... saya tak sengaja terlanggar awak tadi. Qarissa mencebik. Kalau nak mengurat pun, biarlah kena tempat! Dia membetulkan rambut panjangnya sambil memandang lelaki itu dengan ekor matanya. Hmmm... handsome jugak! Awak ni siapa? Pekerja baru ke? Macam kenallah. Dia berfikir-fikir. Memang benar, wajah gadis di depannya ini agak familiar di matanya. Tapi siapa ya? Kalau ya pun nak mengurat, tak payahlah nak guna taktik lapuk tu! ujar Qarissa selamba tanpa sedikit pun rasa malu. Dia berpeluk tubuh. Nampak sungguh angkuh. Lelaki itu tersenyum. Maaflah... saya bukan nak mengurat. Cuma macam pernah jumpalah.... Qarissa termalu sendiri. Mahu sahaja dia menyorokkan mukanya di dalam lif. Itulah! Memandai sangat kata orang nak mengurat! Saya anak Dato Rashid! Awak ni siapa pula? Pekerja kat sini? Apasal baru datang? Nanti saya repot kat papa baru awak tau! Qarissa mengugut sebagai menutup aibnya sebentar tadi. Eh... Risa? Ril? Buat apa kat sini? Suara itu membuatkan mereka berpaling serentak. Dato Rashid sedang memandang mereka berdua dengan senyuman manis.

25

Kau Pemilik Hati

Papa, ni pekerja papa ke? Papa tahu tak yang dia baru datang? Tak sedar diri tu cuma kuli aje kat sini! adu Qarissa sungguh-sungguh. Dato Rashid memandangnya dengan rasa hairan. Kemudian dia mengalih anak mata ke arah pekerja kesayangannya itu. Ril, macam mana meeting tadi? Okey? Mendengar soalan itu, Qarissa rasakan mukanya tebal dua inci. Pergi meeting rupanya! Malu lagi! Dapat dia rasakan lelaki yang dipanggil Ril itu sedang tersenyum ke arahnya. Okey, uncle. Mereka dah bersetuju bekerjasama dengan kita, jawab Zafril senang hati. Qarissa tersentak. Uncle? Dato Rashid terangguk-angguk. Bagus. Ril, kita bincang di bilik. Risa, kejap lagi masuk bilik papa. Jom, Ril! Ajak Dato Rashid. Zafril akur. Sempat dia mengenyitkan mata ke arah Qarissa sebelum membuntuti langkah Dato Rashid, sementara Qarissa menjeling tajam. untuk

QARISSA menghempaskan badannya ke kerusi empuk miliknya. Geramnya pada lelaki tadi masih belum hilang. Bukan geram sebenarnya, tetapi malu. Malu kerana beranggapan yang bukan-bukan terhadap lelaki itu. Ada satu hal yang mengelirukannya. Kenapa lelaki itu memanggil papa dengan panggilan uncle? Apa hubungan mereka? Ketukan di pintu mematikan khayalan Qarissa.

26

Ayumi Syafiqah

Belum sempat dia mengarahkan masuk, pintu bilik itu sudah pun terkuak. Kepala Suzana terjengul di muka pintu. Mukanya tersengih. Hai... sapa Suzana ceria. Sangat kontra dengan keadaan Qarissa sekarang. Adik aku ni... muka asyik masam aje, detik hatinya. Qarissa menjeling. Suzana terus melabuhkan duduk di kerusi di depan Qarissa. Pagi-pagi dah bad mood. Apahalnya ni? Suzana menongkat dagu merenung wajah mencuka adiknya. Kak Su kenal Ril? soal Qarissa. Mindanya terbayangkan wajah lelaki yang ditemui di depan lif tadi. Suzana mengerutkan dahinya. Ril mana ni? Mana Risa jumpa? Kat lif tadi. Dia terlanggar Risa. Risa ingatkan siapalah. Tiba-tiba aje papa datang, panggil dia Ril, ujar Qarissa, meringkaskan ceritanya. Kalau dia bercerita penuh, pasti sebentar lagi dia bakal menjadi mangsa gelak Suzana. Kakaknya ini memang pantang dengar cerita lucu tentangnya. Pasti dia akan digelakkan. Jadi Risa dah jumpa dialah ni? Berkerut-kerut wajah Qarissa. Jumpa siapa pulak ni? Apalah yang direpekkan Suzana ini? Suzana tersenyum. Ril itulah Zafril. Yang Kak Su cerita semalam... jelasnya.

27

Kau Pemilik Hati

Oh... jadi dialah orangnya? Suzana mengangguk. So? So? Qarissa tidak mengerti. Handsome, kan dia? soal Suzana sambil tersengih nakal. Keningnya dijongketkan, tampak seperti perempuan gatal. Bolehlah.... Qarissa malas mengulas lebih. Kalau dia mengiakan kata-kata Suzana, makin galak kakaknya itu bergosip. Lagi teruk kalau gosip itu sampai ke telinga mama dan papa. Tapi hatinya sempat juga memuji wajah lelaki itu yang agak Chinese look. Bolehlah aje? Maksudnya? Suzana tak puas hati mendengar jawapan Qarissa. Dia mahukan lebih daripada itu. Dah tu nak kata apa lagi? Qarissa berlagak seperti orang bodoh walhal dia faham benar maksud kakaknya itu. Risa tak rasa ke yang dia tu... Tak! Pantas Qarissa memotong. Dia menyandar di kerusi sambil menayangkan raut wajah selamba. Suzana mencebik. Tidak sempat dia membalas bila pintu bilik itu diketuk sekali lagi. Salma muncul di muka pintu. Cik Qarissa... Dato Rashid nak jumpa, maklumnya. Sempat dia membalas senyuman manis Suzana. Yalah... balas Qarissa malas. Pintu terkatup semula. Qarissa mengeluh. Cubalah senyum sikit. Orang tengok pun takut tau? tegur Suzana. Dia faham dengan cara Salma tadi. Nampak sangat takutkan Qarissa.

28

Ayumi Syafiqah

Tak ada masa! Balas Qarissa bersahaja sebelum terus keluar dari biliknya, menuju ke bilik Dato Rashid.

UNCLE... panggil Zafril. Dato Rashid mendongak memandang Zafril yang duduk di depannya. Ya? Hmmm.... Zafril mencari-cari ayat yang sesuai untuk ditanyakan pada Dato Rashid. Rasa segan pun ada. Dato Rashid bagai tahu apa yang bermain-main di fikiran Zafril. Dia menyimpul senyuman manis. Pasal anak uncle tu ke? tekanya. Zafril kelihatan terkejut. Tak sangka Dato Rashid dapat membaca fikirannya. Apa yang Ril nak tahu? soal Dato Rashid. Itu ke anak uncle yang baru balik dari oversea tu? Penuh berhati-hati Zafril bertanya agar Dato Rashid tidak berfikir yang bukan-bukan. Manalah tahu kalau-kalau orang tua itu tidak suka caranya bertanya tentang anaknya. Haah. Itulah anak bongsu uncle. Kenapa Ril tanya? balas Dato Rashid. Tak ada apa-apa. Cuma tadi masa tengok dia, patutlah macam kenal. Ril pernah tengok gambar dia dalam potret keluarga kat rumah uncle, ujar Zafril. Sekarang barulah dia ingat di mana dia pernah nampak Qarissa. Dulu sewaktu Qarissa masih di luar negara, dia sering berkunjung ke vila Dato Rashid. Dari situlah dia mengetahui bahawa Dato Rashid mempunyai seorang lagi anak perempuan. Cantik pulak tu, detik hatinya.

29

Kau Pemilik Hati

Dato Rashid terangguk-angguk, puas hati dengan jawapan Zafril. Ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua. Pantas dia mengarahkan masuk. Muncul wajah masam Qarissa di muka pintu. Dato Rashid mengarahkan Qarissa duduk di sebelah Zafril. Qarissa akur. Senyuman yang Zafril lemparkan, langsung tidak dibalas. Tak ada mood nak beramah mesra. Papa kenalkan... ini Adam Zafril, pekerja papa. Ril, ini anak uncle, Qarissa Puteri, ujar Dato Rashid. Baru dia teringat mereka belum berkenalan secara rasmi sebentar tadi. Zafril tersenyum manis memandang Qarissa. Sementara Qarissa hanya menjeling Zafril dengan ekor mata. Adam Zafril? Okeylah.... Sebagai permulaan, papa nak Risa uruskan projek ni dengan Zafril. Dato Rashid menghulurkan sebuah fail berwarna hitam kepada Qarissa. Perlahan-lahan Qarissa menyambut. Apa, pa? Dengan dia ni? Jari telunjuknya lurus ke arah Zafril yang hanya diam. Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah bekerjasama dengan Zafril? Sengaja Dato Rashid menekankan nama Zafril, seolah-olah tidak mahu Qarissa melupakan nama itu. Memang ada! Pa, kenapa mesti dengan dia? Kenapa tak dengan orang lain? Qarissa menayangkan raut wajah tidak puas hati. Pertama kali memandang Zafril, dia sudah rasa meluat. Inikan pula kerjasama yang menuntut mereka menghabiskan banyak masa bersama. Macam mana dia mahu menghadapi semua tu?

30

Ayumi Syafiqah

Beri papa alasan yang munasabah kenapa tak boleh bekerjasama dengan Zafril? tegas suara Dato Rashid. Qarissa terdiam. Nada suara papa sudah lain macam. Tak berani lagi dia bersuara. Dato Rashid memandang Zafril. Ril macam mana? soalnya, meminta pandangan Zafril. Ril okey aje, uncle... balas Zafril bersahaja. Langsung tidak gerun dengan jelingan tajam Qarissa. Mendengar jawapan Zafril, makin berapi amarah Qarissa. Mamat ni memang nak kena! Jerit hatinya geram. Dato Rashid tersenyum puas. Dia yakin keputusannya tepat dan dia juga yakin Zafril mampu menghadapi kerenah Qarissa. Baguslah kalau macam tu. Kamu berdua boleh keluar. Papa ada kerja, putusnya tanpa sempat Qarissa bersuara lagi. Qarissa melangkah ke muka pintu dengan wajah dua kali ganda masamnya daripada tadi. Zafril hanya mengikutnya dari belakang. Sampai di luar bilik, Qarissa berhenti. Tindakan spontannya hampir membuatkan Zafril terlanggar batang tubuhnya. Kenapa? Lampu merah? soal Zafril cuba berlawak. Qarissa berpaling dan merenungnya tajam. Kenapa awak setuju dengan rancangan bodoh papa tu? Dia bertanya kasar. Dia tidak kisah apa pun pandangan Zafril terhadapnya. Sombong? Berlagak? Fikirlah apa pun! Aku tak kisah! Rancangan bodoh? Zafril tersenyum nipis.

31

Kau Pemilik Hati

Saya rasa itu satu rancangan yang sangat bagus. Lagipun, awak kan baru aje masuk kerja. Jadi, semestinya awak memerlukan bimbingan orang yang lebih berpengalaman macam saya, balasnya bersahaja. Jika Qarissa boleh bersikap angkuh, dia juga boleh buat-buat angkuh. Buntang biji mata Qarissa. Eh, awak ingat awak bagus sangat ke? Saya tak kata saya bagus tapi kalau saya tak bagus, Uncle Rashid takkan pilih saya. Betul tak? Pantas Zafril memotong kata-kata Qarissa. Dia menyambung lagi. Lagipun, uncle cuma nak kita bekerjasama uruskan projek ni. Bukannya buat apa-apa pun, kan? Qarissa mengetap gigi memandang senyuman Zafril. Dengan selamba lelaki itu berlalu meninggalkannya di situ bersama rasa geram yang tak berpenghujung.

QARISSA hanya mendiamkan diri ketika makan malam. Langsung tidak menyampuk perbualan papa, mama dan juga Kak Suzananya. Dato Rashid perasan akan hal itu tapi dia tidak mahu menegur. Biarlah sekiranya Qarissa marah. Dia hanya lakukan apa yang dirasakan betul. Risa, kenapa senyap aje? Macam mana kerja tadi? Okey? Datin Rosiah menegur anaknya. Qarissa mengangkat muka memandang mamanya. Dia mengukir senyuman kelat. Datin Rosiah faham benar dengan maksud senyuman itu. Pasti ada sesuatu yang tak kena dah berlaku.

32

Ayumi Syafiqah

Kenapa dengan Puteri mama ni? Hmmm? Lembut suara Datin Rosiah bertanya. Qarissa mengeluh. Namun tiada sebarang jawapan keluar daripada mulutnya. Dato Rashid yang memandang, tergeleng-geleng kepalanya. Risa belum kenal Ril tu. Baik budaknya, ujar Dato Rashid tiba-tiba. Ril? Datin Rosiah terkejut. Spontan dia terbayangkan Zafril, anak muda yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Kenapa dengan Ril? Risa gaduh dengan dia ya? Dia hanya menyerkap jarang namun hatinya berharap perkara itu tidak berlaku. Qarissa terkejut diajukan soalan begitu. Mama pun kenal dia? Hebat betul! Mama kenal ke dia tu? Datin Rosiah mengukir senyuman manis. Apa pulak tak kenalnya? Dia kan selalu datang sini. Risa aje yang tak kenal. Dia melirik ke arah Dato Rashid. Dia yakin apa yang ada di fikirannya saat ini sama dengan apa yang ada di fikiran suaminya itu. Berkerut-kerut wajah Qarissa. Hmmm... nampaknya, ada sesuatu yang aku tak tahu. Dia memandang ke arah Suzana. Kakaknya itu tersenyum meleret ke arahnya. Huh?

33

Kau Pemilik Hati

Bab 3
ELIHAT papa duduk sendirian di ruang tamu sambil membaca surat khabar, Qarissa pantas menghampiri. Dia masih mahu memujuk papa untuk membatalkan rancangannya yang mahu dia bekerjasama dengan Zafril. Apa pun cara, rancangan bodoh itu harus dibatalkan. Qarissa melabuhkan punggung di atas sofa empuk di sebelah papa. Lengan papa diurut-urut lembut. Nak apa ni? tanya Dato Rashid, walaupun dia dapat mengagak apa yang dimahukan Qarissa. Pasti berkaitan hal siang tadi. Qarissa membetulkan duduknya menghadap papa. Pa, boleh tak papa batalkan rancangan papa nak gandingkan Risa dengan dia untuk uruskan projek tu? Lembut sekali Qarissa bersuara. Dia benar-benar berharap papa bersetuju dengan kemahuannya. Dato Rashid menoleh memandangnya. Ada sebab kenapa papa pilih Ril, ujarnya lembut. Sebab apa?

34

Ayumi Syafiqah

Risa kan baru aje masuk kerja. So, papa nak Risa belajar cara nak uruskan projek dengan dia. Kalau tak, macam mana papa nak serahkan company papa tu pada Risa nanti? Dato Rashid cuba memancing. Di bibirnya terukir senyuman penuh makna tersirat. Qarissa mengecilkan anak matanya memandang papa. Macam ada yang tak kena aje.... Bagus sangat ke dia tu? Mestilah bagus! Kalau tak, takkan papa pilih dia. Dato Rashid tergelak. Qarissa cuak. Dapat dia rasakan ada kelainan dalam nada suara papa. Papa ni bercakap macam nak pilih menantu! Eh... tak adalah, nafi Dato Rashid. Qarissa masih mahu bertanya panggilan Suzana mematikan niatnya. lanjut tetapi

Ada apa? Dia menoleh ke arah Suzana yang berdiri di hujung tangga. Mama panggil, ujar Suzana lantas berjalan mendekati mereka berdua. Qarissa merengus kerana perbualannya terganggu. Pun begitu, dia tetap melangkah naik ke bilik mama. Suzana mengambil tempat di sofa yang menjadi tempat Qarissa duduk tadi. Giliran dia pula menyoal papa. Tak nak share dengan Su ke? giat Suzana nakal. Share apa? Dato Rashid pura-pura tak faham maksud anaknya. Sekali tengok, macam hubungan abang dan adik pula. Dengan Risa, papa boleh sorok. Tapi bukan dengan Su! Penuh bangga Suzana berkata. Dia yakin ada sesuatu

35

Kau Pemilik Hati

yang cuba disembunyikan oleh papa. Dan dia harus tahu apa sesuatu itu. Dato Rashid tersenyum kecil. Faham benar dengan perangai anak sulungnya ini. Memang susah dia mahu menyembunyikan apa-apa daripada Suzana. Anaknya ini akan mengorek hingga jauh ke dasar. Betul Su nak tau? Suzana mengangguk laju. Tapi janji dengan papa, jangan bagitau Risa. Boleh? Sekali lagi Suzana mengangguk. Belum sempat papa bersuara lagi, dia terlebih dahulu menyampuk. Su rasa Su tau apa yang papa nak buat. Ni mesti ada kaitan dengan Ril, kan? Dato Rashid memandang Suzana dengan riak terkejut. Eh, mana Su tahu ni? Suzana tersenyum meleret. Papa tak cakap pun Su dah boleh agak! Mata Su ni tak buta tau, papa! Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri. Maknanya betullah papa ada plan nak jodohkan Risa dengan Ril? Terus dia ke tajuk utama. Dato mengangguk. Rashid tersenyum lagi kemudian

Suzana terus tertawa. Papa dah fikir masak-masak hal ni. Papa takut Risa tu melencong daripada landasan agama. Sekarang ni pun dah makin teruk. Papa tak nak dia makin jauh. Suzana mengangguk-angguk, setuju dengan katakata papa. Tapi papa tak yakinlah plan ni boleh jalan, ujar Datuk Rashid, bernada bimbang.

36

Ayumi Syafiqah

Kenapa pulak? Suzana pelik. Su tengoklah macam mana menyampahnya Risa dengan Ril. Sampaikan dipujuknya papa supaya batalkan rancangan nak gandingkan dia orang berdua uruskan projek tu, ujar Dato Rashid. Suzana terdiam. Dia mengakui kebenaran kata-kata papa. Tak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman. Terasa ada mentol menyala di atas kepalanya. Papa jangan bimbang. Su boleh tolong! Su nak buat apa? Adalah! Balas Suzana, sengaja berahsia.

MAMA kenal ke dia? Siapa? Zafril? Qarissa mengangguk, mengiakan pertanyaan mama. Dia mahu mengorek rahsia tentang lelaki itu. Apa hebatnya dia sampai semua orang mengaguminya? Datin Rosiah tersenyum. Mestilah kenal. Dia tu sebenarnya anak arwah kawan papa, jelasnya. Oh.... Qarissa terkejut. Anak kawan papa? Patutlah panggil papa, uncle. Tapi kenapa Risa tak pernah jumpa dia pun? Dia belum puas hati mengorek cerita. Risa pernah ambik tahu ke hal kawan-kawan papa? Soalan mama membuatkan Qarissa terkedu. Ya tak ya jugak.

37

Kau Pemilik Hati

Dulu masa Risa kat oversea, dia selalu datang sini jenguk mama. Tapi lepas Risa balik, dia dah jarang datang... Apasal? potong Qarissa pantas. Mungkin segan kut dengan anak mama yang cantik ni, usik Datin Rosiah. Qarissa mencebik. Segan konon! Kenal-kenallah dengan Ril tu. Baik orangnya... ujar Datin Rosiah lembut. Jika Dato Rashid memuji Zafril, dia lebih-lebihlah lagi. Zafril sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sementelah, dia tidak punya anak lelaki. Qarissa diam. Kak Su suka. Papa puji. Mama sanjung. Aku? Menyampah! Malas mahu mendengar pujian yang tinggi melangit tentang lelaki itu lagi, Qarissa segera meminta diri ke biliknya. Badan dihempaskan di atas tilam empuk. Hmmm... bosannya tanpa hiburan, detik hatinya. Telefon bimbit tiba-tiba berlagu riang. Melihat nombor yang tertera di skrin, Qarissa pantas menekan punat hijau. Hello, princess! So, how was your first day? Suara ceria Shamin menyapa gegendang telinga Qarissa. Qarissa merengus. Memang dia sudah agak itulah tujuan Shamin menghubunginya. Terrible! Walaupun sepatah, tapi menggambarkan isi hatinya saat ini. Pesal? soal Shamin pelik. Papa aku tu la... ada ke dia paksa aku kerjasama dengan... mamat mana entah! Kasar sekali bunyi nada suaranya. Wajah Qarissa masam mencuka. cukup untuk

38

Ayumi Syafiqah

Mamat? Mamat bertambah bingung.

mana

pulak

ni?

Shamin

Adalah seorang pekerja kat company papa aku tu. Handsome tak? Pantas Shamin mencelah sebelum sempat Qarissa menamatkan ceritanya. Kau ni... pantang dengar cerita pasal lelaki, kan? marah Qarissa. Shamin ketawa galak. Well... you know me.... Dia gelak lagi. Qarissa tergeleng-geleng. Terhibur sedikit hatinya mendengar tawa temannya itu. Kemudian dia menyambung cerita tentang Zafril dan setiap kali cerita pasti diselitkan kecacatan Zafril biar Shamin juga tidak suka akan lelaki itu. Bunyi macam syok aje... komen Shamin selamba. Lain yang diharap, lain pula yang keluar daripada mulut Shamin. Qarissa merengus geram. Apa punya kawanlah kau ni? Supportlah aku sikit! La... kau suruh aku support ke? Shamin berlawak. Kurang asamlah kau ni! Memanglah, sebab aku kan sweet? Qarissa tersenyum. Hilang sudah amarahnya tadi.

AWAL pagi lagi Fatin sudah bertenggek di meja Salma. Melihat gayanya, Salma tahu pasti ada cerita sensasi yang dibawanya. Panaslah telinga aku kejap lagi, detik hatinya. Morning! sapa Fatin ceria.

39

Kau Pemilik Hati

Salma membalas dengan senyuman manis. Isyarat matanya bertanya tentang tujuan Fatin datang menemuinya. Ada gosip baru ke? Fatin menyandar selesa di tepi meja Salma. Suasana pejabat masih lengang. Masih ada pekerja yang belum tiba. Inilah peluang terbaik untuknya bercerita kepada Salma. Aku rasa kan, kau kena jaga-jagalah, Sal. Dia memulakan cerita. Salma mengerutkan dahi. Apasal? Terpaksa juga dia melayan Fatin walaupun dia sebenarnya berharap agar Fatin cepat-cepat pergi dari mejanya. Tak adalah... aku cuma takut nanti Cik Qarissa tu cuba nak tackle Encik Zafril, bisik Fatin rapat di telinga Salma. Salma terdiam mendengar kata-kata Fatin. Fatin menyambung lagi. Semalam aku nampak dia orang berdua kat depan lif. Macam ada apa-apa aje.... Salma memandang Fatin dengan rasa tidak percaya. Biar betul dia ni? Bukan apa, semua pekerja di syarikat ini tahu dengan sikap Fatin yang suka membuat cerita. Tak mustahil jika ini juga merupakan salah satu daripada cerita rekaannya. Tapi, apa pula motifnya? Kau kena ingat Sal... Encik Zafril tu rapat dengan Dato Rashid. Manalah tau dia nak buat menantu! Makin seronok Fatin membuat cerita bila melihat wajah terkejut Salma. Sudah lama dia mencemburui gadis itu. Gadis yang sentiasa kelihatan sempurna di mata semua orang termasuk Dato Rashid. Dengan penampilannya yang bertudung, dia cukup disenangi. Tidak seperti dirinya yang sering sahaja dijadikan bahan umpatan.

40

Ayumi Syafiqah

Salma mengeluh. Dia sudah malas mendengar apa sahaja cerita yang keluar daripada mulut Fatin. Bukan betul sangat pun. Tapi kalau betul sekalipun, apa haknya untuk menghalang? Dia dan Zafril bukan ada apa-apa. Biarlah sekiranya lelaki itu mahu menikahi Qarissa. Fatin, balik tempat kau boleh tak? Aku ada banyak kerja ni. Nanti kalau Dato datang, dia tengok kau bertenggek kat sini, teruk kau kena nanti. Ujar Salma perlahan. Dia tidak punya cara lain selain mengugut Fatin dengan menggunakan nama Dato Rashid. Fatin merengus. Nampaknya, umpannya belum mengena. Tak apa, masa masih ada. Tanpa pamitan, dia terus berlalu ke tempatnya. Salma mengeluh lagi.

41

Kau Pemilik Hati

Bab 4
ADA mulanya, Dato Rashid tidak bersetuju dengan permintaan Qarissa untuk membenarkannya ke pejabat bersama Suzana. Bukan dia tidak kenal perangai anak bongsunya itu. Pasti kesempatan yang ada akan digunakan untuk memujuk Suzana menghantarnya ke mana-mana. Tapi sebaik mendengar jaminan Suzana bahawa Qarissa akan selamat bersamanya, akhirnya Dato Rashid bersetuju. Papa tu kecohlah. Orang bukan nak buat apa pun, rungut Qarissa ketika dalam perjalanan ke pejabat. Suzana di sebelah hanya tersenyum. Faham benar dengan sifat Qarissa yang mudah marah itu. Papa cuma nak pastikan Risa pergi ofis dan tak melencong ke tempat lain. Tapikan... kenapa Risa tak nak pergi dengan papa? soalnya hairan. Kak Su tahulah papa tu macam mana, kan? Suka sangat membebel. Nama aje lelaki tapi bila dah membebel, mengalahkan perempuan! Selamba Qarissa mengutuk papanya sendiri.

42

Ayumi Syafiqah

Suzana tergeleng-geleng. Ada betulnya juga katakata Qarissa itu. Papa memang kuat membebel. Tapi, kalau anak-anaknya tak melakukan apa-apa kesalahan, papa tak mungkin membebel sesuka hati. Malas bertekak, dia meneruskan pemanduan. Dia tidak mahu mengganggu mood Qarissa. Sampai di pejabat, Suzana dan Qarissa berjalan beriringan menuju ke lif. Sampai di depan lif, barulah Suzana teringat dia tertinggal sesuatu di dalam kereta. Risa naik dulu. Kak Su pergi ambil barang kejap, ujar Suzana lantas meninggalkan Qarissa di situ. Qarissa menanti pintu lif terbuka. Lembablah lif ni! rungutnya, penat menunggu. Hai... tegur satu suara. Qarissa berpaling. Senyuman manis yang Zafril lemparkan tidak dibalas. Dia kembali memandang pintu lif. Terasa hendak ditendang pintu itu supaya terbuka. Suzana pula, seperti sengaja mahu dia terserempak dengan lelaki ini. Mood yang belum okey, bertambah buruk. Kak Su mana? soal Zafril, cuba beramah mesra. Dia mencuri pandang ke wajah masam Qarissa. Anak Dato Rashid ini memang cantik. Tapi, pasti lagi cantik kalau wajah itu dihiasi dengan senyuman manis. Qarissa tidak menjawab. Dia terus membisu tanpa sepatah kata. So, bila kita nak mula bincang pasal projek tu? Zafril mencuba lagi untuk mengajak Qarissa berbual. Sorry, ya... saya tak ada kaitan dengan projek tu, jawab Qarissa tegas. Sorry jugak, ya... papa awak dah tetapkan yang

43

Kau Pemilik Hati

awak kena uruskan projek tu dengan saya, balas Zafril, juga tegas. Dia membalas renungan tajam Qarissa. Qarissa berpeluk tubuh menghadap pintu lif. Dia berharap pintu lif itu cepat-cepat terbuka supaya tidak perlu lagi dia memandang wajah lelaki di sebelahnya itu. Menjengkelkan! Itu cadangan papa semata-mata. Saya tak pernah setuju. Jadi, jangan harap saya akan libatkan diri dalam projek tu. Muktamad keputusannya. Kenapa susah sangat awak nak setuju? Papa awak cuma nak awak tolong saya sedikit sebanyak. Sambil tu, awak boleh belajar cara-cara pengurusan projek. Bukannya dia nak awak buat sorang-sorang, ujar Zafril menyampaikan rasa tak puas hatinya. Belum sempat Qarissa menjawab, pintu lif sudah terbuka. Pantas dia memboloskan diri ke dalam lif itu. Zafril juga ikut sama. Dia terus menekan butang supaya pintu tertutup. Qarissa terkejut. Terbuntang biji matanya. Eh, tunggulah Kak Su dulu! protesnya. Takpe, lif banyak, balas Zafril selamba. Qarissa mengetap bibir mendengar jawapan balas Zafril itu. Tahu, lelaki itu memang sengaja mahu menaikkan darahnya. Saya tak kira sama ada awak setuju atau tak. Yang penting, saya nak projek ni berjalan macam yang dah ditetapkan, ujar Zafril tegas. Qarissa tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Saya peduli apa? Peduli ke tak peduli, ni dah memang tugas awak

44

Ayumi Syafiqah

sebagai pekerja kat sini. Saya tak peduli awak ni anak pengarah syarikat ke, anak penghulu syarikat ke... yang penting, kerja tetap kerja! tegas Zafril lagi. Renungannya tajam menikam anak mata bundar milik Qarissa. Lagipun, papa awak tu percayakan saya. So.... Sengaja dia meleret-leretkan suara. Mata Qarissa yang sedia bulat, semakin membulat. Dalam-dalam berani menentang pandangan Zafril, terselit juga rasa takut. Zafril memang orang kepercayaan papa. Jika Zafril mengapa-apakan dirinya, tak mustahil papa akan menyebelahi Zafril. Tak guna! Cemuhnya dalam hati. Pintu lif terbuka. Fatin tercegat di depan lif. Pandangan gadis itu semacam sahaja. Melihatkan itu, barulah Qarissa perasan kedudukannya amat dekat dengan Zafril. Tanpa mempedulikan lelaki itu lagi, dia terus meluru keluar. Fatin tersenyum meleret ke arah Zafril. Senyuman yang tersirat seribu makna. Zafril faham benar maksud senyuman itu tapi dia malas memberi apa-apa komen.

OPS! Fatin cepat-cepat memberhentikan langkah sebelum dia terlanggar batang tubuh Suzana yang baru mahu masuk ke dalam lif. Nak ke mana ni? soal Suzana hairan. Dia melirik jam di tangan. Waktu kerja sudah bermula. Ke mana pula Fatin hendak pergi?

45

Kau Pemilik Hati

Fatin teragak-agak mengukir senyuman. Saya... nak pergi breakfast kejap, jawabnya sedikit gugup. Breakfast? Sekarang ni waktu kerja. Kenapa tak makan aje sebelum datang tadi? Errr.... Fatin terkial-kial mencari jawapan. Walaupun gadis di depannya ini terkenal dengan sifat baiknya, Suzana tetap tegas apabila melibatkan hal kerja. Tadi tak sempat, Cik Suzana. Bukan mudah untuk Suzana percaya alasan Fatin itu. Dia kenal benar perangai pekerja papanya itu. Suka sangat mereka pelbagai alasan untuk ponteng kerja. Okey... tapi jangan lama-lama, pesannya sebelum melangkah masuk ke lif. Fatin tersenyum lega. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Errr... Cik Suzana! Suzana berhenti melangkah. Ya? Ermmm... Cik Qarissa dengan Encik Zafril ada apa-apa ke? Fatin mula mengorek rahsia. Suzana mengecilkan anak matanya, hairan dengan pertanyaan Fatin. Silap jawab, habislah kecoh satu pejabat. Saya rasa, awak tak perlu sibuk hal tu. Kalau pun dia orang ada apa-apa, itu tak menjejaskan kerja awak kat sini, jawabnya sebelum terus menekan butang supaya lif tertutup. Fatin mencebik tanda meluat. Ingat aku heran sangat ke? Tengoklah nanti... aku akan balas apa kau buat kat aku! Ucapnya penuh dendam.

46

Ayumi Syafiqah

KENAPA nak tukar balik design yang Salma buat? soal Suzana sambil menyedut jus oren di depannya. Dia yang mengajak Qarissa datang ke restoran itu untuk makan tengah hari. Walaupun papa melarang, Suzana tetap berusaha memujuk. Qarissa menyandar di kerusi. Design apa macam tu? Koman sangat! balasnya. Tak baiklah Risa ni. Kak Su tengok okey aje.... Itu pada Kak Su, bukan pada Risa. Risa tak kira, Risa tetap nak ubah balik design tu. Risa dah upah orang, esok dia orang datang, putus Qarissa muktamad. Kepala Suzana tergeleng-geleng. Qarissa memang degil! Habis tu, macam mana dengan projek yang papa aturkan untuk Risa dan Ril tu? Dah mula? Dia mula mengalih topik. Itu lagi satu yang Risa tak puas hati. Risa tak kira. Apa jadi pun, Risa takkan libatkan diri dalam projek tu! Habis tu, buat apa Risa datang kerja? Baik duk rumah aje.... Memang Risa tak nak pun, kan? Tapi papa yang paksa! Qarissa berkeras. Suzana mengeluh hampa mendengar jawapan Qarissa. Ril tu yang terbaik tau. Staf kat pejabat tu berebutrebut nak kerja dengan dia. Risa boleh tolak macam tu aje? Itu sebab dia orang tergila-gilakan dia. Tapi Risa tak! Masih angkuh bunyi jawapan Qarissa. Walau apa pun umpan Suzana, dia tetap tidak akan berganjak dengan keputusannya. Mata Suzana tiba-tiba hinggap pada satu wajah yang

47

Kau Pemilik Hati

amat dikenalinya. Dia pantas memanggil dan melambai supaya lelaki itu mendekati mereka. Melihatkan lelaki itu, Qarissa diserang rasa menyampah. Dia menjegilkan mata ke arah Suzana, memberi isyarat agar jangan mengajak Zafril menyertai mereka tapi Suzana buat-buat tidak nampak. Duduklah, Ril. Join sekali, pelawa Suzana mesra. Pucuk dicita, ulam mendatang. Zafril terus melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Dia melemparkan senyuman ke arah Qarissa tapi gadis itu memalingkan muka ke arah lain. Kenapa seorang aje? soal Suzana. Tak ada orang nak ajak makan sama, jawab Zafril. Sesekali matanya melirik ke arah Qarissa yang hanya diam membisu seolah-olah sedang berada di alam lain. Kesian... lain kali bolehlah join Kak Su dengan Risa. Kan, Risa? ujar Suzana, mengharap respons positif daripada Qarissa. Tetapi adiknya itu seakan-akan tidak dengar. Suzana menendang kaki Qarissa di bawah meja. Auch! Qarissa terjerit. Dia membulatkan mata ke arah Suzana tanda marah. Orang tanya, bukannya nak jawab! marah Suzana dalam nada perlahan tapi tegas. Qarissa buat-buat tidak dengar. Takpelah... Kak Su, celah Zafril. Saya makan sorang pun takpe. Ujarnya sambil tersenyum. Suzana hanya mengangkat bahu sementara Qarissa hanya menayang muka selamba.

48

Ayumi Syafiqah

Bab 5
ARISSA mengacau air sambil menyanyi-nyanyi kecil. Tanpa sedar, sepasang mata sedang memerhatikannya dari pintu pantri. Dia berpaling dan terkejut melihat Zafril tercegat di depan pintu. Terlepas terus mug daripada tangannya. Air yang panas terpercik ke seluarnya. Dia terjerit. Zafril terus meluru ke arahnya. Awak okey? Dia mencapai sehelai tisu di atas meja dan mengelap seluar Qarissa. Qarissa menjerit lagi bila tangan Zafril menyentuh pahanya. Walaupun berlapik seluar, dia tetap merasakan Zafril sengaja mahu mengambil kesempatan. Apa ni? Dia menepis tangan Zafril dengan kasar. Sorry... sorry. Saya tak sengaja.... Apa yang tak sengaja? Apa awak buat kat pintu tu tadi? Sengaja intai saya? Awak tengok apa hah?! Lantang sekali suara Qarissa.

49

Kau Pemilik Hati

Mana ada apa-apa.... Kenapa bising-bising ni? soal Suzana yang entah dari mana muncul. Suara kuat Qarissa menariknya untuk datang menjenguk. Dia ni! Sengaja nak ambik kesempatan! adu Qarissa. Bukan.... Tipu! Sudah, sudah! Suzana cuba meleraikan pertikaman lidah antara kedua-duanya. Apa yang jadi sebenarnya ni? Dengan kaca bertaburan ni.... Zafril membuka mulut menceritakan kejadian tadi. Memang dia tiada langsung niat mahu mengambil kesempatan seperti yang didakwa oleh Qarissa. Dia ke situ mahu membancuh minuman. Tak sangka pula Qarissa turut berada di situ. Mahu menegur, takut Qarissa terkejut dan terus melenting. Tapi ketika itu juga Qarissa berpaling. Sudahnya, dia menjadi mangsa amarah Qarissa. Suzana tersenyum mendengar cerita Zafril. Alah Risa... Ril cuma nak tolong. Itu pun nak kecoh? Lagipun... Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Qarissa sudah pun berlari keluar. Dia ketawa kecil melihat tingkah Qarissa. Sorrylah, Ril... Risa tu memang macam tu... pohonnya bagi pihak Qarissa. Zafril ikut tersenyum. Takpe, Kak Su... salah saya juga, ujarnya kemudian tunduk untuk mengutip kaca-kaca yang bertaburan. Eh, takpe... biar Kak Su aje yang buat. Suzana pantas menghalang.

50

Ayumi Syafiqah

Takpelah, Kak Su... biar Ril yang buat. Tidak enak pula rasanya membiarkan Suzana membersihkan kaca-kaca itu sedangkan dia punca mug itu pecah. Biar Kak Su aje.... Suzana berdegil. Zafril mengalah akhirnya.

TELEFON bimbit Zafril berdering nyaring. Panggilan daripada Dato Rashid. Dia terus menyambut panggilan itu. Ril, uncle dengan Su ada meeting petang ni dengan klien. Boleh tak kalau Ril hantar Risa balik? Sungguh Zafril tidak menyangka Dato Rashid akan memberikannya amanah itu. Nampaknya, Dato Rashid benar-benar mempercayainya. Baiklah, uncle... jawabnya sebelum talian diputuskan. Dia melirik jam di tangan. Jarum jam sudah melepas angka lima. Dia terus bangkit untuk ke bilik sebelah. Qarissa mengarahkannya masuk selepas tiga kali ketukan di pintu. Gadis itu nampak terkejut melihat dirinya tercegat di depan pintu. Papa awak suruh saya hantar awak balik, beritahunya. Sekali lagi Qarissa terkejut. Kenapa pula? Dia ada meeting dengan klien. Kak Su pun ikut, ujar Zafril lagi. Qarissa diam tanpa suara. Namun hatinya bermonolog. Balik dengan mamat ni? Hesy! Kenapalah papa percaya sangat pada dia?

51

Kau Pemilik Hati

Saya dah nak balik ni. Kalau awak tak nak, balik sendirilah ek.... Zafril menarik daun pintu. Nanti! Tahan Qarissa. Lekas-lekas dia bangun mencapai tas tangannya. Walaupun dia tidak mahu pulang bersama Zafril, tapi dia tiada pilihan lain. Takkan dia mahu pulang menaiki teksi? Oh, tidak! Zafril tersenyum puas.

QARISSA hanya membisu sepanjang perjalanan. Kereta Honda Accord milik Zafril hanya ditemani lagu-lagu koleksinya sendiri. Langsung tak kena dengan cita rasa Qarissa. Boleh tak tukar lagu lain? Bosanlah! rungut Qarissa. Ini kereta saya. So, saya punya sukalah nak dengar lagu apa pun. Awak tu duduk diam dahlah, balas Zafril selamba. Panas telinga Qarissa mendengar ayat itu. Eh awak ingat, saya teringin sangat ke nak naik kereta ni? Boleh jalanlah! getusnya bengang. Zafril ketawa kecil. Seronok pula buat gadis itu marah. Kereta tengah jalanlah ni, sahutnya masih selamba. Qarissa terasa mahu menjerit. Terasa lambat benar kereta itu bergerak. Zafril cuba mengajaknya untuk bersembang tapi dia malas melayan. Daripada terus menyakitkan hati sendiri, baiklah dia diam sahaja. Lagipun, lelaki itu juga yang menyuruhnya diam. Dia terus mengunci

52

Ayumi Syafiqah

mulut sehinggalah sampai di rumahnya. Sebuah kereta Perodua Kancil terparkir di luar pintu pagar. Kereta siapa pula tu? Keluar sahaja dari kereta, Qarissa ternampak Marina baru sahaja keluar dari rumahnya sambil melenggang. Gadis itu menghadiahkan jelingan tajam padanya dan berlalu dengan riak sombong terlukis di muka. Qarissa mencebik. Langkah Marina terhenti sebaik sahaja terpandangkan Zafril yang baru keluar dari kereta. Dia terus mendekati lelaki itu. Hai... saya Marina. Awak kawan Qarissa ke? soalnya berlagak mesra. Memang kacak lelaki itu. Wajahnya sedikit kecinaan. Rugi kalau dia tidak menegur. Sambil itu, boleh juga menyakitkan hati Qarissa. Qarissa malas melayan. Tanpa ucapan terima kasih, dia terus berlalu ke dalam rumah. Ya, saya Zafril, balas Zafril ala kadar. Tumpuannya masih pada Qarissa walaupun bayang gadis itu sudah lenyap di sebalik pintu rumah. Oh... kawan sekerja ya? tanya Marina lagi, berusaha menarik perhatian Zafril agar beralih padanya. Zafril mengangguk. Kemudian dia melirik jam di tangan. Dah lewat ni. Saya balik dulu. Assalamualaikum. Ucapnya sebelum terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.

SETIBANYA di rumah, Marina terus menghempaskan badan

53

Kau Pemilik Hati

ke atas sofa empuk untuk melepaskan lelah. Sekilas terbayang wajah Zafril di ruang mata. Kalaulah Zaidi sekacak itu. Mar, pergi mana tadi? soal Rahinah yang baru muncul dari arah dapur. Rumah mak ngah, jawab Marina dengan mata yang terpejam. Itu tak ada lainnya tu. Asyik nak cari gaduh dengan Qarissa aje! Cubalah berbaik.... Terbuka luas mata Marina. Apa mak ni? Orang nak jenguk mak ngahlah. Bukan nak cari gaduh dengan anak dia. Lagipun Qarissa mana ada kat rumah tadi. Kerja! jawabnya dalam nada marah. Sesuka hati saja emak menuduhnya. Tapi, pertemuan dengan Qarissa tadi tidak diceritakan. Nanti makin panjang bebelan emaknya itu. Nasib baik pergi kerja. Kalau tak, berperang lagilah, bebelan Rahinah bersambung. Dia bangkit dan terus memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Marina mencebik marah. Emak selalu memenangkan Qarissa. Dia sebagai anak, sering dipinggirkan. Kerana ini jugalah dia semakin benci pada Qarissa, sepupu atau lebih tepat lagi musuhnya sejak kecil! Marina bangun dan mengunci diri di dalam bilik. Telefon bimbit yang menjerit nyaring dijawab pantas setelah membaca nama yang tertera di skrin. Helo, sayang... sapanya manja. Helo... you kat mana ni? Tak nak datang sini ke? I bosan ni. Suara garau Zaidi kedengaran di hujung talian. Marina merebahkan badan ke atas katil. Jarijemarinya bermain-main dengan hujung bantal. Sorrylah,

54

Ayumi Syafiqah

sayang. I tak boleh datang sekarang. Tadi mak I dah membebel teruk. Kalau I keluar sekarang, lagi teruk I kena nanti.... Alah... habis tu, bila you nak datang jumpa I? I miss you, baby... rayu Zaidi lembut. Marina tersenyum mengada. Okey macam ni, malam nanti kita jumpa kat tempat biasa. Lepas tu, I ikut you balik rumah. Dia memberi cadangan yang dirasakan amat bernas. Zaidi diam beberapa saat sebelum menjawab, okey, see you tonight. I love you. Talian dimatikan. Marina tersenyum puas.

55

Kau Pemilik Hati

Bab 6
ARISSA sudah pun mengupah orang untuk menghias semula bilik pejabatnya. Walaupun berkali-kali papa mengatakan yang dia hanya membazir, dia tetap mahu meneruskan niatnya. Dia tidak mahu Salma berbangga atas hasil kerjanya yang tidak seberapa itu. Entah kenapa, membuli gadis itu menjadi keseronokan padanya. Salma hanya memerhatikan kerja-kerja menghias dari balik pintu. Kecewanya hati, hanya Tuhan yang tahu. Bersusah payah dia menyiapkan segalanya, sekelip mata Qarissa menghancurkannya. Sal, apasal Cik Qarissa ubah design bilik dia tu? Soraya berbisik di telinga Salma, mahu mengelak daripada didengar oleh orang lain. Salma mengeluh lemah. Entahlah... aku pun tak tahu. Agaknya, dia tak suka design yang aku buat tu. Mesti taste dia lagi tinggi, jawabnya demi menyedapkan hati Soraya. Selebihnya, dia mahu memujuk hati sendiri.

56

Ayumi Syafiqah

Soraya menjuihkan bibirnya. Mengada betullah! Dahlah sombong! kutuknya dalam nada geram. Memang sejak kali pertama Qarissa menjejakkan kaki ke situ, dia sudah perasan pandangan sinis Qarissa pada pekerja bawahan sepertinya. Seolah-olah hina benar pekerja-pekerja bawahan ini. Padahal, kalau tiada mereka, siapa yang akan membantu memajukan syarikat itu? Dia benar-benar tak puas hati. Hesy kau ni! Salma menyenggol lengan Soraya. Tak baik cakap macam tu. Biarlah dia nak ubah pun. Dia ada hak. Aku tahulah dia tu anak pengarah syarikat ni, tapi sepatutnya dia kenalah jaga kebajikan pekerja-pekerja macam kita ni. Bukan aje sesuka hati nak membuli. Soraya terusterusan melepaskan rasa tak puas hatinya. Cuba kau tengok Cik Suzana tu, bukan main baik lagi dengan kita. Masa kita mula-mula kerja dulu pun, dia mesra aje dengan kita. Tapi adik dia ni.... Soraya menggantung ayatnya, yakin Salma faham maksudnya. Salma hanya diam. Dalam hati, dia mengakui kebenaran kata-kata Soraya itu. Betul ke dia orang tu adik-beradik? Macam langit dengan bumi! Astaghfirullah! Soraya, apa kau merepek ni? Kalau Dato dengar macam mana? Cari nahaslah kau ni, marah Salma, terkejut mendengar persoalan yang diajukan oleh Soraya. Soraya hanya tayang wajah selamba tanpa rasa bersalah. Dia hanya bercakap mengikut apa yang dirasa. Perbualan mereka terhenti apabila Zafril melintas di hadapan mereka. Soraya tersenyum-senyum sementara Salma sudah tersipu-sipu.

57

Kau Pemilik Hati

Sukalah tu! Usik Soraya. Dia maklum benar tentang perasaan Salma pada lelaki kacak itu. Salma hanya tersenyum nipis.

CIK QARISSA! Langkah Qarissa terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Tidak perlu berpaling, dia tahu siapa gerangan manusia yang memanggilnya itu. Malas melayan, dia meneruskan langkah ke bilik pantri. Zafril membuntuti langkah Qarissa. Cik Qarissa, saya ada sesuatu nak bincang dengan awak. Apa dia? balas Qarissa kasar. Dia melangkah masuk ke pantri dan terus mencapai gelas untuk membancuh minuman. Dato Rashid nak kita sama-sama uruskan projek ni. Tapi apa yang awak buat? Awak tak buat apa-apa pun! Semuanya saya seorang yang uruskan. Tak adillah macam ni! ujar Zafril geram. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengheret Qarissa ke bilik Dato Rashid. Dia yakin dalam hal ini, dia di pihak yang benar. Jadi Dato Rashid pasti akan menyebelahinya. Qarissa menghempas gelas yang dipegang ke atas meja. Pandangan tajam Zafril dibalas dengan berani. Apa yang saya cakap hari tu? Saya dah cakap yang saya tak akan libatkan diri dalam projek tu. Tapi awak berkeras juga. So, jangan nak salahkan saya pula ya, getusnya. Semakin tajam renungan Zafril ke muka Qarissa.

58

Ayumi Syafiqah

Sabarnya ada juga hadnya. Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati Qarissa. Qarissa mula kecut perut. Perlahan-lahan juga dia mengundur ke belakang. Apa awak nak buat ni? Dalam takut-takut, berani juga dia bersuara. Awak rasa...? Langkah Zafril semakin dekat. Dada Qarissa berdebar kencang. Dalam keadaan begini, apa sahaja Zafril boleh lakukan. Awak jangan cuba nak buat apa-apa! Nanti saya report kat papa! ugut Qarissa, benar-benar mengharapkan agar Zafril melepaskannya. Zafril tersenyum sinis. Reportlah! Ingat saya takut? Badan Qarissa terlanggar dinding pantri. Zafril pantas meletakkan kedua-dua belah tangannya di dinding pantri, sekali gus menghalang gadis itu daripada melepaskan diri. Qarissa semakin takut. Mahu rasanya dia menangis saat itu juga. Tolonglah... jangan apa-apakan saya... rayunya. Sanggup dia ketepikan ego sendiri demi menyelamatkan diri. Zafril tidak berganjak dari kedudukannya. Mahu juga gadis itu merayu. Sangkanya, Qarissa akan tetap dengan sifat angkuhnya yang menggunung tinggi itu. Direnung dalam-dalam wajah Qarissa. Cantik. Memang cantik. Terasa mahu dikucupnya bibir gadis itu yang merah merekah tapi imannya masih ada. Ops...! Salma kaget di depan pintu pantri.

59

Kau Pemilik Hati

Kelam-kabut Zafril dan Qarissa menjarakkan kedudukan masing-masing. Qarissa dengan wajah cemasnya manakala Zafril tetap dengan wajah selambanya. Maaf.... Salma tunduk sebelum terus berlalu keluar. Salma! Tidak sempat Qarissa menahan bila gadis itu sudah menjauh. Dia berpaling ke arah Zafril dengan mata yang bulat mencerlung. Ini semua awak punya pasallah! Tengok... tak pasal-pasal Salma dah salah faham! marahnya. Zafril tidak menjawab. Dengan wajah tak bersalahnya, dia terus berjalan keluar sambil bersiul-siul kecil. Qarissa mengetap bibir. Tak guna! Cemuhnya dalam hati. Lantas dia menapak keluar dari pantri dan berjalan laju ke arah meja Salma. Tapi gadis itu tiada di tempatnya. Qarissa berpaling ke arah Soraya yang sedang merenungnya dengan pandangan pelik. Tapi dia tidak peduli semua itu. Yang penting sekarang, dia perlu membetulkan tanggapan Salma. Soraya, Salma mana? Soraya terkejut diajukan soalan itu. Masih ada yang tak kenakah? Terkebil-kebil matanya memandang wajah cemas Qarissa. Soraya, saya tanya ni, Salma mana? Qarissa menguatkan suara. Bengang kerana pertanyaannya tidak bersambut. Errr... Salma ke pantri, Cik Qarissa.... Tergagapgagap dia menjawab. Saya baru aje pergi pantri. Dia tak ada pun kat sana, tukas Qarissa panik.

60

Ayumi Syafiqah

Errr... saya tak tahu, Cik Qarissa. Agaknya dia ke tandas kut... ujar Soraya separuh yakin. Entah betul entah tidak Salma ada di tandas. Kalau salah, teruklah dia selepas ini. Tanpa mengucapkan terima kasih, Qarissa bergegas ke tandas. Salma yang ketika itu baru sahaja keluar dari tandas, terkejut memandang Qarissa tercegat di depannya. Saya nak cakap sikit dengan awak, ujar Qarissa. Cik nak saya ke bilik cik? tanya Salma. Dalam kepala, dia sudah dapat mengagak hal apa yang mahu Qarissa bicarakan. Pasti mengenai drama sebabak di bilik pantri sebentar tadi. Mengenangkan itu, hatinya terasa ngilu. Katakata Fatin tempoh hari terngiang-ngiang di telinga. Benarkah Qarissa sedang cuba menggoda Zafril? Tak payah, kat sini aje. Qarissa melangkah masuk ke tandas sebelum diikuti oleh Salma. Dia menyandar di singki. Pasal hal tadi tu... Tak apa, Cik Qarissa. Saya faham... potong Salma sebelum sempat Qarissa menjelaskan perihal sebenar. Salma, awak dah salah faham. Antara saya dengan Zafril memang tak ada apa-apa. Tadi tu cuma.... Ayat Qarissa tergantung tanpa noktah. Dia sendiri tidak pasti mahu menyambungnya dengan perkataan apa. Tidak mungkin dia menceritakan kejadian sebenar. Jatuhlah egonya sebagai anak pemilik syarikat. Salma terkebil-kebil menanti Qarissa menghabiskan ayatnya. Namun, ayat yang tergantung itu sudah cukup mengesahkan apa yang dilihat tadi. Bukan salah saya kalau saya salah faham sekalipun.

61

Kau Pemilik Hati

Keadaan Cik Qarissa dan Encik Zafril berpelukan macam tu kat pantri tadi memang boleh menimbulkan pandangan negatif orang lain. Kalau orang lain tengok pun, mesti dia orang akan fikir benda yang sama macam saya, ujarnya dengan wajah tertunduk. Tidak berani memandang wajah Qarissa yang merah padam. Qarissa cuba berlagak seolah-olah kata-kata Salma langsung tak memberi kesan padanya. Tak kiralah apa pun. Yang penting, saya tak nak perkara ni sampai ke telinga orang lain. Kalau saya dengar ada yang bergosip, awak orang pertama yang saya cari! Selepas habis berkata-kata, dia terus melangkah keluar. Salma mengeluh. Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu. Namun dia sedar, dia memang tidak layak untuk Zafril. Bersama seulas senyuman yang dipalsukan, dia berjalan keluar dari tandas. Setelah memastikan tiada sesiapa lagi di luar, barulah Fatin keluar dari tempat dia menyelesaikan panggilan alam sebentar tadi. Seulas senyuman sinis bergayut di bibirnya. Qarissa dan Zafril berpelukan? Aha! Ini pasti akan menjadi gosip paling hangat di ROS Holding!

62

Ayumi Syafiqah

Bab 7
ELIHAT sekumpulan pekerja sedang bersembang-sembang kosong, Fatin melajukan langkah menghampiri mereka. Kesemua mereka terdiam sebaik sahaja nampak kelibat Fatin mendekat. Seronok benar borak. Tak ajak aku pun, ujar Fatin dengan bibir memuncung. Kenapa? Kau ada gosip baru nak kongsi dengan kita orang ke? tanya Soraya faham benar dengan tingkah rakan sekerjanya itu. Ada-ada sahaja yang ingin diceritakan. Yang tiada pun, diada-adakan. Tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan hal itu. Fatin menyimpul senyuman misteri. Kau orang tahu tak... semalam aku nampak Encik Zafril dan Cik Qarissa berpelukan kat pantri! Dia memulakan ceritanya dengan mencipta sedikit pembohongan kononnya dia yang melihat adegan itu. Kesemua temannya sudah terbeliak biji mata.

63

Kau Pemilik Hati

Kau biar betul, Fatin? Tak baik tau buat fitnah macam ni, tegur Atia tidak percaya. Fatin berdecit. Kau tak payah nak ceramah-ceramah aku pulak. Aku tahu apa yang aku cakapkan ni. Memang betul! Aku sendiri nampak dengan mata kepala aku ni. Bukan setakat berpeluk, tapi... isy! Aku nak cerita pun tak sangguplah! Fatin menggoyang-goyangkan tubuhnya, kononnya geli membayangkan drama sebabak antara Zafril dan Qarissa. Soraya, Atia dan Izati berpandang sesama sendiri. Antara percaya dengan tidak. Kalau percaya, dikhuatiri Fatin hanya mereka-reka cerita. Kalau tidak percaya, hati mereka bertiga sudah pun termakan sedikit sebanyak cerita Fatin itu. Fatin menambah lagi itu dan ini untuk menyedapkan lagi perisa cerita rekaannya itu. Sudahnya, temannya yang bertiga itu percaya juga. Dia tersenyum puas. Aku dah agak dah dari mula lagi Cik Qarissa tu masuk sini, dia memang dah ada hubungan dengan Encik Zafril. Aku bagitau Salma, dia tak nak percaya. Tengoklah sekarang apa dah jadi. Aku ni bukan apa, cuma kesiankan Si Salma tu. Yalah... dia tukan dah lama suka kat Encik Zafril tu. Hah... dah melepaslah jawabnya. Fatin bersuara seolaholah benar-benar bersimpati pada Salma. Padahal dalam hatinya menggeletek rasa lucu. Padan muka kau, Salma! Tapi apa salahnya kalau betul pun dia orang ada hubungan. Tak ada salahnya, kan? sampuk Izati membela kedua-duanya. Baginya, kedua-dua mereka sepadan. Fatin tersentak. Hesy kau ni! Tak kesiankan Salma tu ke? Dia tukan kawan kau? Entah kau ni! sokong Atia pula.

64

Ayumi Syafiqah

Izati terus terdiam. Salma memang kawan baiknya. Malah, gadis itulah yang paling baik dengannya di syarikat besar itu. Tetapi dia cuma bercakap atas apa yang dirasakan logik untuk diterima akal. Ketika itulah mata masing-masing menangkap kelibat Qarissa sedang berjalan dari arah lif untuk ke bilik pejabatnya. Sempat gadis itu memandang ke arah mereka dengan satu pandangan tajam. Cik Qarissa tahu ke kita bercakap pasal dia? bisik Soraya perlahan. Mungkin... cara dia pandang kita tu lain macam aje, kan? Sahut Izati takut-takut. Aku nak pergi sambung kerjalah. Chow! Soraya melambai dan terus kembali ke mejanya sebelum diikuti Atia dan Izati. Manakala Fatin pula tetap dengan senyuman sinisnya. Puas hati aku!

GOSIP tentang hubungan cinta Qarissa dan Zafril sudah tersebar meluas di ROS Holding. Siapa lagi yang menyampaikannya pada orang ramai kalau bukan Fatin, wartawan tidak bergaji di ROS Holding. Dia tersenyum puas kerana akhirnya dapat memalukan Qarissa. Tentang hal Salma, lagilah dia berasa puas melihat gadis pujaan ramai itu bersedih. Qarissa bengang. Walaupun sudah dipesan pada Salma supaya jangan membuka mulut, cerita itu tetap tersebar ke pengetahuan orang ramai. Sampaikan dia malu

65

Kau Pemilik Hati

untuk keluar dari biliknya. Soalan daripada papa dan Kak Su juga tidak dijawab. Dia kemudian memanggil Salma masuk ke biliknya. Dengan jantung yang berlari kencang, Salma mengetuk pintu bilik Qarissa. Setelah mendengar arahan masuk, dia terus menguak pintu dan menapak masuk. Tajam pandangan Qarissa menyoroti ke wajahnya. Ada apa, Cik Qarissa? Takut-takut dia bertanya. Apa yang awak dah buat? Walaupun perlahan, tapi cukup tegas. Errr... pasal hal tu, maaf, Cik Qarissa. Saya tak tahu macam mana hal tu boleh tersebar. Saya... Jangan ingat saya bodoh! Kalau bukan awak yang hebohkan, siapa lagi? tengking Qarissa hilang sabar. Jawapan Salma tadi dirasakan amat bodoh di telinganya. Salma kecut perut. Betul, Cik Qarissa. Bukan saya yang hebohkan. Saya sendiri pun tak tahu macam mana semua orang boleh tahu. Saya tak tipu. Percayalah.... Tak ada orang lain yang tahu hal tu. Macam mana orang lain pulak yang hebohkan? Salma terdiam mendengar soalan Qarissa itu. Hatinya mengakui kebenaran kata-kata itu. Tiada siapa lagi yang tahu melainkan dirinya sendiri, Qarissa dan Zafril. Masakan Zafril pula yang menghebohkannya. Mustahil! Tapi setahunya di syarikat itu, hanya Fatin yang suka menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar. Jadi.... Tidak! Fatin tidak tahu hal itu. Jadi mustahil dia yang menghebohkannya. Tapi boleh jadi juga kerana Fatin memang pandai dalam bab mengorek cerita. Argh... buntu otaknya berfikir! Maaf, Cik Qarissa. Tapi saya betul-betul tak tahu.

66

Ayumi Syafiqah

Qarissa merengus marah. Awak ingat saya tak tahu? Awak sengaja nak balas dendam lepas apa yang saya buat nikan? Dia meliarkan pandangan ke sekeliling bilik pejabatnya. Salma terkedu dituduh begitu. Hal itu telah berlalu daripada hidupnya. Langsung tidak disimpan di dalam hati. Kenapa Qarissa mengungkit lagi? Tak, Cik Qarissa. Saya tak pernah berdendam. Saya tak pernah simpan dalam hati pun. Tolonglah percaya.... Argh! Pergi jahanamlah dengan rayuan kau tu! Ingat senang-senang aku nak percaya? tengking Qarissa dengan mata mencerlung garang. Dia benar-benar tercabar dengan gosip yang tersebar. Sudahlah memalukan dirinya, diselitkan juga pembohongan. Ikutkan hati, terasa mahu sahaja dia memecat Salma. Tapi dia tidak punya kuasa. Tambah lagi, pasti papa akan membantah keras. Hampir menitis air mata Salma tapi dia tetap bertahan. Dia tidak boleh cepat mengaku kalah. Tapi kalau Qarissa tidak mahu mempercayai kata-katanya, apa lagi yang boleh dilakukan? Saya nak awak jelaskan pada semua orang yang saya dengan lelaki tu tak ada apa-apa hubungan! Faham?! Jerkah Qarissa hingga menyentakkan Salma lalu mengangguk. Kemudian dia mengarahkan gadis itu keluar dari biliknya.

SALMA menyapu air mata di kolam matanya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali ke meja kerjanya.

67

Kau Pemilik Hati

Sal, kau kena marah ke? bisik Soraya rapat di telinga Salma, tidak mahu ada yang mendengar. Pasti Salma malu bila dimarahi. Takdelah... hal kecil aje, nafi Salma dan mula menyambung kerja. Namun begitu otaknya ligat berputar berfikir cara untuk membersihkan nama Qarissa. Akan adakah yang mendengar kata-katanya nanti? Ke sebab hal dia dengan Encik Zafril tu? Soraya masih belum mengalah. Dia tahu Salma bukan jenis orang yang suka berkongsi masalah. Tapi, kenapa Qarissa perlu memarahi Salma? Apa salah gadis itu? Salma mengalihkan anak matanya ke wajah Soraya. Mungkin dia perlu bercerita hal sebenar pada Soraya. Siapa tahu kalau-kalau gadis itu boleh menolongnya. Sebenarnya, aku sorang aje yang tahu hal Cik Qarissa dan Encik Zafril kat pantri tu. Tapi entah macam mana, boleh tersebar satu ofis. Tu yang Cik Qarissa marah aku... keluh Salma kesal. Mulut Soraya ternganga luas. Apabila tersedar, pantas dia menekup mulutnya. Kau nampaklah? soalnya bagai tidak percaya. Nampak... tapi keadaan dia orang tak macam yang tengah heboh sekarang ni. Tu semua tak betul! yakin Salma. Oh jadi, Fatin tipulah? Tak guna punya perempuan! gumam Soraya geram. Fatin yang buat hal, Salma pula yang kena. Salma tersentak. Bulat matanya memandang ke wajah Soraya. Fatin? Jadi, semua tu Fatinlah yang buat cerita? Ya Allah! Salma menekup mukanya dengan kedua-dua

68

Ayumi Syafiqah

tangannya. Jadi betullah andaiannya tadi. Tapi, dari mana pula Fatin mendapat cerita? Aku pun mula-mula tak nak percaya. Tapi dia bercakap macam bersungguh aje. Tu yang aku termakan tu. Sorry, Sal... sebab kita orang semua percaya, kau pulak kena marah dengan Cik Qarissa. Sorry, ya... pinta Soraya serba salah. Hesy! Terasa mahu diganyangnya Fatin itu. Sesuka hati membuat cerita! Salma mengeluh. Tak apalah... benda dah jadi pun. Eh, Fatin mana? Aku ada benda nak cakap dengan dia sikit. Tanyanya tibatiba. Matanya liar ke sekeliling pejabat mencari kelibat Fatin. Biasalah minah senget tu... time-time macam ni selalu ponteng! Soraya mencebik bila mengingatkan betapa bodohnya dia mempercayai kata-kata Fatin tempoh hari. Salma diam. Nantilah dia akan bersemuka dengan Fatin dan bertanya elok-elok. Nak marah pun dah tak guna, detik hatinya rawan.

69

Kau Pemilik Hati

Bab 8
AFRIL berdebar-debar. Hatinya tidak keruan dari tadi. Apa tujuan Dato Rashid mahu menemuinya? Pasti kerana gosip yang sedang hangat tersebar. Dia mengeluh. Silapnya juga kerana terlalu mengikut kata hati yang sedang marah tempoh hari. Kalau tidak, pasti hal ini tidak akan terjadi. Tapi, Qarissa juga bersalah kerana mencabar egonya sebagai seorang lelaki. Zafril menapak masuk ke dalam bilik pejabat Dato Rashid setelah mendengar arahan masuk. Senyuman orang tua itu menyambutnya. Dato Rashid mengarahkan dia duduk di sofa bertentangan dengannya. Zafril akur. Ada apa uncle nak jumpa Ril? Zafril bertanya penuh rasa cuak. Dato Rashid menyimpul senyuman penuh misteri. Uncle nak tanya pasal gosip yang tengah hangat sekarang ni. Ril, pokok takkan bergoyang sendiri kalau tak ada angin. Zafril menelan air liur payau mendengar kiasan Dato Rashid itu. Terasa payah sekali dia mahu menjawab.

70

Ayumi Syafiqah

Bukan apa, dia takut Dato Rashid memarahi dirinya kalau dia menceritakan perkara yang berlaku. Sedangkan hal itu berpunca daripada anak Dato Rashid sendiri. Susah sangat ke nak jawab soalan uncle ni? Ril cuma perlu cakap, betul atau tidak apa yang dia orang duk bercakap pasal Ril dan anak uncle tu, tekan Dato Rashid lagi sengaja mahu Zafril berterus terang. Dia cuma mahu mendengar pengakuan Zafril sendiri. Zafril tertunduk, tidak berani menatap wajah Dato Rashid. Errr... sebenarnya, tak betul semua tu, uncle. Ni semua salah faham aje. Ril dengan Risa tak buat apa-apa pun, cuma.... Ayatnya terhenti. Aduh... nak cakap apa ni? Cuma aku sengaja nak peluk anak dia? Hesy! Cepat hatinya menegah. Cuma apa? Dato Rashid mengasak lagi. Zafril terus membisu bagai pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan. Okeylah... sekarang, uncle nak tahu apa perasaan Ril pada Risa. Ril suka Risa? Dato Rashid mengubah soalan. Kali ini lebih jelas. Zafril mendongakkan kepala menatap raut tenang di wajah Dato Rashid. Dia diam beberapa ketika sebelum menganggukkan kepalanya. Terangkat kening Dato Rashid. Suka macam mana? Dia belum berpuas hati. Namun begitu, separuh hatinya lega bila menerima anggukan daripada Zafril sebentar tadi. Ril memang dah sukakan Risa sejak kali pertama Ril tengok dia. Kali ini, Zafril menjawab dengan penuh

71

Kau Pemilik Hati

yakin. Anak matanya lurus tertunak ke wajah Dato Rashid yang kini sedang mempamerkan senyuman lega. Dia tidak pasti apa maksud senyuman itu. Gembira atau sebaliknya? Baguslah kalau macam tu, ujar Dato Rashid diiringi keluhan kecil. Bagus? Zafril bingung tidak mengerti. Dato Rashid bangkit dan duduk di sebelah Zafril. Kalau betul Ril suka Risa, uncle restu. Cuma tinggal tiga minggu aje lagi tempoh hukuman Risa. Jadi uncle nak, dalam masa tiga minggu ni Ril cuba pikat Risa. Gunakan peluang ni sebaik mungkin. Zafril melongo tidak percaya. Semudah itu mendapat restu? Malahan Dato Rashid memberi dia tempoh untuk memikat Qarissa. Betul ke ni? Uncle sebenarnya risaukan Risa tu. Lepas balik dari oversea, perangai liarnya makin menjadi-jadi. Uncle takut dia terpesong daripada landasan agama. Uncle harap, dalam masa tiga minggu ni, Ril jagalah dia. Uncle amanahkan tugas tu pada Ril, tambah Dato Rashid lagi penuh mengharap. Tapi... kenapa Ril? Gugup Zafril bertanya kenapa dirinya yang dipilih. Sebab uncle yakin, hanya Ril yang mampu bimbing anak uncle tu. Jawab Dato Rashid yakin. Zafril terdiam. Harapan Dato Rashid terlalu tinggi. Dia tidak sampai hati untuk menghampakan hati orang tua yang telah banyak berjasa padanya itu. Sementelah, hatinya juga semakin jatuh sayang pada Qarissa. Lalu dia memasang nekad untuk menunaikan harapan Dato Rashid sebaik mungkin.

72

Ayumi Syafiqah

ZAFRIL termenung di depan TV yang terpasang kuat. Matanya lurus menghadap TV namun fikirannya jauh melayang memikirkan kata-kata Dato Rashid ketika di pejabat tadi. Permintaan yang baginya agak berat, tapi tetap mahu dipikul dengan rela hatinya. Shafni yang sedari tadi asyik memerhati gelagat abangnya mula menghampiri. Dia duduk di sisi Zafril. Reaksi Zafril masih sama. Langsung tidak menyedari kehadirannya. Dia mencapai alat kawalan jauh TV dan TV itu dimatikan. Tetap Zafril tidak memberi reaksi. Matanya sekali pun tidak berkelip. Sah! Zafril sedang mengelamun. Dah sampai mana? tegur Shafni bersahaja. Wajah abangnya direnung hairan. Jarang Zafril begini. Zafril tersentak. Berkecai lamunannya. Dia menoleh ke sisi. Wajah penuh tanda tanya Shafni singgah di matanya. Apa? Dia terpinga-pinga. Shafni mengeluh. Abang ni kenapa? Lain macam aje Fini tengok. Kena sampuk eh? tanya Shafni separa bergurau. Namun begitu suaranya bernada serius. Zafril tersenyum kecil. Dia bersandar santai di sofa empuk itu. Tak adalah. Kan abang tengok TV tadi? dalihnya. Tengok TV? Fini matikan TV tu pun abang tak sedar. Tengok TV apa kebendanya tu? balas Shafni tak puas hati. Zafril merenung skrin TV. Gelap. Dia tersengih memandang adiknya di sisi. Shafni mengerutkan dahinya. Apa kena dengan abang aku ni?

73

Kau Pemilik Hati

Tak ada apalah. Abang penat... banyak kerja kat pejabat tadi. Zafril masih beralasan. Bukan ke hari-hari abang banyak kerja? Dah... jangan nak kelentong Fini. Cakap cepat! Kenapa dengan abang ni? desak Shafni tidak sabar. Dia merenung wajah abangnya dalam-dalam, cuba mencari bukti. Tiba-tiba matanya membulat. Ke... abang dah jatuh cinta ni? duganya. Zafril tersentak. Bulat juga matanya membalas renungan Shafni. Sebentar kemudian, dia ketawa besar. Makin berkerut-kerut muka Shafni. Abangnya memang tak betul! Abang, boleh tak jawab soalan Fini ni? Geram betullah! rungut Shafni memalingkan mukanya ke arah lain. Okey, okey.... Zafril mengawal tawa. Kalau betul abang jatuh cinta, macam mana? duganya pula. Shafni kembali memandang Zafril. Serius? Dia bagaikan tidak percaya. Akhirnya, ada juga gadis yang mampu menggugat hati abangnya itu. Zafril tersenyum. Kenapa? Tak nak kakak ipar? Hesy... ada pulak tak nak! Pantas Shafni menafikan. Mestilah nak! Tapi, siapa perempuan tu? Fini kenal ke? Tidak sabar-sabar dia menyoal siasat. Mahu tahu siapa gerangan gadis yang bakal memegang gelaran kakak iparnya tidak lama lagi. Zafril menggeleng-geleng. Tak adalah. Abang gurau aje... ujarnya selamba.

74

Ayumi Syafiqah

Serta-merta terbuntang mata Shafni. Dia mati-mati percaya, rupa-rupanya Zafril hanya main-main. Isy! Abang ni teruklah! Patutlah tak ada orang nak, gerutunya. Eh, siapa kata tak ada? Kat pejabat abang tu, berlambak tau? Eleh! Shafni mencebik. Perasan aje lebih! Zafril ketawa lagi. Kemudian dia bangkit mencapai briefcasenya, bersedia untuk naik ke tingkat atas. Abang! Panggilan itu membuatkan langkah Zafril terhenti. Dia berpaling ke arah Shafni yang masih duduk di ruang tamu. Ada apa? Jom keluar! ajak Shafni dengan senyuman manis menggula. Begitulah dia setiap kali mahu mengajak Zafril keluar jalan-jalan. Malaslah... abang penat. Balas Zafril leweh. Shafni memuncung. Alah bolehlah... Fini bosan duk rumah aje! Masih lagi dia berusaha mengajak abangnya itu keluar. Zafril berfikir-fikir seketika. Dia tidak kisah sebenarnya, tapi sekadar mahu menduga adiknya itu. Senyuman yang terpahat di bibir cukup membuatkan Shafni terlonjak kesukaan.

ABANG, kalau abang nak cari isteri, biarlah orang tu

75

Kau Pemilik Hati

lemah lembut, sopan santun.... Meleret-leret suara Shafni menyenaraikan sifat-sifat yang perlu ada pada bakal isteri abangnya. Paling penting, minatnya kena sama dengan minat Fini! sengihnya. Terjongket kening Zafril. Kalau tak kena dengan cita rasa Fini tu? Abang tak boleh kahwin! tegas Shafni. Amboi... macam dia pulak yang nak kahwin. Cik kak, kalau abang nak kahwin, tahulah abang cari calon isteri abang sendiri, balas Zafril selamba. Shafni merengus. Suka hati abanglah. Cuma Fini nakkan yang terbaik untuk abang! ujarnya sambil menyambung menghirup minumannya yang masih tinggal separuh. Kalau tak lemah lembut, sopan santun, tak terbaiklah untuk abang? tanya Zafril sengaja menduga. Shafni menongkat dagu. Tak adalah macam tu. Cuma... kalau bakal isteri abang tu ada ciri-ciri yang Fini sebutkan tadi, selamat rumah tangga abang! Dia tersenyum manis. Tak semestinya. Kadang-kadang, orang yang lemah lembut dan sopan santun ni, pandai kaburi pandangan orang. Manalah tahu tu semua lakonan semata-mata? giat Zafril sengaja mencabar pendirian adiknya. Ada ke orang macam tu? Shafni tidak mahu percaya. Ada! Jawab Zafril biarpun dia sendiri ragu. Shafni buat muka. Suka hatilah!

76

Ayumi Syafiqah

Dia kemudian menyambung suapan nasi gorengnya yang terhenti tadi. Zafril melilaukan mata ke sekeliling restoran itu. Di fikirannya kini hanya ada seorang gadis. Qarissa Puteri. Dia memang sudah gila bayang dengan anak gadis Dato Rashid itu. Tapi... perwatakan Qarissa langsung tidak sama dengan ciri-ciri yang Shafni sebut tadi. Kalaulah dia memperkenalkan Qarissa kepada umi dan adiknya, bolehkah mereka menerimanya sebagaimana dia?

BANGUN!!! Jeritan kuat lagi nyaring itu mengejutkan Qarissa daripada tidur. Dia membuka mata. Sesusuk tubuh milik Suzana sedang bersandar di pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Apa Kak Su ni? Bingitlah! marah Qarissa. Rasa kantuk masih bersisa. Dia menguap malas. Bangun, Risa. Papa yang suruh kejutkan. Kejap lagi kita ada tetamu, beritahu Suzana masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Tetamu mana pulak ni? Kacaulah! Hari-hari minggu ni orang nak tidur lama sikit pun tak boleh! rungut Qarissa dengan mata separuh pejam. Kepalanya kembali mencecah bantal. Tetamu istimewalah. Dah, bangun! Suzana menghampiri Qarissa. Selimut yang membaluti tubuh Qarissa disentap kuat. Bangun! Qarissa menekup telinga. Suzana kalau menjerit, kalah pontianak!

77

Kau Pemilik Hati

Baik Risa bangun sebelum papa naik! ugut Suzana sambil menapak ke pintu bilik. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Qarissa bangkit dari perbaringannya. Itu sahajalah modal Suzana untuk menakut-nakutkannya. Bencilah Kak Su ni! getusnya sambil bersusah payah turun dari katil. Kak Su bagi masa setengah jam. Kalau dalam tempoh tu Risa tak turun jugak, Kak Su suruh tetamu tu sendiri yang panggilkan Risa. Okey, sayang? ujar Suzana mengenyitkan mata pada Qarissa sebelum keluar dari bilik itu. Qarissa memandang jam di dinding. Pukul dua belas setengah tengah hari. Setengah jam lagi pukul satu petang. Dia mengeluh sebelum melangkah lambat-lambat ke bilik mandi. Usai mengenakan baju tanpa lengan dan seluar separas lutut, Qarissa melangkah turun ke tingkat bawah. Dia berjalan selamba menuju ke dapur tanpa menoleh melihat tetamu yang sedang bersembang dengan papa di ruang tamu. Ya Allah, Risa! Terjerit Datin Rosiah memandang Qarissa yang melenggang masuk ke dapur. Suzana yang sedang mengacau gulai di atas dapur gas menoleh ke pintu dapur. Qarissa kaget. Kenapa, ma? soalnya bingung. Risa, boleh tak pakai elok-elok sikit? Risa sedar tak yang kita ada tetamu kat luar tu? Datin Rosiah tergelenggeleng melihat cara Qarissa berpakaian. Ma, kan Risa dah biasa pakai macam ni? Qarissa

78

Ayumi Syafiqah

merengus tak puas hati. Siapa sebenarnya tetamu mereka hari itu? Orang pentingkah? Itu bila tak ada orang kat rumah. Sekarang ni kita ada tetamu. Nanti apa pulak kata dia? Dah, pergi naik tukar baju sekarang, arah Datin Rosiah tegas. Tidak mahu berkompromi. Qarissa berdecit. Siapa tetamu kita tu sampai Risa tak boleh pakai macam ni? getusnya masih tak mahu mengalah. Apa hak tetamu itu mahu menghalangnya berpakaian yang dia suka? Risa, siapa pun tetamu kita, Risa tetap tak boleh pakai macam ni. Tak sopan, balas Datin Rosiah lembut. Suzana menutup api dapur. Pergilah tukar baju, Risa, celahnya pula. Qarissa menjeling tajam. Dia mengetap gigi sebelum berjalan keluar dari dapur. Datin Rosiah beralih memandang Suzana. Apa nak jadi dengan adik kamu tu, Su? keluhnya sedikit hampa. Suzana senyum nipis. Tidak tahu mahu menjawab apa. Kaki Qarissa terhenti di ruang tamu. Bulat matanya memandang tetamu yang mama maksudkan. Zafril? Lelaki itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Risa.... Dato Rashid bangun menghampiri Qarissa. Risa, kenapa pakai macam ni? Dah pergi tukar, suruhnya pantas, perlahan di telinga Qarissa. Qarissa memuncung. Tanpa memandang Zafril, dia bergegas naik ke tingkat atas.

79

Kau Pemilik Hati

Macamlah dia tu anak raja, semua nak kena sempurna! Dia merungut-rungut sambil kaki terus melangkah masuk ke bilik. Sehelai baju-T lengan pendek dan sehelai seluar jean dikeluarkan dari almari. Rasanya, itu sudah cukup sopan. Usai mengikat rambut, dia kembali ke tingkat bawah. Barulah dia melihat senyuman lega di bibir mama dan papa. Senyuman Zafril juga lebih manis dari tadi. Urgh!

QARISSA hanya membisu sepanjang mereka semua menjamu hidangan tengah hari itu. Kedatangan Zafril sebenarnya atas jemputan Datin Rosiah. Memang semenjak Qarissa pulang dari pengajiannya di luar negara, dia sudah tidak berkunjung ke rumah itu lagi. Atas alasan apa, dia sendiri kurang pasti. Mungkin segan berhadapan dengan anak gadis bongsu Dato Rashid itu ataupun sebaliknya, entahlah. Cuma hari ini dia tidak dapat menolak jemputan Datin Rosiah yang beria-ia benar mahu dia datang untuk makan tengah hari. Sesudah makan, Qarissa beredar ke taman buatan di halaman rumah. Dia termenung memandang ikan-ikan yang berenang di dalam kolam ikan comel itu. Dia mencapai bekas makanan ikan yang diletakkan tidak jauh dari kolam ikan itu. Memang dia gemar memberi makan ikan-ikan itu. Satu-satunya tabiat yang dia sendiri tidak menyangka yang dia akan menyukainya. Tak sangka awak suka bagi ikan makan. Qarissa tersentak mendengar suara itu. Terus mati senyuman manis di bibirnya tadi. Isy! Kacau daun betul, rungut hatinya.

80

Ayumi Syafiqah

Zafril berdiri di sebelah Qarissa. Kalau awak pakai macam ni selalu, kan okey? Tak adalah terdedah sangat. Terasa panas wajah Qarissa. Sesuka hati sahaja Zafril menegurnya begitu. Eh, yang awak nak sibuk-sibuk pasal pakaian saya ni kenapa? Saya ada susahkah hidup awak ke kalau saya pakai seksi sekalipun? bidasnya tidak dapat menahan geram. Zafril senyum nipis. Tak adalah. Tapi tak salahkan kalau saya nasihatkan awak atas dasar seorang kawan? balasnya sambil merenung lembut ke wajah Qarissa. Qarissa mencebik. Nasihat konon! Macam bagus sangat, getus hatinya bengang. Dia meletakkan bekas makanan ikan di tempat asal dan bersedia untuk beredar dari situ. Tapi entah macam mana, kakinya tergelincir di tanah tepi kolam yang agak licin. Zafril yang terkejut pantas menangkap tubuh Qarissa daripada mencium tanah. Qarissa yang terkejut tidak dapat berbuat apa-apa. Dia menoleh perlahan-lahan ke sisi. Wajah Zafril rapat dengan wajahnya. Terasa darah merah menyerbu ke muka. Malunya bukan kepalang lagi. Aduh! Kenapalah aku ni cuai sangat? Ada tayangan filem Hindustan ke? Suara sindiran itu mengejutkan kedua-duanya. Terpandang sahaja wajah Marina, Qarissa segera menolak tubuh Zafril dan bergegas bangun. Zafril pula hanya berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia tahu Qarissa malu. Dan dia juga lebih kurang malu. Yang kau sibuk apahal? Suka hati akulah! Qarissa

81

Kau Pemilik Hati

menjeling tajam ke arah Marina. Entah bila sepupunya itu datang, dia sendiri tidak sedar. Tanpa berlengah, lekas-lekas dia berlalu masuk ke rumah. Marina mendekati Zafril yang masih tercegat di tepi kolam ikan. Awak ni ada apa-apa ke dengan Qarissa tu? Zafril terkejut disoal begitu. Terus terang sungguh! Kalau betul kenapa? balasnya. Marina tersenyum sinis. Tak payahlah, Zafril. Lelaki macam awak patut dapat perempuan yang lebih baik daripada Qarissa tu. Awak belum kenal lagi Qarissa tu. Membazir aje! Bibirnya memuncung dengan wajah mencemik. Tanpa menunggu balasan Zafril, dia segera menghampiri pintu rumah dengan wajah yang sudah dimaniskan semanismanisnya. Zafril tercengang seketika. Benarkah kata-kata Marina itu? Dia tahu Qarissa tidaklah seperti gadis-gadis lain yang punya perwatakan yang baik, tapi dia tidak percaya Qarissa seteruk seperti yang Marina katakan tadi. Kepalanya tergeleng-geleng menidakkan.

82

Ayumi Syafiqah

Bab 9
depannya.

AMUAN tahunan syarikat? Tidak berkelip mata Qarissa merenung papa yang duduk di

Dato Rashid mengangguk, sekali gus mengesahkan arahannya seketika tadi. Qarissa merengus. Pa... Dato Rashid mengangkat tangan, mengisyaratkan agar Qarissa diam. Dia mengerling sekilas ke arah Zafril yang hanya diam sedari tadi. Papa nak Risa dan Ril uruskan jamuan ni. Papa serahkan seratus peratus tugas ni pada kamu berdua. Yang papa nak, segalanya siap sebelum tarikh jamuan tu. Faham? tegasnya sambil memandang kedua-duanya silih berganti. Rasa-rasanya, Zafril tiada masalah. Yang bermasalah hanyalah anak gadisnya itu. Tepat seperti yang diduga, Zafril mengangguk dengan senang hati. Senyuman manis terpahat di bibir. Memang sedari dulu, apa sahaja amanah yang

83

Kau Pemilik Hati

dipertanggungjawab ke atasnya akan dipikul sebaik mungkin. Termasuk.... Dia menjeling Qarissa di sisi. Wajah gadis itu masam mencuka. Risa tak nak! Qarissa berterus terang. Matanya dihalakan ke arah lain. Tidak mahu memandang wajah papa, lebih-lebih lagi lelaki itu. Tak ada alasan. Risa nak atau tak nak, Risa tetap kena buat. Ini arahan papa sebagai pemilik syarikat ni. Dato Rashid bersuara tegas. Itu sahajalah cara yang ada untuk memaksa Qarissa. Anaknya itu memang keras kepala. Qarissa merengus lagi. Hatinya menggerutu geram. Kalau ada sebarang pertanyaan, kamu berdua boleh rujuk pada Suzana. Selama ni pun, memang dia yang uruskan jamuan tahunan syarikat kita ni, tambah Dato Rashid sebelum mengakhiri perbincangan itu. Qarissa lekas-lekas bangun dan berjalan keluar dari bilik pejabat papa. Sampai di luar, dia bercekak pinggang merenung Zafril dengan mata mencerlung. Reaksi itu memang Zafril sudah agak. Begitulah Qarissa setiap kali diminta bekerjasama dengannya. Apa pulak masalahnya kali ni? tanya Zafril sedikit mengeluh. Saya rasa awak tahu apa masalahnya, tekan Qarissa. Tak. Sebab perkara yang menjadi masalah pada awak tu tak menjadi masalah pada saya, jawab Zafril selamba. Dia terus menyambung langkah tanpa mempedulikan jelingan tajam Qarissa. Macam singa lapar pun ada. Tunggu! Saya belum habis lagi, tahan Qarissa sebelum sempat lelaki itu melangkah lebih jauh.

84

Ayumi Syafiqah

Zafril berhenti dan berpaling. Keningnya terangkat sebelah, bertanya apa kehendak Qarissa. Kalau perkara tu tak menjadi masalah pada awak, saya rasa baik awak sorang aje yang uruskan jamuan tu. Tentu tak menjadi masalah, kan? ujar Qarissa menyindir. Walau apa pun, dia tetap tidak mahu bekerjasama dengan lelaki itu. Kenapa? Kerana dia benci melihat wajah kacak itu setiap kali teringatkan kejadian di pintu lif dan di pantri minggu lepas. Zafril tersenyum kecil. Yang tu ada masalah. Papa awak dah amanahkan kita berdua. Tak baik tak tunaikan amanah tau? ujarnya dengan nada lembut. Renungannya redup ke wajah Qarissa. Qarissa tidak peduli itu semua. Dia tetap berdegil dengan kemahuannya. Entah-entahkan... awak ni yang bodek papa supaya libatkan saya sekali dalam pengurusan jamuan ni. Dia berprasangka. Zafril terkejut dituduh begitu. Kepalanya tergelenggeleng dengan tawa kecil. Apa faedah yang saya dapat kalau saya bodek papa awak? Buat penat saya aje uruskan semua ni. Kalau betul saya nak bodek, baik saya bodek biar awak sorang uruskan semua. Nak macam tu? Qarissa terkedu. Dalam diam hatinya bersetuju dengan kata-kata Zafril itu. Tapi dia masih tak mahu mengalah. Manalah tahu... awak nak cari kesempatan berduaduaan dengan saya! Duganya tanpa rasa bersalah. Namun reaksi di wajah Zafril amat mengejutkannya. Lelaki itu ketawa sakan!

85

Kau Pemilik Hati

Cik Qarissa yang cantik manis, kalau saya nak berdua-duaan dengan awak, tak payah atur rancangan macam ni. Sekarang pun saya boleh buat. Tak gitu? Senyuman di bibirnya nakal sekali. Qarissa terkedu lagi. Kali ini lebih terkedu dari tadi. Rasa marahnya meningkat berkali-kali ganda. Mukanya merah padam. Sempat lelaki itu mengenyitkan mata padanya sebelum berlalu pergi.

SO, macam mana? Soalan Suzana itu mengundang kerutan di dahi Qarissa. Macam mana apa? soalnya semula bingung. Kan papa nak Risa dengan Ril uruskan jamuan tahunan syarikat. Risa okey tak? Tak! Pantas sepatah jawapan itu meluncur keluar daripada mulut Qarissa. Anak matanya lurus ke luar cermin kaca biliknya yang memaparkan keindahan kota metropolitan itu. Suzana mengeluh. Memang dia sudah agak itu reaksi Qarissa. Semerta dia rasa kasihan pada Zafril. Bolehkah Zafril melayan kerenah adiknya ini? Kenapa? tanya Suzana lagi ingin kepastian. Dia tu Kak Su... tahu menyakitkan hati Risa aje! Kalau sehari dia tak buat Risa sakit hati, memang tak sah! adu Qarissa sungguh-sungguh. Suzana berkerut muka.

86

Ayumi Syafiqah

Risa tahu tak, Risalah satu-satunya manusia yang cakap Ril tu suka menyakitkan hati. Majoriti staf-staf kat sini semua kata Ril tu baik tau? Pelik Kak Su! keluhnya. Memang pelik. Entah apa kenalah adiknya yang satu ini. Semua benda tak kena pada pandangan matanya sejak pertama kali menjejakkan kaki di syarikat itu. Qarissa mencebik mendengar kenyataan auta kakaknya itu. Baik? Dia ketawa sinis. Memang staf-staf kat sini semua buta! katanya tanpa rasa bersalah. Suzana tergeleng-geleng. Bercakap dengan Qarissa hanya membuat dia sakit hati. Kalau ada apa-apa masalah pasal jamuan tu, bagitau Kak Su. Kak Su boleh tolong, ujarnya tidak mahu memanjangkan debat. Pantas anak mata Qarissa hinggap di wajah Suzana. Kata-kata Suzana tadi seolah-olah memberinya satu harapan. Kalau macam tu, apa kata Kak Su aje yang uruskan jamuan tu. Boleh? Idea yang melintas di fikiran terus disuarakan. Peluang jangan dilepaskan! Terus terbuntang biji mata Suzana. Dia sekadar mahu membantu mana yang patut. Tak sangka pula Qarissa menggunakan dia untuk melepaskan diri. No way! Papa nak Risa yang uruskan. Jadi tak kira walau macam mana sekalipun, Risa tetap kena uruskan jamuan tu dengan Ril. Kak Su cuma boleh tolong sikit-sikit aje. Tegas Suzana tidak mahu melayan kehendak Qarissa. Dia bangun dan bersedia melangkah ke arah pintu.

87

Kau Pemilik Hati

Qarissa kembali memuncung. bibirnya tadi hilang sekelip mata.

Senyuman

di

Suzana mengeluh. Hai... mahalnya senyuman adik aku ni, detik hatinya. Ril tu baik. Rugi kalau Risa lepaskan peluang ni. Kalau Kak Su jadi Risa... hmmm.... Dia tersengih mengada sebelum menutup pintu bilik. Qarissa menjeling tajam.

QARISSA terpaksa mengikut Zafril untuk menempah khidmat katering. Sepanjang melakukan tugas itu, tak sekali pun bibirnya mengukir senyuman, baik manis mahupun sinis. Dia hanya membisu sahaja. Wajahnya pula lebih masam daripada cuka. Nasib baik dia orang tak takut tengok rupa awak tu. Kalau tak, mesti dia orang dah cancel tempahan kita, ujar Zafril ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat. Jalan agak sesak waktu itu, sekali gus melambatkan perjalanan mereka untuk sampai ke pejabat semula. Suka hati sayalah nak senyum ke nak apa. Awak jangan nak menyibuklah! getus Qarissa garang. Zafril tergeleng-geleng. Sesiapa sahaja yang mendengar nada suara Qarissa saat ini pasti bernanah telinga. Atau paling tidak pun, bengkak hati. Tapi entah kenapa dia masih boleh bertahan. Mungkin kerana perasaannya yang mula tumbuh pada gadis itu. Hairan. Qarissa melayannya sebegitu kasar pun, dia tetap mahukan gadis itu. Itulah namanya cinta. Memang tak pernah mengenal sesiapa.

88

Ayumi Syafiqah

Saya tak kisah awak nak masam ke, manis ke, pahit ke, tawar ke... tapi bukan depan klien. Kalau papa awak tahu macam inilah rupa awak bila berdepan dengan klien, saya rasa lagi teruk hukuman awak tu, balas Zafril bersahaja. Qarissa tersentak. Zafril tahu tentang hukumannya? Ini mesti kerja papa! Marahnya menggunung-gunung saat itu. Zafril menyembunyikan senyumannya. Dia tahu Qarissa malu kerana dia tahu tentang hukuman gadis itu. Dan sepatutnya dia merahsiakan hal itu daripada pengetahuan Qarissa. Tapi... lantaklah. Dia langsung tidak kisah. Tapi awak jangan risau. Selagi awak dengan saya, semuanya akan selamat, ujar Zafril seakan memberi jaminan. Dia tersenyum lagi. Sudahlah! jerit Qarissa tidak dapat menahan rasa geramnya lagi. Kalau sehari awak tak sakitkan hati saya tak boleh ke? semburnya berang. Saya sakitkan hati awak? Ya ke? Zafril pelik. Tak perasan pulak.... Dia tertawa kecil. Makin panas hati Qarissa dibuatnya. Tak sanggup lagi duduk di dalam kereta itu. Dahlah jalan sesak! Lambat lagi nak sampai ofis. Berhenti! arahnya tiba-tiba. Hah? Zafril terkejut. Saya cakap berhenti! Daripada duduk dengan awak dalam kereta ni, baik saya balik naik teksi! ujar Qarissa angkuh. Dia sudah menanggalkan tali pinggang keledar. Tak payahlah. Dah nak sampai pun. Jalan aje sesak sikit, balas Zafril mudah. Saya cakap berhenti, berhentilah! Awak ni pekak

89

Kau Pemilik Hati

ke apa? tengking Qarissa tidak tahan lagi. Terasa mahu tercabut anak tekaknya. Zafril akhirnya menurut. Kalau itu yang Qarissa mahukan, takkan dia mahu menghalang? Nanti lagi bingit telinganya dek jeritan nyaring gadis itu. Keretanya berhenti di bahu jalan. Tanpa sepatah kata, Qarissa segera berlalu keluar. Pintu kereta dihempas sekuat hati. Zafril terus menyambung mempedulikan gadis itu lagi. pemanduan tanpa

Sampai di pejabat, Zafril terus masuk ke biliknya. Badan dihempas ke kerusi empuk melepaskan lelah. Penat menguruskan kerja, penat juga melayan kerenah Qarissa. Teringat permintaan gadis itu tadi yang mahu pulang menaiki teksi. Dia terbangun mendadak menuju ke pintu. Dari pintu biliknya yang bersebelahan dengan bilik Qarissa, dia cuba mengintai. Tapi pintu bilik gadis itu yang terkatup rapat menghalang pandangannya. Qarissa dah balik atau belum? Ah, kejap lagi sampailah tu, detik hatinya lantas kembali ke dalam biliknya. Dia merebahkan badan di sofa pula. Memejam mata seketika merehatkan fikiran. Dia terjaga beberapa minit selepas itu. Jam sudah menghampiri ke pukul empat petang. Dia teringatkan Qarissa lagi. Dah sampai ke belum? Tidak dapat menahan rasa hati, dia meluru keluar mendapatkan Soraya. Soraya, Cik Qarissa dah balik? soalnya pada gadis yang sedang tekun membuat kerjanya itu. Soraya merenung Zafril dengan pandangan pelik. Tadi... bukan ke Cik Qarissa keluar dengan Encik

90

Ayumi Syafiqah

Zafril? Lurus dia bertanya. Tidak tahu apa punca Zafril gelabah begitu. Zafril panik. Maknanya, dia tak balik lagilah? Soraya serba salah. Kalau Encik Zafril dah balik, takkan Cik Qarissa tak balik lagi? Tapi memang dia tidak nampak kelibat Qarissa bersama Zafril tadi. Bingung dibuatnya! Tak apalah, ujar Zafril sebelum kembali ke biliknya. Soraya memandang pelik. Apabila tidak sampai beberapa saat, Zafril keluar semula dan menuju ke lif dengan tergesa-gesa. Bertambah-tambah kerut di dahinya. Kenapa, Soraya? Salma yang kembali tempatnya menyoal Soraya yang kelihatan bingung. Encik Zafril.... Kenapa dengan Encik Zafril? Tadi dia ada nampak Zafril berdiri di depan meja Soraya semacam bertanyakan sesuatu yang serius. Wajah Soraya pula nampak bingung semacam. Errr... entah! Jawab Soraya akhirnya, tidak mahu memanjangkan cerita. ke

ZAFRIL mendail nombor telefon Qarissa berkali-kali tapi tiada jawapan. Dia semakin cemas. Apa yang telah berlaku pada gadis itu? Saat itu, rasa sesal terus menyelinap ke hatinya kerana meninggalkan gadis itu tadi. Zafril memperlahankan kereta. Matanya meliar ke sekeliling cuba mencari-cari kelibat Qarissa. Namun tidak

91

Kau Pemilik Hati

kelihatan di mana-mana. Dia meneruskan pemanduan di sekitar tempat dia meninggalkan Qarissa tadi. Puas meronda, dia memberhentikan kereta. Langkah diayun ke sana sini mencari Qarissa sementara tangannya masih mendail nombor yang sama. Penat berjalan, Zafril duduk di bangku berdekatan. Cuaca agak panas hari ini membuatkan kepalanya sedikit berdenyut. Janganlah migrainnya datang ketika ini. Telinganya tiba-tiba menangkap satu suara esakan. Pantas dia berpaling ke belakang. Seorang gadis dilihatnya sedang menangis di bangku berlawanan arah dengannya. Qarissa! Dia segera menghampiri dan duduk di sisi gadis itu. Qarissa... panggil Zafril lembut. Qarissa berpaling. Terserlah wajahnya yang basah dengan air mata. Lihat saja wajah Zafril, Qarissa terus bangkit berdiri. Dia berjalan laju meninggalkan tempat itu. Zafril mengekori pantas. Qarissa, tunggu! panggil Zafril berulang-ulang. Qarissa tidak peduli. Dengan kepala menunduk, dia terus melangkah. Dia malu sebenarnya. Malu Zafril melihat dia menangis. Selebihnya, rasa marah pada lelaki itu masih lagi bersisa. Tanpa diduga, dia terlanggar batang tubuh seseorang yang berjalan di depannya. Nasib baik tidak tersungkur. Qarissa gerun memandang renungan tajam lelaki yang dilanggarnya tadi. Errr... maaf, encik. Zafril bertindak memohon maaf bagi pihak Qarissa. Lelaki itu segera berlalu. Jom ikut saya balik! Zafril terus menarik lengan Qarissa supaya mengikutnya.

92

Ayumi Syafiqah

Lepaslah! Qarissa meronta-ronta cuba melepaskan diri. Pandangan beberapa orang yang lalu-lalang di situ langsung tidak dipedulikan. Lengannya sudah terasa sakit. Jangan nak buat hal! Awak ingat saya suka biar awak sorang-sorang kat ni? Siap menangis lagi.... Saya menangis bukan sebab awak tinggalkan saya! jerit Qarissa lantang. Biarlah orang nak kata dia gila sekalipun. Habis tu kenapa? tanya Zafril cuba berlembut. Semacam sudah serak suara Qarissa di telinganya. Qarissa tidak menjawab. Tetap juga cuba bebas daripada pegangan Zafril. Saat itulah Zafril terperasankan sesuatu. Mana beg awak? soalnya terus. Qarissa berhenti meronta. Kepalanya tertunduk. Menangis lagi! Zafril seperti dapat merasakan sesuatu. Awak kena ragut? soalnya lagi lebih berterus terang. Terdengar esakan Qarissa. Perlahan-lahan lengan gadis itu dilepaskan. Ni semua sebab awaklah! marah Qarissa. Tapi suaranya tidak sekuat tadi. Terganggu dengan tangisan yang tidak dapat dikawal lagi. Begnya diragut hanya dalam sekelip mata! Tak pernah seumur hidupnya melalui situasi itu. Dia takut! Benar-benar takut. Zafril menghela nafas. Perasaan bersalah tepu di hati. Saya mintak maaf. Maaf? Awak ingat maaf awak tu boleh kembalikan beg saya ke? marah Qarissa lagi. Pandangannya kabur dek air mata.

93

Kau Pemilik Hati

Qarissa... saya betul-betul mintak maaf. Maaf aje tak cukup! Habis awak nak saya buat apa? Jawab dengan papa saya! Cakap pada dia, awak penyebab semua ni berlaku. Awak yang tinggalkan saya kat sini! jerit Qarissa sepenuh tenaga. Zafril diam sesaat dua sebelum akhirnya dia mengangguk. Qarissa tidak terkata apa. Tidak menyangka Zafril akan bersetuju. Jom balik. Ajak Zafril apabila tangisan Qarissa sudah mereda. Qarissa mengesat matanya. Ketika itulah Zafril terperasankan kesan merah di lengan gadis itu. Aduh! Apa aku dah buat ni?

MEMANDANGKAN waktu kerja sudah hampir tamat, Zafril membuat keputusan untuk menghantar Qarissa pulang ke rumah tanpa singgah di pejabat terlebih dahulu. Sebelum kereta bergerak tadi, dia sempat menghubungi Dato Rashid dan menceritakan kejadian yang berlaku. Walaupun terpaksa diselitkan sedikit pembohongan, dia lakukan juga. Semuanya kerana Qarissa. Dato Rashid memintanya menunggu di rumah setelah menghantar Qarissa pulang. Qarissa bergegas meluru ke tingkat atas dan mengunci diri di dalam bilik. Duduklah... Ril, pelawa Datin Rosiah ramah.

94

Ayumi Syafiqah

Aunty pergi buat air dulu ya? Dia bangun dan berjalan masuk ke dapur. Zafril akur. Dia duduk di sofa di ruang tamu vila itu. Matanya hinggap pada potret keluarga Dato Rashid yang tergantung megah di dinding ruang tamu itu. Anak matanya tidak jemu-jemu menatap seraut wajah jelita Qarissa. Walaupun sudah teruk dimarahi dan ditengking, perasaannya tetap kuat buat gadis itu. Betullah kata orang, cinta memang boleh buat orang jadi gila. Beberapa minit kemudian, Datin Rosiah kembali ke ruang tamu dengan dulang di tangan. Minuman untuk suaminya pulang nanti sudah disediakan sekali. Minum, Ril.... Zafril mengukir senyum sambil menyambut gelas di tangan Datin Rosiah. Sesekali matanya mengerling ke arah tangga. Berharap seseorang muncul di situ. Uncle bagitau aunty, Ril dengan Risa yang uruskan jamuan syarikat tahun ni. Datin Rosiah memulakan perbualan. Zafril mengangguk sedikit. Uncle yang amanahkan kami berdua yang uruskan semuanya. Kak Su ada jugak nak tolong. Tapi Ril tak naklah susahkan Kak Su. Selama ni pun memang dia yang uruskan jamuan tu. Jadi biarlah tahun ni dia rehat, ujarnya sopan. Datin Rosiah mengangguk-angguk senang hati. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah. Dia bangkit menuju ke muka pintu, menyambut kepulangan suaminya. Zafril hanya memandang. Debaran mula terasa. Bimbang juga kalau-kalau Dato Rashid mengamuk padanya gara-gara insiden Qarissa diragut tadi.

95

Kau Pemilik Hati

Dato Rashid duduk di ruang tamu. Minuman yang sudah disediakan dicapai dan diteguk. Dia memberikan isyarat kepada isterinya supaya meninggalkan dia dan Zafril sahaja di ruang tamu itu. Datin Rosiah mengangguk faham dan berlalu ke tingkat atas. Ha Ril, kenapa tadi? Dato Rashid memulakan soalan. Zafril memandang Dato Rashid dengan pandangan pelik. Daripada suaranya, langsung tidak terkesan nada marah. Errr... sebenarnya tadi, Ril suruh Risa balik naik teksi. Entah macam mana dia kena ragut. Ril mintak maaf, uncle. Memang silap Ril. Dia tertunduk. Serba salah melihat renungan Dato Rashid yang dirasakan semacam itu. Dato Rashid senyum nipis. Kenapa Ril suruh Risa balik naik teksi? Soalan itu tidak mampu Zafril jawab. Apa yang perlu dijawab sedangkan dia sendiri tiada jawapan. Hakikat sebenarnya, Qarissa yang mahu pulang menaiki teksi dan bukan atas suruhannya. Ril tipu uncle, kan? duga Dato Rashid. Zafril terkedu. Bulat matanya memandang raut bersahaja Dato Rashid itu. Uncle tahu, Ril tak mungkin buat macam tu. Ril yang uncle kenal memang seorang yang bertanggungjawab. Melainkan, Risa sendiri yang minta Ril tinggalkan dia kat tepi jalan tu, ujar Dato Rashid tenang. Zafril terus terkunci mulut. Dia yang tidak pandai menipu atau Dato Rashid yang pandai membaca fikirannya?

96

Ayumi Syafiqah

Tak apa, Ril. Uncle kenal perangai anak uncle tu. Uncle tak salahkan Ril. Cuma yalah, uncle harap Ril boleh sabar dengan perangai Risa. Dia memang degil, tapi manja sebenarnya, tambah Dato Rashid lagi sambil menyimpul senyuman. Zafril sekadar mengangguk. Setuju dengan katakata Dato Rashid. Kalau tidak, masakan Qarissa boleh menangis dan bertempik di khalayak ramai? Sebentar kemudian, dia meminta diri untuk pulang. Sewaktu berjalan keluar, dia bertembung dengan Suzana yang baru saja sampai. Ril, dah nak balik? tegur Suzana mesra. Zafril senyum dan mengangguk. Balik dulu ya. Assalamualaikum, ucapnya sebelum terus masuk ke kereta. Waalaikumussalam. Jawab Suzana bersama senyumannya. Kan bagus kalau Zafril tu jadi adik ipar aku. Bisik hatinya.

KEESOKANNYA, Zafril menemui Qarissa di bilik pejabat gadis itu. Setelah tiga kali ketukan, gadis itu memberi arahan masuk. Dia segera duduk di depan gadis manis itu. Ada apa? soal Qarissa acuh tak acuh. Dia pura-pura sibuk menghadap fail-fail yang menimbun di atas mejanya. Petang ni, kita kena pergi lawat tapak projek, maklum Zafril. Qarissa mengangkat muka merenung Zafril. Seperti biasa, tiada seulas senyuman pun buat lelaki itu.

97

Kau Pemilik Hati

Awak pergilah. Saya malas nak ikut, ujarnya selamba sebelum membuang pandang ke skrin komputer di depannya. Qarissa, berapa kali saya kena ingatkan awak? Projek ni... papa awak nak kita berdua uruskan. Susah sangat ke awak nak faham? Zafril masih lagi bersabar dengan kerenah anak gadis Dato Rashid itu. Dan tak salahkan kalau hari ni awak sorang aje yang pergi lawat tapak projek tu? balas Qarissa tak mahu mengalah. Meluat betul dia dengan lelaki di depannya itu. Anak emas papa! Dia sebagai anak kandung pun tidak dilayan seistimewa itu. Memang tak salah. Tapi sebagai salah seorang pengurus projek ni, awak kena turun padang jugak. Tak adalah nanti terkial-kial tak tahu apa-apa, bidas Zafril. Qarissa suka benar berlawan mulut dengannya. Qarissa mencebik. Habis modal mahu melawan. Yalah! Yalah! Saya ikut awak petang ni. Dia mengalah juga akhirnya. Zafril senyum. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Kalau setuju dari tadi, kan senang? Tak adalah masam aje muka tu, usiknya sambil memegang tombol pintu. Qarissa menjeling. Menyampah! Di saat kaki kanan Zafril mula melangkah, dia teringatkan sesuatu. Tunggu kejap! Zafril berpaling. Ya? Errr... pasal semalam tu, awak bagitau apa kat papa saya? Teragak-agak Qarissa bertanya. Dia hairan sebenarnya.

98

Ayumi Syafiqah

Malam tadi papa mengajaknya ke balai polis untuk membuat laporan. Tapi papa sedikit pun tidak menyebut tentang Zafril. Seolah-olah lelaki itu langsung tiada kena-mengena dengan kejadiannya diragut. Atau adakah Zafril tidak membuat seperti yang dimintanya? Oh, pasal tu! Zafril menggumam seketika. Hmmm... saya dah bagitau papa awak macam yang awak nak tapi... Tapi? Qarissa tidak sabar-sabar. Dia macam tak percaya aje. So, nak buat macam mana lagi, kan? Sengih Zafril sebelum terus keluar dari bilik itu meninggalkan Qarissa yang jelas terkejut.

ZAFRIL mendapat pesanan ringkas daripada Dato Rashid yang mahu dia menghantar Qarissa pulang setelah melawat tapak projek. Pesan orang tua itu, jangan sampai berulang lagi kejadian petang semalam. Zafril dengan senang hati bersetuju. Papa awak suruh saya hantar awak balik, maklum Zafril. Hah? Qarissa terkejut. Balik dengan lelaki ini lagi? Isy! Kenapa papa saya percaya sangat kat awak ha? Dia tak sedar ke apa yang awak dah buat pada saya? Apa yang saya dah buat pada awak? tanya Zafril dengan lagak bodoh. Qarissa mengetap gigi. Awak tu suka sangat sakitkan hati saya! Mana ada. Awak tu aje yang cepat terasa. Cuba

99

Kau Pemilik Hati

kalau awak ikut semua cakap saya, tak adanya saya nak sakitkan hati awak, balas Zafril dengan wajah tanpa perasaan. Dia berjalan laju menghampiri Honda Accord hitamnya. Qarissa berpeluk tubuh. Sudahlah cuaca panas, lelaki itu pula sengaja menambah darjah kepanasannya. Nak balik ke tak nak? laung Zafril kuat dari sisi keretanya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Qarissa masuk ke dalam kereta. Dia sendiri takut kejadian petang semalam berulang lagi hari ini. Zafril memandu tenang. Qarissa di sisinya pula hanya diam. Langsung tidak mengeluarkan suara. Dia menguatkan volume radio. Qarissa yang sedang mengelamun terus tersentak. Bingitlah! marah Qarissa lantas terus mematikan radio itu. Zafril tersengih. Ingatkan bisu dah... sakatnya. Qarissa menjeling. Juling jugak mata awak tu nanti. Asyik jeling aje. Tak penat ke? tanya Zafril memandang sekilas pada Qarissa di sisi. Juling pun mata saya. Bukan mata awak! bidas Qarissa. Memanglah mata awak. Tapi awakkan bakal isteri saya tak lama lagi. Tak naklah kalau orang kata mata isteri saya ni juling. Muka dah cantik, tapi mata pulak juling. Isy... isy.... Kepala Zafril tergeleng-geleng. Sengaja cari pasal dengan Qarissa.

100

Ayumi Syafiqah

Mata Qarissa membulat. Terkejut. Siapa bakal isteri awak? Awaklah! jawab Zafril spontan, tersengih lagi. Jangan nak perasan! Siapa nak kahwin dengan awak? Awaklah! Qarissa terasa mahu menjerit sekuat hati. Cepatlah bawak kereta tu! Sudah habis modal untuk membalas kata-kata Zafril. Zafril menahan tawa. Bukan susah sangat nak buat dia ni diam. Eh, awak nak pergi mana ni? tanya Qarissa pelik bila kereta milik Zafril berhenti di sebuah kedai mamak. Makan! jawab Zafril riang dan mematikan enjin kereta. Dia terus keluar dari keretanya itu. Qarissa tercengang. Bala apa pula kali ini? Lelaki ini... suka benar cari pasal dengannya. Zafril mengetuk cermin keretanya bila melihat Qarissa masih tidak berkutik. Qarissa memandang mempedulikan lelaki itu. ke arah lain. Malas

Zafril membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Sila turun... tuan puteri, ujarnya sambil tangannya mempersilakan Qarissa turun dari kereta, lagak mempersilakan seorang anak raja turun dari istana. Apa tuan puteri? jerkah Qarissa garang. Biasanya hanya papa yang memanggilnya begitu. Dia menjeling lagi. Turunlah. Saya lapar ni, nak makan. Nanti saya

101

Kau Pemilik Hati

hantar awak balik. Zafril mula serius. Dia merenung raut gadis yang telah mendapat tempat di hatinya itu. Awak nak makan, makanlah! Tak ingin saya makan kat sini. Panas! balas Qarissa angkuh. Kalau macam tu, awak tunggulah dalam kereta ni sampai saya habis makan. Okay, princess? Zafril tersengih sebelum menutup pintu kereta. Dia berjalan masuk ke kedai mamak itu. Qarissa membuka kembali pintu kereta. Panas! Mamat tu pun satu... dah tinggal aku dalam kereta ni, hidupkanlah enjin tu! Gerutu hatinya sebal. Lima belas minit menunggu, Zafril masih belum muncul juga. Qarissa rimas. Terus dibuka jaket yang dipakai, menyerlah blaus tanpa lengan yang dipakai di dalamnya. Dia keluar dan menyandar di pintu kereta. Lega sedikit apabila terasa ada angin yang bertiup biarpun tidaklah sesegar mana. Pakai jaket tu, tegur Zafril tiba-tiba. Qarissa berpaling. Lelaki itu sedang berjalan menghampiri kereta. Pakai jaket tu. Tak baik dedahkan aurat macam tu, tekan Zafril lantas masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Qarissa turut masuk ke dalam kereta. Jaketnya tadi sekadar dipegang. Saya kata pakai jaket tu. Tak faham eh? Zafril menegaskan suara. Apa hak awak nak paksa saya pakai jaket ni? Saya panas tau tak! Qarissa mula melenting. Panas atau tak, awak tetap kena pakai jaket tu. Tak

102

Ayumi Syafiqah

elok pakai terdedah macam tu, ujar Zafril selamba dan mula memandu. Qarissa menahan amarah yang bila-bila sahaja boleh meletus. Rasanya, pakaiannya itu tidaklah terlalu terdedah. Malah, dia pernah berpakaian lebih seksi daripada itu. Sungguh, dia tidak faham dengan cara pemikiran Zafril. Kolot! Awak nak suruh saya guna bahasa apa baru nak faham? tanya Zafril sambil mengerling sekilas ke arah Qarissa di sisi. Matanya kembali lurus ke jalan raya di depan. Qarissa berdecit. Tak payah susah-susah nak fahamkan saya. Saya pun tak nak faham! Dan awak pun, kena faham yang saya tak suka ada orang kontrol hidup saya. Siapa awak nak tegur saya itu ini?! Tengkingnya nyaring. Zafril mengeluh. Cuba untuk bersabar. Tak mengapalah kalau Qarissa tidak mahu mendengar. Memang dia tiada hak pun mahu mengongkong gadis itu. Cuma tengoklah nanti... bila dia sudah sah bergelar suami kepada Qarissa, dia akan lebih bertegas.

NASI GORENG? Sedapnya! Kecur air liur Soraya memandang nasi goreng yang dimasak oleh Salma sudah terhidang di atas meja. Apa sahaja masakan gadis itu, pasti tidak akan ditolaknya. Pantas dia menarik kerusi dan terus duduk setelah mencapai pinggan. Salma tersenyum melihat gelagat Soraya. Dia lantas duduk di depan temannya itu. Hujung minggu ni aku nak balik kampung.

103

Kau Pemilik Hati

Soraya yang ralit menyuap nasi goreng terus terhenti. Alah... habis tu siapa nak masak untuk aku nanti? rengeknya dengan bibir memuncung. Itulah yang sering menjadi masalahnya setiap kali Salma pulang ke kampungnya di Kuala Terengganu. Salma tertawa kecil. Kau belajarlah masak! Nanti kalau lapar, boleh masak sendiri, balasnya sambil tersengih-sengih. Faham benar bahawa Soraya tak suka memasak. Bukan itu sahaja, temannya itu memang jarang masuk dapur! Soraya menjeling. Dia menyambung suapan yang terhenti tadi. Saat itulah dia teringatkan sesuatu. Eh, macam mana kes hari tu? Kes apa? Salma pelik. Kes kau kena marah dengan Cik Qarissa hari tu la! Kau dah bagitau dia bukan kau yang sebarkan gosip tu? Salma mengeluh. Kepalanya tergeleng-geleng. Kenapa pulak? Kau sepatutnya bagitau dia. Barulah dia tak bersangka buruk kat kau. Soraya meyakinkan Salma. Salma tetap menggeleng. Macam mana nak bagitau kalau muka aku ni pun dia tak nak pandang? Agaknya, dia memang betul-betul marah kat aku. Tapi, bukan kau yang sebarkan! Dia patut tahu, balas Soraya dengan mulut penuh dengan nasi goreng. Biarlah... aku dah tak kisah pasal tu, ujar Salma perlahan. Dia bangkit menuju ke ruang tamu. Novel Antara Benci dan Rindu karya Ida Farisya yang terdampar di atas meja kopi dicapainya. Walaupun sudah membacanya berulang-ulang kali, dia tetap membacanya lagi.

104

Ayumi Syafiqah

Soraya memandang simpati. Dia menghabiskan suapan terakhir dan bergerak mendekati Salma. Sal, kalau betullah Cik Qarissa ada hubungan dengan Encik Zafril, apa kau nak buat? tanyanya sebaik sahaja punggungnya mencecah kusyen. Salma mengerut dahi. Apa aku nak buat? Buat apa lagi? Buat bodoh ajelah! jawabnya tanpa fikir panjang. Spontan Soraya menepuk bahu temannya itu. Aku tanya serius ni! bentaknya. Aku pun serius jugak. Dah kalau betul dia orang ada hubungan, apa lagi yang aku boleh buat? Aku sedar siapa aku, Soraya. Encik Zafril tak pandang orang macam aku. Ujar Salma seakan berjauh hati. Dia bangkit dan berjalan menuju ke biliknya. Soraya yang memandang, mula diserang rasa bersalah.

105

Kau Pemilik Hati

Bab 10
ARISSA merenung Zafril yang sedang rancak berbual dengan seseorang. Serius sekali wajahnya. Dia terus mengamati. Saat itu, dia merasakan wajah lelaki itu amat kacak. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri. Hesy! Apa aku ni? Cepat-cepat dia menggelenggeleng, bagai baru tersedar daripada mimpi. Dia melontarkan pandangan ke sekeliling. Cuaca amat panas hari ini. Tak tahan rasanya berjemur di bawah terik mentari. Tapi apalah dayanya untuk membantah. Papa sering mengugut untuk menambah tempoh hukumannya. Itulah sebabnya dia terpaksa menurut apa sahaja perintah papa kini. Lapar tak? Qarissa terkejut diaju soalan itu. Dia berpaling ke kanan. Zafril sudah tercegat di sisinya, merenungnya dengan pandangan redup. Apa dia? Dia bertanya kembali kerana tidak berapa dengar apa yang ditanya oleh Zafril tadi.

106

Ayumi Syafiqah

Lapar tak? Kalau lapar, kita pergi makan dulu, ulang Zafril sambil mengesat peluh di dahi. Qarissa berfikir-fikir seketika. Memang perutnya sudah berkeroncong dari tadi. Waktu makan tengah hari pun sudah hampir sampai. Lalu dia mengangguk sahaja sebagai jawapan. Okeylah, jom pergi makan dulu, ajak Zafril sebelum berlalu masuk ke dalam keretanya. Qarissa turut masuk. Awak tak penat ke kerja macam ni hari-hari? tanyanya bila kereta sudah berada di jalan raya. Zafril menoleh sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan. Dia tersenyum nipis. Tak adalah hari-hari. Dah memang ni kerja saya. Nak tak nak, tahanlah jugak, jawabnya tenang. Qarissa buat muka. Dia membuang pandang ke luar cermin tingkap kereta. Rupa-rupanya, lelaki di sebelahnya itu tidaklah terlalu menjengkelkan seperti yang difikir selama ini. Jauh dia mengelamun hingga tidak sedar kereta sudah berhenti di sebuah restoran. Jom! Zafril membuka pintu dan melangkah keluar. Qarissa juga turut keluar. Dia memerhati lelaki itu menekan kunci penggera keretanya dan terus melangkah. Entah kenapa, dia terperasankan sesuatu di wajah lelaki itu. Mukanya berkerut-kerut, macam sedang menahan sakit. Kenapa ya? Malas berfikir jauh, dia segera bergerak masuk ke restoran itu. Zafril memilih meja paling hujung. Qarissa hanya menurut tanpa banyak songeh.

107

Kau Pemilik Hati

Awak kenapa? soal Qarissa sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu. Zafril mengerut muka. Pelik dengan soalan Qarissa. Apa yang kenapa? soalnya semula. Tak. Macam... tak okey aje, balas Qarissa teragakagak. Takut lelaki itu salah faham. Dia bukannya mengambil berat, tapi sekadar mahu tahu. Tapi, ada beza ke? Zafril tersenyum nipis. Dia menunduk seketika. Matanya dipejam rapat-rapat, berharap rasa itu akan lega. Awak.... Qarissa semakin pelik. Kenapa dengan lelaki itu? Sakitkah? Zafril membuka mata dan mendongak semula memandang wajah Qarissa. Dia tersenyum lagi. Tak adalah, saya okey. Pening sikit aje, ujarnya sambil menyandar di kerusi. Dia tidak boleh menunjukkan rasa itu di depan Qarissa. Qarissa cuak. Tapi dipendam sahaja dalam hati. Pelayan tadi datang semula membawa pesanan mereka setelah beberapa minit berlalu. Dia mula menyuap makanan, tapi terhenti apabila melihat Zafril langsung tidak menjamah makanannya. Tak nak makan ke? soal Qarissa pelik. Bukan ke tadi dia yang ajak aku makan? Zafril mengurut-urut tengkuknya. Awak makanlah dulu. Saya ke tandas kejap, ujarnya kemudian terus bangun. Qarissa hanya memerhati dengan kerut seribu di dahi. Malas berfikir, dia terus menghabiskan makanannya. Selesai makan, Zafril belum juga kembali. Dia berdecit, bosan menunggu.

108

Ayumi Syafiqah

Mana pulak dia ni? Buat apa kat tandas lama sangat, keluh Qarissa. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan. Telefon bimbit itu baru sahaja dibeli oleh papa sebagai ganti yang hilang kerana diragut tempoh hari. Nombor Zafril didail pantas. Setelah tiga kali panggilan, barulah talian berjawab. Sorry, sorry... saya nak keluarlah ni. Kedengaran suara Zafril seperti tergesa-gesa. Talian sudah dimatikan. Beberapa saat kemudian, lelaki itu muncul di depan Qarissa. Apa yang awak buat sampai lama sangat kat dalam tu? tanya Qarissa sedikit keras. Geram kerana terpaksa menunggu lama. Agaknya, kalau dia tidak menghubungi lelaki itu tadi, sampai petanglah dia terpaksa menunggu. Maaf. Jomlah balik. Tanpa memberi sebarang alasan, Zafril mengajak pulang. Habis tu, tak nak makan? tanya Qarissa tadi. Nada keras bertukar pelik. Tak apalah, saya dah kenyang. Jom! Zafril bergegas membuat bayaran dan melangkah keluar dari restoran. Qarissa mengikut dari belakang. Sampai di kereta, dia terkejut melihat lelaki itu menghulurkan kunci kereta padanya. Awak boleh drive tak? tanya Zafril. Kunci kereta sudah pun terhulur ke arah Qarissa. Errr... boleh tapi ken... Awak tolong drive ya? Pinta Zafril tanpa sempat Qarissa menghabiskan ayatnya. Qarissa bertambah pelik. Kerut yang tadinya seribu, kini sudah sejuta. Perlahan-lahan kunci kereta itu disambut.

109

Kau Pemilik Hati

Zafril masuk dan duduk di sebelah tempat pemandu. Qarissa yang masih dalam kebingungan, masuk sahaja dan mengambil tempat di sebelah Zafril.

SAMPAI di pejabat, Qarissa hanya memandang langkah lemah Zafril masuk ke lif. Dia juga menaiki lif yang sama. Di dalam lif, lelaki itu bersandar di dinding dengan kepala tertunduk. Qarissa masih mahu bertanya, tapi tidak tahu bagaimana. Dia resah dengan keadaan itu. Biasanya, pasti ada saja perang mulut antara mereka berdua, tapi hari itu Zafril kelihatan... teramat lain. Pintu lif terbuka. Qarissa memandang Zafril yang tidak menunjukkan tanda-tanda mahu meninggalkan lif itu. Awak, tak nak keluar ke? tanyanya cukup berhatihati. Zafril mengangkat muka. Seakan baru tersedar, dia segera menapak keluar. Qarissa mengikut dari belakang. Hai, Ril! Suzana menyapa riang. Zafril sekadar tersenyum nipis sebelum menghilang di dalam biliknya. Suzana memandang dengan perasaan hairan. Jarang Zafril begitu. Biasanya, pasti sapaannya akan dibalas mesra. Eh, nanti kejap. Dia menahan Qarissa yang baru melintas di depannya.

110

Ayumi Syafiqah

Qarissa memberi isyarat kenapa? Kenapa dengan Ril tu? Risa gaduh lagi dengan dia ek? duga Suzana. Jari telunjuknya lurus ke muka Qarissa. Qarissa pantas menepis. Wajahnya berkerut. Main tuduh-tuduh pulak. Apa, ingat Risa ni tak ada kerja lain ke selain gaduh dengan dia aje? balasnya geram. Suzana tersengih. Tak adalah, Kak Su tanya aje. Ujarnya membela diri. Qarissa menjeling. Tanpa pamitan, dia segera berlalu ke biliknya. Rasa hairan Suzana berganda-ganda.

RISA, Kak Su dengan papa ada appointment kat luar. Nanti Risa balik dengan Ril ya? Bye! Tidak sempat Qarissa membalas, Suzana sudah hilang di sebalik pintu. Dia mengeluh. Bersama lelaki itu lagi? Serta-merta dia teringat kejadian tengah hari tadi. Sungguh dia pelik dan hairan melihat tingkah lelaki itu. Bagai ada yang tidak kena. Tapi bila ditanya, Zafril seakanakan berahsia. Ah, biarlah! Tak ada kena-mengena dengan aku, getusnya sendiri lantas menyambung kerjanya. Tidak sedar jam sudah melepasi jam lima petang. Dia terus bangkit mengemas mejanya secara ala kadar. Beg tangan dicapai dan dia melangkah keluar. Ruang pejabat sudah hampir kosong. Kepala dijengukkan ke pintu bilik Zafril di sebelah. Sudah pulangkah? Harap-harap belum.

111

Kau Pemilik Hati

Cik Qarissa.... Qarissa terkejut disapa seseorang. Dia berpaling ke sisi. Atia sedang tersenyum memandangnya. Kenapa, cik? Ada masalah ke? tanya Atia sopan. Qarissa lekas-lekas menggeleng. Atia tersenyum lagi sebelum berlalu pergi. Atia! panggil Qarissa tiba-tiba. Atia berpaling semula. Encik Zafril dah balik? tanya Qarissa sambil jarinya dituding ke arah pintu bilik Zafril. Atia mengerling ke pintu bilik Zafril. Hmmm... rasanya belum kut, jawabnya separuh yakin. Memang dia tidak melihat Zafril keluar dari biliknya sejak pulang dari makan tengah hari tadi. Oh... okey, thanks, ucap Qarissa dan mula menapak menghampiri bilik Zafril. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Tiada sahutan. Perlahan-lahan dia memulas tombol itu. Kepala dijengulkan ke dalam sebaik pintu terkuak. Terkejut dia melihat Zafril sedang lena di sofa panjang tersedia di dalam biliknya. Terus dia melangkah masuk dan menutup semula pintu. Zafril, panggil Qarissa perlahan. Pertama kali memanggil lelaki itu dengan namanya. Tiada sahutan juga. Dia mendekati sofa yang menjadi katil Zafril ketika itu. Lelaki itu tidur dengan lenanya. Zafril, panggilnya lagi lebih kuat. Zafril terpejam. Qarissa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. tidak memberi reaksi. Matanya rapat

112

Ayumi Syafiqah

Dia memberanikan diri menyentuh bahu lelaki itu. Zafril, bangunlah. Tak nak balik ke? Zafril bergerak sedikit. Perlahan-lahan matanya terbuka. Qarissa menghela nafas lega. Ingatkan tidur mati dah. Pukul berapa ni? Zafril bangun mendadak. Terkejut melihat raut Qarissa di depan matanya. Dah nak dekat pukul enam. Kak Su suruh saya balik dengan awak, beritahu Qarissa agar Zafril tidak tersalah faham tujuan dia masuk ke bilik lelaki itu. Oh! Zafril sedikit terkejut. Dia bangkit dari sofa yang didudukinya. Jomlah! Pantas briefcasenya dicapai setelah mengemas apa yang patut. Langkah pantas diayun keluar dari bilik. Qarissa tercengang. Tadi bukan main lembik, sekarang aktif semacam! Getus hatinya bingung. Sampai di tempat parkir kereta, Zafril menoleh ke belakang memandang Qarissa. Kunci? pintanya. Seingatnya, Qarissa belum memulangkan kunci keretanya lagi. Qarissa baru teringat. Pantas diseluk beg tangannya mencari kunci kereta Zafril lalu dihulur pada lelaki itu. Zafril mencapai dan terus membuka kunci. Tergesagesa dia masuk ke dalam kereta. Qarissa menurutinya. Kereta dipandu perlahan sehingga Qarissa merasa bosan duduk diam saja begitu. Zafril, kenapa dengan awak sebenarnya ha? Awak sakit ke? soalnya terus.

113

Kau Pemilik Hati

Zafril berpaling sekilas sebelum ketawa kecil. Tak adalah. Saya cuma mengantuk aje tadi. Tak larat nak drive. Sebab tu saya suruh awak drive. Tak apakan? Atau saya dah menyusahkan awak? Kalau macam tu, lain kali saya takkan suruh lagi. Jawabnya panjang lebar disertai alasan yang mungkin kukuh dan boleh dipercayai. Qarisa buat muka. Boleh percaya ke? Dia mahu percaya tapi hatinya enggan menerima. Sudahnya dia mengunci mulut sehinggalah kereta itu berhenti di depan pintu pagar rumahnya.

114

No. ISBN:- 978-967-0448-02-2 Jumlah muka surat:- 568 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Kali pertama bertemu, Zafril sudah mula merasakan cinta buat Qarissa. Namun bagi gadis itu pula, Zafril hanyalah lelaki yang tahu menyakitkan hatinya. Pantang bertemu, ada saja yang hendak digaduhkan hingga sering terjadi pertikaman lidah antara mereka berdua. Dalam diam, Dato Rashid, papa kepada Qarissa mengatur rancangan untuk menjodohkan mereka berdua. Alasannya, Qarissa sudah jauh terpesong dan dia tidak mahu Qarissa jatuh ke lembah maksiat. Hanya kepada Zafril, disandarkan harapan untuk membimbing Qarissa menjadi wanita solehah. Bantahan Qarissa hanya tinggal bantahan sahaja apabila papa dan mamanya bersetuju menerima Zafril sebagai menantu di rumah itu. Sudahnya, Qarissa pasrah dalam memilih calon suaminya sendiri. Zafril pula, berjanji pada

diri sendiri untuk memikul tanggungjawab yang diberikan padanya. Walaupun pada awal perkahwinan Qarissa sering sakit hati dengan perangai Zafril yang suka mengusik, namun lama-kelamaan dia semakin terbiasa dan sebati dengan keadaan itu. Ketulusan dan keikhlasan cinta yang ditaburkan Zafril akhirnya melembutkan hati Qarissa yang keras. Cinta yang selama ini dinafikan tumbuh mekar berbunga-bunga, membuatkan kebahagiaan yang dikecapi bersama Zafril kekal hinggakan tiada akhirnya. Namun, bahagia yang diharapkan terus menyinari bagai ternoktah secara tiba-tiba pabila muncul insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Bagi Ikhwan, Qarissa harus direbut semula tidak kira apa pun caranya. Kerana itulah, dia tegar menyebar fitnah demi wanita yang dicintai sejak bertahun-tahun lamanya. Zafril yang terluka terus menyepi. Manakala Qarissa yang tersepit pergi menjauh untuk memujuk hati yang lara. Masih adakah peluang kedua untuknya menebus dosa lalu? Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin kumenyahut, kerana hanya kaulah pemiliknya yang azali.... Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KAU PEMILIK HATI di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan,

jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196