Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Berita Harian 25 Jun 2007. Penulisan ini akan menyentuh aspek ini dengan memfokuskan kepada pembanunan modal insan.Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. kecekapan dan sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki atau diperoleh seseorang individu. 59). Sekiranya modal insanya baik. modal insan adalah daya dan keupayaan manusia.Sosiologi — amizax @ 3:49 am Tags: Education Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara.W di kota Makkah. yang menjadi Akta Pelajaran 1961.A. selaras dengan acuan dan aspirasi negara dalam usaha mempersiapkan diri mengharungi arus perdana menjelang Wawasan 2020. Penulisan ini akan cuba mengupas persoalan kenapa dan mengapa serta bagaimana kita harus berusaha membangunkan modal insan yang lebih sempurna. yang merupakan dasar utama pembangunan organisasi pendidikan masa kini. Mereka berpendapat. Konsep ini juga dipopularkan oleh Gary Becker melalui bukunya Human Capital pada 1964. Di Malaysia. terbina daripada rangkuman pengentahuan. kemahiran. Jawatankuasa Kabinet 1979. Oleh itu. Pelan tindakan dan strategi yang disarankan adalah berlandaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. pelaburan modal insan boleh dibuat menerusi pendidikan dan latihan. 8) Dari segi sirah Islam. Ia bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara. dimana “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. tetapi juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang. majulah negara tersebut secara hakikinya. kepentingan pembangunan modal insan ini telah dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. dan sebaliknya. (Ahmad Iman Arief. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Menanggani Masalah Disiplin Di Sekolah Filed under: Kerjaya. Pembangunan personaliti yang ampuh dari segi akidah islam ini menjadi pemangkin kepada kegemilangan islam hinggalah ke zaman Bani Abbasiyah. (Asnarulkhadi Abu Samah. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu . 2007. yang merupakan sumber tenaga manusia yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. PENGENALAN Modal insan yang berasal dari istilah “human capital” yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil Pirgou pada 1928 dalam bukunya bertajuk A Study in Public Finence. dimana baginda mula memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi salah satu tugas utama kebangkitan baginda. dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988. konsep modal insan ini telah dipelopori oleh Rasulullah S. kumpulan organisasi atau pun komuniti.

kesihatan dan keselamatan. berakhlak mulia. 5. disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.” (Kementerian Pelajaran Malaysia. dan cara menetapkan peraturan atau hukuman.my/pipp/mainpage. Menurut Kamus Dewan. akhlak dan jati diri pelajar.moe. (Mohd Ismail. 4. PIPP menyebut. yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pembangunan modal insan berminda kelas pertama merupakan misi nasional yang digerakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Modal insan merujuk kepada usaha berterusan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengentahuan. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik. 2002 : 308) P.my/tayang. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi. yang telah dilancarkan sedikit masa dahulu. patuh kepada autoriti. 2005 : 45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah. (http://www. iaitu :1.php?module) PIPP berpaksikan kepada enam teras. membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan.pengetahuan. 3. PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikan iaitu bermula tahun 2006 hingga 2010. moe. Dalam konteks ini. (DBP. disiplin ialah kawalan diri. 2. ( http://www. sahsiah.gov. aspek disiplin. 2006: 32) Definisi Disiplin Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan.php ) Pelan induk ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010.gov. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan personaliti individu yang cemerlang ini berterusan diserlahkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan diimplemantasikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. ( Abdullah Sani. berketrampilkan. 2006 : 71) . inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Membina negara bangsa Membangunkan modal insan Memperkasakan sekolah kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion keguruan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. “Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai. Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.F Olivia (1956) berpendapat. modal intelektual serta pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi seperti yang ditermaktub dalam Pelan Integreti Nasional (PIN). 6. kawalan dari luar. ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin).

mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. ternyata masalah rokok merupakan masalah yang paling ketara di sekolah dan semakin membimbangkan. ( http://mykaunselor.gov. “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan. gengsterism.infosihat. undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan merokok tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa.wordpress. buli. ritual (tindakan mengulang perbuatan). Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah).my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM. kerana merekalah pewarsi generasi akan datang. Deprivasi (pencabutan. menghormati hak orang lain. lihatlah generasi mudanya pada hari ini”. Merokok Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari bertambah parah.Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. seorang daripadanya adalah perokok. dadah dan sebagainya. Kajian pada tahun 2004. 2006 : 1) Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang. (http://www. seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan disiplin seperti merokok. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Yusof Al-Qaradhwi. 30 % daripada remaja lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun.com/sosial. setiap lima orang pelajar perempuan. seperti mana kata Prof.pdf) Berdasarkan kepada statistik ini. (Kementerian Pelajaran Malaysia. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Sehubungan dengan itu. 1983 :123) .com ) Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian (orang yang menyimpang). Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. (http://muhtarsuhaili. bilangan pelajar perempuan merokok bertambah dari 4% hingga 8%. dan harus ditangani segera. Dr. dimana pada tahun 2000 hingga 2004. (Abdullah Sani.tripod. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Bilangan remaja perempuan merokok juga makin bertambah. kehilangan) selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka.html) Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi yang unik. gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar. menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai gengsterism atau kegiatan samseng di sekolah menengah harian mendapati beberapa penemuan yang cukup mengejutkan terutamanya mengenai penglibatan pelajar perempuan di dalam kegiatan yang berkaitan dengan gengsterism seperti bergaduh dan terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. isu ini sangat penting dan semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar.534 pelajar sekolah rendah adalah didapati bahawa seramai 112.47%) terbabit dengan jenis salah laku bergaduh / bertumbuk. Gejala gengsterism bukanlah perkara baru di Malaysia. Ghee Hin dan Hai San merupakan kumpulan “kongsi gelap” yang popular. 135) Sebanyak 5. style=”font-family: Arial. konsep tersebut telah berubah dan ahlinya bukan lagi terdiri daripada orang-orang cina dewasa. membunuh. jelas menunjukkan gejala buli dan gengsterism tidak jauh berbeza dan mempunyai kolerasi antaranya. (DBP. Daripada bilangan sampel seramai 2. Apapun persoalannya. buli. Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah-sekolah sepanjang tahun 1986 menunjukkan sebanyak 48 jenis salah laku yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.(Ramlan Hamzah.336 iaitu 1. Tret-tret gejala buli biasanya akan menjurus dan membentuk kumpulan gengster yang akan “beroperasi” bukan sekadar di sekolah sahaja.077. 2002 : 186) Membuli ialah perbuatan mempermain-mainkan seseorang.056 pelajar (0. Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. malah di luar sekolah.BULI DAN GENGSTERISM Menurut kamus Dewan.1995.542. Dalam perkataan yang lain. aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang tertentu dan setiap individu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Antaranya :- . (Dewan Siswa. mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. tetapi di kalangan pelajar sekolah. sejak tahun 1990-an lagi.4%) telah terbabit dengan beberapa jenis salah laku. Oleh itu. merogol dan pelbagi salah laku yang lain lagi. Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. buli akan menjadi “pendorong” kepada gejala gengsterism dan sebaliknya. buli merupakan perbuatan mendera.697 (4. Fenomena ini wujud sejak zaman kolonial. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah meliputi salah laku dan jenayah yang melibatkan pergaduhan. biasanya orang yang lebih lemah dari pembuli dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang yang berkenaan. Kini. Hubungan antara individu hanyalah sekadar hubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan. Matlamat dan aktiviti kumpulan gengster ini pada awalnya lebih kepada menjaga kepentingan dan kebajikan ahli. malah mula menapak di sekolah-sekolah luar bandar. peras ugut. Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama. mencuri. Berbeza dengan gengsterism.8) Dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan gengsterism ini di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. salah satu salah laku yang melibatkan gengsterism.”>Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Jun 2000.

penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib. memperdengarkan lagu- . gengterism dan buli khususnya adalah masalah nasional yang semakin kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua. Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli” ( Pendidik. Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal. jelaslah menunjukkan bahawa masalah disiplin di kalangan pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti merokok. 10 Ogos 2005). risalah-risalah kandungan rokok. mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005. mental atau emosi. mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian PelajaranMalaysia. 2. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung. Oleh itu. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman. video yang berkaitan rokok dan dadah. kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor. pelbagai langkah mengatasi sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan wawasan PIPP untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa hadapan akan terlaksana dengan jayanya. 3 Mac 2006). Yusrizad Yaacob dai Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong. seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York. (Harian Metro. pelaksanaan proses tatatertib. Beliau menyatakan “ …. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran. 1998). Alor Star. 3.(The Star. 1 Julai 2003) 3. 493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000) Polis di Jerantut. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.1. iaitu: 1. 60) Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala-gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism. Amerika. (Utusan Malaysia. Langkah ini penting kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. 1. Pelan Tindakan Berdasarkan kepada huraian di atas. Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. 2. 2 Sept. 2006. dan mengenakan hukuman tatatertib. umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. 4.

yang berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan pendidikan yang sesuai. dimana guru-guru agama secara bergilir. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Pembentukan akhlak mulia penting kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. anti dadah dan sebagainya. Penggunaan Sistem Merit Demerit Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). M. dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer. Strategi Perlaksanaan: 1. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah. 3. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali. 2005. Gootman. tidak memahami hukum hal dan haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan). Program Lima Minit Bersama Ustaz. (Abdullah Sani. . Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan. 2. perbuatan juga akan baik. Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan.W. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). 105) 2. Penggunaan bahan multimedia seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar.A. 158) Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail. tidak menghayati tuntutan syahadah dan sebagainya. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun.lagu kempen anti buli. SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. di laksanakan setiap enam bulan. Pelajar tidak berhak meminta poin atas kerja amal yang dilakukan. Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang mempunyai kekuatan jiwa. dan sebaliknya. 3. dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.E bersetuju bahawa disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan. Jika akhlak baik. 2006. (Mohd Nasir. Strategi ini bertepatan dengan wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari. Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat.

Dengan adanya pendedahan ini. yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. 11. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD. 6. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer. pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang. 10. perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. ceramah. 9. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru. dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ). Melalui program ini. pendidikan luaran melalui kempen. 8. Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH). Motivasi Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti / kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan. 7. dan Jabatan Penjara. penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah. Terdapat juga beberapa organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.4. Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu mendadak. Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10. Agensi Dadah Kebangsaan. . Dalam konteks ini. 4. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru. 5. Kementerian Kesihatan. walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah. pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah.

Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test). Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia. “Klinik Berhenti Merokok “ juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. dengan penglibatan minimum kaunselor. sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. supaya mereka bebas berbincang. menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Pengarah Pusat Kesihatan. Pameran Poster dan Papan Tanda . Sebagai waris. Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini. Melalui “klinik” ini. Selain daripada itu. 6. Imam. Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin. 5. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. iaitu pada bulan Februari dan bulan September. memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa. para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan. kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok. Pemuafakatan Komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai. 7. Sebagai pembimbing profesional. Contohnya. Menjadikan organisasi ini sebagai “Anak Angkat” kepada Balai Polis terdekat. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri. demi menjaga imej sekolah. Ceramah oleh pihak polis. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah. ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak-anak di luar.Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penolong Pegawai Daerah. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai-pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu). mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah. mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-gejala negetif tersebut. sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan. Paling penting. Ceramah ini diadakan dua kali setahun. dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya. dan pengedaran dadah.

3/1993. 4/1996. 6/2000. 9. “Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok” dan lain-lain. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995. 4/1997. Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah. Displin Murid-murid Menghisap Rokok. organisasi ini juga mewujudkan program “Sekolah Penyayang”. yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :- 1. Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok. Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk Jenayah. khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah. Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah). Dadah dan Gengster.83) Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian. warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan. 4.Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan. 5. 2. Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera). 18/1998. Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok. Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan “masalah bersama”. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. “Anti Buli”. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Sekolah Penyayang Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat Kebangsaan ke-5 diadakan di Melaka. 7. 8. 8. 9. Menangani masalah Keselamatan. (Mohd Ismail Othman. 16/1998. . 6A/1975. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. contohnya “Kawasan Larangan Merokok”. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 ( Cedera parah). 5/1997. 2006. “Dadah Membunuh” “Merokok Membahayakan Kesihatan”. 1957. 6. Hukuman dan Dendaan Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya).

BIBLIOGRAFI : Abdullah Sani Yahya. Abdullah Sani Yahya. . Gemilang dan Terbilang. dalam bentuk poin / markah. diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee. malah ia adalah tempat menjana modal insan. Aktiviti Kokurikulum Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun. Ini bermakna. termasuk kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing-masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor. khususnya dari aspek usaha membangunkan modal insan. PTS Publication. Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Namun harapan masih ada. Semua kegiatan. Berkaitan dengan sistem merit demerit. Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang melalui hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi dan kemuncaknya dalam Hari Cemerlang Dijulang. hendaklah mengambil kira peranan guru sebagai “ibu bapa kedua” dan peranan pelajar sebagai anak. asalkan kita komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara.Dalam konsep sekolah penyayang. khususnya disiplin.Selangor. Sementara pelajar-pelajar yang bermasalah. diharapkan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam organisasi pendidikan. melalui kaedah “Rumah Sekolah”. dalam segala tindakan yang bakal diambil. akan bakal menjadi pemacu arah Dasar Pendidikan Negara yang lebih Cemerlang. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran. semua warga sekolah akan berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing. Dengan ini. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah organisasi yang unik kerana ia bukan sahaja menjadi tempat lahirnya teknokrat-teknokrat yang bakal memacu pembangunan negara di masa depan. apatah lagi dalam keadaan remaja masa kini yang dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Mengurus Disiplin Pelajar. Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah. Penutup Sesungguhnyan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah-sekolah. 10. Walaupun kita sedar organisasi pendidikan masa kini dilanda pelbagai masalah. yang merupakan aset utama pembangunan negara dihari muka. PTS Publication. Ia memerlukan jangka masa yang panjang. setiap kesalahan pelajar diberikan demerit untuk rumah sekolah masing-masing.(2005). elemen-elemen berunsur memujuk dan kasih sayang diberikan keutamaan. Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang mudah. Keputusan dasar untuk membangun dan melaksanakan PIPP dalam tempoh lima tahun ini. iaitu program “Pelajarku Anakku”.Selangor.(2005). namun kita yakin PIPP.

Pendidik. Kuala Lumpur.Ahmad Iman Arief.Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru.php?module http://www. Pelajar Mahu Diberi Perhatian. Dr. Widad Publication Sdn Bhd. (2006). KualaLumpur Asnarulkhadi Abu Samah. Selangor. Othman Puteh.(2006). Dr. (2007). Tahun 5.my/pipp/mainpage. Dewan Bahasa da Pustaka.html www. HALAMAN WEB : http://www.php http://www.pdf . Kuala Lumpur.my http://muhtarsuhaili. Noor. Rahman. Waty M.my http://www.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (Edisi Pelancaran) Mohd Ismail Othman. Ghani & Prof. 1983. moe. BeritaHarian 25 Jun 2007.com/2007/04/09/kertas_konsep_jawatankuasa_bertindak_task_force_pengurusan_kecemerlangan_ miri/ http://mykaunselor. Modal Insan Cemerlang. Memahami Konsep Modal Insan. Madya Dr. JenayahRemaja:Permasalahan dan Penyelesaian. Tret-tret Personaliti Dan Tingkah Laku Melanggar Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.com/sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka.infosihat. (1995).gov. PTS Publication. Mat Saad Abd. Akhlak Dan Kaunseling Islam. Kementerian Pendidikan Malaysia.php?laman=baca_akhbar&bhs=my&id=1750 http://www. Selangor.com. Ramlan Hamzah. Undang-undang Untuk Pengetua & Guru Besar. (2005). Jurnal Akademik. Mohd Nasir. Kementerian Pelajaran Malaysia.(1995).(2006). moe. Jilid 5.(2005).gov.my/tayang.wordpress.tripod.gov. (Jun 2000). Dewan Siswa. Kempen Antibuli Di Amerika Kurang Berkesan.metroonline. Sabunai Media. Utusan Publication Sdn Bhd. (1983). Kuala Lumpur Hasnah Bt..com. Kuala Lumpur.gov. Kamus Dewan Edisi Ketiga.staronline. November 2006.my/indexs. Percetakan As Saff. Rancangan Malaysia ke-9.(2007).moe.

. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah: Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor. peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi. masyarakat dan negara. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992). Begitulah antara tajuktajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Seterusnya. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini." (Utusan Malaysia 20 Feb 97) Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. En Ng Ching Sea. amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali „Black Metal‟. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga. “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700. keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Mengulas perkara tersebut beliau berkata. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sebenarnya.PENGENALAN Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial.

1993). 4. laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. merokok. maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun. Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. b. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah . Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan. sekolah. CADANGAN 1. latihan. . Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. d. melawan guru. Mencari kasih sayang.Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. 1991). e. pergaduhan dan sebagainya. b. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan. e. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini. dikagumi dan kekuasaan. 5. bertumbuk dan sebagainya. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. sekolah dan masyarakat itu sendiri. d. pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. c. struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. keseronokan dan aktiviti. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Selain daripada itu. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”. 3. Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut. Maka. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. c. 2. Persahabatan. Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar.

rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Kata-kata guru dianggap keramat. kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi. pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Oleh itu. Dulu. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Paling penting. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Percayalah. teguran guru ibarat nasihat. bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang. tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. merotan. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. .PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful