MAKNA PERKAHWINAN DAN TUNTUTAN TERHADAPNYA Dari segi bahasa, nikah ditakrifkan sebagai “percantuman” dan “pertembungan” atau

sebagai gambaran kepada persetubuhan dan „aqad. Dari segi syara‟ dikenali sebagai „aqad perkahwinan. Manakala syara‟ pula telah mendefinisikan perkahwinan sebagai satu aqad‟ yang mengharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan, malah boleh juga melakukan apa saja dengan perempuan itu termasuklah yang berkaitan dengan seks seperti mencium, memeluk atau seumpamanya, dengan syarat perempuan itu bukan mahram kerana keturunan, susuan atau ikatan perkahwinan1. Perkahwinan disyari‟atkan oleh al-Quran, al-Sunnah dan al-ijma‟. Dalil pensyari‟atan perkahwinan daripada al-Quran adalah firman Allah S.W.T: …maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat… ( Surah al-Nisa’ 4:3) Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan…. (Surah al-Nur 24:32) Dalil pensyari‟tan perkahwinan daripada al-Sunnah adalah daripada sabda Rasulullah s.a.w: Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan

1

Mohd Ismail Mustari. (2009). Isu – Isu Perkahwinan.

Page | 1

dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Malah dalam pandangan Islam, pernikahan bukanlah suatu aib dan bukan pula suatu kekurangan. Tetapi pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan sempurna. Melalui pernikahan seseorang itu boleh mencapai tujuan yang mulia. Maka tidak hairanlah pernikahan itu mampu menjadi benteng daripada keburukan syahwat, menjaga pandangan daripada perkara yang haram, menjauhi zina dan dosa, membahagiakan jiwa, menyenangkan isteri dengan berbincang dan bersuka ria dengannya. Dunia itu adalah perhiasan.Dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita shalehah. (hadith riwayat Ibnu Majah dalam kitab Sunan Ibnu Majah) Dalam al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang kenikmatan dunia yang sementara; Padahal kehidupan dunia itu (dibanding) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit) (Surah Ar-Ra’ad 13:26) Malah sebaik-baik kenikmatan yang dirasakan oleh seorang manusia di muka bumi ini adalah perempuan yang solehah lagi menyenangkan jiwa, kerana wanita yang seperti ini termasuk daripada kebahagiaan seorang lelaki.

Page | 2

isteri – isteri dari jenis kamu sendiri. di samping menyemaikan rasa kasih sayang antara kumpulan masyarakat dan mengeratkan perhubungan antara dua keluarga yang terlibat dalam perkahwinan. Maksudnya : “Dan di antara tanda – tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya.t.w. isteri dan anakanak dengan ikatan yang kukuh. dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.w.w.t menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan agar mereka saling berkasih sayang. Page | 3 . Perkahwinan juga bertujuan mengikat suami. Terdapat jantan dan betinanya bagi memastikan benih yang ditaburkan oleh si jantan dapat diterima oleh si betina bagi menghasilkan makanan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan – keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang – orang yang berfikir. Perkara ini juga terdapat kepada sebaik – baik ciptaan Allah s.HIKMAH PENSYARIATAN PERNIKAHAN Allah s. bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki). Bagi binatang pula diciptakan jantan dan betina bagi setiap jenis.” (al. supaya kamu bersenang hati dan bermesra dengannya. Melalui perkahwinan juga melahirkan sikap bekerjasama di antara pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup. Allah s.Rum 30:21) Perkahwinan diharuskan oleh syara‟ supaya memelihara seseorang itu dari tercebur ke dalam perkara-perkara yang ditegah oleh agama malah bertujuan untuk memelihara keturunan manusia daripada pupus dan hilang.t menciptakan setiap perkara di dunia ini berpasang – pasangan. pagi dan petang. hitam dan putih. gelap dan terang. iaitu manusia. begitu juga dengan tumbuh – tumbuhan. Malam dan siang.

Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Malah Ketua Perunding Psikologi. sewajarnya golongan dewasa jangan terlalu mudah melatah dan mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Hal perkahwinan semasa belajar menjadi asas perbincangan. Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. realiti bernikah ketika belajar merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani secara khusus. seseorang itu akan lebih yakin dan bersemangat kerana menyedari kerja yang dilakukannya bukan untuk dirinya saja tetapi turut sama dikongsi dengan isteri tercinta. Bagi menyelesaikan masalah ini. Pusat Psikologi Malaysia. Semua pihak harus membuka minda terutama masyarakat dewasa untuk melihat secara terperinci adakah faktor pernikahan disebabkan oleh dorongan negatif dan boleh menghancurkan masa depan pelajar dalam menguasai sesuatu ilmu di dalam universiti atau ia merupakan dorongan yang positif yang akan membawa seribu satu kebaikan kepada pelajar dan mematangkan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab. Malah ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat serta dapat menghadapi hidup dengan berani dan lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini Page | 4 . Justeru itu.Ikatan itu boleh menghilangkan rasa sunyi.

ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru atau sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. tanggungjawab akan terpaksa diagihkan kepada tuntutan untuk menjaga perihal hal rumahtangga dan pada masa yang sama tanggungjawab terhadap hal-hal pembelajaran seperti menyiapkan tugasan atau kerja kursus dan persiapan menghadapi peperiksaan. dan dijadikan di antara kamu (suamaiisteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. dengan berkahwin ketika masih menuntut. (2006) Page | 5 . Apabila berkahwin apa yang dikhuatiri dan bermain di fikiran anak-anak muda adakah mereka mampu untuk fokus di dalam pelajaran? 2 Akhbar Kosmo.banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan. (Ar-Rum21) Dalam sesetengah situasi ada juga di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini. Ramai yang beranggapan. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam yang terjebak dengan budaya „couple‟ sedangkan hakikat kasih sayang yang mereka jalinkan itu adalah selayaknya disalurkan melalui gerbang perkahwinan seperti yang telah difirmankan oleh Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki). tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan2. isteri-isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Umumnya. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau Page | 6 . Jaminan ekonomi yang kukuh juga menjadi asa yang penting pada pandangan mereka untuk membina sebuah keluarga. tentangan daripada ibu bapa juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak muda yang masih belajar yang berkeinginan untuk berkahwin terpaksa menagguhkan hasrat mereka. masyarakat meletakkan urusan pernikahan perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak yakin dengan kemampuan anak masing-masing untuk mendirikan rumahtangga pada usia yang masih muda.Adakah prestasi mereka akan menurun? Adakah mereka mampu membahagikan masa untuk kedua-duanya? Dan pelbagai soalan yang mengganggu fikiran mereka sehingga menangguhkan perkahwinan selepas tamat pengajian. Ibu bapa menekankan supaya anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengetepikan hal-hal yang lain. Selain daripada itu. Urusan untuk berumahtangga tidak termasuk dalam kepentingan jika mereka belum lagi menghabiskan pengajian dan tidak lagi bekerja.Ibu bapa khuatir anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan yang tidak kurang pentingnya mereka juga gusar jika anak-anak ini nanti bakal menghadapi krisis rumahtangga akibat ketidakmatangan dan masalah kewangan. Ini bertentangan dengan sabda Rasulullah saw: …Kamu kahwinilah wanita – wanita yang subur dan pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai. (Riwayat Abu Daud) Perkara lain yang turut menjadi penghalang kepada perkahwinan ketika belajar walaupun ada yang berhasrat sedemikian ialah masalah kewangan.

jumlah dulang hantaran dan barang-barang hantaran yang terlalu mengikutkan keinginan dan trend menjadi beban kepada bakal pengantin dan keluarga. Sedangkan perkara-perkara di atas sudah tersasar jauh dengan apa yang diperintahkan oleh Allah S. Ini kerana pandangan umum mengenai perkahwinan ialah selepas berkahwin lelaki atau wanita akan mempunyai satu komitmen lain iaitu terhadap isteri atau suami dan anak – anak. apabila sesuatu proses itu terlalu menekankan masalah persekitaran dan adat kebiasaan masyarakat. masalah yang kecil dan ringan menjadi sukar dan berat. Bagi memenuhi kehendak adat dan persepsi masyarakat inilah yang membuatkan pasangan kekasih yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi menundakan hasrat perkahwinan mereka sehingga selepas mendapat pekerjaan.W. Ada di antara lelaki atau wanita." Antara faktor lain yang menghalang perkahwinan semasa belajar ialah tanggungjawab anak kepada keluarga. Page | 7 .A. Dimanakah keimanan kita kepada Hadis Baginda S.W. Justeru.A.W yang mafhumnya : "Berilah kesengangan dan jangan kamu menyusahkan.tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan. lelaki atau wanita yang dibesarkan di dalam keluarga yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk membantu mengurangkan beban orang tua daripada memikirkan tentang hal – hal perkahwinan.T dan Rasulullah S. Jumlah hantaran yang tinggi. terutamanya anak pertama atau sulung menangguhkan perkahwinan kerana merasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga.Terkadang. Dan berilah khabar gembira dan jangan khabar yang menyedihkan. majlis yang ingin dilangsungkan secara besar-besaran.

” 3 4 Sahih al-Bukhari 1979 : 3 jil. saudara dan lain-lain. atau gadis itu rela menerima orang yang sesuai untuknya .A. seperti anak gadis.”3 Seorang Ulama iaitu Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam karya Muhyiddin Abd Hamid (2004:108) mempunyai pendapat mengenai menangguhkan perkahwinan anak-anak perempuan4: “Telah sampai kepada saya berita tentang banyaknya orang yang menunda pernikahan orang-orang yang menjadi tanggungan mereka. atau mencari calon suami yang mempunyai lebih banyak harta. maka hendaklah dia bernikah.w yang bermaksudnya diceritakan kepada kami oleh ‟Umar bin Hafs diceritakan oleh ayahku diceritakan oleh al-A‟masy berkata : Diceritakan kepadaku oleh Ibrahim daripada ‟Alqamah berkata :Rasulullah S. Kerana sesungguhnya puasa adalah ubat baginya. Kerana sesungguhnya pernikahan lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.a. “Wahai para pemuda. Barangsiapa belum mampu maka hendaklah dia berpuasa.W. bersabda. seperti anak bapa saudaranya atau yang lain. barangsiapa di anatara kalian telah mampu. Penundaan ini dilakukan dengan alasan yang tidak dibenarkan oleh syariat.PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Sabda Rasullah s. Page | 8 . seperti membantu mengurus keluarga. VII Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar.

Sebab beliau memandang bahawa itupun adalah tanggungjawab beliau. dan wanita itu sendiri. Beliau tutupkan selimut anaknya dan beliau terus sembahyang. Prof.w. Dengan menghindari perkahwinan. Imam al-Syafi‟e mempunyai beberapa orang anak laki-laki. Saya menasihati para wali wanita. Dr. Berdiri zakar anak itu dan tegang sekali. Hamka (1983:87). Seorang wanita yang hendak menikah boleh menentukan syarat-syarat agar dirinya diizinkan tetap menyambung pengajiannya Page | 9 . Hamka (1983:89) menulis bahawa almarhum ayahandanya Syeikh Abdul Karim Amrullah segera mengahwinkan anak-anaknya sendiri dan anak-anak saudaranya yang mana sudah patut kahwin. Dr.a. Mana yang belum kuat rumahtangganya beliau bantu.Menurut Prof. Tetapi pada siang harinya beliau segera menghubungi teman atau murid beliau yang mempunyai anak gadis lalu beliau pinang dan pada hari itu juga anaknya beliau kahwinkan. Dan beliau bangga sebab beliau telah melaksanakan tugas agama yang paling penting. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin di dalam buku Muhyiddin Abd Hamid (2004:111) ketika memberi pendapat tentang orang yang menolak menikah dengan alasan masih belajar mengatakan bahawa sikap demikian sangat bertentangan dengan perintah Nabi s. Pada suatu hari ketika beliau bangun tahajjud tengah malam dilihatnya anak laki-laki yang masih tidur dekat beliau menemani beliau di tempat ibadatnya. Kalau anak laki-laki belum mampu sedang si ayah mampu apa salahnya jika ayahnya membantu rumahtangga anaknya lebih dahulu. janganlah menolak untuk menikah dengan alasan belajar atau mengajar. Hal ini merujuk kepada hadith Nabi riwayat al-Tirmidzi berkaitan jika datang kepadamu seseorang lelaki yang kamu redhai agamanya sepertimana yang telah dicatatkan sebelum ini. dengan sendirinya seseorang telah menghilangkan maslahat yang dibawa pernikahan.

” Tekad remaja ini bukanlah satu masalah. Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar. jika pengajiannya akan sampai dalam waktu terdekat. sepanjang dirinya belum disibukkan oleh urusan mengasuh anak. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin lagi. Page | 10 .sampai selesai. apalagi jika ia menghadapai kursus yang sukar dan tidak sesuai dengan seleranya6. 5 6 Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar. (Shalih Ahmad al-Ghazali 1999:45) Manakala menurut Syaikh al-Balihi pula membawakan satu keadaan di mana jika seorang gadis mengatakan: “Aku tidak akan menikah sebelum pengajianku selesai. atau tetap menjadi guru selama satu atau dua tahun. kerana kedua-dua urusan ini boleh untuk disepadukan. Namun jika pengajiannnya akan selesai beberapa tahun kemudian. Syarat seperti ini boleh ditetapkan5. maka saya tidak bersetuju jika remaja tersebut menunda pernikahan dengan alasan untuk menyelesaikan pengajiannya. pernikahan lebih penting daripada belajar. Tambahan pula pernikahan tidak menghalangi belajar.

Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkat. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.hamba kamu . lelaki dan perempuan. tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Jika mereka miskin . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [aqad nikah] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. benar dan baik. Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui.” An Nuur: Ayat 32 Page | 11 .orang yang soleh dari hamba . Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang . Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul.orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang .JALAN PENYELESAIAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR YANG INGIN BERKAHWIN Di antara jalan penyelesaian yang mugkin boleh diambil ialah “Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak .anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Pemberian insentif bagi anak muda yang ingin mendirikan rumahtangga mungkin dapat menggalakkan mereka untuk berkahwin. Antara lainnya.Peruntukan ini bukanlah bermakna perkahwinan itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berwajib.Sedikit bantuan dan sokongan berbentuk material ini mungkin dapat menambahkan sedikit kegembiraaan dan melapangkan dada para pemuda dan pemudi yang berhasrat untuk bernikah. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti memberi memberi insentif sebagai galakan berkahwin. merendahkan hantaran perkahwinan dan alternatif yang lain ialah kahwin khitbah (kahwin gantung). masyarakat juga perlu dididik untuk membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana. tetapi juga dari aspek pengurusan. Pelajar tidak tertekan untuk membuat persiapan perkahwinan yang selalunya mengambil masa yang agak panjang dan perlu berulang-alik dari tempat pengajian dan kampung halaman.menganjurkan perkahwinan beramai .Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina).Sedikit sebanyak tekanan mungkin dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan. penganjuran perkahwinan beramai-ramai dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.ramai yang menjimatkan. mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan. Program seperti ini boleh dianjurkan untuk para penuntut yang berada di peringkat universiti atau kolej.Selain itu. Mengadakan walimah atau kenduri kahwin penting dalam Islam bagi Page | 12 .Ini bukan sahaja membantu dari segi penjimatan kos.

Sudah menjadi budaya atau ikut-ikutan masyarakat Melayu untuk menentukan nilai hantaran yang tinggi mengikut peredaran zaman seperti terdapat suatu nilai pasaran yang mesti Page | 13 ." Perkara yang juga dapat meringankan permasalahan golongan muda yang ingin membina rumahtangga ketika masih menuntut di university/kolej ialah dengan mengurangkan jumlah hantaran.Dalam kisah Abi Usaid.Ini bermakna. boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan. Ia sebagai mengumumkan suatu ikatanpernikahan. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim menyatakan Rasulullah saw melaksanakan majlis kenduri kahwindengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab. pembaziran wang ringgit dan harta benda.Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuknunjuk dengan mengadakankenduri besar-besaran. janganlah pula ada keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat. membuat pinjaman bank serta berhutang dalam jumlah besar semata-mata menurut nafsu dan keinginan melampau.Pun begitu. Jelas daripada mafhum hadis itu. hukum mengadakan kenduri perkahwinandiharuskan oleh agama. dalam majlis kenduri kahwin ini. tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan oleh syariat. Dan syaitan itu sangat ingkar kepadaTuhannya. walau apa jenis makanan yang ingin dihidangkan.menghebahkan ikatan pernikahan dua insan. Rasulullah saw turut hadir pada majliswalimahnya. Firman Allah dalam surah al-Isra bermaksud: "Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan.terpulang kepada kemampuan keluarga yang mengadakan walimah. Baginda menghidangkan kurma kepada tetamu yang datang.

nikah gantung atau Nikah Khitbah merupakan pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah dalam satu masa atau tempoh yang telah 7 ditetapkan hasil persetujuan kedua belah pihak pengantin lelaki dan Maszlee Malik. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. nikah gantung adalah sah disisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Di dalam masyarakat kita.Apakah yang dimaksudkan nikah gantung? Ramai diantara kita masih tidak tahu apa maksud dan istilah nikah gantung ini.dipenuhi. Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja Page | 14 . mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. (2006). Dalam erti kata lain. terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan7. Bagaimana pula pendapat alim ulama mengenai nikah gantung dalam Islam? Walaubagaimanapun. Ini sangat membebankan pihak pengantin lelaki yang terpaksa mengikut kehendak dan permintaan demi melancarkan perjalanan majlis perkahwinan. NIKAH KITBAH (KAHWIN GANTUNG) Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Pada dasarnya.

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu suami. study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks. tidak mempunyai kemampuan menyewa rumahbelum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtanggajusteru itu . isteri. janganlah membuat keputusan mengikut nafsu sahaja.dua pihak] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar . buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [atas persetujuan bersama kedua .undang negara.tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti masih menuntut di kolej atau universiti. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu . saksi dan aqad (Ijab Qabul). wali. kerana Page | 15 . Kadangkala nikah gantung diadakan kerana majlis kenduri perlu ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tertentu. sebelum membuat keputusan kahwin gantung ini.keluar makan. „dating‟.perempuan.benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang . terlebih dahulu perlu meminta izin daripada ibu bapa. maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram. Namun begitu. Biasanya.Tanggungjawab seorang suami kepada isteri dalam pemberian nafkah juga dapat diringankan dan dikurangkan. Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh . nikah gantung hanya melakukan majlis akad nikah sahaja manakala majlis kenduri kahwin akan dilakukan kemudian mengikut perancangan yang akan ditetapkan oleh keluarga pengantin.

kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia. Redha ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud: “Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa”. Page | 16 . Takut-takut hidup kita tidak akan bahagia dan tidak aman. tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka mendapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan.masih terdapat banyak lagi tanggungjawab yang belum diselesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redha mereka. Kalau ibu bapa mengizinkan berkawin.

Ini bertepatan dengan pendapat yang dijelaskan oleh Amir bin Mohd Noor (2006: 72) tentang kepentingan ilmu dan ilmu pengetahuan hidup berkeluarga. (2006). Kesihatan mental pula merangkumi kewarasan minda dan kebolehan bertindak secara rasional dalam kebanyakkan situasi terutama dalam keadaan tertekan. Ini kerana tahap kesihatan yang baik berupaya menyumbang kepada kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga apabila berkahwin kelak. Modul Keluarga Sakinah. Aspek lain yang perlu dititikberatkan sebelum berkahwin ketika belajar adalah pengetahuan tentang rumahtangga. Pengetahuan rumahtangga perlu dipelajari dengan lebih mendalam bagi kerukunan rumahtangga. Maksudnya: (Apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri. Penghayatan agama juga adalah asas utama dalam pembentukan generasi madani yang bercirikan ilmu. Soal Jawab Pra Perkahwinan Amir bin Mohd Noor ( 2006). Iaitu dengan membekalkan ilmu pengetahuan dengan secukupnya sebagai benteng yang kuat dan kukuh dalam menghadapi cabaran hidup9. mental dan emosi8. iman dan taqwa.Mohd Fadzilah Kamsah (2004:109) kesihatan yang baik menjamin kebahagiaan rumahtangga. sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang 8 9 Mohd Fadzilah Kamsah. Ketiga-tiga aspek ini perlu dipelihara dengan baik dan diseimbangkan.PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN KETIKA BELAJAR Menurut Dato‟ Dr. Page | 17 . Aspek kesihatan individu lelaki dan perempuan termasuk fizikal. Kesihatan fizikal merangkumi kesihatan tubih badan termasuk organ pembiakan.

masa berkualiti dan masa berehat. (Az-Zumar: 9) Pengurusan masa juga adalah amat penting. Cinta IPT Rahsia yang Perlu Anda Ketahui . Mereka adalah golongan yang telah melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. sempurna dan penuh tanggungjawab10. Bagi melahirkan masyarakat berdaya maju strategi penjadualan masa amat dituntut supaya bukan sahaja dapat memberi pertimbangan yang mana lebih utama atau sebaliknya tetapi dapat diberi pengagihan yang seimbang antara masa perdana. Oleh itu. penjadualan dan disiplin diri adalah penting. 10 Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007).mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Ini adalah amat penting mahasiswa yang berkahwin ketika belajar untuk membahagikan masa mereka. Page | 18 . Ini dijelaskan dari Maszlee dan Hamidah (2007: 28) iaitu orang yang sudah berkahwin akan mengatur suatu kehidupan dengan baik.

mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. Fenomena kahwin pada usia muda ini seolah-olah menjadi ‘trend’ dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi fenomena ini. Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung memilih untuk berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. Ini kerana mereka merasakan perlu untuk lebih bertanggungjawab dan matang dalam membuat keputusan dan tindakan sama ada terhadap pembelajaran mahupun keluarga. Page | 19 . Apa yang pasti. mereka menerima dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Kehidupan mereka juga lebih teratur dan terancang dari sudut masa dan aktiviti. setiap mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang tersendiri terhadap perkara ini. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal perkahwinan. Bagi sesetengah pihak. Ibu bapa. Tetapi. Fenomena kahwin semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Desakan dan keperluan membahagikan dan mencaturkan masa untuk perkara yang lebih penting perlu diberikan keutamaan. bagi sesetengah yang lain pula.KEBAIKAN PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Mendirikan rumahtangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. Secara ringkas nya kebaikan kahwin semasa belajar ialah apabila perkahwinan tersebut mampu memberikan motivasi kepada mereka.

Apabila seorang manusia itu dilarang daripada berkahwin. Matang di sini bermaksud pasangan mampu membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Rasulullah s. Perkahwinan dan Etika Hubungan Suami Isteri Page | 20 . 11 Qadi Muhammad Ahmad. menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. Qadi Muhammad Ahmad (2003: 12-13) yang menyatakan bahawa perkahwinan bertujuan untuk memelihara diri dari perbuatan terlarang (At-Ta‟affuf) iaitu untuk membentengi diri agar tidak terjerumus ke dalam lembah perzinaan dan semua perilaku terkutuk lainnya. apa yang lebih utama. bukan semata-mata untuk melampiaskan kehendak nafsu syahwat11. dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram. (Riwayat Tirmizi) Pasangan yang berkahwin ketika belajar lebih berdikari dan bersikap matang.Malah. Mereka akan menjadi lebih berdikari. mencabul kehormatan. disamping mampu menyelesaikan pelbagai masalah bersama dengan rasional dan matang. Ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga. berpengalaman dan lebih berkenyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Selain itu pengalaman mencari duit di dalam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya. ianya boleh menghindarkan diri daripada maksiat dan gejala tidak bermoral yang semakin berleluasa di IPTA dan IPTS. hendaklah kamu kahwinkannya. semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak. Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak. (2003).w bersabda: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang.a.

dan dijadikan di antara kamu (suamaiisteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah s. Perkahwinan juga adalah peraturan daripada Allah S. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ini kerana bertepatan dengan pendapat.T untuk menyekat pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang boleh membawa kepada perbuatan zina. isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.W.Fenomena yang sihat dan baik. Islam memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi keredhaan Allah SWT adalah ibadah dan mendapat pahala. Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi mereka (Al-Baqarah: 117) Jelas menunjukkan ayat di atas betapa suami isteri adalah pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi pasangannya. Abdul Halim Sholeh Page | 21 .w. Kami tidak bersetuju jika ada yang beranggapan bahawa perkahwinan ketika belajar akan menganggu proses pembelajaran.t yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki). (Ar-Rum 21) Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam mengambarkan keperluan manusia pada perkahwinan dalam memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lahir hasil daripada perkahwinan. Bahkan setiap suapan nasi yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan rela. ikhlas dan senang hati akan memperoleh balasan pahala.

Perkahwinan ketika belajar lebih terhad kemampuan kewangan dan materialnya. Keluarga orang berkerjaya mungkin hidup senang dan mewah. Sinaran Bros Sdn Bhd. jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya. pasangan yang berkahwin semasa belajar tidak boleh membandingkan keadaan keluarga mereka dengan keluarga orang yang berkerjaya. Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. Penyesuaian diri ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. berbeza pengurusan masanya dan lain-lain. (2008). CABARAN PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Isu perkahwinan semasa belajar ini ada kebaikan dan cabarannya. kerap kali timbul konflik dan 12 13 Abdul Halim Sholeh (2008). tidak ada tuntutan kewajipan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta12. maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa tersebut. yang mengatakan. Page | 22 . Oleh itu. Pendapatan itu mungkin datang daripada biasiswa atau pinjaman pelajaran atau duit poket yang diberi ibu bapa atau duit simpanan atau pendapatan daripada kerja sambilan seperti berniaga kecil-kecilan atau makan gaji sambilan. Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh pasangan yang berkahwin ketika belajar ialah kesukaran menyesuaikan diri di antara satu sama lain13.(2008: 34-35). Berkahwin semasa belajar biasanya bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Cabaran – cabaran itu. di dalam Al-Quran mahupun Sunnah. jika sebaliknya. Dalam proses penyesuaian ini. maka rumahtangga tersebut mampu memberi impak positif kepada mahasiswa. namun keluarga pelajar belum mampu hidup sedemikian. Ingin Kahwin? JAKIM.

Memasuki Gerbang Perkahwinan. mereka lebih mengutamakan keluarga sendiri berbanding suami atau isteri yang baru dikahwini. Contohnya. dek kerana sudah terbiasa dengan hidup bersendirian. Page | 23 . Selain daripada itu. Apabila memasuki gerbang perkahwinan. suami lebih selesa mendengar pendapat keluarganya daripada isteri. 14 JAKIM. keputusan yang sering dibuat oleh lelaki atau wanita ketika belajar ada perkaitan dengan keluarga. pasangan perlu banyak berbincang. Ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada si isteri tersebut. Lantas. (2008). layanan secara adil dan saksama haruslah diberi kepada keluarga kedua – dua belah pihak. bertoleransi dan memberi sokongan antara satu sama lain. tambahan pula dengan tanggungan yang semakin bertambah. iaitu ibu bapa14. Fokus ke arah memantapkan CGPA dan bergaji tinggi menyebabkan sesetengah lelaki atau wanita mengabaikan perasaan pasangan mereka tanpa disedari. Pasangan yang berkahwin semasa belajar lebih cenderung kepada mengutamakan pelajaran lebih dari perkara lain kerana bimbang tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan.tekanan apabila pasangan tidak memahami tugas dan tanggungjawab masing – masing seperti kurang memahami keperluan dan citarasa pasangan. Oleh itu.

Jika kita kuat. Sekali kita membuat keputusan. nilailah dulu kekuatan diri kita dan beristikhorohlah sebelum kita tekad untuk membuat sesuatu keputusan. terimalah amanah itu dan laksanakanlah keputusan yang dipilih dengan penuh keazaman. kita ada pilihan untuk Istikhoroh. Maksudnya. Ia subjektif. Kuatkanlah semangat menghadapi cabaran dan hormatilah keputusan yang telah kita buat dan pilih untuk diri kita sendiri. janganlah berputus asa dan berpaling ke belakang. binalah dulu kekuatan. berpegang teguhlah kepada keputusan yang dibuat sekalipun selepasnya banyak cabaran mendatang.KESIMPULAN Kesimpulan pertama. setelah menilai diri kita dan mendapati diri kita belum cukup kuat untuk menerima amanah (berkahwin semasa belajar). sebelum kita sanggup untuk menerima sesuatu amanah. Kesimpulan kedua. Iringilah usaha dengan pergantungan kepada Allah melalui doa. Tetapi kekadang kekuatan itu dibina selari dengan penerimaan amanah. Page | 24 . menapak dan maralah ke hadapan dengan sabar dan tenang. Oleh kerana itu. amanah diterima sambil membina kekuatan diri untuk membawa amanah itu.

Edisi Mei. Cinta IPT Rahsia yang Perlu Anda Ketahui.Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications. Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007). (2006). Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka alKautsar. Petaling Jaya: Edusystem Sdn. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. (2003). (2006).net/arizal/isu-perkahwinan-09 pada 9 Mei 2012. Di ambil daripada http://www. Mohd Ismail Mustari. (2009). Soal Jawab Pra Perkahwinan. Isu – Isu Perkahwinan. Majalah I. Perkahwinan dan Etika Hubungan Suami Isteri. Jabatan Agama Johor: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta‟zim. Qadi Muhammad Ahmad. Amir bin Mohd Noor ( 2006). Al-Ghazali (1998) Nikmatnya Alam Rumahtangga . Sinaran Bros Sdn Bhd. (2008). Mohd Fadzilah Kamsah. (2006). Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja.Bhd. Ingin Kahwin? Cepat Kahwin. Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. Modul Keluarga Sakinah. Maszlee Malik. JAKIM.slideshare.RUJUKAN Abdul Halim Sholeh (2008).Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers Akhbar KOSMO. Bhd. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man. Page | 25 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful