Bilangan dalam bahasa Arab Dalam modul ini, anda diperkenalkan dengan bilangan satu sampai 100.

Apa yang perlu dikuasai dengan baik ialah bilangan 1 hingga 10 kerana ia adalah asas dalam bilangan bahasa Arab. Satu hingga lima agak mudah kerana ia mengikut sebutan hari dalam bahasa Melayu. Manakala enam pula iaitu sittah dekat dengan sebutan six dalam b. Inggeris. Cuma yang agak baru ialah bilangan 7 hingga 10. Bagi bilangan belas, gabungkan nombor sa dengan nombor puluh seperti thalaathah + ‘ashara = tiga belas. Bagi bilangan puluh, sebutan bahasa Melayu contohnya ialah dua puluh lima. Bahasa Inggeris pun kita menyebut twenty five, tetapi dalam bahasa Arab kita menyebut lima dan dua puluh. Dengan kata lain, kita menyebut angka sa terlebih dahulu sebelum angka puluh dan pisahkan antara angka sa dengan puluh dengan huruf wa dengan maksud dan. Sebagai contohnya: 25 disebut khamsah (lima) wa (dan) ‘ishruun (dua puluh). Dengan kata lain dalam sebutan angka sa dan puluh, angka yang kita dengar dahulu itu adalah angka sa diikuti pula oleh nombor puluh. Angka puluh berakhir dengan tulisan uun. Contohnya thalatah (tiga) menjadi thalaathuun (tiga puluh) Mengenai cara menulis nombor Arab pula, walaupun tulisan Arab ditulis dari kanan ke kiri, tetapi nombor Arab tetap ditulis mengikut susunan nombor biasa iaitu dari kiri ke kanan. Pelajar selalu tertukar antara nombor enam dan nombor dua ketika menulis angka. Satu tips untuk membezakan kedua-duanya ialah angka dua ditulis seperti angka 2 biasa tetapi mukanya mendongak ke atas, dan ditambah pula kaki di bawahnya. Manakala angka enam ditulis dalam bentuk dua (2) terbalik dengan mukanya mendongak ke atas dan ditambah kaki pula di bawahnya. Biasa-biasakan dengan nombor Arab…… Ila alliqaa’ Ghazali Yusri

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful