1 PERANAN DAN MASALAH ORGANISASI 1.

0 Organisasi Organisasi ini telah ditakrifkan dalam berbagai cara, lazimnya penekanan diletakkan atas peraturan-peraturan atau struktur-struktur rasmi yang diwujudkan antara ahli-ahli manusia supaya mereka dapar bekerjasama untuk mencapai sesuatu tujuan. Pendapat awal tokoh-tokoh yang terlibat mengatakan bahawa organisasi untuk perkhidmatan awam itu adalah pekerja-pekerja yang bekerjasama untuk tujuan yang sama. Organisasi dianggap untuk menubuhkan perhubungan anatara mereka melalui penentuan kerja, tugas dan tanggungjawab.

Organisasi merupakan satu penyelarasan unit sosial yang mengandungi dua atau lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai matlamat bersama. Ia merupakan sistem sosial yang kompleks yang boleh didefinisikan, dilihat dan dipelajari daripada pelbagai dimensi. Johns (1996) mendefinisikan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk mencapai matlamat bersama melalui penggabungan usaha anggota pasukan. Wagner dan Hollebeck (1995) pula mendefinisikan organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk menjayakan sesuatu matlamat yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara bersendirian.

Peterson (1961) pula mengaitkan organisasi itu kepada matlamat mencapai sesuatu tujuan. Ia berkeyakinan iaitu organisasi ialah satu tindakan untuk mencapai tujuan-tujuan yang sempurna. Ini secra langsung meletakkan perkara-perkara yang mustahak untuk melahirkan perhubungan- perhubungan yang lebih bersistematik. Oleh yang demikian, organisasi bertugas sebagai satu agensi yang mengadakan dan mempercepatkan tindakan untuk pencapaian sesuatu tujuan.

2 Pendapat Peterson ini juga disokong oleh seorang lagi tokoh iaitu Barnard yang berpendapat bahawa tujuan adalah satu daripada ciri-ciri dalam organisasi.

Pada pandangannya, organisasi itu terbentuk apabila: i. ii. iii. ada antara orang-orang yang dapat bercakap-cakap atau berhubungan mesra antara satu sama lain, yang sedia memberi dan mengambil tindakan, untuk mencapai tujuan yang sama.

Dari itu, ciri-ciri organisasi adalah: i. ii. iii. perhubungan antara merka (communication), sedia untuk berkhidmat, dan punyai tujuan yang sama.

Manakala menurut Aziz (2000), organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh individu yang kaya dengan kepelbagaian bertujuan menjalankan pelbagai tugas bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan juga organisasi. Setiap individu ditentukan peranan selari dengan pengetahuan, kebolehan dan pengkhususan yang dimiliki. Penentuan tugas dan tanggungjawab setiap individu dalam organisasi akan ditentukan oleh seorang penyelaras yang bertindak sebagai pendorong, pemangkin, pemudahcara dan penilai yang dipanggil pengurus.

Organisasi adalah sangat mustahak sekiranya kita ingin memahami sesebuah institusi pendidikan. Ini adalah kerana organisasi itu menjadi satu unit atau alat yang

Melalui corak perhubungan ini juga. tuju arah. Organisasi juga penting kerana ia merupakan satu cara mempengaruhi mereka yang mempunyai kedudukan. agak sukar untuk kita untuk memahami bidang-bidang tugas dan kuasa yang ada. penjelasan. Corak hubungan ini memberi banyak dan perbagai penerangan kepada kelompok.3 saling hubung-menghubungi antara satu sama lain. tangggapan-tanggapan serta sikap mereka yang terlibat dalam sesuatu keputusan yang di ambil. .1 Kepentingan Organisasi Perkara yang paling penting bagi sesebuah organisasi itu ialah peranannya di dalam sistem bermasyarakat. 1. Secara langsung. Sesebuah organisasi itu dapat dikaitkan dengan corak perhubungan yang lebih kompleks serta lain-lain hubungan antara manusia dan kumpulan-kumpulan yang tertentu. Ada juga yang hanya juga memberi perintah dan arahan kerana kuasa yang ada padanya. Organisasi inilah yang akan membawa institusi pendidikan itu mencapai objektif atau matlamat yang telah ditetapkan. seseorang itu dapat mengawal tata kelakuannya agar ianya tidak menyinggung dan diterima mengikut norma kelompok. Tanpa memahami sesebuah organisasi. Organisasi bukan sahaja seperti apa yang tertera di atas carta dan termaktub dalam peraturan penerangan kerja dan sebagainya. organisasi menyediakan suasana dan keadaan yang membentuk dan membangun.

disebut sebagai organisasi. Hubungan ini boleh dilihat sesuai dengan keadaan yang tertentu seperti perbelanjaan dan halangan-halangan sesetengah jenis yang dikeluarkan oleh sistem kepada benda-benda atau sistem-sistem dalam situasi luaran. Kriteria ini mempunyai hubungan antara kedua-dua hubungan luaran dan struktur sistem dalaman. sistem sosial dengan bahagian-bahagian bersangkutan yang mana ia bertindak atau menjalankan urusan di luarnya. Dalam hal ini. outputnya mungkin tentang pengeluaran dasar dan peraturanperaturan dan bagaimana untuk mencapai perkhidmatan yang cekap demi kepentingan masyarakat agar matlamatnya tercapai.4 1. benda atau perkhidmatan yang diterima dan digunakan atau sebagai satu alat untuk memajukan ke peringkat lainnya dalam proses ini. . Timbangan ini telah memberi satu ciri organisasi yang agak penting. Pada organisasi yang memberi keutamaan terhadap sistem ekonomi.2 Konsep Organisasi Satu pandangan rasmi bahawa ‘primacy of orientation to the attainment of a specific goal’ digunakan untuk mendefinasikan ciri-ciri tertentu organisasi yang jelas membezakannya dari jenis-jenis sistem sosial yang lain. output ini menjadi seperti sesuatu jenis barang. apa yang Pencapaian tuju arah ditakrifkan sebagai satu hubungan antara satu sistem. Pada organisasi pendidikan. outputnya mungkin pula tentang sesuatu jenis keadaan latihan atau kemahiran terhadap pelajar-pelajar yang telah mendapat pendidikan itu. Sesuatu organisasi ialah satu sistem dalam pencapaian tuju arahnya menghasilkan sesuatu benda atau bahan yang boleh digunakan oleh sistem yang lain. Bagi jabatan kerajaan pula.

Lazimnya organisasi yang mempamerkan satu persamaan akan memberi kekuatan kepada organisasi itu untuk menempuh cabarancabaran yang berlaku di sekitamya. norma. kepercayaan atau bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku. sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan. Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara kerana setiap individu meletakkan satu nilai berdasarkan pengetahuan. Nilai Pengertian nilai secara ringkas memberi maksud tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Empat elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan kakitangan. norma bermaksud peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima. . Jika budaya organisasi itu baik. maka akan membolehkan kakitangannya meningkatkan mutu kerja yang cemerlang dan akan menyumbang kepada kejayaan jabatan berkenaan (Zahadi. ia adalah cara bekerja yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu. Dalam konteks organisasi. Dalam sesebuah organisasi setiap ahli dan tugas bekerjasama dan ia saling bergantung. sesebuah organisasi perlu membentuk dan mengamalkan budaya organisasi yang baik. cara mereka berfikir. Dengan lain perkataan. 1. Budaya kerja dalam sesebuah organisasi biasanya dikaitkan dengan sistem nilai. Untuk mencapai keberkesanan.5 BUDAYA DALAM ORGANISASI Organisasi ialah satu proses menstruktur dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama. 2006). dalam masyarakat. Norma Nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar ahli kumpulan yang disepakati sebagai nilai-nilai bersama mencerminkan kemahuan kumpulan. 2. berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. pengalaman.

3 Struktur Organisasi Parsons menyatakan bahawa. sesuatu organisasi di anggapkan sebagai ada satu struktur yang boleh diberi diskripsinya. Ini boleh digambarkan dan dihuraikan dari dua sudut pandangan. norma dan sikap yang dikongsi bersama secara positif akan rnenerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan oleh yang dernikian ia akan rnewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan. kerana perkara yang pernah terjadi kepada seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan. 4. Etika Etika adalah prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai. Pertama ialah pandangan terhadap budaya institusi yang menitikberatkan kepada nilai-nilai sistem dan institutionalisasi mereka di dalam konteks perjalanan tugas yang berbeza manakala pandangan yang kedua ialah pandangan kepada ‘kelompok’ atau ‘peranan’ yang menjalankan organisasi kecil dan peranan-peranan seseorang yang mengambil bahagian dalam perjalanan tugas organisasi. norma dan sikap yang dikongsi bersarna dalarn kumpulan. 1. Sikap Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. Apabila ahli-ahli sesebuah organisasi rnerniliki satu rnatlarnat yang sarna rnaka akan wujud keharmonian dalarn organisasi tersebut untuk rnengarnalkan etika kerja yang sarna. . Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak.6 3. seperti semua keadaan sistem sosial. Sikap seseorang juga dipengaruhi (dan juga berubah) oleh pengalaman. Sikap mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia samada untuk menerima atau menolak sesuatu. tidak sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Nilai.

kerana organisasi itu sendiri ditakrifkan sebagai penyatuan sistem-sistem kecil dari sistem sosial yang lebih komprehensif. keuntungan kewangan menjadi tujuan utama dan sebagai satu simbol kejayaan. Dalam erti yang statik. Struktur organisasi itu ialah tentang bagaimana segala tanggungjawab itu ditentukan dan diperbahagikannya. maka pemusatan perhatian yang diberi kepada sistem nilai itu mestilah tuju arahnya diterima secara rasmi oleh kesemuanya supaya perjalanan tugasnya tidak terganggu.7 Satu titik rujukan utama dalam menganalisiskan struktur sistem sosial ialah terhadap corak-corak nilainya. Oleh itu. Keduanya. ianya menjadi sebahagian dari struktur tujuan organisasinya. ia memandu segala aktiviti-aktiviti individu yang mengambil bahagian. ia tidak boleh dijadikan tuju arah organisasi yang khusus dan khas. lazimnya tentang penggubalan dasar dan pengambilan keputusan. kepada firma perniagaan. Ia menghuraikan orientasi asas sesuatu sitem itu iaitu sesuatu organisasi kepada keadaan yang ia bergerak dan bertindak. Di samping itu juga. Pendekatan yang lebih biasa dilakukan kepada struktur organisasi ialah melalui kakitangan dan peranan yang mereka lakukan untuk pergerakan organisasi berkenaan. berbeza dari lain-lain urusan tindakan di dalamnya. Oleh itu. Organisasi telah ditetapkan oleh keutamaan jenis tuju arah. Oleh itu. . bentuk yang paling mustahak dalam nilai-nilai yang am terhadap sistem nilai organisasi ialah peranan dalam sistem itu. organisasi itu dikaitkan dengan struktur atau corak tanggungjawab-tanggungjawab. Namun begitu. kita sering berfikir dan mengaitkan organisasi itu sebagai sesuatu ‘pengurusan’ atau ‘pentadbiran’ iaitu sekumpulan manusia yang menjalankan tanggungjawab tertentu bagi pihak hal-hal organisasi. penerimaan ramai serta pemusatan pada tuju arah ini melebihi atau menandingi segala kecenderungan dan nilai ahli-ahli dalam organisasi. nilai sistem semestinya juga ialah sistem nilai kecil dari yang lebih besar. Contohnya. Oleh itu. sistem nilai sesuatu organisasi membayangkan penerimaan asas sistem lebih besar terhadap nilai-nilai yang lebih am. Dalam keadaan ini.

Struktur organisasi perusahaan ialah sebagai satu rangka kerja untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan. Organisasi ialah satu aspek perancangan unsur pengurusan dan ia menitikberatkan tentang penentuan dan spesifikasi segala tanggungjawab tertentu mengenai pergerakan dan pekerjaan serta tugas. Carta organisasi ialah carta atau rajah yang menunjukkan susunan program. untuk tindak selaras aktiviti-aktiviti atau pergerakan dan untuk dorongan ahli-ahlinya. aktiviti kecil dan juga gred serta bilangan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. ii.8 Struktur sesebuah organisasi biasanya diterjemahkan serta digambarkan melalui carta organisasi. aktiviti.4 Prinsip-Prinsip Struktur Organisasi Prinsip-prinsip struktur organisasi perlulah menitikberatkan kepada perkara yang sangat penting iaitu pencapaian tanggungjawab pengurusan yang berkesan dengan pembahagian atau pengagihan tugas-tugas tertentu yang jelas dalam pada menjaga tindakan gabungan bersatupadu. 1. organisasi seperti berikut: Beberapa cadangan tentang prinsip-prinsip struktur i. skop dan bidang kawalan (span of control) antara satu peringkat kakitangan dan peringkat yang lain dalam sesebuah organisasi serta bidang tugas masingmasing. Reka bentuk struktur ini . demi memberi kuasa tanggungjawab berkenaan. di samping segala hubungan-hubungan yang timbul berkaitan dengannya. Carta organisasi juga dapat menunjukkan garis tanggungjawab (line of responsibility).

2. pembahagian perlu dilakukanke dalam kelompok asas yang tertentu yang ditentukan oleh pengkhususan fungsi atau pengendaliannya.0 Peranan Organisasi 2. aktivitinya atau faktor-faktornya yang secara langsung melemahkan keberkesanannya terhadap pengurusan disebabkan terlampau banyak ahli-ahli. iv. mestilah ditakrifkan setepat-tepatnya secara bertulis. yang berguna dan mempunyai kesan. Tanggungjawab-tanggungjawab atau aktiviti-aktiviti kesemua ahli-ahli perusahaan seperti eksekutif dan penyeliaan atau kesemua bahagianbahagian dan anak-anak syarikatnya. Kemudahan yang sesuai juga hendaklah dibuat untuk membolehkan tindakan selaras yang berkesan dijalankan terus menerus. Apabila perusahaan itu semakin besar. Perubahan matlamat akan terjadi dalam perubahan taktik mahupun perubahan strategi untuk mencapainya bergantung kepada . maka aturan-aturan tertentu yang berkaitan dengan pembahagian tanggungjawab mestilah dibuat.1 Menetapkan Matlamat Sesebuah organisasi perlu memilih matlamat yang jelas sebelum ianya berfungsi. Apabila bentuk perusahaan itu memerlukan bahagian untuk dipecah-pecahkan tanggungjawabnya seperti eksekutif dan penyeliaan. Matlamat itu juga perlu ditetapkan dalam jangka waktu tertentu sehingga hasilnya dapat dinilai setelah beberapa tahun berfungsi. iii. v. kepada mereka yang di peringkat bawahan atau ahli-ahli pakar.9 mestilah diarahkan kepada mempertingkatkan mutu kerja yang lebih berkesan di semua peringkat di dalam bidang pengurusan ini.

3 Tempat Untuk Mematangkan Calon Pemimpin (Leader Selection) Organisasi yang berfungsi dengan baik adalah tempat orang yang dapat menunjukkan bakat memimpin dan diberi kesempatan untuk mengembangkan dirinya sehingga menjadi pemimpin masa depan. tetapi juga berkaitan dengan ruang gerak untuk mencapai matlamat. setiap organisasi yang baik dapat mencipta suasana untuk membentuk pemimpin masa depan untuk organisasinya. seperti dengan memberi kesempatan untuk melakukan hal-hal kecil di peringkat yang lebih rendah. kriteria individu bagi menduduki jabatan yang akan memimpin gerak langkah organisasi ditetapkan. 2. 2. Dengan kata lain.2 Membentuk Organisasi Berdasarkan Matlamat Organisasi harus dibentuk sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai dalam jangka waktu tertentu.10 keadaan yang akan berlaku secara mendadak di luar hasil jangkaan. Berbagai cara untuk memilih calon pemimpin dapat dilakukan. Secara garis besar ada 4 jenis pemimpin yang berdasarkan pada: . 2.4 Menetapkan Kriteria Individu Untuk Menduduki Jabatan Tertentu Dalam Organisasi Setelah memiliki konsep yang jelas mengenai matlamat organisasi. kemudian diberi kesempatan untuk ke peringkat yang lebih luas dan lebih kompleks. Bahkan perubahan matlamat secara menyeluruh masih dapat berlaku. Bentuk ini tidak hanya disesuaikan dengan dengan perundangan yang berlaku.

ciri-ciri pemimpin yang paling ideal ialah pemimpin kharisma dan profesionalisme. Karisma Formaliti Tradisi Profesionalisme Ciri-ciri pemimpin berdasarkan karisma ialah berwibawa. Manakala pemimpin yang berdasarkan tradisi biasanya wujud dari proses kebudayaan. Setiap organisasi pelu mewujudkan suasana keterbukaan atau ‘berani mengeluarkan pendapat’ dalam apa jua perkara sekalipun. disegani. Pada prinsipnya. Pemimpin yang berdasarkan formaliti ialah pemimpin yang ditaati kerana jabatannya. Ia juga boleh didapati dalam bentuk soal selidik. iii. . jujur terhadap dirinya sendiri dan jujur kepada seluruh anggota organisasinya dan ditaati kerana profesion yang diperolehnya dari dunia pendidikan formal mahupun dari pengalaman hidupnya. Ini tidak bererti bahawa seseorang atau mana-mana individu tidak boleh menjalankan tugas mereka sekiranya tidak mendapat pendapat daripada pihak bawahan. 2.11 i. Perkara ini sangat bermanfaat kerana pendapat daripada anggota bawahan mungkin dapat digunakan bagi mencapai tujuan yang lebih efektif. suasana keterbukaan harus ada dimana setiap anggota bawahan dapat menyampaikan wawasan dan gagasan tersendiri. iv. Sesuai perkembangan zaman. pemimpin yang berkarisma ialah pemimpin yang boleh menyenangkan banyak orang dan mempunyai prinsip yang jelas.5 Tempat Menyampaikan Wawasan dan Gagasan Dalam organisasi yang baik. ii. pandai bergaul dan lain-lain. mudah dipercayai.

konflik industri.12 3. Masalah apati yang sering berlaku dalam organisasi berkait rapat dengan persekitaran organisasi. kurang beremosi. Sesuatu konflik yang berlaku dalam organisasi akan memberikan kesan lebih-lebih lagi sekiranya berlakunya masalah komunikasi dalam membuat keputusan. Manusia pula mempunyai kerencaman tingkah laku yang jika tidak diambil berat akan menimbulkan pelbagai masalah-masalah dalam organisasi. Keadaan mereka ini jelas lebih ketara pada persekitaran yang memerlukan penglibatan mereka secara fizikal dan mental.0 Masalah-masalah dalam Organisasi Dalam mana-mana organisasi. kita pasti tidak dapat lari daripada menyentuh tentang manusia itu sendiri iaitu yang menjadi nadi penggerak organisasi. Menurut Fundamentals of Behaviour Pathology dalam Tingkah Laku Organisasi dalam Pengurusan Moden. Mereka ini akan menunjukkan sikap putus asa pada peringkat awal kerana . Apati berlaku apabila seseorang individu itu menyedari dirinya terasing atau terkeluar daripada sistem organisasi. Masalah-masalah yang akan dibincangkan ialah apati. ketidakhadiran.1 Apati Apati ialah keadaan sifat individu yang merasa tidak berminat. 1986). Individu yang bersikap apati mudah penat walaupun cuma untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. kemalangan dan beberapa masalah sampingan. punca berlakunya sikap apati ialah seseorang individu itu mempunyai ciri personaliti yang lemah. 3. Keadaan yang berlaku ini akan menimbulkan perasaan terasing dan akhirnya membawa kepada apati. tidak mempedulikan apa yang berlaku dalam organisasi atau secara umumnya ‘mati rasa’ (Ahmad Atory.

Unit-unit dalam organisasi akan bersikap apati sekiranya penyelarasan serta komunikasi yang tidak lancar dan objektif organisasi yang tidak jelas. Terdapat sebahagian golongan dalam organisasi yang mahukan kejayaan melalui keputusan segera. apati wujud di antara sikap lain seperti agresif. Keadaan ini wujud disebabkan oleh sikap pengurus besar itu sendiri yang merasakan bahawa mereka serba tahu dan berpengetahuan luas tanpa bekerjasama. Individu ini akan berpendapat bahawa kehadiran mereka tidak dihargai dan dipentingkan dalam organisasi. berterus-terang dan tidak menyelesaikan sesuatu masalah secara dua pihak. Sikap apati juga wujud sekiranya pengurus besar dalam organisasi tidak memberikan kepercayaan dan penghargaan yang secukupnya terhadap stafnya. Manakala menurut Reading in Industrial Organizational Psychology dalam Tingkah Laku Organisasi dalam Pengurusan Moden. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kadar pertumbuhan yang terlalu deras dalam organisasi.13 kepenatan dan tidak berdaya untuk meneruskan pekerjaan sepertimana yang diharapkan oleh organisasi. mereka akan meletakkan kegagalan tersebut kepada orang lain bagi mengelakkan kelemahan yang ketara dalam diri mereka. kesamaran dalam peranan masing-masing dan pengurusan organisasi yang kurang cekap. Selain itu. Ini membuatkan seseorang individu yang bersikap apati gagal untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan memuaskan. apati berpunca daripada pengaliran organisasi yang lemah. . penyeliaan yang lemah terhadap tugas yang diberi. Sekiranya maklumat-maklumat yang diperlukan gagal menepati kehendak golongan atasan dalam organisasi.

Ketidakhadiran berlaku apabila seseorang individu itu gagal untuk melaporkan diri pada hari kerja. jam bekerja. faktor demografi (umur.2 Ketidakhadiran Mengikut Herzberg. sikap pemikiran. jantina). Antaranya akibat penyakit biasa. Hukuman perlu dikenakan bagi mereka yang melanggar mana-mana disiplin mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan. Selain itu. Staf juga perlu didisiplinkan. pihak majikan perlu memilih staf yang mempunyai rekod kesihatan yang baik bagi mengelakkan staf sering tidak hadir kerja disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius. kepuasan kerja dalam organisasi. musibah kerja. Pemberian bonus atau ganjaran kepada staf yang mempunyai rekod bekerja yang cemerlang juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan masalah ketidakhadiran. majikan perlu menggunakan jam masa bekerja yang sesuai kepada stafnya. . cuaca dan jarak tempat kerja dengan tempat tinggal yang jauh. Mousner. Peterson dan Capwell (1957) dalam Tingkah Laku Organisasi dalam Pengurusan Moden. saiz organisasi. Terdapat beberapa punca berlakunya ketidakhadiran. membuang masa dari menghadiri kerja. tidak datang kerja secara rasmi dan berhenti kerja.14 3. ketidakhadiran merupakan tingkah laku tarik diri. Ketidakhadiran seseorang individu itu akan menjejaskan pengeluaran sesebuah organisasi. Bagi mengurangkan masalah ketidakhadiran ini.

dua jabatan yang berlainan telah meninggikan keuntungan kepada organisasi tersebut.3 Konflik Industri/Institusi Konflik industri ialah penyalahgunaan dan berlakunya ketidaksefahaman terhadap konflik itu sendiri. Saling bergantungan tugas di antara jabatan atau unit menjadi perkara utama kepada konflik. Saling bergantungan tugas ini tidak hanya melahirkan suatu kerjasama yang baik di kalangan staf dari jabatan lain atau bahagian dalam sesebuah organisasi. malah boleh juga mewujudkan konflik ke atas isu-isu tertentu. Umpamanya. . Persaingan bagi mendapatkan sumber di antara unit atau jabatan juga menjadi punca kepada konflik. Apa yang menjadi isu ialah kepada jabatan manakah penghargaan akan diberikan. Konflik merupakan ketidakharmonian yang wujud dalam sesebuah organisasi dan mungkin juga perasaan dendam di antara satu individu dengan individu yang lain mahupun satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Perkara ini akan mencetuskan isu di antara jabatan atau unit berkenaan. konflik akan berlaku sekiranya tindakan yang kurang bijak diambil yang mana jabatan masing-masing ingin mendapatkan peruntukan yang lebih daripada jabatan lain.15 3. Konflik industri tidak hanya meliputi satu individu dalam organisasi yang sama malah ia mungkin berlaku di antara mana-mana jabatan. Bagi mendapatkan sumber-sumber atau punca-punca yang berkurangan seperti peruntukan kewangan dan lain-lain. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi. Saling bergantungan tugas ini bermaksud saling bergantungan tugas bagi membantu di antara jabatan yang lain untuk mendapatkan maklumat atau tindakantindakan lain bagi memajukan prestasi tugas bersama dalam mencapai matlamat.

Konflik boleh wujud apabila berlakunya ketidakseimbangan di antara status yang dimiliki oleh individu itu dengan aliran kerja yang dibuat. pendidikan. kurangnya pengetahuan menyebabkan berlakunya tuntutan yang tidak munasabah dibuat oleh bahagian-bahagian itu. Konflik menghasilkan idea-idea yang bermutu. iii. sekatan komunikasi juga menjadi punca kepada berlakunya konflik industri. Di antara kesan positif konflik yang membawa faedah ialah: i. Konflik merupakan pengujian dan penilaian kepada seseorang. Contohnya. Masalah status boleh menyebabkan konflik kepada seseorang individu itu. 3. Ini sedikit sebanyak mewujudkan rasa tidak puas hati dan akhirnya wujud konflik.16 Selain itu. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan kerjasama yang diberikan kepada jabatan lain. kenaikan pangkat yang diberikan kepada seseorang staf tidak memadai dengan sumbangan yang diberikannya. Sesetengah staf di bahagian-bahagian yang berlainan tidak arif tentang kerjakerja di jabatan lain. Sifat-sifat individu seperti terlalu mementingkan perbezaan latar belakang. Konflik merupakan satu amaran bagi pihak pengurusan untuk membuat perubahan kepada sistem yang ada bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Konflik yang berlaku dalam sesebuah organisasi perlu dihindari oleh mana-mana organisasi. Konflik mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah kumpulan.4 Kemalangan . ii. corak sosial dan status juga menyebabkan konflik kerana faktor ini juga mengurangkan kerjasama di antara unit-unit yang terdapat dalam sesebuah organisasi itu. Di samping itu. iv.

Beberapa perancangan boleh digunakan seperti memasang kawalan keselamatan ke atas mesin. adalah lebih mudah untuk . Menurut kajian tokoh-tokoh awal dahulu. beberapa langkah boleh diambil bagi mengurangkannya. Arbous dan Kerrich (1951) dalam Tingkah Laku Organisasi dalam Pengurusan Moden. Tumpuan harus diberikan ke atas kawasan situasi tersebut bagi ‘pengulang kemalangan’. perubahan Konsep ‘kecondongan kemalangan’ ini adalah mengenai terjadinya jenis kerja atau keadaan pekerjaan. usaha untuk mengurangkan kemalangan seharusnya ditumpukan ke atas pekerja dan bukannya situasi kerja. ‘pengulang kemalangan’ berkecenderungan ke arah ketidakhadiran yang tidak disahkan adalah kuat iaitu berbanding dengan pekerja yang kurang ditimpa kemalangan. Setelah faktor ini dikenali.17 Masalah seterusnya ialah masalah kemalangan. mendefinisikan kemalangan sebagai satu peristiwa yang tidak dirancang dalam satu rangkaian peristiwa yang terancang dan terkawal. ‘Pengulang kemalangan’ merupakan pekerja yang tidak mahu menerima norma kumpulan yang wujud dan kemalangan boleh dianggap sebagai satu kelakuan yang menarik diri dari situasi kerja. merekabentuk semula mesin yang kerap mengakibatkan kemalangan atau menukarkan cara pekerjaan. Langkah pertama dalam proses ini ialah mengenalpasti faktor yang berhubung dengan ‘kecondongan kemalangan’. Seseorang pekerja pengekalan satu kadar kemalangan berbanding dengan pekerja lain tanpa mengambil kira dalam berkecenderungan mengekalkan satu kadar kemalangan dari satu masa ke masa yang lain. Walaupun kemalangan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Dalam keadaan yang ‘kecondongan kemalangan’ itu adalah faktor utama. Sesetengah dari variasi dalam kadar kemalangan disebabkan oleh ketidakpuasan dalam pekerjaan mereka ataupun oleh tekanan kerja dan peribadi individu itu sendiri.

Kempen kemalangan sebagai satu cara untuk mengurangkan kemalangan adalah digalakkan. Penggunaan alat perlindungan yang bersesuaian dengan kerja yang dilakukan juga perlu untuk keselamatan peribadi seperti tali pinggang keselamatan. Program latihan keselamatan adalah perlu bagi pekerja baru terutamanya latihan keselamatan sebelum memulakan sesuatu perkerjaan. Program latihan adalah penting bagi pekerja yang lama kerana dalam program ini prinsip pembelajaran dapat diamalkan. pakaian khas. pekerja akan dapat membentuk sikap yang diperlukan terhadap pengalaman keselamatan. Ini disertai dengan pengamalan dan cara yang dapat meminimumkan kemalangan. .18 membentuk satu rancangan ke arah pengurangan ulangan kemalangan yang berdasarkan kepada aspek tertentu. topi keledar dan sebagainya. supaya mereka dapat membiasakan diri dengan sebarang kemungkinan bahaya yang akan wujud. Dengan latihan ini juga.

pelanggan dan masyarakat umum. bagaimana untuk memilih dan melatih mereka dan bagaimana untuk meletakkannya kepada satu tugas yang berkesan bagi mereka. masyarakat perlulah dapat memenuhi beberapa tanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dan organisasi- . Hubungan organisasi dengan persekitaran yang mana organisasi wujud di tengah-tengah persekitaran yang mengandungi kebudayaan dan struktur masyarakat. pihak organisasi perlu memperbaiki perhubungan di antara subunit supaya dapat mencapai matlamat organisasi.1 Masalah Pengambilan Organisasi tidak akan berfungsi dengan lancar jika manusia tidak diambil untuk memenuhi tugas-tugas tertentu.2 Masalah Integrasi Masalah integrasi wujud dalam organisasi kerana terdapatnya tekanan-tekanan psikologi yang mewujudkan pola-pola tidak formal yang akan dapat mengubah keadaan formal. Bagi mewujudkan integrasi di antara subunit. Masalah untuk hidup. Masalah-masalah yang utama ialah bagaimana untuk menrekrut pekerja. berkembang dan membentuk keupayaan bagi mengambil dan menyesuaikan dengan perubahan persekitaran.0 Masalah Sampingan dalam Organisasi 4. 4. pekerja. pelbagai organisasi luar dan kumpulan-kumpulan manusia seperti pengurus. Untuk hidup.19 4. 4.3 Masalah Antara Organisasi dan Persekitarannya Organisasi wujud dalam persekitaran yang mengandungi struktur kebudayaan dan sosial masyarakat tertentu.

4 Masalah Pertumbuhan Organisasi Setiap organisasi akan menghadapi pertumbuhan dan dalam menghadapinya. penggunaan sumber sepenuhnya motivasi dan integrasi individu-individu dalam organisasi itu. Perubahan sosial dan politik memerlukan perkhidmatan baru. Dalam organisasi itu sendiri wujud perkembangan pengeluaran baru untuk menaikkan goodwill syarikat berkenaan. . Keupayaan mana-mana organisasi dapat terus hidup bergantung kepada usaha untuk menjalankan tugas utamanya iaitu pengambilan staf baru. Idea-idea baru datang dari fikiran individu dalam organisasi itu. Tekanan persekitaran bukan sahaja memerlukan idea-idea yang kreatif tetapi juga memerlukan pengurus-pengurus yang dapat menyesuaikan kepada perubahan dan kebolehubahan untuk menerima perubahan-perubahan. masalah baru pasti wujud. 4. Perubahan-perubahan dalam teknologi yang mewujudkan masalah lama yang kerap.20 organisasi lain. Masalah di atas adalah masalah yang besar yang mana dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan dan keberkesana. Masalah yang dihadapi ialah bagaimana hendak mewujudkan satu keadaan persekitaran dan satu set polisi pengurusan yang dapat memenuhi tanggungjawab dan juga merangsangkan pemikiran dan daya kreativiti. Masalah pertumbuhan berkait rapat dengan masalah untuk menyesuaikan dan menguruskan perubahan-perubahan yang berlaku dengan persekitaran yang sangat dinamik. akan wujud pula keadaan yang mana daya cipta dan daya pembaharuan tidak berlaku. Dengan wujudnya perubahan-perubahan yang cepat ini menyebabkan keadaan yang sudah ada dalam organisasi turut berubah dan memerlukan pengurus-pengurus yang berpendidikan tinggi dan terlatih. Setiap individu dalam organisasi perlulah mempunyai daya cipta dan daya pembaharuan yang tersendiri.

Halangan-halangan kepada komunikasi ialah perkataan yang sama terutamanya apabila ia adalah abstrak dan makna yang berbeza bila dihuraikan oleh orang yang berlainan. jika seseorang penyelia yang tidak suka kepada seseorang pekerja. Contohnya. Selalunya terdapat banyak redtape terutamanya di dalam organisasi yang besar di mana mungkin mesej yang disampaikan telah diubah atau kekurangan butir-butir sebenar. Namun jika terlalu banyak konflik akan menimbulkan ketegangan yang tidak sihat. Untuk mengelakkan konflik ini. Selain itu.6 Masalah Konflik Konflik itu ada baiknya kerana ia membolehkan pekerja berdikari. 4. memilih orang yang sesuai untuk memenuhi jawatanjawatan tertentu dan mengadakan satu set peraturan dan tatacara untuk mengatasi sebarang konflik. Penyekatan pilihan bermaksud hanya mendengar perkataan-perkataan yang penting sahaja. . ada sesetengah yang mencadangkan supaya organisasi itu mengkhususkan deskripsi kerja.21 4. penyekatan pilihan juga merupakan kepada halangan kepada komunikasi. ia hanya akan ingat kepada perkara yang tidak baik tentang pekerja itu dan sebaliknya. Komunikasi adalah berkesan jika konsep yang ingin disampaikan oleh penghantar komunikasi itu dapat diterima oleh penerima komunikasi.5 Masalah Komunikasi Komunikasi yang lancar adalah penting untuk mengelakkan salah faham.

4.3 Ketakkongruen Status . pertandingan ke atas cara penggunaan. Keadaan menang kalah ini wujud apabila tiap-tiap individu itu mementingkan prestasi mereka lebih daripada kejayaan organisasi secara menyeluruh. 4.22 Terdapat empat sumber utama konflik ialah keadaan menang kalah. seorang juruteknik mempercayai bahawa barang-barang di bahagian pengilangan adalah baik dan cuba menghantar ke bahagian-bahagian yang rosak dan pekerja-pekerja pengilangan berpendapat bahawa juruteknik ini akan sengaja menolak bahagian-bahagian yang baik itu untuk membuktikan bahawa mereka bekerja. ketakkongruen status dan perbezaan tanggapan. Contohnya.6.2 Pertandingan Ke Atas Cara Penggunaan Pertandingan ke atas cara penggunaan adalah konflik yang wujud dari pendapat yang berbeza tentang bagaimana matlamat organisasi dapat dicapai.6. Konflik ini menjadi jelas apabila setiap bahagian bersaing untuk mendapat bahagian belanjawan yang lebih banyak atau lain-lain sumber yang terhad. 4.6.1 Keadaan Menang Kalah Keadaan ini merupakan satu keadaan menang kalah iaitu di mana terdapat dua kumpulan yang mempunyai matlamat yang tidak boleh dicapai serentak.

23 Ketakkongruen status berlaku apabila ramai yang menyedari betapa pentingnya status dan mereka ingin tahu kedudukan mereka berbanding dengan orang lain. Konflik akan timbul apabila mereka tidak dapat mencapai satu persetujuan untuk mencapai objektif. Terdapat juga keadaan di mana mereka yang mempunyai status yang lebih tinggi akan merasa lebih susah untuk mengikut arahan daripada mereka yang berstatus rendah. 5. Seluruh bahagian organisasi akan mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap menyempurnakan objektif organisasi itu kerana masing-masing mempunyai latar belakang dan kepercayaan yang berbeza. 4. Dengan itu setiap bahagian perlu mengamalkan sikap tolak ansur terhadap ketidaksetujuan itu.0 Kesimpulan .4 Perbezaan Tanggapan Tanggapan yang berlainan terhadap sesuatu perkara adalah berbeza dalam kalangan individu.6.

Matlamat perlu ditetapkan dalam jangka waktu tertentu bagi mengeluarkan hasil yang cemerlang. Namun begitu. setiap organisasi perlu berfungsi untuk mencapai matlamat. Sikap keterbukaan harus dilaksanakan dalam sesebuah organisasi yang baik yang mana setiap anggota bawahan dapat mengemukakan pendapat mereka dalam mempertingkatkan lagi mutu organisasi tersebut. “Perubahan dan Kepimpinan.24 Kesimpulannya.0 RUJUKAN Abdul Aziz Yusof (2000). maka organisasi haruslah dicorakkan mengikut acuan matlamat itu tadi. Setiap masalah yang wujud. Organisasi yang cekap dan baik adalah organisasi yang mampu untuk menangani dengan sewajarnya masalah-masalah yang seringkali berlaku dalam organisasi. jika diberi perhatian dan diselesaikan akan membaiki keadaan organisasi ke tahap yang lebih teguh dan selamat. Setelah matlamat dibentuk. ia tidak dapat lari dari menyentuh kepada pelbagai masalah-masalah dalam organisasi. Masalah-masalah ini perlu ditangani demi kematangan dan kemajuan organisasi dalam keadaan yang penuh cabaran pada masa ini. Organisasi yang baik juga merupakan tempat bagi mematangkan calon pemimpin dalam mengembangkan dirinya sehingga menjadi pemimpin masa depan dan disegani oleh masyarakat. 6. dalam apa-apa keadaan organisasi sekalipun mahu yang baik atau tidak baik.” Sintok: Universiti Utara .

“Tingkah Laku Organisasi dalam Pengurusan Moden. Bhd Wagner. “Organizational Behaviour: Understanding and Managing Life at Work. (1995).” New York: Harper Collins..25 Malaysia. R. Ahmad Atory Hussain (1986).” Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd Omardin Ashaari (2001). “Pengurusan Persatuan .” New Jersey: Prentice Hall. “Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21.” Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Abdul Aziz Yusof (2000). A. “ Peranan. Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah. J. J.” Sintok: Universiti Utara Malaysia. (1996). . “Management of Organisation Behaviour. & Hollenbeck. Omardin Ashaari (1999). Johns G.Suatu Panduan Lengkap.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful