Topik 1 Apa Itu

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi;

Sosiologi?

Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: • • • • • • Auguste Comte; Harriet Martineau; Herbert Spencer; Emile Durkheim; Max Weber; dan Karl Marx.

3. 4. 5.

PENGENALAN
Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia daripada tinggal di kampung? Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh

kita perlu terlebih dahulu memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1. C.2 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak. kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan.1 Imaginasi Sosiologi Apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi? Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya. apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat.leksikon. pasti kita akan dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGI Bagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi. masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas.1. Mengikut Mills. Rajah 1. mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untuk mendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Sebagai contoh. Apakah pendekatan yang digunakan oleh ahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sains sosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik? Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.org Lazimnya. Wright Mills Sumber: www. dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia. sudah tentu terdapat banyak persoalan dalam minda anda. Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kita dengan masyarakat serta peristiwa silam.1). mereka memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat. Penggubalan struktur dan . keluarga dan jiran tetangga. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita. 1. Beliau menamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociological imagination) iaitu keupayaan untuk kita melihat pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan zaman tersebut.1: C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untuk kita memahami sosiologi. 1.

1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakan detik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat di sekeliling kita. Kita juga perlu melihat situasi ekonomi dan politik masyarakat pada masa itu. Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia pada masa itu. Kesimpulannya.2 Sosiologi dalam Sains Sosial Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidangbidang sains sosial yang lain seperti ekonomi. Di sinilah imaginasi sosiologi akan memberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika pada ketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja serta masyarakat keseluruhannya. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Sejarah .TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3 pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset.1): Jadual 1. Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang Lain Ekonomi Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini. psikologi. sains politik. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia. SEMAK KENDIRI 1.1. Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan oleh perwatakan peribadi individu sahaja. antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1. imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling kita. 1. sejarah.

adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah.2 Terangkan sosiologi: • • • • • • Ekonomi Sejarah Sains Politik Psikologi Antropologi Kerja Sosial bagaimana bidang-bidang berikut berkaitan dengan . Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. perasaan. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Akhir-akhir ini. seperti psikologi. pembelajaran. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks. Antropologi. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi. iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan.4 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Sains Politik Sains politik mengkaji kuasa. motivasi. personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan. ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf. Psikologi Antropologi Kerja Sosial SEMAK KENDIRI 1. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat.

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 5 1. Tetapi. bidang sosiologi memang ada asas logik. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika. . bukan kesemua dapatan sosiologi itu memeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia. Sekiranya tahap kemiskinan meningkat. bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata. Namun demikian. Pada ketika ini. ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi. Ada juga yang benar. • Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangan dengan asas logik anda. contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggi berbanding dengan orang kaya. Tetapi kajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidak benar: • • • Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional. Perkahwinan masih popular di Amerika. rata-rata terdapat banyak idea yang logik tetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan. Cuba kita teliti pernyataan-pernyataan berikut: • • • • Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak. Pada pandangan umum.3 Sosiologi dan Asas Logik Betulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)? Pada sesetengah ahli sosiologi.1. Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata.

konsisten dan baru. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikal sosiologi. sekeliling kita. ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan: (i) Ia tidak objektif. mereka menggunakan kaedah saintifik. lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untuk terus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Mereka ini termasuklah: • • • • • • Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx . Ini merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif. Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif.6 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Pada keseluruhannya. iaitu berdasarkan perasaan. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti. Ia menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. (ii) Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti. Untuk mencapai hasrat ini.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI Dalam memerihalkan asal-usul sosiologi. kepercayaan atau pengalaman seseorang itu.3 Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik? 1. sudah tentu kita harus mengkaji sumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teori sosiologi. Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara. tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif. SEMAK KENDIRI 1. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

2) kepada bidang sosiologi? Auguste Comte (1798 1857) merupakan seorang ahli pemikir sosial berketurunan Perancis yang memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology pada tahun 1838.jpg Beliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial dan statik sosial (sila lihat Jadual 1. Harriet Martineau dan Emile Durkheim. namun Comte merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer.1 Auguste Comte Apakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.2: Auguste Comte Sumber: http://upload.2. Menurut beliau. kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 7 1.org/ wikipedia/commons/f/f4/Au guste_Comte2. pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah. Statik sosial Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini. sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik. Rajah 1. .2): Jadual 1.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial Dinamik sosial Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial. Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan.wikimedia.

Sumbangan beliau yang signifikan hanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.2. Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya. Rajah 1. How to Observe Manners and Morals (1838).3: Harriet Martineau Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. . Beliau banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukan kaum wanita. Beliau menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasa Inggeris. Beliau menekankan bahawa kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh. Di antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah kajian sosial yang bertajuk.8 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1.2 Harriet Martineau Siapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1. Beliau juga menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka. namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yang menguasai bidang tersebut pada masa itu.3)? Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuah keluarga Inggeris yang mewah. Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang di Amerika dan di England.

Beliau memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati.4 Emile Durkheim (sila lihat Rajah 1. Menurut beliau. Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. dia perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya. 1.4: Herbert Spencer Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Maka beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya.4) kepada dunia sosiologi? Herbert Spencer (1820 1903).2. sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna. Rajah 1. Perkara ini wujud dalam konteks . pendidikan. Pada hari ini. agama. Sekiranya prinsip ini dibenarkan wujud dengan bebas. Menurut beliau.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 9 1. masyarakat yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori fungsional-struktur. kerajaan dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada pelbagai organ. Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat. masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga.2. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.3 Herbert Spencer Sejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1. seorang ahli sosiologi Inggeris. manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.5) kepada bidang Apakah sumbangan Emile Durkheim sosiologi? Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu. bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial.

Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian. Durkheim cuba menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif. Rajah 1. prinsip moraliti. agama. . Seseorang individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. taburan populasi dan sebagainya). ini akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam masyarakat (misalnya corak rumah. Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial. undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan. nilai moral. manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Menurut beliau. Seterusnya. pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini. Durkheim juga menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu.10 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Maka fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan. tahap jenayah. Dalam sesetengah keadaan.5: Emile Durkheim Seterusnya.

kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi. prosedur. Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar. Weber percaya adalah penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka. . kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara organisasi-organisasi tersebut berfungsi.5 Max Weber Apakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1. Misalnya. maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka. nilai. stratifikasi sosial. Lazimnya. perundangan. organisasi. agama. kepercayaan dan sikap. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik. Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik.2. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰ atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya. Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep „kesempurnaan‰ (ideal type).6: Max Weber Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat.6) dengan bidang sosiologi? Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain daripada Karl Marx. Dengan itu. muzik. dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 11 1. Rajah 1. jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat. bandar dan perbandingan budaya. Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. kapitalisme.

sejarah. Beliau menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun. Pada setiap zaman dalam sejarah. Marx ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat kepada masyarakat. misalnya.7: Karl Marx Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu. .6 Karl Marx Karl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah. ekonomi dan politik. Menurut beliau. Beliau melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliau menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. industri). Rajah 1. Beliau berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat. konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. mengumpul hasil pertanian. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat. Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.2. aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkan sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai dan juga kumpulan yang akan dikuasai.12 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas dalam masyarakat.

TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 13 SEMAK KENDIRI 1.4 Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka: • • • • • • Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx 1. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi. . kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. kita akan mendapat manfaat-manfaat berikut: (a) Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Sejauh manakah ia benar atau tidak. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan. dan Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat. semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan. Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia bertanya: • • • (b) Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak. apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita? Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20 Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajari sosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam mengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas? Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains dan teknologi. Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal.

kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya. (d) Seperti yang dibincangkan. Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰. Jelaskan bagaimana kehidupan seharian. manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain. Kepada sesetengah pihak.14 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? (c) Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat. sejarah. sosiologi boleh membantu kita dalam 2. kita diperkasakan dengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita sebagai manusia. Dengan mendalami ilmu sosiologi. memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secara objektif dan kritikal. sosiologi masih relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya? AKTIVITI 1. Pada abad ke-20 yang mencabar ini. Setakat ini. adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya. Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda? • • Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi. antropologi dan kerja sosial. Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada . psikologi. kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri.1 1. sains politik.

& Lamm. sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. R. http://plasma. New York: McGraw-Hill. New York: McGraw-Hill. Sociology. A. • Antropologi Asas logik (common sense) Auguste Comte Ekonomi Emile Durkheim Harriet Martineau Herbert Spencer Imaginasi sosiologi Karl Marx Kerja sosial Kesempurnaan (ideal type) Max Weber Psikologi Sains politik Sejarah Sosiologi aplikasi Gelles. (1995).nationalgeographic. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi. Herbert Spencer.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 15 perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif.nationaatlas. (1992).. P.gov . Emile Durkheim.. R. Pada hari ini. Harriet Martineau. T. G. Sociology: An introduction. Max Weber dan Karl Marx.com/mapmachine http://www. • Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte. Schaefer. & Levine. J.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful