Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untukdijadikan satu rumpun yang kuat

dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang bolehdianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang

Bahan Daun mengkuang

Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman pandan Daun pandan duri Anyaman Buluh Anyaman Rotan Anyaman Lidi Anyaman riburibu

Jenis-jenis buluh Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain yang sesuai Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan diproses lain-lain Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor. Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas ribu. seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: 1.Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas 2.Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau 3.Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek 4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah 5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

ALATAN ANYAMAN TIKAR Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa proses penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang diperlukan ialah: 1. Parang · Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.

2.

Pisau · Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman. Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun. Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun

·

·

Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu. ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. 3. Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan . Jangka · Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun. · 4. Tangkai jangka diperbuat dari buluh atau kayu.pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas. Pelurut · · · Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya.

Tempayan · Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang 7. Besen/baldi · Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.5. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN TIKAR PROSES PENYEDIAAN DAUN 1. Pemilihan dan pemotongan daun . Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai 6. Penyisip · · · Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di bahagian hujungnya Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman.

· · · · Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda. Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun dari cepat layu. . Menjangka daun · · Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/ mencarikkan daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. sekurang-kurangnya berusia kurang dua tahun. Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis. Penggunaan alat ‘jangka’ diperlukan bagi proses ini. 3. Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. 2. dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka. antara tiga hingga lima helai. Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama. Melayur daun · Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan. Selepas itu duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang. Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahanlahan.

Kemudian daun tersebut dilurut menggunakan ‘pelurut’. Melurut · · Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. · . Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur. Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung.4. Merendam · Selepas dilurut. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau). 5. bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam.

Tampuk pinang 2. Warna-warna dihasilkan bergantung kpd jenis pewarna serta teknik pencelupan yg digunakan. 2. 4. Pucuk rebung 6. Parang -digunakan untuk memotong atau menetak daun daripada pokok. Pelurut -Dibuat daripada buluh dan ukurannya antara 17 cm panjang dan 4 hingga 5 cm lebar. Warna-warna yg dihasilkan ialah kuning. Berakar Anyaman. Merendam Kelarai Motif tumbuh-tumbuhan 1. Pucuk didalam 7. Digunakan untuk melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan daun. Bahan berwarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Tempayan -untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang 5.Alat menganyam 1. Dapur/bahan baker/api 9. Proses pewarnaan tradisi Tertumpu pd penggunaan bahan tempatan seperti kunyit. buah kesumba India dan daun mengkudu. 3. Penyisip 6. Jangka -Dibentuk seperti sisir. . Besen/baldi 7. Ampaian 10. Periuk 8. Ia juga disebut sisir kayu bermata tajam dan digunakan untuk menjangka iaitu membelah helaian daun menjadi jalur-jalur halus. Tampuk manggis 5. Tampuk jantung 4. Pewarnaan cara moden Menggunakan pencelup ‘dyestuff’ (semasa basic) serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Pisau juga digunakan untuk membelah daun daripada empulur (tulang belakang daun) dan bah pinggir daun yang berduri 2. Tampuk pinang berantai 3. merah dan biru kehitaman.Pewarnaan ms 100 1.

5. Lagang -Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupa bentuk anyaman. Warna-warna yang dihasilkan ialah: · Kuning mendidih . Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yg dikehendaki. Lepih .Anyaman melibatkan 3 proses iaitu Anyaman Kelarai. 4.Untuk mendapatkan berbagai wrana dan corak. Ikatan tongkol dibuka dan dijemur hingga kering ditempat yg redup atau jauh daripada matahari bagi mengelakkan warna dari pudar. Selepas dicelup. buah kesumba India dan daun mengkudu. Anyaman . anyaman jenis sulaman digunakan. 3. Kerat . Ketika ini anyaman tikar dlm bentuk empat persegi. Dimulakan drp asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.Peringkat awal air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna.Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan daun bilah atau lebihan helaian daun yang telah direncungkan(ditajamkan) masuk. 2. Tujuannya untuk menghindarkan anyaman dr terburai. Sisip . Boleh juga dianyam berasingan sbg tepid an kemudian dijahit pd barangan yg dikehendaki. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagang yg dibuat. Pewarnaan cara tradisi Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit. Proses dan teknik anyaman 1.Kemudiannya dibancuh dan dikacau. dicelup kedalam bancuhan pewarna tersebut.Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman nampak kemas dan menarik. Tiap2 satu bilah pandan/mengkuang dibuat bentuk V di bahagian tengah ditempat sesuatu anyaman bermula. 1. Bilah-bilah pandan/mengkuang yg telah ditongkolkan.Dikenali juga sebagai anyaman mati pada tepi tikar sbg mengakhiri kerja anyaman. biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup selama 15 hingga 20 minit.kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air . Tongkol2 ini kemudian dibasuh dgn air biasa aatau air sabun. tongkol2 pandan/mengkuang diangkat dan dibiarkan seketika utk sejuk. Anyaman biasa dan Anyaman sulaman.

Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: 1. Warna-warna penting dalam menentukan corak.proses sama dengan warna kuning pinang masak . Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap.ama antara 15 hingga 20 minit. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan. biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup se. Corak dijalin secara selangseli hingga meninggalkan kesan geometri asli. CORAK ANYAMAN TIKAR Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan. air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. dicampur dengan kapur sireh · · Merah Biru kehitaman . Untuk warna yang terang. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.daun mengkudu digunakan 2. Pewarnaan cara moden Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup ‘dyestuff’ (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. .buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. 2. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Peringkat awal.· Kuning Pinang Masak . ukuran dan susunan yang berlainan.

3. Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. hijau dan kuning. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. 5. 4. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih. Corak Serong – corak yang mudah. 6. 2. Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. 11. 3. 4. 8. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. putih. Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. Corak Malaysia – corak selang-seli. hijau dan biru LANGKAH ANYAMAN TIKAR 1. Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Corak Palembang – berasal dari Palembang. dikelilingi dengan warna merah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam. 9. Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 7. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain. 10. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. Hujung bilah (A2) dilipat keliling Bilah daun baru ditambah (C) Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A) .

Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu.5. dan bunga rumput. terdapat kelarai bunga atur. Antaranya ialah anak ikan. bunga tanjung. pusat belanak. jari kedidi. sisik kelah dan tulang ikan. Bilah (B2) dilipat ke bawah 9. pinang). Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2) 6. Dua bilah baru ditambah (E dan F) 10. cengkih dan cengkih beranak. siku keluang. Bagaimanapun. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah Corak anyaman umumnya disebut kelarai. pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang. Bilah (B1) pula dilipat ke atas 7. bunga durian. berembang. seperti siput. kelarai serong. motif tumbuhan menjadi pilihan utama. tapak anjing dan tapak harimau. mata berkait. kelarainya dirujuk sebagai ragi. mata ketitir. Di kalangan masyarakat Melayu. bunga pecah lapan. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E) 11. ada motif anggota haiwan. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Daripada unsur fauna pula. belalang cucuk. bunga kundur. Bilah (A1) dilipat ke bawah 8. bunga telur. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng. kepala gajah. iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. bunga cina. Daripada bentuk bunga. khususnya untuk tikar mengkuang. serangga dan unggas. . manggis.

. kuning dan hijau. Untuk menyerlahkan kelarai.boleh gunakan sebarng gunting Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan. 2. Misalnya. ALATAN MENGANYAM ROTAN 1. 3. kelarai kisar mengiri. Untuk melembutkan rotan tersebut. atau putih dan perang. Dalam membuat kelarai. ANYAMAN BAKUL BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul. perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Pembaris digunakan untuk mengukur Gunting . 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak. merah dan ungu. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.Akhir sekali. kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud). Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. air digunakan dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. seperti kelarai belah ketupat. Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2. terdapat bentuk bebas. Pengurusan Rotan Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras.5cm yang dibelah menjadi halus. 1.

2. Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan. Sebatang rotan latitud dianyam 3. Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya menganyamkannya . rotan longitud di gunting keluar 4.

5. Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama 6. Anyaman mudah LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA BERPALANG 1. 15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan .

Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud 3.2. Anyamkan 4. Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud . Anyamkan satu pusingan dan teruskan 5.

Pada masa yang sama. maka mulalah menganyam tapaknya. Anyaman mudah. sekali bawah 8. . Sekali atas. Selepas selaraskan jarak di antaranya. Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang 7.6. tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan 9.

Kerat Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. PERANAN PEREKABENTUK DAHULU DAN SEKARANG . Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai 5.PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL 1. anyaman biasa dan anyaman sulam. tepi gigi yu. Sisip Proses ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk. Anyaman Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula. tepi susut. Lagang Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. tepi sepit ketam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. 2. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. tepi pulas dan tepi tulang belut 4. Jenisjenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul. anyaman jenis sulaman digunakan. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Lepih Dikenali sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. 3.

Dari segi rekabentuk ciptaan asas. akar. untuk meneruskan kehidupan. Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah penglibatan tukang atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Alatalat untuk menangguk ikan. Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks budaya masyarakat kita. pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan baik alam yang bakal digunakan. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu menggunakan tradisi lisan. meminjam… tumbuhan: daun. sayur-sayuran. Perekabentuk tradisi masih melanjutkan warisan ini. Sekitar 70an. memetik. Sama ada daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang). ranting. seni anyaman selalu dapat diterima sebagai keseniaan sejagat (universal arts). menjaring. nilai budi. dari Marang. Dari sudut tingkat perkembangan budaya. Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan buluh. ia cukup mengerti terhadap tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan dan kegunaan sehari-hari. Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk tradisi. Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi Apa pun yang dilakukan oleh manusia. Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai bahan pelengkap . membetnuk tanah liat. Inilah budaya. dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya. terdapat beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam memperkenalkan atau melangsungkan tradisi kraftangan. Anyaman – Seni Sejagat Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang berterusan bagi menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan dan keperluan. rumput rampai dan sebagainya. memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman. mengukir kayu. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam. rangka wau. ikan. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan hidup dinamik. dari Sayong dan sebagainya. menenun kain. bunga. kuda kepang. pantang larang. seni anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci. tali cemeti dan sebagainya. Dari segi pengekalan dan perkembangan kraftangan. jenis paku pakis. nipa fruticans (nipah). Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi cabaran hidup. orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari Rusila.Pada awalnya. rotan untuk bola sepak dan sepak raga. misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi. Sama ada menganyam daun. ia selalu mendekati unsure dan elemen alam. mengolah. ‘Manusia mereka cipta. malah ilmu. kita dapat mengetahui tokoh yang terlibat secara langsung. Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat nelayan dan petani. mongering seterusnya mencipta warna’.

disamping perkembangan rekabentuk yang artistik. berdagang dan menjalinkan hubungan melalui sistem perkahwinan. Dalam situasi begini wajarlah kita menyebutnya sebagai kelompok manusia Melayu yang mempunyai kaitan budaya timbale balik. Riau atau Minang. bakulbakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas mongering padi. mengolah kembali hingga menimbulkan seni budaya tempatan yang dapat diklasifikasikan sebagai seni yang terus berkembang. seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi keindahan atau estetika seni. anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat kecuali dengan penggunaan berbagai-bagai pencelup. dan Jepun menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan musim dingin. Oleh itu gabungan Melayu Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu yang mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu sehingga ke wilayah yang lebih jauh sekalipun. Patani misalnya menampakkan kesamaan bentuk dengan anyaman di Kelantan atau Terengganu. cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Jawa atau Bugis tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok yang menetap di wilayah asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya). kita melihat betapa bentuk seni anyaman Kelantan hamper menyamai gaya seni anyaman Bali atau Burma. Ini termasuklah untuk adapt istiadat. Disebabkan oleh kelainan gaya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Jawa Batak. Hal ini juga dapat dikaitkan sebagai warisan keturunan yang kemudiannya dilanjutkan oleh generasi seterusnya melalui proses perkembangan bentuk dan gaya. Dengan lebih tepat. pakaian. Begitu juga dari segi teknik. pengertian fungsi lazimnya bersifat umum. Korea. saling memberi. Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya persekitaran alam Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang dicipta dalam peta politik. bentuk anyaman masih mengekalkan makna fungsinya.dalam upacara kelahiran dan kematian. ataupun perikanan. kesenian dan kepercayaan ritual. Kadayan/Kadazan. dan sebagainya). Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni. Manik-manik. China. dan sepatu yang berhiaskan anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan penting. . misalnya mengikat senjata di pinggang. Suku Iban. mengukuhkan tiang rumah. menerima. Di Semenanjung Malaysia misalnya. Anyaman di Songkhla. tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang menciptanya. namun dengan penyebutan Nusantara pula sering ditanggapi sebagai wilayah yang tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu. dipakai di kepala sebagai pelindung panas di lading atau di laut sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan kesedaran rasa. Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja. kerana ia ringin dan mudah diangkat ke sana ke mari (seperti bakul. Manusia NUsantara sejak berabad-abad lalu bebas ke sana ke mari. Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. kita mengenal suku Bugis. tikar. Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Malah dari kaca mata kepercayaan. atau system ekonomi seperti pertanian.

untuk kegunaan harian atau adapt istiadat. alas tempat duduk kusyen. nibung – kesemuanya daripada jenis palma yang terkenal di kawasan khatulistiwa.Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman tikar. hamper serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Sungai Besar. Terdapat 6 puncak bucu. juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan petani dan nelayan. tudung saji). Terdapat 6 model yang menarik untuk diperkatakan. Bajau-Tuaran. Untuk upacara adapt istiadat terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang seakan-akan ‘gunungmeru’. Igorot-Filipina. Leka. Songkhla/Patani. di Kelantan diberi nama tudung saji ‘enam penjuru’. Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama. Tudung Saji. Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar. . Tudung saji sebagai penutup makanan lebih sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai bentuk yang seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak. Dari segi teknik. dan Jawa/Madura. nipah enau. lidi (leka). leka menggunakan bahan lidi daripada daun kelapa. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang puncak tertinggi di bahagian paling atas. Tudung saji berperanan sebagai menutup makanan.simpai pusar dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka. Igorot-Filipina. mempunyai ruang lima tingkat berbucukan ‘puncak gunungan’ di setiap tingkat dan bucu. rotan (kipas). manakala leka lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh). Aceh. Kemudian berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap sebagai bahan hiasan dinding. Bali. akar (kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari beberapa wilayah Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo. Untu tapak yang lebih besar. daun serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful