LIMA TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berdasarkan artikel yang kami baca, terdapat lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Tonggak pertama di kenali sebagai

penyelesaian masalah

dalam

matematik. Berkaitan dengan penyelesaian masalah, kita perlu memahami maksud masalah dan penyelesaian masalah iaitu, masalah bermaksud satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah ialah proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Pelbagai strategi penyelesaian yang terlibat dalam teknik penyelesaian masalah ini. Antara cara yang selalu digunakan adalah kaedah (G. Polya) iaitu memahami soalan/masalah, merancang kaedah atau strategi, melaksanakan kaedah atau strategi yang dipilih, dan menyemak semula. Selain itu, terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan suatu masalah, antaranya ialah kaedah dari belakang, mencuba kaedah yang mudah, kaedah cuba jaya, melukis diagram, mengenalpasti pola, membuat jadual/carta, membuat simulasi, dan membuat analogi.

Tonggak kedua ialah komunikasi matematik. Tonggak ini merangkumi pelbagai bentuk peluang komunikasi dalam pelbagai persekitaran supaya murid dapat menghubungkait media berbeza (bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah) bagi menjelaskan idea matematik. Melalui komunikasi matematik ini, idea matematik boleh dikongsi dan diperjelaskan melalui perbincangan dan bertanya soalan oleh para pelajar.Terdapat 5 cara bagaimana komunikasi dapat dipupuk dan dipertingkatkan dalam kelas matematik iaitu, pertama “proses mendengar”, iaitu apabila individu bertindak balas terhadap apa yang didengarnya. Kedua “proses membaca”, iaitu pengumpulan maklumat daripada penyusunan perkaitan idea dan konsep. Ketiga “proses visualisasi”, iaitu pemerhatian, analisis dan sintesis yang dilakukan oleh individu diaplikasikan kedalam pengurusan grafik. Keempat “komunikasi lisan”,iaitu melibatkan aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca, dan memerhati dan Interaksi dua hala, guru-pelajar, pelajar-pelajar, pelajar-objek.

Kelima ialah “Komunikasi bertulis” , iaitu idea-idea matematik dikongsi melalui tulisan.

Tonggak ketiga ialah penaakulan matematik . Penaakulan adalah mengenali membuat generalisasi (tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian). Penaakulan adalah asas kepada pemahaman dan penyelesaian masalah matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan logik ini harus diterapkan dalam pengajaran matematik supaya pelajar dapat mengenalasti, mencipta dan membuat ramalan serta pembantahan matematik. Pelajar juga digalakkan untuk menjelaskan sebab untuk suatu proses atau konklusi yang diberi oleh mereka. Tujuannya ialah untuk memantapkan pelajar mencapai kesimpulan sendiri tanpa perlu mengharap kepada guru dan buku teks.

Tonggak keempat ialah perkaitan matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, serta dapat mengaitkan topiktopik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka . Hal ini perlu supaya mereka tidak perlu menghafal semua formula yang ada dalam matematik. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik.

Tonggak terakhir iaitu kelima ialah Aplikasi teknologi. Tugas guru berubah dari penyampai ilmu pengetahuan kepada menjadi fasilitator pembelajaran. Oleh sebab itu guru perlu menggunakan teknologi maklumat dengan seoptimum mungkin untuk membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara mendalam,

bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik.. Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) akan menghasilkan

pelajar yang dapat berfikiran abstrak, keatif dan berasa yakin untuk bekerja sendirian ataupun berkumpulan. Penggunaan teknologi memberi banyak kelebihan kepada pelajar antaranya memberi perhatian serta memotivasikan mereka, meransang sifat ingin tahu pelajar, dan membantu mempekembangkan kaedah penyelesaian masalah mereka. Dari sudut guru pula TMK membantu dari aspek berikut, meningkatkan tahap keberkeanan pengajaran dan pembelajaran,

menghilangkan beban pengurusan , rekod keguruan bertambah baik, dan memberi ruang kepada guru untuk mendekati pelajar secara individu . Manakala dari sudut sekolah pula TMK membantu dari aspek berikut, meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos pengajaran, dan meningkatkan kelengkapan kepada pelajar yang belajar bukan dalam bahasa ibunda mereka. Dengan berbantu penggunaan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan, dapat meningkatkan dari segi pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki.