PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

Berdasarkan petikan atau artikel yang kami kaji, terdapat beberapa jawatankuasa utama yang menentukan pergerakan kurikulum matematik di Malaysia. Pertama, Laporan Razak ( 1956 ). Laporan ini adalah permulaan bagi kurikulum pendidikan matematik digunakan. Hanya sedikit perubahan tajuk sahaja yang berlaku. Kedua, Laporan Projek Khas (1970). Projek ini diterajui oleh En.Abu Hassan Ali pada 1968 dan dilancarkan pada 1970. Objektifnya ialah untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik mode. kaedah berpusatkan guru diperkenalkan serta kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Ketiga, Program Matematik Moden (1970). Tujuannya ialah

memperkenalkan tajuk-tajuk moden seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik berdasarkan kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). SMG dipilih kerana sesuai dengan murid sekolah menengah rendah. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Akhirnya, kedua-duanya disatukan menjadi Matematik Moden Tingkatan 1 hingga Tingkatan Lima pada 1978. Keempat, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983). KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara yang menyebabkan berlakunya perubahan besar kurikulum matematik. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik agar lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan terbahagi dua iaitu Aras I dan Aras II. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik.

Kelima, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994). Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Perubahan kurikulum matematik(1998) juga berlaku. Matlamat utamanya ialah untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Keenam, Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998). Sukatan matematik pada tahun 1998 bertujuan untuk mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Pengubahsuaian merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Visi 2020. Ketujuh, Dilaksanakan Projek selepas Imbuhan Perang (Compensatory yang bagi Project) (1975-1980). keadaan

Dunia

menangani

ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

Kelapan, Projek InSPIRE (1977) (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) . Idea Projek InSPIRE ditubuhkan bermula tahun 1977 dan dilancarkan pada 1983. Diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah-sekolah rendah di luar bandar. Objektif kedua ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

Kesembilan, Projek Sekolah Bestari di Malaysia. Ditubuhkan pada bulan Julai 1997 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Bermatlamat untuk membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran–pembelajarannya. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998 dan berakhir pada Disember 2002. Terdapat juga beberapa pengaruh perubahan Kurikulum Matematik luar negara terhadap Kurikulum Matematik di Malaysia. Pertamanya iaitu Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964). NMP bertujuan membimbing pelajar berumur 6 hingga 12 tahun belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit seperti pelajar belajar matematik dalam kumpulan kecil. Pengaruh kedua adalah Scottish Mathematics Group (SMG). SMG ini

terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools yang memperkenalkan tajuk–tajuk baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan penting dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia. Ketiga adalah School Mathematics Project (SMP). Dalam projek ini, pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang bersepadu . Tajuk-tajuk berbeza diajar secara bersepadu. Kandungan buku teks SMP diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Walaubagaimanapun, bahan SMP menjadi sumber rujukan matematik moden. Keempat adalah School Mathematics Study Group (SMSG). Objektif utama adalah untuk meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setandard dengan Russia. SMSG telah menghasilkan New Mathematics yang menitikberatkan penjelasan struktur matematik.

Manakala pengaruh yang terakhir iaitu kelima adalah National Council of Teachers of Mathematic (NCTM)(1920) yang berperanan untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. NCTM telah mengeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics (pada April 2000) untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. NCTM turut menerbitkan empat jurnal professional. NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) untuk mengenalpasti guru-guru permulaan telah bersedia untuk melakukan tugasnya.