KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

KANAK-KANAK DISLEKSIA Amar merupakan seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit disleksia. Sejak kecil hingga usianya 13 tahun, panggilan “Hai Amar” jarang didengar Amar, karena ia lebih sering mendengar “Hai Idiot”. Setiap dipanggil idiot, Amar selalu marah dan menyerang, bahkan melukai pemanggilnya. Dan karena sikapnya itu, Amar hampir tak memiliki teman di sekolahnya.

KELEBIHANNYA     kemampuan menganalisa yang lebih tinggi dari orang normal kecerdasan yang bisa lebih tinggi dari orang normal kelebihan pada beberapa alat inderanya bersemangat tinggi

Kanak-kanak cacat penglihatan

Alexia Sloane, dari Cambridge hilang penglihatannya semasa berumur dua tahun selepas dikesan menghadapi barah otak.

Kelebihannya

   

cemerlang dalam bahasa pada umur 10 tahun fasih 4 bahasa iaitu Perancis, Inggeris, Sepanyol dan Mandarin sekarang sedang berusaha mempelajari bahasa Jerman (2011) jurubahasa di Parlimen Eropah di Brussels

Kanak-kanak cacat fizikal

Nama kanak-kanak comel ini ialah Cody McCasland dilahirkan di Texas, USA pada 2 Oktober 2001. Kanak-kanak ini digelar kanak-kanak hebat. Semasa lahir dia kelihatan normal, tetapi dia dilahirkan 6 minggu sebelum tempoh kelahirannya. Cody dilahirkan menghidap Sacral Agnesis yang menyebabkan kakinya terbentuk tanpa lutut dan buku lali yang sempurna. Dia menggunakan kaki palsu untuk bergerak. Kelebihannya         menjadi ikon unggul golongan OKU mencipta nama dan melekar kejayaan di peringkat dunia Dunia sukan OKU bersinar dengan adanya kanak-kanak ini. Menertai latihan karate-do Menyertai pasukan hoki ais Dallas Sled Hawks Bersemangat tinggi Boleh berlari pernah menyertai pertandingan sukan di Universiti Oklahoma dan berjaya memperolehi 5 pingat emas dalam acara renang 25 meter dan larian 60 meter & 100 meter pada 2007 dan 2008  boleh bersukan seperti orang normal seperti sukan air dan darat.

Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Kanak-kanak cantik ini bernamakan Emila Arisa. Dia ialah seorang anak sulung. Dia berumur 6 tahun pada tahun ini. Dia mempunyai masalah berkomunikasi. Dia menggunakan bahasa isyarat untuk bercakap dengan orang lain.

Kelebihannya

   

boleh menari degan baik yakin dan selalu tenang dan tidak berasa gemuruh langsung dalam melakukan persembahan menerima hadiah kecemerlangan akademik kerana mendapat tempat pertama dalam kelas 5 tahun. Berbakat dalam penulisan

REFLEKSI TENTANG KEJAYAAN DARI KANAK-KANAK KHAS

Selepas saya belajar semua jenis kecacatan iaitu kanak-kanak yang berkeperluan khas, saya mendapati ramai antara mereka yang berjaya dengan cemerlang. Di sini saya berfikir bahawa Allah itu menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Walaupun mereka mempunyai kecacatan, mereka juga mempunyai kelebihan sendiri. Saya fikir bahawa kenapakah manusia yang normal termasuk saya sendiri tidak boleh menjadi seperti mereka . Pada pandangan saya, semua yang hidup normal berfikir bahawa mereka sudah normal dan tidak perlu berusaha. Kebanyakan orang kurang (OKU)upaya biasanya selalu berjaya samada kanak-kanak bahkan orang-orang dewasa. Mereka yang OKU biasanya mempunyai semangat yang tinggi. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai kekurangan, tetapi itu bukan halangan bagi mereka untuk berjaya seperti orang biasa. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan berkeyakinan untuk berjaya. Saya terpegun dengan dua orang kanak-kanak ini iaitu Cody McCasland dan Alexia Sloane. Saya berasa malu dengan Cody kerana kejayaannya dalam sukan lebih berjaya daripada orang biasa. Walaupun cacat dan kecil, dia tetap bersemangat dan mahu berjaya. Dia tidak pernah berputus asa. Manakala Alexia Sloane, saya mengaku yang saya sendiri tidak mampu untuk menguasai 4 bahasa. Tapi saya terkejut dengannya walaupun cacat penglihatan, dia telah membuktikan yang dia tidak cacat hati. Dia membuktikan yang dia boleh hidup seperti orang biasa iaitu berjaya dengan cemerlang. Kesimpulannya, setiap kejadian yang Allah jadikan adalah sebaik-baik kejadian. Yang sempurna ada cacat celanya. Yang cacat ada kelebihannya.