UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023)

TUGASAN: ETNOMATEMATIIK

MOHAMAD HAFIZ BIN SALEH KOK KENG HON

D20091036030 D20091036644

DISEDIAKAN UNTUK: PROF. DR MARZITA BT PUTEH

1.0

Pengenalan

Apabila membicarakan perihal etnomatematik di negara kita, barangkali ada di antara kita yang termangu-mangu dan keresahan untuk menerangkan atau membicarakan tentang etnomatematik walhal di negara-negara lain seperti negara-negara di Eropah seperti Jerman tidak kekok untuk membicarakan perihal ini. Mengapa? Adakah kerana kita, rakyat Malaysia tidak didedahkan dengan etnomatematik ini atau kita langsung tidak mengetahui kewujudan etnomatematik ini? Sesungguhnya, etnomatematik merupakan salah satu elemen dalam bidang Matematik, cuma, di Malaysia kita tidak didedahkan dengan perkara ini walhal negara-negara lain telah lama mengetahuinya kewujudannya dan menikmati manisnya sumbangan etnomatematik itu sendiri tetapi, tidak di negara kita. Masih ramai dalam kalangan pendudukan di Malaysia tidak mengetahui tentang wujudnya perkaitan di antara ilmu bidang Matematik dengan budaya masyarakat di Negara ini. Hal yang demikian berlaku kerana kurangnya pendedahan oleh generasi dewasa dan di sekolah tentang perkara ini. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak, struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dangambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan strukturabstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Menurut Abdul Latif Samian, (1997) matematik mementingkan nombor, hubungan, bentuk, geometrik dan aktiviti peniskalaan. Dalam skop pembelajaran, matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Budaya dalam pengertian yang luas adalah pancaran daripada budi dan daya. Seluruh apa yang difikir, dirasa dan direnung diamalkan dalam bentuk daya menghasilkan kehidupan. Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

2.0

Pengertian Etnomatematik

Pernahkah anda mendengar perkataan 'etnomatematik'? Kita biasa gunakan perkataan 'etnik' sebagai maksud bagi bangsa. Namun dalam bidang etnomatematik ia menumpukan aspek sejarah dan falsafah matematik dan dikaitkan dengan pendidikan atau pengajaran matematik mengikut budaya sesuatu bangsa.Etnomatematik merupakan kajian tentang kelompok budaya sesuatu kumpulan yang mempunyai falsafah tersendiri tentang matematik serta mempunyai sistem QRS (quantity, relationships, space) tersendiri seperti masyarakat Melayu, Hindu, Maori atau kaum Asli Amerika.Etnomatematik juga merangkumi pelbagai pentafsiran sejarah matematik. Menurut ahli Matematik Brazil, Ubitarian D'Ambrosio (1984), Ethnomathematics adalah cara kelompok budaya yang berbeza dalamMatematikiaitu menghitung, mengukur, berhubungan, mengklasifikasi dan menyimpulkan. Manakala menurut Barton (1996), etnomatematik merupakan proses merungkaikan interaksi dan hubungan antara budaya dan matematik serta hubungannya dalam pekerjaan dan kegiatan mereka. Pendek kata, setiap pekerjaan dan amalan mereka mempunyai nilai Matematik tersendiri di samping mereka menghargai seni dan budaya mereka.Dalam pada itu, menurut Alan Bishop (1983, 1988a, 1988b),etnomatematik merupakan satu bidang yang menghubungkan antara budaya dan Matematik, percaya bahawa Matematik adalah sebuah produk budaya yang telah berkembang sebagai hasil daripada berbagai-bagai kegiatan di dalam suatu budaya.Maksudnya, setiap kebudayaan itu mempunyai nilai Matematik yang tersendiri. Contohnya, dalam konteks Malaysia, bagaimana corak anyaman suatu bakul dan tikar mengkuang direka dan apakah konsep Matematik yang terselit ketika corak-corak itu direka dan diciptakan. Namun begitu, malang sekali, apabila hanya segelintir sahaja yang menyedari kehadiran Matematik dalam hasil seni dan budaya negara kita. Lain pula kata Bishop’s (1990).Menurut beliau,etnomatematik ialah suatu yang mengemukakan tentang pengaruh Matematik pada masyarakat. Budaya dan pendidikan Matematik memiliki hubungan yang kuat dan cukup erat. Nilai-nilai budaya mempengaruhi sifat pengajaran, belajar, dan kurikulum.

3.0

Sejarah Etnomatematik

3.1.0 Matematik Awal Di Egypt

Para sarjana barat mempercayai symbol matematik terawal yang dijumpai direkodkan datangnya dari tamadun Egypt atau juga dikenali dengan nama Tamadun Mesopotamia. Dianggarkan rekod tersebut telah ditulis seawal 3500 tahun sebelum Masihi. Simbol-simbol tersebut digelar symbol Hiroglif. Penulisan-penulisan dengan symbol Hiroglif dapat dilihat antaranya pada “The Book of The Dead” (buku orang-orang yang telah mati). Manakala dokumen sejarah utama yang memberi gambaran tentang pengetahuan Matematik Tamadun Mesopotamia adalah dua dokumen sejarah ini; Rhind Papyrus,dan Moscow Papyrus. Keduadua dokumen ini mendapat namanya bersempena nama pemilik rasmi dokumen.

Hiroglif adalah suatu system penulisan yang berasaskan gambar. Dengan kata lain, setiap gambar mewakili objek-objek tertentu. Hiroglif pada era penggunaannya direkodkan pada batu atau besi.Ini menyebabkan kesukaran dalam penggunaannya maka Hiroglif hanya digunakan dalam merekod dokumen-dokumen yang penting sahaja.Walau tidak banyak yang diketahui tentang Tamadun Mesopotamia ini, kita tidak dapat menafikan bahawa matematik telah terbangun bersama-sama pembentukan budaya dalam tamadun-tamadun lampau yang telah lenyap.

Rajah 1: Sebahagian Nombor Hiroglif

3.1.1 Matematik Dalam Tamadun Cina

Terdapat beberapa faktor membawa kepada pembangunan ilmu matematik di China yang tidak berkaitan dengan perkembangan dalam tamadun lain. Kedudukan geografi negara ini di bawah sempadan semulajadi antara gunung dan laut yang terpencil. Walaupun telah ditawan oleh penceroboh asing, namun pencerobohan tersebut diserapkan ke dalam budaya Cina dan masih mengekalkan budaya mereka. Akibatnya, terdapat budaya pembangunan berterusan di China dari sekitar 1000 SM dan ia sangat menarik untuk memperlihatkan perkembangan ilmu matematik dalam budayanya.

Rajah 2: Sempoa Cina Ilmu matematik Cina sama seperti bahasa mereka, ringkas. Ilmu matematik berkaitan masalah yang berasaskan masalah kalendar, perdagangan, tanah, pengukuran, seni bina, rekod kerajaan dan cukai.Menjelang abad ke-4 SM papan kira-kira atau lebih terkenal sebagai sempoa’ digunakan untuk mengira, berkesan memberi makna bahawa sistem nombor tempat perpuluhan yang penting telah digunakan. Kaedah penggunaan papan kira-kira yang unik di China, dan tidak muncul dan tidak digunakan oleh mana-mana tamadun lain.Antara bukti-bukti utama kewujudan matematik klasik dalam tamadun awal di Cina adalah daripada penulisan buku-buku klasik utama Zhoubi Suanjing (Martzloff, 1987); Arithmetic Classic of the the Gnomon and the Circular Paths of Heaven, dan Jiuzhang Suanshu (Martzloff, 1987); The Nine Chapters on the Mathematical Art. Buku pertama yang dinyatakan adalah berkenaan pengiraan astrologi dan dipercayai ditulis sejak 300 tahun sebelum Masihi (malah sebahagian ahli sejarah berpendapat ilmu tersebut sendiri telah dibangunkan sejak 1000 tahun sebelum Masihi lagi).Walau bagaimanapun buku kedua; The Nine Chapter pula mempunyai ciri tersendiri yang sangat signifikan sebagai refleksi tradisi matematik dalam tamadun Cina lama.

3.1.2 Matematik Semasa Zaman Kegemilangan Islam

Kajian dalam bidang matematik yang sebelum ini dianggap dikuasai kalangan pengkaji pendidik Barat pada dasarnya mula dipelopori ilmuwan Islam menerusi tokoh ternama dunia seperti Al-Khawarizmi, Al-Karaji, Al-Samaw’aldan Ibnu Al-Haytham. Penyelidikan yang dilakukan berdasarkan simpanan manuskrip mendapati ahli matematik di kalangan umat Islam mula melaksanakan kerja kira-kira secara intensif empat ribu tahun lebih awal berbanding yang diperkenalkan oleh pengkaji Barat.

Rajah 3: Model glob cakerawala dibina di Balai Cerap Maragha pada 1279 sebelum Masihi dan disimpan di Dresden sejak 1562 Dalam membincangkan etnomatematik tamadun Islam kita boleh melihat pada ajaran asasi Islam sendiri. Setiap ummat Islam dikehendaki mendirikan solat pada waktu-watu tertentu, berpuasa pada bulan tertentu, menunaikan zakat dengan nisbahan harta yang tertentu, menunaikan ibadah haji pada bulan yang tertentu. Mengambil ibadah solat sebagai contoh, walau pada asalnya kaedah penentuan waktu solat di tanah arab berdasarkan kedudukan matahari, namun begitu lama kelamaan, timbul suatu kesedaran untuk mempunyai suatu sistem kiraan masa yang tetap bagi memudahkan lagi penentuan waktu solat kerana didapati waktu tersebut berulang-ulang dengan suatu pola tertentu setiap hari. Apabila islam terus berkembang di negara-negara beriklim lain daripada tanah arab, keperluan untuk memformulasi waktu-waktu solat terus dikembangkan oleh para sarjana setempat. Malah dalam ibadah puasa dan haji, para sarjana islam telah turut membangunkan formula bagi penentuan masuk bulan-bulan islam bagi mengatasi kekangan tidak dapat melihat anak bulan di sebahagian kawasan dunia. Begitu juga dalam ibadah zakat, matematik dibangunkan untuk mempermudah umat islam menunaikan tanggungjawab mereka terhadap agama, seterusnya mencetus pelbagai inovasi baru berasaskan teori matematik yang telah dibentuk.

3.2

Aplikasi Matematik Dalam Budaya Dan Warisan Masyarakat Melayu

Penglibatan unsur sains matematik Alam Melayu ialah aljabar, aritmetik, astronomi, mantik, retorik dan geometri serta yang tersirat dalam sastera lisan. Kerja kerja tangan Melayu seperti pertukangan, reka bentuk anyaman, sulaman, simpulan dan ikatan juga adalah unsur sains matematik Alam Melayu. Dalam budaya Melayu, penyelidikan bahan etnomatematik yang telah didokumentasikan adalah seperti manuskrip Melayu jawi, bahan kesenian Islam Malaysia, lembaran usang, batu bersurat dan ukuran di atas bahan lain yang menjadi warisan bangsa dan nusantara.

Rajah 4: Bakul Anyaman

Rajah 5: Batu Bersurat

Rajah 6: Corak Batik Namun di Malaysia, seperti yang dinyatakan di bahagian pengenalan, aspek pendekatan etnomatematik itu sendiri belum berkembang dengan meluas lagi. Pembelajaran matematik di negara kita diasingkan daripada budaya yang diamalkan sehinggakan jelas sekali generasi kini tidak lagi mendalami kebahagiaan kebudayaan masyarakat negara kita sendiri. Sebagai contoh, permainan tradisional yang tidak asing lagi iaitu gasing. Sehingga

kini sekiranya terdapat pertunjukkan permainan gasing, golongan yang melopori pertunjukkan tersebut boleh dikategorikan lapisan masyarakat yang telah berusia dalam lingkungan 40-an ke atas. Kanak-kanak kini lebih cenderung untuk bermain permaianan seakan-akan gasing yang dipanggil beyblade seperti yang ditunjuk di dalam rajah 3.1 di bawah.Permainan beyblade sebenarnya merupakan salah sebuah permainan negara luar yang telah dibawa pengaruhnya ke dalam negara kita khususnya kepada golongan kanak-kanak.

Rajah 7: Gasing dan Beyblade

4.0

Isu-Isu Etnomatematik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Untuk mendalami matematik, seseorang itu perlulah mengiktiraf matematik sebahagian daripada kehidupan seharian mereka (Bishop, 1988; Boaler,1993; Zaslavsky, 1991). Oleh itu, etnomatematik dilihat sebagai unsur yang perlu di masukan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Hal ini di sokong oleh pendapat Bishop (1994) iaitu ,bilik darjah ataupun persekitaran pembelajaran yang lain tidak boleh diasingkan daripada masyarakat di mana pelajar dibesarkan. Pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat dengan budaya yang diamalkan di dalam kehidupan seharian. Apabila pelajar datang ke sekolah, mereka membawa bersama nilai-nilai, norma dan konsep yang telah mereka pelajari semasa mereka membesar. Sebahagiannya adalah matematik.Kerana itu, pendekatan etnomatematik perlu dipraktikkan di dalam sekolah agar dapat membantu pelajar melihat matematik itu sebagai satu aktiviti kehidupan mereka.

4.1

Sistem Pendidikan Di Malaysia

Sistem pendidikan Malaysia yang lebih berorientasikan peperiksaan telah mendapat kritikan kencang daripada pelbagai pihak. Ini pula tidak dibantu terdapat ketidakseimbangan dari segi ada subjek yang lebih dipentingkan berbanding subjek lain. Contoh yang paling ketara adalah antara subjek yang dikatakan sastera seperti pendidikan seni dan geografi berbanding subjek seperti matematik. Jika ditelitikan subjek matematik dipandang tinggi dan dijadikan salah satu subjek yang wajib diambil dan lulus serta dijadikan sebagai syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran. Jika dilihat bermula dari darjah satu hingga tingkatan tiga, semua murid diwajibkan mengambil subjek matematik dan pendidikan seni. Namun, pendidikan seni tidak pernahpun menjadi subjek teras, contoh di UPSR dan PMR, pendidikan seni tidak dijadikan sebagai satu subjek yang wajib diambil, berbanding dengan subjek matematik. Manakala di tingkatan empat dan lima pula, murid-murid dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran sains dan sastera. Menurut Hashim Yaacon (2004), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak enam puluh peratus murid ditempatkan dalam aliran sains. Persoalan di sini, adakah subjek pendidikan seni dipandang rendah berbanding matematik? Terdapat juga kes yang mana murid yang mencapai keputusan cemerlang di PMR dinasihatkan memasuki aliran sains walaupun murid tersebut hendak dan meminati aliran sastera. Di sini, boleh dilihat bahawa matematik merupakan suatu subjek yang dipandang tinggi manakala subjek seni pula dipandang rendah. Kesignifikasi ini telah sampai ke tahap yang mana kelulusan atau keputusan yang cemerlang dalam subjek matematik telah menjadi sebagai syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

4.2

Kaedah

Pengajaran

Matematik

Yang

Menghapuskan

Generasi

Muda

Menikmati Budaya Yang Mempunyai Unsur Matematik

Khususnya di sekolah menengah, murid-murid hanya didedahkan kepada operasi angka sahaja seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Jarang murid akan didedahkan aplikasi matematik. Peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM yang terlalu exam-orientated telah secara tidak langsung mengubah kaedah pengajaran para guru. Guru lebih menekankan para murid menghafal formula-formula matematik dan membuat latih tubi yang banyak dan yang mana soalannya berkait rapat dan mempunyai bentuk yang sama dengan soalan-soalan peperiksaan awam yang lepas (pass year questions/paper). Maka

ditambahkan lagi dengan silibus matematik yang banyak, tekanan daripada pihak ibubapa dan reputasi sekolah, murid tidak didedahkan kaedah membaca buku teks matematik atau teks matematik. Melalui teks inilah yang matematik mengaitkan aplikasinya terutama di bahagian pengenalan dan kesimpulan. Justeru, para murid tidak dapat menikmati keindahan unsurunsur matematik dalam kebudayaan kita. Contohnya, batik, barang-barang hasil kerja tangan orang kampung dan asli, membina masjid, rumah kediaman, perahu, barangan kraf, peribahasa (bagaikan pinang dibelah dua-menunjukkan unsur simetri), dan sebagainya. Jika ditanyakan penggunaan simbol-simbol seperti punca kuasa dua, pi dan sebagainya kelihatan tiada kaitannya dengan kehidupan seharian mereka. Menurut Marzita Puteh (2002) di dalam bukunya Factor Associated With Mathematics, mereka menafikan kewujudan matematik dalam kehidupan mereka selain dalam kebudayaan dan kesenian masyarakat mereka sendiri.

4.3

Etnomatematik Tidak Diselitkan dalam Kurikulum Matematik

Untuk mendalami matematik, seseorang itu perlulah mengiktiraf matematik sebahagian daripada kehidupan seharian mereka (Bishop, 1988; Boaler,1993; Zaslavsky, 1991). Oleh itu, etnomatematik dilihat sebagai unsur yang perlu di masukkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Seperti yang kita semua sedia maklum, pembelajaran Matematik di Malaysia lebih berfokus kepada kecemerlangan peperiksaan dan tidak tertumpu kepada aplikasi dan penggunaanya di dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan negara-negara eropah yang telah mula memperkenalkan kepentingan topik Etnomatematik untuk di ajar dalam Sukatan Pelajaran Matematik di sekolah. Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan pelajar di Malaysia yang kurang pengetahun serta pendedahan tentang wujudnya perkaitan di antara Matematik dan budaya dalam kehidupan masyarakat. Isu ini timbul apabila Kurikulum Matematik yang digubal tidak mengambil kira dan memperlihatkan tentang kepentingan dalam mempelajari ilmu Matematik yang secara tidak lansung mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan budaya kehidupan sesuatu kaum atau masyarakat. Menurut Zaslavsky (1998) Sekolah-sekolah cenderung untuk mengabaikan pengetahuan etnomatematik pelajar yang boleh mereka bawa daripada rumah dan komuniti mereka ke dalam bilik darjah walaupun matematik bukan satu disiplin yang asing daripada budaya seseorang pelajar. Etnomatematik bukan sahaja menceritakan tentang perkaitan Matematik dengan budaya malah sejarah kewujudannya sangat penting untuk dipelajari sebagai maklumat tambahan yang sangat berguna kepada

generasi muda yang semakin kurang penghayatan dalam mempelajari kebudayaan kaum di Malaysia.

4.4

Generasi Muda Kurang Penghayatan dalam Warisan Kebudayaan Kaum

Negara telah mengalami kemajuan serta perkembangan ekonomi yang pesat dan membangun. Hasil daripada peningkatan taraf ekonomi telah membawa perubahan kepada corak kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Adat dan warisan turun temurun semakin luput ditelan zaman. Perubahan ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada generasi muda yang tidak dapat menghayati budaya serta warisan sesuatu kaum untuk dikaitan dengan pembelajaran yang mereka lalui semasa di peringkat sekolah. Ibu bapa yang sibuk dengan urusan pekerjaan tidak dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan mengaplikasikan budaya dalam kehidupan seharian mereka. Gaya hidup yang lebih moden dan banyak membawa pengaruh negara luar juga membataskan keinginan dalam mendalami warisan kebudayaan kaum.

5.0 5.1

Langkah Mengatasi Peranan Murid

Apabila murid berada di tahap sekolah menengah, mereka harus mempunyai inisiatif untuk meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran seperti belajar, membaca, komunikasi, mengait dan sebagainya. Mereka tidak boleh lagi bergantung pada guru semata-mata ataupun hanya dengan menghadiri kelas pusat tuisyen yang menekankan latih tubi sahaja. Antara langkah yang boleh para murid lakukan ialah dengan membaca buku-buku teks, dalam kes ini buku teks matematik yang sedikit sebanyak mengaitkan penggunaan dan aplikasi matematik pada kehidupan seharian terutamanya dalam pengenalan atau kesimpulan berbanding dengan buku-buku rujukan yang dipenuhi dengan contoh-contoh penyelesaian masalah berbentuk latih tubi sahaja tanpa menerangkan dan mengaitkan konsep matematik. Selain itu, murid juga boleh mengaplikasikan konsep-konsep matematik yang telah mereka pelajari pada kehidupan sebenar seperti membentuk bulatan mengikut saiz yang dikehendaki.

5.2

Peranan Guru

Mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan objektif hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan bukannya menumpu pada latih tubi sahaja. Mengalakkan para murid membaca buku teks matematik yang dibekalkan dan tunjukkan contoh aplikasi konsep matematik. Guru juga boleh mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan lebihkan berpusat kepada pelajar.

5.3

Kementerian/ Pihak Atasan Yang Mengendalikan Kurikulum Matematik

Pihak-pihak berkenaan hendaklah tidak mengasingkan mata pelajaran matematik dengan seni. Tidak berat sebelah dalam mendedahkan kepentingan kedua-dua subjek seperti dalam peperiksaan awam.Mereka haruslah berusaha untuk menerapkan atau menyelit etnomatematik dalam kurikulum matematik dan tidak memisahkan kedua-dua subjek ini.Merancang pelan atau program yang selaras dengan objektif dan hasil pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

3.5

Hasil Daripada Langkah Mengatasi

Oleh kerana etnomatik dalam pembentangan ini lebih tertumpu pada pendidikan, maka hasil daripada langkah mengatasi lebih kepada murid sekolah. Murid-murid akan berasa motivasi dan semangat serta menarik pada mata pelajaran matematik kerana mereka nampak aplikasi konsep-konsep matematik. Dengan ini, mereka tidak lagi menggunakan proses pembelajaran yang berasaskan penghafalan dan latih tubi tetapi lebih kepada pembelajaran melalui pemahaman konsep matematik. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepentingan matematik atau lebih tepat lagi aplikasi matematik dan membolehkan mereka membuat perkaitan antara teori dan kehidupan sebenar.

6.0

Kesimpulan

Hasilnya, pelajar tidak mampu mengaitkan antara matematik dengan dunia sebenar. Perkara ini dapat dilihat mana pelajar menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah yang menglibatkan simbol dan angka (Lim, 1982). Malah, oleh kerana pelajar tidak mampu melihat kebaikan matematik di dalam dunia sebenar telah menyebabkabkan mereka menganggap pengajaran matematik sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah tradisional, matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al, 2008).

Bibliografi Arsaythamby Veloo (2010). Hubungan Antara Orientasi Pembelajaran Matematik Dengan Pencapaian Matematik.Diperoleh pada November 19, 2011.Asia pacific Journal of educators and education vol 25, 33-51. Jerry. L, Dora A. I. (2009). Ethnomathematics applied to classrooms in Alaska: Math in a Cultural Context. Diperoleh pada Disember 1, 2011 daripada Math in a Cultural Context (MCC). Martzloff, J.-C.(1987). Diperoleh pada November 28, 2011.A History of Chinese Mathematics. Great Britain: Springer. Shehenaz Adam (2007). Investigate The Implementation of an Ethnomathematical Unit in a Mathematics Classroom in The Maldives. Diperoleh pada November 19, 2011 daripada Ethnomathematical Ideas in the Curriculum Journal.The University of Auckland. Stathopoulou. C, Francois. K, Darlinda M (2006). Ethnomathematics in European Context. Diperoleh pada November 4, 2011 daripada University of Thessaly.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful