You are on page 1of 18

KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

PENGENALAN

Pada tahun 2000 permintaan terhadap daging kambing adalah sebanyak 14,000
tan, berbanding pengeluaran hanya 983 tan. Berdasarkan penggunaan perkapita sebanyak
0.65 kilogram setahun manakala permintaan dijangka meningkat kepada 16,800 tan
sedangkan pengeluaran yang di jangka hanyalah 1,200 tan. Pada masa sekarang
penternakan kambing dalam negara hanya mampu menampung 8% daripada jumlah
permintaan. Selebihnya daging kambing diimport daripada luar negara terutamanya dari
Australia. Ini menunjukkan negara sangat memerlukan penternak-penternak intensif
untuk menampung jumlah permintaan yang sangat tinggi ini.

Projek penternakan kambing secara komersial adalah projek yang kurang mendapat
perhatian khususnya golongan belia pada masa ini. Oleh yang demikian, saya bertekad
untuk menjadi perintis dan pemangkin bagi golongan ini dalam melaksanakan industri
ternakan kambing secara komersial bertepatan dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Ke-8 (RM8) untuk memajukan sektor pertanian dan penternakan. Sasaran saya
adalah pasaran tempatan dan luar negara. Dengan bantuan dan sokongan daripada
jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan, saya yakin mampu melakukan yang terbaik
dengan bantuan yang diberikan.

1
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

OBJEKTIF PROJEK

Projek penternakan kambing ini berperanan sebagai :

1. Pemangkin kepada aktiviti penternakan yang boleh dimanfaatkan sebagai


sumber ekonomi bagi diri dan masyarakat setempat.

2. Menjadi contoh kepada golongan belia terutamanya mahasiswa, bahawa


sektor pertanian dan penternakan bukanlah suatu sektor picisan. Ini kerana, ia
menjanjikan pendapatan yang lumayan.

3. Penggerak kepada budaya kerja sektor ternakan kepada aktiviti yang boleh
menyemarakkan semangat kerjasama dan penjelmaan semangat jati diri yang
tinggi di kalangan masyarakat.

4. Mewujudkan masyarakat yang berdaya maju dalam bidang ternakan khasnya


dan pertanian amnya. Ini bertepatan dan selaras dengan Rancangan Malaysia
Ke-8 (RMK8).

5. Menghasilkan peluang pekerjaan baru yang berdaya ekonomi intensif dan


efisyen kepada masyarakat kampung. Ini kerana, penternakan kambing ini
dilakukan secara sistematik dan intensif.

2
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

TUJUAN

Tujuan permohonan ini dibuat ialah untuk memohon pinjaman, geran atau dana
daripada pihak institusi kewangan (bank), pembiaya atau penaja bagi memajukan lagi
projek penternakan kambing yang sedang saya jayakan ini. Diharap pihak tuan dapat
menimbang seterusnya menerima permohonan yang saya ajukan ini. Oleh itu, saya amat
berbesar hati jika pihak tuan dapat mempertimbang sebaik-baiknya proposal saya ini.

TUJUAN PINJAMAN

Secara spesifiknya tujuan pinjaman ini dipohon adalah untuk mengembangkan


lagi projek penternakan kambing yang telah saya jalankan. Ini kerana, saya sangat-sangat
memerlukan bantuan pinjaman, geran atau dana bagi menjadikan projek ini lebih
ekonomik dan intensif dalam pengeluaran hasil.

Pinjaman, geran atau dana yang diberikan adalah untuk membiayai kos yang
meliputi pembelian kambing, pembangunan tanah, pembaikan bangunan ladang,
peralatan ladang, sumber elektrik, saluran air paip & utiliti. Jumlah keseluruhan kos
bagi mengembangkan projek ini ialah sebanyak RM 50,000.00. (Rujuk jadual disebelah)

CAGARAN

Untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Pertanian, saya
telah mendapat kebenaran ibu saya untuk mencagar tanah hak miliknya iaitu HSM 972
Mukim Chenor yang beralamat di Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang.
Bersama ini telah saya sertakan surat kebenaran daripada ibu saya untuk menbuat cagaran
tersebut. ( Rujuk surat disebelah )

3
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

KOS PEMBIAYAAN PROJEK

BIL PERKARA BIL UNIT KOS/UNIT JUMLAH KOS


(RM) (RM)
1 PEMBANGUNAN TANAH
A) Sewa Tanah (5 Tahun) 3 Ekar 500/Tahun 7,500
B) Pembaikan Pastura / Fodder 3 Ekar 700 2,100

2 PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG


A)Pejabat /setor /rumah 1 10,000 10,000

3 LETRIK & UTILITI 2,500 2,500

4 PERALATAN LADANG 3,000 3,000

5 PEMBELIAN KAMBING
A) Baka Induk Betina 50 500 25,000

JUMLAH 50,100

4
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

SURAT KEBENARAN CAGARAN TANAH

JUARIAH BINTI MUSTAFA


Kampung Kuala Sentul,
26500 Maran,
Pahang Darul Makmur. 7 Jun 2007

Tuan/Puan,

KEBENARAN MENCAGAR TANAH HAK MILIK : HSM 972 MUKIM CHENOR

Adalah dengan ini saya Juariah binti Mustafa , (No K.P ) memberi kebenaran kepada
anak saya iaitu Rozali bin Johori , (No K.P ) untuk mencagar tanah hak milik saya,
HSM 972 Mukim Chenor yang beralamat di Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran
Pahang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

JUARIAH BINTI MUSTAFA

5
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

LATAR BELAKANG PEMOHON

Nama : ROZALI BIN JOHORI

No. K/P :

Tarikh Lahir : 21 September 1982

Umur : 25 tahun

Agama : Islam Kewarganegaraan : Malaysia

Jantina : Lelaki Pekerjaan : Berkerja sendiri

Taraf Perkahwinan : Bujang Taraf Pendidikan : Diploma

Alamat Perniagaan : Kg Kuala Sentul,

26500 Maran, Pahang.

No Tel Pejabat :

No H.P : 012 – 692 8884

E-Mail : rozali_2109@yahoo.com

Blog : http://kambing-boer.blogspot.com

MAKLUMAT MENGENAI PROJEK

6
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

Nama Projek Yang Dijalankan : Projek Penternakan Kambing

Nama Syarikat : KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A)

Alamat Projek (Tapak Projek) : Kampung Kuala Sentul 26500 Maran Pahang.

No. Tel. : 012-6928884

Tarikh Projek Mula Dijalankan : 5 Jun 2006

Bilangan Ternakan Permulaan : 13 ekor

- Penjantan 1 ekor

- Betina 7 ekor

- Anak 5 ekor

Infrastruktur : Kandang

- Keluasan kandang ialah (24 kaki x 30 kaki = 720 kaki per

segi)

- Kapasiti kandang ialah 60 ke 80 ekor kambing

Pagar.

- Keluasan kawasan yang berpagar ialah ½ ekar

7
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

LOKASI PROJEK

Lokasi projek penternakan kambing ini ialah di Kampung Kuala Sentul, Maran

Pahang. Keluasan kawasan tanah ialah 578 meter per segi. Jarak lokasi daripada jalan

utama ialah 500 meter. Manakala, jarak lokasi dengan Bandar Maran kira-kira 14 km,

(20minit perjalanan). Jarak lokasi dengan Bandar Pusat Jengka pula, ialah 25 km

(25minit perjalanan). (Sila Rujuk Peta Lokasi).

Projek penternakan kambing ini dijalankan di atas tanah yang bernombor: Lot

9410. Tanah ini adalah kepunyaan Juariah binti Mustafa iaitu ibu saya. Saya telah

memohon kebenaran ibu saya untuk menjalankan projek penternakan kambing di atas

tanah hak miliknya. Surat kebenaran menggunakan tanah hak miliknya telah saya

sertakan sebagai lampiran. Di samping itu, saya juga sertakan salinan geran tanah

tersebut dan juga peta lokasi. (Sila Rujuk Surat Kebenaran Menggunakan Tanah & Geran

Tanah).

8
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

PETA LOKASI

Bandar
Maran Temerloh

Kem 14 KM
Bina
Negara,
Maran
KAMPUNG KUALA SENTUL

Tapak Projek
Penternakan Kambing
Klinik
Desa Masjid

13 KM

Jerantut/
Sungai Bandar Pusat Jengka
Jerik
9
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

JUARIAH BINTI MUSTAFA

Kampung Kuala Sentul,

26500 Maran,

Pahang Darul Makmur. 7 Jun 2007

Kepada yang berkenaan,

KEBENARAN MENGGUNAKAN KAWASAN HAK MILIK : HSM 972 MUKIM

CHENOR

Adalah dengan ini saya Juariah binti Mustafa , (No K.P) memberi kebenaran kepada

anak saya iaitu Rozali bin Johori , (No K.P) untuk menjalankan projek penternakan

kambingdiatas tanah milik saya, HSM 972 Mukim Chenor yang beralamat di Kampung

Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

JUARIAH BINTI MUSTAFA

10
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

SALINAN GERAN TANAH


(TAPAK LOKASI PROJEK)

11
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN

a) Pemeliharaan Untuk Tujuan Pengeluaran Daging

Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti.


Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun
kedua-dua sekali.

Membiak

Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, di gemuk dan
dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)

Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun


atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum
dijual untuk sembelihan. (Akikah ataupun korban).

b) Penghasilan Baja Organik

Tinja kambing boleh diolah dan diproses menjadi baja organik. Tinja kambing
yang telah dikumpul diadun dengan habuk kayu, abu daripada pembakaran
organik dan kapur didalam mesin penghancur. Semua bahan tadi dicampur
dengan koloni bakteria (stardec) sebagai pengurai bahan. Semua bahan diperam
selama satu bulan dan selepas tempoh tersebut baja organik boleh dipasarkan.

c) Susu Kambing

Susu kambing boleh diperoleh daripada ibu kambing yang sedang menyusukan
anak. Terdapat banyak khasiat susu kambing seperti boleh mengubati demam
kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Pada masa
sekarang industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan susu
kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

12
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

PENTERNAKAN
KAMBING

EMAS MERAH EMAS PUTIH


EMAS HITAM
Kambing hidup / Susu kambing yang
sembelihan Tinja kambing yang mengandungi
(akikah / korban / diolah menjadi baja khasiat yang tinggi
daging / baka organik
kambing)

PRODUK UTAMA DAN HASIL SAMPINGAN

Penternakan kambing mampu menghasilkan 3 produk ladang, iaitu:-


1. Ternakan kambing/sembelihan juga dikenali sebagai Emas Merah.
2. Baja organik yang juga dikenali sebagai Emas Hitam.
3. Susu segar yang dikenali sebagai Emas Putih.

Dari sudut pendapatan, jika diurus dengan cekap, jualan baja organik (Emas Hitam) boleh
menjadi pendapatan tertinggi, diikuti jualan ternakan kambing/sembelihan (Emas Merah)
dan akhir sekali daripada susu segar (Emas Putih). Jika ditambah nilai melalui
penghasilan pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan, pendapatan dapat ditingkatkan
lagi dan akhirnya mewujudkan satu industri kecil asas tani.

13
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

PASARAN

Pada peringkat permulaan pasaran hasil ladang akan dipasarkan disekitar daerah Maran
dan sekitar negeri Pahang. Apabila perniagaan sudah berkembang maju pasaran akan di
luaskan ke seluruh Negara dan ke peringkat antarabangsa.

1) Ternakan kambing/sembelihan
- Harga pasaran bagi ternakan kambing (berat hidup) ataupun daging ialah RM 18.00
– RM 40.00 mengikut jenis kambing
 Pasaraya, Pasar Tani Dan Restoran – daging kambing merupakan salah
satu sumber protein di negara ini. Daging kambing boleh dipasarkan
dipasaraya dan pasar tani. Ia juga banyak digunakan di restoran sebagai
masakan(nasi briani). Selain itu, daging kambing juga digunakan dalam
masakan barat (lamb chop).

 Penternak-penternak – baka kambing yang bermutu tinggi juga boleh


dipasarkan kepada penternak-penternak yang baru.

 Akikah Dan Korban – kambing yang cukup tempoh matang boleh dijadikan
sembelihan untuk akikah ataupun korban. Biasanya pada musim hari raya
korban.

2) Baja organik
- Harga pasaran bagi baja organik ialah RM 5.00 satu kilogram dan pasaran borong
ialah RM 500.00 bagi satu tan.
 Pekebun-Pekebun, Ladang-Ladang Dan Nursery - Baja organik daripada
tinja kambing yang telah diproses boleh dijual kepada pekebun-pekebun,
ladang-ladang dan nursery .

3) Susu segar
- harga pasaran bagi susu segar ialah RM 20.00 – RM 30.00 bagi satu liter.
 Susu Kambing Sebagai Minuman Berkhasiat Dan Ubat – susu kambing
yang terkenal dengan khasiatnya boleh dijadikan ubat pelbagai penyakit. Pada
masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan
susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim
pencukur.

14
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

KOS PERMULAAN PROJEK

1) Kos Pembinaan Kandang

Bil Perkara Harga (RM)


1 Penyediaan tanah ( tolak tapak, tebang pokok ) 480.00
2 Pengangkutan ( lori ) 750.00
3 Kayu ( tiang, alang ) 4 000.00
4 Kayu 1”x 2” ( kayu lantai ) 3 750.00
5 Bahan-bahan ( atap, paku, skru, simen) 3 516.50
6 Pintu grill 200.00
7 Upah pembinaan kandang 5 400.00
JUMLAH 18 096.00

2) Kos Pembinaan Pagar

Bil Perkara Harga (RM)


1 Tiang pagar ( kayu = 200 batang ) 300.00
2 Pagar jaring 5”tinggi x 45”panjang (16 gulung) 1 440.00
3 Dawai ( 50kg ) 250.00
4 Paku 2 ½ ” 17.50
5 Kapit ( 50 batang ) 50.00
6 Bahan-bahan (batu 3ela,pasir 1 lori, simen 10 beg) 440.00
7 Pintu pagar (14” second hand) 250.00
JUMLAH 2 747.50

15
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

3) Kos Pembelian Ternakan Kambing

Bil Perkara Harga (RM)


1 Mie Ulu Jempol
Kambing jantan = 1ekor 280.00
Kambing betina = 1 ekor 290.00
2 Sg Tekam
Kambing jantan = 1 ekor 150.00
Kambing betina = 2 ekor 650.00
3 Semarak Goat Farm ( Suhaimi )
Kambing farel jantan = 1 ekor 650.00
Kambing betina + anak = 6 ekor 900.00
Anak kambing boer jantan = 1 ekor 500.00
Kambing Anglo Nubian bunting = 1ekor 1 000.00
JUMLAH 4 420.00

4) Kos Ubatan Dan Makanan Tambahan

Bil Perkara Harga (RM)


1 Garam jilat ( 2 ketul ) 30.00
2 Chloramphenicol (ubat sakit mata) 12.00
3 Aerosol ( ubat luka ) 38.00
4 Ubat kurap + puru + cacing 45.00
5 Makanan tambahan/palet untuk 9 bulan 585.00
(1 bulan = RM 65.00)
JUMLAH 710.00

16
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Projek

Bil Perkara Harga (RM)


1 Kos Pembinaan Kandang 18 096.00

2 Kos Pembinaan Pagar 2 747.50

3 Kos Pembelian Ternakan Kambing 4 420.00

4 Kos Ubatan Dan Makanan Tambahan 710.00

JUMLAH KESELURUHAN 25 973.50

17
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com
KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A) Hubungi: Rozali Johori (012-6928884)

LAMPIRAN

18
Siswazah Penternak Ruminan http://kambing-boer.blogspot.com