PENYELIDIKAN TINDAKAN Oleh : Faiziah Haji Shamsudin Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban.

Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Penyelidikan Tindakan adalah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakkan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka. Penyelidikan Tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana kaedah ini bertumpu kepada penyelidik melihat dirii sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran. i. Somekh (1989) menyatakan Penyelidikan Tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. McNiff (1988) mentafsirkan Penyelidikan Tindakan sebagai satu pendekatan untuk menperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Pendekatan ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama-sama.

ii.

Tujuan Kajian Tindakan Kajian Tindakan bertujuan untuk:

i.

meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Ini membolehkan penyelidik memperbaik prestasi dan kepuasan bekerja mereka sendiri. menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar.

ii.

iii.

memperkembang kemahiran profesional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

iv.

Ciri-ciri Kaedah Penyelidikan Tindakan Ciri-ciri kaedah Penyelidikan Tindakan adalah seperti berikut:

i.

menggalakkan penglibatkan/ penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/ amalan kerja mereka. memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat. merupakan proses pembelajaran yang teratur. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitran dan diri sendiri. menggalakkan fikiran yang terbuka. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian secara renungan. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi. dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

viii.

xi. x.

Perkara penting dalam Penyelidikan Tindakan Kaedah Penyelidikan Tindakan menitiberatkan 4 perkara iaitu; i. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

ii.

penyelidikan bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi juga memperlihatkan masalah. penyelidikan bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain. penyelidikan bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerjakerja kurikulum. Penyelidikan bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah penyelidikan menerima pandanga sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.

iii.

iv.

Kepentingan Kaedah Penyelidikan Tindakan Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri. Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan. Proses Kaedah Penyelidikan Tindakan Kaedah Penyelidikan Tindakan dapat dilaksanakan seperti proses yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Perancangan Pelan Tindakan Analisis dan Refleksi Pengumpulan Data Pengumpulan Data Refleksi Analisis Data Pelan Tindakan Perancangan Semula

Proses Kaedah Penyelidikan Berdasarkan Pendidikan Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Langkah 1 : Perancangan      Apakah anda hendak buat? Adakah itu merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda? Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid? Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan? Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seornag?

Langkah 2 : Pelan Tindakan    Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar yang baharu? Adakah anda bercadang mengubah suai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang gunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan ubah suai? Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah?

Langkah 3 : Pengumpulan Data   Apakah jenis maklumat anda ingin kumpulkan untuk menjawab soalan penyelidikan? Teknik Pengumpulan Data: Temu duga murid Pemerhatian dengan menggunakan senarai dengan memerhati apa yang berlaku dalam kalangan murid. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain. Jurnal – merekod pendapat, perasaan, dan pandangan guru. Buku Nota – mencatat apa yang siperhatikan berlaku dalam bilik darjah. Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas.

-

Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.

Langkah 4 : Refleksi – Analisis Data  Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada „perkataan”, “frasa”, “ayat pendek”, dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya. Kajia dengan teliti “perkataan”, “frasa”, atau “ayat” yang disebut oleh murid atau “perkataan”, “frasa”, atau “ayat” yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan. Susunkan “perkataan”, “frasa”‟atau “ayat” yang diperoleh kepada kategori tertentu. Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun data bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baharu akan muncul. Kongsi data yang anda telah memperoleh dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan mereka.

 

  

Langkah 5 : Perancangan Semula   Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda mungkin menyusun semula penyampaian kaedah mengajar. Contoh: masa yang diperuntukan murid membuat latihan dipendekkan atau dipanjangkan; guru memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan;guru menyusun semula bilangan murid dalaam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan sebagainya.

Langkah 6 : Pelan Tindakan  Sama seperti langkah 2

Langkah 7 : Pengumpulan Data  Sama seperti langkah 3

Langkah 8 : Analisis dan Refleksi  Sama seperti langkah 4

Kesimpulan Penyelidikan Tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan. Penyelidikan merupakan kajian terhadap situasi yang melibatkan peserta dalan situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaik kualiti amalan masing-masing.

Strategi Pengumpulan Data Kajian Tindakan i. Temu bual

Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang ingin diselidiki dalam sesuatu kajian atau penyelidikan. Menggunakan teknik temu bual, penyelidik dan subjek kajian perlu hadir bersama-sama secara bersemuka. Dalam pertemuan bersemuka ini data-data dan maklumat yang diingini diperoleh secara langsung. a. Temu bual tidak berstruktur

Soalan yang dikemukan semasa temu bual, tidak di susun dan dijadualkan secara tetap. Responden bebas memberi maklum balas dengan caranya sendiri dan masa untuk responden memberi respons tidak ditetapkan. Melalui kaedah ini, penemu bual mungkin meperoleh maklumat – maklumat lain yang penting selain daripada apa yang telah ditetapkan yang boleh membantu penyelidik lebih memahami aspek yang dikaji. b. Temu bual berstruktur

Semasa temu bual, soalan yang dikemukakan kepada responden menggunakan cara serta mengikut susunan yang sama. Penemu bual boleh mempermudah serta memperjelas soalan dalam had yang ditetapkan dan dibenarkan. Kaedah temu bual ini menjurus kepada orientasi maklumat yang diharapkan dan ditentukan sahaja secara ringkas dan padat. c. Temu bual semi-struktur

Soalan yang dikemukakan kepada responden disusun dan dijadualkan tetapi responden diberi kelonggaran semasa memberi jawapan. Ia tidak begitu tegas seperti temu bual berstruktur. Soalan tidak begitu bebas seperti temu bual tak berstruktur. Soalan mungkin diubah suai dari segi susunan dan cara menyoal lebih fleksibel. Ia boleh memberi maklumat yang mungkin boleh boleh membandingkan antara responden berdasarkan faktor umur, kecerdasan, status dan sebagainya. Maklumat lengkap yang diharapkan bolehh diperoleh di smaping mempunyai peluang untuk meneliti dan mengkaji perkara lain yang berkaitan secara tidak langsung dengan tujuan kajian secara lebih mendalam.

d.

Temu bual individu

Temu bual secara individu adalah satu cara konvensional dalam mengumpul data secara bersemuka. Temu bual individu adalah untuk orang perseorangan dan dengan itu maklumat yang bersifat lebih personal boleh diperoleh. Kaedah ini membolehkan responden memberi respon yang lebih bebas dan mendalam tanpa rasa malu dan curiga. Kaedah ini juga dapat memberi gambaran perasaan, gerak tubuh responden, nada suara dan keadaan persekitaran secara lebih tepat. Kelemahan temu bual individu lebih kepada implikasi kewangan atau kos yang tinggi disamping masa yang lebih lama untuk menyelesaikannya. Penemu bual juga berkemungkinan tanpa disedari boleh menyinggung perasaan responden dengan isu-isu sensitif seperti ras, taraf sosioekonomi, budaya dan sebagainya. Penemu bual juga mestilah benar-benar mahir dan terlatih. Kelemahan lain yang mungkin ialah konflik personaliti dan kemungkinan berlakunya bias di pihak penemu bual. e. Temu bual berkumpulan

Keadaan – keadaan temu bual berkumpulan boleh menjadi alternatif yang baik kepada temu bual individu. Kadang-kadang temu bual berkumpulan menjadi satu keperluan terutama jika tingkah laku yang ingin diperhati dan difahami berlaku dalam interaksi berkumpulan.Kaedah temu bual ini menjimatkan masa, lebih cekap dan ekonomi. Hal ini adalah penemu bual boleh bertemu dengan responden secara serentak dan meperoleh maklumat dengan hanya satu pertemuan. Di samping itu, maklumat yang diperoleh mungkin dapat menggambarkan tingkah laku berkumpulan, penyesuaian i dividu, dan pola interaksi antara ahli. Kelemahan kaedah temu bual ini ialah mungkin menimbulkan rasa kebimbangan, rasa tidak selesa, dan ketakutan dalam kalangan responden kerana adanya perbezaan antara individu di samping tidak mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga ada ahli kumpulan yang sukar di kawal kerana sangat berepngaruh dalam kumpulan itu. Unsur kesetiaan yang wujud dalam kumpulan mungkin menyekat dan menjadi penghalang kepada ahli untuk membuat penjelasan dan pendedahan kepada penemu bual. Kebaikan Kaedah Temu bual  Mampu mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci

Boleh digunakan untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam yang tidak mungkin diperoleh melalui kaedah lain seperti temu duga dan teknik pemerhatian. Secara tidak langsung dapat menjalin dan mengekalkan hubungan dengan responden yang akan menyumbnag kepada maklumat yang lebih sah dan boleh dipercayai. Boleh digunakan sebagai satu kaedah semakan dengan cara memastikan keberkesanan komunikasi antara penemu bual dengan responden.

Kelemahan Kaedah Temu bual   Teknik temu bual melibatkan kos dan masa yang tinggi dan adakalanya tidak begitu sesuai. Responden mungkin berkecenderungan untuk berpendirian memuaskan hati penemu bual dengan memberikan jawapan yang mungkin memihak atau menyokong kehendak penemu bual. Maklumat yang diperoleh bersifat subjektif yang menyebabkan mungkin berlaku bias di pihak penemu bual. Penemu bual perlu dilatih supaya bersifatprofesional dan ini merupakan kos, beban dan tanggungjawab yang tinggi.

 

Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah –pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaaedah ini penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampelsampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sain dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidikan mengkaji perekmbangan tingkah laku sesuatu unit sosial misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan dalam kalangan

individu yang menghadiri temu bual. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar dalam kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan ytang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta persampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu perlu dikategorikan ke dalam golongan ekslusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya di kenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selepas itu paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat tentang tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam parastafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, semesntara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. selain isu tentang generalisasi ini, isu yang lain ialah persampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat persampelan sama ada persampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara persampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan kajian pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini jufa memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal. Pemerhatian Bukan Peserta Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuaii untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli dengan kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman trmasuk teropong, kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada keputusan yang lebih tepat. Kebaikan Kaedah Pemerhatian  Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat dan data ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yan glebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yan gingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

 

Kelemahan kaedah Pemerhatian     Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin berasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak betanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman dan nilai.

RUJUKAN Sidek Mohd Noah,(2002) Reka Bentuk Penyelidikan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Rahil Mahyudin et.al. (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.