KERTAS KERJA 2 “SISTEM PERUNDANGAN ZAKAT DI MALAYSIA: ANTARA REALITI DAN HARAPAN” PENGENALAN Perkara zakat merupakan antara

perkara berkaitan Hukum Syarak yang telah mendapat perhatian di pihak pemerintah Negara dalam pengkanunan undang-undang negara. Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa urusan zakat itu hanyalah obligasi Syarak berbentuk personal semata-mata, namun kaitannya dengan tanggungjawab pemerintahan amat diberatkan oleh Islam. Atas dasar inilah juga kita dapati perbincangan berkaitan zakat ini bukan sahaja dibincangkan di bawah bahagian ibadat dalam kitab-kitab teras Hukum Syarak, namun juga dikupas di dalam bahagian kenegaraan sebagai termasuk dalam sistem kewangan sesebuah negara.1 Al-Mawardi misalnya telah membincangkan persoalan ini dalam bukunya Al-Ahkam alSultaniyyah, Bahagian Kesebelas di bawah tajuk Fi Wilayah Al-Sadaqat di mana ´sadaqat’ di sini bererti zakat.2 SOROTAN SEJARAH PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ZAKAT Sistem perundangan zakat di negara ini dipercayai telahpun wujud semenjak pertapakan Islam di Tanah Melayu lagi. Peruntukan undang-undang mengenainya telah dikanunkan di samping perkara-perkara lain mengenai Hukum Syarak. Antara bukti terawal mengenainya adalah peruntukan Fasal 3 (Bab 2: Tembera Dato Seri Paduka Tuan 1078 S.H., 1667 A.D.) Undangundang Kedah yang memperuntukkan bahawa “Barang siapa berbuat bendang atau huma, maka hendaklah kerasi suroh keluarkan zakat; saperti benar hisab-nya yang di-peroleh-nya itu, suroh keluarkan sa-puloh emas zakat-nya itu. Apa-bila tiada mahu mereka itu saperti hisab itu, maka hendak-lah kweng kerasi keluar zakat itu, menurut saperti hukum Allah taala“.3 Daripada bukti ini adalah jelas bahawa undang-undang berkaitan zakat telah wujud kesekian lamanya dan bukan hanya bermula semasa pemerintahan British di Malaya sebagaimana yang didakwa oleh Moshe Yegar dalam bukunya Islam and Islamic Institutions in British Malaya.4

* Oleh Dr Siti Mashitoh Mahamood, B.Sh (Hons.), M.Sh. (UM), PhD (Birmingham), Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, UM, 50603 Kuala Lumpur, mas68@um.edu.my ** Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan 2007, PWTC pada 22 Mei 2007.
1

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (1994), “Kuasa-kuasa dan Kaedah Pentadbiran Zakat di Malaysia“, Jurnal Syariah, Jil.2, Bil.1, Januari 1994, h.60.

2 Al-Mawardi, Abu al-Hassan `Ali b. Muhammad, (1985), Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Beirut: Dar al-Kutb al‘Ilmiyyah, h.145. Al-Mawardi menganggap sadaqah itu adalah zakat dan zakat itu adalah sadaqah di mana keduanya hanya mempunyai perbezaan dari sudut nama, tetapi mempunyai persamaan dari sudut pengertiannya. Di dalam al-Quran dan al-hadis, perkataan zakat kadangkala juga disebut sebagai “sadaqah”. Lihat misalnya surah Al-Taubah:60,103. Bagi hadith, lihat perutusan Mu`az bin Jabal ke Yaman menerangkan tentang kewajipan zakat/sadaqah ini, lihat dalam Al-Bukhari, Abu `Abdullah Muhammad b. Isma`il, Sahih al-Bukhari (1999), kitab al-zakah dalam Mawsu`ah al-Hadith al-Sharif-al-Kutb al-Sittah, Riyad: Dar al-Salam, h. 109. 3 4

Winstedt, R.O (1928), JMBRAS, Vol.VI, Pt.II, 1928, h.28.

Yegar, Moshe (1979), Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem: The Magnes Press, The Hebrew University, h.216. Beliau menyatakan bahawa “Efforts to regularize the collection of zakat and fitrah were made early in the British period”. Pembentang berpendapat adalah lebih tepat untuk menyatakan bahawa undang-undang yang lebih serius dari sudut pentadbirannya oleh pihak pemerintah telah dimulakan di zaman ini, bukannya ianya baru bermula pada ketika itu.

1

Statut-statut berkaitan zakat seterusnya dikodifikasikan di negara ini dari semasa ke semasa5 seperti Zakat and Fitrah Enactment 1369 (1949), Perlis (No.2 tahun 1949), Baitul Mal, Zakat and Fitrah Enactment 1951, Perak (No.7 tahun 1951). Administration of Muslim Law (Fitrah and Zakat) Rules 1958, Selangor (G.N.1033/53), Zakat and Fitrah Enactment 1957, Johor (No.5 tahun 1957) dan lain-lain lagi. Sehingga kini, usaha murni memasukkan zakat sebagai sebahagian daripada perundangan negara melibatkan pelaksanaan tanggungjawab peribadi dan kenegaraan telah diteruskan.6 Dari sudut penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes zakat, didapati pada tahun-tahun yang lampau terdapat kes-kes yang didakwa di Mahkamah-mahkamah khususnya berkaitan zakat padi dan zakat fitrah. Ianya meliputi kesalahan-kesalahan berkaitan keengganan memberi maklumat sebenar kepada Amil, keengganan membayar zakat dan fitrah, penerimaan zakat daripada orang lain, kesalahan Amil kerana tidak melaksanakan tugas dengan betul dan keengganan membayar zakat kepada pihak pemerintah. M.B. Hooker misalnya telah mengenengahkan 2 kes mengenai kesalahan pembayaran zakat fitrah. Kes yang pertama adalah Haron bin Laksamana lwn Public Prosecutor7 yang merupakan kes rayuan jenayah daripada Mahkamah Magistret berkaitan tafsiran Peraturan Zakat dan Fitrah 1952 yang dibuat dan dikuatkuasakan di bawah seksyen 8, Baitul Mal, Zakat and Fitrah Enactment 1951, Perak (No.7 tahun 1951). Tertuduh/perayu dalam kes ini telah disabitkan oleh Magistret kerana gagal membayar fitrah “sebagai seorang Islam yang bermastautin di Negeri tersebut“. Mahkamah telah membenarkan rayuan tertuduh/perayu atas alasan tanggungjawab pembayaran zakat dan fitrah tidak bergantung kepada sama ada seseorang itu menjadi pemastautin di Negeri tersebut atau tidak. Kriterianya ditetapkan dalam seksyen 3 dan 6 Enakmen Perak tersebut, iaitu: Seksyen 3:“Fitrah means the amount of rice payable under Muslim law annuallly by every Muslim at any time during the month of Ramathan and until the Hari Raya Fitrah Sermon in the month of Shawal”. Seksyen 6(1):“The Majlis shall collect zakat and fitrah from all persons in the State liable under Muslim law...“. Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa pernyataan “in the State” (di Negeri tersebut) tidak semestinya bermaksud “resident” (pemastautin). Justeru, oleh kerana tiada bukti atau tidak cukup bukti untuk menunjukkan tanpa keraguan yang munasabah bahawa yang tertuduh berada di Negeri tersebut semasa bulan Ramadan, maka sabitan tersebut terhadapnya hendaklah diketepikan. 8 Selanjutnya adalah kes Mahomed Wallie lwn. Public Prosecutor berkaitan persoalan kuasa pihak pemerintah dalam pembayaran fitrah. Perayu dalam kes ini gagal melaksanakan pembayaran fitrah kepada pihak berkuasa negeri yang ditetapkan. Beliau mendakwa berhak menunaikan tanggungjawab tersebut secara persendirian dengan memberi sedekah. Mengikut keterangan yang diberikan, telah dibuktikan bahawa beliau telah melaksanakannya, namun Magistret telah mensabitkannya dengan kesalahan melanggar Peraturan 4(1) dan boleh dihukum di bawah Peraturan 14(1). Hakim Good yang mendengar rayuan ini telah mengesahkan sabitan Mahkamah Magistret yang lalu. 9

5

Untuk rujukan lanjut mengenai peruntukan statut-statut terdahulu mengenai zakat dan fitrah ini lihat Ahmad Mohamed Ibrahim, (1965), Islamic Law in Malaya, edited by Shirle Gordon, Singapore: MSRI, hh.335-349. Untuk melihat beberapa statut yang masih terpakai sehingga ke hari ini, lihat perbincangan dalam Perundangan Masakini di dalam kertas pembentangan selanjutnya. Kes ini merupakan kes rayuan jenayah, Ipoh, Perak, No.91/1956. Hooker, M. B (1984), Islamic Law in South-East Asia, Singapore: Oxford University Press, hh.159-160. Ibid.,h.160.

6

7 8 9

2

Ibid. 3 . pemberian agama Islam dan khairat. ia enggan bekerjasama dan mengatakan “hak saya tiada siapa boleh tahu“.00. Bagi seluruh Negeri Perak seramai 69. Peraturan-Peraturan Zakat Kedah 1962 dengan denda $20.10 Pendekata hanya pada tahun 1965-1966 sahaja ianya dikuatkuasakan. h. Namun. Selanjutnya beliau juga dihukum menjelaskan zakat yang tidak dibayar. Ku Endut bin Ku Ibrahim (kes no.. h. Undang-undang dan Taksiran. h. hh.00 atau penjara selama 5 hari di samping perlu menjelaskan zakat tertunggak sebanyak 128 gantang atau nilainya $64.13 Sementara itu di Perak pula.47.00 dalam masa 7 hari. Apabila padi dituai. manakala Selangor sebanyak 5 kes dan 2 kes di Negeri Sembilan. amanah dan institusi khairat yang dijalankan semuanya sekali dalam negeri dan lain-lainnya. iaitu 1954 seramai 84. “Bidangkuasa Pungutan Zakat: Kajian Kepada Enakmen Negeri-negeri di Malaysia Barat”. Zakat: Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan.38-39. Mohd Ali Baharum (1989). hh.00 atau 10 hari penjara. dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir (eds. Muhammed) v.000 terlibat. Mahkamahnya menerima 36 kes pada tahuntahun 1965-1966.. Namun. manakala pada tahun berikutnya. misalan bagi penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang zakat ini dapat dilihat di Negeri Kedah bermula pada tahun 1965. Di Pahang.00 atau dua minggu penjara. Beliau juga disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) enakmen yang sama kerana enggan membayar zakat yang ditaksirkan ke atasnya dengan denda $25. iaitu sebanyak 250 gantang atau bernilai $120. kesalahan seumpama ini dibawa kepada pihak pendakwaan sebanyak 28 kes pada tahun 1985. Senarai Negeri. dalam Ibidem (ed.11 Begitu juga kes yang melibatkan Merinyu Zakat Kedah (Hj.. Amil ini sekali lagi menemui tertuduh untuk mengetahui pendapatan yang diperolehinya itu. “Dilema Perundangan Zakat di Malaysia: Antara Penguatkuasaan dan Strategi Pujukan/Galakan/Insentif Membayar Zakat”.41-42. pada tahun 1953 didapati seramai 52 orang telah didakwa kerana gagal membayar fitrah. Ini termasuklah juga baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya di samping wakaf. Abdullah b. Menurut penemuan kajian Mohd Ali Baharom. Peraturan-Peraturan Zakat Kedah 1962. 13 kes 1986 dan 126 kes tahun 1987. Mahkamah memutuskan Ku Endut bersalah kerana enggan memberi maklumat di bawah Seksyen 15(1)(e). Kes Merinyu Zakat Kedah (Hj.14 PERUNDANGAN ZAKAT MASAKINI Perkara mengenai zakat dan fitrah telah diletakkan di bawah Jadual Kesembilan. Ahmad Hidayat Buang (2006). 632/65) telah dibicarakan di hadapan Mahkamah Magistrate Jitra pada 10 Oktober 1965 mengikut Peraturan-Peraturan Zakat Kedah 1962. Tertuduh telah disabitkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Peraturan-Peraturan Zakat Kedah 1962 atas kesalahan enggan membayar zakat yang ditaksirkan ke atasnya dengan denda $20. Seterusnya pihak Amil telah menganggarkan sendiri pendapatannya berdasarkan laporan sebelum ini dan maklumat lain yang berkaitan di mana ditaksirkan sebanyak 1 kunca 5 nalih (240 gantang) yang perlu dibayar oleh tertuduh. Muhammed) v. Kuala Lumpur: ABIM. Bangi: Penerbit UKM. sebelum tahun 1965 tidak ada kes zakat yang pernah dibawa ke pengadilan Mahkamah. Bidun bin Shariff (kes no. Zakat Ditinjau Dari Perspektif Sosial. Tertuduh telah didakwa kerana enggan memberi maklumat kepada Amil yang dilantik semasa beliau melakukan bancian berkaitan tanah yang diusahakan olehnya bagi penanaman padi jenis Taiwan seluas 15 relong. Di Kedah pula.12 Kes-kes keengganan menjelaskan zakat turut berlaku di negeri-negeri lain. 303/65) yang dibicarakan di hadapan Mahkamah Magistrate Sungai Petani mengikut Seksyen 15(1)(e). Perlembagaan Persekutuan. institusi. Senarai 2.39. Ibid.Selain daripada itu. 11 12 13 14 10 Ibid.).).330. Selepas tahun 1966 pula kes-kes zakat tidak lagi dibawa ke Mahkamah. Abdullah b.000 orang telah dicatatkan tidak membayar fitrah pada tahun 1953. ia tetap enggan membayarnya.

P. Jabatan Kemajuan Islam.U. Kedah memperkenalkan Enakmen Zakat Kedah 1374 (1955) (No. Urusan Wakaf dan Baitulmal Negeri Melaka 198218. Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah . 5/192. Kaedah Baitulmal (Wilayah Persekutuan) (Perbelanjaan dan Penggunaan) 198020. 649660.N.Senarai di atas juga menetapkan bahawa Mahkamah-mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas perkara-perkara yang disebutkan tadi dalam perkara yang membabitkan orangorang yang menganut agama Islam. 1/79.N. L. Malaysia (JAKIM) dikenali sebagai Draf Rang Undang-Undang Zakat dan Fitrah Wilayah Persekutuan.U.U. Johor16. Pahang. terdapat satu draf akta zakat yang digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Hukum Syarak dan Sivil.U. Selain daripada undang-undang yang disebutkan tadi.S. Perlu disebutkan di sini bahawa. N. terdapat hanya dua negeri sahaja yang telah mengkodifikasikan statut zakat secara khusus. 644/95. J. inter alia perkara-perkara berikut: 15 16 17 18 19 20 Pk. kandungan draf ini mengandungi. P.N. di peringkat Persekutuan.2/62.N. undang-undang mengenai perkara zakat ini telah dikanunkan di dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri di Malaysia dan di Wilayah-wilayah Persekutuan ianya telah dimasukkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Kaedah-Kaedah Zakat Dan Fitrah 1970. Setakat ini. Perak15. Hanya undang-undang zakat di Kedah sahaja yang berkuatkuasa. Kaedah-Kaedah Fitrah Negeri Sembilan 196219. Menurut beliau. 29/81. Setakat ini.(A) 154/80.G. namun telah menerima beberapa pindaan sejak diluluskan sebagai undang-undang. iaitu Kedah dan Sabah.(A) 58/96. 21 22 4 . 4 tahun 1955) manakala di Sabah terdapat Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993 (No.L. Undang-Undang Zakat dan Fitrah 1966. Perkara 74(1)(2) Perlembagaan Persekutuan pula telah memperuntukkan bahawa Parlimen dan Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang telah disenaraikan di bawah Jadual Kesembilan tadi termasuklah mengenai zakat dan fitrah.U. 6 tahun 1993). Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia di bawah tajuk “Zakat Dari Segi Hukum Syarak dan Perundangan”22 telah membentangkan sebahagian daripada kandungan draf di atas yang dikatakan mempunyai beberapa persamaan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 dari segi pendekatan dan peraturan pelaksanaannya. hh. Draf Akta Zakat tersebut mempunyai 10 bahagian dan 3 Jadual. Swk. Lihat juga pindaannya pada tahun 1988 melalui P. M. Peraturan-Peraturan Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Pulau Pinang 197917.U. Secara ringkasnya. namun masih belum dikuatkuasakan. terdapat beberapa undang-undang subsidiari (subsidiary legislations) yang turut diperkenalkan di negeri-negeri di Malaysia bagi menyediakan peruntukan lanjutan bagi memantapkan lagi undang-undang zakat yang terdapat di dalam statut induk masing-masing. 94/66. PeraturanPeraturan Zakat dan Fitrah 1962. peruntukan Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993 ini didapati lebih kemas dan sistematik berbanding dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam statut yang berkuatkuasa sekarang ini yang lebih menekankan aspek pentadbiran dengan hanya sedikit penekanan kepada undang-undang substantif berkaitan hukum syarak. Bertitik-tolak daripada sinilah. P. L. Pg. Undang-Undang Tambahan kepada Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (Bab 51) Lihat dalam buku di atas yang diterbitkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Manakala Enakmen di Sabah telah diwartakan pada 1 Januari 1996 melalui S. Peraturan ini merupakan undang-undang subsidiari yang dibuat di bawah Fasal 1. 1997.(A) 436/88 dan tahun 1996 melalui P.177/62). Antara undang-undang subsidiari yang memperuntukkan tentang zakat ini adalah Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah 1975. Sarawak21 dan lain-lain lagi.P.

Cuma. BIDANGKUASA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ZAKAT Rentetan daripada status zakat di bawah kuasa negeri sebagaimana yang dijelaskan tadi. 47. Jika ditinjau peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Draf Akta Zakat di atas.35) m) Taksiran dan rayuan (seksyen-seksyen 38. Sabah. 6 tahun 1993.48) n) Pulangan bayaran berlebihan (seksyen 53) o) Kesalahan-kesalahan berkaitan (seksyen-seksyen 58-66) p) Kuasa Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah mengkompaunkan semua kesalahan di bawah Akta (seksyen 70) q) dan lain-lainnya. 39.34) k) Kuasa Berkanun Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah (seksyen-seksyen 26-30. ibid. perkara zakat telah ditadbirkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri yang telah dilantik bagi memikul tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 5 . seksyen 1) b) Tafsiran istilah-istilah penting akta dan yang berkaitan dengan zakat dan fitrah (seksyen 2) c) Penubuhan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah (seksyen 3) d) Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah (seksyen 4) e) Arahan am Jawatankuasa Zakat dan Fitrah kepada Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah (seksyen 11) f) Tugas Bahagian Zakat dan Fitrah (seksyen 9) g) Pengenaan zakat (seksyen 17) h) Pendapatan atau aset yang boleh dikenakan zakat (seksyen 18 dibaca bersama Jadual 1) i) j) l) Cara penentuan zakat dan kadarnya (seksyen 19 dibaca bersama Jadual II) Pengagihan zakat kepada lapan asnaf (seksyen 20) Kewajipan Orang yang menjalankan perniagaan (seksyen-seksyen 31. kuasa yang dipegang oleh Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah di bawah draf tersebut dipertanggungjawabkan ke atas Setiausaha24 di bawah enakmen 1993 ini. Kini. Adalah diharapkan agar negeri-negeri lain di Malaysia turut mengadakan statut yang sama di negeri masing-masing supaya perkara-perkara substantif yang lebih menyeluruh serta aspek penguatkuasaan zakat dapat dimantapkan lagi. Adalah diharapkan juga agar Draf Akta Zakat bagi Wilayah-wilayah Persekutuan dapat diluluskan secepat yang mungkin memandangkan kodifikasinya adalah terlebih awal berbanding negeri-negeri lainnya. Persamaan yang berlaku ini tidaklah menghairankan kita memandangkan enakmen 1993 ini dikatakan berasaskan kepada Draf Akta Zakat tersebut. Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993.a) Nama dan tajuk ringkas akta (Bahagian 1. 43. No.23 didapati hampir keseluruhannya menyamai Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993. 24 Setiausaha di sini adalah merujuk kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992. lihat seksyen 2 (Tafsiran). Negeri Selangor sedang mengorak langkah ke arah memperkenalkan Enakmen Zakatnya yang tersendiri. Majlis telah diberikan kuasa oleh undangundang di Malaysia bagi menguruskan urusan pentadbiran bagi kutipan dan agihan zakat ini 23 Setakat yang dijelaskan oleh Prof. 32. Ahmad Ibrahim dalam bukunya Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. 33(2).

Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).27 Di Negeri Kedah pula. pengagihan pendapatan yang diterima daripada zakat dan fitrah mengikut Hukum Syarak. No. Seksyen 3(1). Sementara itu. Ianya adalah Pusat Pungutan Zakat (PPZ). 4 tahun 1994. Ianya merupakan satu institusi yang berasingan daripada Majlis Agama Islam Kedah. Enakmen Zakat Kedah 1955. Enakmen Zakat Sabah 1993 memperuntukkan bahawa Majlis boleh melantik suatu Jawatankuasa Zakat dan Fitrah yang akan bertanggungjawab mengadakan garis-garis panduan tentang dasar untuk menyelia dan mengawal perkara-perkara yang berhubungan dengan zakat dan fitrah (Seksyen 4). fi sabilillah dan ibnu sabil.51. (No. s. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman telah ditubuhkan untuk tujuan ini. muallaf. Pusat-pusat zakat ini ditubuhkan bagi menjalankan tugastugas kutipan dan agihan ataupun tugas agihan sahaja tertakluk kepada bidang tugas yang ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Lihat al-Taubah:60 yang menyenaraikan 8 asnaf zakat iaitu golongan iaitu fakir miskin. malah sebagai pemegang amanah bagi mempastikan harta-harta ini dikutip daripada mereka yang layak sebagai pembayar dan seterusnya mengagihkannya kepada benefisiari ataupun asnaf yang telah ditentukan oleh Al-Quran. dan hal menjalankan urusan bancian penduduk Islam di dalam Negeri Sabah pada tiap-tiap tahun. amil. Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP). di Sabah. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINP). 6 .7 tahun 2002. Pentadbirannya pula dibuat oleh Bahagian Zakat dan Fitrah (Seksyen 8) yang akan bertanggungjawab bagi (Seksyen 9(1)): (a) (b) (c) (d) (e) (f) pemungutan zakat dan fitrah. penyediaan kira-kira pemungutan zakat dan penyediaan belanjawan tahunan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).68. No. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.7 tahun 2002) misalnya memperuntukkan: “Majlis berkuasa memungut zakat atau fitrah yang kena dibayar oleh tiap-tiap orang Islam di dalam Negeri Melaka mengikut Hukum Syarak bagi pihak Yang di-Pertuan Agong”. 1 tahun 1991.28 Terdapat juga negeri-negeri yang telah mengkorporatkan pengurusan zakat mereka dengan menubuhkan pusat-pusat zakat di negeri masing-masing supaya pengurusan zakat dapat dibuat dengan lebih profesional dan efisyen. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Lihat misalnya s. hal membuat syor-syor kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perlantikan wakil Amil dan penggantungan perkhidmatan mereka.74. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Pusat Urus Zakat (PUZ). untuk membebaskan hamba. Majlis Agama Islam Pahang. 26 27 25 Lihat misalnya s. Pentadbiran zakatnya dibuat oleh Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Darulaman.26 Seksyen 74. (No. No. Majlis dalam konteks ini sebenarnya bukan sahaja dilihat sebagai pentadbir. pengeluaran penyata zakat sebagaimana yang ditetapkan dan pembuatan taksiran mengikut Hukum Syarak.mengikut Hukum Syarak bagi pihak Sultan25 ataupun Yang di-Pertuan Agong mengikut manamana yang berkenaan. 28 Seksyen 6.16 tahun 2003) pula memperuntukkan: “Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Johor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan”. Seksyen 86.

urusan zakat di Selangor dikendalikan oleh Pusat Zakat Selangor (PZS). Jil. PZS telah diberi mandat untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat di Negeri Selangor. REALITI DAN HARAPAN Pembayaran Zakat Bersalahan Dengan Undang-Undang M. Ketua Menteri Sabah di mana ianya berkuat kuasa pada 2 Januari 2007. Lihat juga bukti penentangan ini dalam Scott. ianya dikendalikan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang baru sahaja ditubuhkan pada 1 Februari 2006 yang lalu. mulai Julai 2002 kaunter-kaunter zakat MAIDAM telah dikenali sebagai Pusat Urusan Zakat (PUZ) MAIDAM. Halim Mohd Noor (Prof.gov. Yang Berhormat Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran. Lihat Kemajuan Pentadbiran Islam di Negeri Selangor.) (2005). Peraturan yang digubal bagi pentadbirannya dianggap sebagai satu campur tangan tak wajar dan tidak berasas dalam amalan tempatan. opcit. Isu Kontemporari Zakat di Malaysia. Madya Dr. akses pada 15 Mei 2007.my/sejarah.29 Di Selangor.30 Di Terengganu pula. Kelulusan ini dibuat setelah meneliti Memorandum dan Kertas Kerja Penubuhan Pusat Zakat Sabah (PZS) yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Zakat JKM.159. MAIWP. Selangor: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)..31 Selain daripada itu. Bhd. 33 34 Hooker..my/puz_pungutan. Ianya timbul berikutan etnografi Melayu yang mana adat memainkan peranan utama di dalamnya.1. Resistance Without Protest: Peasant Opposition to the Zakat in Malaysia and to the Tithe in France. Begitu juga syarat-syarat yang dimasukkan sebagai undang-undang yang menghadkan bidang kuasa institusi tertentu sahaja. h. Maybank Bhd. h. Setiap daerah akan diwujudkan sebuah PUZ yang terletak di tempat-tempat stategik bagi memudahkan pembayar-pembayar zakat berurusan. terdapat juga badan ataupun organisasi lain yang dilantik sebagai amil zakat seperti bank-bank (contohnya RHB.32 Bagi zakat fitrah pula. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 7 . Sebelum penubuhan LZS.sabah.zakat. Untuk rujukan lanjut mengenai pengurusan zakat di UiTM. Asian Studies Association of Australia.B.33 Kerumitan ini dapat dilihat dalam pertentangan yang timbul apabila undang-undang yang lebih serius digubal dan dilaksanakan di negara ini untuk memberi kuasa kepada pihak pemerintah kerana ianya bertentangan dengan amalan setempat yang membiarkan pembayaran dan agihan zakat dilaksanakan oleh pembayar sendiri secara individu. dalam Abd. Melaka: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ). Ia merupakan syarikat milik penuh MAIS.. 2005. Salahudin Suyurno & Nazrudin Hashim (2005). 16-29.. Bank Muamalat (M) Bhd. “Pelaksanaan Sistem Zakat di IPT: Model UiTM”. iaitu Majlis Agama Islam Negeri untuk menggubal peraturan dan cara pembayarannya termasuk mentafsirkan konsep zakat dan fitrah. dan lain-lain lagi) di mana pembayaran zakat dapat dibuat menerusi nombor akaun tertentu. iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Zakat Selangor (PZS) telah ditubuhkan sejak 15 Februari 1994 lagi dengan nama MAIS Zakat Sdn. Pusat Zakat Melaka (PZM).216-219. Lihat kupasan ditil mengenainya dalam Yegar.php. 31 32 30 29 Lihat http://maidam. Pejabat Pos.terengganu. James (1986).gov. Universiti Teknologi Mara. Pembayaran secara online juga ada disediakan oleh sesetengan pusat zakat seperti PPZ.html. lihat S.97. opcit. Hooker telah menyatakan bahawa peruntukan perundangan yang paling rumit di negara ini adalah berkaitan kutipan zakat dan fitrah serta pentadbirannya. Pelancaran PZS secara rasminya telah dibuat pada 5 April 2007. Biro Angkasa termasuklah institusi pengajian tinggi awam yang dilantik bagi tujuan ini. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Pusat Zakat Sabah (PZS). hh.(MAINS). bayaran boleh dibuat kepada para imam kariah yang dilantik ataupun di Majlis Agama negeri termasuk pusat-pusat zakat. akses pada 11 Mei 2007.34 Undang-undang negara jelas memperuntukkan bahawa zakat hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri masing-masing ataupun kepada badan-badan yang dilantik sebagai amil PZS. lihat http://www. Bank Islam (M) Bhd. MUIS telah diluluskan pada 19 Disember 2006 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman.

90-94 dan Mohamad Uda Kasim (2005). Jurnal Syariah.bagi menerima pembayaran zakat sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Ditakuti juga penyelewengan akan berlaku jika dibuat kepada pihak yang tidak berdaftar sebagai amil Majlis di mana dana zakat yang dipungut tidak sampai kepada asnaf yang memerlukan.38 Ini kerana zakat merupakan ‘ibadah maliyyah (ibadat kehartaan) yang pertu ditunaikan secara pasti. Majid (1994) “Kuasa-kuasa dan Kaedah-kaedah Pentadbiran Zakat di Malaysia”. No. jika para pembayar atau pemilik harta (arbab al-amwal) bertegas mahukan pengagihannya dibuat oleh wali al-sadaqat. Juz. Cetakan 7.758-775. Jil. Fakta bahawa zakat dan fitrah sebagai urusan yang meliputi tanggungjawab pemerintah adalah dilihat menyokong peraturan yang ada ini. maka wali ini perlulah melaksanakannya dengan sewajarnya. namun turut meliputi karektor adat (ritual character). hh. bagi harta batin. Mahmood Zuhdi apabila merujuk kepada hubungan zakat ini dengan sistem sosial negara yang diuruskan oleh pemerintah dengan tegas mengatakan bahawa zakat bukanlah sebenarnya urusan peribadi yang boleh diuruskan oleh setiap umat Islam. Bhd. Malah. Atas dasar inilah juga.37 Dari sudut pandangan fuqaha mengenai isu pembayaran zakat yang dibincangkan di sini. Mahmood Zuhdi Ab. maka pembayar atau pemilik harta tidak dibenarkan membayar dan mengagih sendiri kepada asnaf. Pemakaian peruntukan berkaitan kesalahan zakat ini akan dinyatakan selepas ini.. Fiqh al-Zakah.2.35 Pembahagian mekanisme pembayaran zakat menerusi dua kategori harta zahir dan batin ini menampakkan keterbukaan dan toleransi Islam kepada masyarakat pembayar untuk menunaikannya. sila rujuk alQardhawi. “Zakat as a Special Institution of Public Finance: Reflections From Kitab Al-Amwal of Abu ‘Ubayd (d.145.. Tetapi bagi harta zahir ianya perlu diserahkan kepada amil yang dilantik oleh pemerintah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Seperkara lagi yang tidak terdapat khilaf di kalangan fuqaha adalah apabila pemerintah tidak meminta agar zakat dibayar ataupun ia tidak mempedulikannya. h. pembayar zakat dibenarkan mengagihkan terus kepada asnafnya. Tugas pemerintah mengadakan jentera yang teratur bagi urusan kutipan dan agihan zakat ini merupakan kewajipan pemerintah di mana jika berlaku kecuaian. Kutipan dan Agihan. para fuqaha telah mencapai kata sepakat dan berijma’ bahawa jika pemerintah meminta agar zakat diserahkan kepada mereka. opcit. Pembayaran yang dibuat kepada pihak lain dianggap tidak menepati undang-undang yang ada.60.224/838)”. Arahan undang-undang bagi pembayaran zakat dan fitrah ini kepada pihak pemerintah atau badan zakat yang ada dilihat menepati konsep al-siyasah al-syar’iyyah dalam usaha merealisasikan keperluan penjagaan harta dan memartabatkan al-din sebagaimana yang dituntut oleh Islam.36 Imam al-Mawardi pun ada menyebut tentang pelaksanaan kutipan dan pembayaran harta zahir dan batin ini sebagaimana yang dibuat di zaman ‘Uthman di atas.h. maka pihak ini boleh dianggap cuai dalam menjalankan tanggungjawab berkenaan. Ahmad Hidayat Buang (2000) “Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah”. Manakala harta batin pula adalah mana-mana harta yang boleh disembunyikan seperti emas dan perak serta perniagaan. Apa yang penting dan perlu dinyatakan di sini ialah pembayaran zakat kepada pihak lain dianggap bersalahan dari sudut undang-undang dan pembayarnya boleh didakwa dan dikenakan hukuman jika sabit kesalahan. Beirut: Muassasah al-Risalah. Bil. Muhammad Yusuf (1981).2. Zakat: Teori. 37 38 Untuk perbincangan lanjut mengenai persoalan pembayaran zakat kepada pemerintah ini.. al-Shajarah. Vol.6. Beliau menambah bahawa. buah-buahan dan ternakan. hh. hh. Januari 1994. Julai 2000. 39 8 . Ugi Suharto (2001). iaitu amil yang dilantik bagi menguruskan harta zakat.1.39 Tanggunjawab ini dalam konteks semasa 35 36 Al-Mawardi. Jil 8.2. Jurnal Syariah. Harta zahir ialah mana-mana harta yang tidak boleh disembunyikan (daripada pengetahuan dan penglihatan manusia) seperti tanaman.145. 220-241. Walaubagaimanapun perlu dinyatakan di sini bahawa pada hakikatnya pembayaran zakat yang dilaksanakan oleh pembayar terus kepada asnaf tidaklah bertentangan dengan Hukum Syarak.1.70. opcit. maka pembayar zakat tetap berkewajipan menunaikannya. Ini juga berlaku di zaman Khalifah ‘Uthman Ibn ‘Affan di mana bagi kategori harta batin. Al-Mawardi. Ugi Suharto berpandangan bahawa perkara zakat tidak hanya menyentuh karektor kuasa politik (political character) pemerintahan semata-mata. h. Bil.h.

wakaf (termasuk wakaf keluarga) dan juga hibah.275-280. ianya diperuntukkan di bawah bahagian IX Enakmen Zakat dan Fitrah 1993. untuk memerdekakan hamba. 42 9 . hh. pihak amil boleh mendapatkan haknya sebagai asnaf jika ia bekerja untuk zakat dan fitrah ini sebagaimana yang dinyatakan di atas. Ianya akan mengurangkan jumlah amaun cukai yang perlu dibayar. urusan kutipan dana zakat yang dipungut tidaklah boleh ditadbir sesuka hati memandangkan tanggungjawab agihan perlu ditunaikan dengan sewajarnya oleh pemerintah kepada asnaf yang berhak. Peruntukan Statutori Kesalahan Jenayah Syariah Berkaitan Zakat41 Sebagaimana yang disebutkan tadi. Di Wilayah-wilayah Persekutuan. hasil zakat bukanlah pada hakikatnya milik Baitulmal (sepenuhnya). peruntukannya dibuat di bawah Akta Kesalahan Jenayah 40 41 Ahmad Hidayat Buang. pengurus-pengurus zakat.42 Walaubagaimanapun. iaitu orang-orang fakir dan miskin. Baitulmal hanya bertindak sebagai orang tengah di antara pembayar dan asnaf-asnaf berkenaan40 Walaubagaimanapun. untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang bermusafir (al-Taubah:60). Negeri-negeri lain juga sepatutnya mengadakan peruntukan bagi kesalahan amil atau pegawai zakat ini sebagaimana yang terdapat di Negeri Sabah ini. maka alternatif yang ada adalah membuat transaksi kehartaan menerusi konsep sedekah. Majlis berbidang kuasa menetapkan hukuman bagi kesalahan berkaitan zakat dan fitrah. Rujukan ditil bagi peruntukan serta penaltinya boleh dirujuk kepada Siti Mashitoh Mahamood (2005).-June 2005). maka zakat dan fitrah ini hendaklah ditunaikan kepada pemerintah. Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992. Peruntukan bagi kesalahan dan penalti bagi zakat dan fitrah ini dibuat di bawah statut-statut Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia. Walau apa pun pandangan di atas yang menyatakan bahawa zakat perlu dibayar kepada pemerintah. Jika pembayar mempunyai lebihan harta lain dan berkeinginan juga untuk memberikan sebahagian harta mereka kepada orang yang memerlukan dan mereka yang dikasihi sama ada di kalangan anggota keluarga ataupun lainnya. Lihat misalnya Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Lagipun. salahguna dana zakat yang dipungut serta enggan menyerahkannya untuk tujuan agihan kepada asnaf. para muallaf yang dijinakkan hatinya.00 atau dipenjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sekali apabila sabit kesalahan dalam kutipan yang dibuat termasuklah laporan atau penyata palsu. ianya juga dibenarkan mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. "Undang-Undang Zakat Dan Penguatkuasaannya Di Malaysia”. hanya zakat yang dibayar kepada pihak yang berautoriti akan diberikan pelepasan cukai pendapatan menerusi resit pembayaran sebagai bukti termasuklah penyelarasan cukai yang dibayar. No. melihatkan kepada peruntukan statutori di Malaysia sebagaimana yang terdapat di dalam statut berkaitan kesalahan pembayaran zakat yang telah dinyatakan pada perbincangan yang lalu. 9:1 (Jan. Untuk mempastikan dana zakat yang dipungut tidak diselewengkan. Bagi wakaf misalnya. Bagi Sabah.99. opcit. tetapi ianya terhak kepada asnaf-asnaf yang telah ditentukan oleh Syarak.000. 2000. No. Ini kerana mengikut teori percukaian Islam. IKIM Law Journal. Dengan ini juga pembayaran cukai pendapatan akan dapat dikurangkan lagi setelah diselaraskan dengan pembayaran zakat kepada pemerintah serta amalan wakaf yang dilaksanakan. 6 tahun 1991. seksyen 65. h. orang-orang yang berhutang. terdapat juga negeri yang memperuntukkannya di dalam statut Pentadbiran Agama Islamnya seperti yang berlaku di Negeri Kelantan yang dibuat di bawah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 di Bahagian VII (Kesalahan). Sehubungan dengan perkara di atas.adalah meliputi perintah undang-undang supaya masyarakat dapat dipastikan menunaikan tanggungjawab diri dan kehartaan mereka dengan sewajarnya. Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993 telah menetapkan “Kesalahan oleh Pegawai” dengan denda tidak melebihi RM5. 3 tahun 1992 dll.

Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. i) j) l) Penyata tak betul. Majlis dan Pusat-pusat zakat yang ditubuhkan di negara ini lebih mengutamakan metode dakwah melalui pelbagai pendekatan kontemporari45 kerana ia didapati lebih berkesan dalam menyedarkan masyarakat untuk menunaikan 43 Sebahagian besar daripada bahagian ini diambil daripada Siti Mashitoh Mahamood. o) Kesalahan oleh Pegawai. potongan gaji dan sebagainya lagi. d) Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.280288. Penguatkuasaan Undang-Undang Lwn. c) Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa. di Malaysia penguatkuasaan undang-undang. karnival dan roadshow zakat. berkaitan kesalahan-kesalahan zakat yang disebutkan tadi khususnya berkaitan zakat dan fitrah ini dikendalikan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama di Jabatan-jabatan Agama Islam negeri. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang syariah di negara ini. Melalui pengamatan dan kajian yang dijalankan oleh pembentang di era kontemporari ini. Kesalahan-kesalahan (h)-(p) adalah merujuk kepada Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993. Akta 559. Akta 560 dan Enakmen Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Misalnya Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. internet banking. mereka yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada statut-statut berkaitan Prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri. n) Pecah kepercayaan. 2005. phone banking. terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh Pegawai Penguatkuasa untuk melaksanakannya seperti keperluan memperolehi maklumat dan aduan daripada masyarakat. Meninggalkan Malaysia tanpa membayar zakat. opcit. hh. e) Kesalahan-kesalahan amil (Kelantan) f) Enggan Memberi Maklumat Taksiran Zakat dan Fitrah (Kelantan) g) Tidak Mengembalikan Borang Taksiran Zakat (Melaka) h) Kegagalan memberi penyata atau memberi notis tentang pengenaan zakat. Di Sabah. undang-undang berkaitan zakat dan fitrah tidak dikuatkuasakan secara menyeluruh dan sepenuhnya di semua negeri di Malaysia. p) Kesalahan kerana bersubahat. m) Menghalangi pegawai. 45 44 Misalnya melalui kempen pembayaran zakat di media elektronik dan media cetak. Metode Dakwah43 Secara umumnya. berdasarkan Enakmen Zakat dan Fitrah 1993 tugas-tugas mengenainya diberikan kepada Setiausaha dan Pegawai yang diberikuasa (pegawai berkuasa) menjalankan tugas mengenainya. b) Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama. iaitu mencegah orang lain daripada membayar zakat dan fitrah. kewujudan metode-metode pungutan zakat terkini seperti melalui sistem pesanan ringkas (sms).44 Berasaskan keperluan statut ini. Pengelakan sengaja. 10 . penyiasatan. k) Tidak membayar zakat atau fitrah. prosedur berkaitan kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tak boleh tangkap dan sebagainya.. Peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan zakat dan fitrah adalah sebagaimana berikut: a) Tidak membayar zakat atau fitrah..

Julai 1999.48 Terdapat juga masyarakat yang bertindak mengagihkan zakat sendiri kepada ahli keluarga dan masyarakat lain yang mereka yakini termasuk ke dalam kategori asnaf zakat. iaitu berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama. hh.299. Walaubagaimanapun. pihaknya telah mengadakan pelbagai usaha mendidik masyarakat sebagaimana juga yang dibuat oleh PPZ dan lain-lain badan zakat di negara ini. tetapi dihantar ke negara asal mereka.300.46 Ini disokong pula dengan kutipan zakat yang meningkat dari tahun ke tahun47 walaupun tidak dapat dinafikan wujud fenomena masyarakat tidak membayar zakat kepada amil yang ditauliahkan. Begitu juga usaha sedang dibuat untuk mengadakan undangundang khusus berkaitan zakat ini di mana ianya telah dinyatakan sebelum ini. iaitu di India. Ini termasuk juga penguatkuasaan Pekeliling Penetapan Perlaksanaan Arahan Wajib Pembayaran Zakat Pendapatan Menerusi Potongan Gaji bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Badan-badan Berkanun dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang beragama Islam dan Lihat kenyataan ini misalnya dalam Berita Harian. penguatkuasaan undang-undang tidak berlaku kepada peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan zakat dan fitrah di Negeri Selangor. Pemikir.51 pada tahun 2004 (lihat h. PPZ. Gombak.tanggungjawab mereka dalam berzakat. Timbalan Pengarah. “Kajian Terhadap Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan”. cuma Sarawak sahaja yang sedikit berkurangan. 148. Jilid 7.83). h. iaitu MAIS. Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP). 2. Bil.50 Di antara usaha yang agak unik dan menarik pernah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama Negeri Selangor ini yang dikenalpasti oleh pembentang adalah poster yang ditampal untuk perhatian masyarakat di Negeri Selangor yang memuatkan peruntukan seksyen 21. iaitu 17 Mac 2005 dengan Puan Hajjah Adibah Abdul Wahab. Beliau berpandangan positif bahawa penguatkuasaan undang-undang zakat ini perlu dibuat kerana ia juga adalah sebahagian daripada kaedah berdakwah yang membabitkan kaedah yang lebih serius. “Kutipan dan Agihan Zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh 1985-1995: Satu Pemerhatian”. Menurutnya juga setakat ini pun.982. pembentang berpandangan adalah lebih tepat menggunapakai peruntukan di bawah seksyen 37 tentang Pemungutan Zakat atau Fitrah Tanpa Diberikuasa memandangkan kutipan yang dibuat oleh syarikat berkenaan adalah jelas tidak mendapat kebenaran dan tauliah daripada MAIS. tangkapan yang dibuat menggunakan peruntukan seksyen 12(b). 50 49 48 47 46 11 . Mengikut laporan ini. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Setakat ini. kesemua negeri telah mencatatkan kenaikan pada jumlah kutipan zakat harta dan fitrah tahun 2005. Dalam satu temubual yang dijalankan oleh pembentang pada 17 Mac 2005 dengan Encik Mohd Shahzihan Ahmad. Lihat “Kutip zakat lebih sasaran” dalam ibid dan “Kutipan Zakat Melaka naik” dalam Berita Harian. Temubual ini dijalankan di Pusat Zakat Selangor (PZS).49 Dalam satu temubual lain pada tarikh yang sama. Temubual ini dijalankan di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan. Sebelum ini telah dilaporkan di dalam satu akhbar tempatan bahawa terdapat pengusaha nasi kandar dan pengurup wang di Pulau Pinang tidak menjelaskan zakat kepada Pusat Urus Zakat (PUZ). Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Januari-Mac 2002. Selangor. Bangunan Sultan Idris Shah. Lihat juga Siti Mashitoh Mahamood (2002). Shah Alam. tetapi mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak di negeri asal mereka. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 mengenai kesalahan Tidak Membayar Zakat dan Fitrah. MAIWP. hh. 15 Januari 2005 bertajuk “Pembayar baru zakat bertambah” . 72-87 dan Ahmad Hidayat Buang (1999). Bangunan Sultan Idris Shah. iaitu RM15. 82-93. Shah Alam. Pengurusan Penguatkuasaan. 6 Disember 2006. didapati hanya satu sahaja tangkapan yang dibuat di Negeri Selangor yang membabitkan sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Taman Melawati. Lihat juga Laporan Zakat 2005. Pengurus Jabatan Dakwah dan Kutipan PZS (pada ketika itu).566. Pembentang difahamkan bahawa kebenaran yang diberikan beberapa tahun yang lalu telah ditarikbalik ekoran beberapa masalah yang timbul daripada kutipan yang dikendalikan oleh syarikat tersebut. Jurnal Syariah.04 tahun 2005 berbanding RM15. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

adalah penting garispanduan terperinci diadakan bagi klasifikasi keengganan membayar zakat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995. pendekatan mendidik ini adalah selari dengan prinsip Islam yang menekankannya sebelum sesuatu tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan. Ibid. MAIWP tidak berhasrat untuk menguatkuasakan undang-undang zakat di Wilayah Persekutuan. selain daripada penekanan kepada aspek-aspek yang dinyatakan tadi. Ketua Hakim Syarie.8-9. Bil. 52 Temubual pada 15 Mac 2005 di Pusat Pungutan Zakat (PPZ). kemudahan dan juga pengwujudan anggota penguatkuasa di mana kesemua ini membabitkan persediaan mental dan fizikal kakitangan berkenaan. Menurut beliau. Walaubagaimanapun. Baginya.2/2006. Pendekatan mendidik (educate) masyarakat dilihat lebih berkesan dan mendatangkan hasil di mana ini boleh dibuktikan melalui statistik kutipan zakat yang meningkat dari tahun ke tahun.A. Akademi Pengajian Islam. Pendekatan yang digunapakai sekarang ini adalah secara berdakwah kepada masyarakat melalui pelbagai kempen dan usaha supaya masyarakat menyedari tanggungjawab mereka untuk menunaikan zakat. Ini meliputi had kuasa undang-undang. hh. LZS. Tuan Haji Mohd Zakri Haji Hussin. rujukan MMK ke 27/2003. PPZ akan hanya melaksanakannya apabila sampai ke satu peringkat di mana dakwah zakat telah sampai kepada masyarakat keseluruhannya. UM. Justeru. Cuma. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pula positif bahawa pihak Mahkamah Syariah Negeri Selangor sentiasa dan cukup bersedia untuk mendengar kes keengganan membayar zakat jika ianya dirujuk di mahkamah. PPZ akan meneruskan pendekatan berhemah ini dalam usaha mempastikan kewajipan ini dilaksanakan oleh masyarakat dengan penuh kesedaran. Tambahan beliau. Baginya. Profesor Jabatan Fiqh dan Usul.51 Pada hakikatnya. aspek pembudayaan Islam dalam kehidupan hendaklah didahulukan sebelum sesuatu undang-undang dikuatkuasakan.6-7. PPZ. Namun. setakat ini tiada tangkapan dan pendakwaan berkaitan kesalahan zakat dan fitrah yang dibuat di negeri ini. Zakat dan Haji (JWZH) berpandangan bahawa pendekatan mendidik perlu diterapkan ke dalam masyarakat memandangkan masyarakat tidak sepenuhnya faham tentang hukum dan kewajipan berzakat ini. Daruzzakah. Menurutnya. 52 Bersetuju dengan pandangan di atas. usaha promosi dan kesediaan pihak berkuasa zakat hendaklah diberi perhatian sewajarnya. Malah.berkhidmat di Negeri Selangor yang telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. menurut beliau belum ada kes sedemikian dibawa ke pengadilan kerana kemungkinan pihak Pendakwa Syarie masih belum menerima tangkapan berkaitan. Toha. beliau berpendapat bahawa ’ikrah’ atau paksaan perlu wujud bagi seseorang Muslim yang sudah cukup syarat-syarat berzakat memandangkan mereka telahpun memilih Islam sebagai agama anutan hidup. hh. sumber tenaga kerja. Pengurus Besar PPZ. 12 . maka penentangan terhadap penguatkuasaan undang-undang zakat tidak akan timbul. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 53 54 Lihat dalam Asnaf. MAIWP. Ini supaya dapat mengelakkan daripada timbul banyak pertikaian mengenainya. Beliau berpendapat bahawa sebelum tindakan ini dilaksanakan.54 Y. jika mereka sudah memahaminya dengan baik. Undang-undang juga akan dikuatkuasakan apabila didapati hanya segelintir sahaja masyarakat yang menunaikannya pada ketika itu.53 Bagi Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Haji Ab.A Dato’ Hj. iaitu sama ada 51 Pekeliling Penetapan Perlaksanaan Arahan Wajib Pembayaran Zakat Pendapatan Menerusi Potongan Gaji ini dibuat berasaskan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan pada 10 Disember 2003. Zohdi Hj. amalan yang sama juga berlaku di Wilayah Persekutuan yang menggunakan pendekatan dakwah berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pembentang menerusi satu temubual bersama Encik Mohd Rais Haji Alias.. Ketua Pengarah Jabatan Wakaf. infrastruktur. Majid. iaitu Dato’ Abdul Aziz Mohd Yusof. kaedah ini adalah selaras dengan fitrah manusia yang tidak suka dipaksa-paksa dalam melakukan sesuatu perkara di mana mereka akan bertindak melarikan diri daripada melakukannya sekiranya dipaksa sebagaimana yang berlaku kepada pembayar-pembayar cukai pendapatan dewasa ini.

Daud (2006).56 Walaubagaimanapun. Setakat ini. dapat disimpulkan bahawa pendekatan berhemah menerusi dakwah dan pendidikan menjadi pilihan berbanding penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang yang ada. Lakuna & Sekatan Undang-Undang Dengan hormatnya. hanya terdapat beberapa negeri sahaja yang telah mengadakannya. 58 Abu Al-Hasan Sadeq (1994). iaitu Negeri Selangor.405. sememangnya menjadi langkah yang wajar Enakmen Zakat dan Fitrah Sabah 1993 dan juga Draf Akta Zakat di Wilayah Persekutuan diambil berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana ianya lebih kemas dan dapat menyumbang ke arah pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang zakat di negara ini. opcit. pindaan dan selanjutnya mengadakan statut khusus zakat di seluruh negara hendaklah disegerakan.. mahkamah syariah. untuk mempastikan sebaiknya sama ada terdapat negeri yang ada melaksanakannya maka kajian yang lebih lanjut adalah diperlukan. Lihat Halidan Md. Apa yang jelas juga adalah terdapat lakuna dalam peruntukan-peruntukan yang sedang berkuatkuasa berkaitan aspek penguatkuasaan yang boleh menghalang Pegawai Penguatkuasa menjalankan tanggungjawabnya secara wajar seperti dalam mendapatkan maklumat.12-13. tetapi tiba-tiba berhenti membayarnya ataupun dirujuk kepada pihak yang pernah membuat pentaksiran harta bagi membayar zakat.Jeddah: IRTI. hh.. Ismail Hasim (2006). wakaf dan wasiat57 telahpun mempunyai undang-undangnya tersendiri. h. h. peruntukan-peruntukan statutori zakat di negara ini hanya disandarkan kepada statut pentadbiran agama Islam negeri semata-mata. maka adalah teramat wajar statut spesifik bagi zakat diadakan juga. Negeri-negeri lain adalah Pahang dan Melaka. Theories and Administration. malah ia juga membawa kebocoran dalam kutipan zakat di mana amaun yang sebenarnya berpotensi untuk dikutip tidak dapat dilaksanakan. dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. pembentang berpandangan sudah sampai masanya pihak berautoriti negara berusaha menguatkuasakan undang-undang zakat dan fitrah di negara ini. halangan meninggalkan Malaysia tanpa pembayaran zakat atau tanpa jaminan yang memuaskan serta lain-lainnya yang berkaitan. A Survey of the Institution of Zakah: Issues. Jika statut-statut keluarga. “Pengalaman Pengurusan Zakat Pahang”. Begitu juga negeri-negeri Kelantan dan Terengganu berdasarkan maklumat yang pembentang perolehi daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan negeri-negeri ini pada Mei 2007 menerusi telefon. Pemakaian statut berkaitan undang-undang prosedur jenayah syariah yang ada sekarang ini lebih menekankan perlunya kepada aduan 55 56 Ibid. Ianya hendaklah dijalankan seiring dengan usaha berterusan mendidik dan berdakwah kepada masyarakat beragama Islam di negara ini. akses bangunan dan dokumen. IDB. hh. 13 . 57 Bagi wakaf dan wasiat. Perundangan yang tidak efektif bukan sahaja boleh menyukarkan penguatkuasaan.58 Bagi pembentang.55 Daripada kenyataan-kenyataan yang diutarakan tadi..391. Keperluan Penguatkuasaan. Proses-proses semakan undang-undang yang ada. penyata dan dokumen-dokumen berkaitan bagi tujuan pemeriksaan. Melaka dan juga Negeri Sembilan.54-55.golongan ini telahpun membayar. Ini apatah lagi zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima di mana di dalam Islam sendiri ianya sangat-sangat diutamakan. melakukan salinan dan cabutan yang diperlukan. ibid. kecuali Kedah dan Sabah serta selanjutnya Selangor pada masa akan datang ini. ”Pengurusan Zakat: Pengalaman Negeri Melaka”. Antara negeri yang jelas tidak menguatkuasakan undang-undang zakat adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan berdasarkan kajian yang pembentang jalankan.

Cuma terdapat satu lagi persoalan berbangkit dalam merealisasikan cadangan di atas. Apa yang difahami adalah Akta Buku Banker (Keterangan) 1949 [Akta 33] di atas adalah merujuk kepada Seksyen 7 mengenai bidang kuasa Mahkamah atau Hakim untuk membuat perintah pemeriksaan atau salinan mana-mana catatan dalam sesuatu buku jurubank bagi apa-apa maksud sesuatu prosiding undang-undang. Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 (Akta 9) adalah selamat untuk digunakan apabila sekatan akses yang dibuat mendapat pengecualian dalam situasi-situasi tertentu. akses. Walaubagaimanapun. Dengan ini juga jelas bahawa kerja-kerja berkaitan zakat khususnya penguatkuasaannya dapat difokuskan di mana ini akan dapat mengurangkan bebanan pegawai penguatkuasa agama sedia ada yang mana bilangannya tidak mencukupi59 untuk melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di negara ini. Akta Bank Simpanan Nasional 1974 (Akta 146) telah memperuntukkan bahawa: “(1) Nama pendeposit dan amaun deposit dan wang keluar tidak boleh dizahirkan oleh manamana pegawai atau pekerja Bank. penguatkuasaan dan seterusnya pendakwaan dapat dilaksanakan dengan kondusif dan lebih berkesan. akses bangunan dan dokumen. pihaknya mengalami masalah kekurangan Pegawai Penguatkuasa yang amat ketara di mana hanya 113 sahaja pegawai yang dilantik setakat ini untuk menjalankan operasi di seluruh Negeri Selangor. 59 14 . Peruntukan tersebut berbunyi: “Kecuali bagi maksud menjalankan kewajipan atau fungsi dengan sepatutnya atau kecuali apabila dikehendaki dengan sah oleh mana-mana mahkamah atau di bawah peruntukan mana- Menurut Encik Mohd Shahzihan Ahmad. penyata dan dokumen-dokumen berkaitan bagi tujuan pemeriksaan. cabutan/salinan serta pemeriksaan dokumen-dokumen yang dinyatakan tadi. Ianya akan menjadikan kuasa siasatan. peruntukan boleh dibuat dengan memberi kuasa kepada Bahagian Zakat (atau nama lain yang bersesuaian) untuk terus mengeluarkan notis bertulis bagi mendapatkan maklumat atau penyata pendapatan terhadap orang yang boleh dikenakan zakat. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam temubual dengannya pada 17 Mac 2005. Timbalan Pengarah. “apabila dikehendaki dengan sah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang”. Misalnya Seksyen 32. Kesahihan maklumat yang diberikan tidak dapat ditentusahkan dengan komprehensif dan sebaiknya. Kuasa mendapatkan maklumat. (2) Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. didapati peruntukan Seksyen 36 (BAHAGIAN IX: Menyimpan Rahsia). iaitu berkaitan dengan sekatan akses akaun bank atau mana-mana dokumen ataupun material yang dimiliki oleh pendeposit-pendeposit atau pemegang-pemegang akaun ataupun pelangganpelanggan sebagaimana yang terdapat di dalam akta-akta bank yang berkuatkuasa di Malaysia. melakukan salinan dan cabutan yang diperlukan yang disebutkan di atas boleh dilaksanakan terus menerusi peruntukan-peruntukan yang nyata di dalam statut khusus zakat. antara lain. Pengurusan Penguatkuasaan. kecuali kepada Ketua Audit Negara atau dengan persetujuan bertulis Menteri: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakim Mahkamah Tinggi oleh Akta Buku Banker (Keterangan) 1949 [Akta 33] untuk melarang seseorang mematuhi perintah yang dibuat di bawah Akta itu. Namun dalam statut zakat yang khusus. Bahagian VII.daripada pihak-pihak pengadu sebelum penyiasatan dan penguatkuasaan boleh dimulakan. Perkara ini merujuk kepada sekatan peruntukan Kerahsiaan (Secrecy) yang terdapat di dalam akta-akta berkenaan yang menghalang sebarang penzahiran. Ini termasuk juga sekatan penzahiran nama pendepositnya sebagaimana yang terdapat di dalam sesetengah akta.

garispanduan terperinci hendaklah diadakan bagi menjelaskan lagi peruntukan-peruntukan statut yang ada mengenai bentuk kesalahan-kesalahan yang dimasukkan bersama penditilannya sekali.”. Banking And Financial Institutions Act 1989 (Act 372). yang diperolehnya pada menjalankan kewajipan atau fungsinya. No.mana undang-undang.” Ini bermakna jika telah ada statut zakat yang menyatakan keperluan sedemikian di atas. pegawai. Kesalahan boleh tangkap adalah “sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran”. atau b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik.. kelulusan Menteri (Menteri Kewangan) boleh didapatkan untuk tujuan akses berkenaan. atau pekerja Bank boleh menzahirkan kepada sesiapa jua apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal Bank atau hal ehwal seseorang pelanggan Bank. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan seksyen 21. Lihat misalnya seksyen 16. Seksyen 32. Perlu dinyatakan di sini bahawa meskipun pembentang telah mencadangkan penyegeraan kodifikasi statut khusus zakat yang akan memasukkan peruntukan-peruntukan substantif dan administratif berkaitan dengannya. 61 62 Lihat misalnya Seksyen 54. Justeru.. Satu misalan boleh diberikan di sini iaitu pernyataan “enggan” dalam peruntukan bagi kesalahan tidak membayar zakat dan fitrah. adalah wajar untuk kita mencadangkan pula pindaan dibuat kepada lain-lain akta bank berkaitan sekatan kerahsiaannya seperti Seksyen 68. jika jika sesuatu kesalahan itu berupa kesalahan boleh tangkap yang disyaki. bagi Akta Bank Simpanan Nasional 1974. pindahan ke dalam borang tertentu dsb). Begitu jugalah. atau mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah…………. tiada seorang pengarah. lihat Seksyen 2. Justeru. maka tindakan seumpama ini boleh dilaksanakan. Bank Simpanan Nasional Berhad Act 1997 (Act 571). Seksyen 97. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (No. iaitu:62 “Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapia) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu. misalnya sebarang tindakan pegawai penguatkuasa akan didasarkan kepada maklumat berupa aduan terlebih dahulu60 daripada seseorang pengadu yang kemudiannya perlu mengikuti proses-proses tertentu (seperti ditulis dan dibaca balik kepada pengadu.61 keperluan mengemukakan saman oleh Mahkamah atau perintah bertulis daripada pegawai tersebut untuk siasatan dokumen dan harta alih yang lain serta lainnya. Walaubagaimanapun.” 60 Namun. 9 tahun 1995). jika mana-mana kesalahan zakat atau fitrah yang termasuk di bawah kategori ini. maka akses dokumen bank adalah dibenarkan. Ini dapat difahami jika tafsiran dibuat kepada pernyataan “atau selainnya” dalam undang-undang sedia ada misalnya Seksyen 57(1) Enakmen Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 bahawa “Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka ia hendaklah……pergi sendiri…. Akta Bank Simpanan Nasional 1974 (Akta 146) dan lain-lainnya. ibid. realiti keberkesanan penguatkuasaan yang akan tertakluk kepada bilangan kecil pegawai penguatkuasa agama yang ada di daerah/negeri berkenaan. 15 . seperti kesalahan Tidak Membayar Zakat Atau Fitrah yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.ke tempat kesalahan itu…. maka pegawai berkuatkuasa agama boleh bertindak dengan sendirinya meskipun tidak melalui aduan atau pemberian maklumat daripada mana-mana pengadu. namun penguatkuasaan undang-undang sedia ada pada hakikatnya sudah dapat dijalankan. ibid. Pengurus Besar. Bahagian VII. Cuma ianya hanya boleh direalisasikan dalam kerangka perundangan sedia ada. Selain daripada itu.

145. Al-Mawardi. 16 . h. Wahbah (1989). hh. 735. al. Economic Function of an Islamic State. iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. hh. Lagipun. namun tindakan tetap akan dikenakan ke atas pihak yang mengingkarinya. MAIWP. h. Mu`az bin Jabal pula dihantar ke Yaman untuk tujuan yang sama di sekitar tahun 8-10 Hijrah. meskipun jumlah keengganan membayar zakat padi itu hanya segantang sahaja. Al-Zuhayli. Kedah. Mohd Ali Baharum opcit. PPZ. Juz..67 Kesemua ini menunjukkan ketegasan dan komitmen pemerintah yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tuntutan Ilahi ini.3. Pendirian beliau yang tegas bahawa salat dan zakat tidak ada perbezaannya telah mengukuhkan lagi tindakannya itu.65 Dakwah untuk berzakat telah dimulakan di zaman Nabi Muhammad s.a. mereka yang enggan membayar zakat (mani` al-zakah) diperangi dan tidak dibiarkan. opcit. Juz.. ianya dianggap sebagai suatu obligasi individu yang dibuat secara sukarela. 85-89.64 Persoalan berkaitan dakwah dan kesedaran masyarakat sepatutnya tidak perlu dijadikan isu yang besar memandangkan perkara berkaitan penunaian zakat ini merupakan antara kewajipan yang sudah dimaklumi dalam agama (ma`lum min dinillah daruratan). 67 68 69 66 Al-Shawkani.42.a.sama ada ianya dimaksudkan dengan adanya notis yang dihantar terlebih dahulu oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri/pusat-pusat zakat seperti dalam bentuk “mailing reminder” kepada prospek ataupun lain-lain tafsiran yang wajar.47. h.63 Kemungkinan atas dasar inilah juga sesetengah negeri seperti Wilayah Persekutuan.110. Leicester: Islamic Foundation. apatah lagi terdapat banyak kemudahan untuk pembayaran zakat yang disediakan oleh Majlis atau pusat-pusat zakat. menghantar pemungut-pemungut zakatnya seperti `Ala bin al-Hadrami yang dihantar ke Bahrain dan `Amr ke `Uman antara tahun-tahun 6 Hijrah-9 Hijrah bagi berdakwah kepada Islam sekaligus membabitkan keperluan membayar zakat. iaitu pada 2 Hijrah. Pada pandangan pembentang. Kelantan dan Pulau Pinang telah mengadakan kategori Qadha Zakat sebagai tambahan kepada harta zakat yang dikutip. Shams al-Din Muhammad bin Abi al-‘Abbas. Nihayah al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj.. 135.w. Di peringkat awal pensyariatan zakat. Zakat sebagai satu compulsory levy dipercayai telah dilaksanakan semenjak Rasulullah s.(1938).169-172. Lihat Al-Shawkani. Seperkara yang perlu disedari juga adalah walaupun masyarakat sudah ramai yang menginsafi dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. namun persoalannya masih ramai lagi yang 63 64 65 Lihat misalnya surah Al-Baqarah: 43. khususnya melalui potongan gaji. Selangor. Damshik: Dar al-Fikr. Cetakan ke-3. Al-Nisa’:77. h. Muhammad bin `Ali bin Muhammad (t. Menurut pengkaji ini. Di zaman beliau. Ini termasuk dakwah kepada putera-putera raja negeri-negeri berkenaan. Hasanul Zaman (1991). Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.68 Kajian juga telah membuktikan bahawa kejayaan penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang zakat dulu pun di negara ini adalah kerana sikap pegawainya yang tegas dan ketat melaksanakan undang-undang yang digubal. Nayl al-Awtar bi Sharh Muntaqa al-Akhbar.M. Juz.130 dan S. Realiti penguatkuasaan undang-undang zakat ini amat popular khususnya di zaman Khalifah Islam yang kedua. bukannya mundur ke belakang.t. Ianya adalah berikutan dengan tugas pengurusan dan penguatkuasaan zakat dan fitrah yang sememangnya terletak di bahu pemerintah ataupun Kerajaan yang berkuasa. opcit. Mesir: Mustafa Al-Babi al-Halabi wa Awladuh. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Justeru ia sewajarnya diteruskan dan dipergiatkan lagi di zaman ini. Ramli.69 Sepatutnya perlu ada kesinambungan dalam amalan penguatkuasaan ini. Cetakan Akhir.w semenjak awal Islam lagi66 dan diteruskan selepas itu oleh para khalifahnya dengan menguatkuasakan undang-undang zakatnya.. Al-Hajj:78 dan lain-lain lagi. persoalan penguatkuasaan undang-undang-undang zakat berkaitan kesalahan zakat dan fitrah sepatutnya diambil perhatian yang serius oleh pihak berwajib. Laporan Zakat 2005. 3. 3. Keutamaannya di dalam Islam yang meletakkannya setaraf dengan tuntutan salat di mana dalam banyak tempat di dalam al-Quran kita dapati ayat-ayat yang menyebut tentang penunaian salat pasti akan diiringkatkan dengan kewajipan berzakat ini. Pahang. sejarah telah membuktikan adanya pelaksanaannya pada tahun-tahun yang lampau sebagaimana yang disentuh di awal kupasan kertas ini.).83. hh. rebet zakat individu dan pelbagai kemudahan lain dewasa ini. ibid.

PPZ iaitu Razali Md Jani dalam akhbar yang sama dilaporkan sebagai berkata bahawa fenomena ini mungkin disebabkan ramai di kalangan ahli politik di negeri ini lebih gemar membayar zakat harta dan fitrah di kawasan atau negeri kelahiran masing-masing. Dalam masa yang sama juga. Setakat ini. Dengan wujudnya peruntukan rebet di bawah seksyen di atas yang membenarkan pengurangan terhadap cukai yang dibayar bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun berikutnya. potongan bagi pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat hanya dibenarkan sehingga 2. Berita Harian pernah menyiarkan Laporan 2001 bagi Analisis Kutipan Zakat Mengikut Pekerjaan di Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa hanya 12 orang ahli politik yang membayar zakat di negeri berkenaan (Wilayah Persekutuan). namun apa yang menyedihkan ialah keseriusan dan kesungguhan ini tidak pula dibuat secara adil kepada zakat yang merupakan suatu liabiliti keagamaan. maka tanggungan ini tidaklah begitu berat. Nampaknya. Pembentang yakin dengan adanya penguatkuasaan yang menyeluruh dan mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak yang membabitkan masyarakat. pihak Majlis sendiri. seseorang individu yang beragama Islam bukan sahaja dikenakan membayar cukai pendapatan bagi perolehan harta yang dimilkinya. pada 2 Disember 2002 yang lalu. Potongan sebanyak 2. maka institusi zakat akan dapat dimantap dan dimartabatkan ke tempat yang sewajarnya.209 daripada 2 juta penduduk Negeri Selangor yang beragama Islam membayar zakat.5% untuk dipotong bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan daripada pendapatan agregat syarikat bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan. Walaubagaimanapun.5% ini dapat melegakan sedikit bebanan cukai yang ditanggung oleh syarikat perniagaan dan korporat selama ini meskipun belum sampai ke tahap rebet yang lebih mendatangkan keadilan kepada usahawan- Berita akhbar bertarikh 15 Januari 2005 ini dibuat di bawah tajuk “Pembayar baru zakat bertambah”. Walaubagaimanapun. internet dan sebagainya turut memaparkan peringatan tarikh-tarikh akhir yang telah diputuskan bagi pembayarannya. iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967 dikuatkuasakan sepenuhnya. 70 17 . peruntukan rebet tidak dibuat. masyarakat beragama Islam lebih gentar dengan akur dengan keperluan membayar cukai pendapatan daripada zakat itu sendiri memandangkan undang-undang cukai. Setiap kali hampir kepada tarikh akhir penghantaran borang taksiran cukai dan pembayarannya. Tekanan Pembayaran Cukai & Zakat Institusi Korporat/Perniagaan Di Malaysia. Ianya adalah rentetan daripada keputusan Undang-Undang Perbekalan (2005) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 September 2004 yang lalu oleh Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi (Perdana Menteri/Menteri Kewangan). Tidak dinafikan ianya suatu penunaian positif atas dasar akur dengan undang-undang dan kehendak negara. khususnya pihak Penguatkuasa Agama di Jabatan-jabatan Agama Islam negeri. Pihak media termasuk TV. namun turut dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).70 Jumlah ini menunjukkan ramai lagi yang melupakan penunaian rukun Islam yang utama ini. Pihak LHDN pula terus menguatkuasakannya tanpa sebarang kompromi dan pihak ini tidak pula mempersoalkan sama ada masyarakat pembayar cukai sudahpun bersedia ataupun tidak. termasuklah pihak Kerajaan. Walaubagaimanapun. bagi pembayaran zakat oleh syarikat perniagaan dan korporat pula. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pusat Zakat Selangor (PZS). menurut Ketua Unit Perhubungan Awam dan Informasi Zakat. dapat dilihat fenomena masyarakat menunaikannya secara beramai-ramai dan menampakkan kesungguhan mereka.tidak membayarnya. Dato’ Mohd Adzib Mohd Isa dalam Berita Harian pada 15 Januari 2005 bahawa bilangan pembayar zakat sepanjang tahun 2004 pada hakikatnya adalah kecil memandangkan hanya 81. potongan tersebut dapat meningkatkan lagi dana Baitulmal di negara ini dengan meningkatnya jumlah pembayar zakat ekoran daripada peruntukan rebet ini. rebet dibenarkan bagi individu yang membayar zakat sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 6A(3) akta yang sama. Sementara itu.

adalah sewajarnya memberikan rebet kepada zakat perniagaan dan korporat yang dibayar. Sejarah kegemilangan silam Baitulmal di zaman Khulafa Islam yang berjaya membuktikan kecemerlangan profesionalisme pegawaipegawai zakat dan Baitulmal dalam menjalankan amanah mereka serta kemampuan dananya membangunkan ummah dan menyelesaikan pelbagai masalah negara hendaklah diteliti.. apa yang penting adalah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasinya supaya tanggungjawab yang diamanahkan dapat ditunaikan dengan adil dan saksama.129. Bagi mempastikan dana zakat diuruskan secara efisien. Timbul juga persoalan sejauhmanakah pihak Majlis mampu untuk menguruskan dana zakat hasil daripada rebet cukai ini dan bolehkah mereka menguruskannya secara efisyen? Mampukah juga mereka mengambil peranan Kerajaan mengagihkan pendapatan daripadanya kepada masyarakat dan negara? Dalam menghadapi persoalan di atas. timbul beberapa masalah dalam pemberian rebet kepada syarikat korporat dan perniagaan ini. maka Pihak Kerajaan perlu memberi fokus kepada menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang dihadapi oleh pihak berkuasa agama negeri misalnya dalam aspek sumber manusia. Dalam hubungan ini. malah institusi lain dalam negara pun hatta di peringkat global juga wujud dan tidak boleh dinafikan. Bebanan menanggung dua liabiliti pembayaran cukai dan zakat yang mana kedua-duanya adalah diwajibkan di dalam undang-undang negara akan mendatangkan implikasi yang besar kepada pendapatan syarikat. h. opcit.6. Al-Shawkani.usahawan beragama Islam. Justeru. Tanpa rebet. ada yang mahu menyamakan cukai yang dibayar dengan zakat yang diwajibkan oleh agama ini.. komunikasi dan teknologi maklumat serta lain-lainnya. latihan profesional misalnya dalam bidang-bidang pemasaran. Pendapatan negara menerusi cukai yang dibayar sebelum ini sudah pasti akan berkurangan. Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum juga sukar untuk direalisasikan. infrastruktur. Pertimbangan perlu dibuat kepada kemampuan pusat-pusat zakat sebagai amil korporat yang diwujudkan di sesetengah Majlis Agama yang telah membuktikan kecekapan kutipan dan agihannya. terdapat syarikat yang tidak menunaikan zakat mereka sedangkan ianya merupakan suatu liabiliti keagamaan yang wajib dan disyariatkan di dalam Islam. Persaingan yang tinggi akan lebih memihak kepada usahawan-usahawan bukan beragama Islam yang tidak mengalami tekanan berganda sebagaimana rakan-rakan mereka yang beragama Islam. Pada hakikatnya. adalah wajar kedua-dua pihak mengambil tanggungjawab menyahut cabaran yang berlaku. Kelemahan yang timbul dalam pengurusan sesebuah organisasi pula pada hakikatnya bukanlah melanda institusi zakat semata-mata. adalah wajar rebet diberikan kepada syarikat-syarikat korporat dan perniagaan ini. Justeru. h. opcit.72 Penunaian zakat termasuklah dalam konteks perniagaan ini pula merupakan suatu hak73 yang perlu ditunaikan tanpa sebarang kompromi jika sudah cukup syaratsyaratnya. h. Di pihak Majlis pula. mereka perlu berusaha ke arah memperkasakan institusi zakat ini serta memperbaiki sebarang kelemahan yang ada. Ini kerana kaitannya dengan penunaian zakat oleh usahawan-usahawan Muslim adalah sangat signifikan atas dasar bebanan membayar cukai/zakat berganda yang disebutkan tadi. perakaunan.18. Ini juga akan menjejaskan matlamat pemilikan ekuiti bumiputra sebanyak 30% pada tahun 2010 yang disasarkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Dari sudut Kerajaan. Perbincangan perlu dibuat untuk mendalami masalah-masalah mereka dan mencari jalan penyelesaiannya. 18 . Kita tidak mahu masyarakat pembayar hilang 71 72 73 Al-Mawardi.. Islam menuntut tanggungjawab pemerintah dilaksanakan dengan penuh keadilan71 dan juga mempastikan al-Din dipelihara dengan baik dan zakat dipungut sebagaimana yang diwajibkan Syarak. Malah. Ibid.

Madya Dr.) (2005) et al. Begitu juga servis dan pengunaannya yang menyeluruh dalam negara.2% daripada keseluruhan jumlah RM573. opcit. Statistik kutipan zakat negara 200577 juga menunjukkan berlakunya perbezaan yang dinyatakan ini. Apa yang penting adalah perlunya suatu kesedaran bahawa dalam konteks ini. sosial dan pendidikan ummah menerusi program-program agihan langsung dan tak langsung yang dilaksanakan di negeri-negeri..kepercayaan kepada institusi ini secara berterusan. iaitu sebanyak RM133.). opcit. terdapat pula negeri yang mempunyai lebihan agihan zakat sehingga diwujudkan satu nama baginya. MAIWP. dana zakat boleh digunapakai bagi membela nasib ummah.opcit.74 Justeru. iaitu al-Faidh di MAIWP dan ada juga negeri yang melaburkannya. adalah diharapkan agar pihak Kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk memberikan rebet kepada syarikat perniagaan dan korporat ini supaya tekanan-tekanan yang dihadapi oleh ahli perniagaan dan korporat beragama Islam sedari dulu lagi dapat diselesaikan. IKAZ: UiTM.) (eds. hh. Madya Dr..00 yang merupakan 23. Dalam masa yang sama terdapat ramai lagi asnaf zakat terutamanya fakir miskin yang tidak terbela dalam negara. 19 . dalam ibidem. Dalam hubungan ini. Dengan ini juga tanggungjawab Kerajaan dalam menyediakan prasarana dan bantuan kepada umat Islam dan pembangunannya boleh diambilalih oleh institusi zakat negara.305. Halim Mohd Noor (Prof.829. h.127. Halim Mohd Noor (Prof. didapati terdapat juga syarikat-syarikat cawangan yang ditubuhkan di negeri-negeri lain dalam negara ini. lihat dalam Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Metussin bin Haji Baki (Brunei). Lihat dalam Abd.185-186. Madya Dr. Prof. opcit. Kuala Lumpur. Begitu juga kemelut kemiskinan dan bala bencana seperti tsunami. Bahagian VI dan VII. hh. Dari sudut syarikat-syarikat korporat dan perniagaan. Negeri Selangor memperolehi jumlah tertinggi dalam kutipan zakat harta dan fitrah bagi tahun berkenaan.74. 13-15 Mac 2006. Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia. usaha yang mantap perlu dilaksanakan dengan baik.129. hh.. zakat turut menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi. Lihat juga Mohd Safri Mahat (2006) dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir (eds.088. “Potensi Manfaat Dana Zakat Untuk Kepentingan Muslim di Asia Tenggara”. gempa bumi dan sebagainya yang melanda umat Islam di serata dunia.76 Senario di Malaysia menunjukkan bahawa jumlah dana kutipan zakat di negara ini tidak sama di antara satu sama lain. Untuk penjelasan ditil mengenainya yang dikupas mengikut Hukum Syarak. Kodifikasi Akta Zakat Nasional Perkara zakat tidak semestinya dilihat dari sudut lokaliti yang terhad.) (2005). malah dibenarkan keseluruh negara sehingga mancakupi peringkat global jika keperluan setempat sudah mencukupi. Jil. Dari sudut kecukupan dana zakat. 75 76 74 Al-Shawkani.82-83. PPZ. Justeru. Hotel Legend.78 Lihat misalnya hasil kajian daripada IKAZ dalam Abd. malah manfaatnya boleh digunapakai untuk keseluruhan ummah bagi mencapai objektif zakat disyariatkan yang antara lain untuk menyelesaikan tuntutan mereka yang memerlukan.121. kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Zakat Asia Tenggara 2006.75 Dananya boleh diagihkan bukan sahaja dalam negeri berkenaan. Abdul Rahim Abdul Rahman dalam artikelnya ”Menangani cabaran Semasa Institusi Zakat di Malaysia” telah menyatakan pandangannya ”Adalah tidak adil jika syarikat tersebut cuma membayar zakat di Wilayah Persekutuan kerana sumber kekayaan syarikat adalah hasil dari seluruh penduduk negara”. Pihak Kerajaan walaubagaimanapun perlu menampung dan membantu jika dana mereka diperlukan dari semasa ke semasa. Undang-undang. “Prestasi Pengagihan Zakat di Malaysia”.1. 77 78 Lihat Laporan Zakat 2005. apakah adil misalnya zakat korporat dan perniagaan ini hanya dibayar kepada negeri di mana ibu pejabatnya berada dan tempat di mana ianya didaftarkan? Dalam hubungan ini. Berdasarkan kepada kupasan dalam bahagian ini. metode dan kategori harta bagi kutipan dan asnaf agihannya juga tidak selaras.

. kitab al-Iman.6-7. Kuasa Majlis sebagai badan utama zakat tidak akan diganggu. Dengan ini juga kesemua pihak Majlis Agama Islam negeri dapat bersatu dalam menjadikan masalah keperluan umat Islam negara khususnya. undang-undang dan peraturan negeri serta lain-lainnya yang berkaitan. Sehubungan dengan itu.80 Kesatuan mereka dalam mewujudkan Sekretariat Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZN) dan juga Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) di bawah PPZ. Majlis boleh menasihati Pemerintah negeri masingmasing dalam melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan.a. hh. Isma`il (1997). Ianya mampu merealisasikan objektif zakat yang antara lain untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi ummah dan mengurangkan jurang kemiskinan masyarakat beragama Islam. Namun. c) Liabiliti pembayaran zakat korporat dan perniagaan. Kemungkinan untuk mengadakan mekanisme mendapatkan persetujuan atau kelulusan Sultan/Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Agama Islam Negeri terlebih dahulu sebelum dana zakat negeri diberikan kepada Badan Zakat Nasional ini di bawah kuatkuasa Akta Zakat yang dicadangkan boleh difikirkan selanjutnya. 20 . Abu `Abdullah Muhammad b. 80 79 Ibid.1279. Riyad: Dar AlSalam. keanggotaan dan kuasa Badan Zakat Nasional. Setakat inipun apa yang diketahui belum ada peruntukan spesifik yang menyentuh kesepakatan ini. Ketua Pengarah atau wakil JPM daripada JWZH. kitab al-Adab. b) Penubuhan Tabung Zakat Nasional dan Akaun Al-Faidh. agihan. ahli akademik dan profesional dalam bidang zakat (meliputi pelbagai bidang kepakaran) dan lain-lain lagi yang wajar. Mereka masih mempunyai kuasa dalam negeri masing-masing dari sudut kutipan. Ini supaya dapat mengelakkan ketidakpuasan hati di kemudian hari. Justeru. persoalan timbul apakah diperlukan satu Akta Zakat di peringkat Nasional dan juga satu badan khusus untuk menyelaras dan menyelesaikan perkara-perkara yang disebutkan di atas? Pembentang berpandangan bahawa kewujudan Akta Zakat Nasional ini boleh memberi manfaat yang besar kepada institusi zakat. Agihan asnaf Amil kepada badan-badan zakat ini dan segala keuntungan pelaburan yang dimasuki oleh Badan Zakat Nasional ini hendaklah ditentukan secara jelasnya dengan diadakan dalam bentuk perjanjian ataupun suratikatan amanah. atas dasar inilah juga Akta Zakat Nasional ini akan membentuk Badan Zakat Nasional (atau nama lain yang bersesuaian) yang mana keanggotaannya boleh melibatkan kesemua Setiausaha/wakil Majlis Agama Islam Negeri.w.Berdasarkan isu-isu yang disebutkan di atas tadi. dengan kewujudan akta ini maka pelaburan dana zakat dan kewujudan dana Al-Faidh boleh diuruskan secara berpusat. bahawa ” Perumpamaan orang-orang mukmin yang sayang-menyayangi. Pendekata susah bersama senang pun bersama. Apa yang penting adalah kesatuan selanjutnya perlu didasarkan kepada satu keinsafan bahawa perkara zakat adalah perkara bersama dan bukannya hak peribadi sesebuah negeri semata-mata. Al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Ianya supaya dapat mencapai objektif penyelarasan dan keseimbangan ekonomi negara sebagaimana yang ditekankan tadi. Pengurus Besar/wakil Pusat-pusat Zakat Negeri. Perkara ini perlu diambilkira dan dihormati memandangkan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam khususnya zakat dalam konteks perbincangan ini terletak pada asalnya di bawah bidang kuasa pihak Pemerintah negeri. cinta-menyintai dan belas kasihan antara mereka seperti satu badan di mana apabila satu bahagian anggotanya sakit maka akan terasa sakit pula seluruh badannya kerana tidak dapat tidur dan demam”79 serta sabdanya lagi ”Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”. h. MAIWP menunjukkan bahawa kesatuan boleh dibentuk dalam pelbagai perkara zakat selanjutnya yang menyentuh hak umat Islam. dicadangkan agar Akta Zakat Nasional ini akan mempunyai peruntukanperuntukan berkaitan perkara-perkara berikut: a) Penubuhan. dan di peringkat antarabangsa secara globalnya (hanya jika dana mencukupi untuk asnaf di Malaysia) sebagai masalah bersama. Ia juga dapat merealisasikan sabda Nabi Muhammad s. Mufti atau wakil Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Kebangsaan.

. m) Penerimaan dan penyelarasan dana sumbangan zakat agensi pemberi bantuan kepada fakir miskin. bangsa dan negara. Ianya perlu dirungkaikan dengan mengambilkira mana-mana pertimbangan yang boleh mendatangkan maslahah kepada agama. Timbul lagi satu persoalan berkaitan halangan menggubal akta zakat ini di peringkat nasional memandangkan perkara zakat adalah perkara negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. h) Penyelarasan kadar zakat fitrah. KESIMPULAN Pengurusan zakat merupakan urusan kompleks bersifat kenegaraan yang melibatkan pelbagai persoalan dan masalah-masalah semasa. g) Penyelarasan perakaunan zakat harta. Sekian. Tafsiran dan Kriteria penentuan Asnaf. Apa yang boleh dicadangkan adalah pengwujudannya dibuat di bawah Fasal 76(1)(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan. pembentang dengan hormatnya berharap agar pihak-pihak berautoriti negara khususnya Majlis Agama Islam Negeri boleh mengemaskinikan lagi cadangan preliminari ini. k) Pelaburan dana zakat. i) j) l) Kriteria penentuan hadd kifayah. Semoga Allah memberi rahmat kepada mereka yang berusaha ke arah melaksanakan Al-Din dengan penuh rasa ketundukan dan insaf atas masalah umat sejagat yang masih lemah di sana-sini..d) Agihan Zakat perniagaan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Sebarang perlanggaran hak hendaklah dikenakan tindakan bagi mempastikan Al-Din dimartabatkan ke tempat yang sepatutnya. f) Agihan Zakat kepada negara-negara luar di peringkat antarabangsa (Jika negeri/negara kutipan sudah mencukupi). sebarang penggubalan yang bersalahan dari sudut undang-undang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Penerimaan dan penyelarasan dana/geran pemberian Kerajaan kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk zakat. n) Penerimaan dan penyelarasan sumbangan badan-badan korporat dan institusi yang mengeluarkan dana zakat kepada fakir miskin dalam merealisasikan tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility) mereka. terima kasih. Jika tidak.. Tanggungjawab pemerintah dalam mempastikan penunaiannya hendaklah dilaksanakan sewajarnya menerusi. 21 . dapat dikatakan bahawa apa yang dicadangkan di sini hanyalah suatu cetusan idea awalan semata-mata. Justeru. Pemakaian mana-mana mekanisme perundangan dan kuasa lain boleh juga digunapakai jika dilihat wajar dan bersesuaian. Ianya perlu dilihat sebagai suatu tanggungjawab yang sah dan perlu direalisasikan demi manfaat ummah keseluruhannya dengan prioriti kepada masyarakat setempat yang memerlukannya. e) Agihan Zakat kepada negeri-negeri lain di Malaysia (Jika negeri kutipan sudah mencukupi). di mana Parlimen adalah dibenarkan menggubal undang-undang yang terletak di bawah Senarai Negeri untuk maksud mengadakan persamaan undang-undang di antara dua buah negeri atau lebih [76(1)(b)] ataupun apabila diminta sedemikian oleh manamana Dewan Negeri [76(1)(c)]. Apa yang pasti adalah zakat merupakan suatu liabiliti keagamaan yang perlu ditunaikan tanpa sebarang kompromi. antara lain kodifikasi undang-undang dan penguatkuasaannya. o) Dll. Di akhir bahagian ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful