BAB1:PENDAHULUAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna

mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan & bahasa, kurang upaya mental(kerencatan akal), kurang upaya fizikal & kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi & tingkah laku serta pintar cerdas. Selain itu, masalah kanak-kanak hiperaktif juga tergolong dalam kanak-kanak yang berkeperluan khas dimana ia juga adalah satu masalah yang dihadapi oleh ibubapa diluar sana. Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan urat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih

1

menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif . Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa . Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesional -profesional yang terlatih. Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) lebih berkesan ,Perlu ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach )dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka. Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan . Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini . Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu 2

Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu.rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh .Attention deficit disorder). Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga. BAB2 : KAJIAN LITERATURE Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD . • • • Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti) 3 . kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa . Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Menurut Marityn Friend (2005). Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Bagaimanapun . Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

3% mempunyai ciri-ciri ADHD. dan sedikitnya ada tiga puluh istilah lainnya) didefinisikan sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali. Hiperaktif juga mementingkan diri. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. TANDA-TANDA KANAK-KANAK YANG HIPERAKTIF Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B. Perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. tidak terkendali. kelainan kecil pada otak. tidak bisa berkonsentrasi dan bertindak sekehendak hatinya atau impulsif. A. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan 4 .Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau diam. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. kelainan impuls. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan lain dari yang lain.Kanak-kanak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyik dan tertarik dengan permainan atau mainan yang disukai oleh rakan-rakan lain seusia mereka. Sedangkan hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap aktif. tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak mengikut hatinya). contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan akibat-akibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan. Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Demikian juga James Dobson merumuskan pengertian anak hiperaktif (disebut juga hiperkinensis. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : • • • • • • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.

Hyperaktif Kanak-kanak sering : • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya • • • • • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakap C. rumah. tempat awam • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu 5 .• • • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa B. Menurut kata hati (Impulsiviti) Kanak-kanak akan : • • • • • • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah.

maksud kendiri menurut Huffman (2002) menyatakan daripada pandangan Teori Rogers. Kendiri yang Rendah Menurut Shavelson. suka menyinggung perasaan orang lain. sebahagian yang dikenali sebagai saya. ciri. Ini kerana mereka suka beranganangan dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. kualiti dan tingkah laku merekasendiri. Kesimpulannya. Biasanya pelajarpelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri negatif dalam dirinya sehingga mereka merasa rendah diri dengan orang ramai. Menurut Noran dan Habibah (1997). Manakala menurut Carl Rogers (1902. Hal ini demikian kerana orang ramai asyik memandang serong dan tidak menyokong dan memberi semangat dalam melakukan sesuatu perkara. 6 . komponen personaliti yang utama adalah kendiri ( self ). KESAN-KESAN PELAJAR HIPERAKTIF Kesan hiperaktiif ke atas pelajar kebanyakkannya negatif.Hal ini demikian akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif initidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin hasilnya lebih baik dari orang yang normal.1987). konsep kendiri ialah semua maklumat dan kepercayaan individu terhadap kehidupan mereka. dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya. Selain itu.• • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah. selalu menimbulkan masalah. Selain itu pelajarpelajar yang kendirinya rendah biasanya akan ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh. Sebagai contoh seperti pendaki gunung Everest yang mempunyai kendiri yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam hidup. pentingkan diri sendiri dan sebagainya. kurang tumpuan dalam pelajaran dan terlalu emosional. Hubner dan Stanton (1976) kendiri didefinisikan sebagai persepsi seseorang mengenai dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan di pengaruhi oleh peneguhan yang di terimanya daripada orangorang penting dalam persekitarannya.ciri kendiri negatif ialah tiada keyakinan diri.tidak suka menerima pendapat dari orang lain. pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri yang rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka berupaya merubah diri mereka. selalu merasa tidak puas hati dengan apayang diterimanya. Antara kesan hiperaktif ialah mempunyai sifat kendiri yang rendah. suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari. Menurut Rogers lagi individu yang kurang sihat mentalnya atau tidak dapat menyesuaikan diri bermula apabila individu mendapati mereka tiada kongruen antara konsep kendiri dan pengalamansebenar yang dialaminya.

Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. Kesannya pelajar yang hiperaktif ini sering ketinggalan sedangkan mereka juga mempunyai daya ingatan yang baik. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan. Hal ini demikian kerana waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif ini sering membuat bising ketika guru sedang mengajar. Gangguan Emosi Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan mengantuk keranamereka telah menggunakan semua tenaganya untuk bermain. kanak. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka bermain berseorangan. sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya.kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana guru tidak pandai menarik minat mereka. Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh 7 . Selain itu mereka juga sering mengganggu pelajar. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Ini menyebabkan mereka tidak fokus dan sering ketinggalan dalam proses pembelajaran.Selain itu. Selain itu.Kurang Tumpuan Dalam Kelas Akibat mempunyai sifat kendiri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan dalam kelas. Hal ini kerana tidak kesemua pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang begitu terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar boleh di sesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari.pelajar yang lain. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu. jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang telah menyebabkan pelajar-pelajar hiperaktif ini tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut. Pelajar. ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Jikalau para guru bijak menarik minat mereka ini akan mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi.

Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. interpersonal.diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yanglebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja.Guru mampu untuk menilai keupayaan.Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan. kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini. minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. cita rasa. Ramlah Jantan. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial. komunikasi. Abdul Aziz Abdul Shukor. belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Selain daripada itu juga. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut (Suppiah Nachiappan. sumbangsaran. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan. 2008). kolaboratif dan sebagainya yangmemberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Di samping itu juga. BAB3 : METODOLOGI 8 . Olehsebab guru dapat memahami aspirasi. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar.

Mohd danish asyik suka bergolek-golek diatas lantai serta bercakap-cakap seorang diri. Dalam pemerhatian juga. Oleh hal yang demikian. Mohd Danish boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain beliau memerlukan banyak perhatian daripadanya. Mohd Danish tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan sering kali melakukan perkara di luar jangkaan kita. Mohd Danish adalah pelajar paling hiperaktif didalam kelas beliau. Perlakuan ini sangat bahaya dan ia juga boleh membahayakan kawan-kawan sekelas beliau. 9 . pakar psikologi menyatakan bahawa keadaan ini boleh berlaku akibat dari masalah kekurangan daya tumpuan. Puan Azura berkata. Hal ini membuatkan Puan Azura sangat risau dengan tingkahlaku mohd Danish disekolah mahupun di rumahnya sendiri. Mohd Danish berkelakuan sama sepertimana beliau berada disekolah dan akan pasif apabila beliau tidur. KAMAL UMUR: 6 TAHUN Kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan menunjukan bahawa masalah hiperaktif yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki adalah ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Kamal berusia 6 tahun yang mempunyai masalah kanak-kanak hiperaktif. sentiasa mesembunyikan diri di dalam tandas dan bermain benda-benda tajam. Dirumah. ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sering kali terganggu. Puan Azura telah pun membawa Mohd Danish pakar psikologi namun kelakuan beliau masih lagi seperti biasa. menggunting bahan-bahan bantu mengajar dalam kelas. tetapi ibunya sendiri mendapati sangat sukar hendak mendisplinkannya.TEMU BUAL NAMA: MOHD DANISH AKMAL B. saya ada menemu bual ibu kepada mohd Danish ini iaitu Puan Azura. Beliau tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. emosi . Seperti contoh. kognitif dan bahasanya. Puan Azura berkata beliau selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengendahkan sesiapa disekelilinganya.kanak ini meneruskan perkembangan sosial . Saya telah membuat kajian dan pemerhatian terhadap seorang kanak-kanak iaitu Mohd Danish Akmal b. Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak .

ibu Mohd Danish berharap agar anaknya dapat dikawal tingkah lakunya kerana ini akan menyebabkan pembelajaran anaknya akan terganggu dan akan menjadi lebih teruk jikalau masalah anaknya tidak dapat diselesaikan. kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan-rakan seusianya. Disamping itu. Anak hiperaktif sukar duduk diam. Oleh itu. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang diluar jangkaan dan memalukan. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas .masalah pembelajaran khusus atau kekekokan.kanak yang mengalami gangguan kelakuan. mereka bersifat berani.kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri . Oleh itu keadaan . Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya samada merbahayakan dirinya atau orang lain. kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. BAB4 : PENEMUAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF 10 . Pada pendapat saya. Memahami sifat hiperaktif anak penting bagi membantu ibu bapa mengendalikannya dengan baik. Berikut adalah riwayat seorang kanak . Perkataan yang diungkapkan oleh anak hiperaktif ditambah dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang boleh memalukan rakan-rakan kita di dalam sesetengah keadaan. Kanak . tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri.keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya .

gagal menyiapkan kerja sekolah.kerap membuat kesalahan akibat kecuaian. tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya. dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan. pemarah dan pembangkang. kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya . Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan 11 . Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat . rumah dan rakan rakan. Adakalanya . Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah. keras kepala. sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai ciri-ciri berikut: • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil. Oleh itu . Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial. Adakalanya . kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. sukar mengatur tugasan.Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive.tidak suka dan enggan melakukan tugasan. • • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah. kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau .

buku. Selain itu.satu ( one -to -one opproach ). tugasan sekolah. kurang sabar danhadapi kemalangan. mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK YANG HIPERAKTIF Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. sering mengganggu atau mencelah perbualanorang lain. pemadam. Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Menurut kajian perubatan rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi penyebab masalah perilaku hiperaktif ini kepada anak anda. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti. Adalakanya. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif. Keputusan ujian menunjukkan kanak-kanak hiperaktif ini mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. mainan dansebagainya) . Faktor-faktor 12 . Selain daripada itu juga. Pelajar akan mengalami masalah untuk mengatur tugas serta aktiviti-aktiviti. hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua. ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalahseperti selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan. masalah ketika menunggu giliran. Kanak-kanak sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanakkanak tersebut. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi. tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatutugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) danselalu kehilangan barang (misalnya pensil. Manakala melalui tempoh tumpuan pelajar yang singkat pula akan menunjukkanciri-ciri seperti sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap perkara yang rumitatau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktivitilain.Tumpuan pelajar hiperaktif juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti kesatu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikutusia.Disamping itu juga. pelajar tidak akan mematuhi arahan dan gagal untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja harian. perubahan tempat tinggal.

Jika kita lihat pada faktor genetik. ibubapa atau saudaramara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akandiwarisi oleh anak-anak mereka juga. Hal ini seterusnya akanmenyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalamimasalah hiperaktif. 2. Faktor Genetik Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan perananyang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD). penyakit berat. ibu yang terlalu muda. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah. faktor neurologik adalah merupakan 13 . Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan. Selain daripada itu. dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yangnormal. 2009).Pelajar Hiperaktif Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif dikalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.distress fetal. sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahlikeluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula. Dalam hal ini. Terdapat sesetengah hiperaktif (ADHD) adalahdipengaruhi oleh faktor genetik. tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif.Pergolakan dalam jiwa. cedera otak dan sebagainyasecara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Menurutnya lagi. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepadaanak anak lelaki mereka. jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan. secaratidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebihcenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid. 1. kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosionalsekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hperaktif. ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah sepertigangguan otak akibat sulit saat kelahiran. Dalam hal ini. Oleh itu. ibu yang merokok dan meminumalcohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalahhiperaktif ( Norman Supadma. Dalamkonteks ini. kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif. Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibusemasa hamil. 2009).

Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa. perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Namun begitu. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini. anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Faktor Kultural dan PsikologiTerdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah faktor kulturul danfaktor psikologi iaitu pemanjaan. kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Menurutnya lagi. anak-anak yang terlalu dimanja oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka ingin kan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Natijahnya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka. kurang disiplin dan pengawasan dan oreintasikesenangan. Pada hakikatnya. Oleh itu. maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam 14 .masalah-masalah yang dihadapi oleh ibusemasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua.membiarkan sahaja dan sebagainya. pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis. a) Faktor pemanjaan Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). memujuk-mujuk makan. faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan.

asyik dengan aktivitinya sendiri. 15 . • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Namun begitu.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau. sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkahlaku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak. 2010) RAWATAN Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. Berikan pujian dengan spesifik/tepat.kanak berkelakuan dengan lebih baik. terlalu resah.sekolah. Pemulihan Intervensi tingkah laku Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah : • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun.di klinik dan di rumah dan sebagainya)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid Bin Arshat. Pada hakikatnya. tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi (di sekolah. hilang berat badan dan gangguan tidur. contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan. perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Seterusnya. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan.

Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti. • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di 16 . Permasalahan dalam ruangan aktiviti pembelajaran didalam kelas merupakan satu bentuk kelemahan yang harus diambil pendekatan yang terbaik agar setiap isi ruang yang ada didalam kelas mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. merupakn sebahagian daripada proses pertumbuhan yang dihadapi oleh murid.• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Masalah ini mungkin akan dihadapi oleh mereka yang muda dan yang lebih dewasa. dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. terapi pemakanan. Namun masalah ini dihadapi dalm jangka masa yang pendek. BAB5 : KESIMPULAN & CADANGAN Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. • • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy). Lask (1985) menyatakan terdapat beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh murid yang berada di sekolah.

membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka.pengorbanan masa. Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. tenaga dan kewangan.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para dirumah. Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan.mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakitpenyakit pada zuriat mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Pasangan ibubapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian. Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya. Ini memerlukan kesabaran. Pencegahan lebih penting dari rawatan. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas 17 . Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Sebaliknya. adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap). Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan .

hiperaktif atau gangguan tumpuan (ADHD) adalah merupaka nsalah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang sering melakukan 18 . Secara keseluruhannya. Cara atau keadah permerhatiaan ialah dengan menempatkan pelajar di bangku yang terdekat dengan guru dan juga diantara anak murid yang tenang. Keadaan ini akan menganggu ruang danmasa aktiviti pembelajaran. Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Car asebegini akan membolehkan setiap pergerakan yang dibuat oleh pelajar hiperaktif tadi dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketika itu juga guru dapat memainkan peranan untuk mengajar anak murid yang lain kerana pelajar hiperaktif tadi terletak dekat dengan guru sekaligus ini akan mengurangkan kadar pengawalan yang menyeluruh dan akan membolehkan aktiviti bilik darjah dapat dijalankan dengan lancar. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan diagnosis. ini bagi membolehkan guru memberi perhatian dan pengawasan yang penuh. Guru digalakkan selalu memberi pujian kepada pelajar yang hiperaktif apabila mereka berada dalam keadaan tenang kerana ini akan meningkatkan semangat mereka.Pada cadangan saya semua pihak perlu mengambil pendekatan yang terbaik untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah hiperaktif ini. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka dirumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Sifat semulajadi yang ada pada pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya yang agak menebal. Pendekatan dianogsis yang seterusnya perlu dibuat oleh guru dengan mengelakkan pelajar ditempatkan berhampiran dengan jendela atau pintu yang terbuka dan juga gambar atau lukisan yang berwarna terang kerana ia akan merangsang pergerakan mereka. Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Menyingkirkan perlengkapan yang tidak diperlukan di meja belajar supaya perhatian mereka tidak terganggu oleh objek lain. Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurang tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru dapat mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik. membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah laku pelajar dari masa ke semasa. Diagnosis membawa maksud perawatan yang diberikan dalam bentuk kita perlu mengenal pasti corak tertentu tingkah laku.

Semua pihak perlu terlibat sama dalam membantu menanggani masalah yang dihadapi oleh pelajar hiperaktif dan tidak hanya menunding jari terhadap masalah tersebut. Dalam konteks ini. Oleh kerana masalah ini bukan merupakan masalah yang ringan. masalah hiperaktif ini merupakan satu msalah yang seharusnya dapat dielak daripada berlaku.tindakan di luar batasan terutamanya di dalam sekolah. ibu bapa seharusnya bijak dalam mencari resolusi yang baik dalam mendidik anak-anak. 19 Perguruan. tumpuan belajar dan sebagainya. banyak masalah yeng telah timbul akibat daripada masalah hiperaktif yang telah dialami oleh kanak-kanak atau pelajar.Shah . namun ia juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada orang yang berada disekeliling mereka. Oleh itu. Dalam hal ini. Hal ini boleh dirumuskan bahawa faktor yang paling banyak mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif ini adalah melibatkan faktor kekeluargaan seperti faktor genetic dan caracara ibu bapa mengawasai anak-anak. P sikologi P ersonaliti. Psikologi Pendidikan Untuk Alam : Karisma Publications Sdn. maka pelbagai resolusi telah dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlaku.masalah-masalah yang berlaku ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada pelajar hiperaktif. Bhd. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada hakikatnya. Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001).Sehubungan dengan itu. orang yang paling dekat dan paling mudah menerima kesan ini adalah rakan-rakan satu kelas dimana keadaan mereka yang hiperaktif akan menganggu masa belajar rakan kelas mereka. Bak kata orang “ menggelak lebih baik daripada merawat´. RUJUKAN Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). Terdapat pelbagai faktor yangtelah dibincangkan dalam tercetusnya masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak ataupun pelajar.

Emotional Intelligence. P sychology in Action. USA: John Wiley & Sons. Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007).net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anak-t1540.com/doc/21251028/Membimbing-Anak-Hiperaktif.forumotion.htm.scribd. Diperoleh pada 6 September 2010. Norman Supadma (2009). Diperoleh Pada 30 Ogos 2010. Membimbing Anak Hiperaktif . New York: Bantam. D (1995).htmlHuffman. daripadahttp://bali. Karen (2002). LAMPIRAN 20 .hamidarshat. Hiperaktif P ada Anak . Hamid Bin Arshat (2010). Diperoleh pada 14September 2010.Raihanah Abdullah (2004). K anak-kanak yang Hiperaktif . Anak Hiperaktif Berkurang Apabila Umur Meningkat. Goleman. daripada http://www.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanakkanak-yang-hiperaktif. daripada http://www.

21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful