You are on page 1of 15

1

KESAN KEFAHAMAN INTEGRITI TERHADAP KUALITI KERJA ANGGOTA

POLIS : SATU KAJIAN DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN TERENGGANU

Oleh

Agku Bolkhizan A Ahmad Thani

Abstrak

Tujuan kajian tinjauan ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan

penghayatan integriti, 2) Keberkesanan amalan integriti, dan 3) Unit yang

bertanggungjawab memberi kefahaman integriti terhadap anggota polis. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual ke atas 5 orang anggota polis

berpangkat rendah dan 5 orang anggota polis berpangkat tinggi yang diambil secara

rawak bagi mendapatkan kesahan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti

pemberi maklumat memahami dan menghayati maksud integriti yang sebenar. Keputusan

kajian juga menunjukkan terdapat unit yang telah ditubuhkan bagi memberi kefahaman

integriti. Hasil kajian memberi implikasi kepada usaha pemantapan integriti dikalangan

anggota polis IPK terengganu khasnya dan PDRM amnya.

1

Pellegrino ( 1990 ). Integriti secara keseluruhannya pula ditakrifkan sebagai pengetahuan. pula memberikan takrifan yang lebih mudah iaitu kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang dalam setiap ucapan dan tindakan seseorang. Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh. Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi. penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi (Jamiah Manap et. 2 . al. sempurna dan kesatuan yang teguh ( Widang dan Fridlund. 2 LATAR BELAKANG Integriti merupakan satu konsep yang kompleks ( Widang dan Fridlund. 2005). Takrifan Roberts ( 1994 ) selari dengan Musschenga ( 2001 ) yang menakrifkan integriti sebagi konsistensi dan koherensi dalaman keyakinan seseorang dengan penyataan dan tindakannya ( Musschenga 2001 ). komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy. merujuk integriti sebagai tahap atau keadaan keseimbangan di antara ruang pribadi ( privacy ). autonomi dan nilai individu. 2004). Roberts ( 1994 ). 2003 ). kesedaran. komitmen terhadap nilai peribadi. 2003 )..

2005 ). 3 . nilai. individu akan berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap nilai yang dipegang dalam setiap tutur kata dan tindakannya. motif atau niat yang betul.. kepentingan dan tujuan integriti dengan jelas dan mendalam. penghayatan nilai-nilai murni dan komitmen terhadap nilai tersebut ( Jamiah et. Oleh itu.al. Ilmu ini kemudiannya akan memberikan kesedaran untuk menghayati nilai integriti bagi mencapai kecemerlangan diri dan organisasi. Apabila nilai tersebut telah sebati dengan jiwa individu. Motivasi yang kuat dan matlamat yang teguh ini kemudiannya akan mendorong individu untuk menghayati nilai-nilai integriti secara mendalam dan menjadikan ianya sebagai nilai yang sebati dengan dirinya. Ilmu merupakan teras utama integriti. Ilmu dalam konteks ini adalah pegetahuan dan kefahaman tentang falsafah. individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya. 3 Rajah 1 : Model Integriti Rajah 1 menunjukkan model integriti yang merangkumi empat komponen penting iaitu ilmu.

hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia. 2001). Mikulay dan George. 2004). memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George. 2003). 2000). 2000). vandalisme. 2001 mencadangkan pengambilan individu berintegriti tinggi untuk meminimumkan kadar kaunter produktif di tempat kerja (Mikulay & George. keseronokan bekerja. kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham. kejayaan kerjaya dan kewangan. Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et. Sebaliknya. marah atau tidak berpuas hati (Mehrabian. 2003). Kejayaan emosi merupakan pengaruh untuk menjadi gembira. Kejayaan kerjaya dan kewangan didefinisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal kebiasaan perbelanjan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang (Mehrabian. Sehubungan itu. kecenderungan melakukan aktiviti yang 4 . kejayaan kerja. kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf (Mehrabian. puas hati atau tenang dan sebaliknya risau.. Antara tingkah laku kaunter produktif tersebut adalah mencuri. dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap kerjaya seseorang berbanding kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat dipercayai. 2001) dan bebas daripada tingkah laku kaunter produktif (Mikulay & George. Integriti mempengaruhi kejayaan emosi. Kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti tinggi. 2001). 2001). 2000). 2003 dan Mikulay & George. Al. Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund. cemas.. kecewa. kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones et. 4 Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan anggota polis. Al.

keharmonian dan hubungan yang menggembirakan dengan rakan. 5 dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan (Mehrabian. Individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. 2000). pula menyarankan agar individu menyerlahkan kreativiti. tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang lain (Koonce. individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin. Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk menentukan sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang merosakkan dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widäng & Fridlund. 1998) untuk menjana integriti diri mereka. Aristotle berpendapat adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan (Wakin. 1996). 1996). 2000). saudara mara dan pasangan berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik. melakukan perkara yang betul. penyalahgunaan arak. 2003). Koonce (1998). pertentangan. rakan sekerja. Menurut Aristotle. diet yang sihat dan rehat yang mencukupi) dan penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan pengabaian kesihatan dengan kekurangan nutrisi. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek kebiasaan berorientasikan kesihatan (seperti senaman berterusan. 5 . Kejayaan dalam perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum. perpisahan dan kesengsaraan. kekecewaan. tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor. tembakau dan penagihan dadah serta kekerapan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat penyakit kesilapan sendiri (Mehrabian. Oleh itu.

1996). bertaqwa kepada Allah serta memantapkan aqidah dan akhlak tepuji. berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif. Pembangunan integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham. 6 Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. individu perlu mengawal hawa nafsu. 1996). Organisasi pula perlu mematuhi kod etika Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam. Kamal Hasan.dan konteks organisasi atau jabatan. Namun pengkaji berpendapat perlu dilakukan kajian sebegini bagi memantapkan lagi 6 . Menurutnya. Di Malaysia. dalam konteks peribadi. tidak terdapat satu kajian yang khusus mengenai integriti anggota polis. yang menekankan kepada pendidikan sebagai pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri. menyucikan hati. secara dasarnya integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid (M. M. 2001). mengemukakan penyelesaian kepada kemelut integriti dalam konteks pribadi. 2004). Beliau kemudiannya menyimpulkan. Kamal Hasan (2004). 2004). Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George. Pendapat ini selaras dengan Musschenga (2001). Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap pembangunan profesional (Wakin. Komuniti menentukan kelayakan dan standard kecekapan ahli (Wakin.

Pemberi Maklumat Kajian Pemberi maklumat kajian ini terdiri daripada 10 orang anggota polis IPK Terengganu yang diambil secara rawak dari pelbagai unit dan pangkat. Instrumentasi Kajian Instrumen kajian ini menggunakan kaedah temubual yang berbentuk semi-struktur. 7 integriti anggota polis di IPK Terengganu khususnya dan seluruh warga PDRM pada amnya. dan 3) Unit yang bertanggungjawab memberi kefahaman integriti terhadap anggota polis. 7 . Data-data dipungut melalui kaedah temubual. Soalan temubual ini terdiri daripada 3 bahagian bagi mengukur pemboleh ubah yang dikaji. 2) Keberkesanan amalan integriti. REKA BENTUK KAJIAN Kajian tinjaun ini merupakan kajian eksperimental yang menggunakan data-data kualitatif. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan penghayatan integriti.

dan ketiga. data bagi kajian ini dianalisis melalui jawapan-jawapan pemberi maklumat dihuraikan berdasar kepada definasi dan ciri-ciri yang terdapat dalam integriti. anugerah dalam organisasi. kedua. kedua. Prosedur Kajian Pemberi maklumat menjawab soalan-soalan berdasarkan instrumen yang dibina dalam bilik tetamu secara bersemuka dengan pengkaji. Analisis Data Disebabkan kajian ini merupakan kajian eksperimental. kefahaman integriti dan konsep ’integirti amalan kita’. ketiga. 8 Bahagian A mengandungi 3 item bagi mengukur pertama. kesan kejatuhan integriti dan keempat. Jawapan direkod melalui rakaman video bagi mendapatkan reaksi sebenar pemberi maklumat. Bahagian B pula mengandungi 4 item utama bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan signifikannya dengan item-item bahagian A. Bahagian C mengandungi 1 item sahaja bagi pengumpulan data mengenai maklumat unit yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti integriti. 8 . punca kejatuhan integriti. penglibatan diri dalam aktiviti pembentukan integriti. Masa untuk menjawab soalan- soalan yang dikemukan tidak terhad. hubungan antara keluarga dan rakan sekerja. Item pertama mengukur nilai dan etika yang diamalkan ketika bertugas.

setiap unit akan diberikan sesi kaunseling dan kewajipan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut walaupun aktiviti tersebut dianjurkan oleh pihak IPK Terengganu sendiri mahupun dari jabatan lain seperti JAKIM. 2008). Walau bagaimana pun hanya terdapat sekumpulan kecil yang masih tidak memahami dan menghayati konsep ’integriti amalan kita’ iaitu dari unit trafik kerana selalu didorong dengan pemberian yang tidak sepatutnya diterima ketika menjalankan tugas. Ini menunjukkan hasil usaha pihak IPK Terengganu telah berjaya meningkatkan integriti dalam jiwa setiap anggotanya. Hasil kajian juga mendapati peratus pengambilan rasuah dan tindakan tatatertib telah berkurangan berdasarkan statistik yang diterima (Buletin PDRM. 2) Keberkesanan Amalan Integriti Aktiviti-aktiviti dan bengkel-bengkel pemantapan integriti pada masa kini giat dijalankan di IPK Terengganu dan daripada maklumat yang diterima. Ini adalah disebabkan penglibatan mereka dalam aktiviti keagamaan dan bengkel pemantapan integriti yang telah dianjurkan oleh pihak IPK khususnya dan PDRM amnya. 9 . 9 HASIL KAJIAN 1) Tahap Kefahaman Dan Penghayatan Integriti Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pemberi maklumat memahami maksud sebenar integriti dan telah menghayatinya dengan mengamalkan setiap nilai dan etika yang terkandung dalam integriti.

Masalah timbul apabila terdapat perbezaan nilai yang dipegang oleh individu dan masyarakat di sekitarnya. Situasi ini menjadi bertambah parah apabila pertembungan di antara nilai-nilai timur dan barat dalam era globalisasi dan glokalisasi berlaku tanpa kekuatan personaliti dan jati diri. Pellegrino (1990). 10 . PERBINCANGAN Integriti secara umumnya merujuk kepada kesatuan di antara nilai dan tingkah laku. pihak PDRM telah menubuhkan satu unit khas bagi menangani masalah integriti dikalangan warga PDRM iaitu bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama JAKIM. Roberts (1994) dan Musschenga (2001) melihat integriti sebagai keselarasan nilai dalaman dengan tindakan seseorang. Menurut hasil maklumat yang diterima. Sejak penubuhannya pada Julai 2007 telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi memantapkan integriti setiap warga PDRM. perlaksanaan konsep bina ihsan dan sebagainya. 10 3) Unit Yang Bertanggungjawab Memberi Kefahaman Integriti Terhadap Anggota Polis. Contohnya pertandingan tilawah Al-Quran. Perbezaan nilai ini kemudiannya menimbulkan konflik yang akan menggugat kesejahteraan individu dan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa penubuhan BAKA telah memainkan peranannya dengan membuat pelbagai aktiviti bagi meningkatkan integriti setiap anggota PDRM. mewujudkan sistem pengurusan aduan.

1985). 1985). Institusi pendidikan melalui konsep tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) perlu bergabung dengan institusi lain untuk menggilap aspek positif iaitu taqwa dan menyingkirkan aspek negatif iaitu fujur. Oleh itu. Kesempurnaan ibadah tercapai apabila berjaya mencetuskan akhlak yang mulia (Muhammad Al-Ghazali. Menurut Yusuf Al Qardawi (1985). 1985). orang yang beragama pada umumnya dan orang yang mempercayai aqidah islam khususnya tidak merasa terpaksa atau didorong oleh kekuasaan pemerintahan atau paksaan dari luar ketika melakukan sesuatu pekerjaan dunia. Cara terbaik bagi meningkatkan integriti ialah amal soleh. Pendidikan berterusan juga adalah mekanisme paling teguh di dalam pembentukan akhlak kerana setiap manusia memiliki potensi untuk cenderung ke arah fujur atau taqwa untuk diperkembangkan. Ibadah memantapkan iman dan seterusnya memelihara fitrah manusia dengan menundukkan hawa nafsu agar terdorong kepada akhlak yang mulia. Amal soleh adalah proses penyucian jiwa sebagai persiapan untuk mencapai kesempurnaan kendiri (Muhammad Al-Ghazali. ibadah yang tidak membuahkan akhlak tidak mempunyai nilai taqwa (Muhammad Al-Ghazali. 11 Walau bagaimana pun kematangan akhlak berlaku secara bertahap (Muhammad Al- Ghazali. Proses tazkiah terangkum di bawah taklif Ilahi yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu taklif berbentuk suruhan dan amal soleh serta taklif dalam bentuk larangan dan tegahan bagi tujuh pancaindera manusia. Tujuan ibadah adalah untuk membentuk ketaqwaan diri kepada Allah (Surah Tho Ha: 132). Mereka bekerja kerana kehendak jiwanya dan dorongan dari hatinya iaitu 11 . 1985).

Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan melahirkan anggota polis yang berintegriti tinggi di dalam organisasi. Anggota polis yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi PDRM. kesedaran. Dapatan ini menyokong definasi sebenar integriti iaitu “pengetahuan. Dapatan kajian ini menunjuk kefahaman dan penghayatan integriti memberi kesan kepada pembentukan kualiti kerja anggota polis. Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah mengikut masa dan situasi. 2005). psikososial mahupun intelek. Integriti yang tinggi di kalangan anggota polis ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal. 12 . al. penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai- nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi” (Jamiah Manap et. 12 mempercayai Allah dan risalahnya dengan mengingatkan diri akan tanggungjawab yang diberikan dan kewajipan dari Tuhan agar memakmurkan bumi dan menguasai alam. Justeru. anggota polis sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan integriti mereka manakala PDRM perlu melakukan pemantauan.. IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil kajian ini menunjukkan perlunya model Pemantapan Integriti anggota polis dipertingkatkan lagi dari masa ke masa.

13 . sehubungan itu PDRM digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan anggota polis berintegriti tinggi ke dalam organisasi seperti mahasiswa dari pengajian islam atau dari sekolah yang mendalami ilmu agama kerana jiwa mereka telah dididik dan diasah sejak mula lagi agar mempunyai nilai-nilai integriti yang tinggi ketika berada di alam pekerjaan. Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana anggota polis yang tidak mempunyai integriti berkecenderungan mempengaruhi anggota lain untuk melakukan kesilapan yang sama samaada secara langsung atau tidak langsung. 13 menyediakan persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke masa. Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu.

Jamiah Manap et. N. Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004. al. 14 RUJUKAN Muhammad Al Ghazali: 1985. Counterproductive Workplace Behaviors. and George.. Kuala Lumpur . 87567547. 14 . Vol. Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Training & Development. Dr. Vol. (1998). Dewan Pustaka Fajar. Aug2001. L. Hardingham. p127.. 52 Issue 3. Akhlak Seorang Muslim. p19. Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global.. Vol. 8p Koonce. Iman Dan Kehidupan. (2004). (2004). S. 127. R. B. (2001). F. Kolokium Pengukuhan Integriti. Social & General Psychology Monographs. Mikulay. Jul 2005. wicaksana. Mar98. L. Yusuf Al Qardawi: 1985. Nursing Philosophy. Issue 3 M. (2005). Integrity and Moral Residue: Nurses as Participants in a Moral Community. 1bw. 1p. 5 Issue 2. Practice Your Own Successful Habits. semarang. Jul 2004. Jurnal Integriti. Indonesia . Kamal Hassan. Genetic.

Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success Potential or ‘Emotional Intelligence’.1046/j. (2001). W. W. DOI: 10.2003. (2003). Vol. Vol. Widang. (1996).. I. 126 Issue 2. Airpower Journal. (2000). May2000.02578. Summer96.. (1994). 08970823. Viswesvaran. Dignity and Confidence: Conceptions of Integrity Among Male Patients. p47. D.. B. Vol. Airpower Journal. S. No.. Self-respect.. and Fridlund. M. A. 15 Mehrabian. Mar/Apr2003 Supplement 1. 2001 Ones. Vol.. 107p Musschenga. A. 4 charts Roberts. Summer94. Vol. Apr2003. (2003). dan Schmidt. Core values in a Quality Air Force. Vol. Wakin. Issue 2 15 . p133.1365-2648. pS19. 10. L. Personality and Absenteeism: A Meta-Analysis of Integrity Tests European. Journal of Personality. Journal of Advanced Nursing. 2. Genetic. Issue 2. 1p. Education for Moral Integrity.. 8. 35. Social & General Psychology Monographs. B. 42 Issue 1. Professional Integrity. The Journal of The Philosophy of Education. C. A. 10p. F. 17 Issue 2.