You are on page 1of 18

FAKTOR KETIDAKBERKESANAN KHUTBAH JUMAAT DIKALANGAN

JEMAAH DI MASJID UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM),

KAMPUS KUSZA.

Oleh

WAN JAMILUDDIN BIN WAN IBRAHIM

Abstrak

Tujuan kajian tinjauan ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Tahap kefahaman dan

penghayatan masyarakat terhadap khutbah jumaat, 2) faktor ketidakberkesanan khutbah

, dan 3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah

dikalangan jemaah . Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual

ke atas 5 orang jemaah di masjid UDM selepas solat jumaat yang terdiri dari pelbagai

latarbelakang dan usia yang diambil secara rawak bagi mendapatkan keesahan kajian.

Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pemberi maklumat memahami dan

menghayati peranan khutbah yang sebenar. Keputusan kajian juga menunjukkan

terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan khutbah jumaat. Hasil

kajian memberi implikasi kepada usaha dan langkah bagi meningkatkan keberkesanan

khutbah jumaat dikalangan jemaah masjid UDM khasnya dan seluruh masyarakat islam

amnya.

1

khutbah pada solat dua gerhana ( bulan dan matahari ). Antaranya khutbah al-diniah. terdapat beberapa jenis khutbah yang boleh dikategorikan mengikut mauduk. LATAR BELAKANG Pengertian khutbah: Berasal dari perkataan arab yang membawa pengertian pidato atau perucapan umum atau disebutdidalam lisan Al-Arab sebagai kata-kata yang diucapkan oleh seseorang. Dalam mazhab Syafie. tetapi merangkumi semua aspek kehidupan seperti soal-soal ekonomi. muhadharat dan siasah. khutbah pada solat minta hujan. Khutbah dari segi istilah ialah himpunan undang-undang dan peraturan yang mampu menyakini pandangan dalam sebarang topik yang dikehendaki berdasarkan kesahihan mesej yang di sampaikan sehingga membolehkan mesej itu diikuti atau tidak. Dalam konteks tradisi bangsa Arab khutbah yang merujuk kepada pidato atau perucapan umum selalunya tidak menghadkan maudhuk hanya kepada perkara-perkara yang bersifat ritual keagamaan. Bagaimanapun mengikut praktikal masyarakat melayu.(Ali Mahfuz 1984:13) Dalam syariat islam. imlak. bentuk penyampaian dan suasana sesuatu majlis. wahafil. khutbah yang disyariatkan oleh islam ialah khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha). wasiat. politik dan kehidupan sosial masyarakat. baik di Malaysia maupun di Indonesia seperti yang disebut oleh Kamus Dewan “ merujuk kepada pidato atau syarahan yang lazimnya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan “. jihad. 2 . khutbah nikah dan khutbah pada kegiatan ibadat haji.

Khutbah jumaat ialah khutbah yang disampaikan sebelum melaksanakan ibadah sembahyang jumaat. Biasanya khutbah berlangsung dalam jangka masa dua puluh atau dua puluh lima minit termasuk solat jumaat. Kemudian baginda memberi peringatan agar supaya jemaah tenang dan bersiap sedia mendengar khutbah. Khutbah jumaat adalah salah satu bentuk dakwah yang diutarakan dengan lisan. Syariat telah mengaturnya dengan ketentuan- ketentun yang jelas.w melakukan beberapa kebiasaan iaitu sebelum berkhutbah Rasulullah mengemukakan serangkai pengantar seperti memberi peringatan. Maka sebaiknya dipilih kata-kata yang mudah.a. Rasulullah s.Khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya (Idul Fitri dan Idul Adha) lebih dikenali sebagai khutbah al-diniah dan menjadi fokus kepada perbincangan ini. Khutbah salah satu ketentuan ibadah wajib. Waktu berkhutbah sangat singkat dan hendaklah dimanfaatkan dengan khusyuk dan penuh ketenangan. seperti mana Rasulullah ketika memasuki masjid baginda memberi salam kepada jemaah dan menghadapkan wajah baginda kepada mereka.khutbah jumaat menepati kedudukan yang tersendiri dalam rangka ibadah jumaat. Bahkan ada pula yang lebih pendek dari itu. Sebab hal yang demikian tidak akan berkesan sedikit pun dalam hati. 1978 ). Chadidjah nasution. Dalam mengutarakan khutbah jumaat itu.. 1983 ). Baginda sering mengingatkan para 3 . Khutbah dikenal secara meluas dikalangan masyarakat pada zaman jahiliah. jangan terlalu berleter-leter. Khutbah sangat diperlukan untuk mendorong semangat para parajurit. Tiap-tiap kabilah ada ahli khutbah dan penyairnya yang tersendiri ( Dra. tersusun dan teratur rapi. Para khatib yang bijaksana tentu akan dapat mengatur waktu itu. Imam Nawawi mengatakan : ” disunatkan khutbah ini dengan kata-kata yang fasih dan lancar. Sesuai dengan situasi dan keadaan secara majmuk. mudah difahami. singkat dan padat ( Abd manan Khadim.

Maka untuk mengatasi masalah tersebut digunakan pembesar suara. Dan ditambah tiga hari lagi sesudah jumaat berikutnya itu. Seorang khatib haruslah ingat bahawa penulisan teks ialah 4 . Khutbah pada mulanya seorang khatib akan menyampaikan khutbah secara spontan. Dan kadang-kadang jumlah jemaah yang sembahyang jumaat terlalu ramai sehingga khutbah tidak dapat didengar oleh jemaah yang berada disaf belakang. Khatib dipilih dari mereka yang mempunyai bakat kemampuan terutama bahasanya. Kemudian Rasulullah mengemukakan mukaddimah khutbah. Hal ini kemudian berubah khatib sudah tidak menghafal Al-quran dan hadis- hadis Rasulullah. Maka untuk mengurangi kekurangan itu. Maka sembahyang jumaatnya itu akan diberi balasannya berupa penghapus dosanya sampai hari jumaat berikutnya. seterusnya berwasiat agar hadirin bertaqwa kepada Allah. khatib mengutip ayat dan hadis yang telah disediakan didalam teks khutbah jumaat. Maka jika Allah menghendaki tentu doanya itu akan dimakbulkan.jemaah dengan hadisnya yang bermaksud : ”apabila kamu berkata kepada temanmu. Rasulullah juga memberi penjelasan tentang orang yang menghadiri khutbah itu ada tiga jenis iaitu yang pertama orang yang datang dan melakukan perbuatan yang menyimpang dari kebenaran. disaat imam sedang berkhutbah” diamlah engkau” maka sesungguhnya kamu sudah tidak dapat pahala jumaat”. Ia hanya mendapat pahala balasan perbuatannya itu. Kedua yang datang sambil berdoa memohon kepada Allah. Ketiga yang datang dengan sikap yang tenang dan diam. Ayat-ayat Al-quran dan hadis sudah mereka kuasai. Ia tidak melangkahi tengkuk orang yang sudah duduk untuk mencari tempat didepan. Dan ia tidak menyakiti sesorang disana. Dalam hadis tersebut Rasulullah memberi peringatn kepada dua belah pihak iaitu yang memulai bicara dan yang diajak berbicara.dan jika Allah tidak menghendaki maka doanya tidak dimakbulkan.

sanjungan dan sebagainya. Bukannya untuk dibaca dihadapan jemaah. 1980 ). Terutamanya mengenai hal mengembangkan perintah Allah. Jangan pula berkhutbah sekadar menuruti nafsu atau untuk kepentingan diri peribadi atau hanya sebagai alat mencapai niat jahatnya ( D’Jaafar Amir. Khutbah juga adalah salah satu bentuk teknik dalam menyampaikan ajaran islam. jemaahnya sudah menyedari tentang kewajipan mendengarkan khutbah. Kemudian khatib harus menginsafi bahawa dia sedang berada dimeja ujian dan para jemaah adalah penguji yang akan menilai setiap gerak gerinya. menggaru bahagian yang gatal. 1981 ). bersenyum dan sebagainya. Maka khatib haruslah menunjukkan muka yang gembira. memasukkan tangan ke telinganya berulang kali dan sebagainya ( Dra. Selain waktunya agak terbatas.menghimpun bahan yang akan disampaikannya dalam khutbah supaya mudah diingatinya dan dapat dilihat kembali kalau lupa. kedudukan. 1978 ). Dalam penyampaian khutbah bukan sahaja memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang kukuh 5 . Oleh itu khatib haruslah mengikut tatatertib dalam menyampaikan khutbah. Chadidjah nasution. bukan dalam bentuk pembacaan. Antaranya seperti dari segi pakaian. Oleh kerana itu setiap khatib harus mempunyai persiapan dan bahan yang cukup sehingga dapat memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan sebaik-baiknya ( Dr’s Hj Moch Rifa’i. Didalam khutbah jumaat juga haruslah diperhatikan dan dipegang teguh prinsip-prinsip khutbah. setelah disempurnakan pakainnya. Jemaah akan mengarahkan perhatiannya kepada reaksi muka khatib. Kerananya orang berkhutbah janganlah bertujuan untuk mencari keduniaan. Seharusnya seorang khatib memakai pakaian yang sopan yang sesuai dengan kebiasaan sesuatu daerah tempat ia berkhutbah. Kemudian. Khutbah harus disampaikan bentuk percakapan. Oleh sebab itu dia harus menghindari segala perlakuan yang tidak elok semasa menyampaikan khutbah seperti memperbetulkan serban.

Khutbah haruslah mengandungi nasihat tertumpu kepada hadirin untuk dibawa ke arah pembinaan rohani yang sihat dan akhlak yang murni. Pengkaji berpendapat. Tidak seharusnya khutbah itu dicampuri dengan kata-kata yang bersifat mencela. atau menunjukkan aib dari seseorang atau golongan. membaca khutbah dari kertas dan sebagainya haruslah dielakkan ( Abd Kadir Abu Faris. menggunakan bahasa yang salah. Amalan-amalan negatif semasa menyampaikan khutbah haruslah dielakkan. kajian seperti ini harus diteruskan dan dibuat secara lebih mendalam lagi bagi mencari kelemahan-kelemahannya untuk meningkatkan keberkesanan khutbah khususnya dalam kontep jemaah dinegara kita ini. membimbing. malah juga memerlukan kepada keberanian dan kepetahan berpidato.dan mantap. penyampaian tidak memuaskan. Antara amlan-amalan negatif tersebut seperti memenjangkan khutbah. memberi petunjuk bagi memelihara rohani masyarakat ( D’Jaafar Amir. tidak menghafal nas-nas Al-Quran dan Hadis. serta harus berjiwa membangun. 1981 ). terdapat banyak kajian yang telah dibuat mengenai khutbah sebagai medium penyampaian dakwah. Di Malaysia. 2003 ). dan hendaklah mempunyai nasihat yang bertujuan membangun. 6 . Namun kebanyakannya tidak dapat diaplikasikan dengan sebaiknya bagi memantapkan keberkesanan dakwah dalam aspek khutbah ini.menumpu kepada aspek-aspek negatif.

Instrumentasi Kajian Instrumen kajian ini menggunakan kaedah temubual yang berbentuk semi-struktur. Data-data dipungut melalui kaedah temubual. 7 . Soalan temubual ini terdiri daripada 3 bahagian bagi mengukur pemboleh ubah yang dikaji. dan 3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah dikalangan jemaah. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti: Tahap kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap khutbah jumaat. 2) faktor ketidakberkesanan khutbah . Pemberi Maklumat Kajian Pemberi maklumat kajian ini terdiri daripada 5 orang jemaah solat jumaat yang diambil secara rawak dari pelbagai usia dan latarbelakang. REKA BENTUK KAJIAN Kajian tinjaun ini merupakan kajian eksperimental yang menggunakan data-data kualitatif.

kedua. data bagi kajian ini dianalisis melalui jawapan-jawapan pemberi maklumat dihuraikan berdasar kepada kefahaman dan faktor-faktor tidak berkesan khutbah dikalangan jemaah. Masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan tidak terhad. Dan kedua. 8 .Bahagian A mengandungi 2 item bagi mengukur pertama. Dan ketiga. kefahaman tentang khutbah dan peranannya. kesan ketidakberkesanan khutbah. Item pertama mengukur samada khutbah yang disampaikan berkesan atau tidak. Bahagian C mengandungi 1 item sahaja bagi pengumpulan data mengenai cara atau kaedah untuk menarik minat jemaah terhadap khutbah jumaat. Jawapan direkod melalui rakaman suara bagi mendapatkan reaksi sebenar pemberi maklumat. Analisis Data Disebabkan kajian ini merupakan kajian eksperimental. Prosedur Kajian Pemberi maklumat menjawab soalan-soalan berdasarkan instrumen yang dibina dalam dewan solat masjis secara bersemuka dengan pengkaji. punca atau faktor ketidakberkesanan khutbah. penghayatan masyarakat terhadap khutbah. Bahagian B pula mengandungi 3 item utama bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan signifikannya dengan item-item bahagian A.

kemasyarakan dan sebagainya yang dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingannya. kurang fasih membaca ayat-ayat al-Quran dan 9 . Seperti mereka kurang bersedia untuk menyampaikan khutbah pada masa tersebut. Namun hanya sedikit sahaja dari jemaah yang menghayati isi khutbah yang disampaikan. HASIL KAJIAN Tahap kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap khutbah jumaat. 1) Tahap kefahaman dan penghayatan khutbah jumaat. 2) faktor ketidakberkesanan khutbah . rasa gemuruh dan gementar. 2) faktor ketidakberkesanan khutbah. Mereka memahami khutbah amat penting dikalangan jemaah kerana ianya mengandungi pelbagai isu-isu agama. tidak menghayati khutbah yang disampaikan. Terdapat pelbagai faktor yang memungkinkan ketidakberkesanan khutbah jumaat antaranya dari segi khatib itu sendiri. Kebanyakan dari kalangan jemaah sering sibuk dengan urusan masing-masing dan tiada masa untuk mendengar isu- isu tersebut. Maka sewaktu khutbahlah merupakan peluang untuk masyarakat mendengarnya walaupun waktunya amat singkat. dan 3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah dikalangan jemaah. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pemberi maklumat memahami konsep sebenar mengenai khutbah jumaat dan peranannya dalam membentuk syahsiah masyarakat. hukum-hukum.

isi kandungan khutbah tidak menarik. Seperti khatib berkhutbah mengenai isu yang tidak disukai oleh masyarakat seperti isu politik dan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. berkhutbah terlalu lama. golongan tidak berpelajaran dan sebagainya yang tidak mampu memahami apa yang disampaikan oleh khatib tersebut. menumpukan kepada aspek-aspek negatif dan menyentuh mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difahami oleh sesetengah golongan seperti golongan yang terdiri dari orang-orang kampung. khatib menggunakan bahasa pasar atau rojak hingga jemaah lain tidak dapat memahaminya. masjid terlalu sempit dan penuh sesak dengan jemaah dan suasana terlalu bising hingga jemaah tidak dapat mendengar khutbah yang disampaikan. orang tua. membaca khutbah dari teks dan tidak melancarkan bacaan khutbah tersebut sebelum disampaikan kepada jemaah. bermasam muka dan sebagainya. berkhutbah terlalu perlahan dan tidak dapat didengari oleh seluruh jemaah. Isi khutbah yang disampaikan juga mendorong kepada faktor tidak berkesannya khutbah tersebut. terlalu uzur dari segi kemudahan.hadis. 10 . Kemudian dari segi keadaan masjid seperti suasana panas. dan khatib tidak berinteraksi atau berkomunikasi dengan jemaah seperti tidak memandang kepada jemaah.

Isi khutbah mestilah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara kerana ianya akan dapat menarik minat jemaah untuk sama-sama menghayatinya. Antara langkah-langkah yang sewajarnya dititikberatkan seperti latihan yang secukupnya kepada khatib. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan mesej khutbah antaranya penggunaan alat multimedia. Seperti penggunaan slide semasa khatib berkhutbah terutama ketika menghuraikan dalil dari Al-Quran atau Hadis. Pihak pengurusan masjid khususnya Majlis Agama Islam Negeri perlu bersikap terbuka dan menangani secara serius akan kemajuan dan perkembangan khatib-khatib selaku pengimarahnya. Mereka perlu didedahkan kepada bimbingan atau kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang dari masa kesemasa. Isi khutbah juga memainkan peranan penting. 11 . Kemudian Penggunaan Alat Multimedia juga penting. Dengan menggunakan alatan multimedia tersebut jemaah dapat menumpuksn lebih lagi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan. Khatib juga haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh seluruh jemaah dan janganlah menggunakan bahasa loghat negeri masing-masing kerana ianya akan menyebabkan khutbah yang disampaikan tidak berkesan.3) langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan keberkesanan khutbah dikalangan jemaah. Nampak jelas sekali perberzaan keberkesanan khutbah antara khutbah yang menggunakan slide dan khutbah yang tidak menggunakan slide.

Para khatib sewajarnya memberi pendedahan pengetahuan agama dan maklumat kejayaan masyarakat islam yang berilmu. Masyarakat dipendalaman atau dipulau-pulau contohnya: kehidupan mereka dipandu oleh pemimpin agama ( khatib ) yang berwibawa bergelar imam. Hubungan diantara khatib dan pendengar juga sedia terjalin melalui penghormatan yang diwujudkan atas rasa keketuan dalam bidang keagamaan dalam kariahnya. Tugas khatib untuk meninggalkan kesan kepada pendengar jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan pemidato diatas pentas-pentas lain. PERBINCANGAN Terdapat unsur-unsur “ kesucian “ pada khutbah dimana mesej yang dikemukakan dianggap mempunyai nilai yang tinggi untuk diterima pakai kehidupan. maksudnya : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Khutbah terutamanya khutbah Jumaat mempunyai potensi besar bagi membentuk agenda tertentu bagi meningkatkan taraf kehidupan umat islam seperti : menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat. Memberi nasihat : Umum menyedari diri sesetengah masyarakat Islam kini terlibat dengan gejala sosial seperti masalah dadah dan lain-lain. perlu difahami peranan khutbah dalam mencorakkan kehidupan masyarakat islam serta usaha-usaha berterusan perlu dilakukan agar masyarakat menghayatiperanan dan kepentingannya dalam membentuk minda masyarakat islam. Sewajarnyalah sekarang masyarakat desa dialukan dan diutamakan mencebur diri dalam arus pembangunan. Sebagaimana A-Quran telah menjelaskan didalam surah ( Al-Mujadalah : 11 ). Gejala sosial sebegini 12 . Justeru itu.

Sebagaimana Firman Allah S.nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) sebelum lain-lain tindakan undang-undang diambil. Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Maka antara pemimpin masyarakat yang perlu menanganinya ialah para-para Khatib melalui khutbah mingguannya.Nahlu: 125 ) yang bermaksud : “Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhammad ) Dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.Selangor ( sebagai contoh ). Maka pesanan Para 13 .T dalam surah ( Al. Pendekatan melalui membar Khutbah dianggap paling lunak dan berhikmah dengan nasihat. nombor ekor atau kelab malam sebagaimana perkembangan mutakhir ini terdapat sebuah pusat Disko beroperasi di hutan Ulu Yam. Mesej yang diperolehi melalui saluran khutbah akan menimbulkan pendapat dan seterusnya boleh berakhir dengan tindakan seperti perubahan sikap kearah yang lebih baik ( menggerakkan minda ). Sesungguhnya Tuhanmu.perlulah segera dibendung supaya tidak menjadi masalah Negeri seterusnya Negara. Contohnya.” Walaupun kumpulan punca gejala terlepas dari mendengar nasihat dan panduan dari khutbah Jumaat. tapi yang pasti lebih ramai kumpulan sasar yang mungkin terjebak dengan gejala itu dapat diselamatkan hasil dari khutbah yang bermutu. dan berbahaslah dengan mereka ( yang Engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik.W. Untuk mencetuskan pendapat para pengkaji komunikasi mencadangkan supaya diwujudkan perasaan tidak puas hati atau kecewa terhadap sesuatu yang dirasakan boleh atau perlu dibaiki. jika suatu kariah terdapat banyak tempat-tempat yang boleh mengembangkan kegiatan yang boleh merosakkan masyarakat seperti Premis judi.

konsep dan matlamat yang didasari oleh syariat. Mesej khutbah yang dikemukakan dianggap mempunyai nilai yang tinggi untuk diterima pakai dalam kehidupan. keputusan akan diambil untuk mencari jalan penyelesaian. Seperti yang dijelaskan dalam Fiqh Ibadah mempunyai struktur yang teratur. Rasulullah s. 14 .w menegaskan bahawa motif utama khutbah ialah memberi peringatan seperti dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi ( 1980: 218 ) Maksudnya: “ Sesungguhnya aku menyatakan sebenarnya khutbah itu adalah satu peringatan”. mereka menyeru kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran” sebagai penetapan perintah wajib.khatib melalui media khutbahnya ialah menimbulkan rasa kecewa atau tidak puas hati hingga dibincangkan oleh orang ramai. Memupuk masyarakat kearah kebaikan disamping mencegah kemungkaran adalah mesej utama Khutbah Jumaat ( Khutbah Al-diniah ). Jika sesuatu keputusan samada di peringkat kariah atau dengan keputusan bersama pihak berkuasa tempatan awam diambil.Imran melalui kitabnya “ Fi Zilalil Quran” maka tidak dapat satu Jamaah atau puak yang menyeru kepada kebaikan. Sayyid Qutb dalam mentafsir ayat 104 dari surah Ali.a. ini akan menimbulkan kecacatan . Maka keberkesanan dapat diukur dan direalisasikan. Apabila perbincangan sudah sampai pada tahap “masak”. Sekiranya segala peraturan yang terkandung didalam khutbah diabaikan. iaitu wajib diwujudkan satu golongan atau satu Jamaah Pendakwah yang melaksanakan urusan Amar Makruf dan Nahi Mungkar didalam sesuatu pentadbiran bagi peningkatan keberkesanannya. terdapat unsur-unsur “peringatan suci” pada khutbah. Bayangkan betapa besarnya potensi khutbah apabila segenap penjuru masjid di kampung atau di bandar membicarakan sesuatu mesej dan mencari jalan penyelesaian kepedanya.

Rahsia kesedaran ini tidak lain ialah dari pendidikan Membar Khutbah Jumaat ( antaranya) telah berjaya mencegah supaya bersabar dalam sebarang Ujian Ilahi. Bagi Agama Islam seperti Malaysia. Disesetengah negara yang Non- Muslim seperti Filipina dan Amerika Syarikat. Umat Islam hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sama ada soal-soal yang menyentuh tentang kehidupan mahupun selepas kematian. Khazanah pengetahuan yang terdekat ialah dari Membar khutbah Jumaat. Dalam suasana perkembangan ekonomi yang tidak menentu contohnya kenaikan harga barangan. Perlu difahami adalah menjadi pesanan khutbah dalam memberi motivasi dan mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan terhadap masyarakat. kita dapati Para Pemimpin Negara berkenaan terpaksa menghadapi tekanan dari menunjuk perasaan bangkit menentang kejahilan diri. 15 . Indonesia dan lain-lain menghadapinya dengan penuh sabar sambil mencari jalan untuk mengatasinya. Orang ramai mula gelisah serta menimbulkan pelbagai reaksi. Agama Islam juga sentiasa memberi panduan tentang kehidupan sederhana dimana ianya sudah menjadi “ Seruan Suci “ disetiap membar khutbah. Tegasnya dalam menghadapi kegawatan dunia hari ini.

Manakala khatib juga memainkan peranan dengan menyampaikan khutbah tersebut dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta bersemangat hingga semua jemaah dapat menghayati isi khutbah yang disampaikannya. Juga menyediakan segala kemudahan dimasjid tersebut seperti slide. Bermula dari pengurusan masjid yang mana pihak masjid mengambil langkah meningkatkan mutu penyampaian khutbah tersebut dengan melantik imam atau khatib yang berwibawa dan berpengalaman untuk menyampaikan khutbah tersebut. Perlunya juga kesedaran dikalangan masyarakat mengenai penghayatan terhadap khutbah itu sendiri. Segala usaha tersebut akan terlaksana dengan semua pihak memainkan peranan masing- masing dan sama-sama mengembeling tenaga bagi menjayakannya. speaker yang jelas dan sebagainya bagi keselesaan jemaah serta mempertingkatkan keberkesanan khutbah yang disampaikan. Pemantauan dari pihak berkuasa negeri 16 . Akhirnya ianya akan melahirkan masyarakat yang terbentuk minda mereka kearah keimanan dan ketakwaan serta memupuk mereka kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mencapai kesejahteraan hidup dunia dan ahkirat. IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil kajian ini menunjukkan khutbah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk syahsiah diri sesebuah masyarakat. perlunya kepada kajian-kajian seperti ini secara lebih mendalam dan praktikal bagi menyempurnakan kesempurnaan solat jumaat itu sendiri disamping dapat merialisasikan mesej dakwah dalam khutbah tersebut. Untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingannya dan untuk mempertingkatkan keberkesanannya.

17 . Dengan usaha yang telah disebutkan tadi dan kesedaran dari semua pihak diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu khutbah dan penyampaiannya dimasa hadapan di Masjid Universiti Darul Iman Malaysia ini khususnya serta masjid-masjid lain diseluruh negara amnya. melantik imam- imam yang petah berpidato dan berani. memantau agar khutbah tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu dan sebagainya. mereka harus mengambil pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan mutu penyampaian khutbah seperti menyediakan teks khutbah yang bermutu. Dengan ini insya-Allah akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sedar dan bertanggungjawab serta dapat merialisasikan khutbah sebagai media dakwah yang berkesan dalam masyarakat.juga penting.

PT Al-Maarif. Indonesia. Amrullah. Indonesia. Drs. Bulan Bintang. Ramadhani Sala. Lembaga Penerbitan Fakultas Syariah. Johor Bharu. Chadidjah Nasution: 1978. Fakultas Syariah IAIN Sunan Kalijaga. perbahasan sekitar khutbah jumaat. Pedoman Masyarakat. Jakarta. Indonesia. Ismail Thoib: 1971. Khutbah dan Dakwah. Abd Manan Khadim: 1982. Bagaimana menjadi penyampai khutbah yang berjaya. Pedoman Mubaligh Islam. 18 . IAIN Sunan Kalijaga. Moh Rifai: 1978. Bandung.A Karim (HAMKA): 1937. CV Toha Putera. Semarang. Yogyakarta. Muhammad Abd al-Qadir abu Faris: 2003. Yogyakarta. Ibnul Husein: Muallimul Khithabah. Beberapa Problema tentang Shalat jum’at. RUJUKAN Dra. Jakarta. khutbah Jumaat. Indonesia. Dr. H. Indonesia. Perniagaan Jahabersa. Suara Mimbar. Medan. Ja’far Amir: 1981. Drs.