You are on page 1of 7

GERAKAN ISLAM DI CHINA

Agama Islam dipercayai tiba ni Negara China lebih daripada 1400 tahun yang

lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan

beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan

adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu

Qais bin al-Harith.

Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang

terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan

oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990,

bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Terdapat banyak

keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk

majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan

Yunnan.

Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan

Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan

diplomatic yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-

Rasyidain. Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari

Madinah, Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah

langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan

minim arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya

menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah

yang mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di

kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di

sana.
1
PERMULAAN GERAKAN ISLAM

Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di

wilayah selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi

para pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan

kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan

perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika

itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan

apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin

dengan waanita-wanita tempatan dan ini member kemudahan bagi umat Islam untuk

menyeberkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti

Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri.

Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara kalangan

umat Islam yang dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Bagi membantu

pentadbiran empayarnya. Hasilnya Islam dapat berkembang dengan pesat pada abad ke

12 ketika itu serta ianya diterima baik oleh semua pihak. Kecekapan dan keadilan di

samping sifat amanah yang ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di

kalangan orang cina. Akhirnya agama Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama

Negara. Pembinaan masjid-masjid di beberapa buah bandar besar dilakukan dengan giat

sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui zaman kegemilangan dan

keemasan dibawah pemerintah Mongol.

2
CABARAN GERAKAN ISLAM DI CHINA

Semasa melakukan gerakan ini terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang

dilalui oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di China. Ini berlaku

kerana pertukaran dari satu pemerintahan kepada pemerintahan yang lain. Sebagai

contahnya adalah pada tahun 1368 hingga 1644 Masihi di mana ia adalah zaman

keemasan Islam, Islam bertapak selama lebih 700 tahun di bawah pemerintahan Dinasti

Ming. Mereka diberikan jawatan yang penting dalam kerajaan antaranya adalah seperti

menjadi pemimpin angkatan laut yang besar sebagaimana yang diberikan kepada

Laksamana Cheng Ho. Islam pada ketika itu amat disanjungi sehingakan Maharaja Ming

Sai Tsu melaksanakan peraturan larangan meminum arak, beliau juga mengarang syair

memuji Nabi Muhammad di salah sebuah masjid di Nangking. Akan tetapi Maharaja

tersebut bukanlah beragama islam, maka dapat dilihat disini keunikan yang menjadi

keistimewaan Islam di China dimana perbezaan agama tidak pernah dijadikan alasan

penduduk yang berlainan latar belakang hidup secara aman dan damai.

Selepas kejatuhan Dinasti Ming, perkembangan Islam pada ketika itu menjadi

sangat perlahan. Bahkan ianya menempuh satu zaman kegelapan apabila Dinasti Cing

yang diperintah oleh Maharaja Manchu melaksanakan dasar-dasar yang keras dan

menindas umat Islam. Mereka melaga-lagakan penduduk berketurunan Han dengan orang

Islam dan telah mengakibatkan perhubungan antara kedua-dua belah pihak menjadi keruh

dan tegang. Semua ini adalah berpunca dari sikap diskriminasi dan sifat kebencian yang

ditunjukkan kepada umat Islam. Ia juga adalah salah satu cara membalas dendam

terhadap umat Islam kerana mendapat hak keistimewaan daripada Maharaja Dinasti

Ming. Dasar pilih kasih dan keras itu telah ditentang hebat oleh orang-orang Islam.

3
Mereka telah berkali-kali melakukan pemberontakan untuk menggulingkan Dinasti Cing

bagi mendapatkan semula hak orang Islam yang dicabuli oleh Dinasti Cing. Dan

pemberontakan yang paling terkenal berlaku di Canton pada abad ke 18 di mana Islam

mula-mula sekali bertapak di tanah besar China. Pemberotakan ini dilancarkan oleh para

penduduk berketurunan Arab dan mengalami kegagalan menyebabkan ramai umat Islam

melarikan diri ke Asia Tenggara. Pada tahun 1862, satu penentangan mesyarakat Islam

yang diketuai oleh Pai Yen-Hu dilancarkan di barat laut China keatas tentera Manchu

yang berada wilayah itu.

ISLAM DAN PERADABAN CHINA

Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau.

Diantara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah

Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei

menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman

mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak

berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam

dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China

digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. Selain

berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai

sebahagian daripada peradaban China.

Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang

mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam

4
diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi

menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam

membina,membangun serta mewarnai peradaban China. Sumbangan umat Islam ini

berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah. Duta-duta ini

dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan pemerintah disana.

Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi menjangkau

sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah Al-Mansur

menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi

pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan.

Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat

Islam berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses

kahwin campur ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang

China. Selain membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga

menjalinkan hubungan mereka dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak

kepada hubungan dagang antara orang Arab dengan orang China dikatakan berlaku

semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid pada tahun 786-809 Masihi. Manakala

penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan pentadbiran negara China

berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam dilantik menjadi

jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam mempunyai

kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam

pemerintahan negeri China.

Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan

negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China.

Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam

5
pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam

yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau

Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar

kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi

memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di

China dan mereka dihormati.mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. Lantaran

itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan

mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya,

pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai

yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan

hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil

daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. Sumbangan Islam

sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi

perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi dan

matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Cina. Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi

mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca.

Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian

bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian

yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah

Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak

penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10

ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi

kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli

6
astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang

mempunyai tambahan 7hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan

pusingan matahari dan bulan.

Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan

berkembang dengan pesat. Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina

diperkenalkan denagan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario

yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan

ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang

berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi,

umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak

mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut

yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-

karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau

Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada

karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besar

termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap

sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.