You are on page 1of 8

KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN 

GURU KEDUA 2002 

Dibentangkan dalam sesi:

HARI PROFESIONAL SEKOLAH


SIRI 2/2002
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17
26400 BANDAR JENGKA

SABTU

12 OKTOBER 2002

Oleh

Hamzah B. Mohamed
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17, 26400 BANDAR JENGKA , PAHANG 

KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN 
GURU PUSINGAN KEDUA (JULAI) 2002 
Tujuan: 
¾ Mengetahui status keberkesanan (dan atau “amalan pedagogi dan pandragogi”) guru-guru
yang terlibat pada penilaian dan perspektif murid-murid tahap 2 SKJ 17.

¾ Mengetahui faktor-faktor yang menjadikan sesuatu pengajaran guru yang berkesan dan
faktor-faktro sebaliknya.

¾ Mengetahui aspek-aspek pada pendapat dan fikiran murid sebagai apa yang dikatakan
pengajaran guru yang berkesan.

¾ Mengetahui sejauh mana berlaku peningkatan mutu dan keberkesanan pengajaran guru
berbanding pengesanan siri pertama dalam bulan Mac lalu.

Kumpulan sasaran: 14 orang guru


145 orang murid (Tahap 2 sahaja)
Tempoh penilaian: 26.06.2002 hingga 08.07.2002

Overview Pengesanan Keberkesanan P&P Guru 
 

Setelah mengetahui status keberkesanan (terhadap tingkah-laku pengajaran guru-guru secara am


dan status penilaian guru-guru secara individu) melalui Siri 1 yang dijalankan dalam bulan Mac
2002 lalu, maka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan di samping hendak
mengetahui sejauh mana telah berlaku perubahan sikap, pemikiran dan tingkah-laku
pengajaran guru-guru pengesanan Siri 2 dijalankan mulai 26.06.2002 hingga 08.07.2002.
Pengesanan dijalankan di dalam kelas dan mengambil masa kira-kira lima belas minit sahaja
(tidak termasuk masa penerangan guru pengendali). Murid-murid diminta menandakan skala 1
hingga 10 bagi setiap orang guru/mata pelajaran yang mengajar mereka. Bahagian kedua mereka
diminta memberikan sebab-sebab mengapa seseorang guru itu diberi penilaian tertinggi, dan
sebab mengapa mereka memberikan penilaian yang terendah kepada seseorang guru. Bahagian
ketiga mereka diminta memberikan pendapat dan pandangan tentang apakah yang sepatutnya
(pada fikiran mereka) yang dikatakan P&P guru yang berkesan.
Selain itu murid-murid diberitahu bahawa jawapan (penilaian) yang mereka buat itu tidak ada
yang salah; dan mereka tidak dikehendaki menulis nama di atas Borang Penilaian tersebut.

Dapatan       
 

Walaupun didapati tidak banyak perubahan dari segi aspek-aspek yang murid senaraikan sebagai
sebab-sebab yang mereka beri penilaian tertinggi atau terendah, perkara-perkara yang agak atau
hampir sama dengan alasan-alasan yang diberikan dalam penilaian Siri 1 dahulu. Kebanyakan
murid memberikan lebih dari satu sebab mengapa penilaian tertentu diberikan kepada guru-guru
berkenaan, oleh itu kita ‘merumuskan’ dan dianggap sebab-sebab yang lebih kurang sama
maksudnya dikira sebagai satu kekerapan. Sebagai contoh dalam Siri 1 terdapat hanya 10 sahaja
aspek yag disenaraikan sebagai menjadi keutamaan murid-murid meletakkan penilaian yang
tinggi, dalam Siri 2 ini aspek ini telah bertambah kepada 20 aspek. Ertinya murid-murid telah
dapat memperincikan lagi dan meliputi ruang yang lebih luas.
Begitu juga dari segi aspek yang dianggap sebab mengapa penilaian terendah diberi, juga tidak
banyak perubahan kecuali bertambah 2 aspek sahaja berbanding Siri 1 sejumlah 30 perkara yang
dimaksudkan.
Jadual 1. Jumlah dan ranking “Sebab guru dinilai tinggi”

Bil. Sebab guru dinilai tinggi Ranking Kekerapan Peratus

1. Mengajar dengan baik/bagus 1 46 28.2%


2. Cepat dapat (faham) 2 23 14.1%
3. Seorang yang tegas/berdisiplin 3 19 11.7%
4. Mengajar dengan bersungguh-sungguh 4 16 9.8%
5. Guru buat lawak 5 8 4.9%
6. Pandai mengajar/mengajar dengan betul 6 5 3.1%
7. Suka mata pelajaran itu/suka akan gurunya 7 4 2.5%
8. Guru yang rajin 8 3 1.8%
9. Merasa seronok 8 3 1.8%
10. Menepati waktu 8 3 1.8%
11. Mengambil berat pelajaran yang diajar 9 2 1.2%
12. Menimbulkan minat murid-murid/motivasi 9 2 1.2%
13. Memberi penjelasan secukupnya 9 2 1.2%
14. Baik hati/tidak memukul anak murid 10 1 0.6%
15. Banyak beri nasihat 10 1 0.6%
16. Tidak malas mengajar 10 1 0.6%
17. Banyak beri kerja rumah/nota ringkas 10 1 0.6%
18. Bertanggungjawab 10 1 0.6%
10 Perkara dinilai tinggi kepada keberkesanan P&P guru 
 

1. Mengajar dengan baik/bagus (yang merangkumi berbagai sapek lain lagi mungkin)
dikatakan pilihan majoriti murid iaitu 28.2 % memilih faktor ini. 
2. 14.1% murid mengatakan mereka “cepat dapat atau cepat faham”. 
3. Seorang guru yang tegas/berdisiplin, faktor ketiga jadi keutamaan murid iaitu 11.7%. 
4. Mengajar dengan bersungguh-sungguh 9.8%. 
5. Guru buat lawak 4.9%. 
6. Mengutamakan pelajar atau mengambil berat pelajar; pandai mengajar; dan mengajar
dengan betul ranking ke-6 dengan 3.1%. 
7. Murid suka mata pelajaran itu atau mereka suka dengan gurunya 2.5%. 
8. Guru yang rajin; menepati masa; dan murid merasa seronok menduduki ranking ke-lapan
(1.8%). 
9. Mengambil berat mata pelajaran yang diajar; memberi penjelasan secukupnya;dan
menimbulkan minat murid-murid (1.2%). 
10. Bertanggungjawab; banyak beri kerja rumah atau nota ringkas; banyak beri nasihat;
tidak malas mengajar; dan tidak memukul anak murid (baik hati) sebab paling rendah
diberi iaitu 0.6% memberi respons kepada aspek ini. 

10 Perkara dinilai rendah kepada keberkesanan P&P guru 
 

1. Mengajar tidak jelas /tidak elok/atau lemah (13.6%) faktor teratas sebab murid berikan
penilaian yang rendah.
2. Murid tidak faham (12.9%).
3. Guru tidak tekun/atau tidak bersungguh-sungguh (8.2%).
4. Selalu marah (7.5%).
5. Tidak ambil berat/tidak tegas (6.8%).
6. Tidak mengajar dengan baik (5.4%).
7. Guru tidak mengajar/guru tidak bertanggungjawab (4.8%).
8. Guru garang (4.1%).
9. Mengajar salah/tidak beri tekanan; tidak buat tunjukcara; dan mengajar main-main
(3.4%).
10. Guru tidak mengambil tahu cara-cara P&P; tidak berdisiplin; guru biarkan murid bising;
malas; guru tidak berminat mengajar/mengajar sambil lewa; dan tidak suka akan guru,
faktor murid beri nilai rendah kepada guru (2.0%).
Jadual 2: Jumlah dan ranking “Sebab guru dinilai rendah”

Bil. Sebab guru dinilai rendah Ranking Kekerapan Peratus

1. Mengajar tidak jelas/tidak elok/atau lemah 1 20 13.6%


2. Tidak faham 2 19 12.9%
3. Tidak tekun/tidak bersungguh-sungguh 3 12 8.2%
4. Selalu marah 4 11 7.5%
5. Guru tidak ambil berat/tidak tegas 5 10 6.8%
6. Guru lewat masuk/tidak mengajar dengan baik 6 8 5.4%
7. Tidak mengajar/tidak bertanggungjawab 7 7 4.8%
8. Guru garang 8 6 4.1%
9. Mengajar salah/tidak beri tekanan/main-main/tidak 9 5 3.4%
buat tunjukcara 10 3 2.0%
10. Tidak mengambil tahu cara-cara P&P/tidak
berdisiplin/biarkan murid bising/guru tidak
berminat/sambil lewa/malas/tidak suka akan guru 11 2 1.4%
11. Jarang masuk/atau mengajar; tidak menulis di papan 12 1 0.7%
hitam/ cakap bukan-bukan/sombong
12. Selalu buat kerja dia/melebihi masa/ beri kerja yang
tidak belajar lagi/ guru bermasalah/tidak
berdisiplin/guru buat baik bila dicerap/guru salah
dengar/guru keluar kelas/guru bersembang/terlupa
masuk kelas/tidak adil; pukul murid tidak
bersalah/jarang atau tidak beri latihan/tidak suka
sesuatu mata pelajaran itu (12 perkara semuanya).

Cadangan Murid sebagai apa yang dikatakan “Pengajaran Yang Berkesan” 
 

Bahagian ketiga Borang Penilaian Keberkesanan Pengajaran Guru meminta murid-murid


memberikan pendapat atau pandangan mereka kepada apa yang mereka faham sebagai
pengajaran guru yang berkesan. Daripada kenyataan-kenyataan murid-murid ini adalah jelas
semuanya berkisar pada persoalan yang diutarakan sebagai tinggi atau rendah yang mereka
berikan terhadap guru-guru. Ringkasnya ‘perkara sebaliknya’ adalah perkara dianggap sebagai
‘pengajaran yang berkesan’. Oleh kerana keseluruhan kenyataan murid-murid hampir sama
(berbeza segi keutamaam sahaja) maka boleh disimpulkan cadangan murid-murid adalah kepada
(dan merujuk kepada aspek yang mereka nilai itu) melibatkan dua pihak: i) merujuk kepada
guru-guru, dan ii) merujuk kepada pihak pengurusan yakni Guru Besar.
Antara perkara-perkara yang murid anggap sebagai ‘pengajaran guru yang berkesan’ ialah:

a) Mengajar dengan betul dan bersungguh-sungguh;


b) Berdisiplin (seperti menepati masa, tidak lewat masuk);
c) Bertanggungjawab dan tegas;
d) Mengajar dengan lebih dedikasi dan serius (tidak main-main, jangan duduk di kerusi
sahaja, menulis di papan hitam, banyak beri kerja rumah, beri murid buat latihan, selalu
memeriksa buku-buku latihan);
e) Mengambil berat (prihatin) dan memahami murid (jangan beri murid bising, mengajar
sampai murid faham, memberi penerangan yang jelas dan cukup, selalu tanyakan
masalah murid, mengenakan “denda” kepada murid yang berkenaan);
f) Layanan samarata: (tidak pilih kasih, berat sebelah).

Beberapa “cadangan” yang unik: menggambarkan bahawa murid-murid yang kita sangka
‘budak-budak’ sebenarnya sudah mampu menilai, mengulas, membuat tanggapan dan
menyatakan perasaan dan pandangan mereka seperti berikut (diperturunkan kata-kata murid
sepenuhnya dalam gaya bahasa mereka);

i) “Menyuruh guru tidak berdendam dengan anak-anak muridnya. Guru mestilah


menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah jika murid itu ada masalah.
Guru perlu mengajar dengan tekun. Saya harap guru yang makan gaji buta akan
dibuang sekolah.” (Murid Tahun 5)
ii) “Jangan biarkan kami ketinggalan dan jangan menipu dan mengakibatkan murid-
murid tidak suka.” (Murid Tahun 5)
iii) “Hendaklah memberi pengetahuan am yang secukupnya dan janganlah memberi
pengetahuan am yang tidak mencukupi kepada kami sebagai seorang murid. Jika ada
masalah janganlah dibawa ke sekolah, ini akan menjejaskan pelajar semua.”
(Murid Tahun 5)

Ada satu cadangan berbunyi: “Pengajaran guru yang lebih berkesan ialah membuat satu
rondaan pada masa belajar, melihat macam mana guru mengajar murid-murid.” Ertinya ada
murid-murid ysng menganggap “penyeliaan” di pihak pengurusan penting bagi menentukan
keadaan “macam mana” pengajaran seseorang guru itu.
Jadual 3: Bilangan Guru dan status ikut Skala 
 

Skala Bil. Guru Peratus Catatan


1 - - i) Tiada guru dinilai antara 1 - 5
2 - -
3 - - ii) 3 orang guru (21.4%) dinilai 6, 7, & 8;
4 - - 1 orang sederhana, 3 tahap tinggi
5 - - iii) 4 orang (28.6%) di tahap sangat tinggi (9)
6 1 7.1 iv) 7 orang (50%) di tahap sangat tinggi (10)
7 1 7.1
8 1 7.1
9 4 28.6
10 7 50.0
Jumlah 14 100

Kesimpulan 
 

Kecuali seorang (tahap sederhana), kesemua 13 orang guru lagi berada di tahap tinggi (skala
7&8) dan sangat tinggi (skala 9&10). 78.7% guru-guru SK Jengka 17 didapati mencapai status
tahap sangat tinggi, dan yang sangat menariknya dapatan ini berkolerasi dengan STKP
(P2:2002) iaitu 78.6% di bawah dimensi “Sumber Tenaga Manusia”.

Adalah tidak mustahil status keberkesanan pengajaran guru-guru khasnya di dalam aspek proses
P&P di dalam bilik darjah dan di dalam seluruh aktiviti serta tingkah-laku pengajaran guru-guru
akan terus meningkat naik (sampai tidak ada seorang pun lagi yang berada di bawah tahap
sederhana) jika kesedaran diri yang tinggi dapat kita hayati dan dalam masa yang sama
semuanya dapat menjadi Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu.
Dan janganlah lupa matlamat dan objektif bersama kita dalam merealiasikan Sekolah
Kebangsaan Jengka 17 sebagai “A Good School”.

Jika kita selaku guru-guru sepatutnya mempunyai “high expectations” kepada kejayaan dan
kecemerlangan anak didik kita, maka begitu jugalah (rupanya) “high expectations” yang sama
daripada kalangan murid-murid terhadap guru-guru mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Oleh itu memenuhi “high expectations” inilah yang
menjadi objektif dan matlamat kita sekaligus mencapai tahap sebagai seorang guru yang
cemerlang lagi berkesan.
Bagi saya, sekolah kita (dan guru-guru kita) adalah sekumpulan orang yang mempunyai segala
potensi ini dan tidak ada sebab mengapa kita (dan organisasi sekolah kita) tidak dapat muncul
sebagai sebuah sekolah yang berwatak dan berketrampilan dalam segala aspek. Saya amat yakin
status yang lebih tinggi dan cemerlang boleh dicapai jika semua dapat menghayati sepenuhnya
ciri-ciri dan sifat-sifat “guru yang berkesan” sebagaimanan dibuktikan oleh penilaian
keberkesanan P&P guru ini.

Dengan tulus ikhlas saya nyatakan, selaku Guru Besar SKJ 17 sejak lima tahun setengah yang
lalu telah cuba membawa pelbagai pendekatan, konsep, gagasan dan falsafah terutamanya
mengenai “kerja kita” sebagai guru (guru yang berkesan dan berkualiti) bagi mengangkat
martabat dan imej sekolah ini khususnya telah memperoleh beberapa kejayaan (yang telah sedia
kita maklum), yang semuanya tidak mungkin dapat dicapai tanpa persefahaman, kerjasama dan
kesedaran serta keinsafan yang datang dari lubuk hati nurani kita yang sebenar-benarnya, yang
telah kita buktikan menerusi kerja-kerja dan pencapaian kita sejak tempoh itu. Saya juga
terhutang budi dan jasa kepada semua guru SKJ 17 yang telah dapat membezakan ciri-ciri dan
sifat-sifat mazmumah serta tidak terpengaruh dengannya dan seterusnya sama-sama membina
dan mewujudkan iklim, budaya sekolah dan budaya belajar yang murni lagi terpuji.