You are on page 1of 163

Waniey Zakaria

Bab 1
RIF mengeluh seketika. Katakata daripada papanya betulbetul mengecewakannya. Penting sangatkah perihal langkah bendul dalam keluarganya? Dia dan alongnya lelaki, bukannya perempuan. Kenapa peraturan sedemikian menjadi benteng pemusnah impiannya untuk berkahwin dengan Ainul? Bukan papa nak menghalang niat kamu untuk berkahwin, Arif. Tapi peraturan ini sudah menjadi asas dalam keturunan kita sejak dulu lagi. Memang langkah bendul ini sebenarnya ditujukan pada golongan perempuan, tetapi tidak pada keturunan kita. Kamu tak boleh kahwin selagi along kamu tak berkahwin, jelas Dato Seri Amiruddin, papa mereka. Datin Seri Rosni hanya mengangguk bersetuju. Dahulu, Dato Seri Amiruddin disegani kerana telah banyak mereka bentuk bangunan di sekitar daerah Johor Bahru. Kebanyakan rumah, masjid dan bangunan perindustrian seperti kilang di daerah Johor adalah hasil titik

Hello, Mr. Perfect!

peluhnya sendiri. Bergerak daripada seorang arkitek muda, Dato Seri Amiruddin meluaskan hasil kreativitinya dengan menubuhkan firma sendiri setelah hampir sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang itu. Berkat kesabaran dan sokongan daripada isteri dan keluarga, akhirnya perniagaan Dato Seri Amiruddin berjaya melepasi tembok negara Singapura sekali gus mendapat kepercayaan penuh untuk mereka bentuk bangunan serta memberi khidmat nasihat kepada pelanggannya di sana. Dulu, syarikatnya hanya mempunyai lima orang pekerja dan kini bertambah kepada tiga puluh orang kesemuanya yang terdiri daripada pelbagai bidang dan pengurusan. Setelah beliau pencen, anak sulungnya, Izzul menggantikan tempatnya sebagai pengarah urusan. Dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di UTM, Skudai dan Sarjana Seni Bina dari University of Wisconsin, Milwaukee pengetahuan Izzul dalam bidang seni bina banyak membantu meningkatkan lagi mutu kerja di Firma MA Sdn Bhd. Manakala Arif pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di Uniten, Bangi banyak membantu dari segi pengurusan kewangan syarikat dan bertanggungjawab untuk mendapatkan projek bukan sahaja di daerah Johor dan Singapura malah di Melaka dan Kuala Lumpur. Ketegasan dan keseriusan Izzul dalam mentadbir syarikat banyak mengurangkan masanya untuk bersosial. Tidak seperti Arif yang gemarkan hidup bersederhana dan tidak terlalu workaholic. Beza antara Izzul dan Arif, Izzul terlalu serius dan amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukan. Sekiranya pekerjanya sendiri tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna dan memuaskan hatinya, pastinya herdikan dan lentingan yang akan mereka

Waniey Zakaria

dapat. Tetapi Arif, dia lebih relaks dan tenang dalam melaksanakan tugasnya. Pekerja lebih ramai menyenangi Arif berbanding Izzul. Walaupun Izzul mempunyai paras rupa yang lebih menarik berbanding Arif, namun kebanyakan gadis lebih senang bergaul dengan Arif. Izzul lebih banyak menghabiskan masa dengan hidupnya sendiri. Baginya, dia tidak perlukan pasangan hidup. Apa yang penting adalah kerja dan kejayaan dalam hidupnya. Sewaktu belajar dahulu, Izzul sentiasa didampingi oleh gadis-gadis sekampusnya tetapi semuanya tidak kekal. Sikap Izzul yang agak menjelikkan membuatkan mereka tidak tahan dengannya. Paling lama bertahan pun hanyalah dua tahun sahaja. Sejak itu, Izzul lebih gemar menghabiskan masanya dengan dunia sendiri tanpa memikirkan soal jodoh ataupun kehidupan berkeluarga. Umurnya sekarang sudah genap tiga puluh tiga tahun manakala Arif muda lima tahun daripadanya. Mereka hanya mempunyai tiga orang adik-beradik sahaja dan yang bongsu adalah Nur Amilia, yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan sekarang membantu di syarikat sebelum beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara tidak lama lagi. Arif sekali lagi mengeluh. Dia sudah kehilangan punca. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan daripada Ainul. Kata-kata Ainul merunsingkannya. Abang, ayah dan ibu dah kasi warning. Dia orang cakap kalau abang tetap tak masuk meminang Ainul dalam tempoh enam bulan ni, dia orang nak kenalkan Ainul dengan anak kawan mereka. Macam mana ni, bang?

Hello, Mr. Perfect!

Arif gelisah memikirkan jalan penyelesaian kepada masalahnya itu. Jari-jemarinya sedari tadi duk menggarugaru kepala. Dia buntu. Kalau dia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam masa enam bulan ini, pastinya dia akan kehilangan Ainul buat selama-lamanya. Kedengaran bunyi enjin kereta Lamborghini Gallardo masuk ke pekarangan rumah. Banglo tiga tingkat yang bernilai hampir sepuluh juta milik keluarga Dato Seri Amiruddin itu menempatkan sepuluh bilik tidur, sebelas bilik air, ruangan makan dan dapur serta ruang tamu dengan keluasan hampir enam ekar di Taman Mount Austin, Johor Bahru yang merupakan sebuah taman perumahan yang terkenal di bandar raya Johor Bahru. Arif membelek jam di tangannya. Hampir pukul sembilan malam. Matanya melilau mencari kelibat Izzul yang baru sahaja keluar dari kereta Lamborghini Gallardo miliknya. Dia bangun lantas menghampiri alongnya yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Mungkin alongnya mampu membantunya menyelesaikan masalah ini. Along! Panggilan Arif memeranjatkan Izzul. Kepalanya terhantuk sedikit di siling kereta. Dia mengeluarkan badannya dari kereta dan memandang Arif dengan muka berkerut. Angah! Terkejut aku. Cuba jangan panggil aku macam tu. Nasib tak kena heart attack! tegur Izzul lantas kembali memboloskan separuh badannya ke dalam kereta untuk mengambil barang. Sebaik sahaja tangannya memegang briefcase dan beberapa fail yang agak sulit, dia menutup pintu kereta dan bergerak ke pintu rumah.

Waniey Zakaria

Arif tersengih memandang Izzul. Dia hanya mengikut dari belakang. Along along mesti bantu angah, pinta Arif kepada Izzul. Barang di tangan diletakkan di sofa berdekatan. Dia memalingkan kepalanya memandang Arif yang agak kalut. Kening diangkat sejenak. Apa masalah kau ni angah? Tak sempat-sempat tunggu aku duduk dulu dah bikin kelam-kabut, ujar Izzul tidak puas hati. Tali leher dirungkaikan. Kot di badan segera dibuka bagi menghilangkan kepanasan. Sejenak dia duduk di sofa bagi melepaskan kepenatan. Tangannya mencapai remote control lantas dia menekan punat ON untuk menghidupkan penghawa dingin. Arif segera duduk di sofa berdekatan dengan abangnya. Along kau mesti bantu aku, pinta Arif sekali lagi. Izzul menyandarkan kepalanya ke sofa. Matanya tertutup rapat bagi menghilangkan penat. Kau nak aku tolong apa? Duit? tanya Izzul membalas kata-kata Arif. Dia masih tidak memahami pertolongan apakah yang Arif inginkan? Arif melepaskan keluhan. Bukan! Bukan soal duit. Habis tu? Mata Izzul kembali terbuka lantas memandang tajam ke arah Arif. Kalau Arif ingin membincangkan soal peribadi, mungkin esok sahaja. Along penat ni sambung Izzul lantas bangun dan mengambil barang-barangnya untuk naik ke atas. Belum sempat Izzul bergerak, Arif sudah menahannya.

Hello, Mr. Perfect!

Tolong la along! Ini soal hidup dan mati angah! Mukanya meraih simpati abangnya. Izzul mengerutkan dahinya. Soal apa? Cuba kau cakap straight to the point aje, balas Izzul lantas duduk kembali ke sofa. Mukanya serius. Tadi angah ada bincang dengan papa dan mama soal kahwin... Then? Belum habis Arif bercakap, Izzul sudah memotong. Dia kembali mengeluh. Papa dan mama tak kasi angah kahwin selagi along tak kahwin. Izzul mengangkat keningnya. Then? Kalau boleh, angah mintak sangat along kahwin. Please along... rayu Arif. Dia sudah melutut di hadapan abangnya. Tiba-tiba lelaki itu ketawa membuatkan Arif terpinga-pinga. Kau dah gila ke angah? Kau nak aku kahwin dengan siapa? Sudahlah! Kalau kau nak kahwin kahwin ajelah. Kenapa perlu libatkan along pulak? Izzul bangun lantas bergerak menghampiri tangga untuk naik ke tingkat atas. Arif bangun lantas mengekori abangnya. Masalahnya sekarang, papa nak along kahwin dulu. Dia kata jangan langkah bendul, kata Arif lagi. Langkah Izzul terhenti. Isu langkah bendul hanya untuk perempuan bukannya lelaki! balas Izzul membetulkan persepsi itu. Kemudian dia memulakan langkahnya kembali.

Waniey Zakaria

Itulah pasal. Masalahnya sekarang, papa cakap keturunan kita ada peraturan. Kalau ada yang nak kahwin, kena pastikan ikut turutan. Yang tua perlu kahwin dulu... jelas Arif dengan lebih lanjut lagi. Mereka masuk ke dalam bilik Izzul. Suis lampu ditekan dan bilik yang tadinya gelap bertukar cerah. Barangbarang yang dipegang oleh Izzul diletakkan di work station berdekatan. Dia segera mencapai tuala untuk mandi. Arif masih lagi tercegat memandang Izzul. Then, kau tunggu aje la along kahwin. Habis cerita... kata Izzul mengusik. Bajunya dibuka dan segera menyarungkan tuala ke badan. Tapi... keluarga Ainul dah bagi warning pada aku. Dia orang kasi tempoh enam bulan untuk buat keputusan. Kalau masih takde tindakan, mereka mungkin akan tamatkan hubungan aku dengan Ainul... jelas Arif lagi. Matanya berkaca-kaca. Sedih apabila memikirkan soal hubungannya dengan Ainul yang bakal terputus. Izzul diam seketika. Dia melepaskan keluhan. Jadi kau nak aku buat apa? Kalau kau nak paksa aku kahwin pun... aku takde calon, balas Izzul senang. Along carilah calon isteri dalam masa enam bulan ni. Please along!!! Kali ni aje aku minta tolong kau, rayu Arif lagi. Gila! Kau ingat nak cari calon bini tu macam cari kucing ke? Perli Izzul. Arif kembali mengeluh. Dia juga memikirkan idea itu agak gila! Mana ada orang cari calon isteri dalam masa singkat macam tu? Tapi dia tiada pilihan. Kalau alongnya tidak kahwin, maka dia harus melepaskan Ainul. Tidak! Dia

Hello, Mr. Perfect!

tak boleh lepaskan Ainul begitu sahaja. Dia sayangkan Ainul. Hubungan mereka sudah hampir mencecah lapan tahun. Siasia sahaja hubungan mereka selama ini kalau tidak ditamatkan dengan perkahwinan. Along tak boleh bantu. Apa-apa pun, kau kena bincang balik dengan papa soal ni. Dah la along nak mandi. Izzul melangkah ke bilik mandi. Sebaik sahaja pintu bilik mandi ditutup, Arif sekali lagi mengeluh. Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Aku benar-benar buntu! Mohon Arif dalam hati.

ABANG dah tanya along pasal kita? tanya Ainul sewaktu mereka bertemu di McDonalds, AEON Tebrau City. Arif hanya mengangguk lemah. Jadi macam mana? Apa kata along? sambung Ainul lagi. Mukanya berkerut kerisauan. Arif mengeluh. Sejak dua menjak ni, gemar betul dia mengeluh. Sudah putus idea agaknya. Kemudian Arif kembali memandang Ainul. Along suruh kita bincang balik dengan papa dan mama abang. Abang rasa papa dan mama abang akan cakap apa? Ainul bertanya lagi. Burger di tangan hanya dicubit sedikit demi sedikit. Hilang seleranya bila memikirkan masalah mereka berdua ini. Hari itu ayah dan ibunya dah beritahu agar dia segera berkahwin dengan Arif. Perhubungan yang agak lama memaksa ibu dan ayahnya mengambil tindakan. Tiba-tiba kata-kata ayah kembali terngiang-ngiang di telinganya.

Waniey Zakaria

Hubungan kamu berdua ni dah terlalu lama. Umur kamu berdua pun dah dua puluh lapan tahun. Patutnya umur macam ni kamu berdua dah berkahwin. Arif tu takde hati nak lamar kamu ke, Ainul? tanya ayahnya sewaktu mereka menonton televisyen bersama. Hampir diutarakan. tersedak Ainul apabila soalan itu

Bukan Abang Arif tak nak melamar Ainul, ayah tapi peraturan keturunan mereka supaya yang tua kahwin dulu tu yang jadi isu sekarang ni. Kami tak boleh berkahwin selagi abang sulungnya tak kahwin. Ainul cuba menyokong dan mempertahankan Arif. Aik? Mereka tu perempuan ke? Isu langkah bendul bukan untuk perempuan ke? Lagipun, kalau ikut konsep langkah bendul sekarang ni, kalau yang muda ingin kahwin dulu mereka kenalah bagi hadiah kepada yang tua, jelas Encik Azri. Muka dia berkerut. Pelik dengan peraturan sebegitu. Ainul melepaskan keluhan. Matanya masih tertancap di skrin televisyen. Rancangan Maharaja Lawak yang ke udara tidak mampu meraih perhatiannya. Permasalahan mereka lebih utama. Ayah kasi kamu berdua masa enam bulan. Kalau masih lagi takde apa-apa tindakan daripada pihak Arif, ayah akan kahwinkan Ainul dengan anak kawan ayah. Keputusan ayah muktamad! putus Encik Azri tegas. Ainul dapat merasakan dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Hatinya tiba-tiba luluh. Sekilas, air matanya jatuh ke pipi. Sayang... tegur Arif sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Ainul.

Hello, Mr. Perfect!

Ainul tersedar daripada lamunan. Kata-kata ayahnya betul-betul menyeksa dirinya. Dia tersenyum memandang Arif yang berkerut seribu itu. Penat abang cakap panjang lebar termenung pulak dia! Merajuklah! rajuk Arif memuncungkan bibirnya. Ainul ketawa melihat telatah Arif yang kadangkadang agak manja. Tangannya menggenggam erat tangan Arif untuk memujuk lelaki itu. Abang cakap apa tadi? tanya Ainul kembali apabila melihat Arif tersenyum. Abang cakap papa abang takkan berganjak dengan keputusan dia. Abang dah betul-betul buntu dah sayang. Ainul diam tanpa kata. Dia juga buntu. Matanya melihat sahaja Arif menyedut air Cokenya. Hah! Arif hampir tersedak apabila secara tiba-tiba Ainul berteriak sebegitu. Dia terbatuk kecil. Ainul hanya ketawa apabila melihat Arif mengurut dadanya. Abang tak apa-apa ke? tanya Ainul apabila melihat muka Arif merah menyala. Batuknya semakin kuat. Dia dah terlanjur berkata. Muka Arif berkerut menahan sakit dadanya. Ainul ni terkejut abang! tegur Arif. Mukanya masih lagi merah. Sorry, abang. Tiba-tiba aje idea ni datang, jawab Ainul. Idea apa? Dahi Arif berkerut lagi. Tangannya

10

Waniey Zakaria

masih mengurut dadanya. Mata Arif tajam memandang anak mata Ainul dalam-dalam. Apa kata kalau kita carikan along calon isteri? usul Ainul. Mukanya berseri-seri. Arif mengetap bibirnya. Macam mana? Along abang tu cerewet orangnya. Dia takkan senang-senang nak terima perempuan tu jadi bini dia. Lagipun, dah ramai perempuan dampingi along tapi sorang pun tak kekal lama. Siapa tahan dengan sikap along yang agak menjengkelkan tu? kata Arif seperti merendahrendahkan abang kandungnya. Dia kenal siapa Muhammad Izzul Islam. Wajah Izzul kacak, lebih hensem daripadanya. Dari segi ketinggian pun, Izzul lebih tinggi daripadanya. Daya tarikan Izzul lebih menyerlah daripada dirinya sendiri. Malah Izzul lebih bijak daripada dia dan Amilia. Dia lelaki yang sempurna di mata Arif dan sebab itu juga Izzul inginkan wanita yang sempurna untuknya. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu. Suara Ainul semakin perlahan. Reaksi mukanya kembali kendur. Berbeza dari yang tadi. Okeylah... so macam mana? Arif akhirnya bersetuju. Ainul kembali tersenyum lantas didekatkan bibirnya ke telinga Arif. Dia berbisik sesuatu dan Arif hanya sekadar mengangguk kepala apabila mendengar idea daripada Ainul. Kemudian mereka sama-sama bersetuju dengan idea tersebut.

11

Hello, Mr. Perfect!

NO way! teriak Izzul tidak bersetuju. Arif dan Ainul saling berpandangan. Mereka terdiam sebentar. Izzul memandang wajah mereka dengan riak tidak berpuas hati. Along tak setuju! Mana mungkin along nak ikut idea korang berdua ni! Karut! bentak Izzul lagi. Dia mundarmandir di hadapan mereka berdua. Hanya jalan ni saja yang boleh membantu kami, along. Please along... kami akan tolong carikan calon jodoh terbaik untuk along. Percayalah! pujuk Arif. Ainul di sebelahnya hanya mengangguk bersetuju. Izzul memandang mereka berdua. Dia mengeluh. Dia kembali duduk di sofa bertentangan dengan mereka. Kau dah gila ke angah? Kau sanggup tengok along menderita berkahwin dengan perempuan yang along tak kenal hanya kerana nak pastikan kau hidup bahagia dengan Ainul? Banyak bagus?! Izzul masih tidak boleh menerima pendapat mereka berdua. Habis tu... macam mana along? Kalau along tak bersetuju dengan cadangan ni, along ada cadangan lain? tanya Arif. Tak boleh ke kalau kau berbincang balik dengan papa soal ni? Pasti papa akan mengubah fikiran, balas Izzul memberi cadangan lain. Arif terdiam sejenak. Along takkan tak kenal dengan papa? Apa yang dia cakap pastinya bersebab. Keputusan dia muktamad. Tak boleh sekali pun membantah. Angah takde cara lain along selain hanya cara ini sahaja, rintih Arif.

12

Waniey Zakaria

Ainul hanya diam membisu sedari tadi. Dia tidak berani nak masuk campur perbincangan dua beradik di hadapannya kini. Izzul melepaskan keluhan. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar. Betul-betul berkarisma. Walaupun dia tegas, riak mukanya masih tenang. Tapi idea korang berdua ni melibatkan kebahagiaan along juga. Tak adil la kalau along terpaksa berkorban hanya kerana nak bahagiakan korang berdua... jelas Izzul tidak berpuas hati. Hanya kerana ingin keluar daripada masalah yang timbul, kenapa dia perlu berkorban? Adakah masih tiada cara lain lagi? Habis tu macam mana along? Angah dah buntu. Betul-betul buntu. Riak wajah Arif jelas menunjukkan kerisauannya. Arif segera mendapatkan Ainul. Dia menggenggam erat tangan gadis itu. Nampaknya kita dah takde cara lain, maybe ini dah takdir kita perlu berpisah. Perlahan dia berkata-kata. Mata Ainul mula berkaca-kaca. Jangan cakap macam tu, abang pinta Ainul. Suaranya tenggelam dalam esak tangis. Arif hanya mengetap bibirnya. Abang dah takde cara lain lagi. Abang dah buntu tambah Arif lagi. Ainul menangis teresak-esak. Izzul hanya memandang mereka. Timbul rasa kasihan di hatinya. Walaupun dalam soal ini dia perlu tegas tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sampai hati melihat adiknya berduka. Apakah aku harus berkorban? Takpelah, along. Mungkin kami takde jodoh

13

Hello, Mr. Perfect!

jelas Arif tersenyum kelat ke arahnya. Ainul di sebelahnya sudah ditenggelami air mata. Arif menarik Ainul untuk bangun. Mereka sudah putus harap. Angah! Belum sempat mereka keluar dari rumah itu, Izzul memanggil Arif. Langkah Arif terhenti. Dia memandang Izzul tanpa perasaan. Dia sedih. Okeylah! Along setuju. Demi kebahagiaan korang berdua. Along setuju! kata Izzul memberi kata putus. Wajah Arif dan Ainul yang tadinya kelat kembali berseri. Mereka berteriak gembira. Jadi, macam mana caranya? Tanya Izzul untuk mengetahui tindakan selanjutnya. Itu along jangan risau. Serahkan pada kami! Arif mendabik dadanya. Dia begitu gembira sekali. Dalam hati tak sudah-sudah mengucapkan kata syukur. Dia betul-betul terhutang budi dengan abangnya.

14

Waniey Zakaria

Bab 2
LYA sibuk membantu maknya melipat kain. Adik-beradik lain sudah pun nyenyak tidur di dalam bilik. Dia memandang jam di dinding. Sudah pukul sebelas malam rupa-rupanya. Namun, dia masih belum berasa mengantuk. Kalau kamu dah mengantuk... pergilah tidur, tegur Mak Temah apabila dia perasan Alya asyik memandang jam di dinding. Alya tersenyum. Awal lagi, mak. Alya nak habiskan lipat kain ni kata Alya lantas segera mencapai kain batik di sebelahnya untuk dilipat. Mak Temah hanya menggelengkan kepala. Esokkan kamu kerja. Karang tak bangun pulak! tambah Mak Temah lagi. Alya tidak mengendahkan kata-kata maknya. Usai melipat kain, segera dia membawa kain-kain yang telah siap dilipat ke dalam bilik. Kemudian dia keluar semula dan

15

Hello, Mr. Perfect!

kembali duduk bersimpuh di hadapan Mak Temah. Alya melihat maknya mengurut kaki. Kedengaran wanita tua itu mengaduh kesakitan apabila urat-urat kaki menjadi tegang. Mak nak Alya urutkan? tanya Alya menawarkan diri. Tak usahlah, Alya. Kamu pergilah tidur. Esok kamu nak kerja, kan? arah Mak Temah lagi. Takpelah, mak. Masih awal lagi. Lagipun esok Alya datang lewat sikit ke kilang sebab Alya nak hantar proposal ke HQ jawab Alya. Mak Temah hanya mengeluh sahaja. Alya bekerja sebagai product engineer di Kilang Z&C Electronic di Kawasan Perindustrian Tebrau 2. Baru beberapa bulan dia dipindahkan ke ibu pejabat di Taman Perindustrian JB Perdana, Skudai dan sesekali dia terpaksa membuat lawatan ke kilang bagi memastikan pemprosesan cip di kilang berjalan dengan lancar. Perjalanan dari kilang ke ibu pejabat hanya memakan masa tujuh belas minit. Jadi, tidak sukar untuknya berulang-alik setiap hari. Namun disebabkan dia sering pulang lewat malam, Alya terpaksa menyewa rumah berdekatan dengan pejabat untuk keselamatan. Mak.... Tiba-tiba Alya bersuara kembali setelah beberapa minit masing-masing mendiamkan diri. Mak Temah memandang wajah tulus anaknya itu. Alya merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinannya yang pertama. Selepas suaminya meninggal dunia, dia berkahwin lain. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama apabila suami keduanya membuat perangai. Sudah kering air mata mengenangkan nasib setiap kali terpaksa berdepan dengan along apabila suaminya gagal melunaskan hutangnya.

16

Waniey Zakaria

Suami keduanya begitu gemar berjudi dan minum arak. Sangkanya sewaktu bercinta, lelaki itu dapat membimbing dia tetapi rupa-rupanya lelaki itu hipokrit selama ini. Berpura-pura menjadi lelaki yang soleh, sedangkan sebenarnya merupakan syaitan bertopengkan manusia. Sehingga sekarang suaminya itu hilang tanpa dapat dikesan keberadaannya. Dan yang menjadi mangsa adalah dia dan anak-anaknya. Acap kali along datang mengamuk pada mereka agar segera melangsaikan hutang suaminya yang hampir mencecah tiga ratus ribu ringgit. Alya tidak mampu menabung dengan banyak memandangkan dia yang menanggung persekolahan adik-adiknya. Dirinya pula sudah tidak larat untuk bekerja dan sering jatuh sakit. Hanya Alya tempat mereka mengadu nasib. Mereka sering dilanda ketakutan akibat diganggu oleh along. Anak lelakinya, Azizi juga pernah dibelasah kerana melawan. Manakala Amani, hampir kehilangan kehormatan dirinya dan dijadikan cagaran bagi melangsaikan hutang ayah mereka. Amani dan Azizi adalah anak hasil perkongsian dengan suami keduanya. Kenapa, Alya? tanya Mak Temah setelah lama membisu. Errr along ada datang rumah kita tak? Pertanyaan Alya membuatkan muka Mak Temah panas tiba-tiba. Timbul perasaan takut di hatinya. Alya tidak tinggal dengan mereka. Sejak Alya dipindahkan ke ibu pejabat di Skudai, Alya terus menyewa rumah di sana. Kalau dulu, Alya duduk bersamanya kerana kilang hanya terletak berhampiran dengan rumah mereka. Tetapi sekarang, Alya hanya akan pulang sekiranya dia ditugaskan memantau kilang untuk sementara. Mak Temah masih lagi senyap.

17

Hello, Mr. Perfect!

Cakaplah mak pinta Alya membuatkan Mak Temah mengetap bibirnya. Setiap minggu, Alya. Mereka akan datang setiap minggu mengganggu ketenteraman kita jelas Mak Temah. Alya mengerutkan dahinya. Dia risau akan keselamatan keluarganya sepanjang ketiadaannya di rumah itu. Berapa lagi hutang ayah yang perlu kita langsaikan? Rasanya sudah banyak duit diberikan kepada along. Takkan masih tidak berkurang jumlahnya? Dalam tiga ratus ribu lagi. Duit yang Alya hantar pada mak untuk langsaikan sikit hutang along tak cukup, nak. Duit bunga semakin naik. Mak tak tahu apa akan jadi sekiranya mak tak hulurkan duit itu pada mereka rintih wanita tua itu. Seketika, dia menyeka air mata daripada terus mengalir. Sudah tidak tahan rasanya apabila melalui cara hidup sebegini. Rasa kesal tak sudah-sudah. Namun apa yang boleh dia lakukan? Sudah tersurat untuk mereka menghadapi nasib seperti itu. Alya sekali lagi mengeluh. Dia juga kehilangan punca. Amani tu yang mak risaukan. Mak Temah menyambung kembali. Alya masih setia mendengar. Dia tahu Amani agak stres. Adik bongsunya sering rasa takut apabila ketenteraman mereka diganggu lebih-lebih lagi menghadapi saat dia hampir diragut kehormatannya pada malam itu. Sabarlah, mak. Alya akan cuba cari jalan untuk langsaikan hutang kita ni. Janji Alya pada maknya. Dia mesti cari jalan. Tapi bagaimana? Mana dia nak cari tiga ratus ribu? Dia hilang punca.

18

Waniey Zakaria

ALYA memandang sahaja nasi lemak di hadapannya. Apabila memikirkan soal hidup mereka sekeluarga membuatkan Alya tidak lalu untuk makan. Tekaknya terasa perit setiap kali nasi itu ditelan. Alya risau. Sepanjang ketiadaannya, apa akan jadi pada mak dan adik-beradik tirinya yang lain? Alya! panggil seseorang dari jauh. Alya mencari suara yang memanggil namanya itu. Seorang gadis menghampirinya sambil tersenyum. Mereka bersalaman. Ainul... balas Alya dengan ceria. Hilang sekejap masalahnya apabila bertemu dengan sahabatnya ini. Kau kena hantar ke sini balik ke? tanya Ainul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di hadapan Alya. Alya menggelengkan kepala. Encik Hakimi minta aku pantau proses pembuatan cip kat kilang ni kejap sebab dia perlu ke Jepun untuk dua minggu, jelas Alya. Ainul mengangguk. Baguslah kalau macam tu. Aku pun sudah lama tak berjumpa dengan kau. Rindu rasanya! Muka Ainul berseri-seri apabila melihat Alya di hadapannya. Dulu mereka berkawan baik. Sama-sama masuk ke kilang itu sebagai jurutera muda. Sama-sama juga menghadapi kesusahan di situ. Awal tahun ini, disebabkan ibu pejabat memerlukan jurutera bahagian operasi, mereka menarik Alya ke sana. Tinggallah Ainul keseorangan di kilang itu. Aku pun rindukan kau, Ainul. Kau macam mana? Bila nak kahwin? Pertanyaan Alya itu membuatkan Ainul terdiam sejenak. Senyumannya semerta mati.

19

Hello, Mr. Perfect!

Alya yang menyedari perubahan air muka Ainul mengerutkan dahinya, kehairanan. Kenapa Ainul? Ada benda yang dah terjadi antara kau dengan Arif ke? Alya risau melihat riak muka Ainul yang tiba-tiba tidak ceria itu. Aku aku.... Tergagap Ainul untuk berkata-kata. Alya segera mencapai tangan Ainul. Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku... balas Alya menenteramkan perasaan sahabat di hadapannya itu. Sekilas, Ainul terus memeluknya. Gadis itu tiba-tiba menangis membuatkan Alya semakin serba salah. Dia mengusap kepala Ainul lembut. Dalam hatinya kehairanan. Apa sebenarnya yang terjadi? Beberapa minit kemudian, pelukan mereka terlerai. Alya aku tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya. Ainul cuba menenteramkan perasaannya. Kenapa ni? Kau dengan Arif ada masalah ke? Alya masih lagi menunggu cerita daripada Ainul. Berat sangatkah masalah dia ni? Ainul menyeka air matanya daripada terus mengalir. Tangannya segera mencapai kembali tangan Alya. Aku rasa, aku dengan Arif macam takde peluang untuk bersama. Akhirnya, terluah juga perasaan itu daripada bibir Ainul. Dia mengetap bibirnya. Ketara bibirnya agak menggigil. Kenapa? Arif curang dengan kau ke? tanya Alya lagi. Ainul segera menggelengkan kepala. Bukan... Habis tu kenapa? Alya memotong percakapan Ainul. Ayah dan ibu aku bagi dia masa selama enam bulan

20

Waniey Zakaria

untuk buat keputusan sama ada dia nak kahwin dengan aku ataupun tak. Lepas tu? Masalahnya sekarang papa Arif bagitau yang dia tak boleh langkah bendul.... Alya terkejut. Langkah bendul? Aku tak faham.... Apakah sebenarnya masalah mereka ni? Ainul mengeluh. Dia tahu amat sukar untuk memahamkan sahabat di hadapannya ini dengan cerita yang agak pelik untuk didengar. Lelaki dengan langkah bendul? Its so funny! Keturunan Arif pentingkan soal langkah bendul dalam perkahwinan tak kira la dia lelaki ke perempuan. Yang sulung kena kahwin dulu... jelas Ainul panjang lebar. Alya ternganga tidak percaya. Tak sangka, soal langkah bendul menjadi isu pulak di sini. Tetapi yang peliknya kenapa soal ini melibatkan anak lelaki pula? Kalau macam tu... kenapa tak suruh aje abang sulung Arif kahwin dulu? Alya sekadar memberi cadangan. Ainul menggelengkan kepalanya. Masalahnya, abang dia takde calon lagi. Dah tiga bulan kami cuba carikan abangnya calon tapi semua ada aje yang tak kena di mata lelaki itu... cerita Ainul. Maksud kau? Korang berdua dah buat blind date untuk abang dia, ke? Ainul mengangguk. Dia mengeluh. Abang dia tu cerewet sangat la. Itu tak kena ini tak kena. Sampai pernah sekali calon yang kami kenalkan tu

21

Hello, Mr. Perfect!

dihalau bulat-bulat depan kami. Siap kata, she is not my taste! rungut Ainul. Jelas ketara wajahnya yang tidak berpuas hati dengan sikap abang sulung Arif itu. Jadi sekarang ni macam mana? Dah jumpa calon yang sesuai, ke? tanya Alya lagi. Dia agak berminat untuk mendengar cerita ini dengan lebih lanjut. Macam cerita drama pulak rasanya. Masih ada lagi kisah hidup orang muda yang mengharapkan perkahwinan diaturkan oleh keluarga. Ainul sekali lagi menggeleng. Semua calon yang kita orang kenalkan semua dia tak suka. Yang hairannya tu, calon-calon yang kita orang kenalkan bukannya calang-calang orang. Ada yang engineer, arkitek, cikgu malah model pun ada! Semua lawa-lawa, comel-comel tapi tetap tak menepati kehendak dia. Semua dia reject! Dah tu, si perempuan yang kita orang kenalkan tu pulak ada yang sampai tak tahan melayan kerenah abang sulung Arif tu. Kenal tak sampai seminggu dah tarik diri, tambah Ainul lagi. Dia hilang punca. Hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi. Masih sempatkah mereka mencari calon untuk Mr. Perfect seperti Izzul? Dia memilih sangat kut? Alya membuat andaian. Tak salah memilih tapi jangan la melampau sangat. Kalau boleh, dia nak pasangan dia tu sempurna macam dia... kata Ainul. Kepalanya dari tadi asyik menggeleng tidak berpuas hati. Alya hanya tersenyum. Dia nak cari pasangan yang sempurna, dia tu dah cukup sempurna ke? Alya menjongketkan keningnya. Ada riak memerli sedikit. Memang secara kasarnya dia agak sempurna. Muka handsome, tinggi, dada bidang dan badan sasa, otak cerdik

22

Waniey Zakaria

dan bijak, self confident yang tinggi. Umur muda dah mampu handle firma sendiri. Sebab tu kalau boleh, dia mahukan perempuan yang sama hebat seperti dia, jelas Ainul. Alya mengangguk faham. Takpelah, insya-Allah satu hari nanti jumpa jugalah Si Mrs. Perfect untuk Mr. Perfect macam dia! perli Alya lagi. Mereka ketawa apabila memikirkan soal itu. Wujudkah manusia yang sempurna sebenarnya? Kau macam mana pula, Alya? Dah ada yang punya, ke? tanya Ainul membuatkan Alya ketawa sejenak. Siapa la yang nak kat aku ni, Ainul.... Alya sekadar merendah diri. Bukan kerana tidak laku tetapi kerana dia tidak punya masa untuk mencari teman hidup. Hidupnya hanya untuk keluarga. Selagi dia masih lagi menanggung keluarga, dia tak boleh mencari pasangan hidupnya. Kau lawa apa? Si Aizat mana? Skandal kau dulu tukan pernah sukakan kau? usik Ainul. Alya tersenyum. Aizat... nama itu kembali mekar di hatinya. Sudah lama dia terputus hubungan dengan lelaki itu. Tidak tahu ke mana lelaki itu pergi setelah dia menolak cintanya. Aizat pernah menagih kasih padanya dulu. Satu tempat kerja namun disebabkan kerana dia perlu memberi perhatian kepada keluarga, dia menolak cinta lelaki itu bulatbulat. Kerana kecewa, Aizat pergi membawa diri. Dia letak jawatan pun senyap-senyap tanpa memberitahu Alya. Aku dah lama tak contact dia, Ainul jawab Alya lagi. Yalah, dulu kau jual mahal terus mamat tu bawa diri, tegur Ainul.

23

Hello, Mr. Perfect!

Alya hanya tersenyum. Dia tahu dia salah. Tetapi dia tidak mahu memikirkan perkara itu sangat. Masalah keluarganya lebih berat daripada soal percintaannya itu. Hah! Alang-alang kau tengah mencari ni, apa kata kalau aku kenalkan kau dengan abang sulung Arif tu. Ainul memberi idea. Alya membuntangkan matanya, terkejut. Ainul mengangguk laju. Aku tengok kau ada pakej. Lawa, berkerjaya, pandai masak sempurna la! Abang sulung Arif tu hanya pandang perempuan yang sempurna aje puji Ainul lagi. Mukanya agak berseri-seri. Alya rasa nak tergelak apabila kawan baiknya itu memujinya. Ya la tu.... Alya menyangkal setiap kata-kata pujian Si Ainul. Keh keh keh aku pandai masak? Oh, no! Memasak ni la yang paling aku fail! Mana pernah aku masak sekali pun kat dapur. Setakat tolong mak potong mana-mana yang patut tu ada la. Betullah! Takkan aku nak tipu. Aku rasa kau boleh bantu aku... please? pujuk Ainul. Tangannya digoyanggoyangkan berharap. Matanya bersinar-sinar seolah-olah mengharapkan agar Alya menerima pelawaannya. Dia tahu tentu Abang Izzul akan menerima gadis di hadapannya ini. Tak naklah aku hidup dengan manusia ego macam tu! Kau pun kata abang dia tu cukup cerewet dan terlampau mengejar kesempurnaan. Kalau aku kahwin dengan dia, asyik duk kena tengking aje la... balas Alya menolak. Alah mana tau dia boleh berubah lepas kahwin dengan kau? Kau kahwin ajelah dengan dia. Pastu kalau

24

Waniey Zakaria

takde jalan penyelesaian, boleh aje korang bercerai, kan? Ainul sekadar memberi harapan. Alya menggelengkan kepalanya. Soal kahwin jangan buat main-main, Ainul. Kalau aku nak berkahwin dengan seseorang biarlah atas dasar kasih sayang daripada kedua belah pihak. Aku tak nak kahwin dengan cara macam ni, kemudian bercerai kalau tak boleh nak harungi masalah bersama tegur Alya. Maafkan aku Alya, pinta Ainul serba salah. Takpe lagipun aku tak terfikir lagi ke arah tu. Aku sekarang ni tengah pening fikirkan masalah family aku, getus Alya memberi penjelasan. Riak muka Ainul berubah. Kenapa dengan family kau? tanya Ainul. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarga Alya. Alya mengeluh melepaskan segala ketegangan dalam fikirannya itu. Family aku sekarang ni berhutang dengan along jawab Alya perlahan. Sudah tak tahu nak cerita pada siapa akan perkara ini. Dia perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hatinya. Ainul terkejut. Gila! Berapa weh? Dalam tiga ratus ribu ringgit. Aku dah bayar tiaptiap bulan duit hutang tu tapi hanya setakat bayar untuk bunga sahajalah. Aku dah buntu dah ni. Kesiannya kau.... Ainul berasa simpati dengan nasib Alya. Hmmm. Alya tidak tahu nak cakap apa lagi. Hanya keluhan sahaja yang dia dapat lepaskan.

25

Hello, Mr. Perfect!

Tiba-tiba Ainul teringatkan cagaran.... Kau nak duit tak?

sesuatu.

Wang

Alya memandang tepat ke wajah Ainul. Kau ada jalan lain ke? Alya seolah-olah berharap. Mungkin ada jalan lain untuknya. Kau ambil offer aku ni. Maksud kau? Alya masih lagi tidak memahami. Kalau kau kahwin dengan Abang Izzul, kau akan dapat lump sum lima ratus ribu ringgit. Penjelasan Ainul membuatkan Alya mengangkat mukanya. Lima ratus ribu ringgit??? Wah! Banyak gila! Macam mana? Kening Ainul terangkat seolaholah memberi harapan. Dia yakin dengan tawaran ini tentunya dapat menyelesaikan masalah Alya sekarang ini. Juga masalah dia dengan Arif. Alya masih lagi diam. Dia tak boleh terus-menerus membuat keputusan. Perlukah dia menerima tawaran Ainul? Lima ratus ribu ringgit itu terlampau banyak. Dan dengan duit itu juga dia mampu untuk membayar hutang keluarga dia itu. Kalau kau terima, kau dah selamatkan ramai orang. Mak kau, adik-adik kau aku Arif. Fikirkanlah! pujuk Ainul lagi. Alya masih berfikir. Betul betul kata Ainul. Kalau aku terima, aku bakal membantu ramai orang. Semua orang bahagia. Mak dan adik-adik yang lain pastinya takkan duduk di rumah dalam ketakutan. Hutang mampu dilangsaikan, malah ada lebihan lagi untuk digunakan untuk keluargaku. Ainul dan Arif juga dapat berkahwin. Tapi ah! Perlukah aku terima? Mampukah aku hadapi sekiranya aku berkahwin

26

Waniey Zakaria

dengan lelaki yang aku tak cinta? Aku tak nak kebahagiaan untukku tiada kerana berkorban demi kebahagiaan orang lain. Tetapi, kebahagiaan keluarga aku kebahagiaan aku jugak. Macam mana ni?! Hati Alya memberontak. Dia tak tahu bagaimana untuk mengambil keputusan. Nantilah, Ainul. Bagi aku masa untuk fikirkan... pinta Alya membuatkan Ainul sedikit kecewa. Okeylah! Kau balik rumah, kau fikir baik-baik. Peluang hanya datang sekali sahaja... nasihat Ainul kepada Alya. Alya hanya tersenyum pahit. Perlukah aku? Ainul memandang jam di tangan. Eh, dah time masuk office ni. Jom! Ajak Ainul. Alya mengangguk lantas menghabiskan sisa air teh tarik di atas meja dan mencapai beg tangannya. Mereka segera melangkah masuk ke dalam pejabat.

27

Hello, Mr. Perfect!

Bab 3
ZZUL memandang tajam ke arah gadis di hadapannya. Tangannya disilangkan dan dia duduk sambil memandang dari atas ke bawah. Gadis itu hanya tersenyum manis. Tapi dia langsung tidak menyambut senyuman itu. Mukanya masih lagi serius. Siapa nama kau? tanya Izzul dengan kasar. Gadis itu hanya tersengih. Baru sebentar tadi Arif memperkenalkan dirinya kepada Izzul. Masih tidak ingat lagikah namanya? Maria jawab gadis itu lembut. Suaranya agak tidak kedengaran. What?! Sengaja Izzul melantangkan suaranya. Gadis itu terkejut. Errr Ma Maria..! jawab dia sekali lagi dengan gagap. Izzul mengangguk. Matanya masih lagi memandang Maria. Dia memeluk tubuh sambil mengetap bibirnya.

28

Waniey Zakaria

Kau tahu kenapa kau dipanggil ke mari? tanya dia lagi. Kali ini suaranya agak mendatar. Gadis itu mengangguk laju. Pertemuan mereka ni seolah-olah macam sesi temu duga pulak. Kenapa? tambah Izzul lagi. Keningnya diangkat. Saya dapat tahu daripada Encik Arif yang Encik Izzul nak mencari teman hidup jawab Maria lagi. Kali ini mukanya agak tenang sedikit. Mungkin sudah bersedia untuk ditemu ramah dan disoal dengan pelbagai soalan. Sudah cukup sempurna untuk pegang title isteri? Atau sekadar mengambil kesempatan? Soalan sinis itu hanya sekadar menguji. Riak muka Maria berubah sedikit. Timbul rasa malu di hatinya. Dia panas punggung. Maksud encik? Dia kembali bertanya. Geram pula dia apabila lelaki di hadapannya ini mempersoalkan tentang itu. Harap muka aje handsome tapi perangai.... Maria mengetap bibirnya. Apa keistimewaan yang kau ada? Soalan Maria tidak dijawab malah dia membalas balik dengan soalan yang lain. Errr saya pandai masak, pandai menjahit dan saya pandai mengurut, jawab Maria tenang. Perkataan terakhir yang diajukan betul-betul membuatkan Izzul tersenyum sinis. Lawak! Takde gaya pandai mengurut pun? Itu aje? soal Izzul lagi. Matanya memandang lagi dari atas ke bawah. Gadis itu agak tidak selesa apabila dipandang sebegitu rupa. Tajam dan menakutkan. Seperti kucing laparkan ikan.

29

Hello, Mr. Perfect!

Errr... saya wanita berkerjaya. Ada business sendiri dan pandai handle business saya, tambah Maria. Mungkin jawapan kali ini membantunya. Baru sebentar tadi Arif memberitahu bahawa abangnya sukakan seorang wanita yang berdikari. Kata-kata Maria membuatkan Izzul agak teruja. Dia memang inginkan wanita yang pandai berdiri di atas kaki sendiri. Tidak perlu bergantung kepada pihak lelaki sahaja. Tetapi belum tentu lagi dia akan memilih gadis di hadapannya ini. Dia perlu betul-betul menilai gadis ini agar dia tidak silap langkah. Dia tak mahu luka lama berdarah kembali. Kalau kau betul-betul wanita berkerjaya punya business sendiri, kenapa kau ambil tawaran ni? Izzul sekadar menguji. Air muka Maria berubah. Dia terdiam. Soalan apakah ini? Se... seb sebab saya tertarik dengan Encik Izzul. Dan saya sudi menjadi suri di hati Encik Izzul, jawab Maria tergagap. Kantoi! Kau tertarik dengan aku ke atau kau tertarik dengan duit aku? Kalau betul kau business woman, kau tak cari calon dengan cara macam ni. Betul tak? Soalan Izzul seolah-olah seperti perangkap. Maria sudah tiada idea untuk berkata-kata. Dia diam membisu. Mengiakan setiap butir kata yang dikeluarkan daripada mulut Izzul. Saya bukan tertarik dengan duit Encik Izzul tetapi dengan Encik Izzul sendiri... balas Maria lagi. Izzul menggelengkan kepalanya. Apa bukti yang boleh kau tunjukkan? uji Izzul lagi.

30

Waniey Zakaria

Maria gugup. Izzul mengeluh. Awak boleh balik sekarang luah Izzul perlahan sambil tangannya dilambaikan ke arah pintu seolah-olah menghalau. Maria mengerutkan dahinya. Maknanya saya tak diterima? tanya Maria tidak berpuas hati. Izzul tersenyum sinis. Ya! Dengan selamba Izzul mengarahkan Maria keluar dari biliknya. Encik Izzul, bagi saya peluang sekali lagi. Maria masih tidak berputus asa. Keputusan aku muktamad! Kau nak aku halau kau dengan cara baik atau cara tak baik? Kau pilih. Tapi Encik Izzul saya... Izzul segera mengangkat gagang telefon seolaholah memberi amaran kepada Maria. Kau nak aku panggilkan security guard untuk seret kau keluar dari ofis aku atau kau keluar sendiri? tegas Izzul. Matanya tajam memandang ke arah Maria. Maria bangun dan mendengus kasar. Ini kali pertama saya dimalukan sebegini! Jangan ingat awak handsome, berharta, awak boleh malukan semua orang! Patutlah tak laku! herdik Maria. Izzul tersenyum sinis. Wah! Pandai pulak dia berkata-kata. Tadi sikit punya ayu mukanya. Sekarang dah macam kera kena belacan. Thanks for your compliment, Miss Maria. You

31

Hello, Mr. Perfect!

may leave now. Dengan nada perli, Izzul menghalau Maria dengan cara terhormat. Gadis itu bengang lantas mencapai beg tangannya dan segera keluar dari bilik Izzul. Arif yang setia menanti di luar terkejut apabila melihat muka toya Maria. Macam mana? tanya dia tidak sabar. Maria mendengus geram. Mukanya merah menahan marah. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan. Arif, saya rasa ada baiknya awak hantar abang awak tu ke kelas sivik. Belajar cara menghormati orang lain. Kalau dia tak hormat orang lain, sampai bila-bila pun dia takkan berkahwin. I am very disappointed. Thanks anyway.... Maria meninggalkan firma mereka dengan muka bengang yang terserlah. Arif mengeluh. Dia kembali ke mejanya dan mengambil buku nota di atas meja. Dia mencari senarai nama Maria di dalam buku notanya itu. Kemudian, dia memotong nama Maria dan menulis di ruangan catatan: REJECTED. Kali ini sudah empat orang diperkenalkan kepada Izzul. Tapi takde seorang pun yang berkenan di hati. Takkan takde sorang pun yang dapat memikat hati dia? Along ni ada hati dan perasaan ke takde sebenarnya? Bisiknya dalam hati. Dia sudah penat. Takkan dia nak menunggu bidadari dari syurga datang berjumpa dengannya baru dia nak terima? Sekali lagi dia mengeluh. Angah.... Tiba-tiba Izzul sudah tercegat di hadapan pintu biliknya. Dia masih bermuka tenang. Arif menutup buku meletakkannya di atas meja. notanya dan terus

32

Waniey Zakaria

Anyone else? tanya Izzul kepada Arif untuk mengetahui sama ada masih ada blind date lain yang akan memenuhi temu janjinya hari ni. None at this moment, jawab Arif perlahan. Izzul hanya mengangguk dan segera meninggalkan biliknya. Arif bergerak mengekori abangnya ke bilik. Sebaik sahaja pintu ditutup, Arif mendekati meja Izzul. Lelaki itu sedang leka melihat fail di atas meja. Nampak serius sahaja mukanya. Dia segera menarik kerusi dan duduk bertentangan abangnya. Dahinya berkerut. Along suka perempuan yang macam mana? tanya Arif, inginkan penjelasan. Izzul mengerling ke arah Arif. Tangan yang sibuk menulis dari tadi terhenti sebentar. Dia tersenyum. Dah empat puluh orang ni, along. Takkan takde sorang pun yang berkenan? tambah dia lagi tidak berpuas hati. Izzul ketawa. Kan ke along dah bagitau sebelum ni. I am a perfectionist. Jadi, calon isteri along pun mestilah yang sempurna jugak... jawab Izzul sambil tersenyum sinis. But nobody is perfect, right? Kita ni manusia biasa. Manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan! tegur Arif. Kalau terlampau mengejar kesempurnaan, sampai kiamat la alongnya itu tak berkahwin. Please dont be so choosy! Angah, sometimes we have to. For our sake! For our life! jelas Izzul lagi. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar. Namun fokusnya masih ke arah Arif.

33

Hello, Mr. Perfect!

Along, angah cuma ada tiga bulan aje lagi.... Kalau macam ni la perangai along, mungkin angah tak dapat kahwin dengan Ainul.... Rilekslah angah. Manalah tahu ada sesuatu yang akan berlaku dalam masa tiga bulan ni. Come on bro... tiga bulan aje kut? Masa masih panjang lagi! Selamba aje alongnya menjawab. Yang menanggung keresahan tu diri dia sendiri. Andai alongnya tidak berjumpa dengan calon yang sesuai, harapan untuknya berkahwin dengan Ainul pasti kecundang! Okeylah! Kalau dalam tiga bulan ni along tak jumpa jugak pasangan along, apa along nak buat? uji Arif membuatkan Izzul berhenti seketika dari terus membaca dokumen di dalam fail tersebut. Sekilas Izzul mengeluh. Dia menutup fail di tangan. Dia memandang tepat ke wajah Arif. Kau masih tak kenal lagi ke dengan along kau ni, angah? Setiap apa yang dikata pasti akan dikota. Kalau dah cukup tiga bulan masih tak jumpa, along tahu la apa along nak buat, okey? Sekarang ni tugas kau hanya mencari calon untuk along aje. Selebihnya biar along yang selesaikan. Faham? Tegas sahaja Izzul berkata-kata membuatkan Arif diam seketika. Dia memang kenal benar dengan abang sulungnya itu. Memang, setiap kata akan dikota. Tidak dinafikan along dia bukan jenis yang tak tepati janji, cuma dia risau andai kata masih tidak menemui jalan penyelesaian... pastinya dia dan Ainul akan buntu selepas itu. Dia sayangkan Ainul. Sukar baginya untuk melepaskan gadis itu. Mereka telah sama-sama menghadapi susah dan senang. Andai mereka takde jodoh, apa lagi yang nak dikata? Hanya Allah yang mengetahui perasaannya ketika ini.

34

Waniey Zakaria

Okeylah! Along janji along akan pastikan along jumpa pasangan along within these three months. But you have to work hard untuk carikan along calon, okey? Izzul faham perasaan adiknya itu. Tetapi dia harus fikirkan masa depannya juga. Andai kata dia berkahwin dengan gadis yang tak serasi dengannya, tak ke naya namanya tu? Tapi kalau betul takde gadis yang sesuai untuknya, alamatnya dia kena guna plan B la gamaknya. Hmmm... plan B? Apa plan tu ya? Izzul berfikir sendiri. Kalau tak jumpa juga macam mana? tanya Arif untuk mendapatkan kepastian. Along akan terima calon yang Arif kenalkan tu sebagai isteri nanti walaupun dia takde ciri-ciri yang along nak. Tu pengorbanan along untuk korang berdua. Selamba aje Izzul berkata-kata membuatkan Arif resah. Ini kut plan Bnya itu. Ah! Belasah ajelah! Kalau dah itu takdir-Nya, dia reda aje! Along sanggup ke kahwin dengan gadis yang along tak cinta? Cinta? Cinta tak pernah wujud dalam hidup along. Apa yang penting, kau bahagia. Kebahagiaan along tu usah kau risaukan, okey? Tapi... Dah la! Kau ambil file ni, siapkan apa yang patut. Along ada kerja nak buat. Layan kau ni sampai esok pun tak habis! potong Izzul lalu menghulurkan tiga buah fail kepada Arif. Kemudian dia menyambung semula kerjanya. Malas dia nak ambil port apa yang akan Arif katakan nanti. Apa yang penting, dia wajib tunaikan apa yang sudah dijanjikan. Arif mengeluh. Dia mengangguk lemah. Memang dia gembira apabila Izzul sudi membantunya tetapi dia tak

35

Hello, Mr. Perfect!

mahu abang dia kahwin kerana dia. Tapi, nak buat macam mana? Cinta itu ada kalanya indah, ada kalanya pahit. Bak kata orang, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Jadi, kena juga la hadapi kenyataan itu. Cukuplah abang dia pernah merana kerana seorang perempuan dulu. Namun dia berharap biarlah perempuan juga yang bakal membahagiakan abangnya itu nanti. Dia tak mahu kalau abang dia tu ditakdirkan menyukai pasangan yang sama jenis. Wah! Simpang malaikat empat puluh empat. Tak sanggup dia fikirkan sekiranya abang dia tu pegang title GAY. Oh, no! Ya Allah, andai gadis itu wujud untuk abangku ini, temukanlah mereka secepat yang mungkin. Doanya dalam hati. Hah! Apa yang kau tercegat kat situ? Pergilah buat kerja! Suara tegas Izzul yang bingit itu mematikan lamunannya. Sekali gus membuatkan Arif tersengih seperti kerang busuk. Baiklah, along. Angah keluar dulu ya? Arif meminta diri. Dia mengambil fail yang dihulurkan oleh Izzul tadi lantas segera keluar dari bilik lelaki itu. Sebaik sahaja pintu ditutup, Izzul berhenti daripada menulis. Dia memandang sahaja ke pintu. Kemudian dia menggelengkan kepala dan tersenyum. Alangkah baiknya andai dia juga bakal berjumpa dengan wanita yang benarbenar menghargai kasih sayangnya seperti sayang Ainul pada Arif. Dia kagum dengan cinta adiknya itu. Pastinya, cinta dia tidak seindah cinta mereka. Shasha, ada lagi appointment untuk saya hari ni? tanya Izzul kepada setiausaha peribadinya. Shasha membelek planner di tangannya. Satu per satu dilihat sebelum memberitahu kepada Izzul.

36

Waniey Zakaria

Ya. Sebenarnya Encik Izzul ada tiga appointment hari ni. Tapi dua dah dibatalkan. Klien kita akan beritahu tarikhnya kemudian. Lagi satu appointment dengan Dato Mahmood. Tempatnya... di pejabat Dato Mahmood selepas lunch hour nanti, jelas Shasha panjang lebar. Berkenaan apa tu? Izzul kehairanan. Dato Mahmood tidak pula memberitahunya pasal janji temu ini. Ada masalah ke? Beliau perlukan penjelasan secara terperinci berkenaan projek yang akan dijalankan tahun depan, iaitu Hotel Fantasy Resort di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Jadi, pukul berapa Encik Izzul akan ke sana? Tangan Shasha sudah pun memegang pen. Bersedia untuk menulis. Okey, tolong beritahu secretary Dato Mahmood saya akan ke sana dalam pukul dua petang, pesan Izzul. Shasha mengangguk dan segera menulis arahan yang diberi di dalam plannernya. Dia segera duduk dan menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi. Selang beberapa minit kemudian, seorang wanita yang berpakaian kebaya moden berwarna merah jambu menghampiri meja Shasha. Assalamualaikum... sapa wanita itu memberi salam. Waalaikumussalam... jawab Shasha. Tangannya yang dari tadi sibuk menaip terhenti seketika. Diperhatikan wanita itu dari atas ke bawah. Yes? sambung Shasha lagi. Keningnya diangkat. Tidak diketahui siapa gerangan gadis di hadapannya kini. Gadis itu tersenyum. Can I see Mr. Izzul? pinta wanita itu.

37

Hello, Mr. Perfect!

Shasha mengerutkan dahinya. Ada buat appointment ke? tanya Shasha. Encik Izzul jarang sekali ingin melayan seseorang tanpa membuat janji temu terlebih dahulu. Tak... tapi saya perlu jumpa dia. Very urgent, pinta wanita itu lagi. Sorry miss. Encik Izzul takkan layan sesiapa yang datang tanpa membuat appointment terlebih dahulu. Lagipun dia sibuk sekarang, kata Shasha menjelaskan. Wanita itu mengetap bibirnya. Hmmm... can you tell him that Ain is here? Sekejap ye. Suzana menekan butang interkom yang sememangnya berhubung terus dengan bilik Izzul. Yes? sahut Izzul. Dia begitu sibuk menyemak fail di atas meja. Sesekali mukanya berkerut dan fokus pada kerjanya. Encik Izzul, ada orang nak jumpa dengan Encik Izzul. Siapa? Namanya Ain... jawab Shasha. Sekilas Izzul memandang ke arah luar biliknya. Mukanya agak terkejut sedikit. Mukanya merona merah. Rasa marah mula wujud. Tak sangka dia datang kembali.... Awak bagitau dia saya sibuk, takde masa nak layan sesiapa pun, jelas Izzul. Matanya masih lagi tertancap ke arah wanita itu. Tapi... dia kata urgent. She needs to see you... balas Shasha lagi. Izzul mendengus kasar.

38

Waniey Zakaria

Suruh dia masuk! tegas Izzul. Kalau ikutkan hati, malas untuknya bertemu dengan wanita itu tetapi mana tau kemungkinan ada perkara penting yang ingin diberitahu? Kau nak apa? tanya Izzul kepada Ain sejurus selepas wanita itu masuk. Matanya sibuk memandang fail di tangan. Langsung tidak ada hati untuk memandang wanita yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dulu. Boleh Ain duduk? pinta Ain. Duduklah! arah Izzul. Bau minyak wangi wanita itu betul-betul menggugat imannya. Wangian yang sama sewaktu mereka menjadi pasangan kekasih suatu ketika dulu. Wangian itulah yang pernah disukainya suatu ketika dulu. Ya Allah! Kau tenangkanlah perasaanku. Dengan perlahan Ain menarik kerusi lantas duduk betul-betul di hadapan Izzul. Izzul... sapa Ain apabila lelaki itu tidak menegurnya. Sebaliknya sibuk menelaah fail tanpa memandang wajahnya. Izzul mengeluh. Matanya dikerlingkan ke arah Ain. Ain hanya tersenyum. Masih terserlah lagi keayuannya setelah hampir sepuluh tahun mereka berpisah. Ain adalah kekasih yang paling lama bertapak di hati Izzul. Namun disebabkan salah faham, gadis itu meninggalkan dirinya. Agak lama juga dirinya merana kerana Ain. Dan sekarang, wanita itu datang kembali di kala dia sudah melupakan kenangan pahit itu. Izzul apa khabar? tanya Ain. Sumpah! Dia rindukan lelaki di hadapannya ini. Agak lama juga dia mencari Izzul dan baru sekarang mereka berjumpa. Itu pun

39

Hello, Mr. Perfect!

secara kebetulan apabila Ain terserempak dengan Izzul di kedai makan tempoh hari. Mujur lelaki itu tidak sedar akan dirinya. Agak lama dia mencari kekuatan sebelum bertemu dengan Izzul semula. Takut-takut lelaki itu sudah tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Maklumlah, dia pernah sakitkan hati lelaki itu. Dia curang dan meninggalkan Izzul untuk ikut lelaki lain. Rahim, lelaki durjana yang pernah membawanya lari ke Siam. Di sana, kehormatan dirinya diragut. Dia hampir dijual. Mujur dia berjaya melarikan diri sebelum dibawa ke Siam untuk dijadikan pelacur di sana. Cinta itu buta. Akibat terlampau percayakan Rahim yang menjanjikan kebahagiaan dan kemewahan padanya, dia mengambil tindakan drastik tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia mengecewakan banyak pihak. Keluarga dan juga Izzul. Lelaki itu sudah banyak ditipunya. Memang dia sayangkan Izzul tetapi sayangnya pada Rahim mengatasi segala-galanya. Rahimlah yang menyuruh Ain berbaik dengan Izzul dan menipu duitnya hanya kerana Izzul anak orang ternama dan berharta. Namun, Izzul menyayanginya sepenuh hati membuatkan Ain cuba mencari jalan untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu. Cintanya pada Izzul adalah duit. Dan cintanya pada Rahim adalah pengorbanan. Ah! Kalau Izzul tahu aku sudah tidak suci lagi, mahukah dia menerima aku? Kau tengok aku ni sihat ke tidak!? Kuat atau lemah!? soal Izzul. Masih lagi keras. Sekeras hatinya untuk menerima apa yang telah Ain lakukan padanya suatu ketika dulu. Dulu, kerana Ain dirinya menjadi lemah. Kerana Ain, dia bukan Izzul yang tegas dan disegani ramai. Dia begitu menyayangi gadis itu. Tapi malangnya, Ain sudah lama membuangnya jauh daripada hati perempuan itu. Ain

40

Waniey Zakaria

menodai cinta dan kasihnya. Dan kerana Ain, dia benci dengan manusia bernama perempuan. Setelah kecewa dengan Ain, Izzul membawa diri ke Jepun untuk mencari ketenangan dan membuang perasaan kecewa selama setahun. Dan setelah itu, dia pulang dengan tekad untuk mempermainkan perempuan. Setiap perhubungannya dengan perempuan tak ubah seperti menukar pakaian. Paling lama bertahan hanyalah seminggu sahaja. Dan dia sedar, amat sukar untuknya menerima seseorang sebagai teman hidupnya kerana dia tekad untuk mengejar kesempurnaan. Mengharapkan gadis yang bakal bertakhta di hatinya sempurna seperti dia. Mempunyai budi pekerti yang baik, tidak pernah melakukan kesalahan atau menyakiti orang lain dan mencintainya sepenuh hati. Namun, sudah namanya manusia... semuanya tidak sempurna. Dan sehingga kini, masih tiada insan yang mampu membuka pintu hatinya untuk mempunyai perasaan kasih sayang walaupun secebis cuma. Sayangnya hanya untuk keluarganya. Bukan kepada orang lain. Ain mengeluh. Dia tahu, Izzul masih lagi memarahinya. Tapi dia betul-betul menyesali perbuatannya dahulu. Dan kini dia datang hanya untuk meminta maaf dan berharap agar Izzul dapat menerimanya kembali meskipun dia sudah hilang kehormatan diri. Izzul... Ain... Ain minta maaf! Ain tahu Ain salah. Ain nak kembali pada Izzul. Ain nak berada di samping Izzul. Ain sayangkan Izzul, rayu Ain sedikit mengharap. Izzul tersenyum sinis. Setelah apa yang berlaku sebelum ni, baru kini kau datang nak melutut pada aku? Ain mengetap bibirnya. Setitis air matanya jatuh ke pipi.

41

Hello, Mr. Perfect!

Huh! Perempuan! Senjatanya adalah air mata. Ah! Menangis la sekuat mana sekalipun namun untuk tunduk pada gadis di hadapannya ini adalah amat mustahil! Takde gunanya kau nak minta maaf, Ain! Nasi dah jadi bubur. Aku dah tak perlukan kau lagi dalam hidup aku! tengking Izzul. Sudah puas dia menderita kerana gadis ini. Tidak mungkin dia menerimanya kembali walaupun dia menangis air mata darah sekalipun. Ain menyeka air mata daripada terus mengalir. Dia tahu Izzul sudah lama merana. Izzul kecewa. Semuanya kerana dia. Tidak pandai menilai yang mana intan, yang mana kaca. Tetapi, dia begitu sayangkan Izzul. Begitu lama dia mencari Izzul kembali. Apabila ketemu, dia tekad untuk kuatkan dirinya menemui lelaki itu. Kalau takde apa-apa... kau boleh keluar. Aku ada banyak kerja lagi! tegas Izzul menghalaunya. Matanya masih tidak memandang ke arah Ain. Izzul.... Ain masih mencuba. Sebelum aku halau, baik kau keluar sekarang. Izzul masih lagi ada rasa hormat pada wanita itu. Kalau diikutkan hati marahnya, ingin sahaja dia menghalau wanita itu. Biar semua orang pandang ke arah mereka dan sekali gus memalukan dirinya. Namun, dia tak boleh buat sedemikian kerana wanita itu pernah bertakhta di hatinya sebelum ini. Dan dia tidak suka menyakitkan hati orang yang pernah dia sayangi. Izzul, Ain... Sudah! Takde apa lagi yang nak dibincangkan, potong Izzul. Dia sudah malas mendengar rintihan daripada Ain. Cukuplah! Dia sudah penat! Dulu, ketika dia masih perlukan gadis itu, Ain hilang entah ke mana. Melarikan diri

42

Waniey Zakaria

bersama seorang lelaki yang dia cukup kenal! Saat dia merayu supaya gadis itu pulang ke pangkuannya, Ain hanya menganggap dia seperti sampah! Dan sekarang, rasakan apa yang dia rasa selama ini. Tok! Tok! Tok! Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Masuk! arah Izzul. Shasha membuka pintu dan masuk ke dalam. Encik Izzul, I am going fof lunch. Just want to inform you that you have an appointment at two p.m. today. Okay, noted. Thanks... balas Izzul tersenyum. Anything else? tanya Shasha sambil tangannya memegang planner. Dia sudah berdiri tegak di hadapan mereka. Bersedia untuk mendapatkan tugas seterusnya. None at the moment. But I will tell you later should there be any other matters. Thanks, jelas Izzul. Shasha mengangguk dan meminta diri. Sebaik sahaja wanita itu menutup pintu, Izzul kembali memandang ke arah Ain. Ada apa lagi? Tanya dia apabila melihat Ain masih tidak berganjak dari tadi. Ain minta maaf. Ain doakan Izzul bahagia. Ain bersuara perlahan lantas keluar dari biliknya. Izzul hanya mengikut langkah Ain dengan ekor matanya sahaja. Sebaik sahaja bayang wanita itu hilang, dia mengeluh. Maafkan Izzul.... Itu sahaja yang termampu untuk diucapkannya. Hatinya tidak mungkin akan kembali kepada wanita itu. Dia bencikan kekecewaan dan kelukaan.

43

Hello, Mr. Perfect!

Bab 4
LYA memarkirkan keretanya di hadapan rumah. Sebaik sahaja keluar dia merasakan bahawa keadaan rumahnya agak suram. Hatinya tiba-tiba jadi tidak tenang. Segera dia masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan rumah yang menjadi tunggang-langgang. Bersepah di sana sini. Ada serpihan kaca yang pecah di atas lantai rumah. Apa sudah jadi? Dia mencari kelibat emak dan adik-adiknya. Mak... Amani... Azizi... mana korang? Namun tiada langsung kedengaran suara yang menyahut. Kakinya melangkah ke arah bilik. Kosong. Mana semua orang pergi? Hatinya semakin resah. Selamatkah mereka? Adakah along datang menyerbu rumah mereka? Hatinya tidak keruan. Kakinya melangkah pula ke dapur. Mak? panggil dia lagi. Masih tiada sesiapa di ruang dapur itu. Dia risau! Peluh di dahi mengalir. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran seseorang menyahut.

44

Waniey Zakaria

Alya.... Perlahan suara itu kedengaran. Alya memandang ke arah pintu dapur. Kelihatan Mak Jah jirannya datang dengan wajah sayu. Alya segera mendapatkan jirannya itu. Mak Jah, mana mak dan adik-adik yang lain? Kenapa rumah saya bersepah ni? Tanya Alya kerisauan. Mak Jah masih lagi diam membisu. Mak Jah! Mata Alya menggoncang tubuh wanita tua itu. sudah berair. Dia

Azizi.... Satu perkataan akhirnya keluar daripada mulutnya. Alya mengerut dahi. Kenapa dengan Azizi, Mak Jah? Kenapa dengan adik saya tu??? Azizi kena tikam dengan along. Sekarang ni ada dekat hospital. Alya rasa terpukul apabila mendengar berita itu. Sekilas air matanya jatuh ke bumi. Dia menggelengkan kepala. Tidak percaya. Alya jatuh terduduk. Kepalanya tibatiba sakit. Dan tanpa dapat ditahan, dia pengsan di situ.

MATA Alya terbuka perlahan. Dia melihat keadaan sekeliling. Di sekitarnya ada mak, Amani, Pak Ahmad (suami Mak Jah) dan Mak Jah sendiri. Masing-masing dengan wajah yang cukup risau. Dia bingkas bangun. Alya... panggil Mak Temah perlahan. Azizi mana mak? Azizi mana?! tanya Alya tidak sabar. Dia risaukan adiknya.

45

Hello, Mr. Perfect!

Mak Temah hanya diam. Alya... Azizi selamat. Keadaan dia stabil. Cuma dia masih tak sedarkan diri... jawab Mak Jah apabila melihat Mak Temah tidak mampu untuk berkata-kata. Amani pula dari tadi duk termenung seorang diri. Alya segera mengucapkan syukur. Kerisauannya berkurangan. Dia memeluk maknya dan sejenak Mak Temah menangis teresak-esak. Mak... kenapa boleh jadi macam ni? Mak Temah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi. Azizi cuba untuk menyelamatkan Amani daripada diperkosa. Terus dia kena tikam. Mak... mak... hanya mampu merayu tetapi mak juga dipukul teruk oleh mereka, jelas Mak Temah. Alya menangis. Kenapa semuanya perlu berlaku dalam jangka masa yang terdekat ini? Kenapa perlu berlaku ketika dia tiada di rumah? Matanya masih lagi memandang Amani. Wajah adik kesayangannya itu sugul dan tidak bermaya. Jelas ketara Amani begitu stres dengan kehidupan mereka. Mujur Amani selamat. Mak.... Alya tidak mampu untuk berkata-kata. Dia sudah tidak punya idea untuk berkata apa-apa. Mak dah tak tahu nak buat apa, Alya. Mana kita nak cari duit lagi RM300,000? Dia orang kasi kita tempoh sebulan aje untuk selesaikan hutang ayah kamu tu... jelas Mak Temah lagi. Pelukan mereka terlerai. Wajah Mak Temah masih basah. Mak jangan risau... Alya akan cuba dapatkan juga duit itu walau dengan apa cara sekalipun. Alya janji mak! Alya

46

Waniey Zakaria

janji! Alya begitu bersungguh-sungguh. Dia sudah tekad. Dia perlu mengambil tawaran itu. Soal kebahagiaan perlu ditolak ke tepi. Dia perlu selamatkan keluarganya. Azizi dah masuk hospital, Amani hampir diperkosa buat kali kedua dan lepas ni kalau mereka masih tidak boleh menyelesaikan masalah mereka, apa akan jadi pada dia dan keluarga? Alya tekad!

ESOK paginya Alya bertemu dengan Ainul di kantin. Aku terima tawaran kau tu, Ainul... kata Alya membuatkan Ainul terkejut. Gadis itu tersenyum gembira. Dia memegang erat tangan Alya. Betul ke? Betul ke apa yang kau cakapkan ini Alya? Alya mengangguk. Alhamdulillah! Okey... hari Sabtu ni kau datang ofis Arif dekat Jalan Kangkar Tebrau. Kita jumpa kat sana, okey? beritahu Ainul. Sekali lagi Alya mengangguk setuju. Aku yakin pastinya Abang Izzul akan terima kau! tambah Ainul lagi. Siapa nama dia tadi? tanya Alya. Izzul. Muhammad Izzul Islam... jawab Ainul. Alya terdiam seketika. Indah sungguh nama tu. Harap sekiranya mereka berkahwin lelaki itu tidaklah sekejam mana. Aku tak mahu nanti keluar mulut harimau masuk mulut buaya pulak, bisik hati kecilnya.

47

Hello, Mr. Perfect!

Tapi nanti kau jangan cakap kau nak kahwin dengan dia sebab duit, ya? Tiba-tiba Ainul memberi pesanan. Alya mengerut dahi. Kenapa? tanya Alya pelik. Abang Izzul tak suka perempuan yang nak kahwin dengan dia bukan sebab dia tetapi sebab harta dia... jawab Ainul lagi. Alya hanya mengangguk. Tak terniat di hatiku untuk mengambil harta kekayaan seseorang. Tapi aku terdesak. Hanya jalan ini sahaja yang ada. Nak tak nak aku kena terima juga. Lepas ni kalau apa-apa terjadi, biarlah aku seorang yang menghadapinya. Asalkan keluarga aku selamat dan hidup bahagia, bisik hati kecil Alya. Errr... kau yakin ke Abang Izzul akan terima aku? tanya Alya untuk mendapatkan kepastian. Dia tahu Izzul pastinya seorang yang cukup cerewet. Sempurna kononnya. Tapi dia bukanlah sempurna seperti yang dikatakan oleh Ainul. Banyak kelemahan yang dia ada. Andai kata Izzul tak terima dia bagaimana? Ya Allah! Kau bantulah hambaMu ini. Aku kena pastikan Izzul menerimaku. Aku perlukan duit itu untuk keluargaku, doanya di dalam hati. Ainul tersenyum. Sebab kau ada keistimewaan tersendiri. Aku dah kenal kau lama, Alya. Aku pasti... dia akan terima kau. Salah satu sebab, kau mempunyai iras wajah gadis yang amat dia sayangi... jelas Ainul panjang lebar. Alya membuntangkan matanya, terkejut. Benarkah? Ya? Siapa? Kau pernah jumpa ke? Tak pernah. Tapi tak silap aku, Abang Arif pernah

48

Waniey Zakaria

beritahu aku pasal ex-girlfriend Abang Izzul. Dia pernah tunjukkan gambar perempuan tu masa perempuan tu datang berkunjung ke rumah dia orang masa raya. Aku pernah cakap kat Arif yang wajah ex-girlfriend dia tu ada iras kau, kata Ainul lagi. Habis tu, mana pergi ex-girlfriend dia tu? tanya Alya lagi begitu teruja. Hmmm... dah lari ikut lelaki lain. Jawab Ainul selamba. Alya mengerut dahi. Jadi maknanya mereka berpisah sebab perempuan tu curang? Kau tak rasa kalau dia jumpa aku, dia akan rasa marah ke... apa ke? Yalah, muka aku ada iras ex dia yang curang dengan dia. Alya semakin risau. Manalah tahu, kerana muka serupa akan memberi kesan tak elok padanya nanti? Lagipun mereka berpisah bukan sebab kematian tetapi kerana kecurangan. Itu aku tak sure. Tapi instinct aku rasa kuat yang dia akan terima kau! Takpelah, kita cuba dulu okey? Ainul cuba menenangkan perasaan Alya. Alya hanya mengangguk. Belum cuba belum tahu! Semoga dia berjaya!

KENAPA Alya perlu berkorban, nak? Alya tak kasihan ke dengan mak? tanya Mak Temah meraih simpati. Dia tak mahu anaknya mengambil jalan pintas hanya untuk menyelamatkan mereka sekeluarga. Alya memegang bahu maknya.

49

Hello, Mr. Perfect!

Alya terpaksa mak. Hanya dengan cara ini aje yang boleh tolong kita. Alya tak mahu macam-macam perkara terjadi. Ayah pergi macam tu aje. Dengan hutang piutang yang tak mampu dibayar. Lepas tu yang jadi mangsa kita! Azizi tu hampir terkorban, mak! Alya tak nak apa-apa jadi pada mak, Amani mahupun Azizi lepas ni, jelas Alya lagi. Kelopak mata Mak Temah bergenang dengan air mata. Dia begitu terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu. Sifat tulus anaknya itu betul-betul lahir daripada perangai arwah suaminya yang pertama. Seorang yang sanggup berkorban untuk semua orang. Dia hanya mampu tersenyum. Walau apa pun yang berlaku... mak doakan kau bahagia, nak... kata Mak Temah sayu. Dia harap perkahwinan Alya ini akan berkekalan walaupun dengan cara sebegini. Doakan semoga lelaki itu menerima Alya, mak... balas Alya lagi. Mak Temah mengangguk. Alya hanya tersenyum. Akak.... Suara perlahan itu kedengaran. Alya dan ibunya menoleh. Azizi sudah sedar daripada koma. Segera mereka mendapatkan Azizi. Amani yang duduk di sebelah katil Azizi memegang tangan adiknya. Azizi... kau dah sedar! Syukur alhamdulillah! doa Alya. Dia gembira apabila melihat adiknya sedar kembali. Azizi memandang ke arahnya. Bibirnya pucat dan kering. Wajahnya juga pucat. Tangannya berselirat dengan wayar. Sakit-sakit macam ni masih mampu lagi Azizi tersenyum.

50

Waniey Zakaria

Akak nak buat apa? tanya Azizi perlahan. Kesakitan di bahagian pinggang masih lagi terasa. Sesekali dia mengaduh kesakitan apabila dia ingin bangun dari pembaringan. Alya dan Amani segera membantu Azizi bangun. Perlahan-lahan, dik. Jahitan di perut tu masih baru lagi... nasihat Alya lembut. Takpe, kak! Azizi kan hero. Sakit macam mana sekalipun, Azizi tetap kuat! seloroh Azizi membuatkan mereka sekeluarga ketawa. Azizi memang seorang hero, menjadi kebanggaan mereka. Azizi dengar akak nak kahwin. Betul, ke? tanya Azizi lagi. Matanya sayu memandang Alya. Alya gugup. Hmmm.... Alya hanya mengangguk. Sebab kami ke kak? Pertanyaan Azizi itu membuatkan Alya terdiam seketika. Dia tak mahu adiknya itu tahu soal ini. Eh, takdelah! bohong Alya. Dia tak mahu adikadiknya risau. Habis tu kenapa tiba-tiba akak nak kahwin? Dengan siapa? Akak kan takde calon lagi. Sebelum ni akak tak pernah cakap pun soal ni pada kita orang. Ayat Azizi itu seolah-olah merajuk. Amani dan Mak Temah hanya diam sahaja. Mereka tak mahu masuk campur. Biarlah Alya sahaja yang bercakap. Akak dah lama nak cakap soal ni. Tapi belum ada masa yang sesuai, dik... bohong Alya lagi. Rasa serba salah mula mencengkam. Tetapi dia tiada cara lain lagi.

51

Hello, Mr. Perfect!

Dengan siapa, kak? Dia pernah datang ke rumah? Tanya Azizi yang masih tidak berpuas hati. Dia perlu tahu siapa lelaki itu. Adakah Abang Aizat? Lelaki yang pernah sukakan kakaknya itu? Adakah lelaki itu sudah kembali? Azizi akan tahu nanti. Alya masih lagi ingin berahsia. Belum tiba masanya untuk memberitahu siapakah gerangan lelaki yang bakal dia kahwini itu. Satu hari nanti mereka akan tahu jua. Biarlah urusan aku dengan dia selesai dahulu... hati Alya berbisik. Azizi hanya mengangguk. Dia kenal kakak tirinya ini. Alya memang suka berahsia. Namun di sudut hatinya, dia begitu mengagumi Alya. Kakak yang paling dia sayangi meskipun mereka berlainan ayah.

52

Waniey Zakaria

Bab 5
LYA menanti dengan sabar di bilik menunggu. Tangannya agak sejuk. Dia cuba untuk menenteramkan perasaannya. Walaupun begitu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekiranya mereka bertemu secara empat mata. Dia gelisah. Ainul datang bersama dua orang lelaki yang segak dengan kot hitam ke bilik menunggu. Alya hanya memerhati ke arah dinding kaca. Spontan dia bangun dari duduk. Pintu bilik dibuka. Inilah kawan Ainul... kata Ainul lantas memperkenalkan dia kepada dua orang lelaki tersebut. Salah seorang hanya tersenyum memandangnya. Dan yang seorang lagi hanya memandangnya dengan tajam. Daripada raut wajah mereka, yang memandangnya dengan tajam itu lebih kacak daripada yang seorang lagi. Pastinya yang kacak dan hensem ini adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Ainul sebelum ini. Tapi... dia macam pernah lihat lelaki ini suatu ketika dulu. Hmmm....

53

Hello, Mr. Perfect!

Salam perkenalan, Cik Alya... tegur lelaki yang tersenyum itu. Ini mesti Arif, bisik hatinya. Salam perkenalan... jawab Alya seraya tersenyum. Alya... ini la bakal husband aku, Arif. Dan ini abang dia, Izzul.... Ainul memperkenalkan mereka kepadanya. Alya hanya tersenyum sahaja. Namun apabila matanya tertancap pada lelaki yang memandangnya dengan tajam itu, jantungnya berdegup kencang. Ada perasaan aneh lahir dari lubuk hatinya. Yes! Dia sudah ingat! Rasanya lelaki inilah senior dia sewaktu di UTM dahulu. Oh, namanya Izzul. Dulu ada juga kawan-kawan dia sebut nama lelaki di hadapannya ini. Tapi, dia lupa! Tak pernah sekali pun dia ada niat dan ada hati untuk mengetahui nama sebenar lelaki itu selama ini. Dan lelaki itu tak pernah tahu nama dia juga. Di kolej dulu, kawan-kawan dia memanggil Izzul tu Abang Maco. Maco la sangat, kan? Izzul, lelaki yang berlagak bagus dan digilai ramai di kolej mereka. Pernah juga mereka bergaduh setiap kali berjumpa. Siapa boleh tahan bila ayat berbisa keluar daripada mulut mamat maco depan dia ni! Tetapi sebisa-bisa ayat yang dilemparkan oleh lelaki itu, hatinya sudah terdetik rasa suka pada lelaki di hadapannya itu. Cuma perasaan itu disimpan sahaja. Tapi tu dulu la, sekarang perasaan tu dah takde lagi! Lagipun satu semester aje mereka bertemu kerana lelaki itu sudah menamatkan pelajarannya di situ. Tak sangka bertemu di sini. Tetapi, bukan Izzul dah ada awek ke? Cun pulak tu. Orang cakap awek dia tu ada iras dia. Apa-apa ajelah! Hmmm... sudah tak ingatkah Izzul pada dia lagi? Memang la dia tak kenal kau Alya oiii..! Dulukan

54

Waniey Zakaria

kau tu tomboy tahap high class. Pakai seluar beggie, baju jenama Nike... saiz XL lagi dan cap terbalik jenama cap ayam kau tu memang tak pernah sekali pun lekang dari kepala kau walau ke mana saja kau pergi! Dah tu, time kau bercakap... mahu satu level orang boleh dengar suara kau tu. Yang pekak pun boleh terus sihat! Kalau kau mengurat mamat depan kau ni time tu, confirm dia reject kau terus agaknya! Kutuk dirinya. Tapi itu dulu la... sekarang Alya dah insaf. Alya dulu dah jadi perempuan Melayu terakhir, doh! Tak main la seluar beggie, baju saiz XL. Cap tu pun dia tak tahu kat mana dia letak. Dah masuk tong sampah agaknya? Sekarang ni baju blaus, baju kurung. Dah takde ayat-ayat kasar. Alya sekarang dah jadi perempuan asli... seratus peratus asli! Ha ha ha! Seloroh dia lagi di dalam hati. Jadi awak ni la Alya? Yang Ainul sebut-sebutkan tadi? tanya Izzul dengan pandangan yang masih lagi tajam. Walaupun wajahnya agak serius namun masih terserlah kekacakannya di sebalik kaca mata. Rambutnya yang lebat dan panjang disisir ke tepi dan kelihatan kemas. Izzul sekarang lebih handsome dan smart daripada Izzul yang dulu. Abang Izzul, Alya ni banyak keistimewaan dia tau. Dia rajin, anak yang baik, berkarier, pandai masak, cantik pulak tu... puji Ainul panjang lebar. Sengaja memancing perhatian Izzul kepada Alya. Ah! Sudah minah ni... bertan-tan la pulak pujian dia, bisik hati Alya. Dia bukan seperti yang Ainul cakapkan itu. Dia tidaklah begitu sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna.

55

Hello, Mr. Perfect!

Wah! Ya ke? Untung la along macam tukan? pancing Arif pula. Matanya sengaja dijelingkan kepada Izzul yang masih lagi diam membisu. Alya cuba mengalihkan pandangan daripada terus memandang Izzul. Hatinya menjadi resah dan serba tak kena. Pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai nak gugur. Ah! Rasanya ini kali pertama dirinya dipandang sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan mamat yang hensem macam Izzul. Lagilah dia macam cacing kepanasan. Rasa seronok apabila menjadi salah seorang calon untuk Izzul tetapi nak ke lelaki itu pada dia? Berminatkah dia? Jangan dia sorang-sorang syok sendiri sudah! Kalau dahulu, pandangan Izzul padanya penuh dengan kebencian. Masakan tidak, depan awek dia boleh la tunjuk maco. Nak jaga standard yang kononnya dia tu perfect sangat! Pigirahhh! Along, kenapa pandang-pandang aje? Tegur-tegur la... ajak Alya keluar makan ke apa ke. Sekali lagi Arif cuba memancing perhatian Izzul pada Alya. Alya hanya diam membisu. Sekadar tersenyum walaupun senyuman itu senyuman paksa dan takut-takut. Ainul dan Arif sudah merasakan yang impian mereka bakal menjadi kenyataan apabila melihat pandangan Izzul kepada Alya. Jarang sekali dia memandang calon-calon sebelum ini sebegitu. Alya, jom kita pergi ke Jusco Tebrau City nak tak? Boleh tengok wayang bersama. Aku dengan Arif, kau dengan Abang Izzul. Sesuai sangat la! sampuk Ainul apabila bosan menunggu reaksi mereka berdua. Dari tadi senyap tanpa berkata apa-apa. Sukakah? Atau tak sukakah? Adoi.... Aku... aku.... Alya tidak mampu berkata-kata.

56

Waniey Zakaria

Belum sempat dia menghabiskan ayat, tangannya ditarik keluar dari bilik. Arif hanya mengekori mereka. Pandangan Alya masih ke arah Izzul yang masih tegak berdiri memandangnya.

TENGAH HARI itu mereka bergegas ke Jusco Tebrau City. Sepanjang perjalanan, mereka berdua yang duduk di tempat duduk belakang hanya diam membisu. Hanya kedengaran suara Ainul dan Arif berbual bersama. Alya semakin resah duduk berdua-duaan dengan Izzul di belakang... lebih-lebih lagi bila kaki mereka sekalisekala bersentuhan. Apabila matanya menerjah ke wajah lelaki itu, Izzul begitu leka memandang ke luar. Macam takde mood aje nak berbual-bual dengan dia. Sombong betul mamat sebelah aku ni. Dari tadi diam aje. Ada emas ke dalam mulut dia tu? Alya membuat andaian sendiri. Mana taknya, dari pejabat lagi langsung tak keluar sepatah perkataan pun daripada mulut lelaki di sebelahku ni. Kalau dulu setiap kali jumpa, tak cukup air liur rasanya dia bila bercakap dan bertekak dengan aku! Haish! Apesal mata mamat ni asyik duk mengerling tajam ke arah aku dari tadi ni? Macam ada yang dia tak puas hati aje? Kalau tak suka cakap aje la terus terang. Tak payah biar aku sorang-sorang aje terkontang-kanting kat sini. Entah-entah dia ingat aku lagi tak? Sebab tu dia buat bodo aje, bisik hatinya lagi. Sekilas dia menjeling memandang ke hadapan. Menyampah! Kalau di kolej dulu, Izzul memang pantang

57

Hello, Mr. Perfect!

berjumpa dengannya. Ada aje benda yang dijadikan bahan untuk bergaduh. Dah macam anjing dengan kucing jadinya! Tapi bila mamat ni dah blah, dia rasa sunyi pulak sebab takde orang nak bergaduh. Dan masa tu dia rasa dia dah syok habis kat mamat ni! Cuma dia dah terlewat! Sebab mamat ni, dia berubah. Terus start pakai tudung, pakai blaus... pakai baju kurung. Dia dah tekad nak jadi perempuan Melayu terakhir dah time tu. No more ayat otai... no more ayat kasar. No more! Not at all. Alhamdulillah! Alya... lama ke kerja dekat Kilang Z&C Electronic dengan Ainul? Soalan Arif tiba-tiba memecahkan kesunyian suasana. Mata Arif memandang ke cermin pandang belakang. Alya tersenyum. Haah, lama jugak la. Ada la dalam empat tahun. Arif hanya mengangguk. Kami kenal masa sama-sama praktikal kat situ, abang... sampuk Ainul pula. Arif mengangguk lagi. Kira ayang dah kenal lama dengan Alya, la? Kenapa tak kenalkan lebih awal lagi... tak payah kita cari orang lain sebagai calon untuk along. Kan along, kan? Sengaja Arif mengusik abangnya. Muka Alya di sebelah dah mula merah menahan malu. Ala, kalau kenal awal pun belum tentu dia terima aku. Aku pun boleh tahu taste dia macam mana... bisik hati kecilnya lagi. Hmmm... balas Izzul. Perlahan saja. Macam nak tak nak layan aje nampaknya.

58

Waniey Zakaria

Alya ada berapa orang adik-beradik? Sekali lagi Arif bertanya. Sengaja menghidupkan mood perbualan. Tak mahu keadaan di dalam kereta menjadi senyap sunyi. Dia hairan melihat alongnya yang seolah-olah takde mood untuk keluar bersama mereka. Adakah kerana Alya ni tidak menarik perhatian dia? Atau... kerana wajah Alya seiras wajah Ain, wanita pertama dan terakhir yang dia paling sayang suatu ketika dulu? Hmmm... Alya anak tunggal. Tapi Alya ada dua orang adik-beradik tiri... jawab Alya tanpa berselindung. Soal keluarga baginya amat sensitif untuk diperkatakan. Salah satu sebab dia menerima permintaan Ainul untuk cuba nasib menjadi calon pilihan Izzul pun atas sebab keluarga. Namun, dia takkan sesuka hati bercerita soal itu di hadapan Izzul kerana takut lelaki itu tak suka. Ooo... adik-beradik berlainan ayah dan ibu ke? Semakin seronok pula Arif mengetahui latar belakang Si Alya. Kenalah tanya. Untuk abang dia juga. Kalau nak harapkan Izzul bertanya? Haram.... Tak, adik-beradik berlainan ayah tetapi mak yang sama. Ayah Alya dah lama meninggal. Beberapa tahun lepas kematian ayah, mak kahwin lain dan lahirkan adik-adik Alya ni... jawab Alya lagi. Dia agak senang dengan Arif berbanding Izzul. Perangai mereka berdua jauh berbeza. Arif, walaupun dia tidak sekacak Izzul tetapi dia memiliki senyuman yang cukup manis. Sekali senyum boleh cair rasanya. Dan Arif seorang yang peramah dan pandai melayan. Tetapi bila dilihat pada Izzul, lelaki itu langsung tidak ada ciri-ciri yang boleh diberikan pujian. Mungkin hanya kekacakan wajahnya sahaja. Kalau dari segi perangai dan tingkah laku, Arif lebih mudah didekati.

59

Hello, Mr. Perfect!

Kenapa you nak jadi calon isteri I? Tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Izzul setelah agak lama dia mendiamkan diri. Haaa... akhirnya. Arif menyampuk sambil ketawa. Izzul sengaja buat tidak tahu dengan reaksi Arif itu. Matanya masih lagi memandang Alya. Dia perlukan jawapan ikhlas daripada gadis di sebelahnya ini. Dia hairan, kalau diikutkan kecantikan rupa paras, Alya ternyata lebih cantik daripada calon-calon yang diperkenalkan oleh Arif dan Ainul pada dia sebelum ini. Gadis itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang bilamana setiap kali dia memetik jari, sepuluh orang yang akan datang melutut padanya. Alya diam. Ainul sudah gugup. Hatinya berdoa agar Alya tidak memecah rahsia mereka. Errr... sebab saya... saya.... Alya tiada idea untuk memberi alasan. Sebab? Kening Izzul yang lebat diangkat. Dia sekadar menguji. Sebab dah tiba masanya untuk saya mencari jodoh. Selamba Alya menjawab soalan Izzul itu. Perghhh... begitu skema sekali jawapan. Kalau difikirkan balik, bukan itu jawapan sebenar. Jawapan sebenar sebab dia nak dapatkan duit RM500,000 tu untuk keluarganya. Itu target utama. Izzul sekadar mengangguk faham. Sama ada dia berpuas hati atau tak, itu belakang kira. Apa yang penting harap selepas itu dia takkan keluarkan lagi soalan yang berbaur peribadi. Setelah sampai, mereka bergerak menghampiri kaunter untuk membeli tiket wayang di TGV Cinema. Masing-

60

Waniey Zakaria

masing memerhatikan sahaja skrin televisyen untuk melihat carta tayangan yang sedang dan bakal ditayangkan. Masingmasing berbincang untuk menonton cerita apa sebelum membuat keputusan. Dan akhirnya semua bersetuju untuk menonton Transformers: Dark of the Moon 3D. Sewaktu ingin membayar, Izzul awal-awal sudah mengeluarkan not RM100 untuk mereka berempat. Alya agak terharu. Thanks, Izzul, ucap Alya sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari situ. Tayangan bermula pukul tiga petang. Sempat lagi mereka pergi makan dulu untuk mengisi perut. Dari tadi perut dia dah berkeroncong minta diisi. Izzul hanya diam. Senyum pun tak, geleng pun tak, angguk pun tak, apa pun tak! Adeh... mahal sangat dia punya senyuman ni! Arif dan Ainul dah berjalan jauh ke hadapan. Tinggallah Alya dan Izzul berdua. Tetapi alangkah bosannya. Mamat ni jual mahal la. Takde class kut keluar dengan minah yang sederhana macam aku ni. Hanya setakat berT-shirt harga RM20 yang dibeli dekat pasar malam dan seluar jean lusuh jenama Ladylike ni, pandang sebelah mata pun dia tak hairan, desis hati Alya. Dia memerhatikan pakaiannya, untuk dibandingkan dengan pakaian mamat di sebelahnya itu. Hmmm... baju dia agak class jugak! BerT-shirt round neck jenama DKNY, seluar jean jenama Levis. Agak-agak ada dalam RM200 seluar jean dia ni. Perghhh... dengan harga RM200 tu dia boleh beli lima lagi seluar jean kat Jusco ni time sale. Hu hu hu. Eh, tudung Ariani yang aku pakai ni mahal tau! RM150 lagi untuk satu set dengan inner sekali. Tu tak termasuk harga postage.

61

Hello, Mr. Perfect!

Ha ha ha! Alya tiba-tiba ketawa sendirian. Izzul yang terperasan menegur. Kenapa tiba-tiba gelak? Alya sedar dirinya diperhatikan. menggeleng laju. Errr... takde apa-apa. Segera dia

Lawak pulak bila terkenangkan perangainya tadi. Sudah-sudah la nak berangan Alya! Target kau sekarang ni nak memastikan agar date kali ini berjaya! Kau mesti dapatkan Izzul, demi keluarga... demi percintaan kau yang tak tercapai dulu... ops! No, no, no. Demi keluarga sebenarnya okey! Izzul mengerut dahi. Entah apa gilanya wanita sebelah dia ni tiba-tiba ketawa sendirian. Tetapi, cantik! Wajahnya persis wajah Ain. Rasanya lagi cantik daripada Ain. Wajah Alya seperti kacukan Melayu-Arab. Mata besar, hidung mancung, alis mata yang lebat dan panjang dan mempunyai senyuman yang cukup menawan. Izzul masih lagi memerhatikan wanita itu dengan ekor matanya. Wajahnya sangat bersih dan putih. Hmmm... macam pernah dia lihat wanita ini. Tapi di mana, ya? Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila wanita itu mengerling ke arahnya. Seraya dia melarikan matanya ke tempat lain. Ala! Secantik mana pun dia, tak semestinya dia mempunyai kesempurnaan seperti yang aku inginkan. Masih panjang lagi masa untuk aku mengenali gadis di sebelah aku ni. Banyak lagi benda yang perlu aku tahu mengenai Alya. Tapi... kenapa mulutku seakan-akan berat untuk berkatakata? Malukah aku padanya? Oh, tidak! Izzul mana kenal erti malu. Kalau malu, tentunya aku tak layak pegang jawatan aku sekarang ni. Tapi sumpah! Macam pernah tengok perempuan ini... desis hati Izzul.

62

Waniey Zakaria

Jauh benar mereka menapak mengekori Arif dan Ainul. Tak diketahui ke mana arah tujuan mereka sekarang ni. Angah! panggil Izzul. Arif yang sibuk bersembang dengan Ainul mengalih pandang. Kakinya berhenti melangkah. Begitu juga Ainul. Apa, long? tanya Arif kehairanan. Kita nak ke mana sebenarnya ni? Penat dah along ikut korang berdua... rungut Izzul. Dia memeluk tubuh. Arif dan Ainul saling berpandangan. Hmmm... boleh tak kita cari kedai makan yang sedap kat sini? Along laparlah! tambah Izzul lagi sambil tangannya memegang perut. Errr... along, Arif nak temankan Ainul ke Jusco kejap. Dia nak beli barang kosmetik. Apa kata kalau along bawa Alya pergi makan dulu? Nanti dah habis beli barang, kita orang datang jumpa along dengan Alya. Boleh? Arif sengaja memberi cadangan tersebut. Nak bagi peluang untuk Alya dan abangnya mengenali di antara satu sama lain. Dan dia tahu mereka berdua sudah nampak ketara mempunyai perasaan minat di antara satu sama lain cuma masing-masing malu. Hah? Aku dengan Alya? Ala.... Izzul serba salah. Alya seperti cacing kepanasan. Takkan mereka berdua nak makan berdua kejap lagi, kut? Mereka segera melangkah mendekati Arif dan Ainul. Boleh la Abang Izzul. Kejap aje Ainul dengan Arif pergi beli barang. Dah habis nanti kita orang contact la Abang Izzul makan kat mana... sampuk Ainul pula.

63

Hello, Mr. Perfect!

Alya, kau temankan Abang Izzul, yek? pinta Ainul lagi membuatkan Alya kerisauan. Tapi.... Alya tak tahu nak cakap apa. Harapannya tatkala itu hanya mahukan Ainul bersama mereka. Dia tak sanggup nak berjalan berdua-duaan bersama Izzul. Mereka masih lagi belum ada keserasian. Ala kejap aje... dalam setengah jam macam tu. Korang berdua pergi la makan-makan dulu. Sekarang baru pukul dua belas tengah hari. Ada banyak lagi masa sebelum wayang start. Nanti kita jumpa ya? pujuk Ainul lagi. Dia berharap agar Alya bersetuju dengan cadangannya. Alya mengetap bibirnya sambil memandang ke arah Izzul yang juga tampak jelas kerisauannya. Kita orang pergi dulu, ya? Terus Arif dan Ainul jalan berpimpinan tangan meninggalkan Alya dan Izzul yang tercegat di situ. Bayang mereka hilang di sebalik orang ramai yang membanjiri mall itu. Masing-masing masih lagi tercegat kaku. Alya hanya diam membisu. Kita nak ke mana? Izzul memulakan perbicaraan. Alya tak kisah. Ikut aje... jawab Alya. Izzul mengangguk lantas bergerak meninggalkan Alya di belakang. Gadis itu mengeluh lantas mengekori jejak langkah Izzul. Ceh! Blah macam tu aje? Bukan nak ajak sekali! Rungut hati Alya. Terbit rasa kecewa bila melihat Izzul tidak seromantik Arif. Mereka bergerak ke arah bertentangan dari jalan yang mereka lewati tadi. Izzul masih tercari-cari kedai makan yang dia ingin singgah. Alya hanya ikut sahaja. Sesekali dia

64

Waniey Zakaria

berlari-lari anak apabila Izzul meninggalkan dia jauh ke belakang.

bergerak

agak

laju

Arif dan Ainul hanya memerhatikan mereka berdua dari jauh. Masing-masing dah ketawa terkekek-kekek di situ. Sekilas tangan mereka saling bertepukan. Sebenarnya mereka berdua sengaja buat alasan sebegitu untuk memberi ruang Alya dan Izzul berdua-duaan. Kalau asyik duk ikut punggung dia orang, macam mana nak kenal? Abang rasa Abang Izzul suka tak dekat Alya tu? Tanya Ainul mendapatkan kepastian daripada pakwenya. Abang Izzul nampak lain sikit kali ni. Takde melenting-lenting setiap kali dia jumpa dengan calon yang abang kenalkan pada dia sebelum ni. Kalau tengok reaksi mereka berdua tu, abang rasa dia orang tu suka sama suka. Cuma masing-masing malu-malu kucing. Confirm jadi la! Arif begitu teruja. Ainul hanya mengangguk. Dia juga merasakan apa yang Arif rasakan. Harap Alya dapat memenangi hati Abang Izzul. Kalau berjaya, banyak masalah akan selesai.

ALYA memandang sekitar restoran yang mereka duduki sekarang ini. Dia sendiri tidak mengetahui kenapa Izzul memilih untuk makan di Kinsahi Japanese Restaurant. Adakah kerana dia gemarkan makanan Jepun? Sumpah! Alya tak pernah makan makanan Jepun sebelum ini. Ini adalah kali pertama dan dia agak janggal. Takut-takut tekaknya tidak boleh menerima makanan dari negara matahari terbit itu. Dan yang paling diragui, adakah halal? Ah... pening memikirkan. Sebaik sahaja pelayan memberikan mereka menu,

65

Hello, Mr. Perfect!

Alya membelek menu tersebut. Nampak macam menyelerakan tetapi dia tidak tahu yang mana satu sedap. Izzul yang dari tadi membelek akhirnya membuat pesanan. Gintara teriyaki bento one set and orange juice, please. Alya mengerut dahi. Apa tu? Makanan apa tu? Alya semakin gugup membaca menu yang ada di hadapannya. Dia tak tahu nak makan apa. Alya nak makan apa? tanya Izzul apabila melihat Alya masih lagi membelek menu di tangan. Wanita itu seperti hilang punca. Izzul hanya tersenyum. Tetapi sayang, senyuman itu tidak sempat dilihat oleh Alya kerana dia agak kalut mencari makanan apa yang dia ingin pesan. Errr... samalah! Pendek sahaja jawapan Alya. Segera menu di tangan ditutup. Daripada dia memesan yang pelik-pelik, baik dia makan aje apa yang Izzul dah order. Izzul sekali lagi memesan kepada pelayan itu untuk memberikan mereka dua set makanan dan air yang sama. Pelayan itu hanya mengangguk lalu mengambil menu di tangan mereka dan beredar. Alya dah tawakal. Dia tidak pernah makan di manamana restoran Jepun sebelum ini. So, semuanya dia ikut sahaja. Mata Izzul memandang tepat ke arahnya. Masih tajam dan serius. Pandangan itu membuatkan Alya jadi tak keruan. Tangannya sibuk memintal alas meja kerana agak tidak selesa dengan pandangan Izzul padanya. You tak pernah makan kat sini ke? tanya Izzul memulakan perbualan. Errr... tak! Cepat sahaja dia membalas.

66

Waniey Zakaria

Sekali lagi Izzul tersenyum sinis. Ketinggalan zaman betul minah ni, bisik hati Izzul. Wah! Sinisnya senyuman! Mesti dia dah start pandang rendah dengan aku ni. Kali ini Alya pulak mengutuk. Try la makan. Makanan Jepun adalah salah satu makanan favourite saya, jelas Izzul. Patutlah pun. Kalau aku, jangan harap nak makan kat sini. Takut tak kena dengan tekak aku yang hanya boleh terima masakan Melayu aje. Buat apa nak paksa diri makan kat tempat yang pelik-pelik macam ni. Nanti membazir la pulak. Bisik hatinya lagi. Alya hanya mengangguk tersenyum. Tangannya dari tadi masih lagi memintal-mintal alas meja. Ooo... kira selalu la awak makan makanan Jepun ni ya? Alya sekadar berbasa-basi dengan Izzul. Karang kalau senyap aje, bosan pulak mamat depan dia ni. Izzul hanya mengangguk. I dulu pernah duduk kat Jepun selama setahun. Izzul sudah memulakan ceritanya. Alya semakin teruja untuk mendengar. Awak buat apa kat sana? Saja... berehat. Teringat Izzul kenangan lama. Kerana kecewa dengan cinta Ain, dia melarikan diri ke Jepun. Dan sejak itu dia berdendam dengan PEREMPUAN! Dan tibatiba dia teringatkan kedatangan Ain ke pejabatnya beberapa hari yang lalu. Ooo... mesti cantik tempat-tempat kat Jepun tukan? Pertanyaan Alya membuatkan Izzul kembali ke alam nyata. Of course! Paling best masa musim bunga kat

67

Hello, Mr. Perfect!

Tokyo. Seronok tengok bunga-bunga yang kembang menyerlahkan lagi panorama pemandangan di Tokyo terutama sekali bunga sakura. Cantik sangat! Alya tersenyum. Dari segi penceritaan lelaki itu, dia tahu lelaki itu amat sukakan negara Jepun. Selang beberapa minit kemudian, makanan mereka sampai. Izzul sudah mula menjamah makanannya. Alya hanya melihat sahaja makanan di hadapannya. Nampak sedap tetapi dia agak takut-takut untuk makan. Kenapa tak makan? tanya Izzul hairan. Errr... sedap ke? tanya Alya balik. Tangannya masih lagi memegang garpu dan pisau tapi masih belum potong dan memasukkan daging ikan itu ke dalam mulut. Izzul tiba-tiba ketawa. Lawak ke? Pertama kali dia melihat lelaki itu ketawa. Kacaknya! Giginya putih tersusun. You ni lawaklah! Makan aje la, bukan ada racun pun! Segera dia memotongkan daging ikan itu di hadapan Alya. Kemudian disuakan sepotong ke arah gadis itu. Rasalah! Alya yang malu-malu hanya mengangakan mulutnya dan menggigit makanan yang disuakan oleh Izzul. Pertama kali dia rasa adegan mereka itu agak romantik. Mukanya merona merah. Dia mengunyah daging ikan itu. Macam mana? Sedap? tanya Izzul. Alya mengangguk. Sedap. Ni ikan apa? Sekilas, Alya memotong ikan itu lagi dan masukkan ke dalam mulutnya.

68

Waniey Zakaria

Izzul tersenyum. Dia menyambung menikmati makanannya. Ni ikan kod. Pernah dengar? Alya menggelengkan kepala. Ikan apa tu? Ikan kod ni macam ikan dory juga. Ikan kod ni hidup di samudera dan merupakan salah satu ikan yang banyak dimakan. Hati ikan kod diproses untuk menghasilkan minyak sebab ikan kod merupakan ikan kedua yang mempunyai kandungan minyak terbanyak selepas ikan yu. Orang Jepun suka menggunakan ikan kod dalam masakan mereka kerana minyak daripada ikan kod merupakan minyak essential yang mengandungi banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dalam supplement minyak ikan biasanya terkandung asam lemak kaya manfaat seperti Omega 3 (EPA & DHA), Vitamin A dan Vitamin D. Salah satu sumber DHA & EPA ALAMI adalah supplement minyak ikan dari hati ikan kod atau sering disebut cod liver oil. Ikan kod ni pun selalu juga dijadikan fish and chips, jelas Izzul panjang lebar. Alya agak kagum dengan lelaki di hadapannya ini. Ketara lelaki ini jenis yang rajin membaca. Luas ilmu pengetahuannya. Alya masih lagi melayan makanannya. Dia sukakan sos yang disapu pada ikan kod itu. Yang ni sos apa? tanya Alya ingin tahu. Rasanya sedap. Yang ni sos teriyaki. Di Jepun, makanan mereka banyak pakai sos teriyaki. Sos teriyaki ni selalunya akan dicurahkan kepada daging yang telah dipanggang. Kadangkala sos ini digunakan pada kepak ayam atau digunakan sebagai pencecah. Untuk membuat sos teriyaki, hanya memerlukan kicap, gula dan mirin. Tapi mirin haram sebab mengandungi alkohol sekitar empat belas peratus dan empat puluh peratus hingga lima puluh peratus kandungan gula. Kandungan

69

Hello, Mr. Perfect!

alkohol yang terdapat pada mirin dapat menghilangkan rasa hanyir pada ikan dan mengurangkan risiko bahan makanan hancur ketika dan selepas dimasak. Mirin juga digunakan untuk menambah rasa manis pada bahan makanan yang dimasak, mengilatkan bahan makanan yang dimasak cara teriyaki dan menambahkan haruman pada masakan. Alya terhenti sebentar. Habis tu, makanan yang dia makan ni haram ke? Izzul sedar akan reaksi Alya yang terganggu apabila mendengar penjelasannya mengenai mirin. You jangan risau, sos teriyaki selalunya telah diubah suai agar tidak menggunakan mirin. Kat sini, mirin digantikan dengan kicap cair atau soyu, kicap manis dan madu. Lagipun kat entrance tadi tu dah sah-sah ada logo halal dari JAKIM. So, tak perlu kita ragu-ragu makan makanan kat sini. Alya kembali mengangguk. May I ask you something? Tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Izzul. Alya menelan liur. Soalan apakah yang bakal ditujukan padanya itu? Soalan apa? tanya Alya kembali. Have we met before? Your face look familiar... soal Izzul mendapatkan kepastian. Sekali lagi Alya menelan liur. Ah, sudah! Errr... nope! Ini la kali pertama kita jumpa... bohong Alya. Tak nak Izzul bersangka buruk soal itu. Izzul mengangguk faham. Dia menghela nafas lega. Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi. Lelaki itu mengeluarkan Iphone 4 dari kocek seluarnya.

70

Waniey Zakaria

Helo, angah. Yes. Lambat lagi? Mata Izzul menjeling ke arah Alya. Jumpa kat wayang pukul tiga nanti? Hmmm... okey... okey! Sebaik sahaja perbualan ditamatkan, sekilas Iphone 4 diletakkan di atas meja. Keluhan dilepaskan. Alya memperlahankan kunyahannya. Nampak macam serius aje? Hai, dia orang ni macam sengaja mengenakan kami sahaja. Kenapa? Dia orang tak jadi datang ke? tanya Alya tidak sabar. Izzul mengangguk. Dia orang cakap lambat lagi nak datang sini. Dia orang suruh kita jumpa kat panggung wayang aje nanti.... Alya diam. Adui.... Dilihat Izzul membelek jam di tangan. Sekarang dah pukul dua. Ada sejam lagi sebelum wayang nak bermula. Kita nak ke mana lepas ni? tanya Izzul semula. Makanan mereka sudah habis dimakan. Alya sedang sibuk menghabiskan sisa orange juice yang dipesan sebelum menjawab soalan Izzul itu. Kita solat zohor dulu, nak? Lepas tu baru kita fikirkan ke mana kita nak lepak lepas ni, boleh? Jawab Alya. Izzul terdiam. Agak lama baru dia mengangguk setuju. Setelah membuat pembayaran, mereka segera bergerak mencari surau. Alya amat berterima kasih kepada Izzul sebab sudi belanja dia makan dan tengok wayang. Kira hari ni free-free sahaja dia keluar date dengan lelaki itu. Untungnya!

71

Hello, Mr. Perfect!

SELESAI solat, Izzul segera menunggu Alya di luar. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul dua tiga puluh petang. Lagi setengah jam. Dia mengeluarkan Iphone 4 dari dalam kocek dan terus membuat panggilan 3G dengan Arif. Sebaik sahaja video call diterima, terpancar wajah Arif di skrin. Angah, kau kat mana? tanya Izzul apabila melihat Arif seperti berada di tempat yang agak asing. Arif hanya tersengih sahaja. Kau kata kat Jusco? Apa cerita ni, bro? Izzul tidak berpuas hati apabila dia dan Alya dipermainkan. Ala, along... aku sengaja tinggalkan kau dengan Alya. Kalau korang berdua asyik ikut kita orang, macam mana korang nak mengenali antara satu sama lain... jawab Arif. Ceh! Sabar ajelah! Habis tu kau kat mana tu? Rasa tak puas hati dia masih lagi tersisa. Namun dia biarkan sahaja. Kita orang makan kejap. Nanti kita jumpa dekat panggung, okey? Korang bermesra-mesraan la dulu yek. Ada masa lagi ni! Bye! He he he.... Arif mengenyit mata ke arah Izzul. Belum sempat Izzul membalas, Arif sudah pun menamatkan perbualan mereka. Hampeh budak ni! Izzul merungut. Tetapi bila difikirkan semula, ada betulnya Arif buat macam tu. Kalau tak, sure dia dengan Alya akan duduk diam membisu sepanjang pertemuan mereka. No point la kalau macam tu. Izzul menyimpan kembali Iphone 4nya ke dalam kocek. Mana pula Si Alya ni? Dah lambat ni. Dia bermonolog sendirian.

72

Waniey Zakaria

Sedang dia asyik menunggu Alya, tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Dia melihat Ain dengan seorang lelaki. Lelaki itu begitu mesra sekali dengan tangannya memeluk pinggang gadis itu. Sesekali lelaki itu mendekatkan bibirnya ke wajah Ain seolah-olah ingin bercium. Mereka berjalan dari kedai ke kedai. Hatinya menjadi panas! Tak guna punya perempuan! Hari tu kau datang ofis aku merayu-rayu nak kembali pada aku. Sekarang, kau senang-senang berpelukan dengan jantan tu! Bodoh! Baru aku kenal kau siapa! Dasar perempuan murahan! Nasib aku tak peduli rayuan kau hari tu! Panasnya hati aku ni!!! Herdiknya di dalam hati. Dia membelek jam di tangan. Yang si perempuan sorang ni pun satu! Mekap macam mak nenek! Tak tahu ke dah pukul berapa sekarang ni?! Hatinya membuak-buak menahan marah. Sakit apabila melihat perangai sebenar Ain yang berlaku di hadapan matanya. Alya mencari kelibat Izzul yang sedang berdiri menyandarkan diri ke dinding menunggunya. Alya hanya tersenyum sahaja apabila melihat Izzul sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling. Sorry, lambat... pinta Alya meminta maaf sebaik sahaja dia menghampiri Izzul. You buat apa kat dalam tu? Mahu setengah jam I tunggu! Tiba-tiba Izzul bersuara dengan nada yang tinggi sedikit membuatkan Alya agak cuak. Eh, tadi sikit punya baik kenapa tiba-tiba nak marah pulak ni?! Errr... sorry, pinta Alya lagi. Dia semakin serba salah apabila melihat Izzul dengan wajah yang cukup serius. Lelaki itu mendengus kasar lalu bergerak

73

Hello, Mr. Perfect!

meninggalkannya. Pelik! Lelaki di hadapan dia ni memang pelik! Alya segera mengekori Izzul yang dah jauh ke depan. Mereka melangkah laju ke TGV Cinema. Lagi lima belas minit nak pukul tiga petang. Mata mereka tercari-cari kelibat Arif dengan Ainul. Hesy! Mana dia orang ni? rungut Alya. Sekilas dia terpandangkan Arif dan Ainul yang sedang berdiri menunggu mereka di entrance untuk masuk ke panggung wayang. Izzul, tu mereka! Tunjuk Alya ke arah Arif dan Ainul. Izzul hanya mengangguk dan secara tidak sengaja melanggar bahunya dan meninggalkannya ke belakang. Alya terdiam. Hampeh! Selamba betul mamat ni. Bukan nak mintak maaf ke apa ke! Geram betul aku tengok! Ngomel Alya di dalam hati. Hai, bro! Amacam date korang? Sengaja Arif mengusik Alya dan Izzul sebaik sahaja mereka mendekati dia dan Ainul. Biasa aje.... Jawapan Izzul membuatkan Alya mencebik. Lelaki tu langsung takde perasaan. Arif dan Ainul hanya tersenyum. Takpe... awal lagi ni. Nanti dah lama-lama biasa la. Arif memberi semangat. Dia suka sekiranya Alya dikenenkan dengan Izzul. Mereka sama cantik dan sama padan. Wajah Alya dah merona merah. Dia tersenyum sahaja. Kalau dijawab memang over pulak! Dia yang begitu excited sedangkan lelaki di sebelahnya itu cuma menganggap date mereka biasa sahaja.

74

Waniey Zakaria

Sebaik sahaja lampu panggung nombor satu bernyala, terus mereka beratur untuk memberi tiket kepada staf yang menjaga di situ. Kemudian, mereka masuk tanpa menoleh ke belakang lagi.

75

Hello, Mr. Perfect!

Bab 6
ACAM MANA Arif? Kamu dah buat keputusan ke? tanya Dato Seri Amiruddin sebaik sahaja mereka selesai makan malam. Arif dan Izzul saling berpandangan. Keputusan apa, papa? tanya Arif tidak memahami. Dato Seri Amiruddin segera mencapai curut jenama Cohibba yang menjadi kegilaan ramai di kalangan kaki curut. Keputusan untuk kau kahwin dengan Ainul la, balas Dato Seri Amiruddin. Oh, dalam proses papa. Papa dengar keluarga Ainul dah tak boleh tunggu lama lagi? Arif diam. Papa minta maaf. Papa tak boleh nak bantu. Memang dari dulu lagi keturunan kita dah aturkan peraturan seperti ini. Papa tak berani nak melanggar peraturan tu.

76

Waniey Zakaria

Takpe, pa... Arif akan bantu along cari calon yang sesuai untuk dia sebelum sampai masanya, balas Arif lantas memandang ke arah Izzul yang sejak dari tadi tidak bersuara. Dato Seri Amiruddin mengangguk. Dia juga serba salah. Dulu pun dia hampir melalui apa yang Arif rasakan. Mujur akhirnya abang sulungnya bertemu dengan seseorang di saat dia sudah merancang untuk mengahwini Datin Seri Rosni. Mama tak kisah dengan siapa korang berdua nak berkahwin. Tetapi kalau dah terdesak sangat, mama nak kenalkan Izzul dengan anak kawan mama. Izzul berminat? Tiba-tiba suara Datin Seri Rosni kedengaran di sudut ruang makan. Dia membawa sedulang air kopi untuk mereka sekeluarga. Cuma Nur Amilia sudah tidak kelihatan di situ. Mungkin dia sudah naik ke biliknya di tingkat atas. Izzul mengerut dahi. Siapa, ma? Datin Seri Rosni tersenyum. Cawan di atas dulang disusun di atas meja. Anak Datin Sofia, Si Julia.... Mereka terdiam. Julia? Gadis sosial tu? Oh, no! Kalau Julia... takpelah, ma! Izzul tak berminat, jawab Izzul perlahan. Bukan dia tak kenal dengan Julia, gadis itu terlalu sosial baginya. Teringat lagi sewaktu mereka satu sekolah, dia tahu yang Julia pernah ada perasaan padanya. Tetapi dia langsung tiada hati untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan gadis itu. Sikap gadis itu yang suka mengarah membuatkan hatinya jelik. Pada waktu malam pula, Julia sentiasa keluar ke kelab malam. Umur enam belas tahun sudah pandai minum arak. Adakah mamanya tahu tentang itu?

77

Hello, Mr. Perfect!

Hmmm... mama cuma memberi cadangan sahaja. Selebihnya terpulang pada kamu. Datin Sofia tu selalu bertanyakan kamu. Katanya Si Julia tu suka benar pada kamu. Apa salahnya mencuba, kan? Datin Seri Rosni sekadar memberi laluan untuknya berfikir. Ah! Awal-awal dah kena reject! Ma, along dah ada calon la! Tiba-tiba Arif menyampuk. Mata masing-masing memandang ke arah Izzul. Betul ke, Izzul? tanya Dato Seri Amiruddin dan Datin Seri Rosni serentak. Izzul terdiam. Orangnya cantik, ma... pa. Sopan, berkerjaya, menutup aurat, sempurna la! Dah kena dah dengan taste along yang inginkan perempuan yang sempurna untuknya... tambah Arif lagi mengusik. Betul Izzul? tanya mereka lagi tidak percaya. Arif menyiku lengan Izzul. Errr... betul, ma... pa, jawab Izzul perlahan. Dia tak beri kata putus lagi soal itu, Arif dah canang-canangkan mengenai Alya pada mereka pula. Alhamdulillah... bila nak kenalkan pada kami? tanya Datin Seri Rosni gembira. Sampai masa, Arif dengan Ainul akan bawakan gadis tu untuk tatapan mama dengan papa... jawab Arif sebagai wakil abangnya. Kamu pulak yang bersungguh-sungguh. Izzul ni tak cakap apa-apa pun. Perli Dato Seri Amiruddin membuatkan Arif menutup mulutnya, malu. Dia pulak yang terlebih excited.

78

Waniey Zakaria

APESAL la kau sesuka hati pergi canangkan tentang Alya pada papa dan mama? tegur Izzul tidak berpuas hati. Arif ketawa. Ala along... apa salahnya? Along dengan Alya tu dah sepadan. Arif sengaja mengusik lagi. Masalahnya along baru aje kenal dengan dia. Masih banyak lagi yang perlu kita orang tahu tentang hal peribadi masing-masing... jawab Izzul tidak puas hati. Takpe along, Arif ada dua bulan lebih lagi tinggal. Dalam masa dua bulan lebih ni along kenal la dia betul-betul, ya? Harap resultnya positif. Sekali lagi Arif mengenyitkan matanya sebelum dia bergerak keluar dari bilik Izzul. Izzul mengeluh. Benarkah dia sudah memilih Alya sebagai teman hidupnya? Arghhh, dia belum mampu untuk membuat keputusan! Ini belum lagi final! Aku masih ada masa untuk mencari calon yang lain. Pujuk Izzul sendirian.

ALYA!!! sergah Ainul membuatkan Alya yang sedang menikmati bihun goreng dan air di hadapannya terperanjat. Air yang diminum tersembur keluar. Kau ni gila la, Ainul! Kau nak bunuh aku ke apa? marah Alya. Ainul serba salah. Sorry, beb! Segera dia mengeluarkan tisu dari dalam begnya lantas diberikan kepada Alya yang masih terbatuk-batuk dengan muka yang merah. Alya mengesat mulutnya dengan tisu.

79

Hello, Mr. Perfect!

Apehalnya ni? Pagi-pagi dah ceria? Alya mengerut dahi. Aku ada berita gembira untuk kau! Tangannya memegang erat tangan Alya. Mukanya semakin berseri-seri. Berita gembira? Alya mengangkat kening. Berita apa? Izzul ajak kau keluar malam ni! Yeayyy! Terlebih excited pulak minah ni daripada dirinya sendiri. Izzul ajak keluar? Betul, ke? Macam tak percaya pula dia. Lelaki itu agak emosional hari itu jadi dia dah fikir masak-masak yang dirinya sudah ditolak awal-awal. Baru dia tekad nak cari jalan lain macam mana nak selesaikan masalah keluarganya. Kau biar betul? tanya Alya tidak berpuas hati. Betul la ni! Kau tahu, ini kali pertama dia ajak perempuan yang dia date sebelum ni untuk date seterusnya tau! Itu bermakna, dia dah start nak mengenali kau dengan lebih dekat! Kata Ainul lagi teruja. Dia melompat-lompat gembira. Mana kau tahu semua ni? Alya masih lagi tidak berpuas hati. Arif la bagitau. Dia suruh aku sampaikan! Malam ni, kau balik rumah pakai cantik-cantik. Korang berdua ada candle light dinner! Semakin berseri-seri gadis itu dilihatnya. Dia melepaskan nafas lega. Walaupun keputusan masih belum dibuat namun dia masih ada peluang untuk mengenali lelaki itu sekali lagi. Round pertama sudah berjaya. Jadi, diteruskan ke round kedua pulak! Ya Allah, terima kasih atas pertolonganMu ini.

80

Waniey Zakaria

ALYA membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Malam itu dia hanya memakai pakaian yang agak ringkas. Hanya memakai chiffon dress berlengan panjang berwarna kelabu dan seluar legging panjang berwarna hitam. Dia mengenakan pakaiannya dengan selendang kosong berwarna kelabu juga. Nampak comel dan menarik. Sedang dia leka membelek dirinya, Amani mengejutkannya lantas duduk di atas katil. Bantal dicapai dan seraya dia memeluk. Wah! Akak nak pergi dating ke? tanya Amani dengan sengaja membuat muka gatal. Alya hanya tersenyum. Takdelah! Akak nak jumpa kawan... bohong Alya. Dia tak mahu bercakap lebih soal itu. Sampai masanya, dia akan berterus terang. Hai, takkan nak jumpa kawan sampai lawa macam ni, kak? uji Amani. Bukan dia tak tahu kakak tirinya itu. Selalu sangat berahsia. Satu hari nanti Amani akan tahu jugak, kata Alya lagi. Tiba-tiba... Kak Alya! panggil Azizi dari ruang tamu. Ya! sahut Alya. Amani sudah bangun dari duduknya. Dia keluar dari bilik Alya. Boyfriend akak dah datang... usik Azizi. Dia pun tak tahu sama ada itu teman lelaki Kak Alya ataupun tak. Tetapi daripada raut wajahnya tampak lelaki itu memang kacak dan smart. Alya keluar dari bilik lantas bergerak ke pintu. Dia

81

Hello, Mr. Perfect!

melihat Azizi sedang berborak dengan Izzul di luar. Nampak mesra aje mereka berdua ni. Mak Temah yang waktu itu sedang leka melipat kain segera disalam. Alya pergi dulu, mak! Alya meminta diri sebaik mencium tangan maknya. Jaga diri kamu tu elok-elok, Alya... nasihat Mak Temah. Alya mengangguk lantas keluar dari rumah. Amani hanya menghantarnya sampai ke pintu. Alya mendekati Izzul dan Azizi yang sedang mesra berborak. Izzul memandang Alya sejenak. Dia terkesima. Gadis itu nampak begitu cantik sekali. Alya hanya tersenyum. Dia hairan, kata candle light dinner tetapi kenapa Izzul hanya memakai T-shirt dan seluar jean sahaja? Tak sangka akak ada boyfriend tak bagitau. Azizi melayan rajuk. Sengaja dia berbuat sedemikian. Alya malu. Bila masa pula Si Izzul ni jadi boyfriend dia? Alya memandang Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Ala... Abang Izzul bukan pakwe akak la, Zi. Dia kawan akak aje. Alya cuba membetulkan kenyataan Azizi itu. Nanti apa pulak kata Izzul, ingat dia perasan pulak! Izzul hanya ketawa sahaja. Malu pula dia. Takpe. Jadi pakwe Kak Alya pun apa salahnya, kan? seloroh Izzul sekadar mengusik. Azizi hanya ketawa. Alya agak terkejut apabila Izzul memberi kenyataan

82

Waniey Zakaria

itu. Izzul seolah-olah memberinya harapan. Namun dia tak mudah perasan. Mereka meminta izin untuk beredar. Sengaja Izzul menolongnya membukakan pintu. Sekilas Alya duduk, pintu ditutup dan Izzul bergerak ke tempat duduknya. Alya melambaikan tangannya kepada adik-adiknya sebaik sahaja kereta Lamborghini Gallardo warna hitam metalik bergerak meninggalkan pekarangan rumah. Azizi tersenyum seorang diri. Amani menghampiri Azizi. Handsome, kan pakwe Kak Alya? Azizi mengangguk. Harap Kak Alya bahagia... jawab Azizi membuatkan Amani juga bersetuju. Walaupun mereka berlainan ayah namun persaudaraan mereka tetap erat. Errr... pasal adik saya tadi tu, awak jangan ambil kisah sangat, ya? pinta Alya berharap agar Izzul lupakan kejadian di rumahnya tadi sekali gus mematikan kesunyian yang merajai di antara mereka berdua. Izzul ketawa sejenak. I know and I understand. Sometimes we need to pretend for someones sake... jawab Izzul. Actually saya tak nak awak fikir bukan-bukan pasal saya. Alya betul-betul berharap. Dia tak mahu dirinya dianggap seperti terdesak. Its nothing, really. Its okay, balas Izzul lagi. Matanya masih lagi fokus kepada pemanduan. Alya senyap. Matanya dihalakan ke luar. Memandang kecantikan malam yang disinari dengan lampu-lampu jalan dan bangunan.

83

Hello, Mr. Perfect!

Errr... cantik you malam ni? puji membuatkan Alya terkejut. Dia hampir nak tergelak. Cantik, ke? Aku rasa simple aje, bisik hatinya. Thanks! Biasa aje, balas Alya merendah diri. Kita nak makan kat mana? soal Izzul.

Izzul

Persoalan itu membuatkan Alya agak tergamam. Hai, kata candle light dinner? Takkan dia tak buat apa-apa reservation, kut? Dia berfikir sejenak. Errr... saya tak kisah. Mana-mana pun boleh, jawab Alya. Dia masih hairan. Adakah Ainul sengaja mengenakannya? Kita makan dekat Restoran Arab, okey? cadang Izzul. Alya diam. Makan kat Restoran Arab? Gila, mahal tu! Mana ada duit. Tangan Alya meramas beg tangannya. Nak dibuka untuk tengok duit dalam begnya tu, segan pulak! Ikut aje... balas Alya. Lain yang difikir lain pulak yang terkeluar daripada mulutnya itu. You nak jumpa I kenapa, ya? soal Izzul lagi. Soalan Izzul kali ini membuatkan Alya membuntangkan matanya pula. Jumpa? Bila masa pulak? Jumpa awak? Alya tidak mengerti. Haah, Arif cakap you nak jumpa I... jawab Izzul selamba. Dia langsung tidak merasakan apa-apa yang pelik berlaku pada mereka. Alya dah memandang ke tepi tingkap. Dia rasakan bahawa Ainul sengaja mengenakannya. Malu mula menerjah. Kentut punya kawan! Ni mesti plan dia dengan Arif. Kenapa dia orang buat macam ni? Hati Alya mengomel.

84

Waniey Zakaria

Izzul yang tersedar dengan reaksi pelik Alya kembali bertanya. Kenapa, Alya? Ada masalah ke? Wajah Izzul berkerut. Seolah-olah risau apabila melihat riak muka Alya yang tegang. Errr... takde apa-apa. Okey, aje! Alya cuba mengawal keadaan. Di dalam hati dia sudah menyumpah seranah sahabatnya itu. Tiba-tiba handphone Izzul berbunyi mesej. Dia membelek sambil memandu. Bro, please dont be mad. Actually, this is our plan. We have reserved a candle light dinner for both of you. Please go to Capri the Continental Restaurant at Mutiara Johor Bahru Hotel, Taman Century. Enjoy your dinner! Peace yaw! Mukanya berubah sebaik sahaja mesej itu habis dibaca. Siot, Arif! Dia kenakan I rupanya... rungut Izzul. Mukanya ketara bengang. Alya hanya memandang Izzul untuk mengetahui mesej Arif kepada lelaki itu. Sorry, Alya. I tak tahu pun pasal ni. Ini semua plan Arif dengan Ainul untuk kenakan kita berdua. Izzul cuba mengawal emosinya. Patutlah Alya agak lawa malam ini. Rupa-rupanya dia juga dipermainkan. Teruklah dia orang ni! marah Alya. Geram apabila mereka diperlakukan sebegitu. Alya mengeluh berat.

85

Hello, Mr. Perfect!

Hmmm... so, macam mana? Nak teruskan ke candle light dinner ni? tanya Alya untuk mendapatkan kepastian. You macam mana pulak? Izzul cuba menguji Alya setelah berdiam seketika. Hmmm... reservation tu dah buat pembayaran ke? tanya Alya. Kalau dah buat pembayaran, kena teruskan la. Takkan nak cancel kut? Rasanya dah sebab reservation tu under nama Arif. Maybe dia dah plan sepenuhnya untuk kita. Nampaknya kena gerak ke sana jugak la. Jawab Izzul. Alya hanya mengangkat bahu. Nak tak nak kena juga mereka ke sana. Kereta Lamborghini Gallardo berwarna hitam metalik kepunyaan Izzul bergerak semakin laju menuju ke Restoran Capri The Continental.

KEADAAN di Restoran Capri The Continental agak tenang. Pelanggan-pelanggan di situ kelihatan sibuk melayan acara mereka sendiri. Dengan menggunakan lampu yang agak malap dan muzik yang agak perlahan dan lembut menyerlahkan lagi suasana romantik di situ. Izzul mendekati kaunter pendaftaran. Sebaik sahaja nama Arif disebut, terus pelayan itu membawa mereka ke sebuah meja khas untuk dua orang betul-betul berhadapan dengan kolam renang. Pelayan itu menarik kerusi untuk Alya lantas menyuruhnya duduk. Sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggungnya, dia kembali kepada Izzul pula.

86

Waniey Zakaria

Are you ready for dinner? tanya pelayan itu kepada mereka. Masing-masing mengangguk. Pelayan itu segera beredar untuk menyediakan makan malam mereka. Dalam beberapa minit kemudian, pelayan itu membawa dua dulang makanan barat untuk santapan mereka. Rupa-rupanya Arif sudah awal-awal merancang semua ini untuk mereka. Suasana romantik dan tenang diselangi dengan makanan yang sesuai untuk pasangan bercinta memang sangat berpadanan. Namun tersilap sebenarnya kerana mereka bukannya bercinta, sekadar baru mengenali di antara satu sama lain. Enjoy your meal, sir... ucap pelayan itu sebelum sekali lagi dia meninggalkan mereka. Thank you... balas mereka berdua. Sebaik sahaja pelayan itu beredar, mereka saling berpandangan. So, shall we eat now? tanya Izzul kepada Alya. Yes, why not... jawab Alya tersenyum. Mereka melayan perasaan masing-masing sambil menikmati makanan. Tiba-tiba Izzul tersenyum sinis. Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang Arif buat untuk mereka. Sabar aje la dia orang berdua tu. Suka-suka aje buat rancangan macam ni. Alya hanya senyum pahit. Dia pun rasa malu jugak. Mereka bukannya bercinta. Masing-masing masih dalam peringkat perkenalan. Belum lagi berputik cinta di antara mereka. Terpaksa pula makan berdua dalam suasana romantis, candle light dinner bersama.

87

Hello, Mr. Perfect!

You pernah makan macam ni sebelum ni? tanya Izzul memulakan perbualan. Hmmm... tak pernah. This is the first time. Jujur jawapan Alya. Dia memang tidak pernah sekali pun keluar makan dengan lelaki sebelum ni. Inikan pulak nak dating dengan suasana candle light dinner sebegini. Izzul adalah lelaki pertama yang dia keluar bersama. Jadi I la lelaki pertama yang makan berdua-duaan dengan you? duga Izzul lagi. Alya mengangguk. Makanan di hadapan masih lagi dihayatinya. So, bertuahlah I jadi orang pertama pada you... tambah Izzul lagi dengan senyuman puas. What about you? Is this your first time? Kali ini Alya pula menguji. Tetapi kalau Izzul cakap ya, memang penipu la! Gadis yang selalu berkepit dengan dia masa kat kolej dulu tu siapa? Apa dah jadi dengan gadis tu? Tetapi kalau dia dah putus pun, tak mustahil lelaki sekacak dia tidak pernah ada perasaan untuk mencintai dan dicintai semula? Memang benar sebelum ini Ainul pernah beritahu dia yang Izzul lelaki yang begitu cerewet dan mementingkan kesempurnaan terutama kepada pasangannya. Dia tak nafikan kerana kali pertama dia jumpa lelaki itu di kolej dulu dia dah boleh agak macam mana cita rasa lelaki depan dia ini. Tetapi cinta itu buta, kadang-kadang dengan adanya cinta... kesempurnaan itu tentunya automatik ditolak ke tepi. Nope... sebelum ni pun I dah pernah candle light dinner... jawab Izzul. Kali pertama dia candle light dinner adalah bersama dengan Ain. Gadis yang pernah meruntuhkan ego dia selama ini. Tapi semua itu adalah memori dan dia tidak mampu untuk membuangnya dari fikiran.

88

Waniey Zakaria

Sejak bertemu dengan Ain hari itu, hidupnya tidak keruan. Dia pernah berjanji pada dirinya, kalau perempuan itu boleh bahagia kenapa tidak dia? Memang! Dia inginkan kebahagiaan itu tetapi hatinya seolah-olah telah tertutup. Dan sehingga kini masih tidak ada sesiapa yang mampu membukanya. Izzul memandang wajah Alya yang putih dan mulus itu. Gadis itu sedang leka menghayati makanan di hadapannya. Alya cantik orangnya. Wajahnya lembut. Sekali pandang boleh jatuh cinta padanya. Tetapi entah kenapa hatinya masih belum berputik untuk gadis itu walaupun sudah bermacam-macam cara adik kesayangannya itu melakukan sesuatu bagi mengeratkan lagi hubungan mereka. Izzul mengeluh. Alya, what do you think about us? Alya tidak faham apakah maksud sebenarnya Izzul bertanyakan soalan itu padanya. What do you mean... us? Alya mengerut dahi. Tangan yang sibuk memotong daging di hadapannya terhenti sebentar. I mean... us! The relationship... the marriage. Takkan tak perasan kut? Mmm... memang niat saya jadi salah seorang calon isteri awak hanya kerana saya inginkan kebahagiaan. Jawab Alya. Ya! Kebahagiaan. Kebahagiaan keluarganya, kebahagiaan Ainul dan Arif juga kebahagiaan untuknya. Tetapi dia juga sedar, hatinya masih belum seratus peratus bersedia untuk menerima Izzul. Perkenalan mereka masih terlalu awal. Dia tak nak, kalau tiada keserasian di antara dia dengan lelaki itu pastinya akan bergaduh seperti dulu. Hanya kerana duit RM500,000 itu, dia terpaksa merelakan diri untuk

89

Hello, Mr. Perfect!

lebih serius dalam perhubungan mereka ini. Itu pun kalau Izzul sudi menerima baik buruk dirinya dan bersedia untuk membimbing dirinya ke arah yang lebih baik. Sekali lagi Izzul mengeluh. Jujurkah Alya inginkan kebahagiaan itu? Izzul masih belum boleh mempercayai katakata Alya. Dia pernah bercinta dan dia pernah terluka. Dia juga pernah melukakan. Namun dia rasa hidupnya tidak lengkap dengan melakukan cara hidup sebegitu. Bercinta, benci, kelukaan, kesedihan dan semuanya. Dia masih tidak mampu dan tak ingin menghadapinya. Baginya, gadis yang melukai hidupnya bukanlah seorang gadis yang sempurna. Dan sebab itu, kesempurnaan adalah penting baginya. Masing-masing diam melayan perasaan. Masih panjang lagi perjalanan hidup mereka ini.

SETELAH sampai di rumah, Izzul segera naik ke bilik. Dia membuka lampu lantas membaringkan dirinya di atas katil. Kepenatan masih terasa walaupun ada bibit kegembiraan sewaktu mereka makan bersama. Banyak yang mereka bincangkan. Dan dari hati ke hati, mereka saling memahami di antara satu sama lain. Tiba-tiba pintunya diketuk. Come in! arah Izzul. Pintu dibuka dan terpacul Arif di muka pintu. Wajahnya agak berseri-seri memandang ke arahnya. Adakah dia rasakan strateginya sudah berjaya? Along, how was your date? Ada okey ke? Sekali lagi, datenya menjadi bahan perbualan mereka adik-beradik.

90

Waniey Zakaria

Hmmm... okey. Adalah sikit improvement... jawab Izzul. Semakin melebar senyuman Arif. Rancangannya semakin berjaya. Yes! jerit Arif kegembiraan. So, apa conclusion? tanyanya lagi dengan teruja. Izzul mengeluh. Angah, actually perhubungan along dengan Alya masih terlalu awal. Masih banyak lagi perkara yang perlu kami bincangkan bersama. Dua bulan setengah masih belum cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain... jawab Izzul jujur. Takpelah, along. Lambat pun takpe. Yang penting angah tahu yang jodoh along adalah Alya. Dia pun ada iras gadis yang pernah along sayang, kan? Why not you open your heart and try to accept other girls to complete your life. Hidup kita ni sunyi kalau kita dah pegang dalam hati untuk bersendirian. Tapi, kalau kita fikir di luar zon selesa kita, kita takkan kesunyian lagi... nasihat Arif lagi. Sebenarnya, Arif lakukan sedemikian bukanlah semata-mata untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk abang sulungnya ini. Dia tahu, abangnya pernah kecewa suatu ketika dulu. Dan dia perlu membantu abangnya untuk membuang perasaan benci kepada wanita hanya kerana Ain. Mungkin ada hikmah perkara ini terjadi. Allah dah rancang semuanya dengan baik untuk makhluk-Nya. Kedatangan Alya dalam hidup mereka membuka peluang untuk Arif menyembuhkan kembali luka tersebut. Kali pertama dia berjumpa dengan Alya di ofis hari itu membuatkan dirinya terfikir yang Alya adalah calon yang paling layak untuk Izzul. Dia sudah malas hendak mencari

91

Hello, Mr. Perfect!

calon untuk abangnya. Biarlah Alya calon yang terakhir. Biarlah pertemuan mereka berakhir ke jenjang pelamin. Izzul diam lagi. Ada benarnya kata Arif itu. Dia sudah seharusnya membuka pintu hatinya untuk gadis seperti Alya. Dia tahu dia sukakan Alya. Namun, dia takut untuk mencintai gadis itu. Takut sekiranya dia akan kecewa sekali lagi. Sangat terseksa tatkala diri dilanda kekecewaan dan kelukaan. Sebab itu dia bawa diri ke Jepun untuk membuang segala perasaannya terhadap Ain. Along masih tak mahu menerima seseorang dalam hidup along ke? tanya Arif semula. Izzul hanya tersenyum pahit. Then belajar la terima Alya. Dia gadis yang paling sesuai untuk along. Tambah Arif berharap. Izzul hanya diam membisu.

DATE yang ketiga, sekali lagi Arif dan Ainul membuat rancangan tanpa pengetahuan mereka berdua. Namun Alya dan Izzul sudah biasa. Layan aje la memandangkan chemistry di antara mereka sedikit sebanyak lahir setiap kali berjumpa bersama. Mereka jalan beriringan selepas selesai menonton wayang bersama. Sambil berjalan, sempat Izzul mencuri pandang ke wajah Alya. Setiap kali Izzul menjeling ke arahnya, Alya menjadi tidak tentu arah. Hatinya seakan-akan tergoda dengan pandangan Izzul yang agak romantik baginya. Hatinya berdegup kencang tiba-tiba. Argh, perasaan ni.... Kita nak makan kat mana? tanya Izzul.

92

Waniey Zakaria

Errr... saya tak kisah. Ikut aje. Awak? Alya kembali bertanya kepada Izzul. Selalunya asyik ikut I aje... apa kata kalau ikut cita rasa you pulak, macam mana? kata Izzul seraya mengangkat keningnya. Taste saya tak semewah awak. Kalau awak ikut saya, saya takut awak tak boleh terima aje... perli Alya. Yalah, mamat ni dah biasa makan mewah sebelum ni. Tempat yang mereka singgah selalunya yang eksklusif dan mahal. Kalau nak sangat ikut tempat favourite dia, kedai mamak pun jadi. Kedai makan tepi jalan pun okey! Actually I tak kisah sebenarnya... kata Izzul dengan muka yang agak confident. Alya mengangkat kening. Sure awak tak kisah? Sengaja soalan itu ditanya. Bagi dia, Izzul tu high taste. Very perfectionist! Kalau makanan tak sedap dan tak menepati cita rasanya, agak-agak dia akan melenting tak? Hmmm... okey, you bawak I dulu then we will see. Izzul tersenyum ke arahnya. Argh.... Alya sangat sukakan senyuman itu. Senyuman yang menggoda. Membuatkan hati perempuannya boleh luruh. Dia sungguh bertuah kerana dipertemukan semula dengan Izzul. Dulu, dia agak benci dengan Izzul memandangkan lelaki itu terlalu sempurna bagi dirinya. Ketegasan lelaki itu kadang-kadang membuatkan dia jelik sedikit. Tetapi, bila dikenali lelaki itu dengan lebih dekat... kesempurnaan Izzul hanya pada fizikal tetapi dari segi tingkah laku, dia tetap manusia biasa. Mereka berjalan menuju ke Arena Food Court. Izzul mengerut dahi. Dari tadi duk kerling dan menjeling kepada

93

Hello, Mr. Perfect!

orang di sekitarnya. Alya hanya tersenyum. Dia tahu Izzul agak tidak selesa. You nak bawak I ke mana ni? tanya Izzul mengerut dahi. Alya ketawa. Awak cakap tak kisah nak makan dekat mana so, saya nak bawak awak makan la ni... kata Alya. Langkahnya semakin laju. Izzul segera mengekori langkah Alya. Arena Food Court di Jusco Tebrau City menjual pelbagai jenis makanan. Sama seperti food court yang lain. Yang bezanya, setiap pembelian hanya mempunyai satu kaunter cashier sahaja. Mereka duduk di meja yang terletak di hujung sekali. Senang untuk privasi. Hmmm... takde pelayan ke nak kasi menu? tanya Izzul. Alya agak terkejut. Mamat di hadapan dia ni tak pernah makan kat food court ke? Dia memandang ke arah Izzul. Lelaki itu sibuk memerhatikan orang yang lalulalang. Sini layan diri, Encik Izzul. Takde promoter, takde pelayan. Menu pulak memang ada dekat kedai mereka aje. Tu... tu... tu... banyak kedai makan. Awak pilih aje, balas Alya lagi sambil tangannya sibuk menunjuk ke arah deretan kedai makan di food court itu. Rasa nak tergelak aje apabila melihat muka Izzul yang berkerutan. Habis tu, I nak kena pergi beratur order makanan la, ya? tanya Izzul lagi. Alya hanya mengangguk.

94

Waniey Zakaria

Yalah, takkan awak nak orang lain orderkan untuk awak? perli Alya membuatkan Izzul mendengus kasar. Sah! Tak puas hati la tu! Alya bangun untuk pergi mengusya makanan. Eh you nak ke mana? tanya Izzul dengan matanya memandang tepat ke arah Alya. Nak pergi tengok makanan apa yang ada, la. Kenapa? Ke awak nak pergi dulu? Saya jaga kejap tempat kita, ni, pelawa Alya. Izzul blur sekejap. Errr... kita pergi sekali, la? ajak Izzul. Dia sudah pun bangun dari duduk. Eh, kalau awak dengan saya pergi beli serentak... siapa nak jaga tempat kita ni? Orang tengah ramai ni. Susah nak dapatkan tempat duduk, kata Alya membuatkan Izzul terdiam seketika. Kemudian dia duduk kembali. Hmmm... you pergi dulu la! arah Izzul. Mukanya agak tegang sedikit. Alya tahu, Izzul tidak selesa di situ. mengangguk lalu meninggalkan Izzul keseorangan. Dia

Beberapa minit kemudian, Alya masih lagi menunggu kelibat Izzul membeli makanan. Matanya meliar mencari lelaki itu. Jam dibelek. Eh, mana pulak mamat ni? Beli makanan ke buat makanan? Makanan di hadapannya hampir sejuk. Dah setengah jam dia menunggu. Orang semakin ramai. Hmmm... nak makan dulu ke tak? Perut dah bunyibunyi ni... bisik hati Alya. Dia memegang perutnya. Sudah berkeroncong. Takpelah! Tunggu dia beberapa minit lagi. Mesti ramai orang tu. Alya sengaja menyedapkan hatinya.

95

Hello, Mr. Perfect!

Lima belas minit berlalu. Akhirnya dia nampak kelibat Izzul datang mendekati meja mereka sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minumannya. Izzul meletakkan dulang di atas meja dengan kasar. Mukanya ketara bengang. Alya mengangkat kening kehairanan. Izzul duduk di hadapannya lalu melepaskan keluhan. Lamanya awak beli makanan? tegur Alya. Izzul tidak menjawab. Mukanya masih lagi toya! Macam muka orang mati bini aje! Pinggan dan gelas dialihkan dari dalam dulang. Kemudian, dulang itu diletakkan di meja berhampiran yang kosong. Ramai orang ke? tanya Alya lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab. Mamat bangla tu la! Masak pun lambat! Setengah jam I tunggu. Penat berdiri! Dah puas maki baru la siap makanan I ni... luah Izzul tidak puas hati. Alya menggelengkan kepala. Ni sudu pun tak disediakan. Jenuh I cari sudu dengan garpu kat tempat lain. Bodoh! lepasnya lagi. Alya diam. Dia melihat sahaja Izzul menyapu bersih sudu dan garpunya dengan tisu. Wow, sampai begitu sekali? Dia pun tak pernah buat macam tu. Loghat betul mamat ni! Hu hu hu.... Ramai sangat orang. Dia pun tak menang tangan... kata Alya. Kata-kata bengangnya. Alya itu menambahkan lagi rasa

Kalau rasa tak boleh nak buat kerja cepat, tak payah buka bisnes kedai makan! Balik Bangladesh lagi bagus

96

Waniey Zakaria

la! herdiknya lagi. Dia mula menyuap nasi goreng paprik ke dalam mulut. Tiba-tiba dia mengeluarkan kembali makanan yang dimakan itu. Kenapa? tanya Alya hairan lagi. Bangla tu memang sengaja nak kenakan I la! Ni berapa tan garam dia letak ni? Nak I kena darah tinggi ke apa? Izzul segera bangun dan pergi ke singki untuk membasuh mulutnya. Alya ketawa perlahan-lahan. Memang bangla tu sengaja kenakan awak, Encik Izzul. Padan la dengan muka! Siapa suruh maki dia time dia tengah buat kerja? Kan dah kena! He he he... Izzul, Izzul. Perangai awak masih sama lagi, tak berubah! Bisik hatinya. Makanan di hadapan dihabiskan. Menyesal pulak Alya bawa Izzul makan dekat food court. Kalau tahu awal-awal yang Izzul ni betul-betul cerewet, memang lama dah dia ikut aje kehendak lelaki itu. I tak kisah la konon? Whatever!

IZZUL menghantar Alya pulang. Sepanjang perjalanan Izzul tak habis-habis mengomel pasal makanan yang dimakan tadi. Bagi Alya, makanan kat situ okey aje. Tak tahu la pulak tak menepati cita rasa mamat high taste macam Izzul tu. Bertuah betul! Kita ni kalau buat sesuatu perkara kenalah sempurna. Kalau buat kerja cincai macam tu, pelanggan pun boleh lari! ngomel Izzul panjang lebar di sepanjang pemanduannya.

97

Hello, Mr. Perfect!

Alya hanya diam mendengar keluhan lelaki itu. Kadang-kadang dia tersenyum sinis. Nasib la dia tu kerja tempat lain, kalau jadi staf I... lama dah I kick him out! marah dia lagi. Rasa nak tergelak pun ada bila mendengar luahan perasaan Encik Muhammad Izzul Islam Bin Dato Seri Amiruddin a.k.a Mr. Perfect ni. Semua benda nak perfect! Dia ingat manusia ni memang dilahirkan sempurna ke? Dia sendiri pun tak perfect tetapi mengaku perfect. Oh... apa-apa ajelah, Encik Izzul! Sampai sahaja di rumah, Alya terus membuka pintu keretanya. Thanks sebab sudi hantar saya pulang... ucap Alya. Izzul hanya mengangguk. Pintu kereta ditutup. Alya masih lagi berdiri tegak memandang ke arah kereta Izzul. Jumpa lagi! Kata Izzul sambil melambaikan tangannya ke arah Alya. Alya membalas. Kereta Lamborgini Gullado milik Izzul bergerak meninggalkan pekarangan rumah. Alya hanya tersenyum. Hmmm... perkembangan yang sangat baik.

98

Waniey Zakaria

Bab 7
TAHUN 2001 LYA menyilangkan tali beg ke badannya. Dia perlu cepat ke kelas! Padan la dengan muka kau. Gatal sangat pergi lepak dengan geng Mardiah the otai one main gitar dekat belakang blok perempuan tu apesal? Balik bilik dah pukul tiga sedangkan esoknya kelas pukul lapan pagi. Hah! Kejap lagi, siap la kau kena bebel dengan Profesor Mansur! Alya berlari dan langkahnya semakin laju. Yeah! Dia semakin mendekati kelas. Dia perlu sampai ke kelas sebelum Profesor Mansur sampai. Dari jauh dia sudah nampak Profesor Mansur dalam perjalanan ke kelas mereka. Dia semakin cuak! Langkah semakin laju. Cap hitam yang bertakhta di kepala ditolak ke belakang. Minta-minta la dia sampai dulu! Mujur ada seorang pelajar kebetulan memanggil Profesor Mansur membuatkan langkah pensyarahnya itu berhenti seketika. Dia tersenyum lebar! Masih sempat ni!

99

Hello, Mr. Perfect!

Belum sempat dirinya sampai ke kelas, dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan sedang keluar dari simpang yang dilaluinya itu. Lelaki itu hampir terjatuh ke belakang apabila Alya menolaknya! Woi! tempik lelaki itu. Alya ternganga. Profesor Mansur yang berada di situ memandang ke arahnya. Alamak! Profesor Mansur sudah nampak! Mati dia! Hadoiii.... Alya dah tak pandang lelaki yang sedang mengerling bengis ke arahnya. Yang dia nampak, kecilnya dunia. Alamat kejap lagi mesti dia kena denda! Kau takde mata ke, ha?! tempik lelaki di hadapannya itu sekali lagi. Alya bengang! Amboi lelaki ni! Kurang ajar punya bahasa. Mak bapak tak ajar ke, ha?! Apa woi, woi? Aku ada nama tau! Tak boleh cakap sopan sikit? Aku tak pekak lagi! Alya geram dengan mamat depan dia ni. Muka handsome tapi perangai memang tahap kurang ajar! Profesor Mansur dah memandang tajam ke arahnya. Mamat ni pulak cari pasal dengan dia. Lain kali mata tu pandang depan! Bukan pandang kepala lutut! perli lelaki itu dengan nada sinis. Hamboih! Sedapnya bahasa. Kang ada yang kena karate kang! Tepilah! Lelaki itu melanggar bahunya dengan kasar. Alya menahan sakit. Siot! Argh, ini sudah lebih! Belum sempat Alya mengejar lelaki itu namanya sudah dipanggil. Dia terkaku sejenak. Segera dia menoleh dan membuat muka seposen ke arah Profesor Mansur. Selamat pagi prof! Selamba dia mengucap selamat

100

Waniey Zakaria

kepada Profesor Mansur sambil tabik ke arah lelaki yang berumur hampir lima puluh tahun itu. Pensyarahnya itu memandang tajam ke arahnya. Masuk! arah Profesor Mansur membuatkan Alya terkulat-kulat berlari masuk ke kelasnya. Adui... siaplah kau wahai Alya! Dah nasib hari ni bakal kena denda lagi! Habis sahaja kelas, Profesor Mansur sudah menyediakan tugasan untuknya. Sebagai denda kali yang keberapa dia datang lewat ke kelas. Pelajar lain sudah pun meninggalkan kelas. Kini cuma tinggal dia dengan pensyarahnya ini. Profesor Mansur mengeluh memandangnya. Saya nak kamu pergi library, siapkan lima assignment dalam masa dua hari ini! Buat literature review berdasarkan teknologi yang diperlukan dalam bidang engineering. Buat comparison dan cari pros and cons dia, faham? kata Profesor Mansur kepada Alya. Dengan malas dan kecewa Alya mengangguk faham. Apa nak jadi dengan kamu ni, Alya? Selalu datang lambat! Kamu buat apa semalam? tanya Profesor Mansur mendapatkan kepastian. Takde buat apa-apa, prof! bohong Alya. Habis tu? Kenapa datang kelas lambat? Suaranya semakin tinggi dan tegas. Alya mengetap bibir. Dia cuak! Errr... saya... saya.... Alya tak tahu nak kasi alasan. Dia dah kehabisan idea. Sudah! Apa pun alasan awak, saya tak mahu tahu!

101

Hello, Mr. Perfect!

Saya nak lusa, tepat pukul sembilan pagi sudah ada lima assignment yang telah siap di atas meja saya nanti. No excuses, faham?! marah Profesor Mansur. Fa... faham prof! balas Alya tergagap. Lelaki itu segera mengambil failnya dan bergerak keluar dari kelas. Alya mengeluh lemah. Lima assignment dalam masa dua hari. Gila betul orang tua ni! Alya mengikuti langkah Profesor Mansur keluar dari kelas itu. Dia berjalan lemah menghampiri kafe. Isma dan Hana sudah menantinya di situ. Alya duduk lalu menongkat dagu. Mukanya toya! Apesal kau lambat, beb? tanya Isma. Dia sibuk menikmati makanan di hadapannya. Hana pula mengangguk untuk mengetahui. Aku tidur lambat semalam... balas Alya dengan nada malas. Dia sedang memikirkan bagaimana untuk menyiapkan lima assignment yang sudah diberikan oleh Profesor Mansur itu. Kejap lagi dia ada kelas Matematik Kejuruteraan. Petang pulak ada Computer Programming. Mana dia nak cari masa pergi library siapkan tugasan yang Profesor Mansur bagi tu! Haish! Kau masih lepak lagi dengan geng-geng Mardi tu ke? Hana pula menyampuk. Dia amat tidak gemar apabila Alya begitu rapat dengan geng-geng otai UTM tu. Hmmm.... Alya mengangguk. El, aku rasa kau ni kena berubah, la! Tak ke mana kau lepak dengan geng-geng tu! Dia orang tu senior. Tahun depan dah nak habis belajar! Kita ni masih ada empat tahun lagi tau dekat sini! So, kena tunjuk prestasi yang baik! tegur Isma.

102

Waniey Zakaria

Aku tahulah! balas Alya acuh tak acuh. Hah! Kali ni apa pulak denda kau? tanya Isma. Huh! Lima assignment kena siapkan dalam masa dua hari. Hah?! Mereka berdua terkejut. Gila betul! Dua hari kau tak tidur la beb! balas Isma sengaja menakutkan Alya. Ah! Ada dia kisah? Aku rasa Profesor Mansur sengaja nak kenakan kau! Tu la, siapa suruh kau tu datang kelas lambat. Padanlah dengan muka! Ha ha ha... perli Hana. Amboi sedapnya kau mengata! Tak kira, korang kena tolong aku! ugut Alya. Sorry, kami ada date! balas Isma dengan bangga. Alya mencebik. Date konon! Date dengan tiang lampu tepi jalan tu bolehlah! Pirahhh! Tiba-tiba Hana menyiku lengan Isma. Dia macam kalut semacam. Alya mengerut dahi. Aduh, sakitlah! Apehal?! tanya Isma geram. Tu...! Hana seperti panas punggung lantas tangannya mengunjuk ke arah seseorang. Alya dan Isma memandang ke arah objek yang ditunjukkan oleh Hana. Mak aih.... Handsome, beb! balas Isma. Muka Isma dan Hana berseri-seri tiba-tiba. Dah kemaruk nak berlaki dah dua orang manusia ni. Sekali lagi Alya memandang lelaki itu. Dia terkejut! Dia?!

103

Hello, Mr. Perfect!

Dengar cerita, dia tu anak Dato Seri, tau! kata Hana. Anak Dato Seri? Patutlah kurang ajar! Kutuk Alya di dalam hati. Handsome, kan? Kalau la aku dapat.... Eh? Siapa nama dia? tanya Isma beria-ia. Izzul. Muhammad Izzul Islam... tambah Hana lagi. Wow! Siap hafal you! Nama penuh lagi! Memang dah kemaruk sahabat dia yang dua orang ni. Tak sedar dengan badan besar, ada hati nak berlakikan putera dari kayangan. Perghhh.... Lelaki macam tu yang korang suka? tanya Alya mengerut dahi. Ada nada sinis di situ. Masing-masing kehairanan. Hai, kau macam tak puas hati dengan dia, aje? tanya Isma. Memang pun! Kau tahu tak, pasal dia la aku lambat tadi! Pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Tak pasal-pasal aku kena denda dengan Profesor Mansur! balas Alya kecewa. Dia mengambil air Isma lalu disedutnya sehingga habis. Kau bertegur dengan dia la tadi? Kali ini Hana pula menyampuk. Alya mengangguk. Langsung takde perasaan. Untungnya kau!!! Hana teruja. Alya terkejut. Untung!? Kau tahu tak... begitu ramai student dekat sini nak berkenalan dengan Izzul, tu! Tapi dia tu sombong sikit. Susah nak dengar suara dia. Dan dia tu macam tak melayan aje. Kau

104

Waniey Zakaria

kena tegur dengan dia dah kira bertuah, tau! tambah Hana lagi. Isma mengangguk setuju. Bertuah ke? Macam bawak malang aje! Kutuk Alya lagi. Dah... dah... dah! Aku malas nak dengar! Sekarang ni aku nak pergi library nak siapkan kerja sekolah! Chow! Alya segera mengangkat punggung. Kelas kejap lagi kau datang tak? tanya Isma. Datang, jumpa dekat kelas! balas Alya lantas bergerak meninggalkan mereka. Okey! Balas mereka berdua. Dalam kepala Alya sudah berserabut dengan macam-macam hal.

ALYA sedang sibuk menelaah buku. Dia perlu mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Profesor Mansur. Petang nanti lepas kelas dia bercadang ke sudut IT untuk mencari bahan di Internet. Sedang dia khusyuk, tiba-tiba lelaki yang dibencinya itu datang menghampiri seorang perempuan yang betul-betul duduk di hadapan mejanya. Gadis itu tergedik-gedik memeluk lengan Izzul apabila Izzul duduk di sebelahnya. Manja bukan main. Meluat dia tengok! Sayang... kita nak ke mana petang ni? tanya gadis itu. Kita pergi Skudai Parade la, balas Izzul. Okey! Ayang nak beli gelang emas, boleh? Ayang

105

Hello, Mr. Perfect!

dah tengok hari tu... cantik tau yang... tambah lagi kegedikan gadis itu. Semakin meluat! Naik muntah dia melihat adegan free depan mata. OMG! Segera dia melihat jam di tangan. Masa kelas lagi lima belas minit. Dia segera menutup buku. Niatnya untuk meminjam buku tersebut. Pasangan dua sejoli tu dari tadi duk menggesel-gesel di situ. Ni kalau librarian dapat tau, lama dah mereka kena halau. Helo... ini bukan tempat untuk bermadu asmara okey! Alya berjalan melalui meja mereka. Menyampah dia melihat mereka berdua. Entah kenapa, tiba-tiba lelaki itu bangun lalu terlanggar Alya sekali lagi. Hai... nasib malang lagi sudah sampai. Buku di tangan terjatuh. Lelaki itu segera membantunya lalu meminta maaf. Sorry... pinta dia lalu memandang ke arah Alya. Muka Izzul berkerut. Kau!? Alya buat muka selamba. Kenapa?! tanya dia acuh tak acuh. Gadis yang menggedik dari tadi tu hanya menjeling tajam ke arahnya. Hai, apalah malangnya nasib aku ni sampai boleh berjumpa dengan budak tomboy macam kau sebanyak dua kali hari ni, perli Izzul. Helo... kau ingat aku sukalah jumpa mamat perasan bagus macam kau, ni? Alya telah mengisytiharkan perang dengan lelaki di hadapannya ini. Muka handsome tapi perangai macam tenuk tak cukup makan! Lelaki itu mendekatkan mukanya ke arah Alya. Alya tercengang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Aku mamat perasan bagus? Habis kau tu siapa?!

106

Waniey Zakaria

Minah tomboy yang berlagak maco? Sedarlah diri tu perempuan! Jangan nak berlagak jadi lelaki! Kutuk Izzul kepadanya. Kenapa tiba-tiba hatinya jadi sensitif? Dia geram. Lalu segera meninggalkan tempat mereka. Entah kenapa, air matanya mengalir laju. Pertama kali dia dihina sebegitu rupa. Yes! Aku memang tomboy! Ada aku kisah kau kutuk aku macam tu? Mamat perasan bagus, I declare we are on war! Tempik dia di dalam hati. Geram! Geram! Geram!

ALYA memandang skuternya yang rosak. Malam-malam macam ni la skuter dia buat hal. Dicuba berulang kali menekan punat start skuternya tetapi masih lagi tidak berfungsi. Dia menampar skuter tu tanda geram. Mana dia nak cari orang bantu dia malam-malam macam ni? Alya mengeluh. Nak telefon Hana dan Isma, kredit habis pulak! Simpang yang sedang dia lalu sekarang ni pun gelap dan tidak nampak satu manusia pun di situ. Nak kata seram tu takde la sangat. Tapi macam-macam boleh jadi dalam keadaan macam ni. Alya melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul dua belas tengah malam. Adoyai, sudah lewat malam ni. Dia semakin risau. Menunggu dan mengharap agar ada yang datang untuk membantunya. Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta dari hujung simpang. Lampu dari kereta tersebut menyilaukan mata Alya yang ketika itu sedang sibuk menunggu di divider dengan penuh harapan. Sekilas bibirnya tersenyum. Mengharapkan agar yang datang itu dapat

107

Hello, Mr. Perfect!

membantunya. Alya bangun lalu segera melambai-lambaikan tangannya untuk menghentikan kereta tersebut. Kereta mewah model Hyundai Elantra itu mula menghampiri Alya sebelum berhenti. Alya begitu berharap agar pemandu itu sudi membantunya. Lelaki yang memandu kereta mewah itu segera keluar dari keretanya. Senyuman Alya semakin melebar. Ada apa hal ni bro? tanya lelaki itu. Senyuman Alya mati. Bro? Dia panggil aku bro? Aku perempuan la! bentak Alya di dalam hati. Geram pulak bila orang ingat yang dia adalah lelaki. Dia cuba berlagak tenang. Tak nak cari apaapa masalah memandangkan banyak benar masalah yang dia sedang hadapi sekarang ni. Bro, tolong saya bro. Skuter saya ada prob la! balas Alya dengan suara sengaja dibuat garau. Alang-alang kau dah panggil aku bro... so aku balas la dengan suara ala-ala bro ni. Lelaki itu menutup pintu keretanya lalu menghampirinya. Alya masih tidak jelas melihat raut wajah lelaki yang baik hati itu. Namun sebaik sahaja lelaki itu menghampirinya, sekali lagi dia terkejut. Bukan dia sahaja, lelaki itu juga! Masing-masing kaku. Kau?! tanya mereka serentak. Apa kau buat dekat sini?! Sekali lagi persoalan itu keluar daripada mulut masing-masing. Alya berdeham. Cuba menenangkan perasaan yang semakin kusut tu. Haish! Macam mana pulak la boleh jumpa dengan mamat perasan bagus ni?! Tengah-tengah malam macam ni pulak tu! Bikin spoil mood betul!

108

Waniey Zakaria

Apesal dengan skuter kau ni?! tanya lelaki itu dengan nada tinggi. Tangannya disilangkan ke dada. Memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam. Alya tidak membalas soalan lelaki itu. Menyampah pulak rasanya! Kalau nak tolong tak payahlah tanya dengan suara tinggi macam tu. Nampak sangat diri tu tak ikhlas nak membantu! Itulah, kalau dah tau skuter cabuk kau ni dah season, tak payah la nak keluar malam-malam buta macam ni! Mahunya ada lelaki tak siuman ganggu macam mana? Bla... bla... bla... bebel lelaki itu panjang lebar. Naik panas telinga Alya mendengar. Jangan nak membebel la! Meh tolong aku tengokkan enjin ni lagi baik la! Geram betul rasanya. Sudah la hari ni hari malang sedunia bagi dia, jumpa mamat ni bertambah malang lagi nasib dia ni. Lelaki itu tersenyum sinis. Tiba-tiba dia ketawa seolah-olah memerli. Ada aku cakap yang aku nak tolong kau ke? balas dia lagi dengan penuh sombong dan angkuh. Alya mengetap bibir. Arghhh... rasa nak bagi penyepak dekat muka lelaki ni, boleh tak? Habis tu yang kau berhentikan kereta kau dekat sini kenapa? Kalau dah tak nak membantu tu tak payah la kau tercegat lagi dekat sini. Baik kau blah la! halau Alya. Lelaki itu tak membantu pun dia tak kisah! Masih ada lagi yang nak bantu dia time-time macam ni. Tapi, hmmm... ada ke yang nak membantu? Satu kereta pun takde. Jangankan kereta, motor pun tak nampak kat simpang jalan ni. Haish!

109

Hello, Mr. Perfect!

Mamat perasan bagus itu ketawa lagi. Sure? Jangan sesekali kau nak menyesal ya? Sengaja Izzul menguji Alya. Nak tengok sejauh mana ego gadis tomboy itu dapat menangkis egonya. Alya memeluk tubuh. Malas nak bertekak dengan mamat perasan bagus itu. Pergilah! Menyemak aje dekat sini! Izzul tersenyum sinis. Segera dia kembali ke keretanya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam keretanya dan enjin dihidupkan, kereta itu berlalu meninggalkan asap hitam ke arah Alya, gadis itu terbatuk-batuk. Deruman kereta itu semakin menjauh. Bayangannya pun sudah jauh menghilang. Alya mengeluh. Mamat itu betul-betul meninggalkan dirinya. Tu la kau, El! Bodoh sombong! Kan mamat tu dah tinggalkan kau sorang diri dekat sini! Hah sekarang ni macam mana? Kau nak buat apa sorang-sorang dekat sini? Alamat kau tidurlah dekat tepi jalan ni ya wahai Alya? Kutuknya di dalam hati. Alya mengeluh lagi. Nak jalan kaki, rumahnya jauh. Takkan nak tinggalkan macam tu aje skuter dia ni? Kang kalau tinggal macam tu, tak pasal-pasal esok pagi tinggal rangka aje. Haiyo macam mana ni? Dah ada yang datang tadi, kau buat-buat sombong! Huh... bukan aku yang sombong... mamat tu yang berlagak nak mampus! Kalau tak nak tolong, tak payah la nak cakap sinis sampai naikkan darah aku ni! Haiseh! Setengah jam menunggu, akhirnya datang sebuah kereta menghampirinya. Hati Alya berbunga-bunga. Dia kembali tersenyum. Akhirnya, ada juga kereta yang lalu ke

110

Waniey Zakaria

kawasan ni. Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Alya. Sekilas, pemandunya keluar dari dalam kereta tersebut. Motor rosak ke dik? tanya pemandu tu. Alya mengangguk laju. Ya, abang! Boleh bantu tak? balas Alya dengan penuh harap. Confirm la! Abang mekanik! Mari abang tengokkan motor adik tu... jawab lelaki itu lagi. Senyuman Alya semakin melebar. Syukur akhirnya ada juga yang nak membantu dia malam-malam macam ni. Kebetulan pulak yang berhenti tu mekanik motor. Macam dah takdir pulak, kan? Tapi bagus jugak! Kalau nak harapkan mamat perasan bagus tu, alamat sampai kiamat la takde orang nak bantu, bebel Alya dalam hati. Matanya hanya memandang sahaja lelaki di depannya itu membaiki skuternya. Dia sudah boleh menarik nafas lega. Malam ni takdelah dia tidur di tepi jalan. Alhamdulillah. Lima belas minit berlalu, akhirnya enjin skuternya dapat dihidupkan. Siap akhirnya... balas lelaki itu. Barang-barang baiki seperti pemutar skru dan lain-lain segera disimpan di dalam tool box. Lelaki itu bergerak ke bonet kereta untuk menyimpan tool box itu. Terima kasih, bang. Berapa kena bayar ni? tanya Alya. Alang-alang abang yang baik hati ni sudah membaiki skuternya, takkan tak nak hulur apa-apa, kan? Kalau betul dia mekanik, baik bayar servis dia. Takpelah, adik! Adik ni kawan kepada kawan baik abang. Abang kasi free aje... jawab lelaki itu tersenyum.

111

Hello, Mr. Perfect!

Alya tercengang. Kawan baik? Siapa? Errr... siapa kawan baik abang tu? tanya Alya. Sebaik sahaja bonet ditutup, dia segera mendekati Alya. Senyuman semakin melebar. Dia suruh abang rahsiakan. Okeylah, dah malam sangat ni. Baik adik balik sekarang. Tak elok anak dara keluar malam-malam macam ni... nasihat lelaki itu. Alya tersenyum. Huh! Abang ni pun boleh perasan yang aku ni perempuan. Bukan macam mamat perasan bagus tu! Meluat betul aku bila teringatkan mamat tu! Huh! Segera enjin skuter dihidupkan kembali. Terima kasih, bang! Ucapkan terima kasih saya pada kawan abang tu, ya? balas Alya lalu segera melambaikan tangan kepada lelaki itu sebelum skuternya bergerak meninggalkan simpang jalan itu. Lelaki itu tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Helo, bro! Sapa lelaki itu mengetahui siapa yang menghubunginya. sebaik sahaja

Yep... aku dah baiki dah motor dia. No hal bro... kau kan kawan aku. Okey... okey... esok kita jumpa! Bye! Lelaki itu segera menamatkan perbualan mereka lalu segera bergerak ke keretanya. Kereta Wira pun berlalu meninggalkan kawasan itu. Alya yang sedang leka menunggang skuternya tibatiba teringat sesuatu. Diketuk kepalanya kerana lupa sesuatu. Aiseh! Macam mana boleh lupa nak tanya nama abang tu... tak pun minta nombor telefon ke. Nanti lepas ni kalau rosak skuter kesayangan aku ni, boleh la telefon dia... haiyo! Apesal la kau boleh lupa El?!

112

Waniey Zakaria

Skuter berlalu dengan laju. Dia perlu segera sampai ke rumah. Matanya sudah semakin kuyu. Mengantuk yang amat. Tapi siapakah lelaki yang baik hati menelefon abang tu untuk bantu dia malam-malam macam ni? Alya membiarkan persoalan tu berlalu begitu sahaja. Malas dia nak fikir lelaki misteri itu. Yang penting, dia doakan semoga lelaki itu selamat dunia akhirat kerana sudi membantunya....

113

Hello, Mr. Perfect!

Bab 8
ALI ini Arif dan Ainul mengajak Alya dan Izzul bercuti di Kota Tinggi Waterfall Resort, Johor. Amilia juga ikut serta kerana dia ingin mengenali Alya dengan lebih rapat. Mereka menyewa dua buah chalet dan tinggal di situ untuk dua hari satu malam. Sabtu malam Ahad, mereka menjalani aktiviti night walk. Kata Arif, berjalan di waktu malam lebih mencabar. Pada mulanya Alya dan Ainul tidak bersetuju namun setelah dicabar oleh Arif, akhirnya mereka ikut sahaja. Ala... takut la! Adik tak nak join boleh tak, angah? pujuk Amilia. Dia kepenatan dan ingin tidur di chalet. Mana boleh. Adik kena ikut jugak! Tak best la bercuti kat sini kalau tak nak buat night walk! Kalau macam tu baik duduk rumah tidur aje! perli Arif. Amilia mencebik. Dia berlari ke arah Ainul dan Alya. Akak, tolong la Lia. Lia tak mahu la pergi. Lia

114

Waniey Zakaria

sakit-sakit badan ni! Dia mendapatkan simpati daripada bakal-bakal kakak iparnya. Takpelah! Lia pergi la tidur. Biar kita orang aje yang pergi. Tapi esok Lia kena la bangun awal pagi. Kita nak mandi sungai... ucap Ainul lembut. Amilia gembira apabila Ainul menyebelahinya lantas gadis itu mencium pipi bakal kakak-kakak iparnya itu. Arif dan Izzul hanya menggelengkan kepala. Manja tak sudah-sudah, getus hati mereka geram. Sebaik sahaja Amilia pulang ke chalet, mereka telah diarahkan oleh renjer di situ untuk mengekori satu kumpulan lain. Ini bagi memudahkan mereka memantau gerakan peserta yang terlibat dalam aktiviti mencabar itu. Setelah mendengar taklimat daripada ketua renjer, tepat pukul dua belas malam mereka bergerak. Arif berjalan di hadapan manakala Izzul di belakang. Alya dan Ainul berada di tengah-tengah antara mereka. Kumpulan mereka dipantau oleh dua orang renjer yang berjaga di sebelah hadapan dan belakang. Sepanjang perjalanan menelusuri kepekatan malam, mereka tenang sahaja meredahi hutan. Tiba-tiba Alya hampir tersadung akar pokok dan mujurlah Izzul sempat menggapai tubuhnya daripada jatuh. Alya agak terkejut. Darah naik sampai ke muka. You tak apa-apa ke? tanya Izzul risau. Tangan kanannya masih memegang tubuh Alya manakala tangan kiri memegang ranting kayu untuk mengimbangkan badannya. Tak! Alya cuba melepaskan dirinya. Seketika, Izzul menjerit kecil. Telapak tangan kirinya luka. Ada garis memanjang di telapak tangannya dan menyebabkan darah keluar sedikit. Ranting kayu yang dipegangnya agak berduri.

115

Hello, Mr. Perfect!

Awak okey tak? Kali ini Alya pulak yang bertanya. Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut namun dapat ditenangkan untuk seketika. Arif dan Ainul juga nampak risau melihat keadaan Izzul. Its okay. Sikit aje ni, kata Izzul menafikan. Walaupun pedih, dia kena tahan. Awak okey tak? tanya salah seorang renjer. Izzul mengangguk tetapi masih menahan sakit. Renjer itu mengeluarkan pisau lipatnya dan membuang duri yang masih terlekat di telapak tangan Izzul. Bertahan, ya? Nanti, tangan awak ni kena letak ubat. Takut ada bakteria masuk ke dalam luka ni... nasihat renjer itu. Izzul mengangguk lagi. Alya semakin serba salah. Kerana dia, Izzul cedera. Beberapa jam kemudian mereka akhirnya sampai. Perghhh... sampai juga akhirnya. Macam nak gila jalan waktu malam ni! Mencabar betul! Arif melepaskan keluhannya. Ainul hanya mengangguk, bersetuju dengan katakata Arif. Izzul hanya diam sahaja. Tangan kanannya masih memegang tangan kirinya. Telapak tangannya masih lagi sakit. Izzul okey tak ni? tanya Alya dengan risau sekali. Izzul hanya ketawa. Dont worry! I okey aje, balas Izzul sambil tersengih ke arah Alya.

116

Waniey Zakaria

Awak jangan risau, Alya. Along saya ni hero! Small matter aje tu... usik Arif lagi. Alya geram. Keadaan macam ni pun sempat lagi Arif nak bergurau! Izzul ketawa sahaja. Selang beberapa minit kemudian, seorang renjer yang terlibat dengan ekspedisi mereka tadi datang dengan membawa first-aid. Belum sempat dia merawat luka Izzul, Alya menawarkan diri untuk mengubati luka lelaki itu. Dia membenarkan Alya melakukannya dan dia kembali ke khemah. Arif dan Ainul saling berpandangan. Ada reaksi senang hati di situ. Izzul memandang Alya yang sibuk menyapu iodin ke lukanya. Dia tersenyum. Terharu dengan pelawaan Alya tadi. Thanks. Alya memandang Izzul. Mata mereka bertentangan. Agak lama. Alya jadi gugup. Jantungnya berdegup kencang. Begitu juga Izzul. Dia kembali menunduk dan fokus pada rawatannya. Mata Izzul masih lagi tertancap ke arah wajah Alya yang masih tidak mampu melawan lirikan matanya itu. Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih dekat awak. Kalau tak kerana saya, awak takkan jadi macam ni. Alya sengaja menyalahkan dirinya. Its okay! Small matter aje. Cuma nasihat I, lain kali kalau jalan kena berhati-hati. Nasib sempat tahan tadi.... Balas Izzul. Alya mengangguk faham. Ya! Untuk peringatan pada dirinya. Setelah selesai membalut tangan Izzul, masingmasing beredar untuk ke bilik dan tidur.

117

Hello, Mr. Perfect!

Malam itu, Izzul tidak dapat melupakan saat dirinya dirawat oleh Alya. Tangan Alya yang lembut dan sejuk itu masih lagi terasa memegang tangannya. Dia tersenyum sendirian. Adakah cinta sudah berputik kembali? Dia sendiri tidak dapat menyangkal. Begitu juga dengan Alya. Dia tidak boleh tidur kerana risaukan luka Izzul. Dia mengeluh panjang dan berharap agar lelaki itu cepat sembuh. Masingmasing berangan di atas katil sebelum mata terlelap selepas itu.

ESOK paginya, aktiviti pertama mereka adalah mandi di air terjun. Izzul sebenarnya tidak berapa gemar berkelah di kawasan itu kerana dia amat mementingkan aspek kebersihan. Dilihatnya Arif dan Ainul duduk di tebing berdua-duaan sambil kaki mereka ditenggelamkan ke dalam air sungai. Alya dan Amilia sibuk menyelam dan bermain air. Kawasan itu sememangnya tempat yang paling ramai dikunjungi dan popular di kalangan mereka yang berkeluarga. Alya hanya memakai T-shirt putih dan track suit hitam. Dia sememangnya sukakan air sungai dan paling teruja apabila diajak berkelah di kawasan air terjun. Alya adalah orang pertama yang menyelam sebelum yang lain menyusul. Izzul, marilah! ajak Alya. Izzul hanya duduk mencangkung di atas batu. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka mandi sungai. Air sungai baginya kotor. Dan kulitnya tidak tahan sekiranya dia mandi air kotor. Paling dia benci adalah pacat. Alya, Amilia, Ainul dan Arif begitu gembira menyelam dan berenang di situ.

118

Waniey Zakaria

Along tu macam mamat jambu! Mana suka mandimandi air sungai macam ni. Diakan suka mandi air panas, aje... perli Amilia. Masing-masing ketawa. Amboi adik... karang balik naik bas, yek? ugut Izzul membuatkan Amilia menjelir lidahnya. Takpe, along takde... angah ada! Adik ikut angah aje la... balas Amilia bangga. Arif memandang sinis ke arah adiknya dan hanya sekadar mengusik. Siapa kata adik boleh naik kereta angah? Angah tak cakap apa-apa pun? usik Arif. Kali ni Amilia terdiam. Mukanya mencebik. Ainul dan Alya ketawa melihat tingkah laku mereka adik-beradik. Sangat mesra. Takpelah! Nanti adik tahan la mana-mana lori ayam suruh bawak adik balik JB, rajuk Amilia memeluk tubuh. Merajuk-merajuk pun sempat lagi dia buat lawak. Alololo... cian dia. Jangan merajuk sayang. Nanti cepat tua. Muka tu tak lawa la pulak! Takpe... takpe, nanti akak suruh abang-abang adik tumpangkan adik nanti. Kalau tak nanti akak cubit dia orang, okey? pujuk Alya pula lantas memeluk bahu gadis itu. Amilia tersengih. Kak Alya aje yang memahami Lia. Orang lelaki ni mana nak faham kita, kan? Tahu nak sakitkan hati kita aje! Sengaja lagi Amilia memerli abangnya. Arif dan Izzul hanya ketawa. Malas nak melayan kerenah adik mereka itu.

119

Hello, Mr. Perfect!

Alya hanya memandang Izzul yang dari tadi duk perhatikan orang. Dia mengerling ke arah Arif, Amilia dan Ainul. Mereka begitu gembira menyelam dan berenang bersama. Alya berjalan mendekati Izzul. Dia memanjat batu dan duduk betul-betul di sebelah Izzul. Lelaki itu hanya tersenyum. Tangan awak dah okey? tanya Alya. Alhamdulillah. Dah semakin baik... jawab Izzul sambil menunjukkan tangannya yang sudah ditampal plaster. Alya melepaskan nafas lega. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana terlampau memikirkan Izzul. Kenapa awak tak nak join kami mandi? tanya Alya lagi kehairanan. Its okay. I tak tahan sejuk, tolak Izzul. Alya mengangguk faham. Mandi air sungai pagi-pagi ni elok tau, ujar Alya membuatkan Izzul mengerut dahi. Alya tersenyum melihat wajah Izzul yang agak blur itu. Kalau awak nak tahu, jika kita selalu mandi dengan air yang sejuk, peredaran darah akan berjalan dengan lancar dan tubuh terasa lebih segar. Ini kerana air sejuk akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus. Selain itu ia dapat memulihkan jaringan kulit dan menyebabkan kuku kita menjadi lebih sihat dan kuat serta tak mudah retak. Izzul hanya mengangguk. Dan yang paling penting, mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita.

120

Waniey Zakaria

Dengan demikian kesuburan serta keghairahan seksual pun akan meningkat, usik Alya membuatkan Izzul tercengang. Wah! Minah ni lebih expert nampak? Bisik hatinya. Tidak disangka, wanita itu pandai benar mengusiknya. Alya hanya ketawa apabila Izzul memandangnya lain macam. Just for your information. Takde maksud lain pun... ujar Alya lagi lantas mengenyit mata ke arah Izzul. Lelaki itu terdiam kaku. Tiba-tiba perasaannya jadi lain. Cepat-cepat dia menyedarkan diri daripada terus tersasar. Alya kembali terjun ke dalam sungai. Dia begitu seronok menyelam. Izzul tersenyum sendirian. Alya pandai berenang, cantik dan peramah. Mungkin kalau setiap hari dia keluar dengan wanita ini, tak mustahil dia akan cepat mesra dengan wanita ini nanti. Setelah puas bermandi-manda, masing-masing memutuskan untuk balik ke chalet. Alya yang dalam keadaan basah cuba memanjat batu untuk naik ke atas. Izzul yang sedang memandang Alya agak cuak apabila melihat baju gadis itu agak seksi. Disebabkan kerana basah, bajunya melekat ke badan dan menampakkan susuk tubuh Alya yang ramping. Izzul menelan air liur. Dia memandang sekeliling. Mujur tiada siapa yang memandang Alya. Sebaik sahaja gadis itu berdiri di atas batu sungai berhampiran dengan tempat Izzul duduk, lelaki itu segera bangun dan membuka jaketnya.

121

Hello, Mr. Perfect!

Alya agak terkejut apabila Izzul tidak semena-mena menyarungkan jaket itu ke tubuhnya. Arif dan Ainul nampak akan aksi spontan itu. Begitu juga dengan Amilia. Ternganga mereka melihat aksi spontan abang sulungnya itu. Masing-masing berbisik sesama sendiri dan kemudian senyum mengusik. Baju you tu basah. Nampak bahagian dalam... tegur Izzul membuatkan Alya agak tercengang. Thanks. Tapi nanti awak sejuk pulak? Bukan awak tak tahan sejuk ke? tanya Alya. Dia terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Izzul. Dia menutup badannya dengan jaket lelaki itu. Izzul mengangguk. Takpe. I ada baju sejuk yang lain. Nanti kejap lagi I balik ke chalet. Hmmm... lain kali kalau nak mandi sungai, pakai baju warna gelap. Jangan pakai baju warna cerah. Bahaya! Kat sini banyak buaya perhatikan you! tegur Izzul lagi memberi peringatan. Alya hanya mengangguk sahaja. Sebenarnya takde siapa pun yang sempat tengok selain dirinya. Tapi, lebih baik mencegah sebelum terlambat. Wow! Romantiknya. Ada bau nasi minyak dah ni! Usik Arif membuatkan wajah Alya dan Izzul merona merah kerana malu. Ainul dan Amilia hanya ketawa melihat mereka berdua. Mereka semakin tidak sabar melihat keputusan positif antara Alya dengan Izzul.

BEG pakaian sudah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Mereka berkumpul sebelum bergerak.

122

Waniey Zakaria

Adik nak naik kereta siapa? tanya Arif. Amilia mengetap bibir. Memikirkan mana satu yang harus dia pilih. Matanya memandang setiap wajah di hadapannya. Kalau balik dengan along dengan Kak Alya, nanti ganggu privasi dia orang pulak! Lagipun dia orang tu baru aje nak merapat-rapatkan diri. Karang takut aku kacau dia orang pulak! Baik aku ikut angah dengan Kak Ainul aje, bisik hatinya. Mata Arif dah melirik-lirik ke arah Amilia untuk memberi sign. Amilia faham maksud abang keduanya Kemudian dia tersenyum gatal. Nak ikut angah la! itu.

Arif tersenyum gembira sambil tangannya menunjukkan ibu jari tanda memuji dengan keputusan Amilia. Good job! Ainul juga tersenyum lebar. Izzul dan Alya saling berpandangan. Adik bukan dah letak barang dalam bonet kereta along ke? kata Izzul mengerut dahi. Simpan barang tempat lain, tapi naik kereta lain. Apa kes? Ala... baju aje pun. Lagipun along pun balik rumah yang sama, kan? balas Amilia pulak. Jangan nak mengada! Ikut along! Sengaja ditinggikan suaranya mengugut. Izzul segera masuk ke dalam keretanya. Dia malas nak melayan kerenah adik-adiknya. Risau juga dia sekiranya duduk berdua-duaan dengan Alya di dalam kereta itu sepanjang perjalanan. Sebelum ni Amilia tumpang mereka, takde la rasa gementar atau gemuruh sebab ada kawan bersembang. Kalau Amilia tumpang Arif memang dia kalut jugak la nanti.

123

Hello, Mr. Perfect!

Amilia buat selamba lantas masuk ke dalam kereta Arif. Dia menjelirkan lidah, mengejek. Arif dan Ainul hanya ketawa. Izzul menjadi tidak keruan apabila Alya duduk di sebelahnya. Gadis itu juga selamba sahaja. Langsung takde perasaan malu ke apa? Belum sempat dia keluar dari kereta untuk menarik Amilia, Arif sudah menggerakkan kereta Honda Civicnya. Mereka melambai-lambaikan tangan ke arah mereka berdua. Semoga berjaya! usik Arif sebelum kereta bergerak laju meninggalkan mereka. Izzul mendengus kasar, bengang dan tidak berpuas hati. Dia kembali masuk ke dalam kereta dan duduk. Enjin sudah dihidupkan. Matanya masih memandang ke hadapan. Langsung tidak menjengah ke tepi pun. Alya hanya mendiamkan diri. Tidak suka ke dia duduk berdua denganku? Izzul masih lagi diam. Kemudian, dia terus menukar gear dan kereta BMW 5 series bergerak meninggalkan kawasan itu. Izzul tidak membawa kereta Lamborghininya memandangkan kereta sport itu hanya digunakan untuk pergi kerja dan jalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan sahaja. Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Masing-masing kematian topik untuk dibualkan. Izzul segera menekan punat radio untuk mendengar lagu. Ketika itu Jeydee sedang ke udara dalam segmennya Fly 30 di Fly FM. Lagu The Lazy Song nyanyian Bruno Mars sedang dimainkan. Alya hanya memandang sahaja apa yang dilakukan oleh Izzul. Nak diajak berbual, rasa segan la pulak! Dalam

124

Waniey Zakaria

hatinya merungut. Dia lebih suka mendengar Hot FM. Tetapi dia kena sedar bahawa dia sekarang ni hanya menumpang kereta Izzul dan dia tidak berhak untuk memberontak ataupun menolak! Diam lagi. Masing-masing melayan perasaan. Perjalanan dari Kota Tinggi ke Johor Bahru tidaklah jauh mana. Hanya tiga puluh lima minit perjalanan sahaja. Tetapi, tiga puluh lima minit dirasakan seperti tiga puluh lima jam pulak! Bila nak sampai ni? Alya merasakan, sepanjang perjalanan itu jikalau mereka tetap mendiamkan diri, dia tekad. Dia perlu lakukan sesuatu. Bagi Alya, Izzul berkemungkinan seorang yang cukup membosankan. Berbeza dengan Arif, ada sahaja perkara yang ingin dia borakkan dan sememangnya seorang yang sangat peramah dan disenangi oleh orang lain. Izzul? Sentiasa dengan muka seriusnya dan kadangkala dia sendiri tidak tahu mood Izzul sendiri tatkala itu. Karang kalau ditegur, tiba-tiba dia melenting. Tak ke naya nanti? Alya menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang sedang ke udara itu. Baik dia menyanyi daripada terus mendiamkan diri. Karang ada yang tertidur pulak! Tiba-tiba Iphone 4 Izzul berbunyi. Dia memandang ke skrin telefonnya itu untuk mengetahui siapakah yang menelefonnya tatkala itu. Mukanya berkerut. Siapa pulak yang call ni? tanyanya pada diri sendiri membuatkan Alya juga seperti ingin tahu. Segera dia memakai bluetooth headset di telinga untuk bercakap. Helo, Izzul speaking. Mukanya masih lagi serius. Tiba-tiba wajah yang tadinya serius bertambah serius. Malah berkerut-kerut dahinya. Mana kau dapat nombor aku ni?!

125

Hello, Mr. Perfect!

Soalan yang diutarakan oleh Izzul betul-betul membuatkan Alya terkejut. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi! Tolong jangan ganggu hidup aku! marahnya lagi. Alya diam mendengar sahaja setiap butir ayat yang dihamburkan oleh Izzul. Siapa yang dia marahkan tu? Kau nak apa lagi, Ain?! jerkahnya lagi. Ain? Alya mengangkat kening. Siapa Ain? Exgirlfriend dia, ke? Arghhh... boleh blah la! Itulah ayat terakhir daripada Izzul sebelum dia menamatkan perbualan. Telefonnya dilemparkan ke seat belakang. Alya membuntangkan matanya. Terkejut dengan aksi spontan itu. Gila! Iphone 4 tu! Senang-senang dia baling macam tu? Kalau rosak macam mana? Nak beli tu, standard gaji aku aje ni! Baik aku diam aje! Kang tak pasal-pasal aku pulak kena hambur sekali! Matanya kembali memandang ke arah depan. Sesekali ekor matanya mengerling ke arah Izzul yang sedang mendengus kasar. Iphone 4 Izzul kembali berbunyi. Lagu The Catalyst nyanyian daripada kumpulan Linkin Park semakin lama semakin kuat. Izzul hanya buat tak tahu sahaja. Beberapa saat kemudian, handphonenya kembali senyap. Kemudian berbunyi lagi. Dengusan Izzul semakin ketara. Awak, angkat la handphone tu... tegur Alya. Bukan apa... bingit telinganya apabila dari tadi handphone tersebut asyik berbunyi. For what? To break my heart again?! marah Izzul. Matanya masih fokus pada pemanduan.

126

Waniey Zakaria

Habis tu? Daripada dia terus aje berbunyi, better awak offkan aje, tegur Alya lagi. Let it be! And you! Please shut your mouth! marah Izzul. Alya terpanar. Hah! Padan dengan muka kau! Kan dah kena sembur! Alya memarahi dirinya. Alya kembali senyap. Karang kalau dilayan, bukan kena sembur dah. Ada yang kena balik jalan kaki kejap lagi. Beberapa minit kemudian, bunyi handphone itu kembali senyap. Alya hanya menggelengkan kepala. Matanya memandang ke luar. Tengok pemandangan kat luar lagi bagus! Im sorry... luah Izzul tiba-tiba. Alya memandang Izzul. Kerlingan mata lelaki itu seolah-olah menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi. Alya masih lagi diam. Im so sorry. That was too much! But I was so pissed off. Im so sorry... pintanya lagi perlahan. Rayuan Izzul betul-betul mencairkan hati Alya. Kadang-kadang kita perlu fikirkan tentang perasaan orang lain sebelum menegur mereka tanpa usul periksa. You might be mad at someone, but do not involve others! You need to stay calm, nasihat Alya panjang lebar. Dah layak jadi ustazah dah tu! True, but sometimes were not able to fight the anger if the forgotten past haunted us back. Kenangan silam yang memilukan dan hanya membawa kesengsaraan pada kita, luah Izzul. Mukanya seperti menahan perasaan sedih. Alya diam. Ainul pernah bercerita padanya perihal kekecewaan yang pernah dialami oleh Izzul. Dia memang

127

Hello, Mr. Perfect!

pernah dipermainkan oleh seorang perempuan sebelum ini. Dan mungkin kerana itu dia tidak pernah percaya dengan perempuan. Dan mungkin kerana itu juga, sehingga kini dia masih solo. Mungkin kesempurnaan menjadi landasan agar ramai perempuan tak lama berkawan dengannya. Hmmm... sempurna sangat ke dia ni? Wajah dah memang cukup sempurna tapi perangai. Huh! Boleh jalan, la! Boleh saya tanya awak sesuatu? Alya kembali bertanya. Mata Izzul mengerling ke arahnya. Alahai pandangan itu... bikin gue cair! Kemudian dia tersenyum. Boleh. Apa dia? soal Izzul beria-ia ingin tahu. Kalau saya tanya, awak jangan marah, ya? pinta Alya beria-ia. Dia tidak mahu soalannya bakal mengundang kemarahan lelaki itu. Sekali lagi Izzul tersenyum. Sangat manis dan memikat hati Alya! Okay, shoot.... Hmmm... siapa Ain? Kenapa awak marah sangat dengan dia? soal Alya. Walaupun dia tahu dan dapat mengagak siapa gadis yang bernama Ain itu, tetapi dia perlukan penjelasan yang sebenar. Izzul mengeluh. Diam sekejap sebelum dia mula bercakap kembali. Ain... she was the one who broke my heart, deceived me and played with my feelings. Dia bukannya cintakan I, dia cintakan duit I. Alya seakan-akan tidak percaya dengan jawapan Izzul itu. Izzul lelaki kacak, punya segalanya dan cukup sempurna. Memang perempuan yang pernah permainkan perasaan lelaki itu tidak bersyukur sekiranya dia tolak lelaki sebelahnya ini mentah-mentah. Kalaulah Izzul ni sukakan dia, lama dah dia ajak kahwin! Adeh. Perasan lagi!

128

Waniey Zakaria

But, why did she call you back? tanya Alya. I have no idea. Mungkin dia terdesak sebab takde duit kut, tu yang dia nak kembali semula pada I. Who knows? Dan awak tak nak kembali pada dia? Mana tahu dia betul-betul dah insaf? pujuk Alya. Walaupun dia sendiri tak tahu sama ada dia betul-betul ikhlas memujuk lelaki itu atau tak, itu belakang kira. Izzul ketawa sinis. I hate liars. I hate people who approached me because of my money and my appearance. I will never go back to her eventhough she cries with tears of blood! jawab Izzul tegas. Tegas dengan pendiriannya. Habis tu, apa yang awak nak sebenarnya? tanya Alya lagi. What I want is true love! I need a person who loves and accepts me no matter what the circumstances are. I need a person who always stay by my side to face the hardships and pleasures of life. Dan saya perlukan seseorang yang sentiasa sabar melayan kerenah saya buat selamalamanya, kata Izzul lagi. Matanya dilirikkan ke arah Alya. Alya melarikan pandangannya jauh ke luar. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Izzul. Pastinya dia akan kalah! Alya menelan air liur. I hate liars! I hate people who approached me because of my MONEY. Kata-kata itu membuatkan Alya terdiam. Apakah akan terjadi sekiranya Izzul tahu yang dia berkawan rapat dengan lelaki itu hanya kerana duit? Adakah lelaki itu akan membencinya sepertimana dia membenci Ain? Arghhh... Alya semakin risau.

129

Hello, Mr. Perfect!

Tidak! Aku buat macam tu kerana aku nak tolong keluarga aku! Aku tak pandang duit dia pun! Aku cuma nak langsaikan hutang ayah aje dan selamatkan keluarga aku daripada diganggu oleh along! Aku bukan mata duitan! Aku hanya terdesak! Lagipun aku memang sukakan dia. Dari zaman belajar lagi. Cuma tak sangka kami dapat berjumpa kembali.... Sekali lagi Alya menelan liur. Ha ha ha... forget about it! So, your turn. Awak suka lelaki yang macam mana? Kata-kata Izzul membuatkan Alya tersedar daripada lamunannya. Hah? Alya blur. Izzul mengangkat kening kehairanan. Are you okay, Alya? tanya Izzul apabila melihat muka Alya yang agak pucat. Errr... okey! Okey! Awak tanya apa tadi? soal Alya. Awak suka lelaki yang macam mana? Suara Izzul perlahan apabila bertanya. Dia agak tenang. Mungkin berpuas hati apabila sudah meluahkan segala yang dipendam. Hmmm... saya tak kisah. Yang penting baik, berilmu, beramal dan bertanggungjawab! jawab Alya. Wah! Bagus betul taste Alya ni. He he he.... Bukan yang handsome, yang ada pangkat dan banyak duit? uji Izzul. Tang! Alya mengetap bibir. Seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Sebak la pulak! Seraya Izzul ketawa membuatkan Alya mengerut dahi. Just kidding! Gurau Izzul. Ketawanya semakin kuat.

130

Waniey Zakaria

Alya hanya tersenyum pahit dan terus memandang ke luar tingkap. Hatinya resah! Kata-kata Izzul membuatkan dia jadi semakin serba salah!

ALYA masih lagi termenung. Memori bercuti bersama Izzul dan adik-beradiknya amatlah seronok. Tetapi bila difikirkan kembali memori sewaktu mereka dalam perjalanan pulang itu, dia diburu rasa bersalah. Niat sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan duit RM500,000 itu sahaja. Tak terfikir untuknya mengahwini Izzul. Tetapi dia sedar perasaan itu sedikit sebanyak bercambah dalam hatinya. Dia sedar cinta pada Izzul telah kembali berputik semula. Hai, Alya! sapa Ainul. Hai... balas Alya tersenyum pahit. Ainul perasan akan perubahan wajah Alya yang kelihatan mendung itu. Apesal kau, beb? Ada masalah ke? tanya Ainul. Alya masih lagi diam membisu. Alya, I am talking to you... tegur Ainul lagi apabila melihat gadis itu masih lagi termenung dari tadi. Alya tersedar daripada lamunannya. Hah?! Apa dia? Kau cakap apa tadi? Ainul menghela nafas. Penat dia bercakap. Kau ni kenapa macam takde mood aje pagi-pagi, ni? PMS kau datang ke? gurau Ainul. Alya mendengus kasar. Aku serba salah la, Ainul.... Terluah juga akhirnya perasaan serba salah itu.

131

Hello, Mr. Perfect!

Ainul mengangkat kening. Serba salah kenapa? Hmmm... pasal Izzul... pasal kahwin ni... pasal duit... ujar Alya. Dia tak mahu mempermainkan perasaan Izzul. Dia tak nak jadi macam Ain. Kenapa kau nak rasa bersalah pulak? Kau kan suka dekat Abang Izzul, kan? tanya Ainul lagi kehairanan. Dia tahu, Alya sudah punya perasaan pada Izzul. Kenapa dia perlu rasa bersalah? Hmmm... pada awalnya aku rapat dengan dia bukan sebab dia, kan? Tapi sebab duit... luah Alya lagi. Ainul mengeluh. Pasal tu kau jangan la beritahu Abang Izzul. Kau diam-diam sudah... pesan Ainul. Ainul mendekatkan bibirnya ke telinga Alya untuk membisikkan sesuatu. Ini rahsia kita berdua, Alya. Arif sendiri pun tak tahu pasal hal ni. So, diam-diam aje la ya. Alya mengangguk. Mungkin diam lebih baik! Tapi kalau benda ni pecah di kemudian hari macam mana? Risau lagi! Dia tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau rahsia ni terbongkar! Kalau kita tak cerita, takde la siapa-siapa tahu. Ingat! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut! Pesan Ainul lagi. Alya mengetap bibir.

132

Waniey Zakaria

Bab 9
TAHUN 2001 LYA bergerak ke kaunter pembayaran setelah makanan yang dipesan siap. Wallet yang dibelinya di Skudai Parade dikeluarkan. Hari ini kelas paginya dibatalkan. Kali pertama dan semester pertama kelas dia bermula pukul lapan pagi. Jenuh juga nak bangun pagi pergi ke kelas. Nasib baik dibatalkan. Sempat la dia nak hantar assignment Profesor Mansur pagi ni. Rasa seronok la pulak kan kalau hari-hari kelas dibatalkan macam ni. Makanan yang berada di atas dulang ditatang. Kakinya melangkah ke arah Fauzi, kawan sekelas merangkap partner assignmentnya itu. Hana dan Isma tidak join mereka makan kerana mereka sudah lama bergerak ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan daripada Profesor Doktor Jamilah berkaitan Applied Mathematics. El, pinjam skuter kau boleh? Tiba-tiba Fauzi meminta izin.

133

Hello, Mr. Perfect!

Alya mengerut dahi. Kenapa, beb? tanyanya. Bukan semudah itu dia nak kasi nyawa dia tu dekat orang lain macam itu aje. Kena ada alasan yang kukuh. Dulang diletakkan di atas meja. Bau bihun goreng dengan telur mata kerbau sudah menusuk hidungnya. Perutnya terasa lapar. Fauzi tersengih. Aku nak pergi beli tiket bas. Aku nak balik kampung hujung minggu ni. Hadoi... naik bas sudah! balas Alya. Setakat nak beli tiket bas, macam tak boleh naik bas. Bukan jauh sangat pun! Ala... malas la nak naik bas. Lambat! Aku janji, aku jaga kau punya nyawa ni elok-elok. Aku top-up minyak full! Boleh? Boleh la... please... pujuk Fauzi. Nasib mamat sengal ni duduk depan Alya dan dihalang meja. Kalau tidak, mahunya dia melutut merayu kat Alya semata-mata nak pinjam skuter Alya. Hmmm... bila kau nak pinjam? tanya Alya sambil mengacau air teh O ais dengan straw. Kejap lagi! Aku hantar kau balik kolej, then aku pakai la skuter kau tu kejap! balas Fauzi dengan senyuman yang semakin melebar. Dia gembira apabila Alya memberi keizinan. Okey! Tapi kau kena teman aku hantar lima assignment Profesor Mansur ni... pinta Alya selepas memberi persetujuan. Dia mengunyah bihun dengan lahapnya. Seperti sebulan tidak makan. Dah siap ke assignment kau tu? tanya Fauzi mengerut dahi. Dia salute betul dengan minah brutal depannya ini. Dalam masa dua hari aje dah boleh siapkan

134

Waniey Zakaria

lima assignment Profesor Mansur dengan penuh selamba. Dia sendiri pun tak yakin yang dia mampu nak siapkan assignment sebanyak itu. Nak habiskan satu assignment dalam masa seminggu pun tak cukup baginya inikan dua hari. Dengan kelas lagi, gila gempak betul! Dah! jawab Alya sepatah. Mulutnya sudah penuh dengan bihun. Lapar benar dia nampaknya. Terer la kau, El! Tabik spring la aku! puji Fauzi lalu mengangkat tabik ke arah Alya. You see the leg la! Ini El la.... Alya mula masuk bakul angkat sendiri. Bangga betul dia bila dipuji sebegitu. Lebih-lebih lagi dengan Fauzi yang sememangnya sengalsengal ubi. Percaya sungguh mamat ni! Orang gila aje yang boleh siapkan kerja assignment tu dalam masa dua hari. Pakai otak la bro! Nasib dia ada Isma dan Hana. Minta la seorang buat satu assignment untuk dia. Bayaran? Ha ha ha... dia sanggup kasi pinjam dia punya skuter dengan FR double E (free) minyak petrol selama sebulan pada budak-budak berdua tu asalkan assignment dia siap. Bukan dia tak tahu yang Isma dengan Hana tu memang kaki rewang. Selebihnya, pandai la dia minta tolong juniorjunior part one siapkan tiga lagi assignment dia. Nasib dia memang baik ada yang nak membantu. Bayar RM50 sorang pun dah kira cukup! (Time ni RM50 dah kira banyak bagi student-student U nak dapat duit belanja lebih). Walaupun melayang juga duit dia semata-mata nak siapkan assignment Profesor Mansur tu, tapi apa dia peduli. Pak Cik PTPTN kan ada. Dia sanggup melayang duit daripada melayang markah ataupun repeat paper. Pergh... tak sanggup nak repeat paper. Sekali repeat, confirm drop pointer dia tahun ni. Tapi takpelah. Ada duit, kira jalan semua!

135

Hello, Mr. Perfect!

Fauzi menepuk tangan. Dia memang dah lama mengagumi Alya. Gadis tomboy depan dia ni memang hebat. Dah la aktif sukan, pandai putar belit, bijak pulak tu! Kira serba boleh la! Kalau aku jadi kau, menangis aku nak siapkan assignment profesor tu beb. Dengan kelas lagi, mana ada masa. Seminggu pun belum tentu boleh siap satu assignment. Inikan pula lima assignment dalam masa dua hari. Cayalah! pujinya lagi. Tak habis-habis Fauzi memuji dirinya. Alya buat bodo aje. Lagi dilayan, lagi dia menjadi-jadi. Fauzi ni kalau bab kipas orang memang taiko! Tapi dia suka berkawan dengan mamat sengal ubi ni. Dah la sengal, lurus dan lembut pulak tu. Ala-ala pon... pon... gitu. Senang la untuk dibuli. Eh! Dia bukan suka membuli ya.... Dia bencikan pembulian. Fauzi baik dengan dia pun sebab dia pernah tolong mamat tu daripada dikacau oleh sekumpulan mamat lain yang entah dari fakulti mana masa dia dalam perjalanan ke kelas. Bihun sudah habis dimakan. Licin tanpa meninggalkan sisa sedikit pun. Dia mengambil air minumannya lantas disedutnya sepuas hati. Dah siap ke El? tanya Fauzi. Pinggannya masih lagi berisi nasi lemak yang dibelinya tadi. Gila laju minah ni makan! Kalah askar perang! Sudah! Cepat sikit! Dah nak dekat pukul sembilan pagi ni! Karang profesor tengok assignment ni takde atas meja dia, mati aku kena buat dua kali ganda assignment daripada dia karang! Sabar beb! Baru pukul lapan suku. Tak ke mana pun office Profesor Mansur tu. Sekangkang kera aje pun. Jalan kaki lima minit aje dah sampai. Relakslah! usik Fauzi.

136

Waniey Zakaria

Alya membuntangkan matanya. Yalah! Kalau tunggu kau habiskan sepinggan nasi tu sampai esok pun tak habis! Cuba makan tu cepat sikit! Macam perempuan la kau ni! Aku yang perempuan ni pun makan lagi laju daripada kau! perli Alya lagi. Fauzi ketawa. Alya menggelengkan kepala. Entah kenapa tiba-tiba Alya terlupa yang dia masih belum lagi membeli air untuk Hana dan Isma. Pagi tadi dua orang minah tu pesan suruh belikan dua bungkus Milo ais. Nasib dia ingat. Kalau tak nanti, sedepa muncung dia orang merajuk dengannya. Beb, aku nak pergi beli air kejap tau, ujar Alya meminta diri. Fauzi mengangguk sambil menyambung kembali kunyahannya. Sewaktu Alya beratur untuk membeli air, terdengar suara seseorang yang sangat dikenali. Izzul yang berada di sekitar kafe itu bersuara. Ini air teh O ke air longkang?! Payau semacam aje! marah Izzul. Payau ke, yang? Ayang rasa okey aje, balas awek gediknya itu. Sayang rasalah! Nak kena tegur la dia orang ni! Berniaga tu tak ikhlas! Terus dia menolak sedikit gelas berisi air teh O itu kepada aweknya. Gadis itu menyedut straw untuk merasa. Hmmm... yalah! Payau sikit... balas gadis itu bersetuju. Kejap, abang nak pergi tegur. Terus Izzul menuju

137

Hello, Mr. Perfect!

ke kedai yang membuat minuman tersebut. Ada gaya macam nak mengamuk pulak! Alya yang ketika itu sedang membayar air minumannya terkejut apabila Izzul datang menyerang. Bang, air ni abang buat betul-betul ke tak, ni?! tegur Izzul kasar. Tauke kedai minuman itu agak terkejut apabila diserang sebegitu rupa. Kenapa, dik? Ada masalah ke? tanya tauke kedai itu dengan nada perlahan. Alya menoleh. Sekali lagi mukanya berkerut. Mamat perasan bagus tu lagi rupanya! Tak habis-habis bikin havoc dekat kampus ni! Air ni tak sedap la! Cuba abang rasa...! Dia menghulurkan gelas air itu kepada tauke kedai tersebut. Lelaki itu meminum sedikit air tersebut. Hmmm... sorry, dik! Abang tukar yang baru, boleh? Tak payah! Terima kasih, aje! Nasihat saya, lain kali kalau nak berniaga sila berniaga betul-betul! Buat kerja dengan sempurna. Kalau selalu macam ni, pelanggan pun boleh lari! herdik Izzul kasar. Lelaki itu hanya mengangguk. Alya di sebelah bengkek. Kurang ajar betul mamat ni. Bisik hatinya. Izzul segera meninggalkan kedai minuman tersebut. Nasib dia tidak menyedari kelibat Alya di situ. Alya hanya memandang. Hatinya ketawa sinis melihat perangai manusia itu yang selalu sangat fikir dia tu dah cukup sempurna dan cukup bagus!

138

Waniey Zakaria

El! Jom balik! jerit Fauzi membuatkan mamat perasan bagus yang duduk di sebelahnya mengerling ke arah mereka membuatkan mata mereka bertaut sejenak. Alya gugup. Entah kenapa dia rasa lain apabila memandang lelaki itu. Lama betul lelaki itu memandang ke arahnya. Berkerut aje memanjang. Muka tu dah cukup handsome tapi bila muka tu berkerut, daripada handsome terus jadi hansam (hantu sampuk!). Alya buat-buat tidak kenal. Kalau dia melayan, mesti kejap lagi ada free show dekat situ. Bukan dia tak tahu yang mamat perasan bagus tu memang kaki gaduh. Dah la hari tu mamat tu boleh selamba tinggalkan dia malammalam buta macam tu. Dasar takde sifat perikemanusiaan langsung! Huh! Sayang, you pandang siapa? tanya awek gediknya itu. Izzul menggelengkan kepala. Dia tersenyum ke arah kekasih pujaan hatinya itu. Uwek! Gedik! Meluat tengok! Pigirah! Kutuk Alya dalam hati. Weih, kata nak gerak! Jomlah! ajak Alya. Sebelum pergaduhan berlaku, baik dia blah cepat-cepat. Sewaktu Alya berjalan melalui barisan Izzul dan kekasih hatinya, dengan sengaja lelaki itu mengeluarkan kakinya dari bawah meja. Alya yang tidak berapa nak perasan akan kaki Izzul itu terlanggar lalu dia jatuh tersadung ke hadapan. Gadis gedik yang terkejut melihat aksi seperti kera kena belacan tu ketawa tiba-tiba. Lucu benar dia tengok Alya yang jatuh melutut apabila kakinya tersadung dengan kaki Izzul.

139

Hello, Mr. Perfect!

Lelaki itu hanya tersenyum nakal. (Bukan nakal dah ni, tahap the devil dah bila tengok!) Oi!!! jerit Alya. Ini sudah lebih! Geram betul dia. Rongga mulutnya bergerak-gerak menahan marah. Fauzi yang berdiri di belakangnya hanya menggigit jari. Takut bila melihat Alya yang dah macam Incredible Hulk! Nak masuk campur, dia tak berani. Alya mendekati Izzul yang relaks buat muka macam tapai basi. Pandangan matanya tajam. Wow, sayang! Marah benar mamat ni! ejek kekasih hati si mamat perasan bagus tu. Dia sengaja buatbuat takut semata-mata untuk menaikkan darah Alya yang dah sampai tahap klimaks. Kau kenapa nak cari pasal dengan aku?! Ada aku cari pasal dengan kau ke, hah?! Jeritan Alya itu dah mampu menggegarkan kafe tersebut. Izzul ternganga. Perghhh... gila otai budak tomboy ni. First time dia rasa tercabar bila budak tomboy perasan maco ni dah mula menengking-nengking dia. Segera dia bangun dan berdiri tegak di hadapan Alya. Alya mendongak memandang Izzul. Haiyak... tingginya mamat ni bila berdiri. Ketinggian dia pun tak sampai ke bahu rasanya. Izzul tersenyum sinis. Segera dia meletakkan tangannya di atas kepala Alya seolah-olah mengukur ketinggiannya. Alya tercengang. Apa kes?! Sebelum nak berlaga tangan dan kaki dengan saya... pastikan ketinggian awak tu cukup! perlinya pedas. Izzul segera capai begnya dan terus meninggalkan Alya.

140

Waniey Zakaria

Alya bengang. Kaku seketika tanpa mampu berkata apa-apa. Sayang... tunggulah! jerit kekasih hati Izzul itu lalu mengejar mamat tersebut. Alya mengetap bibir. Geram! Giginya berlaga. Sekali lagi mamat tu sengaja mencari gaduh dengannya. Tapi kenapa dia tak boleh membalasnya? Apa sudah jadi Alya?! Fauzi yang dari tadinya senyap segera mendekati Alya. El, kau okey ke?! tanya dia cemas. Mujur tak jadi apa-apa. Dilihatnya mata Alya berair. Dia marah sangat ke sampai berair mata? First time Fauzi melihat Alya menangis. Aiseh... tak bawak kamera la pulak! Kalau tak, boleh jadi bahan sejarah ni... bisik hatinya mengusik. Kau nampak muka aku sekarang ni okey ke tak? Sengaja Alya memerli Fauzi. Fauzi tergagap-gagap nak menjawab. Alahai, singa betina dah naik angin. Habislah! Jomlah! Aku dah kesuntukan masa ni!!! Ajak Alya lalu segera mencapai beg sandangnya. Pandangan orang sekeliling langsung tidak diambil peduli. Fauzi yang tercengang segera mengambil begnya dan mengekori Alya. Langkah Alya semakin laju. Hatinya semakin geram! Takpe, today is your day... maybe after this is my day! Wait and see Mr. Izzul! Dia mula merencanakan sesuatu untuk membalas dendam!

141

Hello, Mr. Perfect!

TAHUN 2011 ALYA tersedar daripada lenanya apabila terdengar sesuatu dari arah luar. Dia memandang ke sisi. Amani masih lagi tidur nyenyak. Bunyi itu masih lagi kedengaran. Alya turun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Dia membuka pintu biliknya dengan perlahan. Hatinya resah dan dia menjadi semakin takut. Adakah along kembali datang untuk mengganggu ketenteraman mereka? Matanya memerhatikan segenap penjuru ruang tamu yang gelap. Bilik Alya dan Amani terletak berdekatan dengan ruang tamu. Jadi dari situ dia boleh melihat dengan jelas bayangan dua orang lelaki seperti sedang melakukan sesuatu berhampiran dengan kerusi rotan. Ya Allah! Siapakah mereka? Apa mereka buat dekat situ? Dia semakin takut. Dahinya berpeluh. Kakinya menggigil. Dia kembali menutup pintu dan bersandar di dinding. Lututnya diangkat dan disinggahkan tangannya di atas. Dia menyembamkan mukanya untuk menghilangkan rasa takut. Mulutnya terkumat-kamit berdoa semoga malam itu mereka selamat. Kerana terlampau takut akhirnya dia terlena di situ. Kakak! Kakak! Alya mencari kelibat suara yang memanggilnya. Dia melihat sekeliling. Kosong! Hanya dikelilingi dengan asap tebal. Kat mana aku ni? Bisik hatinya. Matanya masih lagi meliar mencari arah. Kakak... kakak...! Suara itu masih lagi memanggilnya. Alya memegang kepalanya. Kemudian dia cuba menutup telinganya pula. Dia tak mahu mendengar panggilan itu.

142

Waniey Zakaria

Kakak... Alya... kakak.... Alya semakin takut. Siapakah yang memanggilnya? Alya menoleh ke belakang. Terharu! Mak, Amani dan Azizi memandang ke arahnya. Mereka berpakaian putih dan berwajah pucat. Mak! Azizi! Amani! Kenapa dengan korang ni? jerit Alya. Namun mereka hanya pandang Alya dengan satu senyuman. Senyuman yang tidak difahami maksudnya. Alya cuba mendekati mereka tetapi mereka hilang. Sekali lagi dia mencari, bibirnya bergetar. Ke mana mereka menghilang? Mak!!! Azizi!!! Amani!!! Jangan tinggalkan Alya! jeritnya lagi. Air mata sudah mengalir ke pipi. Alya menjadi takut. Alya, maafkan kami, nak. Jaga diri baik-baik. Mak dan adik-beradik yang lain akan tunggu Alya... balas maknya. Itu suara mak! Apakah yang terjadi? Jaga diri kamu baik-baik, nak. Kami tunggu.... Makkk! Jangan tinggalkan Alya makkk! Alya masih tidak keruan. Masih berusaha untuk mengejar ibu dan adik-adiknya walaupun dia tidak dapat menggapai mereka. Sejenak, dia terlanggar seseorang. Alya... bisik lelaki itu perlahan. Alya memandang ke arah lelaki itu, wajahnya kabur. Lelaki itu tersenyum padanya. Siapa awak? tanya Alya. Mukanya berkerut seribu. Aku bermimpikah? Tiba-tiba satu tangan dihulurkan kepadanya. Alya memandang sahaja.

143

Hello, Mr. Perfect!

Ikut saya dan awak akan bahagia, jawab lelaki itu. Alya bimbang. Alya... Alya... kakak... Alya.... Suara itu saling bersahutan. Alya semakin resah dan takut. Tidak dicapai huluran tangan itu tetapi dia terus memeluk lelaki tersebut. Dia menyembamkan wajahnya ke dada sasa lelaki itu. Lelaki itu membalas pelukannya dan pelukan mereka semakin erat. Alya dapat merasa dirinya selamat di situ. Lahir rasa bahagia di hatinya sebaik sahaja lelaki itu memeluknya. Suara-suara yang asyik memanggil namanya semakin lama semakin hilang dan semakin jauh. Alya tidak mahu melepaskan lelaki itu. Dia ingin bersamanya. Selama-lamanya... dia tenang. Kakak! Kak Alya? Tiba-tiba suara itu kembali memanggilnya. Kini badannya digoyang-goyangkan. Alya mengangkat mukanya. Lelaki itu hilang. Akak! Kali ini goncangan badannya semakin kuat. Alya tersedar daripada lenanya. Dia membuka mata. Kabur. Dia memandang sekeliling. Mana lelaki itu? Amani memandang muka kakaknya. Di mana akak? Soalan Alya itu membuatkan Amani kehairanan. Akak dekat rumah la. Kenapa akak baring dekat sini? tanya Amani lagi. Alya terkejut. Dia baring di atas lantai rupanya sepanjang malam. Astaghfirullahalazim. Aku bermimpi rupanya... bisik hatinya. Alya segera bangun dan membetulkan dirinya.

144

Waniey Zakaria

Akak okey ke? tanya Amani risau. Tadi dia mendengar kakaknya mengigau. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alya segera membuka pintu. Kak.... Wajah Azizi kelihatan cemas. Kenapa ni??? tanya Alya. Azizi tidak menjawab tetapi dia menarik tangan kakaknya ke ruang tamu. Amani segera mengekori mereka. Sungguh! Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat sekeliling ruang tamu rumah telah dipenuhi dengan cat berwarna merah. Along tu bagi amaran pada kita kak... balas Azizi. Mana mak? tanya Alya. Azizi menunjukkan jari telunjuk ke arah mak mereka yang sedang duduk termenung mengenangkan nasib mereka. Alya berlari mendapatkan maknya. Mak... mak.... Alya menangis mendapatkan maknya. Sungguh! Semalam memang benarlah kelibat genggeng along datang menyeludup masuk rumah mereka. Mak Temah masih lagi diam. Bibirnya bergetar. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Mak dah tak tahu nak buat apa lagi, Alya. Mak tak tahu.... Kata-kata itu menunjukkan yang maknya sudah putus harap. Hanya berserah kepada takdir sahaja. Alya memegang tangan maknya. Alya janji mak. Alya akan cuba dapatkan duit tu. Alya janji! Alya janji walaupun nyawa Alya tergadai!

145

Hello, Mr. Perfect!

Kata-kata Alya membuatkan Mak Temah dan yang lain-lain terkejut. Genggaman tangan mereka semakin erat. Jangan cakap macam tu, nak. Alya takkan apaapa... doa Mak Temah. Air mata dikesat dengan pergelangan tangan. Kak, tengok tu... panggil Amani. Mata mereka tertancap ke arah tulisan di dinding yang ditunjukkan oleh Amani. Mata Alya membuntang. Lu tak mau bayar, lu kasi nyawa lu! Wa kasi lu masa sampai hari Khamis ni! Duit tak ada, lu mati! Astaghfirullahalazim... ucap Alya berkali-kali. Hari Khamis? Hari Khamis adalah lusa! Mana dia nak cari duit tu? Hari tu cakap sebulan kenapa sekarang cakap lain pula? Dasar lintah darat! Tak berpegang pada janji! Azizi dan Amani mendekatinya. Mereka saling berpelukan. Kedengaran suara tangis bergema di rumah usang itu. Apakah yang harus mereka lakukan? Alya mengambil cuti kecemasan hari itu. Dia perlu mencari jalan penyelesaian. Dia cuma ada dua hari sahaja lagi. Kepalanya semakin serabut. Dalam masa yang sama, migrainnya datang kembali. Alya, jangan la kau fikirkan sangat... nasihat maknya menenteramkan keadaan. Kak... kita lari, nak? Azizi memberi idea. Hari ini pun Azizi dan Amani ponteng sekolah. Mereka takde mood untuk ke sekolah apabila masalah berat ni menimpa mereka.

146

Waniey Zakaria

Ya, kak. Amani pun rasa macam tu... sokong Amani pula. Alya menggelengkan kepalanya. Kita nak lari ke mana, dik? Kita lari jauh mana sekalipun, dia orang tetap boleh jejak kita... balas Alya. Mukanya semakin tension. At least kita ada masa untuk kumpul duit, kak. Dan kita selamat buat sementara. Azizi menjawab. Mak Temah hilang kata-kata. Dilihat sahaja adikberadik itu berbincang. Nak kumpul duit apanya, dik? Akak dah kasi hampir RM10,000 pada mereka selama lima tahun akak bekerja. Bunga semakin naik! Kita kumpul sepuluh tahun lagi pun belum tentu kita dapat habis bayar hutang ayah ni. Kita tak mampu untuk bayar RM300,000 buat masa sekarang ni. Habis tu kita nak buat apa, kak? Amani semakin takut. Kita jual tanah kita ni, Alya... jawab Mak Temah. Masing-masing memandang ke arah Mak Temah. Hanya ini sahaja caranya. Jual tanah tapak rumah mereka ini untuk dapatkan duit. Jangan, mak! Kalau kita jual tanah tapak rumah ni, kita nak tinggal kat mana? Lagipun, tanah inilah satu-satu harta yang ditinggalkan oleh arwah abah. Alya tak sanggup.... Alya menegah. Habis tu, mana kita nak cari duit? tanya Mak Temah lagi. Bagi dia biarlah mereka hilang tanah, jangan mereka hilang nyawa. Tiba-tiba Azizi menumbuk dinding. Dia geram. Azizi! tegur Alya.

147

Hello, Mr. Perfect!

Azizi mengetap gigi. Dia geram! Geram! Ini semua ayah punya pasal!!! Kalau tak kerana dia, kita takkan hidup macam ni! Kenapa ayah tak mampus aje daripada hidup menyusahkan kita?! bentak Azizi. Dia menumbuk dinding sekali lagi. Tangannya berdarah. Amani bangun untuk meleraikan perasaan amuk Azizi. Budak itu sudah hilang kawalan. Azizi, tak baik cakap macam tu pada ayah. Walau teruk macam mana pun dia, dia tetap ayah kita. Ayah kandung Azizi! tegur Alya lagi. Memang! Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dicekik-cekiknya orang tua itu. Tetapi, kalau terlalu mengikut kata hati... pastinya tidak akan selesai. Ayah hilang hampir tiga bulan. Dan mereka menjadi mangsa. Azizi mendengus kasar. Dia mencapai kerusi makan dan duduk. Dia juga tidak mampu mengawal amarahnya kepada ayah. Dia benci ayah! Benci! Kalau ayah yang berhutang, kenapa tak dicarinya dia? Kenapa kita? Kita tak pernah sesen pun pinjam duit dengan along! Kalau ayah nak mati pun, biar dia mati sorangsorang. Jangan melibatkan kita!!! marah Azizi lagi. Alya diam. Ada betulnya kata Azizi. Tapi nak buat macam mana? Ayah senang-lenang melarikan diri, mereka sekeluarga pula yang perlu selesaikan masalah ini. Tiba-tiba telefon bimbit Nokianya berbunyi. Alya melihat nama di skrin. Ainul? Helo, assalamualaikum... ucap Alya. Waalaikumussalam... Alya, kau kat mana? Aku dengar kau ambil cuti kecemasan? tanya Ainul cemas. Hmmm.... Alya mengangguk. Kenapa?

148

Waniey Zakaria

Masalah peribadi... jawab Alya tenang. Along? teka Ainul. Masalah sekeluarga adalah berhutang dengan along. Hmmm... balas Alya. Kau okey ke, Alya? Nak aku datang jumpa kau? pinta Ainul. Dia risaukan sahabatnya ini. Takpelah, Ainul. Ini masalah aku sekeluarga. Biar aku selesaikan, tolak Alya. Masalah kau masalah aku jugak! Kau kat mana sekarang ni? Ainul masih lagi setia mendengar. Kedengaran Alya mengeluh. Hmmm... kat rumah... jawab Alya perlahan. Okey! Kau tunggu situ, aku datang dalam setengah jam lagi, okey?! arah Ainul sebelum menamatkan perbualan mereka. Alya berharap Ainul dapat membantunya. Ainul harapan dia kini. Setengah jam kemudian, Ainul sudah tercongok di muka pintu dengan wajah yang cemas. Dia segera mendapatkan sahabatnya lalu mereka berpelukan. Kau okey ke? tanya Ainul. Alya hanya mengangguk. Ainul bersalaman dengan Mak Temah dan Amani. Kemudian dia kembali ke Alya. Dia memegang bahu kawannya itu. Aku bawa Arif sekali... kata Ainul. Alya terkejut. What?! Tiba-tiba kedengaran suara Arif memberi salam. Masing-masing menjawab salam Arif. peribadi Alya

149

Hello, Mr. Perfect!

Azizi bersalaman dengan Arif. Mak Temah dan Amani sudah meminta diri ke dapur untuk menyediakan air kepada tetamu mereka. Begitu juga Azizi. Arif melihat keadaan sekeliling ruang tamu itu. Dia begitu terkejut sekali. Tidak disangka gadis ini mengalami masalah yang amat serius. Kau jangan risau. Hal ni hanya aku dengan Arif aje yang tahu... kata Ainul lagi. Izzul? Alya risau sekiranya Izzul tahu pasal ini. Dia tak mahu Izzul salah anggap. Izzul tak tahu apa-apa, balas Arif. Alya duduk di atas lantai. Dia menarik nafas lega. Kenapa Alya tak cerita pada kita orang yang Alya ada masalah? tanya Arif tak berpuas hati. Ainul mengeluh. Alya diam. Abang, sebenarnya ayang pun tahu pasal masalah Alya ni, jawab Ainul mewakili Alya. Arif mengerut dahi. Ayang minta maaf. Ayang yang suruh Alya jadi calon untuk Abang Izzul sebab Alya betul-betul memerlukan wang. Ketara Ainul menyesali apa yang dia telah lakukan. Apa maksud ayang? Arif tidak berpuas hati. Alya pernah cerita masalah dia pada ayang. Dia perlukan duit sebanyak RM300,000 untuk langsaikan hutang ayahnya dengan along. Masa tu ayang teringat yang abang ada buat wang cagaran untuk calon yang berjaya sebanyak RM500,000. Sebab tu ayang bagi idea untuk Alya memikat

150

Waniey Zakaria

Abang Izzul. Kalau dia berjaya dan mengahwini Abang Izzul, dia akan dapat duit tu. Dan masalah dia akan selesai. Begitu juga dengan masalah kita, jelas Ainul panjang lebar. Alya diam. Biarlah soal itu Ainul yang selesaikan. Dia sudah penat. Arif mendengus kasar. Dia agak marah dengan sikap kekasihnya itu. Ainul tahu Arif marah. Segera dia memegang erat tangan lelaki itu. Ayang tahu tak, ayang dah lakukan satu perkara yang cukup serius! Ayang dah mainkan perasaan Abang Izzul! Kalau Abang Izzul tahu pasal hal ni, mati kita! marah Arif. Ainul hanya mengetap bibir. Dia tunduk membisu. Arif memandang sinis ke arah Alya. Arif ingatkan Alya jadi calon isteri Abang Izzul kerana dia mahukan kebahagiaan dan betul-betul nak mencari jodoh. Rupa-rupanya Arif salah tafsir! Alya jadi calon hanya kerana duit. Sinis sahaja kata-kata itu. Alya mengangkat mukanya. Arif, awak nak cakap apa pun pasal saya, awak cakaplah! Saya tak kisah! Memang pada awalnya saya nak berkawan dengan Izzul hanya kerana wang cagaran tu. Tapi, bila saya mengenali dia, saya mula sukakan dia... jelas Alya lagi. Memang dia sukakan Izzul. Dari kolej lagi dia dah sukakan Izzul cuma dia tak nak terlalu serius kerana dia lebih mementingkan keluarganya daripada hal lain. Dan dia pun mementingkan perasaan Izzul juga. Ainul menggenggam erat tangan Arif. Abang, percayalah! Ayang yakin, Abang Izzul akan bahagia sekiranya dia mengahwini Alya. Alya bukan mata

151

Hello, Mr. Perfect!

duitan. Ayang kenal dia. Alya cuma terdesak! Tetapi kita dah takde cara lain. Ayang tengok Abang Izzul macam sukakan Alya. Mungkin ini sahaja caranya untuk kita selesaikan masalah kita, nasihat Ainul lagi. Tapi abang serba salah. Abang Izzul pernah kecewa dulu. Kata-kata Arif membuatkan Alya diam. Ya, benda itulah yang paling dia takut. Dia takut dia akan kecewakan Izzul! Kalau boleh, dia inginkan seorang isteri yang menerima dia seadanya. Kerana diri dia, bukan duit dia! Tapi dalam soal ini, Alya tidak jujur mengenali Abang Izzul... tegas Arif lagi. Dia kecewa. Sangat kecewa! Takpelah, Arif! Saya tahu saya salah! Saya minta maaf. Mulai hari ini, saya takkan ganggu Izzul lagi. Saya akan cuba hindarkan diri daripada jumpa dia. Saya janji! Bidas Alya. Dia tahu, dia bersalah! Dia janji pada diri dia untuk tidak akan bertemu lagi dengan Izzul. Dan perjanjian dia bersama dengan Ainul dibatalkan serta-merta.

152

Waniey Zakaria

Bab 10
UDAH hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan Alya. Apa cerita wanita itu sekarang? Izzul membuka kotnya lantas disidaikan di atas kerusi. Dia baru sahaja selesai mesyuarat dengan klien. Lama sudah dia tidak menghubungi Alya kerana sibuk dengan projek baharunya itu. Izzul mencapai Iphone 4nya dan mencari nama Alya. Sebaik sahaja terjumpa, terus dia menekan punat call. Malangnya, handphone Alya telah dimatikan. Berkali-kali dia cuba namun tetap gagal. Apa dah jadi pada Alya? Kenapa handphone wanita itu ditutup? Dia hairan. Seraya matanya tertancap ke arah Arif yang sedang kalut masuk ke dalam biliknya. Izzul mengetap bibir. Mungkin Arif tahu. Dia segera menuju ke bilik Arif. Izzul mengetuk pintu. Masuk! jerit Arif dari dalam. Izzul menyentuh tombol pintu dan membukanya. Kelihatan Arif begitu sibuk memandang fail di atas meja.

153

Hello, Mr. Perfect!

Angah, sapa Izzul. Arif mengangkat mukanya. Oh, along. Duduklah. Izzul menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Arif. Angah, along nak tanya sikit. Tanya pasal apa? Arif masih lagi sibuk dengan kerjanya. Dia sibuk menaip tender untuk dibentangkan depan klien mereka nanti. Pasal Alya.... Kata-kata itu membuatkan tangan Arif berhenti daripada menaip. Dah hampir dua minggu lebih peristiwa itu berlaku. Dia ingat alongnya sudah lupa pasal Alya. Kenapa dengan Alya? tanya Arif. Along dah lama tak jumpa dia. Apa cerita dia sekarang? Arif mengeluh. Entah. Arif pun dah lama tak contact dia... jawab Arif malas. Sejak daripada kes hari itu, mereka sudah membuat perjanjian baru. Arif memberi kata putus dan berharap agar Alya tidak lagi mengganggu hidup Izzul sekiranya dia memberi wang cagaran itu kepada Alya bagi menyelesaikan masalah hutangnya dengan Along sebanyak RM350,000. Alya terima dan selepas itu mereka tidak lagi berhubung. Hubungannya dengan Ainul pula semakin renggang gara-gara hal itu. Tetapi dia tetap sayangkan gadis itu. Sehingga kini, dia masih lagi mencari calon isteri untuk Izzul. Mereka cuma ada sebulan sahaja lagi sebelum enam bulan tempoh yang diberikan tamat. Ya ke? Hmmm... takpelah! Nanti along pergi rumah dia. Balas Izzul membuatkan Arif serba tak kena.

154

Waniey Zakaria

Tapi Arif berpura-pura tenang dan berharap Izzul tidak dapat bertemu dengan Alya. Dia tak mahu Izzul kecewa. Dia kasihankan abangnya itu. Arif hanya mampu mengangguk lemah.

IZZUL memarkirkan kereta Lamborghini Gallardo di pekarangan rumah Alya. Dia keluar lantas memandang ke arah rumah itu. Kosong. Pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat seolah-olah tiada penghuni. Izzul mendekati rumah itu. Assalamualaikum... ucap Izzul lantas duduk di tangga batu rumah itu. Dia berharap agar ada orang yang keluar. Beberapa minit memberi salam, dia mengeluh. Jelas rumah itu kosong. Tiba-tiba.... Encik cari siapa? tegur seorang pak cik tua yang kebetulan sedang melalui kawasan itu. Izzul segera bangun dan menghampiri pak cik tua itu. Mereka bersalaman. Tumpang tanya pak cik, penghuni rumah ni pergi mana, ya? tanya Izzul. Oh, Si Temah dengan anak-anaknya ke? tanya pak cik tua itu pula. Izzul hanya mengangguk. Yalah, kut? Dia pun tak berkesempatan bertanya Alya mengenai keluarganya sebelum ini. Mungkin Si Temah yang dimaksudkan pak cik itu adalah ibu Alya sendiri.

155

Hello, Mr. Perfect!

Mereka dah pindah, jawab pak cik itu. Izzul terkejut. Kenapa Alya tidak memberitahunya terlebih dahulu? Adakah Arif dan Ainul tahu soal itu? Ke mana, pak cik? Izzul masih tidak berpuas hati. Ke Skudai, Johor. Mereka anak-beranak ikut Alya balik Skudai. Anak ni siapa? Pak cik tua itu membetulkan cermin matanya. Dia mengerut dahi. Tidak pernah dia jumpa lelaki ini sebelum ni. Saya kawan Alya, pak cik. Nama saya Izzul. Saya datang ni nak jumpa dia. Tapi tak sangka pula dia dah pindah. Jadi rumah ni dah dijual ke? Rumah ni tak dijual pun. Cuma Alya yang minta mereka ikutnya ke bandar... jelas pak cik itu lagi. Izzul mengangguk. Eh, pak cik ada hal ni. Nak ke kedai kejap. Pak cik minta diri dulu, ya? Assalamualaikum. Pak cik tua itu meminta diri. Waalaikumussalam.... Jawab Izzul. Sebaik sahaja mereka bersalaman, pak cik tua itu berlalu meninggalkan Izzul. Izzul mengeluh. Lantas dia mencapai cermin mata hitam yang disangkut di baju dan dipakainya. Dia memboloskan diri ke dalam kereta. Beberapa minit kemudian, kereta Izzul bergerak meninggalkan pekarangan rumah itu.

IZZUL tidak berpuas hati. Kenapa Alya meninggalkannya begitu sahaja? Kenapa tak beritahu dia terlebih dahulu?

156

Waniey Zakaria

Pak cik tu cakap Alya dan keluarganya ke Skudai. Aku rasa Ainul mesti tahu. Izzul berkata kepadanya dirinya. Belum sempat dia bangun dari tempat duduknya, Arif sudah pun mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Angah? Izzul kehairanan. Ini calon isteri along yang baru, kata Arif lantas meletakkan fail peribadi kepada Izzul. Izzul mengerut dahi. Calon isteri? Apa yang kau merepek ni? Izzul tidak berpuas hati. Fail yang diberikan langsung tidak disentuh. Along masih ada banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Gadis ini bekerja sebagai setiausaha di syarikat ternama. Berumur dua puluh sembilan tahun dan masih mencari calon. Pandai memasak, mengemas dan menjahit. Orangnya pun cantik. Tinggi 165cm berat 51kg. Dah standard model ni... balas Arif lagi lalu tersenyum. Jari telunjuknya sudah menunjuk ke arah gambar calon itu. Aku tak nak! tolak Izzul. Hari tu sibuk kenenkenenkan dia dengan Alya. Lepas tu, siap plan macam-macam supaya dia dan Alya lebih rapat. Kali ni nak suruh dia kenal perempuan lain pulak! Ingat dia ni apa?! Arif mengeluh. Apa sebenarnya dah terjadi ni? Alya hilang tibatiba, lepas tu kau pulak nak kenalkan aku dengan perempuan lain! Bukan hari tu kau beria-ia suruh aku rapat dengan Alya, ke? Sekarang apa kes?! bentak Izzul. Dia cuba menahan marahnya. Pantang baginya diperlakukan sebegitu. Arif putus idea. Tidak tahu nak mula dari mana.... Along... memang dulu angah nak sangat Alya

157

Hello, Mr. Perfect!

dengan along rapat dan mengenali hati budi masing-masing, tapi... Tapi apa?! potong Izzul. Tapi... Alya sendiri tak nak dekat along. Angah nak buat macam mana? bohong Arif. Dia terpaksa menipu. Demi kepentingan semua. Alya pun dah berjanji untuk tidak mengganggu hidup mereka lagi. Apa?! Izzul membuntangkan matanya tidak percaya. Badannya berdiri tegak. Ya along. Alya sendiri cakap, along bukan taste dia. Dia tak serasi dengan along dan dia tarik diri... kata Arif lagi. Tidak sanggup untuknya terus-menerus berbohong. Tetapi dia terpaksa. Bila kau jumpa dia? tanya Izzul perlahan. Kemarahan memudar. Ada riak sedih terbit di wajahnya. Arif mengetap bibir. Maafkan aku, along... bisik hatinya. Dua minggu lepas. Dia datang jumpa angah dengan Ainul. Dua minggu lepas? Selepas balik dari bercuti kat Kota Tinggi tu ke? Tapi waktu itu, kita orang nampak serasi. Alya begitu mesra sekali. Takde langsung perasaan malu seperti sebelum-sebelum ni, bisik hati Izzul. Dia tidak percaya. Dia dah pindah Skudai, kau tau? tanya Izzul lagi. Arif agak terkejut. Pindah? Angah tak tau. Kali ini dia berkata benar. Dia sendiri pun tak tahu yang Alya sudah pindah. Ainul pun tidak berkata apa-apa. Mana tidaknya, Ainul sekarang tengah melancarkan mogok dengannya. Lama juga gadis tu merajuk. Dia pun sudah naik pening!

158

Waniey Zakaria

Izzul mengeluh. Ada nada tidak berpuas hati lahir daripada sudut hatinya. Kenapa dia tak call aku beritahu? Errr... mungkin sebab dia tak nak sakitkan hati along? Izzul mendengus kasar. Dia tidak percaya! Selagi dia tidak bertemu dengan Alya, dia tidak berpuas hati. Dia mesti bertemu dengan gadis itu. Ainul tahu kat mana Alya tinggal? Arif mengangkat bahu tanda tidak tahu. Izzul berdiri. Takpelah! Biar aku pergi cari dia! Aku nak dengar alasan daripada mulut dia sendiri kenapa dia tak suka dengan aku! kata Izzul lagi lantas menolak fail itu kepada Arif semula. Dia takde mood untuk kenal dengan mana-mana perempuan lagi! Biarlah Alya calon yang terakhir! Biarlah dia tak kahwin sekalipun, dia tak kisah! Dia tak nak ambil tahu soal Arif jugak! Apa yang dia inginkan adalah kepastian! Izzul mengambil kot di kerusi lantas keluar tanpa berpaling ke belakang lagi. Panggilan Arif langsung tidak dipedulikan. Shasha, please cancel all my appoinments for this week. I am on leave, beritahu Izzul lantas keluar dari pejabat. Shasha hanya mengangguk sambil tercengang. Apa sudah jadi!? Jarang nampak muka Izzul tegang. Adakah dia bergaduh dengan Arif? Kelihatan Arif berjalan keluar dari bilik Izzul. Shasha segera bangun. Encik Arif, what happened? tanya Shasha hairan.

159

Hello, Mr. Perfect!

Arif tersenyum. Nothing! Just a small problem.... Jawab Arif lalu meninggalkan Shasha yang terpinga-pinga. Shasha kembali menyambung kerjanya.

160

No. ISBN:- 978-967-0448-04-6 Jumlah muka surat:- 696 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya

kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua. TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir? Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya... Abang cintakan Alya! Huh, abang jangan nak main-main la! Abang tak main-main abang serius ni! Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan HELLO, MR. PERFECT! di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat

lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196