You are on page 1of 114

Rafina Mimi Abdullah

Bab 1
RINGGG!!! Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan untuk hari ini. Aku masih lagi terkial-kial mencari buku rujukan SPM Bahasa Melayu di dalam perpustakaan untuk dibawa pulang. Jika diikutkan hati mahu saja aku membelinya di kedai-kedai buku tapi memandangkan buku-buku rujukan untuk SPM agak mahal, niat untuk membelinya terpaksa aku batalkan begitu sahaja. Aku dilahirkan dalam keluarga yang menjalani kehidupan yang agak susah memandangkan bapaku hanya bekerja di kilang papan. Ibuku pula hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Adik-beradikku empat orang kesemuanya dan aku pula adalah anak pertama dalam keluarga. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak sulung, tugas sebagai anak dan kakak kepada adik-adik sangat mencabar. Dalam segala hal, aku banyak mengalah demi kegembiraan adik-adikku. Hampir dua puluh minit aku mencari dan meninjau rak-rak buku yang berada di dalam perpustakaan untuk

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

mencari buku rujukan yang ingin kupinjam. Tapi aku hampa. Buku yang aku cari masih lagi belum aku jumpa. Jam dinding di dalam perpustakaan sudah menunjukkan ke angka tiga petang. Agak terlewat sedikit untuk aku pulang ke rumah pada hari ini memandangkan aku masih lagi berada di sekolah untuk mencari bahan bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Setelah hampir setengah jam berlalu, aku hampa. Buku rujukan yang aku cari tidak ada. Apa yang perlu aku buat? Perlukah sampai aku pecahkan tabung di rumah untuk membeli buku rujukan itu di kedai buku? Aku mengetap bibir dan otak mula ligat berfikir. Ah, kalau sudah terpaksa, tidak salah rasanya aku pecahkan tabung kesayangan itu. Demi menentukan masa depan, aku sanggup berkorban. Ingatan kembali pada lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Berkorban Apa Saja. Aku bergegas keluar dari perpustakaan untuk segera pulang ke rumah. Semasa menuruni tangga, langkahan kaki terpaksa aku cepatkan seolah-olah berlari-lari anak dan tanpa disengajakan, aku bertembung dengan seorang guru! Ops! Kedengaran suara guru itu seakan-akan terperanjat dengan perlanggaran yang berlaku. Aku yang perempuan macam ini pun langsung tak bersuara. Dia yang lelaki pula boleh terkejut? Habis buku teks yang berada di tanganku jatuh bergelimpangan. Buku-buku yang berada di tangan guru itu juga turut sama jatuh dan menyebabkan kami sama-sama duduk mengutip buku masing-masing. Tangan sibuk mengutip buku, mata sibuk mencuri pandang pada muka

Rafina Mimi Abdullah

guru lelaki yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Terlihat sama tanda nama yang dipakainya, Ahmad Safarin Haji Subki. Anis nak pergi mana laju sangat ni? Eh? Dia tahu nama aku? Oh, barangkali dia melihat pada tanda nama yang aku pakai. Nak balik rumah. Cikgu Safarin memerhati jam di tangannya. Dahinya berkerut. Dah lewat petang macam ni baru Anis nak balik? Saya ke perpustakaan tadi. Cari buku... jawabku. Cikgu Safarin membantu aku mengutip buku dan sesekali tangan kami bersentuhan secara tidak sengaja kerana kami mengutip buku dalam keadaan cepat dan menggelabah. Eh, bukan... dia seorang saja yang kelihatannya hendak cepat tapi aku seorang saja yang menggelabah. Tiba-tiba terasa panik tak tentu pasal. Anis cari buku apa? Buku rujukan SPM Bahasa Melayu. Cepat-cepat aku berdiri dan meminta maaf daripada Cikgu Safarin kerana telah melanggarnya tanpa sengaja. Anis... panggil Cikgu Safarin. Ye.... Kenapa mesti cari buku tu kat perpustakaan? Kenapa Anis tak beli aje? Persoalan daripada Cikgu Safarin membuatkan aku sedikit gusar. Bagaimana harus aku menjawab persoalan itu? Dan perlu ke aku jawab? Cikgu, saya minta diri dulu. Dah lambat sangat

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

ni. Aku mula mengorak langkah sambil membetulkan beg sekolah yang kusandang. Anis, tunggu sekejap.... Suara Cikgu Safarin tiba-tiba langkah yang kuatur. Ada apa cikgu? Anis balik dengan apa? Jalan kaki. Rumah dekat mana? Dia ni cikgu ke polis? Kampung Bukit Ara. Eh, jauh juga tu. Jalan kaki aje dari rumah ke sekolah? Dahi Cikgu Safarin semakin berkerut. Apa yang dia pelik sangat? Sudah hampir lima tahun aku berulang-alik dari rumah ke sekolah hanya dengan berjalan kaki. Aku sudah biasa mengharungi kepayahan untuk datang ke sekolah dan pulang ke rumah. Mungkin Cikgu Safarin ni anak orang kaya, pelik apabila pelajar sekolah berjalan kaki untuk pergi dan balik dari sekolah. Ye. Jalan kaki aje. Boleh saya hantar? Ha? Saya tanya, boleh saya hantar Anis balik? Aku berfikir sejenak. Entah kenapa pula tiba-tiba Cikgu Safarin mahu menghantar aku pulang. Tak apalah. Saya dah biasa balik jalan kaki. Nanti penat. Banyak songeh pula cikgu ni. Okeylah.... Aku terus bersetuju tanpa berfikir menghentikan

Rafina Mimi Abdullah

panjang. Takut pula nanti terlalu lewat sampai ke rumah. Tambahan pula aku malas hendak melayan segelintir budakbudak kampung yang selalu melepak di selekoh jalan memasuki lorong ke rumahku. Biasalah budak-budak lelaki kampung yang nakal memang suka menyakat tak kira siapa pun yang lalu-lalang. Apabila aku bersetuju, Cikgu Safarin menghampiri aku dan mengambil kesemua buku teks yang berada di tanganku. Beg sekolah yang sedang aku sandang juga ditarik talinya daripada bahuku. Eh?

CIKGU baru masuk mengajar ke? Sebelum ni, saya tak pernah tengok cikgu dekat sekolah tu. Atau cikgu baru bertukar dari sekolah lain? Aku memulakan perbualan apabila melihat Cikgu Safarin hanya mendiamkan diri. Semasa di sekolah tadi, bukan main rancak lagi dia bertanyakan aku bermacammacam soalan. Sekarang, sudah tiada bahan atau isu untuk diperkatakan barangkali. Saya baru saja bertukar ke sini. Sebelum ini saya mengajar di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan Kuala Berang. Mengajar subjek apa? Bahasa Melayu. Cikgu Safarin melemparkan senyuman. Sudah tentu. Ha? Pura-pura bertanya sedangkan aku sudah cukup jelas dengan jawapan yang diberikannya. memandangku sekilas sambil

Errr... cikgu mengajar tingkatan lima tak?

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Saya cakap, sudah tentulah saya akan mengajar pelajar-pelajar tingkatan lima. Lagi sekali Cikgu Safarin memandang ke arahku sambil mengukir senyum. Kelas saya cikgu mengajar tak? Anis duduk dalam kelas apa? 5 Kemboja. Oh... kelas itu la yang akan saya ambil alih nanti. Ha? Saya cakap, kelas 5 Kemboja tu kelas yang akan saya ajar nanti. Anis ni kenapa? Kurang pendengaran ye. Cikgu Safarin tersengih. Aku sedikit terasa. Tolong sikit, bila masa aku pekak?

TERIMA KASIH cikgu sebab hantar saya balik, ucapku ikhlas. Sama-sama. Ini rumah Anis ke? Cikgu Safarin memerhati keadaan rumahku yang agak kecil dan kelihatan sedikit uzur. Tanpa berasa malu dengan keadaan rumahku yang sebegitu, aku hanya menganggukkan kepala dan mengiakannya sahaja. Lagipun untuk apa aku nak menipu? Aku bukannya jenis manusia yang suka berlagak atau meninggi diri. Apa yang ada padaku, itulah seadanya aku.

Rafina Mimi Abdullah

MISS NURUL ANIS... please give your full attention! Gulp! Aku tersentak. Mr. Curly, jolokan gelaran untuk guru Bahasa Inggeris yang sedang mengajar di hadapan menjerit memanggil namaku tiba-tiba. Entah apa salah yang sudah aku buat agaknya. Mungkin kerana sebentar tadi aku terfikirkan tentang pemilihan pemain-pemain badminton yang akan dibuat pada petang ini dan Mr. Curly pula perasan yang aku tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa dia sedang mengajar di dalam kelas. Mr. Curly berjalan menghampiri aku. Stand up... arah Mr. Curly. Sepasang mataku terkebil-kebil memandang ke wajah Mr. Curly. Dalam keadaan teragak-agak aku berdiri. Seluruh isi kelas memandangku. Terdengar juga bunyi suarasuara sumbang yang sedang berbisik. Rakanku Diana yang duduk di sebelah hanya tertunduk diam. Fikiran awak melayang ke mana? Maaf cikgu keriting. What? Errr... sorry sir.... What did you call me? Cikgu keriting.... Louder please.... Cikgu keriting! Kah kah kah! Seluruh isi kelas mentertawakan aku. Aku hanya berlagak slumber tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Entah kenapa aku jadi terlalu berani mengeluarkan gelaran cikgu keriting pada Mr. Curly. Memang betul apa? Mr.

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Curly maksudnya Encik Keriting. Jadi tiada salahnya kalau aku panggil dia cikgu keriting. Uhuk... uhuk. Ehem.... Mr. Curly berpura-pura batuk. How dare you. Maaf... saya tidak bermaksud untuk berkata begitu. Its okay. Just forget about it. Sit down. Fuh, lega aku. Mati-mati aku fikirkan Mr. Curly suruh aku berdiri di atas kerusi.

HABIS waktu persekolahan, aku dan Diana bergegas menuju ke dewan untuk menjalani latihan untuk pemilihan pemainpemain badminton bagi mewakili sekolah. Sebenarnya aku memang berminat untuk menyertai latihan itu namun niat di hati terpaksa aku kuburkan begitu saja kerana aku tidak mempunyai raket. Usahkan nak beli raket, nak beli buku rujukan pun aku tak mampu. Aku hanya berdiri di luar dewan dan menyuruh rakan baikku Diana seorang saja yang memasuki latihan pemilihan itu. Kenapa Anis berdiri di luar saja? tegur Cikgu Safarin yang tiba-tiba sahaja berdiri di belakangku. Aku sedikit terperanjat dengan kehadirannya itu. Saya tak ada raket, jawabku. Masuklah ke dalam dewan. Nanti boleh pinjam raket saya, ujar Cikgu Safarin. Aku memandang Cikgu Safarin selama beberapa saat. Baiknya cikgu ni. Tak apalah. Raket cikgu ni tentu

Rafina Mimi Abdullah

mahal. Kalau saya tersilap guna, nanti rosak. Saya tak ada duit nak ganti balik. Saya suruh Anis pinjam raket saya aje. Saya tak suruh Anis ganti balik kalau raket saya rosak. Aku berfikir sejenak. Lagi sekali aku memandang ke arahnya. Tak apalah. Saya tak mahu. Lebih baik saya beringat sebelum terkena... tuturku. Maksud Anis, Anis tak percayakan saya? soal Cikgu Safarin. Air muka Cikgu Safarin mula berubah. Bukan macam tu maksud saya, ujarku lembut. Ambillah raket saya. Saya bagi Anis pinjam bukan saja untuk hari ni. Nanti kalau Anis terpilih, Anis boleh gunakan raket saya ni bila-bila masa aje. Cikgu Safarin menghulurkan raket berjenama Carlton miliknya. Aku teragak-agak untuk menyentuh raket berjenama Carlton itu, apatah lagi untuk menggunakannya. Tertelan air liur seketika. Raket yang berada di tangannya masih lagi dihulurkan padaku. Dengan rasa berat hati aku mengambilnya juga. Apabila raket sudah berada di tangan, aku berasa sedikit teruja dan mengukir senyuman. Tapi dalam kepalaku terlintas satu soalan. Kenapa Cikgu Safarin ni suka berbuat baik pada aku? Semalam dia tolong hantarkan aku pulang ke rumah. Hari ini, dia bagi pinjamkan raket mahalnya pula. Terima kasih ye cikgu. Sama-sama. Jom masuk dewan. Nanti Anis terlambat pula untuk acara pemilihan tu. Aku dan Cikgu Safarin mula berjalan beriringan

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

memasuki dewan. Dalam hati berbunga-bunga kerana dapat juga aku menjalani acara pemilihan untuk pemain-pemain badminton bagi mewakili sekolah.

ALHAMDULILLAH... aku terpilih untuk memasuki team badminton bagi mewakili sekolah pada bulan depan. Nampaknya aku perlu membahagikan masa di antara badminton dan pelajaran selepas ini. Tak lama lagi aku juga bakal menduduki peperiksaan yang paling penting. Aku tak mahu gagal. SPM sangat penting bagi menentukan masa depan yang lebih cerah. Aku hanya risaukan tentang masalah kewangan yang dihadapi oleh keluargaku sejak akhir-akhir ini. Apakah aku dapat meneruskan persekolahan atau aku terpaksa berkorban demi memberi laluan kepada adik-adikku? Pernah sekali ayahku melahirkan hasratnya supaya aku berhenti sekolah kerana dia tidak mampu untuk menanggung beban kewangan keluarga. Aku sedih mendengar luahan hati ayahku. Begitu juga dengan ayahku. Kalau boleh, dia mahu melihat kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran tapi apalah dayanya. Ayahku juga sering tidak sihat dan sakit-sakit sehingga tidak dapat pergi bekerja selama beberapa hari. Jika ayahku tidak bekerja, maka tiada jugalah sumber rezekinya untuk hari itu. Kehidupan kami sekeluarga seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang dimenungkan tu? Cikgu Safarin datang menegur setelah tamat acara pemilihan untuk pemainpemain badminton bagi mewakili sekolah.

10

Rafina Mimi Abdullah

Eh, cikgu. Tak ada apa-apa. Letih sikit. Anis nak air? Penutup botol air mineral dibuka lalu dihulurkan padaku. Terima kasih. Aku mencapai botol yang berisi air mineral dari tangan Cikgu Safarin. Aku meneguknya beberapa kali bagi menghilangkan dahaga akibat kepenatan. Minum macam menghulurkan straw. tu aje? Cikgu Safarin

Erk! Malunya aku. Air di dalam botol mineral sudah habis separuh aku teguk. Baru sekarang Cikgu Safarin mahu memberi straw? Macam sengaja nak kenakan aku. Grrr.... Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku mengambil straw yang dihulurkan. Dalam hati ada sedikit perasaan geram bercampur malu. Orang perempuan minum air main teguk-teguk. Kalah orang lelaki. Adeh! Nanti saya hantar Anis balik ye.... Ha... nak hantar aku balik lagi? Semalam dah tolong hantar. Hari ni pun nak tolong hantar juga? Ini sudah melebihi tanggungjawab seorang guru. Berlagak macam abang aku pula. Tahu la aku balik sendiri. Cikgu Safarin ni nampak macam kaki penyibuk pun ada. Saya boleh balik sendiri. Lagipun saya nak pergi ke sungai. Nak memancing. Kalau petang-petang macam ni saya suka memancing. Boleh saya ikut? Nak ikut pulak dah. Cikgu Safarin ni demam ke apa? Aku menggaru kepala. Semakin hari terasa semakin pelik dengan cikgu baru ni.

11

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bab 2
AMPAI sahaja di sebatang anak sungai, aku melipat kaki seluar trekku sehingga ke paras betis. Tanpa menghiraukan Cikgu Safarin yang masih berdiri dan tidak berbuat apa-apa, aku terus menuruni tebing sungai perlahan-lahan dan menjejakkan sepasang kaki masuk ke dalam sungai. Cikgu Safarin masih berada di atas tebing seolaholah sangsi untuk turut sama mengikuti aku. Tadi beria-ia sangat nak ikut. Apabila sudah sampai, hendak turun ke anak sungai pun sebiji macam mak nyah. Terhegeh-hegeh. Orang bandar agaknya dia ni. Anis nak pergi mana tu?! Nak ke seberang sana! Saya nak ambil joran yang saya tinggalkan semalam! pekikku sedikit memandangkan aku sudah berada dalam jarak yang agak jauh daripada Cikgu Safarin. Kelihatannya dia menggaru-garukan kepala beberapa kali. Sejurus kemudian Cikgu Safarin turun juga ke

12

Rafina Mimi Abdullah

sungai dan mengikuti aku dari belakang tanpa melipat kaki seluar trek yang dipakai. Aik? Turun macam tu aje? Tak kisah ke seluar basah? Semakin lama Cikgu Safarin semakin menghampiri jejak langkahku yang kini sudah berada di tengah-tengah anak sungai. Air sungai tidaklah begitu dalam parasnya memandangkan sekarang ini musim kemarau. Cikgu Safarin ikut saya buat apa? Duduk ajelah kat tebing sungai tu, ujarku. Saya risaukan Anis. Tak takut ke masuk ke sungai sorang-sorang macam ni? Saya dah biasa. Boleh dikatakan hari-hari saya datang ke sini. Hari-hari? Sorang-sorang? Dahi Cikgu Safarin berkerut. Ye. Tiap-tiap petang saya akan datang ke sini. Saya suka memancing. Kadang-kadang saya tinggalkan joran. Eesoknya baru saya datang tengok. Manalah tahu kalau ada ikan jerung termakan umpan yang saya letak pada mata kail. Aku berseloroh. Cikgu Safarin tertawa. Tak tahu pula saya ada ikan jerung dalam sungai sekecil ni. Erk! Boleh tahan juga Cikgu Safarin ni. Pandai melayan orang bergurau. Aku mati akal, tak tahu bagaimana hendak membalasnya. Cikgu Safarin tersenyum. Matanya tidak berkerlip memandang ke arahku. Senyumannya kelihatan lain pada pandanganku. Seperti ada maksud tertentu tapi tidak dapat kurungkaikan erti di sebalik senyumannya itu. Sepantas kilat aku mengalihkan pandanganku ke

13

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

arah lain. Tidak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan cikgu pelik yang sedang berdiri di hadapanku kini. Memang pelik Cikgu Safarin ni. Tiba-tiba saja berbuat baik dengan aku. Tolong hantar aku balik rumah, bagi aku pinjam raket, ikut aku ke sungai. Isy, memang pelik! Aku meneruskan perjalanan mengharungi anak sungai bersama Cikgu Safarin. Apabila sampai di seberang, aku menghampiri joran yang aku tinggalkan petang semalam. Perlahan-lahan aku menarik joran yang aku sembunyikan di celah pohon-pohon senduduk. Huk... tak ada ikan! Seekor pun tak dapat. Riak wajahku berubah sedih. Dalam hati terpalit sedikit perasaan kecewa. Aku meletakkan kembali joran tersebut di celah pohon senduduk dan mula mengharungi anak sungai untuk kembali ke seberang. Cikgu Safarin hanya mengekori aku dari belakang. Setelah melihat perubahan pada wajahku yang sedikit mencuka, Cikgu Safarin mula bersuara. Kalau tak dapat pancing ikan, Anis pancinglah benda lain. Nak pancing apa? Hati saya.... Apa dia? Pancing hati saya. Nak pancing hati cikgu buat apa? Bukannya saya boleh makan. Kalau pancing ikan, dapat juga saya makan. Nak pancing sesuatu, tak semestinya untuk dimakan. Kalau pancing ikan tu memang betul la untuk kita makan. Tapi kalau pancing benda lain, banyak tujuan dan maksudnya.

14

Rafina Mimi Abdullah

Tanpa disedari, aku dan Cikgu Safarin sudah sampai di tebing sungai. Kata-kata Cikgu Safarin membuatkan aku berfikir. Entah apa maksudnya Cikgu Safarin berbicara seperti itu. Fikiran budak-budak mentah seperti aku, apa sangatlah yang dapat aku tafsirkan. Cikgu Safarin ni berjiwa sastera barangkali. Hanya dia saja yang faham apa yang diperkatakannya sebentar tadi. Aku? Malas nak fikir atau bertanya lebih-lebih.

WAKTU rehat sudah hampir sepuluh minit berlalu. Aku hanya bersendirian di dalam perpustakaan. Kawan-kawan yang lain semuanya menuju ke kantin untuk mengisi perut masingmasing. Tapi aku hanya di sini. Di dalam perpustakaan dengan bertemankan buku-buku teks, surat khabar dan bahan bacaan yang lain. Sebelum datang ke sekolah, aku sudah bersarapan di rumah, hanya beralaskan perut dengan segelas air sejuk dan cekodok kosong yang digoreng oleh ibu. Kalau diikutkan perut yang berkeroncong sekarang ini, mahu saja aku ke kantin untuk membeli makanan. Namun apabila memikirkan jumlah wang belanja yang diberikan oleh ayah pagi tadi, aku membatalkan hasratku untuk ke kantin. Wang saku yang diberikan oleh ayah hari ini hanya berjumlah satu ringgit. Apa sangatlah yang dapat aku beli di kantin dengan wang sebanyak ini? Cuma satu pinggan nasi lemak bolehlah lepas. Bagaimana pula dengan segelas air? Mana mungkin aku dapat menghabiskan satu pinggan nasi lemak tanpa segelas air. Silap hari bulan aku boleh mati tercekik.... Huk!

15

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Jauh betul Anis mengelamun. Teringat pada siapa? Boyfriend? Huk aloh... tiba-tiba pula Cikgu Safarin ni muncul. Entah dari mana dia datang tiba-tiba sahaja muncul di belakangku sambil tersenyum. Cepat-cepat aku menutup buku nota mata pelajaran Sejarah yang aku salin sebentar tadi. Tumpuanku kini diberikan pada Cikgu Safarin yang masih berdiri di belakangku. Aku berasa sangat tidak selesa dengan kehadiran Cikgu Safarin di sini. Seraya aku berdiri dan memandang ke kiri, kanan, depan, belakang. Mengharapkan agar masih ada pelajar-pelajar lain berada di dalam perpustakaan ini. Di satu sudut kelihatan dua orang pengawas perpustakaan sedang menyusun buku-buku di atas rak. Berhadapan dengan aku pula terdapat dua orang guru pelatih perempuan yang sedang memandang ke arah Cikgu Safarin sambil berbisik-bisik sesama mereka. Aku seolah-olah dapat mengagak apa yang mereka bisikkan. Hensem kan Cikgu Safarin ni. Dia dah kahwin ke belum? Bla... bla... bla.... Saya masih sekolah lagi. Mana ada boyfriend. Cikgu Safarin menarik kerusi bersebelahan dengan aku yang masih berdiri. lalu duduk

Duduklah. Tak penat ke asyik berdiri aje? Cikgu Safarin menarik pula kerusiku ke hadapan sedikit. Tanpa bersoal jawab, aku terus duduk dan memandang tepat ke arah dua orang guru pelatih perempuan yang berpura-pura menulis agaknya. Jealous la tu. Anis buat apa kat dalam perpustakaan ni? Pelajarpelajar lain semuanya pergi makan. Anis tak makan? Saya sibuk salin nota mata pelajaran Sejarah.

16

Rafina Mimi Abdullah

Bukan senang nak dapatkan buku rujukan Sejarah kat dalam perpustakaan ni. Selalu saja pelajar lain yang pinjam. Saya terjumpa ni pun mungkin hanya kebetulan nasib saya baik agaknya. Sekejap lagi saya nak jumpa pengawas perpustakaan. Saya nak pinjam buku ini untuk dibawa balik ke rumah untuk beberapa hari.... Aku memasukkan buku rujukan subjek Sejarah ke dalam beg sekolah. Dua batang pen berdakwat biru dan hitam yang terdapat di atas meja segera aku masukkan ke dalam kotak pensel. Tapi, ke mana pula perginya pen merah? Tadi ada dekat sini. Sepasang mataku beralih pada Cikgu Safarin. Aku terpandang pada pen merah kepunyaanku yang terselit di celah telinganya. Eh dia ni... Pen aku tu! Cikgu... pen saya.... Cikgu Safarin tersenyum dan menarik pen dari telinganya lalu diberikan kepadaku. Pen Anis rupanya. Saya ingatkan pen siapalah tadi. Saya seorang aje yang ada dekat meja ni. Mana ada orang lain lagi. Segera aku memasukkan pen merah yang dihulurkan Cikgu Safarin ke dalam kotak pensel. Anis... panggil Cikgu Safarin. Ye.... Nanti saya belikan buku-buku rujukan SPM untuk Anis nak tak? Gulp! Aku tak salah dengar ke? Cikgu cakap apa? Nanti... saya... belikan... buku-buku... rujukan... SPM... untuk... Anis... nak... tak? Satu per satu perkataan keluar daripada mulut

17

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Cikgu Safarin. Macam sengaja memerli aku. Aku tak pekaklah! Isy.... Saya tak ada duit nak bayar balik nanti. Saya tak suruh pun Anis bayar balik. Cukup setakat berjanji sesuatu dengan saya. Cikgu Safarin membetulkan bersungguh-sungguh memandangku. Berjanji apa? Berjanji dengan saya, buat yang terbaik untuk SPM nanti. Belajar betul-betul dan jangan banyak main. Boleh? Aku berfikir sejenak. Kalau hendak melafazkan janji seperti itu, sudah tentu saja aku boleh. Tapi kalau terpaksa bayar balik buku-buku rujukan SPM yang Cikgu Safarin nak belikan untuk aku, rasanya tak boleh. Sememangnya aku tidak mampu. Boleh janji dengan saya macam tu tak? Ermmm.... Aku hanya mengangguk perlahan. Okey... sekarang Anis tulis kat kertas ni buku rujukan apa yang Anis mahu. Jangan tinggal walau satu pun, ujar Cikgu Safarin sambil mengeluarkan sekeping kertas kosong dan sebatang pen daripada poket bajunya lalu dihulurkannya kepadaku. Aku menggigit ibu jari dan mula berfikir senarai buku-buku rujukan yang akan kutulis. Setelah selesai, aku menghulurkan kembali kertas dan pen itu kepada Cikgu Safarin. Kenapa cikgu baik sangat dengan saya? Setelah soalan itu terpacul daripada mulutku, Cikgu Safarin tersenyum. Sebab, saya sayangkan pelajar-pelajar saya. Saya kedudukan dan

18

Rafina Mimi Abdullah

tak suka tengok pelajar saya bersusah payah meminjam bukubuku rujukan di dalam perpustakaan sedangkan buku-buku dekat sini belum tentu cukup muka suratnya. Mungkin ada yang terkoyak atau tidak cukup helaian. Nanti menyusahkan peminjam-peminjam yang lain macam Anis. Tapi, sudah tentu ramai lagi pelajar lain yang meminjam buku-buku rujukan dalam perpustakaan ni. Kenapa cikgu tak beli saja untuk semua pelajar? Kenapa untuk saya seorang? Satu soalan bodoh yang aku bagi pada Cikgu Safarin. Sebab.... Cikgu Safarin tidak dapat menghabiskan ayat. Secara tiba-tiba dia terdiam. Kringgg!!!! Waktu rehat sudah pun tamat. Aku segera meminta diri untuk pulang ke kelas. Anis.... Ada apa lagi cikgu? Saya nak cepat ni. Lepas ni jadual kelas untuk Bahasa Inggeris pula. Kalau terlewat sedikit, pasti Mr. Curly marah-marah. Kalau Mr. Curly marah Anis, nanti cepat-cepat bagitau saya. Tahulah saya nak mengajarnya macam mana. Boleh pula macam tu? Kenapa pula tak boleh? Mr. Curly tu satu rumah dengan saya. Bila-bila masa saja saya boleh pulas-pulas rambut dia kasi lebih power keritingnya kalau dia berani marahkan Anis. Ujar Cikgu Safarin sambil tersengih. Aku hampir-hampir tergelak. Rupa-rupanya Mr. Curly dan Cikgu Safarin ni tinggal serumah.

19

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

SAMPAI sahaja di kelas, kelihatan Mr. Curly sedang berpeluk tubuh sambil menunggu pelajar-pelajar lain masuk ke kelas termasuk aku. Gulp! Pasti kami semua akan dimarahinya nanti. Everybody sit down and keep quiet please! Hah! Aku dah kata. Anis, aku geram betul la dengan Mr. Curly ni. Asyik nak marah kita aje, kan? Terlambat sikit pun tak boleh. Rakan baikku Diana merungut tentang sikap Mr. Curly yang nampaknya langsung tidak boleh menunjukkan sikap bertolak ansur dengan pelajar. Aku malas hendak menyampuk kritikan daripada Diana tentang Mr. Curly. Nanti tak pasal-pasal Mr. Curly dengar dan silap hari bulan, aku dan Diana disuruhnya berdiri di atas kerusi. Huh! Dahlah. Nanti dia dengar, kita yang susah. Kau tak ingat ke apa yang aku dah kena semalam? Apa pula tak ingat. Teruk betul, kan Mr. Curly tu. Tapi nasib baik jugalah dia tak suruh kau berdiri atas kerusi. Syyy.... Aku segera membuat isyarat jari telunjuk pada bibir. Diana faham. Hey ladies! Come here and talk to me.... Hah, sudah! Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri. Dalam hati tertanya-tanya, siapakah ladies yang dimaksudkan oleh Mr. Curly itu? Aku dan Diana memerhati keadaan sekeliling. Keseluruhan isi kelas hanya memandang ke arah aku dan Diana. Setelah mendapati aku dan Diana masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk untuk ke depan, Mr. Curly

20

Rafina Mimi Abdullah

berjalan menghampiri meja Diana sambil berpeluk tubuh. Dalam hati aku berdoa supaya kami berdua diselamatkan. Miss Diana Afifah, awak bercakap tentang saya ye? soal Mr. Curly. Diana menggelengkan kepalanya. Aku di sebelah hanya menelan liur berkali-kali dan menundukkan kepala. Tidak berani untuk mengangkat muka. Talk to me! Jangan menggelengkan kepala saja! Tiba-tiba Mr. Curly meninggikan suara. Errr... sa... saya.... Terketar-ketar Diana bersuara. Sesekali matanya menjeling ke arahku seolah-olah meminta supaya aku menjadi tukang bela. Isy, tak sanggup aku. Semalam aku dah kena dengan Mr. Curly. Hari ini, aku sudah tidak mahu mengambil risiko lagi. Dont you ever talk about me! Understand? Yes, sir.... Good girl....

21

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bab 3
EBAIK sahaja habis waktu latihan badminton, aku segera bergegas untuk pulang ke rumah memandangkan hari semakin menghampiri senja. Nampaknya tidak sempatlah aku hendak ke sungai, melihat hasil joran yang aku tinggalkan semalam. Manalah tahu kalau-kalau ada ikan keli yang tersangkut pada umpan. Boleh juga aku membawanya pulang ke rumah untuk dimasak lemak atau digoreng begitu saja. Sudah tentu ibu dan adik-adik menyukainya. Sepanjang perjalanan, aku asyik memerhati raket yang berada di tangan. Raket tanpa sarung ini pasti saja akan cepat rosak talinya sekiranya terdedah pada matahari. Mungkin tempoh hari Cikgu Safarin terlupa hendak memberikan sekali sarung raket ini. Aku mengamati betul-betul pada batang raket yang kini berada di tangan. Carlton Carbotec 503. Terkumat-kamit aku membaca jenama raket yang aku pegang. Mahal ke raket ni? Kalau berharga dua tiga ratus, sudah tentulah mahal bagi

22

Rafina Mimi Abdullah

orang yang hidupnya susah macam aku. Tapi mungkin tidak mahal bagi orang lain. Tanpa aku sedari, sebuah kereta Proton Wira hitam berhenti betul-betul di tepi kaki lima jalan sambil membunyikan hon. Langkah kakiku terhenti. Itu kereta Cikgu Safarin. Sempat lagi tu dia mengekori aku. Anis... panggil Cikgu Safarin sambil keluar dari kereta dan melambaikan tangannya. Semakin hari terasa lain macam pula tingkah laku yang ditunjukkan oleh Cikgu baru ni. Suka sangat mengekori aku. Hendak dikatakan tidak sengaja, tak mungkin. Mustahil pertemuan-pertemuan ini hanya satu kebetulan. Setahu aku, jalan menuju balik ke rumahnya adalah menghala ke arah jalan Kuala Terengganu dan bukannya menuju ke Kuala Berang. Aku mengorak langkah beberapa meter dan menghampiri keretanya. Kenapa cikgu suka ikut saya? Saya nak tolong hantar Anis balik. Boleh, kan? Saya tak suka naik kereta. Saya lebih suka jalan kaki. Kalau macam tu, saya tinggalkan kereta kat sini. Nanti kita jalan sama-sama ye.... Astaga! Cikgu Safarin ni sihat ke tak sihat? Nanti kereta cikgu kena curi saya tak mahu bertanggungjawab. Tak ada siapa yang berani nak curi kereta saya ni kalau parking depan balai polis. Aku memandang ke sebelah kiri. Baru aku perasan, aku kini sedang berada di hadapan balai polis. Ralit sangat aku berjalan sampai tak sedar aku sudah melepasi simpang

23

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

empat traffic light. Baiklah, saya akan naik kereta dengan cikgu. Cikgu Safarin senyum. Hidungnya kelihatan sedikit kembang. Petang ni Anis tak nak pergi memancing? Semalam ada tinggalkan joran kat sungai tukan? Nak pergi tengok tak? Saya teruja ni nak pergi tengok, ujar Cikgu Safarin memulakan bicara. Dah lewat la cikgu. Nanti ibu dengan ayah marah kalau saya balik lambat. Oh... okey, tak apalah. Mungkin petang esok. Boleh? Okey... petang esok. Ucapku lirih. Aku mencuri pandang wajah Cikgu Safarin yang dari tadi lagi asyik tersenyum. Entah apa yang dia gembira sangat aku pun tak tahu. Dua tiga kali pandang, macam mengada-ada pun ada cikgu ni. Entah. Macam syok sendiri pula. Heee....

24

Rafina Mimi Abdullah

Bab 4
UJUNG minggu kini tiba. Diana datang ke rumahku dan mengajak aku pergi ke bandar untuk mencari buku-buku rujukan yang dia mahu beli. Beruntungnya jadi macam Diana. Kehidupannya lebih baik daripada aku. Hendak beli buku apa, hendak beli pakaian apa, hendak makan apa, semuanya dapat. Anis, nanti kau temankan aku pergi ke PSI ye. Bila tu? Sekarang la.... Aku tak ada duit la. Tak apa. Kau temankan aku aje. Nanti aku bayarkan tambang. Aku belanja kau makan. Buku apa yang kau nak beli pun nanti aku bayarkan. Okey? Setelah mendengar penjelasan daripada Diana, aku menarik nafas panjang. Sudah terlalu banyak Diana menghabiskan duitnya untuk aku sepanjang tempoh kami berkawan. Apabila Diana menyebut soal buku, baru aku teringat. Cikgu Safarin akan membelikan buku-buku rujukan

25

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

SPM yang aku mahu. Jadi aku terpaksa tolak pelawaan daripada Diana. Pasal buku-buku tu kau tak perlulah nak bayarkan untuk aku. Kenapa pula? Sebab... errr... sebab.... Sebab apa?! Diana tiba-tiba menyergah! Sebab Cikgu Safarin dah nak belikan untuk aku! Aku terperanjat dengan suara sergahan daripada Diana dan menyebabkan aku turut sama melantangkan suara. Hah??? Sepasang mata Diana membulat. Cikgu Safarin nak belikan untuk aku. Dengan tidak semena-mena, Diana tergelak. Entah apa yang lucu sangat agaknya. Aku rasa Cikgu Safarin tu syok dekat kau la Anis. He he he. Diana gelak lagi sambil menutup mulut. Mengarutlah! Apa pula mengarut? Cuba kau fikir baik-baik. Dia bagi kau guna raket dia, dia selalu hantar kau balik rumah, dia ikut kau pergi ke sungai. Ermmm... apa lagi ye? Hah! Dia nak beli buku-buku rujukan untuk kau. Apa makna semua tu? Aku mencebikkan bibir apabila mendengarkan katakata daripada Diana yang pada aku sedikit pun tidak masuk akal. Cikgu yang berusia dua puluh tujuh tahun macam tu syok dekat pelajar yang berusia tujuh belas tahun? Mustahil! Kau jangan nak reka ceritalah Diana. Entah-entah Cikgu Safarin tu dah bertunang ke, dah kahwin ke. Manalah kita tahu. Kau jangan pandai-pandai nak cakap macam tu ye. Nanti kalau Cikgu Safarin dapat tahu, malu aku. Aku menjelaskan keadaan pada Diana supaya dia faham.

26

Rafina Mimi Abdullah

Mana ada aku reka cerita? Betul apa.... Diana masih lagi mempertahankan apa yang sudah dia perkatakan sebentar tadi. Apa yang betulnya? Aku sudah mula naik geram pada Diana. Diana membuka zip beg sekolahnya dan mengambil kotak pensel. Satu kertas kecil dikeluarkan dan diberikannya kepada aku. Memandangkan kau tak ada handphone, Cikgu Safarin berikan nota ni. Dia bagi pada aku dua hari yang lepas tapi masa tu aku terlupa nak bagi dekat kau. Sorry ek. Dahiku berkerut sambil mengambil nota kecil daripada tangan Diana. Jumpa saya dekat Pustaka Sri Intan (PSI) hari Sabtu jam sebelas pagi. Datang dengan Diana ye. Saya tunggu Anis tau. Nanti kita samasama pilih buku rujukan yang Anis mahu. Kalau ikutkan hati, saya memang nak pergi beli sendiri. Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia.... Tiba-tiba nota kecil yang berada di tanganku tercampak ke lantai. Ayat yang terakhir membuatkan aku rasa geli. Diana membuat muka pelik melihat mencampakkan nota kecil itu tanpa disengajakan. aku

Anis, kau ni kenapa? Main campak-campak pula kertas tu. Bukannya aku sengaja nak campak....

27

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Habis tu? Cuba kau baca nota yang Cikgu Safarin tulis tu. Baca ayat yang terakhir. Aku memuncungkan mulut ke arah nota kecil yang sudah berada di atas lantai usang dan berlubang. Nasib baik jugalah nota itu tidak jatuh ke bawah rumah melalui lubang itu. Diana membongkokkan sedikit badannya lalu mencapai nota kecil yang dikirimkan oleh Cikgu Safarin. Tapi kalau Anis ada sama, tentu saya rasa lebih seronok dan bahagia. Ha ha ha!!! Wah, Diana gelak besar! Sehinggakan aku juga turut sama tergelak besar macam dia. Aku dah mula rasa curiga dengan Cikgu Safarin ni. Maksud kau apa Anis? Entah. Dia seolah-olah menunjukkan sikap pelik depan aku. Cara dia bercakap, cara dia mengeluarkan patahpatah perkataan, tingkah laku dia. Kau tahu tak... masa dekat sungai tempoh hari, ada ke patut dia suruh aku pancing hati dia? Ha ha ha! Aku dan Diana sama-sama tergelak besar. Sebab itulah aku cakap Cikgu Safarin tu suka dekat kau tapi kau tak nak percaya. Kau cakap aku mengarut. Diana mula menarik muka empat belas. Jangan-jangan kau dah berpakat dengan Cikgu Safarin ye nak ajak aku pergi ke PSI, kan? Aku turut berasa curiga pada Diana. Eh, tolong sikit ye. Aku pun terkejut bila baca nota yang Cikgu Safarin bagi dekat kau tadi tu. Tak sangka pula aku cikgu pelik tu ajak kau pergi ke PSI hari ni juga.

28

Rafina Mimi Abdullah

Kau jangan nak tipu. Habis tu, kenapa tiba-tiba pula Cikgu Safarin ada tulis nama kau sekali dalam nota tu? Kalau nak tipu aku pun agak-agak la. Aku menarik muka kelat dan menjeling ke arah Diana dengan perasaan geram. Diana tertawa kecil seraya menutup mulut. Ooo... pandai betul dia berlakon depan aku. Okey, okey. Aku mengaku aku berpakat dengan Cikgu Safarin tu. Dia yang beria-ia sangat minta tolong dengan aku supaya pujuk kau untuk pergi ke PSI tu hari ni. Aku berani jamin dengan kau yang Cikgu Safarin tu masih lagi belum berkahwin. Dia masih bujang, dia belum bertunang atau terikat dengan siapa-siapa pun. Dia suka dekat kau tu Anis. Bersungguh-sungguh benar Diana memberitahu padaku maklumat tentang Cikgu Safarin. Aku pelik dengan sikap Diana. Macam mana dia boleh tahu begitu banyak tentang Cikgu Safarin tu sedangkan di sekolah, aku yang paling rapat dengan cikgu pelik tu. Eleh kau ni Diana. Kau percaya ke dengan maklumat yang kau dapat daripada Cikgu Safarin tu? Mestilah aku percaya. Kalau betul dia dah kahwin, tak mungkin dia akan tinggal satu rumah dengan cikgu keriting tu. Mestilah dia tinggal bersama dengan isterinya. Eh, manalah tahu kalau isteri dia cikgu jugak ke tapi mengajar kat tempat lain. Sabah ke, Sarawak ke. Ataupun bini dia jururawat ke, tentera ke. Tapi bertugas kat negeri lain. Eleh... ingat aku ni lurus bendul macam kau ke Diana? Amboi bahasa kau bukan main lagi ye. Eh, dahlah. Cepatlah siap. Nanti kesian dekat Cikgu Pareng tu menunggu lama dekat sana. Tak pasal-pasal jadi tiang letrik pula dia kat depan PSI tu. Ha ha ha!

29

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Kau panggil Cikgu Safarin apa tadi? Cikgu Pareng. Ha ha ha! Lagi sekali Diana tergelak besar. Cikgu Pareng. Ki ki ki.

AKU dan Diana segera bergegas ke Pustaka Sri Intan setelah turun dari bas. Kami berdua mengorak langkah dengan cepat apabila menyedari waktu yang dijanjikan dengan Cikgu Safarin sudah melebihi lima belas minit. Apabila kami tiba di pintu masuk ke PSI, kelibat Cikgu Safarin masih tidak kelihatan. Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri. Dalam hati terdetik satu soalan yang sama. Mana Cikgu Safarin ni? Janji pukul sebelas. Sekarang sudah sebelas suku. Aku rasa dia main-main la Diana. Aku sudah mula berasa geram. Berkemungkinan juga Cikgu Safarin hanya mempermainkan aku dengan Diana. Mungkin dia saja mainmain dengan nota yang ditulisnya itu. Tak mungkin. Dia dah janji nak belikan kau bukubuku rujukan, kan? Kalau dalam hal yang macam ni pun dia nak mainkan kau, memang dia jenis manusia yang tidak punya perasaan la. Kita tunggu dulu dalam masa sepuluh minit lagi. Kalau dia tak muncul juga, tahu la macam mana aku nak mengajarnya esok. Berani dia main-mainkan kawan baik aku. Diana mengetap bibir sambil menumbuk-numbuk tangan kanan pada tapak tangan kirinya. Ceh, tak padan dengan budak sekolah. Ada hati tu nak mengajar cikgu. Mimpi aje la!

30

Rafina Mimi Abdullah

Ooo... mengumpat saya ye. Erk! Aku dan Diana cepat-cepat berpusing ke belakang. Berdirinya seorang cikgu yang kami nanti-nantikan. Cikgu Pareng! Eh, cikgu. Dah lama sampai? Diana berpura-pura ramah. Cis, hipokrit sungguh! Saya dah lama sampai. Kalau saya janji pukul sebelas, pukul sebelas la saya sampai. Bukannya macam dua orang budak sekolah yang berdiri kat depan saya ni. Langsung tak menepati masa. Saya tak suka orang yang sengaja melengah-lengahkan masa macam Anis dan Diana. Aku dan Diana tersenyum sumbing. Tak pasal-pasal dapat nasihat free daripada Cikgu Safarin. Maafkan kami ye cikgu. Tak sengaja la datang lambat. Lagipun, baru saja lima belas minit kami terlewat. Cikgu faham-faham sajalah. Kami berdua ni naik bas. Banyak berhenti pula tu. Cikgu tak apalah, naik kereta sendiri. Diana menjelaskan keadaan yang sebenar pada Cikgu Safarin. Aku hanya terdiam membisu seribu bahasa. Okey, tak mengapalah. Saya maafkan. Anis dan Diana dah makan belum? Saya dah makan kat rumah tadi. Tapi Anis saya tak tahulah, ujar Diana sambil memandang ke arahku. Anis dah makan? Cikgu Safarin menundukkan kepalanya dan mencuri pandang ke mukaku yang sedikit terlindung dek hujung tudung yang ditiup angin. Sudah. Ringkas saja aku menjawab.

31

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Okey... kalau semuanya sudah makan, jom kita masuk dalam. Kita cari buku-buku yang Anis dan Diana mahu. Cikgu Safarin memulakan langkah dan memasuki pasar raya yang hanya menjual buku paling terkenal di bandar Kuala Terengganu. Aku dan Diana hanya mengekori dari belakang.

SEMASA terlalu asyik memilih buku, secara tidak sengaja kami bertiga tiba-tiba berpecah. Diana naik ke tingkat dua. Cikgu Safarin pula hilang entah ke mana. Aku? Tersasar pada tujuan yang sebenar. Dengan tidak semena-mena aku sudah berada di bahagian novel. Aku menilik satu per satu novel-novel terbaharu yang teratur kemas. Tiba-tiba saja pandanganku terhenti pada sebuah novel yang begitu menarik perhatianku kerana kulit depannya yang cantik. Tajuknya Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Anis nak novel ni? Erk! Terdengar suara Cikgu Safarin dari sebelah kanan cuping telinga. Serentak aku berpaling dan tersenyum. Taklah. Tengok-tengok aje.... Cepat-cepat aku meletakkan kembali novel yang berada di tangan tapi Cikgu Safarin mengambilnya semula dan melihat-lihat novel itu secara keseluruhannya. Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci daripada dua hati itu

32

Rafina Mimi Abdullah

menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga? Mak ai... habis satu sinopsis Cikgu Safarin baca! Aku terkedu. Ermmm... menarik sinopsis novel ni. Anis nak? Saya belikan ye? Eh, tak apalah cikgu. Saya tengok-tengok setakat mencuci mata aje. Lagipun kulit depannya menarik. Ilustrasi watak dalam cerita tu sebiji macam... macam... errr.... Macam siapa? Macam saya ye.... Isy, tidak sempat aku hendak menghabiskan ayat tiba-tiba pula Cikgu Safarin mencelah dan tersengih. Tinggi betul tahap perasan Cikgu Pareng ni. Berada pada tahap seratus barangkali. Ha ha ha! Sikit la.... Aku mengaku sekali gus mengiakan dan tertunduk malu. Muka Anis dah merah. Adakah itu satu petanda bahawa hati dan perasaan Anis sudah terpancing oleh saya? Huk aloh... tiba-tiba bersastera dan berjiwang pula Cikgu Pareng ni. Lemah seluruh anggota badan apabila mendengar ungkapan seperti itu.

33

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Maksud cikgu apa? Saya tak faham. Ermmm... cukup hanya saya seorang saja yang faham. Anis masih budak-budak, mungkin susah nak faham. Saya pun tidak mahu membebankan fikiran Anis untuk memikirkan apa yang sudah saya perkatakan. Jadi, Anis lupakan sajalah. Cikgu Safarin meletakkan novel di atas timbunan buku-buku rujukan SPM yang berada di tangannya. Itu bermaksud, memang betul-betul dia hendak membelikan novel itu untuk aku. Alahai... tak terbalas budi baiknya. Bukubuku rujukan dan novel. Entah berapa banyak duit dia akan habis nanti. Betul ke cikgu nak belikan novel itu untuk saya? Sekali-sekala Anis kena baca buku-buku yang berbentuk novel macam ni. Tak boleh juga kalau asyik baca buku pelajaran aje. Nanti stress. Sepantas kilat hidungku disentuh dan ditonyoh perlahan. Aku memegang hidung dengan satu perasaan lain macam. Saya tak mahu terhutang budi lagi dengan cikgu. Nanti tak terbalas. Nanti Anis balas la budi saya. Bagi result yang cemerlang dalam SPM. Itu sudah cukup membanggakan saya. Insya-Allah. Saya tak berani nak jamin. Kenapa Anis cakap macam tu? Anis tak yakin? Bukan tak yakin. Tapi saya tak berani nak menaruh harapan yang tinggi. Saya nak buat biasa-biasa saja.

SUASANA di dalam kereta sunyi dan sepi memandangkan

34

Rafina Mimi Abdullah

Diana tidak ada. Bapa Diana sudah awal-awal lagi menjemputnya kerana mahu membawanya ke hospital, menziarahi neneknya. Aku berasa agak tidak selesa apabila berdua-duaan di dalam kereta dengan Cikgu Safarin memandangkan jarak perjalanan dari bandar ke rumah agak jauh. Kalau dekatdekat tu tak mengapalah juga. Tadi aku menyatakan hasrat untuk menaiki bas seperti pagi tadi untuk pulang ke rumah tapi Cikgu Safarin tidak membenarkan. Katanya aku tidak berteman dan masih di bawah umur. Dia bimbang sekiranya apa-apa terjadi pada aku. Anis.... Ye cikgu.... Buku rujukan dah dapat. Novel pun dah dapat. Tapi kenapa Anis macam tak gembira? Kalau saya gembira, takkan saya nak melompatlompat dalam kereta cikgu ni? He he he... betul juga. Cikgu Safarin tersenyum mesra. memandangku sekilas sambil

Cikgu... terima kasih banyak ye. Tentu banyak duit cikgu habis untuk buku-buku rujukan tu semua. Aku tertunduk pilu. Dalam hati ada terselit perasaan terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Cikgu Safarin. Sama-sama kasih. Uik? Belum pernah lagi aku dengar orang membalas ucapan terima kasih seperti itu. Cikgu Safarin ni memang suka mereka cipta ayat.

35

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Lagi sekali Cikgu Safarin memandang tapi pandangannya kali ini penuh makna. Seolah-olah aku dapat membaca apakah maksud tersirat daripada pandangan sepasang matanya itu. Kenapa cikgu terlalu baik dengan saya? Agaknya disebabkan saya ni anak orang susah, cikgu bersimpati dengan saya ke? Cikgu kasihankan saya, kan? Aku memandang tepat wajah cikgu yang sering menjadi perhatian pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Tidak terkecuali juga cikgu-cikgu perempuan yang masih bujang. Itu salah satu sebabnya tapi alasan itu bukanlah kata kunci utama kepada persoalan yang Anis berikan. Cikgu, tolong berterus terang dengan saya boleh tak? Cikgu ni suka sangatlah guna ayat-ayat sastera. Susah saya nak faham. Dah nama pun saya cikgu Bahasa Melayu. He he he.... Aku tersenyum. Ada nada mencuit hati dengan kata-kata daripada Cikgu Safarin. Anis mahu tahu kenapa saya suka memberi perhatian pada Anis? Ye... saya nak tahu. Okey... sebenarnya saya.... Cikgu!!! Apa dia??? Beg sekolah saya tertinggal! Tertinggal dekat mana? Pustaka Sri Intan!

36

Rafina Mimi Abdullah

Bab 5
AGAIMANA caranya untuk aku membalas semua kebaikan Cikgu Safarin? Daripada bukubuku rujukan SPM yang dibelikannya untuk aku, sebuah novel dan juga beg sekolah baru. Ingatanku kembali pada kejadian siang tadi. Anis janganlah menangis. Beg sekolah Anis tu mungkin ada orang lain yang ambil. Siapa yang nak ambil beg sekolah buruk saya tu? Sob... sob... sob.... Mungkin ada yang tertukar beg dengan Anis agaknya. Faham-faham sajalah dekat PSI tu ramai pelajar sekolah yang datang ke situ. Masing-masing mungkin ada yang bawa beg sekolah. Pasti ada yang tertukar. Beg sekolah dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok? Isk... isk... isk... sob... sob... sob.... Anis tak ada beg sekolah lain ke? Aku hanya menggelengkan kepala sambil tanganku sibuk mengesat air mata dengan tisu.

37

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Macam nilah, apa kata kalau saya belikan beg sekolah yang baru untuk Anis. Nak tak? Lagi sekali aku menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Aku tidak mahu menghabiskan duit Cikgu Safarin lagi. Hari ini sahaja sudah hampir dua ratus dia membelanjakan duitnya untuk aku. Kalau tak mahu, macam mana Anis nak pergi sekolah esok? Nak masukkan buku teks dalam guni ke apa? Aku tersentak dengan kata-kata daripada Cikgu Safarin. Dalam hati ada terpalit perasaan sebal dan geram. Pantas aku menggumpal tisu dan membaling tisu ke arahnya! Dalam keadaan aku sedih begini pun sempat lagi dia bergurau seperti itu. Cikgu Safarin sedikit mengelak dan tergelak kecil. Tisu yang aku baling diambil dan dibukanya gumpalan itu. Dia tersenyum. Air mata seorang gadis kerana kehilangan beg sekolah sedang melekat pada tisu ini. Boleh saya bawa balik tak? Saya tengah sedih macam ni pun cikgu masih sempat lagi berfalsafah macam tu. Sob... sob... sob.... Saya cuba menghilangkan rasa sedih yang Anis alami sekarang. Saya nak beli beg sekolah baru untuk Anis tapi Anis tak mahu. Habis tu, bila masalah ni nak selesai? Aku terdiam. Dengan serta-merta aku berhenti menangis. Tapi esakan tangisan masih lagi bersisa. Perasaan geram, sedih dan marah silih berganti. Aku menjeling ke arah Cikgu Safarin yang sedang tersenyum sambil matanya diberikan sepenuh perhatian pada sehelai tisu yang sudah berkedut itu.

38

Rafina Mimi Abdullah

Saya suka bila tengok muka Anis tengah marah macam ni tapi saya tak suka tengok Anis menangis. Mengeluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang. Kalaulah air mata itu dikeluarkan untuk sesuatu yang lebih bermakna, tentu ianya berbaloi. Cikgu fikir beg sekolah saya tu tidak memberi apaapa makna pada saya ke? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah saya yang hilang itulah saya dapat datang ke sekolah. Dah bertahun-tahun saya gunakan beg tu. Senang-senang aje, kan cikgu cakap macam tu? Tiba-tiba aku hot! Saya tidak bermaksud hendak merendahrendahkan perasaan Anis tapi bagi saya kehilangan beg sekolah Anis itu boleh diganti dengan beg yang baru. Izinkan saya membantu. Aku memandang tepat wajah cikgu yang menjadi kesayangan ramai di sekolah. Kali ini pandanganku lebih lama. Kenapa dia terlalu baik sangat dengan aku? Apa tujuannya? Jangan sampai dia menaruh hati pada budak sekolah seperti aku ini sudahlah. Dah... Anis jangan fikir banyak lagi. Sekarang juga saya bawa Anis ke Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg sekolah yang macam mana Anis mahu. Okey? Tolong jangan menangis lagi depan saya. Saya tidak sanggup melihat air mata Anis berterusan menitis hanya kerana hal yang kecil begini. Tolong sapu sisa air mata yang masih saya nampak di pipi Anis tu. Atau, Anis nak saya yang sapukan? tutur Cikgu Safarin sambil melemparkan senyuman nakal. Aku berpaling ke arah tingkap cermin dan tersenyum. Cuba melindungi senyuman ini supaya Cikgu Safarin tidak perasan. Kenapa Anis berpaling ke arah sana? Tak sudi

39

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

pandang muka saya lagi ke? Saya tahu la saya ni tak handsome, tak kacak, tak lawa. Sampaikan pelajar kesayangan saya sendiri pun dah tak sudi nak pandang. Gulp! Sengal aje Cikgu Safarin ni. Ada pulak sampai ke situ perginya? Siapa kata cikgu tak handsome? Tak kacak? Tak lawa? Kalau tidak, masakan cikgu jadi perhatian ramai dekat sekolah kita tu? Aku memandang ke depan tanpa secalit pandangan pun kepada Cikgu Safarin. Boleh dikatakan agak mengada-ada juga dia ni. Kalau mereka yang lain memberikan perhatian pada saya, itu langsung tidak memberikan apa-apa erti pada saya. Lainlah kalau Anis.... Cikgu Safarin mencuri pandang ke arahku yang masih berpura-pura melemparkan pandangan ke depan sedangkan dalam hati sudah berkecamuk dengan seribu persoalan. Kenapa Cikgu Safarin menunjukkan sikap yang pelik begini? Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya berbaur angau. Dia hendak mengorat akukah? Kau masih di sekolah Dan aku masih mentah Kita lafazkan kata cinta Yang tertulis dalam kamus asmara.... Kau dan aku terpisah Dewasa dibawa arah Kita lupa ada sejarah Yang tersimpan dalam kamus asmara....

40

Rafina Mimi Abdullah

Terkadang kau menjelma Mimpi indah sewaktu bersama Itu cinta pertama Tak mungkin kulupa.... Pernah aku mencuba Mencarimu entah di mana Dan kini yang kutemui Arca yang berbeda.... Sayang selasih tuan Tumbuh di hujung taman Mekar bersendirian Sayang kasihku intan Harum sepanjang zaman Biar kau milik orang.... Kiranya engkau terdengar Kesan cinta pertama Walau di mana kau berada Doaku semoga kau bahagia Selamanya.... Entah lagu zaman bila Cikgu Safarin ni dengar. Lagu zaman Pak Kaduk agaknya ni. Isy, dengarlah lagu Aishiteru ke, Cinta Muka Buku ke... hik hik!

41

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

PETANG ini Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengikuti latihan pemilihan tersebut walaupun aku sudah terpilih untuk memasuki team badminton bagi mewakili sekolah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan empat, aku memang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk menceburkan diri dalam acara sukan di sekolah kerana ianya sudah menjadi minat aku sejak dari sekolah rendah lagi. Sekarang aku sudah berada di tingkatan lima tapi masih lagi mahu mencari peluang untuk melibatkan diri dalam sukan tahunan di sekolah. Cikgu Syima menyuruh aku dan Diana ke stor peralatan sukan untuk mengambil beberapa biji bola lagi. Aku dan Diana berjalan seiringan sambil bergurau senda. Pada kebiasaannya kami berdua akan berjalan sambil berpimpin tangan. Usikan demi usikan daripada Diana mengenai Cikgu Safarin yang cuba hendak mengorat aku menjadi tajuk perbualan hangat tapi aku tidak mahu mengulasnya dengan lebih panjang. Bagi aku, biarlah Diana sendiri yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi minah yang perasan! He he he.... Aku dan Diana berjalan di sepanjang koridor. Tibatiba kami terasa jejak langkah kami diekori oleh seseorang. Sambil berjalan, aku membuat isyarat mata pada Diana mengenai seseorang yang sedang berada di belakang kami. Aku dan Diana memberhentikan langkahan kaki dan perlahan-lahan kami berpaling ke belakang. Tapi tiada kelibat manusia pun yang kelihatan. Dalam hati mula terdetik perasaan takut kerana mengingatkan sekolah kami ini adalah sekolah berhantu apabila mendengar cerita daripada beberapa orang pelajar lain dan juga cerita daripada pak guard. Anis... tak ada orang pun....

42

Rafina Mimi Abdullah

Haah la... tak ada sesiapa, kan? Jomlah nanti kita lambat pula sampai dekat bilik stor.... Aku dan Diana kembali menyambung perjalanan. Tapi di sepanjang perjalanan, memang terasa benar seperti kami diekori. Sekali lagi aku membuat isyarat mata pada Diana dan mula berbisik. Psttt... nanti bila kita sampai dekat selekoh bangunan ni, kita sembunyi tau. Kemudian bila orang tu dah dekat, kau hulurkan kaki. Lepas tu bila dia jatuh, aku tumbuk muka orang tu ek. Okey? Okey, beres! Aku dan Diana mula buat rancangan nakal. Hi hi hi.... Lagi sekali kami menyambung perjalanan dan berlagak slumber kononnya tidak tahu apa-apa padahal dalam hati sudah tersemat dengan satu perancangan yang cukup rapi. Cewah! Apabila tiba di penghujung koridor, aku dan Diana cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan. Semakin lama, semakin jelas kedengaran bunyi derap kaki seseorang yang menghampiri tempat aku dan Diana sedang bersembunyi sekarang. Aku dan Diana bersedia untuk memainkan peranan masing-masing. Diana akan menahan kakinya, aku pula akan melepaskan tumbukan pada muka orang yang mengekori kami. Bunyi derap kaki semakin hampir dan jelas. Seraya itu juga Diana menghulurkan kakinya dan sepantas kilat aku mendepakan tangan ke depan sambil melepaskan tumbukan padu! Dush! Aduuuhhh!!!!

43

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Alamak! Cikgu Safarin? Mampus aku! Cikgu Pareng?! Diana menjerit sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan. Aduuuhhh.... Cikgu... sorry.... Aku duduk di sebelah Cikgu Safarin yang sedang jatuh terlentang ke belakang. Dia memegang mata kirinya dengan kedua-dua tangan. Aku cuba mengalih tangannya untuk melihat kecederaan yang dialaminya kesan daripada tumbukan yang aku lepaskan sebentar tadi. Cikgu, kami minta maaf ye! Ingatkan orang jahat. Tak sangka pula cikgu sebenarnya yang mengekori kami dari tadi. Aku dan Diana membantu Cikgu Safarin berdiri semula dengan menarik kedua-dua tangannya. Mak ai... berat sungguh! Aduhhh... mana ada orang jahat dalam kawasan sekolah macam ni? Kuat betul Anis pukul mata saya. Siapa yang ajar tumbuk macam tu? Aduh.... Errr... Cikgu Izudin yang ajar. Aku menjawab dalam keadaan takut-takut. Cikgu Izudin? Cikgu Izudin mana pulak? Tak pernah dengar pun nama cikgu tu kat sekolah ni? Auuuhhh... Ssss.... Cikgu Safarin masih lagi memegang matanya yang sudah lebam barangkali. Cikgu Izudin tu guru silat yang mengajar silat dekat sekolah ni. Tiap-tiap petang Selasa dan Khamis, dia datanglah mengajar silat kat sini. Saya dengan Anis salah seorang daripada murid silatnya.

44

Rafina Mimi Abdullah

Diana memberikan penjelasan pada Cikgu Safarin yang masih lagi mengaduh kesakitan. Kuat sangat ke aku melepaskan tumbukan tadi tu? Aku menilik buku lima tangan kananku. Ada sedikit rasa sengal. Keras juga tulang mata Cikgu Safarin ni. Baru sekarang aku terasa sakitnya. Tangan Anis tak apa-apa? Aik? Tiba-tiba pula Cikgu Safarin risaukan pasal tangan aku. Sepatutnya dia lebih risaukan lebam yang terdapat di bawah matanya tu. Tangan saya tak apa-apa. Okey aje. Cikgu, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya saya nak jumpa Anis tapi saya tak panggil nama Anis. Saya cuma ikut saja ke mana Anis dan Diana nak pergi. Lain kali kalau cikgu nak jumpa dengan Anis, cikgu beritahu aje pada saya. Saya boleh aturkan pertemuan cikgu dengan kawan baik saya ni. He he he... ujar Diana seakan-akan mengusik. Aku senyum dan tertunduk. Isy awak ni Diana. Bukan main lagi ye nak mengajar saya. Tahu la macam mana caranya saya nak jumpa dengan kawan baik awak ni. Eleh, kononnya Cikgu Safarin ni tahu macam mana cara nak jumpa dengan aku. Tahu apa kalau awal-awal lagi dah kena makan penumbuk? Cikgu Safarin tersenyum dan mencuri-curi pandang ke arahku. Tapi aku sengaja mengalihkan pandangan ke arah lain dan tersenyum. Pandangan mata Cikgu Safarin membuatkan jantungku berdegup lain macam. Haaa... cikgu nak mengorat Anis ye.... Diana

45

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Cikgu Safarin. Diana... errr... boleh awak tinggalkan saya dengan Anis sekejap? Erk! Okey.... Diana memberikan persetujuan tanpa aku merelakannya. Cepat-cepat aku mencubit lengan Diana dan membulatkan mata ke arahnya. Tapi sia-sia saja. Diana tidak mempedulikan isyarat mata yang aku buat. Dia hanya tersenyum dan beredar begitu saja. Sekarang hanya tinggal aku dan Cikgu Safarin. Dia senyum, aku pun senyum. Pelik! Perasaanku kini sudah jadi lain macam. Ada apa cikgu nak jumpa saya? Ada hal penting ke? Ermmm... ada perkara penting yang saya nak cakapkan pada Anis. Boleh kita ke sana sekejap? Cikgu Safarin menunjukkan arah sebuah bangku di dalam taman bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah dan kami mengorak langkah seiringan menuju ke tempat yang dimaksudkan. Dalam hati timbul pelbagai soalan. Entah apa perkara yang hendak dicakapkan oleh Cikgu Safarin pada aku agaknya. Mungkin hendak berbincang soal mata pelajaran Bahasa Melayu barangkali. Betul ke? Skema aje bunyinya.

ANIS suka dengan saya tak? Terpacul soalan itu daripada mulut Cikgu Safarin.

46

Rafina Mimi Abdullah

Ha? Saya tanya... Anis suka dengan saya ke tidak? Tentulah saya suka. Cikgu kan dah banyak menolong saya. Cikgu pinjamkan saya raket, cikgu belikan saya buku-buku rujukan, cikgu belikan saya novel, cikgu belikan saya beg sekolah baru. Aku menghadiahkan senyuman pada Cikgu Safarin sambil memandang tepat sekitar matanya yang lebam itu. Alahai, kasihan cikgu ni. Cikgu Safarin menggaru kepala. Apa salah ke aku jawab? Bukan itu maksud saya. Maksud cikgu apa? Straight to the point la cikgu. Saya dah lambat ni. Lepas ni saya ada latihan bola jaring. Cikgu Syima dan yang lain-lain tentu sudah lama menunggu di padang. Aku mula berdiri dan berjalan beberapa langkah. Anis... tunggulah dulu. Saya belum habis cakap lagi ni. Cikgu Safarin juga turut sama berdiri dan berjalan beberapa meter menghampiri aku. Suasana di persekitaran amat jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar yang sedang memerhati ke arah kami berdua. Ada juga segelintir pelajar yang mula berbisik sesama mereka dan menunjukkan tangan ke arah aku dan Cikgu Safarin yang masih berada di dalam taman bacaan ini. Aku jadi tidak selesa dan tidak mahu pelajar-pelajar lain memandang serong pada kami berdua. Kalau cikgu nak cakap apa-apa yang penting, cikgu cakaplah sekarang. Janganlah terlalu banyak sangat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata cikgu tu. Saya ni dah mula rasa tak selesa bila pelajar lain memandang ke arah kita. Cikgu tak rasa macam tu ke?

47

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Okey, baiklah. Saya akan berterus terang dengan Anis sekarang. Aku mengangguk dan bersedia untuk mendengar apakah perkara yang dimaksudkan oleh Cikgu Safarin sebentar tadi. Anis.... Ermmm.... Sebenarnya saya.... Isy, hendak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji macam CD rosak. Cakaplah cikgu. Kalau cikgu tak nak cakap sekarang, cikgu cakap lain kali ajelah. Aku menarik muka empat belas! Ehem. Okey, okey. Saya sebenarnya sudah terpaut... Assalamualaikum.... Guru besar, Puan Sharifah tiba-tiba muncul dan memberi salam. Waalaikumussalam.... Aku dan Cikgu Safarin menjawab salam serentak. Safarin, esok awal-awal pagi ada mesyuarat tau. Awak dah tahu ke belum? Belum lagi puan. Pukul berapa? Lepas perhimpunan. Ujar Puan Sharifah dan terus berlalu menuju ke tempat parking kereta. Aku juga turut sama meminta diri untuk pergi ke padang untuk mengikuti latihan bola jaring. Sambil berjalan, aku sempat melemparkan pandangan pada Cikgu Safarin yang masih lagi tidak berganjak dari taman bacaan itu.

48

Rafina Mimi Abdullah

Dia tersenyum sambil berpeluk tubuh menunjukkan isyarat di sekitar matanya yang lebam! Ki ki ki....

dan

49

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bab 6
AGI ini awal-awal lagi aku sudah bertembung dengan Cikgu Safarin di pertengahan koridor menuju ke kelas. Apabila bertembung dengannya, aku teringat peristiwa semalam di mana secara tidak sengaja aku telah menumbuk mukanya. Mak ai... ganas betul. Anak murid tumbuk muka cikgu! Baru aku perasan, hari ini Cikgu Safarin memakai cermin mata hitam. Erk! Baru nampak terserlah kemacoannya. Patutlah ramai sangat pelajar-pelajar perempuan yang memberi perhatian pada cikgu ini. Tapi yang beruntungnya aku. He he he.... Semasa berselisih bahu dengan Cikgu Safarin, dia berpura-pura batuk. Aku sekadar menjeling dengan ekor mata sambil tersenyum. Dalam hati ada sedikit perasaan bersalah dek kerana peristiwa semalam. Tak pasal-pasal mata Cikgu Safarin lebam gara-gara termakan buku lima aku. Mungkin kerana mata dia lebam, jadi dia terpaksa memakai cermin mata hitam hari ini. Itu aku pasti.

50

Rafina Mimi Abdullah

Assalamualaikum anak murid saya yang paling comel. Lajunya berjalan. Sampai tak nampak saya berdiri dekat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelas ye.... Teguran daripada Cikgu Safarin segera menghentikan langkah yang kuatur. Aku mengundur beberapa langkah ke belakang dan menghampiri Cikgu Safarin yang sedang berdiri. Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu macam mana? Aku bertanya tetapi tidak berani mengangkat muka. Aku rasa betul-betul bersalah di atas perbuatan yang aku lakukan padanya tanpa disengajakan itu. Perlahan-lahan Cikgu Safarin mengangkat cermin mata hitam yang dipakainya ke atas kepala sambil melemparkan senyuman mesranya untuk aku. Apabila dia tersenyum seperti itu, perasaanku jadi tidak menentu dan gementar. Saya sihat. Cuma mata saya yang tak sihat. Semalam dapat hadiah buku lima daripada pelajar kesayangan saya.... Siapa pelajar cikgu yang menghadiahkan buku lima tu pada cikgu? Saya kenal ke? Hi hi hi... nak jadi pelakon sekejap. Dia comel, kulit dia putih, mata dia kecik, badan pun kecik. Tapi saya tak sangka dia kuat. Nasib baik mata saya tak buta. Kalau tidak, dah tentu saya akan minta ganti dengan mata dia yang kecik tu. Cikgu Safarin berseloroh nakal dan membuatkan aku tersipu malu. Saiz mata saya dengan cikgu tak sama. Mata saya saiz S, mata cikgu saiz L. Macam mana pula mata cikgu hendak digantikan dengan mata saya? Tentu nampak kelakar.

51

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

He he he... nak bergurau sangat dengan saya ye Cikgu Pareng? Tangan Anis macam mana? Sakit tak? Boleh saya tengok? Eh? Dah tak nak berlakon lagi ke? Tangan saya tak apa-apa. Saya cuma risaukan mata cikgu aje. Teruk juga nampaknya lebam tu. Cikgu tak pergi klinik? Tak... balik ke rumah semalam, saya tuam dengan ais aje. Ooo... lagi sekali saya minta maaf ye cikgu. Kalau diikutkan, tindakan saya dan Diana memang tidak patut. Tak mengapa... kuat betul Anis pukul mata saya. Rupanya Anis belajar silat. Dah lama Anis belajar? Cikgu Safarin memakai semula cermin mata hitamnya yang dari tadi terletak di atas kepala. Terkesima sekejap apabila aku memandangnya. Memang patutlah dia banyak mencuri perhatian ramai di sekolah ini. Dengan wajahnya yang sebegitu sudah cukup membuatkan pelajarpelajar perempuan lebih gemar bercakap tentangnya daripada membicarakan soal pelajaran. Isy! Hebat juga penangan Cikgu Safarin ini. Saya belajar silat dari kecil lagi. Belajar dengan ayah. Ayah saya buka gelanggang silat di kampung. Cikgu Izudin yang mengajar silat dua kali seminggu dekat sekolah ini merupakan bekas anak murid ayah saya. Semalam Anis ada menyebut pasal Cikgu Izudin, hari ini pun Anis sebut lagi. Cemburu saya. He he he.... Uik? Cemburu kenapa pula? Pelik. Kenapa nak cemburu pula?

52

Rafina Mimi Abdullah

Cikgu Izudin tu dah kahwin ke belum? Berapa umurnya? Dia dah kahwin la. Dah ada anak pun. Umurnya saya tak pasti. Cikgu ni sebiji macam polis, kan? Serba-serbi nak tahu. Dah kahwin? Dah ada anak? Lega saya.... Cikgu Safarin mengurut dadanya. Aku menggelengkan kepala sambil mengerutkan dahi. Semakin hari, tingkah laku yang ditunjukkan oleh Cikgu Safarin semakin pelik. Selang beberapa minit kemudian, Cikgu Safarin berjalan menuju ke arah taman bunga yang terletak tidak jauh dari tempat aku sedang berdiri. Perlahan-lahan dia membuka pintu pagar taman itu lalu menuju ke arah sebatang pokok bunga loceng. Aku yang berdiri di sini hanya memerhatikannya saja. Sekuntum bunga loceng yang berwarna kuning keemasan dipetiknya lalu dibawanya bersama. Kalau diikutkan peraturan sekolah, adalah menjadi satu kesalahan apabila memetik bunga di dalam taman itu tapi nampaknya Cikgu Safarin ini langsung tidak menghiraukan peraturan yang sudah jelas tertulis di situ. Dengan berbekalkan sekuntum bunga loceng di tangan, dia datang menghampiriku berserta senyuman. Bunga loceng yang kini sedang berada di tangannya terus diletakkan di atas dua naskhah buku teks yang sedang kupegang. Untuk Anis.... Semasa Cikgu Safarin meletakkan bunga loceng itu di atas buku teks, kebetulan pula ada beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan yang sedang lalu-lalang di hadapan

53

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

kami berdua. Pandangan mata mereka tidak berkerlip. Mulut berbisik sesama sendiri. Aku mengerti. Untuk saya? Terima kasih cikgu. Sama-sama kasih.... Sama-sama kasih? Hik hik...! Kring!!! Loceng waktu perhimpunan sudah pun berbunyi. Aku segera meminta diri untuk berlalu ke kelas sebelum menghadirkan diri ke perhimpunan. Sepasang kakiku mengorak laju sambil sepasang mataku tidak melepaskan peluang memandang ke arah Cikgu Safarin yang masih setia berdiri di tengah koridor itu. Dia senyum, melambaikan tangan dan... mengenyitkan mata? Gulp! Apabila mendapat hadiah yang tidak terduga itu, sepasang kakiku semakin laju melangkah seperti robot yang sedang ditekan remote controlnya! Adoi... Cikgu Safarin.

HELLO Miss Anis.... Hello Mr. Curly.... Awak mencari sesuatu? Ye.... Cari apa? Cikgu Syima suruh saya ambil bola jaring kat dalam stor ni. Sir ada nampak tak? Oh, I see. Nanti saya tolong carikan. Wait a minute....

54

Rafina Mimi Abdullah

Terbongkok-bongkok Mr. Curly mencari bola yang aku maksudkan. Selang beberapa minit kemudian, bola yang dikehendaki oleh Cikgu Syima sudah pun berada di tangan Mr.Curly. Dia tersenyum sambil menghulurkan bola itu kepadaku lantas kuambil dari tangannya dan mengucapkan terima kasih. Baik juga rupa-rupanya Mr. Curly ni. Aku fikirkan dia jenis cikgu yang serius sepanjang masa tapi nampaknya tidak. Di dalam kelas memang mukanya saling tak tumpah seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya tapi apabila di luar kelas, lain pula karakter peribadi yang ditunjukkannya. Bola sudah pun berada di tangan. Tiba masanya untuk aku pergi ke padang dan berlatih. Sebaik sahaja aku berjalan beberapa langkah, kelibat Cikgu Safarin kini muncul. Dia berdiri betul-betul di hadapanku sambil tersenyum mesra seperti selalu. Cermin mata hitam masih dipakainya. Entah sampai bila agaknya lebam pada bahagian matanya akan sembuh? Kasihan dia. Aku membalas senyumannya tapi langsung saja aku meminta diri untuk ke padang. Sebaik saja aku ingin mengorak langkah, tiba-tiba Cikgu Safarin menarik bola yang aku pegang dari belakang. Serentak itu juga aku berpaling semula ke arahnya dan mendapati dia sedang tersengih! Isy, kenapa pula dia buat begini? Cikgu Safarin menyembunyikan bola di belakang badannya. Bibirnya tidak lekang mengukir senyum. Cikgu... kenapa cikgu ambil bola tu? Cikgu nak main bola jaring ke apa? Soalan yang terpacul daripada mulutku berbunyi nada geram. Tindakan Cikgu Safarin yang mengambil bola secara diam-diam daripada tanganku seperti tindakan pelajar-pelajar lelaki nakal yang ada di sekolah ini.

55

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Saya saja nak bergurau dengan Anis. Tak boleh ke? Okey, sekarang cuba Anis ambil bola ini dari tangan saya... arah Cikgu Safarin lagi. Ooo... dia nak main-main rupanya. Okey, tak mengapa. Kita tengok siapa yang akan menang! Heh.... Aku mendekatkan jarak dengan Cikgu Safarin dan cuba mengambil bola yang disorok di belakang tangannya namun sia-sia. Dia mengalihkan posisi bola yang dipegangnya ke sebelah kiri. Bila aku hendak mengambil bola itu di sebelah kiri, Cikgu Safarin mengalihkannya pula ke sebelah kanan. Bila aku hendak mengambilnya dari sebelah kanan, dia melarikan pula bola itu ke sebelah kiri. Aku mengetap bibir dengan perasaan sebal. Lagi sekali aku cuba untuk mengambil bola itu daripada tangan Cikgu Safarin tapi dia mengalihkan pula bola itu ke sebelah atas dengan mengangkat tinggi kedua-dua tangannya! Adoi dia ni. Kalau bola itu sudah dialihkan ke sebelah atas, memang aku langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Cikgu Safarin lebih tinggi daripada aku. Kalau aku tak fikirkan segala jasa baik Cikgu Safarin pada aku dan tidak memikirkan dia seorang guru yang mesti aku hormat, sudah tentu aku tendang kedua-dua belah kakinya! He he he.... Mr. Curly yang baru saja keluar dari bilik stor peralatan sukan, memerhati saja gelagat aku yang cuba mendapatkan bola daripada tangan Cikgu Safarin. Dia tersengih dan sesekali rambut keritingnya yang lebat terbuaibuai ditiup angin. Tiba-tiba aku mendapat idea! Cikgu! Rambut Mr. Curly tertanggal! Ceh, idea lapuk!

56

Rafina Mimi Abdullah

Cikgu Safarin sedikit pun tidak beralih pandangannya pada Mr. Curly malah dia sengaja membuat isyarat tangan pada Mr. Curly supaya Mr. Curly berlalu dari situ. Eee... geramnya! Ooo... Anis cuba nak pasang perangkap ye. He he he.... Cikgu... please la. Saya tak larat nak main-main macam ni. Cikgu tahu tak, dari tengah hari tadi sampailah sekarang, saya tak makan apa-apa pun lagi. Saya tak nak membazirkan tenaga saya dengan merebut bola tu daripada tangan cikgu. Lagipun sekejap lagi saya ada latihan bola jaring. Saya nak simpan tenaga yang seciput ni untuk latihan tu nanti. Cewah, aku buat dialog kasihan depan Cikgu Safarin. Secara tiba-tiba air mukanya berubah dan dengan pantas dia menghulurkan bola yang berada di tangannya padaku. Hi hi hi... menjadi juga aku punya dialog kasihan aku itu. Aku langsung mengambil bola itu daripada tangannya. Anis belum makan lagi? Dahi Cikgu Safarin berkerut seribu. Aku menggelengkan kepala dan tertunduk. Memang betul. Sebutir nasi pun masih belum masuk lagi ke perutku dari tengah hari sampai ke petang dan bukannya aku sengaja mereka-reka cerita. Seperti biasa, wang saku berjumlah satu ringgit yang diberikan oleh ayah pagi tadi tidak cukup untuk aku berbelanja satu hari suntuk di sekolah. Apabila tamat waktu persekolahan, pada kebiasaannya aku memang tidak pulang ke rumah kerana mengikuti sesi latihan sukan di sekolah pada waktu petang. Sebaik sahaja habis latihan sukan, selalunya air paip sajalah yang aku teguk untuk menghilangkan dahaga.

57

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Diana, rakan baikku selalu belanja aku tapi kadangkadang terpaksa juga aku menolak kerana tidak mahu terlalu bergantung harap padanya yang sudah banyak kali menolong aku. Kenapa Anis tak makan? Nanti macam mana nak dapatkan tenaga apabila bersukan? Soalan yang diajukan oleh Cikgu Safarin membuatkan aku tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Apabila aku tidak memberikan respons dengan soalan yang diberi, Cikgu Safarin mendekatiku. Sepasang mata kami bertemu. Secara tiba-tiba saja terbit satu perasaan istimewa yang sedang bermain-main di tangkai hatiku. Aku tidak mengerti apa maksudnya perasaan istimewa ini. Kalau Anis tak ada duit, berterus terang sajalah dengan saya.... Aku menggelengkan kepala. Masih juga aku tidak mahu mengaku hal yang sebetulnya. Memang benar aku tidak mempunyai wang yang mencukupi setiap kali datang ke sekolah. Sebagai mengalas perut, setiap pagi aku sudah siapsiap bersarapan di rumah, hanya menikmati juadah ala kadar yang termampu disediakan oleh ibu. Anis, kalau Anis tidak mahu berterus terang sekalipun dengan saya, saya memang sudah tahu apa masalah sebenar yang Anis hadapi. Lain kali kalau Anis bermasalah begini, jangan segan-silu untuk datang cari saya. Saya ada di mana-mana dalam kawasan sekolah ini. Dalam kelas, bilik guru, dalam dewan. Atau di mana-mana saja dan pada bilabila masa Anis boleh mengadu masalah Anis pada saya... okey? Kenapa cikgu suka berbuat baik dengan saya? Kerana simpati ke?

58

Rafina Mimi Abdullah

Kerana lebih dari itu.... Maksud cikgu? Sebenarnya perasaan... Anis! Tiba-tiba suara Diana kedengaran dan bergema di setiap ruang dinding batu bangunan sekolah. Segera aku beralih pandangan pada Diana yang sedang tercungap-cungap keletihan kerana dia berlari anak menuju ke sini. Cikgu Safarin tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terganggu oleh pekikan suara daripada Diana. Dia bercekak pinggang dan meraup wajah maconya berkali-kali seperti tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Tak apalah cikgu, lain kali saja. Aku berbisik sendiri. Ada apa Diana? Cikgu Syima cari kau la... kau buat apa dekat sini? Ooo... dating dengan Cikgu Pareng ye.... Diana tersenyum mengusik sambil menggerakkan kedua-dua jari telunjuk kiri dan kanannya ke arahku dan Cikgu Safarin. Aku tertunduk malu apabila Diana mengusik begitu. Pandanganku beralih pula ke arah Cikgu Safarin yang masih lagi tidak mahu berganjak atau meminta diri. Cikgu... saya minta diri dulu ye. Saya nak turun ke padang.... Kami pergi dulu ye cikgu hencem.... Lagi sekali Diana mengusik. Kali ini Cikgu Safarin seorang saja yang kena. Cikgu hencem? Makin kembanglah hidung Cikgu Safarin nanti. Ki ki ki.... saya... saya menyimpan satu

59

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Belum pun sempat aku dan Diana mahu menyusun langkah dan beredar, Cikgu Safarin tiba-tiba memanggil namaku semula. Anis, tunggu sekejap.... Cikgu Safarin mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya sambil berjalan menghampiriku. Diana yang masih berdiri di sebelahku cuba menghendap ke arah dompet yang sedang dibuka. Pantas aku mencubit lengan Diana dan mengecilkan mata ke arahnya. Diana mengaduh perlahan dan tersengih. Anis ambil duit ni buat belanja... okey? Cikgu Safarin menghulurkan wang kertas bernilai RM50. Aku menggelengkan kepala dan menolak perlahan wang kertas yang dihulurkan. Saya tak mahu. Cikgu dah banyak tolong saya. Ambil ajelah Anis. Diana menyampuk tiba-tiba. Kalau Anis menolak, saya akan berkecil hati.... Cikgu Safarin menghulurkan kembali wang kertas yang berada di tangannya. Aku menjadi serba salah sambil memerhati wang kertas itu. Wang sejumlah ini boleh dikatakan sama dengan gaji yang diterima ayahku selama dua hari bekerja di kilang papan. Tiba-tiba hatiku tersentuh. Tanpa disedari juraian air mata sedang menuruni pipi mulusku dan ianya disedari oleh Cikgu Safarin dan Diana. Anis kenapa? Suara Cikgu Safarin mula kedengaran risau. Kenapa ni Anis? Diana pula menyoal sambil memeluk bahuku erat.

60

Rafina Mimi Abdullah

Aku meleraikan pelukan Diana dan mula beredar. Hatiku diruntun pilu secara tiba-tiba. Dengan pantas aku berlalu tanpa bersoal jawab dengan Cikgu Safarin dan Diana. Air mata lebat bertitisan di pipiku.

61

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bab 7
UASANA di dalam kelas hingarbingar dengan ketiadaan Cikgu Safarin yang sepatutnya masuk mengajar pada masa ini. Namun hampir sepuluh minit berlalu, jangankan kata orangnya, bayangnya pun masih tidak kelihatan. Entah kenapa, aku diselubungi rasa gelisah setelah menyedari Cikgu Safarin masih tidak muncul. Diana di sebelah sedang asyik melayan novel yang dibelikan oleh Cikgu Safarin untuk aku tempoh hari. Diana... kau rasa kenapa agaknya Cikgu Safarin tak masuk kelas hari ni? Diana tidak mengendahkan pertanyaan yang kuajukan. Dia leka dengan bacaannya. Kadang-kadang dia gelak seorang diri. Entah apa yang lucu agaknya. Tentu dia membaca bab kelakar yang terdapat dalam novel itu barangkali. Diana... kau dengar tak apa yang aku tanya tadi? Ermmm... dengar. Kik kik kik....

62

Rafina Mimi Abdullah

Tingkah laku Diana tiba-tiba pelik. Dia memberi respons dengan pertanyaanku tapi dalam masa yang sama dia tergelak. Tak sihat agaknya dia ni. Diana masih lagi leka dengan bacaan novel yang sedang berada di tangannya. Aku jadi naik geram dan terus merampas novel itu! Anis... kau ni tak sporting la. Cepatlah bagi balik novel tu. Kedekut betul. Aku tahulah novel tu Cikgu Safarin yang belikan untuk kau tapi kau janganlah kedekut sangat dengan aku.... Aku bukannya kedekut dengan kaulah. Tapi bila aku tanya, kau buat tak layan. Siap gelak sorang-sorang pula tu. Jangan sampai ada yang cakap kau tak betul sudahlah. Diana tertawa kecil sambil menutup mulutnya. Kau tanya apa tadi? Diana kembali menyoal sambil menadahkan keduadua tangannya meminta aku mengembalikan novel itu kepadanya. Aku tanya, kau rasalah kan... kenapa Cikgu Safarin tak masuk kelas hari ni? Aku rasa mata dia sakit kut? Kau dah lupa ke yang kau dah tumbuk mata dia? Tumbukan yang kau lepaskan tempoh hari tu boleh menyebabkan mata dia buta tau! Itulah kau ganas sangat. Kasihan cikgu hensem tu. Lepas ni dah tentu dia kekurangan peminat. Ha ha ha! Amboi, besarnya gelak. Kalau ada lalat terbang, sudah pasti mulut Diana yang akan jadi sarangnya! Kau rasa Cikgu Safarin kecil hati dengan aku ke sebab aku tak ambil duit yang dia berikan semalam? Diana mencebikkan bibir dan menjongket bahu.

63

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Entahlah. Tapi kan, kalau dia berkecil hati dengan kau, tak mungkin dia buat keputusan tak mahu masuk mengajar. Takkan sampai macam tu sekali, kan? Ala, kejap-kejap lagi dia masuklah tu. Yang kau susah hati sangat ni kenapa? Jangan-jangan kau suka kat dia tak? He he he! Giliran aku pula mencebikkan bibir dan menjeling maut ke arah Diana setelah mendengarkan buah bicara yang keluar daripada mulutnya. Aku suka kat Cikgu Safarin? Hey tolonglah. Umur dia berapa? Umur aku berapa? Fikir sikit. Lagipun, dia tukan cikgu kita. Lagi sekali aku mencebikkan bibir sambil menongkat dagu. Dalam hati lain pula yang berbisik. Aku semakin suka dekat cikgu tu. Dia baik dan sangat prihatin. Hu hu hu.... Eleh, kau jangan lupa Anis. Dah ramai cikgu yang jatuh cinta pada anak muridnya. Kau dah tak ingat ke apa kes yang dah berlaku tahun lepas? Kecoh satu sekolah Kak Latifah bercinta dengan Cikgu Amri. Last-last, bila Kak Latifah dapat result SPM, terus Cikgu Amri masuk meminang. Sekarang mereka berdua pun dah kahwin. Haaa.... Itu satu contoh yang aku bagi dekat kau ye Anis. Buka mata kau tu luas-luas, Cikgu Safarin tu dah jatuh hati dengan kau tau. He he he! Ceh, macam terlebih yakin pula Diana ni. Itu Kak Latifah... sudah memang berjodoh dengan Cikgu Amri. Bolehlah Diana bagi contoh macam itu pada aku. Cuba kalau mereka berdua itu tiada jodoh, huh! Hai baby! Kus semangat aku! Si Afzal budak nakal datang menyergah. Aku buat tak layan dan langsung memusingkan badan ke arah Diana.

64

Rafina Mimi Abdullah

Sombongnya baby hari ni. Aku datang nak mengorat ni boleh tak? Hi hi hi...! Afzal tersengih sebiji macam kerang busuk. Menyampah aku! Tidak puas mengusik aku di simpang jalan menuju ke rumahku, di dalam kelas pun dia mengganggu. Kau nak apa? Tolong jangan kacau aku boleh tak? Aku mengengsotkan badan dan menghampiri Diana setelah menyedari Afzal yang sedang berdiri semakin merapatkan badannya. Tak suka! Sombong! Tiba-tiba Afzal memarahi aku tak tentu pasal sambil tangannya mencapai kotak pensel milikku yang berada di atas meja lalu dicampakkannya ke dalam tong sampah! Jahat betul. Aku berdiri untuk mengambil kotak pensel yang dibuang oleh Afzal. Tapi Si Afzal budak nakal ini tiba-tiba menghulurkan kakinya ke depan dan menyebabkan aku tidak dapat mengimbangi badan lalu jatuh tersungkur! Ha ha ha! Kah kah kah! Afzal membuka mulut luas-luas dan tergelak besar. Benci aku tengok muka dia! Aku segera berdiri dan mengibas baju sekolah yang sudah terlekat dengan kotoran lantai simen. Kedengaran juga suara-suara nakal kawankawan Afzal yang sedang menyorak! Cis, mereka belum kenal lagi aku siapa. Aku mengecilkan mata dan mengacip gigi. Sepantas kilat aku mengorak langkah ke arah sekumpulan geng nakal yang sedang tergelak besar! Aku menghampiri mereka dan membulatkan mata. Pantas saja kaki kananku menendang meja salah seorang daripada mereka dan menyebabkan kerusi yang sedang diduduki oleh seorang daripada rakan mereka

65

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

terbalik ke belakang! Tuan punya kerusi itu, Kiz rakan baik Afzal terus berdiri dan terdiam. Hey Afzal! Kenapa kau suka buli Anis, hah? Tiba-tiba Diana bersuara lantang dan hampirhampir pula Si Afzal mahu menamparnya! Tapi mujurlah Cikgu Safarin muncul di pintu tiba-tiba. Apa hal bising-bising ni... hah?! Cikgu Safarin melangkah masuk ke dalam kelas sambil menunjukkan reaksi muka garang dan memandang ke arah satu-satu wajah pelajar-pelajarnya. Tidak terkecuali aku. Dengan langkah perlahan, aku menuju ke tong sampah di belakang kelas untuk mengambil kembali kotak penselku yang sudah dibuang. Afzal ni cikgu. Dia buli Anis! Dia campak kotak pensel Anis dalam tong sampah! Wah, Diana bersungguh-sungguh membela aku. Thanks sahabat! Cikgu Safarin berjalan menghampiri Afzal yang terdiam kaku. Kepalanya tunduk tidak berani menatap wajah Cikgu Safarin. Afzal, awak ni dah tak ada kerja lain ke asyik nak mengganggu orang? Sekarang, balik ke tempat duduk awak! Terkulat-kulat seluruh isi kelas memandang Cikgu Safarin yang sedang memarahi Afzal. Saya minta maaf cikgu. Afzal bersuara perlahan. Saya dah banyak kali terima aduan pasal awak yang suka membuli kawan-kawan awak di dalam kelas. Jangan sampai nanti saya bawa awak jumpa dengan guru disiplin! Cikgu Safarin bercekak pinggang dan menjegilkan matanya ke arah Afzal yang masih lagi tertunduk dan tidak berganjak.

66

Rafina Mimi Abdullah

Tolong jangan buat macam tu cikgu. Saya janji tak buat lagi. Terdengar suara Afzal sayu. Eleh, buat-buat kasihan depan cikgulah tu. Kalau sudah nakal tu, nakallah juga. Memang tidak boleh buat apa. Sudah. Pergi balik semula ke tempat awak! bentak Cikgu Safarin pada Afzal yang masih lagi tercegat dan menundukkan kepala. Tanpa membuang masa, aku langsung mengambil kotak pensel yang sedang berada di dalam tong sampah bersama timbunan kertas-kertas dan habuk-habuk yang ada di dalamnya. Aku membersihkan kotak pensel dengan tangan sambil ditegur oleh Cikgu Safarin yang sudah pun berdiri di sebelahku. Kotor tak? Cikgu Safarin menyoal dan tersenyum. Aku hanya menggelengkan kepala dan membalas senyumannya juga. Dah, pergi balik semula ke tempat Anis. Saya nak memulakan pengajaran. Aku mengangguk dan akur. Kaki mengorak langkah. Mata memandang Cikgu Safarin. Terimbau kembali pada kenangan semalam di mana aku sudah menolak pemberian wang daripadanya. Apabila terlihat senyuman yang terukir pada bibirnya. Baru kini aku tahu Cikgu Safarin tidak berkecil hati. Alhamdulillah.

KRINGGG!!! Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Aku seperti

67

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

biasa tidak dapat ke kantin kerana wang berjumlah satu ringgit yang berada di dalam poket perlu aku simpan terlebih dahulu. Wang yang berjumlah sekecil ini perlu aku gunakan untuk membeli makanan di kantin bagi mendapatkan sedikit tenaga untuk menjalani latihan sukan pada waktu petang. Apabila kawan-kawan lain dengan girangnya keluar dari kelas menuju ke kantin untuk mengisi perut masingmasing, aku pula berlalu ke perpustakaan membawa buku rujukan Bahasa Melayu yang dibelikan oleh Cikgu Safarin tempoh hari. Pelawaan daripada Diana untuk membelanja aku makan di kantin terpaksa aku tolak mentah-mentah. Aku sudah tidak mahu lagi menyusahkan Diana. Setibanya aku di dalam perpustakaan, suasana kelihatan agak lengang dengan ketiadaan pelajar-pelajar lain. Yang ada hanyalah dua orang pengawas perpustakaan yang sedang sibuk menyusun buku-buku di atas rak. Aku berjalan menuju ke sebuah meja yang agak tersorok daripada pandangan umum. Kerusi kutarik perlahan dan mula duduk dengan tegak untuk memberi sepenuh perhatian pada buku rujukan yang kini sedang kutatap. Setelah hampir sepuluh minit berlalu, tiba-tiba sahaja aku berasa bosan apabila menghadap buku rujukan yang kini berada di depan mata. Pantas saja aku menutup buku rujukan Bahasa Melayu itu dan mula berdiri untuk mendapatkan bahan bacaan yang lain. Aku berjalan menghampiri rak buku yang berada di hadapan meja tempatku berlabuh sebentar tadi. Satu per satu buku-buku yang berada di atas rak itu kutilik sekadar mencuci mata kerana mahu menghilangkan rasa bosan yang melanda sebentar tadi. Seperti orang yang tidak ada kerja, buku-buku yang berada di atas rak kutarik dan kutolak semula.

68

Rafina Mimi Abdullah

Tiba pula pada sebuah kamus yang agak tebal. Aku mahu melakukan perkara yang sama seperti tadi. Tapi kali ini kamus yang kutarik tidak berganjak dari tempat asalnya. Dahiku berkerut dan berasa pelik seolah-olah kamus tebal itu mempunyai Gam Gajah yang terdapat pada permukaan bawahnya. Aku mencuba sekali lagi dan kali ini aku berjaya menariknya keluar dari atas rak. Dengan tidak semena-mena, muka Cikgu Safarin tiba-tiba saja terjojol di sebelah sana. Dia tersenyum. Aku mengurut dada kerana sedikit terperanjat. Kemuculannya yang secara tiba-tiba itu membuatkan aku geram! Aku menarik muka kelat dan berlalu. Aku kembali semula ke meja dan menarik kerusi sambil menjeling sedikit ke sebelah kanan. Bunyi derap kaki Cikgu Safarin jelas kedengaran. Aku tahu dia sedang menuju ke arahku. Kini, Cikgu Safarin sudah berdiri betul-betul di hadapanku. Tangannya menarik kerusi perlahan. Lirikan mata serta senyumannya memberi seribu erti yang masih lagi kabur untuk aku fahami. Aku hanya memandangnya sahaja dan tidak menegur. Perasaan geram yang aku rasa sebentar tadi masih lagi belum hilang. Anis marahkan saya? Soalan apakah itu wahai cikgu? Takkan masih tidak faham, kalau aku bermuka kelat sebegini... sudah tentulah aku marah. Saya minta maaf. Saya tak tahu apabila saya mengusik begitu, Anis tidak senang dengan usikan saya. Perlahan saja bunyi suara Cikgu Safarin. Aku masih lagi diam. Tidak mahu bersuara. Sengaja! He he he....

69

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Anis.... Cikgu Safarin bersuara romantik menyeru namaku. Dalam hati sudah terasa geli satu macam. Hendak tergelak terpaksa kutahankan. Aku memeluk tubuh konon-kononnya berlagak. Ceh! Nampaknya Anis betul-betul marahkan saya. Tak mengapalah kalau Anis tidak mahu menegur saya. Tapi, izinkan saya duduk di sini sekejap dengan Anis. Boleh, kan? Lagi sekali Cikgu Safarin bersuara romantik. Aku sudah terasa lain macam benar dengan gelagat Cikgu Safarin sejak kebelakangan ini. Sememangnya dia seorang yang suka mengusik! Saya selalu perhatikan Anis setiap kali waktu rehat, Anis tak pernah ke kantin. Anis tak lapar? Alahai... takkan aku masih mahu berdiam diri? Kasihan pula padanya yang masih setia menemani aku di dalam perpustakaan ini. Mengajukan soalan pula bernada simpati. Perlahan aku menggelengkan kepala. Saya sudah biasa cikgu. Keluhan kecil kulepaskan, kepala kutundukkan sambil menggosok-gosokkan ibu jari kiri pada telapak tangan tangan. Tapi saya tak biasa bila dapat tahu anak murid kesayangan saya menahan lapar begini. Tengah hari nanti saya nak bawa Anis makan di luar. Mahu tak? Cikgu Safarin mencuri pandang ke wajahku yang sedikit terlindung oleh tudung dek angin yang terhasil daripada kipas siling di dalam perpustakaan ini. Tak apalah cikgu. Saya tak mahu nanti ada pelajar-

70

Rafina Mimi Abdullah

pelajar lain yang bergosip apabila mereka nampak saya naik kereta dengan cikgu. Takkan cikgu tak faham bagaimana kebanyakan pelajar perempuan di sini meminati cikgu terutama sekali kakak-kakak dari tingkatan enam tu. Tidak termasuk cikgu-cikgu pelatih perempuan yang menyimpan perasaan pada cikgu. Aku mengangkat muka dan memandang tepat pada Cikgu Safarin yang sedang tersenyum mesra. Riak wajahnya seakan-akan gembira apabila aku berbicara seperti itu. Maklum sajalah, apabila orang sudah punya ramai peminat, sedikit sebanyak dia mungkin berbangga dengan dirinya. Kenapa Anis nak ambil peduli pada mereka semua? Buat tak tahu saja. Saya nak bawa Anis pergi makan ke, naik kereta dengan saya ke, itu saya punya suka. Asal saja Anis bersetuju untuk menerima jemputan saya. Okey? Apabila mendengarkan penjelasan daripada Cikgu Safarin, aku langsung terdiam. Apa yang dia cakap memang betul tapi bagaimana dengan mulut orang? Belum pun sempat aku berkata sesuatu, Cikgu Safarin kembali menyambung bicaranya. Nanti kalau Anis selalu sangat menahan lapar begini, saya risau Anis jatuh sakit. Cikgu Safarin memandang ke arah buku rujukan Bahasa Melayu yang berada di hadapanku. Pandangan matanya kini tertumpu pada kotak pensel yang berada di atas buku rujukan tersebut. Kotak penselku ditariknya perlahan. Zip dibuka, lalu sebatang pen dikeluarkan. Sejurus kemudian, buku rujukan Bahasa Melayu yang dibelinya tempoh hari juga ditariknya. Helaian muka hadapan diselak dan Cikgu Safarin menulis sesuatu di atasnya.

71

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Aku menegakkan badan sambil menjulurkan kepala, cuba menghendap apa yang sedang ditulis oleh Cikgu Safarin tapi dia cepat-cepat melarikan buku rujukan itu lalu diletakkan pula di atas riba. Bibirnya mengukir senyuman pelik. Semakin hari semakin di luar dugaan pula tingkah laku cikgu yang menjadi kegilaan ramai di sekolah ini. Sambil dia menulis, dia mengangkat muka dan tersenyum. Kemudian, dia menundukkan kepalanya semula dan kembali menyambung apa yang sudah ditulisnya. Huk aloh... seperti main sorok-sorok pula. Aku gigit baru tahu. Setelah selesai dia menulis, buku rujukan Bahasa Melayu itu dipulangkan kepadaku semula. Dengan perasaan yang tidak sabar, aku terus menyelak helaian muka hadapan buku rujukan itu dan langsung membacanya. Gadis comel yang sedang duduk di hadapan saya ini sering kali membuatkan hati dan perasaan saya jadi tidak menentu. Sering sahaja terbayang-bayang wajahnya di ruangan mata saya. Pertama kali saya bertembung dengannya di tangga tempoh hari, sejak itulah hati saya sudah terpaut dengan kesederhanaannya, kelembutannya tapi dia mempunyai satu sikap yang kadangkala membuatkan saya runsing. Dia agak degil orangnya. Agak susah untuk saya memujuknya supaya menerima apa saja bantuan daripada saya. Saya sangat mengambil berat tentang dirinya kerana satu sebab... SAYA CINTAKAN DIA. Walaupun saya sedar jarak umur antara saya dengannya terlalu jauh, tapi saya sanggup menunggunya.

72

Rafina Mimi Abdullah

Menunggu untuk persekolahannya.

dia

menghabiskan

Nurul Anis... indah sekali namanya. Secantik dan selembut orangnya. Alhamdulillah, terkabul juga hasrat saya untuk meluahkan semua ini yang sering kali terganggu dalam suasana yang tidak terduga. Erk! Aku terkedu. Memang betul cakap Diana selama ini. Cikgu Safarin jatuh hati pada aku! Anis.... Ye.... Dah baca? Ermmm... sudah.... Saya tak memaksa. Saya tahu Anis masih bersekolah. Tentu Anis agak saya cuma main-main. Tapi kalau itulah yang sedang Anis fikirkan sekarang, ternyata ianya salah sama sekali. Saya serius. Kenapa cikgu? Kenapa apa? Kenapa sampai cikgu boleh jatuh hati dengan saya? Kerana saya mendapati dalam diri Anis mempunyai satu karakter lain daripada yang lain. Perwatakan yang Anis tunjukkan depan saya tidak seperti orang yang berumur tujuh belas tahun. Cara Anis bercakap dengan saya, tingkah laku Anis yang saya nampak di depan mata saya, tidak menunjukkan seperti Anis seorang remaja yang berusia belasan tahun. Begitu juga dengan cara Anis memandang saya. Sinaran yang terpancar daripada sepasang mata kecil itu

73

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

sudah cukup membuatkan saya mengenali siapa diri Anis yang sebenarnya. Agak boleh tahan juga ayat-ayat yang digunakan oleh Cikgu Safarin ni. Sudahlah maco, pandai menyusun ayat pula tu. Pasti cairlah sesiapa saja yang mendengarnya. Bagaimana dengan aku?

74

Rafina Mimi Abdullah

Bab 8
DUH!!! Terasa lenguh seluruh anggota badan apabila membuat kerja sekolah di atas lantai begini. Aku memandang ke arah Nurul Alia, adik ketigaku yang tertidur kepenatan setelah menyiapkan kerja sekolahnya. Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada. Kedinginan barangkali. Kasihan adikku. Aku bingkas dan menuju ke bilik untuk mengambil selimut nipis satu-satunya yang aku ada. Tubuh kecil adikku, Nurul Alia aku selimutkan. Dia sedikit pun tidak menyedari sehelai selimut nipis sudah membaluti badannya yang kedinginan. Terlalu lena barangkali. Pasti saja sudah diulit mimpi indah agaknya. Apabila memandang pada wajah Alia, aku tersenyum sendiri. Mengingati kembali detik-detik perbualan di antara aku dan dia. Kak... nanti bila kita dah besar, kita dah dapat kerja bagus-bagus, kita bina sebuah banglo untuk mak dan ayah ye?

75

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bersungguh-sungguh benar Alia berkata-kata kepadaku. Terbit sinar harapan pada seri mukanya. Dia memang seorang adik yang bercita-cita tinggi untuk membawa perubahan besar dalam keluarga kami. Insya-Allah kalau kita diberi kesempatan waktu dan umur kita masih panjang, pasti saja kita akan membina sebuah banglo untuk mak dan ayah kita. Aku tersenyum sumbing apabila berbicara seperti itu dengan Alia. Teringat kata-kata ayahku dulu mengenai niatnya yang mahu menyuruh aku berhenti sekolah kerana dia tidak mampu untuk menyara kesemua perbelanjaan sekolah adik-adikku yang lain. Tapi hasrat ayahku hanya setakat itu saja. Ayah tidak bersungguh-sungguh meminta aku berhenti sekolah kerana dia juga tahu pendidikan itu sangat penting bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Dalam hati tersemat satu angan-angan besar untuk berganding bahu dengan adik-adikku bagi merealisasikan impian kami bersama. Kenapa kakak tersenyum macam tu? Kakak ni macam tak yakin aje kita dapat bina sebuah banglo besar untuk mak dan ayah? Oh... rupanya Alia masih belum mengerti apa-apa. Pasti saja Alia tidak mengetahui hasrat yang sudah dinyatakan oleh ayah kepadaku selama ini. Tidak mengapalah, Alia baru saja berusia tiga belas tahun. Dia baru saja mahu mengenali erti hidup yang sebenar dan cuba belajar daripada pengalaman-pengalaman yang sudah ditempuhinya selama ini. Tiba-tiba ingatanku pada perbualan dengan Alia dikejutkan dengan bunyi bising dari luar rumah. Bunyi ekzos motor yang bingit!

76

Rafina Mimi Abdullah

Pasti saja itu Si Afzal budak yang paling nakal. Kenakalannya bukan saja terkenal di dalam kampung, malah namanya turut meniti daripada bibir ke bibir pelajar-pelajar yang selalu menimbulkan masalah di dalam kelas. Tunggu masa sahaja namanya akan dihantar pada Cikgu Adli yang merupakan guru disiplin di sekolah. Semakin lama, bunyi ekzos motosikalnya semakin nyaring! Dengan perasaan geram dan semangat yang berkobar-kobar, aku lantas berdiri dan menuju ke pintu. Daun pintu kuselak kasar! Memang sah! Itu Si Afzal dan rakan baiknya Kiz yang sedang duduk tertonggeng di atas motor untuk memulakan race barangkali. Cis! Hoi! Engkau berdua ni tak reti bahasa ke, hah? Memekak tengah-tengah malam! Aku bercekak pinggang tanda protes! Eh? Baby tak tidur lagi? Lagi sekali Afzal memanggil aku dengan panggilan itu. Muak! Macam mana aku nak tidur kalau bunyi bising dari ekzos motor kapchai buruk kau tu! Aku memerhati mereka berdua dengan tajam. Amboi sedapnya mulut kau mengutuk! Tiba-tiba Si Kiz menyampuk. Memang betul pun motor engkau orang berdua tu motor buruk. Aku tengok pun dah macam besi buruk yang dijual kat kedai Ah Thong Sam Pah atas bukit sana tu! Wah, boleh tahan juga aku punya bahasa ni. Buruk-buruk motor aku ni pun, sekurangkurangnya aku ada motor. Dapat juga aku naik motor buruk

77

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

aku ni ulang-alik ke sekolah. Bukan macam kau asyik jalan kaki aje! Kiz mula bersuara lantang. Dia menghina aku rupanya. Ah, aku peduli apa? Afzal hanya ketawa berdekah-dekah seperti seekor monyet yang berada di atas pokok! Sekurang-kurangnya kalau aku berjalan kaki pergi ke sekolah, aku tak adalah sampai nak menyusahkan mak bapak aku. Bukan macam kamu berdua yang suka menyusahkan mak bapak asyik kena bayar saman aje garagara kamu berdua tak ada lesen! Perghhh! Memang cukup pedas aku bagi. Sertamerta air muka Afzal dan Kiz berubah! Ha... baru tahu aku siapa. Jangan senang-senang mereka berdua mahu menghina aku. Hei Anis! Nasib baik kau cantik. Kalau tak, dah lama aku sumbat mulut kau dengan ekzos motor buruk aku ni tau! Afzal tiba-tiba meninggikan suara seolah-olah dia bengang dengan apa yang sudah aku nyatakan sebentar tadi. Haaa! Mengaku pun motor kau buruk ye Afzal? Aku tidak mahu mengalah dan masih lagi memerli kedua-dua mereka. Kalau mereka berdua mudah-mudah mempersendakan aku, aku pun boleh! Ah... pedulikan Si Anis tu Zal! Jom kita race! Kiz menepuk bahu Afzal. Wei Afzal, Kiz! Daripada kamu berdua berlumba motor dalam kampung ni, lebih baik pergi berlumba kat atas jalan raya besar tu. Barulah lelaki namanya! Dummm! Aku menghempas pintu dengan kasar. Uik? Nasib baik tak roboh pintu usang rumahku. Ki ki ki....

78

Rafina Mimi Abdullah

Adikku, Alia langsung tidak terjaga dengan bunyi bising di luar rumah tadi. Lena sekali tidurnya. Begitu juga dengan kedua-dua ibu dan ayahku yang masih nyenyak tidur di bilik. Dua lagi adik-adikku, Afida dan Alis masih asyik menonton TV. Walaupun peti televisyen yang kecil itu sudah terlalu uzur dan sering diketuk-ketuk untuk mendapatkan siaran yang sedikit terang, kami sekeluarga masih lagi setia dengan peti TV yang buruk itu kerana itu sahajalah hiburan yang kami ada di rumah. Fida, Alis... pergi tidur. Dah lewat malam ni. Esok nak pergi sekolah... tegasku pada adik-adik. Afida, adik keduaku bingkas bangun dan mengambil sebatang mancis yang berada di atas TV lalu dijolokkan batang mancis di tempat on/off pada TV usang itu. Tak menjadi la kak.... Dahi Fida berkerut kerana misinya untuk menutup siaran televisyen gagal. He he he... azabnya hidup. Tanggalkan aje plugnya tu. Selesai masalah. Aku memberikan idea mudah. Fida tersenyum. Adikku yang bongsu, Alis menghampiri kakaknya Alia yang sedang lena tidur dan langsung membaringkan badannya di sebelah Alia untuk berkongsi bantal dan selimut. Selamat malam Kak Anis.... Selamat malam Lis.... Aku berjalan memasuki bilik yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari tempat tidur adik-adikku di ruang tamu. Kasihan adik-adikku. Mereka tidak punya bilik seperti aku. Bilik yang aku diami

79

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

sekarang ini baru saja dibina oleh ayah dengan mengambil beberapa keping papan dinding yang sudah menjadi papan buangan di kilang papan tempat ayahku bekerja. Kasihan juga pada ayah. Dia tidak berupaya untuk memberi keselesaan pada anak-anaknya. Tidak mengapalah ayah. Tunggu sajalah bila Anis sudah tamat persekolahan, Anis akan bekerja dan membantu ayah. Tidak perlulah Anis menyambung pelajaran ke mana-mana universiti atau kolej. Anis tidak mahu lagi memberikan bebanan pada ayah. Aku membetulkan kain batik yang kupakai lalu duduk bersimpuh di atas lantai sambil membuka gulungan tilam yang berada di satu sudut ruangan bilikku yang kecil. Tilam nipis dan usang itu kutepuk-tepuk lalu kusapu beberapa kali dengan kedua-dua tangan bagi menghilangkan habuk. Setelah tilam dibuka, aku mengambil pula sehelai kain batik bersih yang terlipat kemas di atas rak baju dan mula menghamparkannya di atas tilam sebagai mini cadar. Hurmmm... ini sajalah yang termampu aku sediakan untuk membuatkan diri berasa lebih selesa bagi melelapkan mata sementara menunggu hari siang. Sambil membaringkan badan akibat keletihan di siang hari, aku mula memikirkan tentang luahan isi hati Cikgu Safarin terhadapku yang ditulisnya di dalam buku rujukan Bahasa Melayu semalam. Lantas, aku tersenyum sendiri apabila memikirkan hal itu. Tiba-tiba ingatanku kembali pada perbualan semalam semasa aku dan Cikgu Safarin makan di sebuah restoran yang terletak agak jauh dari sekolah. Anis tak cakap apa-apa lagi dengan saya selepas membaca isi hati saya dalam buku rujukan tu. Sama ada Anis suka atau tidak, saya masih belum tahu jawapannya. Cikgu

80

Rafina Mimi Abdullah

Safarin tiba-tiba bersuara setelah dia selesai menghabiskan makanannya. Aku masih lagi leka menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Maklum sajalah, aku tidak pernah makan sesuatu yang selazat ini di rumah sepanjang usiaku yang sudah menjangkau ke angka tujuh belas. Kemudian, aku berhenti seketika menikmati rezeki yang ada. Air tembikai susu yang diorder oleh Cikgu Safarin kusedut beberapa kali. Apabila soalan itu yang diajukan, aku mula mengambil nafas beberapa saat sebelum berbicara. Cikgu nak tahu jawapannya sekarang ke? Kalau itu yang Anis mahu dan sudah bersedia, terus terang sajalah dengan saya. Kalau suka, katakan saja suka. Kalau tak suka pun cakap sajalah. Saya bersedia menerima apa saja yang akan Anis perkatakan. Saya sukakan cikgu tapi.... Suaraku terhenti. Ada tapi-tapi pulak dah? Cikgu Safarin mengukir senyum sambil tangannya mencapai sehelai tisu yang berada di dalam bekas lalu disapukan dahiku dengan tisu itu. Aik? Kenapa pulak? Anis ni nampak lebih comel pula bila ada sebutir nasi yang melekat kat atas dahi tu. He he he.... Erk! Eee... malunya! Cikgu ni, buat malu saya aje. Apa yang Anis nak malukan? Cikgu tak perlulah tolong sapukan sebutir nasi yang melekat kat dahi saya tadi. Apa salahnya kalau cikgu beritahu saja pada saya? Tahulah saya macam mana nak sapu sendiri. Cikgu layan saya macam budak-budak pulak. Tak sukalah macam ni, rungutku. Aku menarik muka masam. Dalam hati geram dengan tindakan berani Cikgu Safarin.

81

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Anis marah? Aku yang masih lagi geram dan pertanyaan daripada Cikgu Safarin sedikit pun aku tak hiraukan. Anis betul-betul marahkan saya? Lagi sekali dia menyoal sambil merapatkan dirinya pada meja dan menundukkan kepala untuk mencuri pandang pada wajahku barangkali. Marah sikit tapi geramnya banyak. Cikgu tidak sepatutnya menyentuh saya sesuka hati cikgu. Hari tu masa dekat PSI, cikgu sentuh hidung saya. Hari ni cikgu sentuh kat dahi pula. Saya tak suka cikgu sentuh-sentuh saya lagi lepas ni. Saya tahu cikgu cintakan saya tapi itu tidak bermakna cikgu boleh memperlakukan saya dengan sewenang-wenangnya. Cikgu lebih berusia daripada saya, seorang guru pula tu. Sepatutnya cikgu lebih tahu mana baik dan mana buruknya. Satu das, dua das, tiga das dan beberapa kali das lagi aku bagi pada Cikgu Safarin. Dia menggaru-garukan kepala sambil melepaskan keluhan kecil. Anis... walaupun saya seorang guru, tapi saya juga seperti orang lain yang mempunyai keinginan untuk memberi layanan mesra pada seseorang yang saya cinta. Seorang guru hanyalah manusia biasa. Saya bukannya malaikat. Saya minta maaf kalau Anis tidak senang dengan cara saya, luah Cikgu Safarin bernada sayu. Aku tersentuh. Errr... saya juga nak minta maaf pada cikgu. Saya agak keterlaluan apabila bercakap seperti itu. Aku tertunduk dan tidak berani untuk bertentang mata dengan Cikgu Safarin yang masih lagi tidak mengalihkan pandangan matanya pada aku.

82

Rafina Mimi Abdullah

Apa yang Anis cakap tadi tu memang ada betulnya. Saya memang tidak berhak untuk menyentuh Anis sesuka hati saya. Sekarang Anis beritahu sajalah pada saya sama ada Anis sukakan saya atau tidak. Ye... saya sukakan cikgu. Aku masih lagi tertunduk dan tidak berani untuk mengangkat muka. Cinta? Cikgu Safarin menyoal ringkas tapi aku tidak faham. Kan saya dah bagitau, saya sukakan cikgu. Anis, antara suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Anis hanya cakap Anis sukakan saya tapi Anis tak cakap yang Anis cintakan saya.... Isy, mengada-ada pula Cikgu Safarin ni. Tak sama ke cikgu? Aku menyuarakan soalan alaala skema padahal aku sendiri pun sudah tahu antara suka dan cinta memang dua perkara yang tak sama. Tidak... ianya tak sama tapi hampir serupa. Huk aloh... sudah mulalah tu dia nak bersastera. Anis... cakaplah. Anis ada perasaan cinta pada saya ke tidak? Malu la cikgu.... Aku mula menyedut air tembikai susu sehingga ke paras bawah gelas. Cuba membuatkan diri berasa lebih selesa untuk bertenang. Anis, agaknya Anis fikir saya ini tidak layak untuk Anis, kan? Maklum sajalah, saya ni sudah berusia dua puluh tujuh tahun. Berjanggut pula tu. Mana mungkin gadis manis berusia tujuh belas tahun seperti Anis boleh terpikat dan jatuh hati pada saya, kan? Betul tak? Memang cikgu berjanggut tapi janggut cikgu janggut sejemput. Nipis pula tu. Saya suka. Heee....

83

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Cikgu janganlah cakap macam tu. Soal hati dan perasaan ni tidak mengenal rupa fizikal dan umur seseorang. Saya... saya... errr... saya.... Aku sudah mula tergagap-gagap. Tak mengapalah kalau Anis nak cakap yang Anis tidak cintakan saya. Saya boleh terima dengan lapang dada. Saya juga sebenarnya.... Sebenarnya apa Anis? Saya pun sebenarnya.... PONGGGG!!! Belum pun sempat aku hendak menghabiskan ayat, tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi hon yang kuat dari sebuah lori tangki minyak di atas jalan raya! Saya cintakan cikgu! Gulp! Cikgu Safarin tersengih dan tersenyum riang. Beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati makanan berhampiran dengan kami habis semuanya memberikan perhatian pada aku yang sudah tertunduk malu. Aku menepuk dahi apabila teringatkan suasana dan kejadian di restoran itu semalam. Malu dibuatnya apabila aku mengaku cintakan Cikgu Safarin dengan nada yang kuat sebegitu. Semuanya gara-gara hon yang kuat daripada sebuah lori tangki minyak! Grrr....

HARI ini seluruh isi kelas dikerah oleh Mr. Curly untuk turun ke padang. Entah apa lagi agaknya yang Mr. Curly hendak suruh kami buat. Cikgu yang berambut keriting ini memang

84

Rafina Mimi Abdullah

pelik orangnya. Cara dia mengajar pun lain daripada yang lain. Tetapi kadang-kadang aku pun suka dengan caranya yang sebegitu. Kamu dikehendaki mengikut setiap apa yang saya buat... okey? Okey sir! Pertama sekali, kamu semua mesti membuka mulut luas-luas! Masing-masing membuka mulut dengan seluasluasnya termasuk aku dan Diana. Kedua, sila sebut apa yang saya cakap. Sila sebut apa yang saya cakap! Kami semua mengikut apa yang diucapkan oleh Mr. Curly. Belum lagi! Mr. Curly separuh menjerit dan masing-masing menahan gelak. Again! Peeewwwiiitttt.... Aku dan Diana berpandangan sesama sendiri. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain. Tidak begitu pasti dengan apa yang dicakapkan oleh Mr. Curly. Adakah betul dia menyuruh kami membuat bunyi seperti itu? Ceh, rupanya Mr. Curly bersiul apabila Cikgu Syima lalu di hadapan kami. Ha ha ha! Cikgu Syima adalah cikgu yang paling cantik di sekolah dan masih bujang. Orangnya manis dengan senyuman. Ramai pelajar lelaki yang cuba memikatnya. Mereka tidak segan-silu memberikan segala jenis spesies bunga yang ada di dalam kawasan sekolah ini. Bunga raya pun menjadi mangsa! Kehadiran Cikgu Syima dan Cikgu Safarin di sekolah ini tiba-tiba sahaja menjadi satu fenomena di

85

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

kalangan pelajar-pelajar yang tergila-gilakan mereka berdua. Aku sebagai pelajar yang penuh dengan disiplin dan pendiam hanya memerhati saja dari jauh. Buat apa memuji mereka berdua sedangkan Cikgu Safarin sendiri adalah orang yang paling istimewa dalam hidup aku. Beruntung benar rasanya dapat menjadi seorang pelajar yang membuatkan Cikgu Safarin terpaut hati begini. Heee....

86

Rafina Mimi Abdullah

Bab 9
PABILA selesai menghabiskan waktu rehat di perpustakaan, aku segera bergegas kembali semula ke kelas. Sebelum menuruni tangga, terlihat dari jauh kelibat Farah Adlynn sedang berbual-bual dengan Cikgu Safarin di hadapan bilik guru. Patutlah muka Cikgu Safarin aku tidak nampak di dalam perpustakaan tadi. Rupa-rupanya dia dekat sini sedang berbual-bual dengan Farah Adlynn. Kalau tidak, memang pantang waktu rehat, pasti saja dia mengekori aku masuk ke perpustakaan. Farah Adlynn merupakan seorang pelajar perempuan yang paling popular di sekolah. Seorang yang sangat menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan diri. Tidak dinafikan Farah Adlynn memang cantik. Ramai pelajar lelaki cuba memikatnya lebih-lebih lagi dia anak kepada seorang YB. Farah Adlynn sangat berbangga apabila mempunyai status yang begitu tinggi di sekolah. Sikap gediknya juga

87

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

memberi perhatian pada sebilangan besar pelajar lelaki yang tergila-gilakannya. Dia juga sering dikelilingi oleh kawan perempuan yang ramai memandangkan dia seorang yang berduit. Tapi ada juga yang tidak ikhlas berkawan dengannya dan hanya menjadikan Farah Adlynn sebagai lubuk emas untuk mendapatkan sesuatu. Namun Si Farah Adlynn masih juga tidak sedar yang selama ini ada juga rakan yang suka mengambil kesempatan terhadap dirinya. Dia perasan dirinya begitu popular di sekolah sehingga ramai pelajar perempuan tidak senang dengannya termasuk aku. Yang paling aku menyampah dengan sikap Si Farah Adlynn yang sangat suka berlagak dan bermegah-megah dengan apa yang dia miliki. Dia juga selalu membandingbandingkan kecantikan dan kekayaannya dengan pelajarpelajar lain di sekolah. Untunglah dia tidak satu kelas dengan aku. Kalau tidak, pasti saja tiap-tiap jam aku akan termuntah hijau. He he he.... Isy, apa hal pula tu Si Farah Adlynn main tepuktepuk bahu Cikgu Safarin? Pantang tengok cikgu handsome, mulalah nak menggedik! Kelihatannya Si Farah Adlynn sedang tertawa. Entah apa yang Cikgu Safarin cakapkan padanya sehingga membuatkan dia ketawa begitu. Main tepuk bahu lagi tu. Tak tahu malu ke? Depan bilik guru pula tu. Menyampah! Cikgu Safarin pula kelihatannya macam biasa-biasa saja. Langsung tidak berganjak dari situ. Grrr.... Tiba-tiba sahaja Cikgu Safarin memandang sekilas ke arahku yang sedang tercegat menyaksikan satu drama yang agak menyakitkan mata. Pantas saja dia meminta diri daripada Farah Adlynn dan mula mengorak langkah menuju ke arahku.

88

Rafina Mimi Abdullah

Dia semakin hampir dan tersenyum tapi aku tidak ada hati untuk membalas senyumannya semula. Entah... barangkali aku cemburu apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Farah Adlynn terhadapnya sebentar tadi. Kini Cikgu Safarin sudah berdiri betul-betul di hadapanku. Aku mendongak apabila melihat ke arahnya yang mempunyai susuk badan lebih tinggi. Anis pandang saya tapi tak tegur saya, kenapa? Buat-buat tidak faham agaknya dia ni. Malaslah aku hendak melayan. Biarlah dia faham sendiri. Sebelum lagi banyak soalan yang keluar daripada mulutnya, lebih baik aku beredar saja dari sini. Lagipun aku dah terlambat untuk masuk ke kelas. Tapi mujurlah selepas ini bukannya jadual untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kalau tidak, tentu saja aku akan dimarahi lagi oleh Mr. Curly. Tanpa menghiraukan pertanyaan daripada Cikgu Safarin, aku segera memusingkan badan membelakanginya dan segera mahu beredar saja dari sini. Tiba-tiba Cikgu Safarin menyekat laluanku dengan berdiri tegak seperti seorang askar seolah-olah dia sengaja mahu menghalang pergerakanku. Isy... apa ni? Apabila aku melangkah ke kanan, dia juga melangkah ke kanan. Apabila aku cuba melangkah ke kiri, dia juga turut serta melangkah ke kiri. Lantas kujegilkan mata ke arahnya. Dahinya berkerut membawa maksud dia tidak mengerti apa-apa. Saya ada buat apa-apa salah pada Anis? Uik? Macam tahu-tahu saja. Aku menarik muka masam dan masih lagi mahu melepaskan diri daripada kepungannya. Lagi sekali aku cuba melangkah ke kanan, tapi langkah kakinya turut sama

89

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

bergerak ke kanan. Aku melepaskan keluhan panjang. Perasaanku sebal! Aku cuba pula bergerak ke sebelah kiri tapi sia-sia. Cikgu Safarin juga bergerak ke sebelah kiri. Eee... aku sepak kaki tu baru tahu... sudahlah buat aku cemburu, dia main sekat-sekat laluan aku pula! Anis... kenapa tak jawab pertanyaan saya? Cikgu boleh tak tolong ke tepi? Saya dah lambat nak masuk kelas. Anis marahkan saya? Nak marah kenapa pula? Ceh, pandai aku berlakon. Sebab saya tak pergi ke perpustakaan temankan Anis. Huh... cuma kerana itu? Kalau disebabkan hal itu, aku langsung tidak rasa apa-apa. Hanya setakat dia tidak dapat temankan aku di dalam perpustakaan itu tadi, itu langsung tidak menjadi hal bagi aku. Saya sikit pun tak kisah kalau cikgu tak dapat temankan saya. Lagi sekali aku cuba menyembunyikan gelodak cemburu yang kini aku rasa. Betul tak kisah? Dia menundukkan kepalanya sedikit dan menatap wajahku agak lama. Lantas aku tertunduk untuk menyembunyikan perasaan sebenar sekiranya dia dapat membacanya daripada riak wajahku. Ermmm.... Aku mengangguk perlahan. Malas mengangkat muka dan bertentang mata dengannya. Kenapa Anis tak kisah? Sebab ada orang lain yang boleh temankan saya. Eh, apa aku merepek ni?

90

Rafina Mimi Abdullah

Siapa? Afzal? Kiz? Afzal? Kiz? Huh... tak kuasa aku! Muka Cikgu Safarin sedikit berubah. Takkan dia cemburu pula? Hu hu hu... padan muka. Itulah, pandai-pandai aje dia melayan Si Farah Adlynn tu berbual dan sekali gus menerbitkan perasaan cemburu dalam diri aku. Cikgu, tolonglah bagi laluan. Saya dah lambat. Okey, kalau Anis tak nak jawab pertanyaan tu, sila jawab pertanyaan ni pula. Kerja sekolah yang saya bagi semalam dah siap? Sudah. Aku menjawab ringkas tanpa mengangkat muka. Setelah mendengar jawapan yang keluar daripada mulutku, Cikgu Safarin menjarakkan dirinya dan membuka ruang untuk aku berlalu pergi. Terima kasih cikgu. Terima kasih ketat-ketat dan menyampah ketat-ketat dekat cikgu. Hanya mampu terdetik di hati saja. Tidak mampu untuk meluahkannya. Kalaulah aku berkata begitu di hadapannya, sudah pasti aku akan dibawa berjumpa dengan Cikgu Adli, guru disiplin di sekolah ini. He he he....

JORAN yang aku tinggalkan di sungai tidak memberikan hasil seperti apa yang aku harapkan. Termenung aku seketika apabila memikirkan lauk apakah yang akan terhidang di dapur tengah hari nanti? Kasihan ibuku di rumah. Pasti saja dia sedang terfikir menu apakah yang hendak dimasaknya hari ini

91

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

memandangkan ayahku sudah tiga hari tidak bekerja kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan. Hidup kami sekeluarga tidak ubah seperti kais pagi makan pagi. Sekiranya ayahku tidak bekerja, maka tiadalah duit gaji yang akan diterimanya pada hari itu. Sampai bilakah agaknya kemelut ini akan berterusan? Aku sudah tidak berdaya lagi melihat kesusahan yang ditanggung oleh ayah dan ibuku. Betapa sukarnya perjalanan hidup kami seharian. Aku melepaskan keluhan panjang dan mula mengharungi anak sungai menuju ke tebing. Sudah tiba masanya aku pulang memandangkan senja semakin menghampiri. Semasa mendaki puncak tebing yang agak tinggi, satu suara tiba-tiba menegurku. Anis buat apa dekat sini sorang-sorang? Tak takut ke? Eh, Cikgu Safarin? Buat apa pula dia datang ke mari? Bagaimana pula dia dapat tahu aku berada di sini? Cikgu datang dari mana? Tiba-tiba muncul? Cikgu Safarin menghulurkan tangannya bagi memudahkan aku untuk sampai ke puncak tebing. Tapi tangan yang terhulur itu tidak pula aku menyambutnya kerana aku sudah biasa menaiki tebing ini seorang diri. Sepasang kakiku masih kuat. Aku tidak perlu dibantu. Bukan sombong atau apa. Tapi apabila memikirkan hal yang berlaku pada dua hari lepas, aku jadi malu. Aik? Dah bercinta dengan saya pun Anis masih panggil saya cikgu lagi ke? Dia tersengih gatal. Aku mengerutkan muka. Heee.... Habis tu nak panggil apa? Aku membongkokkan sedikit badan untuk menjatuhkan semula lipatan kaki seluar

92

Rafina Mimi Abdullah

trek yang aku pakai. Kemudian kembali menegakkan badan sambil sepasang mataku melilau mencari selipar yang aku tinggalkan di atas tebing ini. Aik? Ke mana pula selipar aku ni menghilang? Panggil la Abang Safarin ke, Abang Arin ke atau lebih ringkas lagi, panggil abang dah le. Cikgu Safarin menggosok dagu dan bermain-main dengan janggut sejemputnya. Eee... macam orang gatal aje. Tak senonoh. Isy... tak mahulah saya. Malulah nak panggil abang-abang ni. Aku tersenyum simpul sambil mata sibuk mencari seliparku yang hilang entah ke mana. Alahai... manalah pergi selipar aku ni? Nak malu kenapa? Bukannya ada orang lain yang dengar. Kalau dekat kawasan sekolah, Anis panggillah cikgu. Tapi kalau dekat luar macam ni, panggil la abang. Sejuk telinga saya dengar. Boleh tak? Saya segan.... Aku mula berjalan dengan hanya berkaki ayam setelah sepasang selipar burukku tiba-tiba saja ghaib. Anis nak ke mana pulak tu? La... nak baliklah. Nak pergi mana lagi? Nak balik dengan berkaki ayam macam tu ke? Ye la. Kenapa? Tak boleh? Cikgu Safarin tersenyum. Kemudian bunyi pula suara tertawa kecil yang keluar daripada mulutnya. Macamlah dia tak pernah melihat orang berkaki ayam? Pelik Cikgu Pareng ni. Heee.... Jom naik kereta saya. Saya hantarkan. Tak apalah. Rumah saya dekat aje.

93

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Jangan degil. Uik? Tiba-tiba pula Cikgu Safarin bersuara tegas. Tak mahulah. Dah kerap sangat saya naik kereta dengan cikgu. Nanti kalau ayah saya dapat tahu, habislah saya. Silap hari bulan cikgu pun kena. Ye ke? He he he...! Eh, boleh pula dia tersengih macam tu? Tak takut pada ayah aku agaknya. Jangan main-main dengan ayah aku. Tuk guru silat tu. Pandai-pandai aje dia nak suruh anak dara orang selalu sangat naik kereta dengannya. Nanti tak pasalpasal tubuh kurus Cikgu Safarin ni dilipat dua. Ha ha ha! Cikgu tak takut pada ayah saya ke? Ayah saya tu garang tau. Guru silat pulak tu. Haaa.... Aku menggerakgerakkan jari telunjuk ke arah Cikgu Safarin yang masih lagi tersengih. Pelik dengan perangai dan tingkah lakunya apabila dia hanya menggelengkan kepala dan mencebikkan bibir. Anis agak-agak, macam mana saya dapat tahu Anis sedang berada kat sungai ni? Dahiku berkerut. Betul juga. Entah bagaimana pula Cikgu Safarin ni dapat tahu yang aku berada di sini. Entah... mungkin kebetulan cikgu lalu dekat kawasan ni dan ternampak saya. Cikgu Safarin tertawa. Sebenarnya tadi saya ke rumah Anis. Kebetulan ayah Anis ada kat rumah. Dia tak kerja hari nikan? Aku mengangguk perlahan tanda mengiakan. Saya bertanyakan pasal Anis. Dia beritahu Anis ada kat sungai ni. Sebab itulah saya datang ke mari. Isy... isy... isy, garang betul la ayah Anis tu. Habis koyak telinga saya dikerjakannya. Kih kih kih...!

94

Rafina Mimi Abdullah

Hamboi... perli aku nampak? Aku mula naik geram. Tanpa menghiraukan Cikgu Safarin yang masih berdiri dan tertawa, aku memulakan langkah untuk beredar walaupun terpaksa berkaki ayam. Anis... panggil Cikgu Safarin. Aku berlalu tanpa mengendahkannya. Sepasang kakiku terus berjalan menyusuri tebing sungai. Untuk pulang ke rumah dengan lebih cepat, aku terpaksa melalui satu jalan pintas iaitu dengan meredah hutan kecil yang kini berada di depan mata. Anis... balik semula ke sini. Jangan berani masuk situ. Kedengaran suara Cikgu Safarin separuh menjerit tetapi aku langsung tidak mahu berpaling ke arahnya. Sesedap rasa aje dia perli aku. Aku cekik nanti baru tahu. Aduh!!! Aduhhh! Apa benda yang aku pijak ni? Aku jatuh dan terduduk setelah merasakan ada satu benda tajam yang melekat pada tapak kaki. Perlahan-lahan aku mengintai ke arah tapak kaki yang sedang... berdarah? Cikgu!!! Aku berpaling ke belakang dan mendapati Cikgu Safarin sedang berlari menuju ke arahku. Jatuh pulak dah? Hurmmm... degil sangat, padan muka. He he he. Eee... geramnya aku. Jahatnya dia. Sampai hati dia ketawakan aku. Dia tak nampak ke kaki aku berdarah? Rabun dekat agaknya dia ni. Aku cucuk biji mata tu nanti baru tahu. Cikgu, sakitlah.... Cikgu Safarin melihat-lihat pada tapak kakiku yang tercedera.

95

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Isy, parah ni. Kalau bawa pergi hospital, tentu kena potong! Cikgu ni kenapa dari tadi lagi asyik perli-perli saya? Saya bergurau aje. Tak nak bagi Anis panik. Ermmm... berdarah ni. Anis terpijak kaca agaknya. Boleh berdiri tak? Atau nak saya dukung? Aku langsung diam. Tanpa menunggu aku berbicara, dengan tidak semena-mena Cikgu Safarin mengangkat tubuhku lalu didukungnya menuju ke kereta. Erk! Aku terpaku dan terus kehilangan kata-kata. Isy, ringannya budak ni. Ringan macam kapas! Huk aloh... sempat lagi tu dia perli aku. Nasib baik saya ringan. Kalau saya berat, dah tentu cikgu campak saya kat dalam sungai tukan? Takkan sampai hati saya nak campak tubuh yang sekecil ini ke dalam sungai? Langsung tak berbaloi. Ikan sepat, ikan haruan, ikan keli, ikan sembilang, jangankan kata nak makan, pandang pun tak mahu. He he he...! Uik? Ini sudah melampau. Tak mengapa, mujurlah cikgu ni baik. Kalau tidak, dah lama aku gigit telinganya tu! Hu hu hu.... Aku tersenyum, dia juga tersenyum. Mata bertentang mata. Jantungku berdegup laju seperti kereta formula one yang sedang berada di atas litar lumba. Eh, aku rasa seperti tidak elok pula apabila berkeadaan begini. Seorang cikgu lelaki sedang mendukung anak murid perempuannya. Cikgu turunkan saya.

96

Rafina Mimi Abdullah

Sikit lagi dah nak sampai kat kereta. Aku jadi tidak selesa dan mula rasa cuak. Setibanya kami di kereta, Cikgu Safarin membuka pintu kereta dalam kepayahan. Cikgu boleh turunkan saya sekarang. Susah cikgu nak buka pintu. Tak susah pun. Dah boleh buka dah. Setelah pintu kereta dibuka, perlahan-lahan Cikgu Safarin mendudukkan aku. Kemudian, dia menundukkan kepala sambil melihat pendarahan pada kecederaan di kaki sebentar tadi. Tiba-tiba, aku terpandang pada sepasang selipar yang kini berada di hujung kaki. Hoh? Selipar aku! Bila masa dia ambil? Grrr....

97

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Bab 10
ARI ini aku tidak bersekolah kerana cedera pada tapak kaki akibat terpijak benda tajam di sungai semalam. Sehari suntuk aku hanya berehat sahaja di rumah. Teringat pula tentang kejadian semalam. Sebaik sahaja Cikgu Safarin menghantarku pulang ke rumah, dia dengan slumber badaknya meminta izin daripada ibu dan ayahku untuk membawa aku ke klinik. Aku hairan, bagaimana ibu dan ayahku memberi keizinan padanya dengan begitu mudah. Jampi serapah apa agaknya yang Cikgu Safarin baca? Yang paling aku hairan adalah sikap ayahku. Ke mana hilangnya sikap tegas yang ditunjukkannya selama ini? Bagaimana ayahku boleh patah kuku dengan Cikgu Safarin? Siap berjemput Cikgu Safarin naik ke rumah pula untuk bersolat maghrib dan makan malam bersama. Alahai... aku agak terperanjat apabila ayahku menjemput Cikgu Safarin makan memandangkan aku tahu tiada lauk yang dapat ibuku sediakan semalam. Rupanya awal-awal lagi ayahku sudah membeli satu tin sardin jenama

98

Rafina Mimi Abdullah

paling murah dan beberapa biji telur untuk digoreng. Aku menarik nafas lega. Tapi aku terfikir, daripada mana pula ayahku dapat duit? Ermmm... pasti ayahku berhutang lagi. Isy, sudah. Banyak betul mengelamun hari ini. Maklum sajalah, tidak banyak aktiviti yang dapat aku buat di rumah. Aku membetulkan kain batik dan berjalan perlahan menuju ke luar rumah untuk mengambil angin. Asyik terperap saja di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa. Ibuku di dapur pasti saja sibuk menyiapkan makan tengah hari untuk dihidangkan nanti. Sampai di muka pintu, aku duduk di beranda usang bertemankan Si Pia gelaran kepada seekor kucing yang menjadi kesayangan aku dan adik-adik. Sejak kedatangan Pia di rumah ini, sedikit sebanyak dapat menghiburkan kami sekeluarga terutama sekali adik-adikku yang suka melayan kenakalan Pia. Ralit bermain dengan Pia, tidak aku sedari sebuah kereta menyusuri masuk ke halaman rumah. Cikgu Pareng? Eh, Cikgu Safarin? Eh, abang? Wekkk...! Tapi... siapa pula perempuan di sebelahnya itu? Aku memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada susuk tubuh perempuan yang duduk di tempat duduk sebelahnya. La... Diana rupa-rupanya. Aku fikirkan Si Farah Adlynn. Ceh, apa hal pula Si Farah gedik itu hendak datang ke rumahku yang uzur ini sedangkan di sekolah aku dengannya merupakan musuh ketat paling utama. Semuanya gara-gara dia cemburukan aku memandangkan kulitku lebih putih daripadanya barangkali. Cis, perasan aku. Ha ha ha! Assalamualaikum.... Cikgu Safarin memberi salam dan tersenyum. Satu hari aku tidak dapat melihat wajahnya sudah

99

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

terbit perasaan rindu yang menggamit. penampilannya pada hari ini. Ehem....

Agak

segak

Waalaikumussalam.... Salamnya kujawab sambil melemparkan senyuman rindu untuknya. Erk, rindu ke? Anis! Isy minah ni. Tak reti bagi salam agaknya. Aku bagi penampar tahap seratus nanti baru tahu. Wah, agak brutal aku pada hari ini. Hi hi hi.... Anis sihat hari ni? Kaki macam mana? Dah okey? Alhamdulillah saya sihat. Kaki pun dah okey sikit. Esok saya sudah bersedia pergi sekolah. Eh? Kaki kau dah sembuh ke? Cepatnya kau dah nak pergi sekolah? Haaa... ni mesti kau tak sanggup nak berpisah lama-lama dengan Cikgu Safarin nikan? Hi hi hi...! Tiba-tiba Diana menyampuk sambil dia menggerak-gerakkan jari telunjuknya. Aku membalasnya dengan hanya menjelirkan sedikit lidah pada Diana sambil melindungi mulut dengan tangan supaya Cikgu Safarin tak nampak. Kehadiran Cikgu Safarin dan sahabat baikku Diana sedikit sebanyak menghilangkan rasa bosan yang aku alami hari ini. Kami berbual lama membawa ke petang sehingga memaksa kedua-duanya bersolat asar di rumahku yang usang.

SEMASA waktu rehat, seperti biasa aku menuju ke perpustakaan. Langkah yang kuatur agak perlahan memandangkan aku masih lagi rasa tidak selesa dengan keadaan tapak kakiku yang berbalut di dalam stoking. Tapi

100

Rafina Mimi Abdullah

mujurlah rasa sakitnya sudah tidak ada lagi kesan daripada pil penahan sakit yang aku telan pagi tadi sebelum datang ke sekolah. Sambil mengatur langkah, aku menoleh ke belakang beberapa kali kerana aku dapat mendengar dengan jelas bunyi derap kaki seseorang sedang berjalan di belakangku. Dalam fikiran sudah dapat kuagak tuan empunya bunyi derap kaki itu. Aku tersenyum sendiri. Pasti saja milik bunyi derap kaki itu adalah daripada Cikgu Safarin, Abang Arin, abang atau whatever la! Ki ki ki.... Sampai saja aku di perpustakaan, kelibat Cikgu Safarin mula kelihatan di sebelah. Tiba-tiba sahaja dia berjalan seiringan denganku sambil tersengih. Ada-ada sajalah dia ni. Cikgu Safarin sering kali muncul dalam keadaan tidak terduga begini atau dia memang sudah lama perhatikan setiap gerak-geriku? Lagak seperti seorang penyiasat yang sedang mengekori seorang suspect! Heee.... Hari ini suasana di dalam perpustakaan agak sesak. Aku menarik nafas lega. Tidak mahu keadaan di dalam perpustakaan lengang seperti selalu memandangkan sekarang ini aku sering kali ditemani oleh Cikgu Safarin yang mempunyai ramai peminat di sekolah ini. Nanti tidak pasalpasal pula menjadi buah mulut. Itu yang aku tidak suka. Sekiranya kami berdua berada di dalam perpustakaan dalam suasana sesak seperti ini, sekurang-kurangnya tidak ada yang mengesyaki apa-apa. Cikgu Safarin menarik sebuah kerusi kosong milik seorang pengawas perpustakaan untuk diberikan kepada aku memandangkan kerusi yang ada di dalam perpustakaan pada ketika ini tidak mencukupi. Kemudian dia mengambil pula

101

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

sebuah kerusi milik seorang pelajar lain yang kebetulan pula tuan punya kerusi itu baru saja berdiri dan mengorak langkah menuju ke rak buku. Hi hi hi... boleh tahan nakal juga cikgu ni. Tentu saja budak yang baru berdiri sebentar tadi terpinga-pinga kehairanan kerusi yang dia duduk sebentar tadi hilang entah ke mana. Cikgu Safarin mula duduk dan tersengih. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum. Tak baik cikgu buat macam ni. Saya buat apa? Kerusi yang cikgu duduk tu la. Ada pula main rembat macam tu aje? Satu lagi kerusi pengawas perpustakaan yang cikgu bagi dekat saya ni. Tak patut betul. Kalau tak cukup kerusi, saya boleh saja keluar dan balik semula ke kelas. Mengulang kaji dalam kelas pun tak mengapa. Untuk Anis saya sanggup buat apa saja. Kerusi pengetua pun saya sanggup curi. Percaya tak? Eleh, berani ke cikgu? He he he... bergurau ajelah. Mana mungkin saya sanggup nak pikul kerusi besar Puan Sharifah kat dalam bilik dia tu? Berat! Aku menutup mulut menahan tawa. Cikgu Safarin membuat isyarat jari pada mulutnya supaya aku tidak gelak dengan kuat. Tahu sajalah undang-undang di dalam perpustakaan tidak boleh membuat bising. Hari ni lagi sekali Anis tak pergi ke kantin. Apa... Anis sudah bersarapan di rumah? Cikgu Safarin mengutarakan soalan yang sama. Naik jemu pula aku dibuatnya.

102

Rafina Mimi Abdullah

Saya sibuk nak mengulang kaji. Tak ada masa nak makan. Aku memberikan alasan sedangkan dia sendiri pun sudah maklum kenapa hampir setiap hari aku tidak ke kantin. Sampai bila agaknya dia hendak bertanya? Faham-faham sendiri sudahlah. Kalau Anis selalu tak makan macam ni, saya risau Anis pengsan. Mata Cikgu Safarin tidak henti-henti memandang aku. Huk aloh... bagaimana agaknya aku dapat memberikan perhatian pada pembacaan yang kini ada di hadapan mata? Bikin jiwa bergelora saja. Alahai cikgu.... Kalau saya pengsan apa salahnya. Cikgu bukannya sayang saya pun. Tanpa membalas pandangannya, aku berpura-pura khusyuk terhadap buku rujukan yang kini terhidang di depan mata. Eh, kenapa Anis cakap macam tu? Cikgu kan suka perli-perli saya. Hari tu dekat sungai macam-macam yang cikgu cakap. Saya ni ringan macam kapaslah, ikan-ikan kat dalam sungai tak ingin nak makan sayalah, kalau pergi hospital kaki saya kena potonglah. Cikgu memang tak sayang saya, kan? Aku mengangkat muka dan mencuri pandang ke arahnya yang masih lagi memandang aku dengan penuh minat. Isy, tak selesalah aku macam ni. Buku rujukan yang berada di atas meja kuambil dan kuangkat sama paras dengan muka. Biar wajahku terlindung supaya dia tidak dapat menatapnya lama-lama. He he he.... Selepas beberapa saat, aku dapati ada dua tiga jari yang menjalar dari atas buku rujukan yang sedang aku pegang. Alamak! Itu pasti jari-jari Cikgu Safarin. Gulp! Perlahan-lahan buku rujukan yang sedang berada

103

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

di tanganku diturunkan lalu diambilnya. Buku sudah berpindah tangan. Cepat-cepat aku buat muka slumber sedangkan dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa gemuruhnya aku. Bergurau macam tu pun Anis dah kata saya tak sayang? Tapi saya terasa. Saya tahulah saya ni ringan pasal tak cukup makan. Aku pura-pura merajuk sedangkan dalam hati masih lagi tertahan perasaan gemuruh dan mahu saja aku tertawa dengan keadaan itu. Anis.... Apa? Jangan cakap macam tu boleh tak? Ermmm... yalah. Suasana sepi seketika. Aku hanya main-main saja apabila berbicara seperti itu tapi apabila aku melihat pada wajahnya, nampak seperti serius. Saya dapat rasa Anis ada sedikit perubahan. Seperti tidak berpuas hati dengan saya. Cakaplah kalau saya ada buat salah. Aik? Boleh pula dia rasa seperti itu? Tiba-tiba aku teringatkan satu suasana yang agak menyakitkan mata apabila melihat Farah Adlynn yang tertawa mesra dan menepuk bahu Cikgu Safarin tempoh hari. Inilah kesempatan untuk aku meluahkan rasa cemburu di hati yang kupendam sejak sehari dua ini. Saya tak suka cikgu layan Farah Adlynn. Ooo... pasal itu rupanya. Yalah, pasal hal itulah. Pasal apa lagi.

104

Rafina Mimi Abdullah

Anis cemburu ye. Dah tentu. Kalau saya tak cemburu, saya tak sayanglah.... Sayang siapa? Sayang cikgulah. Banyak mana sayang saya? Banyaklah. Contoh? Isy, nak minta contoh-contoh bagai pulak dah. Saya saaayang cikgu. Itu aje? Eee... hendak berlebih-lebih pula dia ni. Aku nak buat ulang kaji pun tak senang. Saya sayang cikgu ketat-ketat. Hah? Apa dia? Muka Cikgu Safarin berkerut. Ki ki ki... agaknya dia masih belum pernah lagi mendengar perkataan itu. Maklum sajalah dia kan sudah berusia. Pasti saja dia terasa janggal apabila aku mengeluarkan ayat sebegitu. Saya sayang cikgu ketat-ketat! Dengar tak? Aku membulatkan mata. Ops... dengan tidak semena-mena suaraku lantang. Tak sengaja! Tiba-tiba.... Assalamualaikum.... Waalaikumussalam.... Erk! Puan Sharifah. Kami menjawab berpandangan sesama sendiri. salam serentak sambil

105

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Hatiku rasa tak sedap dan perasaan juga kurang enak apabila mendapati pengetua sekolah tiba-tiba saja muncul di dalam perpustakaan ini dan mendekati kami berdua. Safarin dan Nurul Anis boleh ikut saya masuk ke bilik sekejap? Habislah!

PINTU bilik pengetua dibuka oleh Puan Sharifah lalu ditutupnya kembali. Puan Sharifah menjemput aku dan Cikgu Safarin masuk serta menjemput kami duduk. Dalam hati tertanya-tanya apakah sebab aku dan Cikgu Safarin disuruh ke bilik ini secara tiba-tiba. Satu sekolah heboh bergosip tentang cikgu dan Nurul Anis. Apa betul ke gosip yang saya dengar tu? Puan Sharifah memulakan perbualan sambil memandang serius wajah kami berdua. Gosip apa tu puan? Gosip yang mengatakan awak bercinta dengan Nurul Anis. Betul ke? Astaga! Rupa-rupanya satu sekolah sudah bergosip tentang aku dan Cikgu Safarin? Biar betul! Kenapa aku sedikit pun tidak mengetahui akan perkara ini? Ya, betul.... Cikgu Safarin membuat pengakuan ikhlas di hadapan Puan Sharifah. Aku fikirkan dia akan menyangkal kenyataan itu tapi tidak. Dalam hati sedikit bangga. Berani Cikgu Safarin mengaku tentang hubungan kami berdua.

106

Rafina Mimi Abdullah

Beginilah... saya tidak mahu mencampuri urusan peribadi awak. Tapi awak kena ingat, Nurul Anis merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah ini. Saya tidak mahu nanti dengan kehadiran awak dalam hidup dia, akan mengganggu sedikit sebanyak tumpuannya di dalam kelas. Awak juga harus sedar, tidak lama lagi Nurul Anis akan menduduki peperiksaan SPM. Saya selaku pengetua di sekolah ini harus memastikan setiap murid dan guru mengikuti peraturan. Kalau hendak bercinta, jangan di dalam kawasan sekolah. Jangan bawa urusan peribadi awak dan Nurul Anis di dalam sekolah ini. Kalau hendak bercinta, di luar tempatnya. Kamu faham tak ni Safarin? Saya faham puan. Awak pasti ke awak faham dengan penjelasan saya ni? Ya. Wajah Cikgu Safarin tertunduk. Kalau awak faham, lepas ni saya dah tak mahu tengok awak sering mengekori Nurul Anis ke perpustakaan lagi. Riak muka Cikgu Safarin sedikit terperanjat apabila mendengar Puan Sharifah memberikan penjelasan seperti itu. Aku yang duduk di sebelah seakan-akan mahu ketawa tapi terpaksa kutahankan sementara waktu. Tunggulah apabila kami sudah keluar dari bilik pengetua ini, pasti saja aku akan ketawa dengan sepuas-puasnya. Aku pun berasa pelik bagaimana Puan Sharifah dapat tahu akan perkara ini. Jangan buat muka terkejut begitu kerana sejak akhir-akhir ini saya sering perhatikan tingkah laku awak yang sering mengekori setiap pergerakan Nurul Anis di dalam

107

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

kawasan sekolah ini. Saya juga dapat tahu mata awak yang lebam tempoh hari adalah kerana ditumbuk oleh Nurul Anis tanpa sengaja. Dari mana saya dapat tahu cerita ini tak usahlah awak bertanya. Banyak mata yang memandang di sekolah ini dan berhati-hatilah dengan setiap tindak-tanduk awak. Tapi puan, saya tidak bersetuju dengan kata-kata puan terhadap saya. Saya mengekori Nurul Anis bukannya saya berniat tidak baik pada dia. Ya, saya tahu. Saya juga tidak bermaksud mengatakan awak mempunyai niat tidak baik pada Nurul Anis. Tapi cara awak tu mungkin akan menimbulkan salah faham daripada kalangan mereka yang ternampak awak buat begitu. Ingat Safarin, awak seorang guru. Mesti menunjukkan teladan yang baik pada setiap murid yang ada di sekolah ini dan itu tidak terkecuali Nurul Anis. Awak juga harus menunjukkan contoh yang baik pada dia. Saya juga tidak mahu terserempak dengan awak dan Nurul Anis berduaduaan di dalam kawasan sekolah ini kecuali ada orang lain bersama kamu berdua. Terutama sekali di dalam perpustakaan. Sekiranya tiada pelajar-pelajar lain dan pengawas perpustakaan juga tidak ada, awak tidak sepatutnya menemani Nurul Anis begitu. Ini untuk kebaikan awak dan Nurul Anis juga. Supaya nanti tidak timbulnya fitnah di antara kamu berdua. Faham? nasihat Puan Sharifah panjang lebar. Faham puan. Cikgu Safarin menggangguk. Dapat aku perhatikan dengan jelas air mukanya berubah menjadi kelat! He he he.... Kasihan pula aku melihatnya. Begitu banyak Puan Sharifah memberikan nasihat seolah-olah membasuhnya. Ki ki ki....

108

Rafina Mimi Abdullah

Nurul Anis tidak mahu memberikan penjelasan atau tidak mahu berjanji apa-apa dengan saya? Puan Sharifah mengajukan soalan yang agak sukar untuk aku menjawabnya. Aku menoleh sekilas pada Cikgu Safarin di sebelah. Tapi dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala saja. Saya cuma nak minta maaf dengan cikgu kerana hal ini. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk exam SPM nanti. Itu saja yang saya boleh cakap buat masa sekarang. Aku menundukkan kepala dan tidak berani mengangkat muka di hadapan Puan Sharifah. Terasa diri ini sudah melakukan satu kesalahan yang besar. Saya hanya ingin tahu, adakah dengan kehadiran Cikgu Safarin dalam hidup awak sedikit sebanyak mengganggu tumpuan awak pada pelajaran? Tidak cikgu. Sebenarnya Cikgu Safarin banyak memberikan galakan pada saya dan selalu membantu saya. Baiklah. Nampaknya Nurul Anis seorang saja yang memberikan keyakinan dan jaminan kepada saya. Bagaimana pula dengan awak Safarin? Boleh ke awak memberikan katakata jaminan seperti Nurul Anis? Puan Sharifah beralih pandang ke arah Cikgu Safarin. Insya-Allah puan. Selepas ni saya akan kurangkan berjumpa dengan Nurul Anis sama ada di dalam perpustakaan atau di mana-mana saja dalam kawasan sekolah ini. Eleh, boleh percaya ke tu? Atau sekadar untuk menyedapkan hati Puan Sharifah saja? Hi hi hi... alahai cikgu... cikgu. Sedikit sebanyak dengan kejadian dipanggil pengetua masuk ke biliknya, sangat memberikan pengajaran yang besar buat aku sedangkan sebelum ini jangankan kata

109

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

masuk ke bilik pengetua, masuk ke bilik guru disiplin pun belum pernah. Disebabkan hal ini, sedikit sebanyak telah mencemarkan reputasi aku di sekolah ini. Dalam hati tersimpan perasaan geram pada buah hati di sebelah. Dengan tidak semena-mena, aku menyepak kakinya di bawah meja. Dush! Serentak itu juga dia menoleh ke arahku sambil menunjukkan reaksi wajah kesakitan. Sakit ye bang? Padan muka. Heee....

110

No. ISBN:- 978-967-0448-06-0 Jumlah muka surat:- 544 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Kehidupan yang serba kekurangan mengajar gadis manis berusia 17 tahun iaitu Nurul Anis lebih tabah, matang daripada usianya dan lebih positif dalam mengharungi kehidupan. Nurul Anis mahu mengubah nasib keluarganya yang daif dengan berusaha menjejakkan kaki ke universiti. Perkenalan Nurul Anis dengan seorang guru baru, Cikgu Safarin Haji Subki bermula dari insiden pertembungan secara tidak sengaja di luar perpustakaan sekolah. Tanpa disangka, perhubungan pelajar dan guru itu bertukar menjadi lebih akrab sehingga terbitnya perasaan cinta di dalam hati guru muda itu. Hubungan Nurul Anis dengan Cikgu Safarin dicemburui ramai kerana guru itu memang menjadi perhatian dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan. Ekoran itu Nurul Anis difitnah dan dilemparkan dengan pelbagai

tomahan. Gosip liar tentang hubungan mereka memburukkan lagi keadaan. Fitnah tersebut membawa aib kepada keluarganya sehingga bapanya membuat keputusan untuk menikahkan mereka selepas Nurul Anis tamat peperiksaan SPM walaupun Nurul Anis menolak kerana mahu menyambung pelajaran. Sudah tertulis di Luh Mahfuz jodoh mereka berdua, walaupun Nurul Anis belum bersedia dan terlalu muda untuk bergelar isteri, beliau berusaha menjalankan segala tanggungjawabnya sebagai seorang isteri biarpun sedikit sukar pada mulanya. Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan, namun SMS dari bekas tunang Cikgu Safarin yang bernama Aida mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara suaminya dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka. Alangkah luluh hati Nurul Anis apabila melihat sang suami didakap wanita lain. Sekembali suaminya ke rumah, berlaku pertengkaran di antara mereka dan tanpa di sedari, Nurul Anis telah mengguris perasaan suaminya sehingga terkeluar perkataan yang amat dibenci oleh agama iaitu cerai. Kalau Anis tak pergi ke tempat pertemuan abang dengan Aida tu, tembelang abang pun takkan pecah! Anis nampak sendiri perempuan tu peluk abang! Anis tak buta! Anis tak percayakan abang rupanya selama ni sampai sanggup pergi mengintip abang. Semalam abang dah ajak Anis ikut sekali tapi Anis tak mahu. Bila timbul perasaan curiga, tak percaya, tiba-tiba saja Anis pergi secara senyapsenyap. Abang kecewa dengan sikap Anis yang macam ni. Kalau nak diikutkan rasa kecewa, Anis lebih

kecewa dari abang! Depan-depan mata Anis perempuan tu peluk abang. Abang tak tahu apa yang Anis rasa! Anis geram, marah, cemburu tapi Anis terpaksa sabar! Kalau tidak, masa tu jugak Anis boleh tendang pompuan miang tu! Sebelum ni abang pernah ingatkan Anis kononnya perempuan tu tahu adat, tahu sopan santun tapi apa yang Anis nampak, tidak seperti apa yang abang cakap! Dia peluk abang sesuka hati dia! Tapi abang buat apa?? Abang hanya berdiam diri! Abang tak berganjak pun dari situ kan?? Betul tak?? Sekarang, Anis dah tak peduli. Sama ada abang suka ataupun tidak, Anis tetap nak terima tawaran sambung belajar tu! Abang izinkan atau tidak, Anis tetap nak pergi jugak! Anis tak kira! Tak boleh, abang tetap tak izinkan Anis pergi. Kalau macam tu, ceraikan Anis! Anis!!!! Dengan perasaan kecewa dan fikiran yang bercelaru, suaminya keluar dari rumah dan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dan menyebabkan beliau koma. Nurul Anis merasa amat bersalah. Dapatkah Nurul Anis memohon keampunan daripada suaminya? Adakah rumah tangga mereka dapat diselamatkan? Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Cikgu Safarin mendengar bisikan kata-kata sayang cikgu ketat-ketat daripada Nurul Anis? Saya sayaaang cikgu. Itu aje? Saya sayang cikgu ketat-ketat. Hah? Apa dia?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SAYANG CIKGU KETAT-KETAT di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196