SELASA, 31 OGOS 2010

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK Oleh : Zawawi Bin Hussin Pengenalan Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru. Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. Akibatnya, muridmurid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal. Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik. Ramai ahli psikologi yang terkenal telah menjalankan kajian, tinjauan dan eksperimen terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan telah mengemukakan berbagai-bagai teori pembelajaran yang membawa kesan pesat terhadap kurikulum matematik masa kini. Saya akan mengemukakan secara ringkas beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik. 1. TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di Geneva. Telah diketahui umum bahawa perkembangan intelek murid bergantung kepada potensi semula jadi dan alam persekitaran yang meransangnya. Tugas guru ialah menyediakan alam persekitaran membina kepada murid supaya pemindahan pengetahuan dapat dilaksanakan dengan licin. Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanakkanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat. 1.1 Peringkat Deria Motor

Rajah (b) Rajah (c) Kanak-kanak yang dipengaruhi oleh diameter menyatakan bahawa kuantii air pada Rajah (b) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (c). Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda. tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz. Rajah (a) Kanak-kanak disuruh menyusun telur sehingga sama panjang dengan cawan (Rajah (a)).2 Peringkat Pra-Operasi Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Sekarang kanakkanak itu menyatakan bilangan cawan lebih banyak daripada bilangan telur.Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak mampu mengerti padanan 1 dengan 1.3 Peringkat Operasi Konkrit Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. 1. jika dia berasa lapar. Piaget telah menjalankan satu eksperimen apabila kuantiti air yang sama dituangkan ke dalam dua silinder yang berlainan diameter dan tinggi seperti dalam Rajah (b) dan Rajah (c). sedangkan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh tinggi menyatakan kuantiti air pada Rajah (c) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (b). Pada peringkat ini. Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set. Kanak-kanak dapat membina konsep padanan satu-satu dengan memasukkan sebiji telur ke dalam setiap sebiji cawan. dia akan menggunakan kerusi. daripada eksperimen ini kanak-kanak belum dapat menguasai konsep keabadian kuantiti. Tambahan pula. Misalnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal. jika hendak menaiki meja. Kemudian kanak-kanak diminta memasukkan telur ke dalam cawan untuk mengetahui bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau rupa diubah. Telur yang berlebih disimpan balik dan kanak-kanak mengeluarkan telur dari cawan dan menyusunnya rapat-rapat sebagai satu garisan di depan cawan. dia menangis. kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. warna dan sebagainya. tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Jawapan kanakkanak semata-mata berdasarkan perbandingan diantara kedua-dua panjang yang ditunjukkan oleh cawan dan telur. kanak-kanak berumur enam tahun menyatakan bahawa telur dan cawan adalah . 1. kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. iaitu operasi songsang tidak diamati oleh kanak-kanak. Dalam eksperimen cawan dengan telur yang sama banyak. Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Piaget. tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek. Tetapi apabila telur dikeluarkan dan disebarkan sebaris secara longgar. Eksperimen ini juga dijalankan juga untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga enam tahun. Kanak-kanak hanya dapat mempelajari satu perkara pada satu masa sahaja dan pemikirannya dipengaruhi oleh satu aspek pada satu masa. kanakkanak menyatakan bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Misalnya. pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang diamatinya. mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak. kanak-kanak berumur antara empat tahun dan lima tahun diberikan tujuh cawan berbaris dengan sekumpulan telur. Jelaslah bahawa.

Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek . Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. berasal daripada Switzerland. kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu. kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian.” Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah. ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.4 Peringkat Operasi Formal Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun).sama banyak. mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Menurut Jere Confrey (1999). Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. A. pra-operasi ( 2 – 7 tahun). jisim. Selain itu. membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental. kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah. membuktikan teori-teori matematik. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit. menyusun dan membezakan objek-objek. Walau bagaimana. sifat transitif dan proses matematik. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza. panjang. Selain itu. usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas. walaupun telur disebarkan jauh sebaris kerana semuanya dapat dimasukkan balik ke dalam setiap cawan. Teori Jean Piaget Jean Piaget (Rajah 1. 1. Piaget berminat dalam bidang biologi. Pada peringkat ini juga. Dari kajain dan permerhatiannya. misalnya. Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.

Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa.. sosial dan moral. Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi.11 tahun Peringkat Operasi Formal: 11 ./5-WZnWd5MH0/ s320/piaget. Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka.. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun Peringkat Praoperasi: 2. akomodasi dan ekuiliberasi. 4. Sebaliknya. perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu: 1. sosiologi dan teologi.falsafah. 2. khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak. penyediaan persekitaran yang menarik dan . Menurut Piaget. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi. 3. Rajah 1.1: Jean Piaget Sumber: bp0. Ini bermakna.15 tahun Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on.com/.blogger. perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. pengetahuan atau skema. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi.7 tahun Peringkat Operasi Konkrit: 7. perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran.gif Menurut Piaget. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi. kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Jelasnya. penggunaan makmal. daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru. menterjemah dan mempercayai. idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Untuk tujuan ini. Mengikut Piaget. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsic individu. berpersepsi. pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir. guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980) 4. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat. Sebaliknya. daripada dekat kepada jauh. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. 4. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek. .merangsang pembelajaran adalah penting. bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak.

Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang di ajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Oleh itu. Muridmurid sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Untuk membimbing murid mengatasi masalah ini.2 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam Pengajaran Sebagai guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika. didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan nasalah dengan menggunakan symbol matematik yang mereka pelajari. pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit. Beliau dilahirkan di Neuchatel . Oleh itu. Oleh itu. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah membuktikan teorm harus dielakkan. Adalah didapati murid-murid sekolah rendah mahupun tadika tidak dapat membuat generalisasi daripada contoh-contoh matematik. kita harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. mereka tidak boleh memahami hukum –hukum matematik seperti hukum tukar tertib. 3.Joyce. 4. Muridmurid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorm geometri yang abstrak. Weil dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif konstruktivisme) menyaran dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif.1.1 3.1 Teori Perkembangan Latar Kognitif Jean Piaget Jean dan Implikasinya Piaget Belakang Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896. Oleh itu. hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.

Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan tiga orang Jacqualine. Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains persekitaran di Universiti Neuchatel.2 untuk jawatan Teori ujian dan perkembangan beberapa bahasa anugerah Kognitif (RUJUK Jean kanak-kanak. Proses pemikiran akan menjadi luas. Bapanya merupakan seorang professor sastera pada zaman pertengahan. Di university tersebut beliau memperoleh Ph. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Moluskalogis yang terkenal. rakan. sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. pengujian. semakin banyak input yang diperoleh maka semakin bagus perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur Piaget dan Rebecca Jacen. Semakin banyak kanak-kanak bersosial. guru dan sebagainya.D. Keseimbangan di sini bermaksud kebolehan mengadaptasi situasi baru dalam kehidupan. Faktor kedua adalah faktor perseketaran. Beliau meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de’ Larue de la Grange-aux-Belles. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan dengan falsafah. Anak–anak beliau juga menjadi bahan uji kaji beberapa 3. LAMPIRAN) Piaget Beliau melakukan banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat menerima Perkembangan Bagi Piaget proses pemikiran berubah secaramenyeluruh bermula selepas lahir hingga mencapai tahap kematangan. . Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich.1. Setiap individu pasti mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Jean Piaget sangat berminat dalam bidang moluska. (Mok Song Sang 2009:42) Piaget menyatakan terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. penerokaan.pemerhatian dan penyunsunan dalam diri kanak-kanak apabila mendapat maklumat baru. Faktor terakhir ialah keseimbangan. adik beradik.(Switzerland). faktor ini melibatkan interaksi antara individu dengan persekitaran. Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anak-anak beliau masih kecil. tajam serta bertambah sekiranya berlaku interaksi antara individu dengan persekitaran dan impaknya ialah. Faktor tersebut adalah faktor kematangan biologi yang secara amny gen yang diwariskan merupakan pengaruh proses pemikiran. Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang terletak di Geneva. Faktor sosial ialah pergaulan kanak-kanak dengan ibu bapa. Di sana beliau memulakan kajian dan eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif. Pada usia 10 tahun beliau menulis notis pendek berkenaan dengan pipit yang albino “albino sparrow”. Faktor seterusnya ialah faktor sosial.

peringkat pra operasi yang bermula pada usia dua hingga tujuh tahun. Sebenarnya selepas lahir bayi dapat membezakan objek di persekitaran.Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu peringkat peringkat sensorimoto yang berlaku sebaik sahaja selepas lahir hingga ke usia 2 tahun. Pada peringkat ini akan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memulakan menunjkan pemikiran yang logic. Kanak-kanak mula melambangkan objek dengan simbol (bahasa). jadi model yang terbaik diperlukan untuk memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak itu positif. (Mok Song Sang 2008:82). Pada peringkat sensorimotor pergerakan fizikal dan penggunaan deria merupakan elemen penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Peniruan (imitasi) mudah berlaku dalam peringkat ini juga kanak boleh menggambarkan objek dalam memori. Pada usia 4 hingga 8 bulan kanak-kanak mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Kanak-kanak juga belum boleh berfikir secara logik dan rasional. Pada peringkat inimereka menggunakan konsep simbol dalam bahasa. Mereka akan mengambil watak-watak yang menarik pada mereka untuk ditiru dalam permainan membanyangkan ini. Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan membantu memperkembangkan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini. Samuel (2009:48) kanak-kanak turut memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup contohnya kilat terjadi kerana bumi marah. Mulut merupakan alat untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana kanak-kanak menggungunakan mulut untuk mengisap objek yang diminati. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Ibu bapa pula boleh membeli “puzzle” yang berbentuk konkrit (Rujuk Lampiran) kerana ianya merupakan satu permainan yang bermatlamat dan melatih pemikiran logic kanak-kanak.Pada peringkat ini kanak-kanak mula bermain permainan membanyangkan (pretend play). Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada peringkat ini untuk membantu perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah menggunakan objek yang berbunyi terutama objek yang mengeluarkan lagu kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka mempunyai koordinasi yang baik dan deria motor yang tajam. Persekitaran kanak-kanak haruslah sentiasa positif kerana telah dinyatakan pada peringkat ini kanak-kanak suka meniru. (IMPLIKASI DALAM P&P) Peringkat seterusnya iaitu peringkat pra operasi yang berlaku pada usia dua hingga tujuh tahun. Proses perlambangan dikenali sebagai fungsi semiotik. peringkst operasi konkrit yang bermula pada usia tujuh tahun dan berakhir pada usia sebelas tahun dan akhir sekali peringkat operasi formal iaitu perkembangan kognitif yang berlaku pada usia sebelas tahun keatas. Kanak- . Pemikiran kanak-kanak pada masa ini bergantung kepada benda-benda yang konkrit. Setiap aktiviti yang dilakukan ada matlamatnya dan pada peringkat ini juga kanakkanak boleh mengulang proses asal secara fizikal. Setiap pengajaran yang dilakukan dengan cara meniru mestilah betul. Kebanyakkan skema yang dibina adalah berdasarkan komunikasi fizikal bayi dengan persekitaran.

Peringkat seterusnya iaitu peringkat operasi konkrit berlaku pada usia tujuh hingga dua belas tahun. Pada masa ini kanak-kanak tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi diamana kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi dan dalam keadaan ini kanak-kanak hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja (Mok Song Sang 2008:83). Sebagai contoh sekiranga sesorang guru bahasa itu ingin mengajar tajuk haiwan. Pada peringkat ini mereka telah menguasai prinsip identiti iaitu prinsip yang menekankan jmlah. Untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang matematik pula guru boleh menggunakan guli atau batang ais krim untuk nmenyelesaikan masalah matematik. Kanak-kanak ini juga mula bersosial dan masih tidak dapat berfikir secara abstrak. haiwan-haiwan mainan plastik boleh . net dan lain-lain kedalam kelas untuk mengaplikasi fungsi semiotic. jadi sekiranya guru ingin melaksanakan aktiviti untuk muridnya sama ada di dalam kelas ataupun diluar kelas. Nasihat dan nilai yang ingin diajar kepada murid harus disampaikan dalam ayat yang mudah. arahan yang pendek dan jelas adalah penting. Pemikiran kanak-kanak pada usia ini mula mengubah pemikiran mereka iaitu daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered (memahami persepsi orang lain). maka guru tersebut boleh membawa alatan sukan seperti bola. Implikasi terhadap P&P pada perigkat pra operasi ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit. (Contoh Ketidakupayaan:Rujuk Lampiran). Pada peringkat ini proses P&P menggunakan bahan yang konkrit boleh diteruskan tetapi menggunakan bahan yang lebih menarik. raket tenis. prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Pada peringkat ini juga kanakkanak tidak berkeupayaan untuk menghayati operasi songsang. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai egosentrik yang tinggi. Pengajaran luar kelas juga boleh dilakukan untuk memperkuatkan daya ingatan mereka. Arahan yang diberikan kepada kanak-kanak ini haruslah pendek dan mudah difahami kerana dengan cara ini mereka boleh mengingat arahan yang diberikan. Kanak kanak pada peringkat ini juga belum menguasai konsep pengabadian diaman mereka menganggap bilangan dan panjang adalah sama. Kanak-kanak pada peringkat ini juga berkeupayaan untuk menguasai proses pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri (dari kecil ke besar atau sebaliknya atau bilangan menaik kepada menurun atau sebaliknya). Contohnya sekiranya seorang guru bahasa ingin menambah perbendaharaan kata dalam tema alatan sukan. Ini bermakna kanakkanak tidak boleh membezakan proses yang telah diubah dengan proses asal.kanak pada peringkat ini mampung menceritakan semula pengalaman mereka dengan ayat yang mudah dan mengingati segala arahan yang pendek dengan mudah dan tepat. Guru-guru dan ibu bapa mesti mengaja anak-anak menggunakan perkataan yang sesuai dengan ayat. bad pingpong. Perkataan dan frasa yang kurang sesuai boleh menyebabkan kekeliruan apabila berkomunikasi.Untuk mengajar nilai-nilai yang baik lakonan boleh diaplikasikan dengan menggunakan watak-watak yang digemari contohnya Ultraman.

Guru juga sepatutnya memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea. (IMPLIKASI DALAM P&P) Pada peringkat operasi formal (12 tahun keatas) kanaka-kanak ini boleh berfikir secara sistematik untuk memberi idea terhadap beberapa kemungkinan enyelesaian. Soalan-soalan berbentuk analik dan logic serta jalan penyelesaian juga dapat diaplikasi dalam P&P. .2 Teori sekiranya Pembelajaran Jean salah. Haiwan seperti katak boleh digunakan. Sekiranya guru hendak menerangkan tentang organ dalaman. Kaitan antara pengalaman harian dengan proses P&P boleh dilaksanakan. Beliau perpendapat pembelajaran berlaku sekiranya individu mendapat pengalaman baru daripada persekitaran akibat daripada interaksi pengalaman tersebut dengan orang lain. Fungsi guru hanya memerhati dan membetulkan 3. Skema dalam individu bermula apabila individu memperoleh pengalaman baru.diguanakan. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk bercerita untuk memsatikan penigkatan dalam bidang bahasa. Mereka juga mula menerima konsep induktif dan deduktif dalam P&P dan egosentrik remaja mula muncul dalam peringkat ini. menyusun pengalaman-pengalaman tersebut di dalam minda dan kemudiannya membentuk suatu sistem. Piaget Menurut Mok Song Sang (2008:87) dalam teori perkembangan kognitif kanak-kanak Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan individu. Samuel (2009:43) Piaget menyatakan setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran. Skema-skema yang terbentuk ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah. guru sepatutnya membiarkan pelajarnya membina idea sendiri dan memberi galakan. Dalam penulisan karangan berpandu misalnya. Individu cenderung untuk memahami situasi tertentu dan menyelesaikan kekusutan. Selain ini bahan bacaan haruslah ringkas dan tersusun. boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif untuk menyesalkan masalah. Guru sebenarnya patut memberi peluang kepada pelajar untuk membuat hipotesis atau ramalan awal supaya mereka dapat mengembangkan lagi kognitif mereka serta menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Implikasinya guru boloeh menggunakan bahan konkrit untuk mengajar contohnya dalam matapelajaran sains. Proses keseimbangan atau penyelesaian masalah ini bermula dengan SKEMA. persekitaran atau benda yang terdapat dalam sekitar. Dalam matapelajaran sains eksperimen boleh dilakukan supaya kanak-kanak pada usia ini dapat berfikir secara kreatif dan kritis. (RUJUK LAMPIRAN). Menurut beliau lagi ketidakselesaan timbul dalam keadaan yang tidak dijangka. maka ketidakselesaan ini mendorong manusia mencari penyelesaian atau keseimbangan. ORGANISASI merupakan proses penyusunan pengalaman-pengalaman baru. Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda karangan Haliza Hamzah dan Joy N.

Proses-proses ini penting untuk diketahui oleh bakal-bakal guru kerana proses ini membantu guru untuk memahami cara muridnya berfikir dan mengajar serta menerangkan Proses • Contoh: Dalam matapelajaran matematik Izlam menyatakan bahawa priamid segi empat mempunyai empat permukaan.Pembentukan skema bermula dengan skema yang ringkas kemudian ke skema yang kompleks. asimilasi. manakala akomodasi ialah penukaran skema lama kepada skema baru. oleh itu penukaran skema adalah perlu. Proses penukaran skema lama kepada skema baru disebut adaptasi. Individu hanya akan berjaya menelesaikan masalah apabila berjaya memenuhi kesemua proses ini. adaptasi dan akomodasi merupakan proses untu mencapai keseibangan. Asimilasi terjadi apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan menyesuaikannya dengan pengalaman lama. Proses mengorganisasi. Adaptasi melibatkan dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. berikut:keseimbangan diringkaskan dalam seperti . Gurunya membetulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan model yang konkrit agar Izlam tahu bahawa pyramid segi empat mempunyat lima permukaan dengan tepat input-input yang hendak rajah disampaikan. Skema yang sedia ada biasanya akan sentiasa berdepan dengan situasi yang baru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful