TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM

TIP-TIP PENTING MENULIS RUMUSAN SPM. Kaji soalan berikut: “Baca petikan dibawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.” 1. Soalan pertama iaitu punca-punca berlakunya banjir kilat adalah isi tersurat. Isi ini ada dalam petikan. Dapatkan maksimum 6 isi. Gariskan isi yang berkaitan punca-punca banjir kilat tersebut. 2. Soalan kedua iaitu langkah-langkah menanganinya adalah isi tersirat yang perlu difikirkan oleh pelajar. Jumlah isi tersirat adalah [ 8-jumlah isi tersurat]. Jika isi tersurat 6, isi tersirat = 2. Anda mungkin boleh memberi lebih daripada 8 isi tetapi awas dengan bilangan perkataan anda. 3. Untuk rumusan SPM , ada 4 perenggan iaitu : a) b) c) d) Pengenalan Isi - isi tersurat Isi - isi tersirat Penutup

4. Jumlah isi adalah 8. Gabungan 6 : 2 | 5 : 3 | 4 : 4 MENULIS PENGENALAN Tukarkan soalan isi tersurat kepada perkataan yang sinonim. Punca-punca ditukar kepada faktorfaktor. Jangan tulis semula soalan tersebut dan jangan masukkan soalan kedua ke dalam pengenalan. . Hanya dalam 1 ayat dan dimulakan dengan Petikan menyatakan /membincangkan …… Contoh : a) Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat. [ 2 markah ] b) Petikan menyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat [ 1 markah ] Alasan : menggunakan perkataan punca-punca yang terdapat dalam soalan. c) Petikan menyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya. [ 1 markah ] Alasan : salin semula soalan MENULIS PERENGGAN KEDUA - ISI-ISI TERSIRAT 1. Rujuk kepada kata kunci pertama ( soalan pertama ) dalam mengesan isi. 2. Dapatkan 6 isi tersurat jika ada. 3. Isi-isi hendaklah diolah semula tanpa meniru bulat-bulat. Caranya, anda boleh tukarkan beberapa patah perkataan asal dengan perkataan yang sinonim. 4. Antara 1 ayat dengan ayat yang lain, gunakanlah penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, oleh itu, walaubagaimanapun. Jangan silap memilih penanda wacana!

MENULIS PERENGGAN KETIGA - ISI-ISI TERSURAT 1. Jumlah isi tersirat bergantung kepada jumlah isi tersurat. Gunakan formula di atas. 2. Isi tersirat mestilah langsung tidak dinyatakan dalam petikan. 3. Rujuk kepada soalan kedua yang dinyatakan dalam arahan. MENULIS KESIMPULAN 1. Perkara yang perlu ada dalam kesimpulan ialah : a. b. c. d. tema : banjir kilat unsur 1 : cadangkan supaya semua pihak melaksanakan sesuatu kata hubung : untuk menyambungkan unsur 1 dan unsur 2 unsur 2 : nyatakan kenapa cadangan anda itu perlu

2. Bilangan perkataan antara 8-12. Ringkasnya hanya 1 ayat. MARKAH BAHASA 1. Separuh daripada jumlah markah isi anda. Jika markah isi anda adalah 16, markah maksimum bahasa adalah 8. Ini maksimum. Kemungkinan akan kurang disebabkan oleh olahan, penggunaan tanda baca, kesinambungan ayat dan sebagainya. 2. Jika bahasa anda bagus, bonus 1 markah akan diberi. Jika sebaliknya, 1 markah akan ditolak. ** Jangan lupa menulis bilangan patah perkataan anda **

TEKNIK RUMUSAN
PERATURAN MERUMUS i. ii. iii. iv. v. vi. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN 1. Menulis frasa pendahuluan CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan... 2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah... 3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ... CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT i. ii. iii. iv. Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahansoalan / tugasan pertama. Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT i. ii. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas keduadalam arahan soalan Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah. Contoh : Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP i. ii. iii. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya Contoh : Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK ) Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................ Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6…………………… Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1………………................. (dan)……………............. T2 ................................................ Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita. Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini. Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban. Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut. (120 patah perkataan)

TEKNIK MENGHASILKAN RUMUSAN BERKESAN
TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ RENCANA A. MENULIS PENGENALAN: 1) Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan. 2) Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: * faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi * langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = bentuk * masalah = halangan = cabaran = kekangan Contoh: 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah. 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut. Pengenalan rumusan : Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar. 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang. 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara. 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan caracara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.

B. MENULIS ISI TERSURAT: 1) Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan. Jangan ubah) 2) Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja. 3) Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi) 4) Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda. 5) Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat. 6) Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat. 7) Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. 8) Contoh penggunaan ayat: Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)  Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.  Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.  Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.  Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.  Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.  Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar. Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)      Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit. Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar. Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar. Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar. Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9) JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang. Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undangundang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. Contoh : Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. " Isi tersurat : -Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba. Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. "Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." Isi tersurat : - Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah. Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya. "Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara." Isi tersurat : - Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara. Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. "Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "

Isi tersurat : - Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat. C. MENULIS ISI TERSIRAT: 1) Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua. 2) Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga. 3) Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda. 4) Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat. 5) Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah. 6) JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lainlain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan) 7) Contoh : Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi. "Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah." Isi tersirat : - Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita. Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya. Isi tersirat : -Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani. Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat." Isi tersirat : - Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya. Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan caracara untuk mencegahnya. Isi tersirat : - Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anakanak memilih makanan yang seimbang.

D. MENULIS PENUTUP / ULASAN: 1. 3 aspek perlu ditulis iaitu: i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan 2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut: i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut iii. supaya / agar 3. Ayat seharusnya berbunyi begini : Contoh 1 : Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). Contoh 2 : Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan). 4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda: Contoh 1 : Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya. Ulasan rumusan: Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi. Contoh 2 : Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut. Ulasan rumusan: Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang. Contoh 3 : Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi. Ulasan rumusan: Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah. Contoh 4 : Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya. Ulasan rumusan: Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

TEKNIK DAN STRATEGI MENJAWAB RUMUSAN
STRATEGI MENJAWAB Sebaik sahaja pelajar meneliti kertas soalan yang diberi, pelajar digalakkan supaya membaca arahan soalan dengan teliti. Hal ini penting untuk mengetahui kehendak soalan. Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata kunci atau arahan atau tugasan iaitu: (a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersurat. (b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersirat. Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat dengan menggunakan teknik SQ4R atau 6M. Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun panduan yang diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri untuk memperoleh markah cemerlang. PANDUAN MENULIS RUMUSAN Rumusan terdiri daripada empat bahagian iaitu : a) Pendahuluan b) Isi-isi tersurat c) Isi-isi tersirat d) Penutup (Kesimpulan) Bahagian Pendahuluan *Dalam bahagian pendahuluan, terdapat format yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Antaranya: Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja. INGAT! Pendahuluan yang ditulis mestilah membincangkan tema petikan yang diberi secara keseluruhan. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat arahan atau kunci pertama yang terdapat di dalam soalan. Pelajar boleh mengolah ayat sendiri berdasarkan tema petikan yang diberi secara keseluruhan. Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut. Contoh: (a) Faktor : sebab, punca (b) Kesan : Implikasi, akibat (c) Langkah : Usaha, cara Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian pendahuluan.

Menulis Isi-isi tersurat Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan. Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi. Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar menulis maksimum enam isi tersurat. Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna. Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan sebagainya. Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah perkataan yang ditulis. Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan. Menulis Isi-isi Tersirat Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan. Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam petikan yang diberi. Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut. Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya dua isi tersirat. Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

Penutup (Kesimpulan) Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu: a) Ayat berbentuk cadangan b) Ayat berbenuk harapan Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat, atau implikasi kepada tema petikan. Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut. Keseluruhannya, terdapat empat unsur yang perlu ada dalam kesimpulan iaitu: a) Tema petikan b) Unsur 1- Ayat berbentuk cadangan c) Unsur 2 – Ayat berbentuk harapan d) Kata hubung – supaya/agar

Pemerengganan dalam Rumusan Dari segi binaan pemerengganan, pelajar bebas menulis rumusan sama ada menulisnya dalam satu, dua, tiga ataupun empat perenggan. INGAT! Dalam penulisan pemerengganan rumusan, tidak ada satu format khusus tentang bilangan pemerengganan kerana hal ini tidak menjejaskan markah pelajar. Namun, sewajarnya pelajar mampu mengemukakan rumusan dalam persembahan yang berkesan. Namun demikian, pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti cadangan berikut : a) Pemerengganan 1 – Pendahuluan b) Pemerengganan 2 – Isi-isi tersurat c) Pemerengganan 3 – Isi-isi tersirat (T) d) Pemerengganan 4 – Penutup (Kesimpulan)

Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan Pelajar digalakkan supaya mengingati panduan mengira perkataan dalam rumusan, perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut : a) Tarikh b) Gelaran c) Nama khas d) Perkataan berulang (kata ganda) e) Penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ f) Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan

Pemarkahan dalam Rumusan 1. Bahagian ini memperuntukkan 30 markah iaitu:  Isi 20 markah  Bahasa 10 markah 2. Pembahagian markah mengikut bahagian ialah:     Pengenalan 2 markah Isi tersurat (S) 1 isi : 2 markah Isi tersirat (T) 1 isi : 2 markah Penutup/Kesimpulan 2 markah

3. Dalam rumusan, pelajar harus mengemukakan 10 isi untuk mendapat markah penuh isi iaitu 20 markah. 4. Dalam aspek bahasa, markah diperuntukkan 10 markah. Pemberian markah bergantung kepada jumlah markah yang isi yang diperoleh. 5. Sekiranya pelajar memperoleh markah isi sebanyak 20 markah, markah maksimum aspek bahasa selayaknya 10 markah. 6. INGAT! Pelajar tidak semestinya memperoleh separuh daripada markah isi secara automatik. 7. Hal ini perlu ditentukan setelah pemeriksa berpuas hati dengan jawapan pelajar. Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan. 8. Dalam markah bahasa, sekiranya pelajar menulis rumusan dengan menggunakan bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata yang baik, tepat, dan lancar dan tidak terdapat kesalahan bahasa dan tanda baca, pelajar layak mendapat markah tambahan untuk aspek bahasa sebanyak 1 markah. 9. Sekiranya pelajar berbuat sebaliknya, 1 markah akan ditolak daripada keseluruhan markah bahasa yang diperuntukkan. 10. Sehubungan itu, pelajar harus ingat bahawa penilaian dalam rumusan bukan sahaja dinilai dari aspek isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar. 11. Pelajar harus mengetahui bahawa aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata ayat untuk memperlihatkan pertauatan idea atau wacana yang sesuai dan idea yang mengikut urutan dan sebagainya amat dititikberatkan oleh pemeriksa. 12. Pelajar harus mematuhi bilangan perkataan yang dibenarkan hanyalah 120 patah perkataan. Isi atau kesimpulan yang ditulis selepas itu tidak akan dinilai. 13. Sekiranya pelajar menulis rumusan tidak mencukupi bilangan yang diarahkan iaitu 120 patah perkataan atau kurang daripada itu, markah tidak ditolak.

Aspek Kelemahan Pelajar dalam Penulisan Rumusan a) Pelajar dikenal pasti menulis semula arahan atau kata kunci soalan tanpa menukarkannya dengan perkataan lain yang bermaksud sama(sinonim). b) Semasa menulis isi tersurat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan. c) Pelajar menulis isi tersurat berulang-ulang. d) Pelajar bukannya menulis fakta tetapi menjadikan contoh atupun huraian sebagai isi tersurat. e) Semasa menulis isi tersirat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan dengan arahan atau kata kunci kedua dalam petikan. f) Pelajar boleh mengenal pasti isi tersirat berdasarkan isi tersurat yang disenaraikan dengan syarat mematuhi arahan atau kata kunci kedua di dalam petikan. g) Pelajar tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan (ayat berbentuk cadangan dan ayat berbentuk harapan. h) Pelajar menulis kesimpulan dalam rumusan dengan membina dua ayat ataupun lebih ayat. i) Pelajar menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan. j) Menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat tergantung, ayat tidak lengkap dan sebagainya. k) Menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN Pemeriksaan Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktorfaktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia. Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan. Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia. Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Contoh Jawapan Lemah Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan di negara kita dan langkah-langkahnya.[PenD] Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain.[S1] Sesetengahnya pula menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Kegagalan atlet pula sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri.[S3] Pengkritik sukan berpendapat bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga mementingkan pelajar anak-anak mereka.[S4] Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah dan mengaku kalah.[S5] Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara dan juga antarabangsa.[T1] Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan tanah air.[T2] Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan segera.[PenT] [123 patah perkataan]

Ulasan Pemeriksa Pelajar mengemukakan pendahuluan dengan menulis semula arahan atau kata kunci pertama. Isi tersurat -Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang memberi 10 markah.Sewajarnya pelajar mestimengemukakan satu lagi isi tersurat Isi tersirat -Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi tersurat.Sewajarnya pelajar menulis sekurang-sekurangnya dua isi tersirat untuk memperoleh 4 markah. Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung agar/supaya.

Jawapan Yang Dibaiki Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara. Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6] Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2] Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju. [124 Patah Perkataan]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful