You are on page 1of 12

EKSPERIMEn 5

Tujuan

: untuk menyiasat kesan kepekatan terhadap daya gerak elektrik (d.g.e.) Sel : EC1 ialah akues 1.0 mol dm-3 kuprum(ii) sulfat EC2 ialah akues 2.0 mol dm-3 zink sulfat EC3 ialah akues 1.0 mol dm-3 zink sulfat EC4 ialah akues 0.1 mol dm-3 zink sulfat EC5 ialah akues 0.01 mol dm-3 zink sulfat EC6 ialah akues 0.001 mol dm-3 zink sulfat A ialah larutan tepu kalium klorida.

Bahan

Alat radas

: bekalan kuasa 3v, potentiometer, joki, kepingan zink, kepingan kuprum, 100 cm3 selinder penyukat, 100 cm3 bikar, kertas turas, galvanometer, penyambung klip buaya.

Prosedur

1. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50.0 cm 3 EC1 dimasukkan ke dalam bikar A dan 50 cm3 EC2 ke dalam bikar B. 2. Satu jalur direndamkan kertas turas ke dalam larutan tepu kalium iodida. Satu hujung kertas turas tersebut dicelupkan ke bikar A manakala satu hujung lagi ke bikar B untuk membina titian garam. 3. Kepingan zink dan kuprum dicuci dengan kertas pasir dan kemudian dibasuh dengan air suling serta dikeringkan 4. Kepingan kuprum diklipkan dengan klip buaya dan kemudian

disambungkan ke terminal positif bekalan kuasa. 5. Kepingan zink disambungkan ke galvanometer yang telah disambung kepada joki. 6. Terminal negatif disambungkan bekalan kuasa ke penghujung

potentiometer yang satu lagi seperti dalam rajah 3.

7. Kedua-dua kepingan logam tersebut dicelupkan ke dalam larutan masingmasing. Selepas satu minit, potentiometer sehingga joki digerakkan di sepanjang wayar

galvanometer menunjukkan bacaan sifar iaitu

bacaan yang menunjukkan tiada arus yang mengalir. Joki tidak boleh digelongsorkan di sepanjang wayar potentiometer untuk mengelakkan pembentukan rintangan. 8. Jarak wayar dicatatkan potentiometer sebagai x cm direkodkan dalam jadual yang diberi. 9. Eksperimen di atas diulang dengan menggantikan larutan EC 2 dengan larutan lain seperti yang terdapat dalam jadual tersebut. Kertas turas yang baru digunakan bagi setiap larutan baru yang diuji. dan bacaan

10. Esel dikira dengan menggunakan formula berikut :

Esel =

x _________________________ X 2 V Panjang wayar potentiometer

Bekalan kuasa 2V Potentiometer

Joki kuprum Larutan kuprum (II) nitrat Zink

Titian Garam

Larutan zink nitrat

Rajah 3

Keputusan

Panjang wayar potentiometer = sm [Zn2+] / mol dm-3

Amali

Bikar A

Bikar B

Panjang wayar, x/cm

Esel/ V

1 2 3 4 5

50 cm3 EC1 50 cm3 EC1 50 cm3 EC1 50 cm3 EC1 50 cm3 EC1

50 cm3 EC2 50 cm3 EC3 50 cm3 EC4 50 cm3 EC5 50 cm3 EC6

34 35 37 39 43

0.68V 0.70V 0.74V 0.78V 0.86V

2.0 1.0 0.1 0.01 0.001

Perbincangan:

Daya gerak elektrik ditafsirkan sebagai perbezaan keupayaan maksimum antara dua elektrod di dalam sesuatu sel galvanik atau sel volta. Sel galvanik terdiri daripada dua elektrod yang berbeza iaitu zink dan kuprum. Setiap elektrod dicelupkan ke dalam larutan garam berdasarkan jenis elektrod tersebut. Di dalam eksperimen ini, larutan zink sulfat adalah elektrolit bagi elektrod zink dan kuprum(II) sulfat adalah elektrolit bagi elektrod kuprum. Kedua-dua elektrolit ini perlu dihubungkan oleh titian garam untuk membenarkan ion-ion bergerak melaluinya. Zink merupakan anod di dalam sel ini kerana ia mempunyai nilai keupayaan elektrod piawai (E) yang lebih tinggi daripada kuprum. Berdasarkan siri elektrokimia, zink mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuprum dengan nilai E adalah -0.76 manakala nilai E adalah +0.34. Apabila nilai E lebih negatif, maka ia mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk bertindak sebagai agen penurunan.

Tindak balas di dalam sel galvanik melibatkan penurunan, pengoksidaan dan juga tindak balas redoks. Pengoksidaan berlaku apabila suatu bahan itu melepaskan elektron dan menjadi agen penurunan. Apabila pengoksidaan berlaku, nombor pengoksidaan sesuatu bahan itu akan bertambah.Penurunan sesuatu bahan pula berlaku apabila ia menerima elektron dan bahan ini akan menjadi agen pengoksidaan. Nombor pengoksidaan akan menurun apabila penurunan berlaku. Tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku di dalam eksperimen ini adalah seperti berikut:

Eksperimen yang dijalankan kali ini bertujuan untuk menyiasat kesan kepekatan terhadap daya gerak elektrik (d.g.e) sel. Oleh itu, larutan akues zink sulfat yang bertindak sebagai elektrolit telah disediakan dalam lima kepekatan yang berbeza iaitu 2.0 mol dm-3, 1.0 mol dm-3, 0.1 mol dm-3, 0.01 mol dm-3, dan 0.001 mol dm-3. Kepekatan elektrolit ini bertindak sebagai pemboleh ubah dimanipulasikan manakala pemboleh ubah yang dimalarkan adalah larutan

akues 1.0 mol dm-3 kuprum(II) sulfat yang merupakan elektrolit bagi elektrod kuprum. Pemboleh ubah bergerak balas adalah panjang wayar potentiometer dan nilai Esel. 50 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam bikar menggunakan selinder penyukat manakala 50 cm3 EC2 dimasukkan ke dalam bikar B. Satu jalur kertas turas yang telah direndam ke dalam larutan tepu iodida kemudiannya di letakkan setiap satu hujungnya ke dalam bikar A dan bikar B yang membentuk titian garam. Kepingan zink dan kuprum dibersihkan menggunakan kertas pasir, dicuci dengan air suling, dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam larutan elektrolit. Kepingan kuprum diklipkan dengan klip buaya dan disambungkan ke terminal positif bekalan kuasa. Kepingan zink pula

disambungkan kepada galvanometer yang telah disambungkan kepada joki. Terminal negatif bekalan kuasa disambungkan kepada satu lagi hujung potentiometer. Kedua-dua elektrod dicelupkan ke dalam larutan masing-masing dan selepas seminit, joki digerakkan pada sepanjang wayar potentiometer sehingga galvanometer menunjukkan bacaan sifar. Jarak wayar potentiometer direkod sebagai x. Seterusnya, eksperimen diulang dengan menggantikan larutan EC2 kepada EC3, EC3, EC4,EC5 dan EC6.

Tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku di dalam eksperimen ini adalah seperti berikut:

Elektrod

Persamaan setengah

Tindak balas

Anod

Zn(p)

Zn2+(ak) + 2e

Pengoksidaan

Katod

Cu2+(ak) + 2e

Cu(p)

Penurunan

Hasilnya tindak balas redoks dengan persamaan seperti dibawah:

Zn(s) + Cu2+(ak)

Zn2+(ak) + Cu(p)

Esel adalah nilai daya gerak elektrik yang diperoleh berdasarkan eksperimen ini. Formula yang digunakan untuk pengiraan adalah:

Esel =

x _________________________ X 2 V Panjang wayar potentiometer

Jadual berikut memperlihatkan perkaitan antara kepekatan elektrolit zink sulfat dan nilai Esel. [Zn2+] / mol dm-3 2.0 1.0 0.1 0.01 0.001 Esel/ V 0.68V 0.70V 0.74V 0.78V 0.86V

Didapati bahawa semakin pekat elektrolit tersebut, semakin rendah nilai Esel yang diperolehi. Perkara ini menepati Persamaan Nernst seperti yang berikut

Esel

Esel

(0.0592/2)log [Cu2+] [Zn2+]

Nilai Esel berkadar langsung dengan kepekatan bahan tetapi berkadar songsang dengan kepekatan hasil.

Ered untuk anod pula dikira terlebih dahulu menggunakan rumus ini

Ered(anod)

E red(anod) + (0.0592/z) log [Zn2+]

supaya nilai Esel teori dapat dikira pada langkah yang seterusnya yang menggunakan formula seperti di bawah :

Esel

Ered(katod) - Ered(anod)

Didapati bahawa kepekatan juga mempengaruhi nilai E red/anod . Semakin tinggi kepekatan elektrolit, semakin rendah nilai Ered/anod. Ered/anod/V -0.75V -0.76V 1.10V -0.79V -0.84V [Zn2+] / mol dm-3 2.0 1.0 0.1 0.01 0.001

Keputusan Esel kami tidak menepati nilai Esel teori mungkin kerana terdapatnya beberapa ralat semasa eksperimen dijalankan. Kepingan logam yang digunakan sebagai elektrod mungkin tidak bersihkan sepenuhnya dengan menggunakan kertas pasir dan mengakibatkan adanya bendasing pada elektrod tersebut yang seterusnya menjejaskan tindak balas yang berlaku. Masa yang

diambil untuk tindak balas berlaku juga mungkin tidak diambil dengan tepat dan joki digelongsorkan tanpa disedari pada wayar potentiometer yang

mengakibatkan rintangan tinggi.

Oleh itu, beberapa langkah berjaga-jaga perlu dilakukan semasa eksperimen. Antaranya adalah dengan memastikan kepingan logam telah dibersihkan sepenuhnya menggunakan kertas pasir dan dicuci dengan air suling serta titian garam ditukar setiap kali larutan ditukar kepada yang berlainan kepekatan. Pelajar juga hendaklah memastikan masa yang diperuntukkan bagi setiap eksperimen dengan kepekatan elektrolit yang berbeza adalah sama kerana tindak balas berlaku sebaik sahaja litar dihidupkan dan masa akan mempengaruhi nilai bacaan ammeter. Joki tidak boleh digelongsorkan disepanjang wayar potentiometer kerana ini akan mengelakkan pembentukan rintangan.

Kesimpulan: Apabila kepekatan meningkat, daya gerak elektrik menurun kerana kepekatan

bahan adalah berkadar songsang dengan nilai d.g.e seperti yang telah dikemukan oleh persamaan Nernst untuk tindak balas redoks.

Soalan:

1. Tuliskan gambar rajah sel untuk sistem elektrokimia tersebut. (3m) Zn/ Zn(p), Zn2+(ak) || Cu2+(ak), Cu(p) /Cu(p) 2. Tuliskan persamaan tindak balas setengah untuk tindak balas yang berlaku dalam bikar A dan B seterusnya tuliskan tindak balas sel keseluruhan. (4m)
Elektrod Persamaan setengah

Anod

Zn(p)

Zn2+(ak) + 2e

Katod

Cu2+(ak) + 2e

Cu(p)

persamaan keseluruhan Zn(s) + Cu2+(ak) Zn2+(ak) + Cu(p)

3. Plotkan graf Ecell lawan lg[Zn2+] dalam bikar B dan jelaskan bagaimana daya gerak elektrik (d.g.e.) sel berubah berbanding dengan perubahan kepekatan Zn2+ dalam bikar B. (5m)

4. Jelaskan apa akan berlaku kepada nilai Ecell jika (i) Larutan dalam bikar A digantikan dengan larutan akues 0.1 mol dm-3 kuprum(II) sulfat, (4m) Nilai Ecell akan menurun kerana kepekatan kuprum(II) sulfat berkurang. Menurut persamaan Nernst nilai Ecell berkadar langsung dengan kepekatan kuprum(II) sulfat. Oleh itu jika kepekatan kuprum(II) sulfat berkurang, maka Ecell juga akan berkurang.

(ii)

Larutan dalam bikar B digantikan dengan larutan akues 0.1mol dm-3 aluminium klorida, dan kepingan zink digantikan dengan kepingan aluminium ? (4m) Tindak balas yang berlaku adalah sama seperti tindak balas antara elektrod zink dan zink sulfat. Kepekatan aluminium klorida tetap akan mempengaruhi nilai Ecell yang terhasil kerana tahap kepekatan zink sulfat berkadar langsung dengan Ecell mengikut persamaan Nernst.

Rujukan
Laman sesawang Alameda .(2000). Applications of the Nernst Equation. Dimuat turun pada 2 Mac 2012 daripada alameda.peralta.edu/...1B.../Experiment_15_ _Nernst_equation.doc

Davis, U., C. (2010). Electrochemistry 2: Galvanic cells and electrodes. Retrieved on March 4, 2012 http://chemwiki.ucdavis.edu/Analytical _Chemistry/Electrochemistry/Electrochemistry_2%3A_Galvanic_cells_and _Electrodes

Lower, S. (2005). The Nernst Equation. Retrieved on March 4, 2012 from http://www.chem1.com/acad/webtext/elchem/ec4.html Mombourquette, J., M. (2006). Electrochemistry. Retrieved on March 4, 2012 from http://www.chem.queensu.ca/people/faculty/mombourquette /firstyrchem/electr o/index.htm

Uwaterloo (2009). Electromotive Force. Retrieved on March 4, 2012 from http://www.science.uwaterloo.ca/~cchieh/cact/c123/emf.html Buku Lim You Sie & Yip Kim Hong.(2008). Pre U Text STPM Chemistry. Shah Alam, Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Raymond Change, Mohd Shaari, Gan Fie Chuen,Salwaa Md Ali, Norliza Ghazali & Suraida Ramli.Chemistry: Electrochemistry.Malaysia:McGrawHill(Malaysia) Sdn Bhd.