Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan

drama. Kritikan sastera mempunyai peranan terhadap pembaca dan penulis. Kritikan sastera dapat membantu pembaca atau khalayak memahami karya dengan lebih baik. Bagi penulis pula, kritikan dapat membantu penulis menghasilkan karya yang lebih bermutu. Sama seperti peranan kritikan terhadap hasil kesusasteraan dewasa, kritikan terhadap sastera remaja juga penting kepada pembaca dan penulisnya. Dalam sejarah perkembangan kritikan sastera tanah air, kebanyakan kritikan yang dihasilkan merupakan kritikan terhadap karya sastera umum, khususnya sastera untuk pembaca dewasa. Dapat dikatakan bahawa dalam tahun awal perkembangan kritikan, tiada kritikan yang dilakukan terhadap karya remaja. Ketiadaan tulisan kritikan sastera remaja pada tahap awal perkembangannya mungkin dapat dimaafkan kerana perkembangan kritikan pada masa itu belum cukup mantap. Konsep sastera remaja pada peringkat awalnya juga kabur dan hanya mula diberikan perhatian serius pada pertengahan tahun 1980an. Sehingga kini, belum disepakati dalam kalangan sarjana tentang konsep sastera remaja. Kecelaruan tersebut berlaku kerana sebelum itu, sastera kanak-kanak dan sastera remaja bercampur aduk dan seolah-olah di bawah satu bumbung walaupun karya untuk remaja dikatakan telah dihasilkan sejak tahun 1950-an. Kurangnya kritikan terhadap karya sastera remaja dewasa ini menimbulkan tanggapan yang negatif tentangnya, lebih-lebih lagi karya sedemikian banyak terdapat dalam pasaran. Dalam titian perkembangannya sehingga kini, sastera remaja juga masih kurang diperkatakan secara serius oleh pengkritik sastera tanah air. Dari tahun 1980-an hingga kini, sastera remaja diperkatakan oleh beberapa orang sarjana dan penggiat sastera tanah air dalam pelbagai majalah dan disentuh juga dalam akhbar tempatan. Namun begitu, kebanyakan tulisan yang tersiar bukanlah kritikan sastera secara serius, yang mengkritik karya dengan menggunakan teori dan pendekatan sastera. Sebaliknya, kebanyakan tulisan berkisar tentang pandangan darihal sastera remaja yang berkaitan dengan konsep, laporan kegiatan sastera remaja dan sesekali polemik yang bersifat popular. Komsas: Di mana sastera kita? OLEH PUTERA AHMAD TINDAKAN (keputusan?) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak memilih karya-karya sasterawan negara (SN), penerima S.E.A. Write Awards, dan pengarang-pengarang penting Malaysia untuk teks baru Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) dapat dianggap menghina dan memperleceh para pengarang/sasterawan mapan dan sastera Melayu. Alasan PPK tidak memilih karya-karya sasterawan mapan (seperti dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini) bahawa “sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar” tidak dapat diterima.

Tindakan tidak melantik sarjana kesusasteraan dan pengarang sebagai Ahli Jawatankuasa (panel) Pemilih Buku Teks Komsas juga dianggap menghina dan menafikan kesarjanaan dan kepakaran tokohtokoh sastera kita. Tidak dinafikan memang terdapat beberapa buah karya (baik cerpen, novel, puisi mahupun drama) yang diguna pakai dalam Komsas sekarang berat, sukar difahami, dan tidak sesuai untuk khalayak remaja. Malah terdapat „buku‟ (belum tentu sebuah novel mengikut takrifnya yang sebenar) yang diguna pakai atas asas kepentingan memperbaiki imej kalangan tertentu. Karya-karya jenis begini menjadikan pelajar, malah guru menguap dan „pening‟ untuk mempelajari dan menghayatinya. Dengan itu, pastilah karya-karya begini tidak dapat membantu menarik minat insan remaja terhadap sastera, malah akan membuatkan mereka muak terhadap sastera. Namun, masih terdapat banyak karya sasterawan mapan kita yang mudah difahami, yang sesuai untuk khalayak remaja, yang boleh dipilih untuk teks Komsas bagi menggantikan teks yang sedia diguna pakai kini. Sementelahan pula Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai tradisi sastera remaja yang pernah berkembang subur sejak pertengahan dekad 1980-an. Sejak itu dipersetujui secara konsensus tentang takrif dan konsep sastera remaja. Hal ini pernah ditulis oleh Othman Puteh dan Abdul Ahmad yang tersiar di dalam Dewan Sastera dan Mingguan Malaysia pada sekitar dekad 1990-an. Sejak itulah terhasil dan terbit ratusan karya remaja, terutamanya genre cerpen dan novel remaja yang termasuk dalam takrif dan konsep sastera remaja yang sebenar-benarnya, terutamanya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Novel remaja Hingga kini terdapat novel remaja seperti Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani (menang hadiah pertama Sayembara Mengarang Novel Jubli Emas DBP), Soh Siew Sin (novel perpaduan remaja pelbagai kaum) karya Othman Puteh, Fitrah Kimiawi (DBP, 2005) (berlatarkan sains) karya Rahmat Haroun Hashim, Menyisih Awan Kelabu (DBP, 2005) Gelombang Buana (DBP, 2007) (citra kegigihan seorang remaja) karya Osman Ayob, Terima Kasih Nudra Syafini (DBP, 1985) (psikologi remaja) dan Pelarian ke Angkasa (novel cereka sains) („K‟ Publishings, 1987) karya Abdul Ahmad, Selagi Dusunku Berbuah (Marwilis, 1987) oleh A.Rahim Abdullah, Pada Suatu Perjalanan (DBP, 1995) oleh Tuan Faridah Syed Abdullah dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat banyak cerpen remaja yang sesuai seperti Komeng karya Ajikik, sejumlah cerpen di dalam antologi Teratai Merah (PFB, 1995), beberapa buah cerpen remaja oleh Khadijah

Hashim, Mohd. Ismail Sarbini, Jalil A. Rahman, Othman Puteh, Ajikik, Ali Majod, A. Rahim Abdullah, Ghazali Ngah Azia yang nama mereka mantap sebagai pengarang karya remaja. Begitu juga dengan puisi. Terdapat beberapa puisi Rahman Shaari seperti Harga Remaja, Sahabat, Permatang Budi; segugus puisi remaja di dalam antologi Peneraju Zaman (DBP, 2004) selenggaraan Dharmawijaya, puisi-puisi remaja Lim Swee Tin, A. Rahim Abdullah dan banyak lagi. Sebahagian judul ini dianggap karya klasik oleh ramai pengkaji kesusasteraan remaja. Berdasarkan pengamatan, kesemua karya ini menggunakan sistem bahasa sastera yang cukup baik, indah berseni dan cocok untuk pelajar menengah. Ceritanya menarik dan mempunyai mutu atau nilai sastera yang tinggi. Sementara tema dan mesej yang terjalin atau tersirat cukup sesuai untuk khalayak remaja. Sastera beginilah yang dimaksudkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berupaya menjana modal insan seperti diharapkan Perdana Menteri. Sastera beginilah yang dapat mencapai harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom “bagi memperkasa mata pelajaran itu dalam membantu menangani gejala sosial pelajar.” Kami sudah lama berkecimpung dalam arena kesusasteraan, namun anehnya tidak mengenali banyak nama pengarang yang karyanya dipilih untuk teks Komsas. Berdasarkan beberapa nama pengarang dan karya-karya yang dipilih, kami rasa, panel pemilih teks Komsas yang baru tidak banyak tahu tentang pengarang dan sasterawan yang disebut tadi, apatah lagi karya-karya mereka. Panel pemilih itu barangkali lebih banyak terdedah kepada karya-karya popular yang bercambah di dalam pasaran terbuka. Atau, mungkin panel pemilih mengambil jalan mudah dengan bertindak secara tangkap muat. Atau boleh jadi, terdapat gejala penyelewengan atau „main kayu tiga‟. Kalau tidak, mengapakah tidak terpilih karya-karya remaja yang diterbitkan oleh DBP. Padahal, DBP adalah agensi penerbitan yang begitu gigih menerbit karya remaja yang baik-baik, yang begitu terkawal dari segi mutu bahasa dan sasteranya. PPK tentunya sedar dan peka bahawa rata-rata pelajar menengah yang bakal menggunakan seluruh teks Komsas itu terdiri daripada insan remaja (13-20 tahun). Apa sahaja yang disogok dalam jangka usia begini akan mendatangkan kesan jangka panjang. Sekiranya disogokkan karya sastera popular, dengan pemakaian sistem bahasa yang rata-rata tidak kuat, yang cacamarba, yang temanya popular, unsur pemikirannya tidak kuat, maka begitu sahajalah yang akan mereka tanggap terhadap sastera Melayu. Cadangan dan pemilihan beberapa buah karya remaja dalam program Komsas ini merupakan usaha besar dan menyeluruh untuk mendekatkan insan remaja terhadap sastera. Dengan itu, barulah sastera akan terus hidup bererti dalam tamadun bangsa kita. Barulah sastera dapat memainkan antara peranan murninya sebagai wadah pembinaan sahsiah insan (remaja).

Apabila terjadi, apalah maknanya sasterawan mapan kita bertungkus lumus memerah otak menghasilkan karya bermutu tinggi dan penerbit serius membelanjakan jutaan ringgit menerbitkan karya besar, apalah faedah diadakan sayembara demi sayembara untuk „menimbulkan‟ karya bermutu, akhirnya karya popular yang mutunya boleh dipertikai yang dipilih. Apalah makna „diangkat dan dianugerah‟ Sasterawan Negara kepada sembilan orang sasterawan besar kita? Apalah erti pengiktirafan S.E.A. Write Awards terhadap segugus sasterawan kita? Apakah yang mendorong Cikgu untuk menulis cerpen atau novel? Adakah Cikgu menumpukan penulisan Cikgu kepada kelompok tertentu (kanak-kanak/remaja)? * saya dapat mengandaikan bahawa penulisan Cikgu berlegar di sekitar kumpulan remaja.

Saya tidak menulis sesuatu itu khas untuk golongan tertentu. Bukan untuk remaja sahaja tetapi untuk semua. Penulisan saya dapat dihayati pelbagai peringkat kerana bukan remaja sahaja tumpuan saya.

Saya seorang pemerhati masyarakat. Sesuatu isu masyarakat yang melibatkan Melayu dan kanak-kanak selalunya menyentuh hati saya. Dan apabila isu-isu sebegini diungkapkan ke dalam cerpen, secara tidak langsung ia melibatkan remaja.

Contoh, Cerpen Naluri. Semenjak kecil lagi saya sudah tersentuh dengan kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang. Laksmana Bentan adalah idola pahlawan saya kerana beliau merupakan satu-satunya anak Melayu yang berani menentang raja. Bukan Hang Jebat. Hang Jebat menentang raja tetapi rakyat biasa yang menjadi korban. Laksmana Bentan menentang raja justeru rajalah yang dibunuhnya.

Bukan itu sahaja, semenjak kecil saya sudah dapat memahami kasih sayang ibu pada anaknya, walaupun anaknya belum lagi dilahirkan. Saya selalu bertanya dan berfikir. Kenapa manusia begitu kejam? Kenapa tiada keadilan? Kenapa tiada seorang pun yang berani menghentikan penganiayaan itu? Andai sahaja saya dapat merentas waktu, saya ingin menyelamatkan nyawa wanita dan kanak-kanak. Saya ingin membantu Tun Fatimah mempertahankan keluarganya daripada dibunuh. Saya ingin mempertahankan Tun Kudu daripada menjadi permainan catur politik istana. Saya ingin mempertahankan Wan Anum daripada dihukum belah perut. Saya ingin mempertahankan Melur daripada tertipu dengan pujuk rayu Hang Tuah. Saya ingin...andai sahaja saya boleh merentas waktu.

Disebabkan saya tiada kuasa magis, tiada power back to the future, atau back to the past, saya terdorong untuk menulis. Saya ingin mewujudkan fantasi dan keinginan dalam diri. Saya ingin melepaskan perasaan2 marah, geram, kecewa, laungan2 keadilan, tuntutan hak. Saya ingin pembaca mendengar suara saya.. Di masa yang sama, saya selitkan pengajaran yang perlu difahami betul2 oleh pembaca. Sebab itulah karya2 saya banyak menggabungkan new historisisme iaitu menggunakan unsur2 sejarah atau watak2 sejarah ke dalam cerita baru. (Cikgu Mana Sikana yang

mengklasifikasikannya sebagai New Historisisme. Semasa menulis dahulu, saya jahil tentang pendekatan sastera)

Saya tak setuju kalau cerpen2 saya hanya untuk golongan remaja atau mengetengahkan isu remaja. Kalau dilihat dalam Kumpulan Cerpen KELARAI, kebanyakan isu2 yang saya ketengahkan bersifat isu masyarakat Melayu, Politik, jatidiri. Namun saya tidak nafikan, banyak skrip pentas saya mengetengahkan isu2 remaja. Ada juga cerpen-cerpen saya yang saya pindahkan ke dalam bentuk skrip teater.

2. Adakah pengiktirafan yang diberikan (anugerah, hadiah berbentuk wang tunai dan sebagainya) mendorong Cikgu untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa yang akan datang?

Saya banyak membaca semenjak kecil. Perpustakaan adalah tempat lepak saya. Juga, tempat saya cari peluang masuk pertandiungan. Apa sahaja pertandingan saya masuk. Semua jenis pertandingan. Bercerita, menulis, pantun, melukis, mewarna, berlakon, menyanyi, menari, sajak..macam macam. Sampaikan khas untuk golongan dewasa pun saya masuk. Tapi saya selalu menang. Tu yang saya suka..dapat menang hadiah. Balik bawa hadiah, tunjuk kat mak, saya rasa bangga sekali. Tak kisahlah hadiahnya Cuma pensil dan pena atau sekotak pensil pewarna, atau senaskhah foolscap. Semua saya terima dengan senyuman lebarrr sekali.

Jadi secara semula jadi, jiwa saya jiwa yang suka bertanding. Saya gemarkan cabaran. Saya pantang dicabar. Saya akan mudah tercabar jika ada suara yang merendahkan kemampuan saya. Justeru saya akan membuktikan mereka salah. Dengan penerimaan anugerah2, saya berasa bertuah dan beruntung. Memang pada mulanya saya masih inginkan pengiktirafan dan hadiah dan itulah yang mendorong saya. (baca pengalaman UM link di bawah: kenapa saya perlukan hadiah berupa wang tunai) Tetapi setelah lama menulis, saya rasakan semua itu tidak penting. Saya mementingkan kepuasan. Saya mahu suara saya didengari ramai. Saya mahu pemikiran saya difahami. Saya mahu masyarakat dikejutkan dengan kesedaran baru tentang sesuatu isu. Dengan semangat itulah, saya makin terdorong untuk menulis.

Ada banyak isu2 Melayu yang tak terungkap, tercakap... Justeru saya tidak mahu dibisukan dengan waktu. Saya ingin suara saya didengar..Saya bercakap atas dasar Manusia Melayu...

3. Pada pendapat Cikgu, adakah arena sastera remaja di Singapura ini mempunyai masa hadapan yang cerah? Ke mana hala tuju sastera remaja di negara kita ini?

Saya lihat isu2 remaja yang diketengahkan masih sama. Walaupun sama, isu2 lapuk itu boleh diungkapkan dengan cara atau teknik yang berbeza. Tetapi ramai penulis sastera remaja di Singapura kurang berani bereksperimen dan lebih selesa dengan konsep/teknik tradisional yang realis.

Berbeza dengan Malaysia dan Indonesia. Sastera remaja mereka menampakkan kematangan yang ketara dari segi isu, teknik dan pengolahan. Saya sendiri masih membuat kajian dan banyak melakukan pembacaan. Cuma malangnya bagi penulis sastera remaja di Singapura, kita kekurangan wadah.

Bercakap tentang bereksperimen dengan teknik tadi, usaha membuat perubahan terhalang kerana beberapa sebab. Salah satunya, banyak peraduan mengarang di Singapura, contohnya Anugerah Cerpen di Suria yang memberi tumpuan kepada penulis remaja menulis tentang isu remaja: memerlukan penulis menulis berbentuk realisme. Penulis terikat pada criteria penerbit - supaya kelak cerpen itu dapat dijadikan drama. Penulis kekurangan wadah justeru terpaksa menurut kehendak penganjur peraduan.

4. Bagaimana seseorang guru itu boleh menggunakan bahan-bahan sastera dengan berkesan dalam pengajarannya? Bagaimana kita, sebagai tenaga pendidik, dapat memupuk minat kepada para pelajar agar dunia sastera di Singapura dapat dirancakkan?

Buat apa yang pelajar suka. Bina website sastera untuk mereka. Bincang sastera secara santai..elakkan berbahasa baku – pelajar tak suka. (saya pun tak suka). Gunakan beberapa contoh sastera dalam mengajar bahasa. Guna suratkhabar, cerpen, majalah..untuk kefahaman dan lain2.

Banyakkan peraduan yang menyentuh sastera sebagai dasar. Gema Puisi Artistik contohnya, adalah platform yang baik.

5. Terakhir sekali, bagaimana sastera remaja di Singapura ini dapat dimantapkan supaya setaraf dengan sastera dewasa? Remaja perlu banyak membaca sebelum menulis. Kalau malas membaca, menulis pun entah apa-apa. Sebelum mahu karya tersiar, perlu Tanya pada diri, layakkah karya2 itu tersiar? Bermutukah? Sudah

cukupkah kajian yang dibuat? Kalau jawapannya ya, teruskan. Kalau tidak, mesti baiki kelemahan. Penulis mapan perlu menulis tentang isu remaja juga. Janganlah rasakan diri dah mapan, fokusnya hanya tentang isu2 dunia dan ketuhanan. Ini berlaku di Singapura. Penulis2 berebut2 nak menulis isu2 ketuhanan yang kononnya melambangkan mereka adalah penulis mapan. Macam faham. Minta maaf.

Berikut saya berikan beberapa isi temuramah lampau dan emel, yang mungkin boleh digunakan. Melalui semua ini mungkin Nuraisya lebih memahami pemikiran saya. ............................................................................................ Saya pernah menulis emel ini kepada sahabat editor di Berita Harian, Ismail Pantek: Tahniah kerana penulisan Encik Ismail hari ini. Melayu memang mencabar dan tercabar.

Hari ini, Saya diserang migraine gara2 terlihat sepasang ibu bapa yang sudah bercerai bergaduh di tepi jalan. 3 anak menjadi mangsa dan turut dimarahi. Kasihan, tiga anak menangis. Salah seorang anak gadisnya dalam usia 14 tahun menangis sehingga terpaksa dipapah sebab longlai dan pengsan. saya jadi terkedu dan turut sama rasa sebak. Tu yang buat migraine sebab saya rasa macam nak menangis, nak marah, nak bantai aja mak bapak dia. Tapi saya tak dapat berbuat apa2...

Sebenarnya saya sudah berasa marah dan geram apabila melihat tajuk berita budak hilang. melihat gambar makciknya yang bertatu dan latar belakang keluarga, saya tahu, kisah nonoi berulang lagi. Hati saya kuat nmengatakan anak itu sudah meninggal dunia. Esoknya, mayat anak itu ditemui. saya jadi marah dan sedih. Inilah melayu malang..

Saya pernah menulis tentang nonoi dahulu...bahawa suatu hari nanti, orang Melayu perlu lesen untuk menjadi ibu bapa. Ramai maklum balas yang marah saya, mengatakan saya tak bersimp[ati pada keluarga nonoi tetapi mengungkit latar belakang keluarga yang menghadapi lingkaran musibah. Inilah masalah melayu kita..cepat melenting dan tak mengkaji dahulu. Melayu rasa tersinggung dengan apa yang saya katakan itu kerana mereka takut pada kebenaran dan realiti.. Boleh difikirkan...Melayu memang perlu lesen untuk menjadi ibu bapa..

Justeru saya lampirkan bersama cerpen saya, bertajuk : LESEN, sekiranya sesuai untuk disiarkan di BM.

PS: Saya terlalu sensitif pada isu2 yg melibatkan anak2 kecil yang malang..

Berikut adalah temuramah Elmi Zulkarnain untuk DBP - wawasan dan aspirasi penulis Singapura generasi keempat (pasca kemodenan) 24/12/2006 >1 Apakah cabaran yang dihadapi anda sebagai seorang >penulis, dari mulanya hingga kini?

> >Cabaran banyak. Contoh, penulis-penulis lain yg mengkritik penulisan saya >secara peribadi. Mungkin kerana saya terlalu vokal mengungkapkan isu >politik dan kritikan sosial. Saya dianggap mempunyai agenda sendiri. >Padahal saya tak berminat dengan politik sekadar seorang pemerhati dan >ingin >memberi kesedaran kepada pembaca. Saya disuruh berbalik kepada ciri seorang >penulis asal yang mengungkapkan isu-isu realisme, romantisme dan ketuhanan, >yang pada saya, tidak mencabar dan tidak kritis. Saya tetap berpegang >kepada prinsip, seorang penulis berhak menulis apa sahaja asalkan tidak >melanggar tatasusila manusia yang bertamadun. Dan saya adalah diri saya, >yang tidak boleh dipaksa menulis sesuatu yang saya tidak suka. > > >2 Apakah nasihat anda kepada penulis-penulis yang baru >cuba-cuba menulis? > >Berpeganglah pada prinsip dan gaya menulis sendiri. Jangan terlalu >terikut-ikut penulis idola anda dan banyaklah membaca untuk mencari >teknik-teknik penulisan yang berbagai. Teknik penulisan penting supaya kita >tidak hanya menulis menggunakan teknik tradisional. Penguasaan bahasa yang >baik juga perlu. > >3 Adakah sastera Singapura hanya untuk golongan >tertentu sahaja? Cth: yang berpendidikan sastera secara formal. > >Saya rasa tidak. Sebab saya menggunakan bahan2 penulisan saya dalam kelas >juga. Sekiranya ramai guru yang menggunakan sastera sebagai bahan >pengajaran, contohnya pemahaman, saya percaya pembaca sastera di singapura >akan lebih luas. Tugas guru untuk memupuk cinta pelajar terhadap sastera. >Juga, tidak semua yang berpendidikan sastera secara formal itu minat pada >sastera. Memang ironik. > > >4 Apakah status penulis siber dibandingkan dengan >penulis media cetak? >

>Penulis siber, penulisan mereka saya anggap penulisan santai. Yang >pendek-pendek. Yang dibaca sekali lalu. jika sesuatu penulisan itu >dicetak, karya itu dapat disimpan dan diwarisi. Mungkin juga boleh menjadi >bahan rujukan. Namun, tiada beza antara penulis siber dan penulis media >cetak. > >5 Dengan merosotnya standard Bahasa Melayu serta >penggunaannya, dapatkah sastera Melayu dipertahankan? > >Memang ini merupakan cabaran pada sastera melayu Singapura. Sekali lagi, >peranan guru penting dalam memupuk perasaan cinta pada kesusasteraan. Bagi saya, jangan tunggu orang lain berusaha memajukan sastera tetapi setiap penulis mestilah mulakan. Bidang kesusasteraan remaja seharusnya dipandang serius dalam kalangan masyarakat, khususnya pengarang, penerbit, pembaca dan pengkaji. Khalayak pembaca dan masyarakat umum dahagakan karya sastera remaja yang hebat dan berkualiti. Namun, sehingga kini karya sastera remaja masih berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Walau bagaimanapun, bukan tidak mungkin, kelak muncul barisan penulis yang mampu melahirkan karya besar yang bermutu dan terkehadapan dalam dunia kesusasteraan remaja. Perkara ini boleh berlaku terutamanya apabila wujud suasana yang kondusif bersama-sama perancangan dan usaha yang bersesuaian. Untuk memilih, menerima dan mengabsahkan nilai sesebuah naskhah karya remaja, pelbagai aspek perlu dihalusi dan diteliti. Sehubungan dengan itu, maklumat daripada penyelidikan, pengajaran dan juga pandangan para sarjana dalam seminar ini diharap dapat dikongsi bersama dengan harapan supaya Kesusasteraan Melayu dapat menjana minda remaja ke arah pembinaan negara bangsa. Selari dengan situasi kini, seminar ini

diharap dapat mengupas isu-isu yang berkaitan dengan karya, psikologi, misi, visi dan kritikan terhadap sesebuah sastera remaja.

SASTERA remaja memerlukan perubahan drastik kerana kelompok terbabit melalui perubahan drastik sehingga memerlukan pengarang mengikuti perubahan dalam tren pemikiran dan gaya hidup remaja tanpa menggadaikan nilai murni yang masih perlu dipertahankan.

Pengarang, Nisah Haron, berkata pengarang sastera remaja perlu berani berubah untuk menghasilkan karya dengan mengambil kira perkembangan remaja kini, sekali gus keluar daripada kepompong gaya penulisan berdasarkan pengalaman mereka pada zaman terbabit.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful