PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.
HASIL PEMBELAJARAN

i.

Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam.

ii.

Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

iii.

Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas.

1

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kerangka Konsep Tajuk

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku 1.1.1 Pengurusan Tingkah laku 1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah laku

1.2

Konsep pengurusan tingkah laku 1.2.1 Perspektif sejarah 1.2.2 Perkembangan masa kini

Pengenalan Kepada Pengurusan Tingkah Laku

1.3

Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku 1.3.1 Keturunan 1.3.2 Persekitaran 1.3.3 Pemakanan

1.4

Kesan salah laku terhadap pembelajaran 1.4.1 Masalah disiplin 1.4.2 Keciciran 1.4.3 Gejala sosial

1.5.

Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas 1.5.1 Pengurusan diri 1.5.2 Pendtdikan 1.5.3 Sosialisasi

2

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1

Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia perlu memahami erti tingkah laku. tingkah laku? Apakah yang dimaksudkan dengan

1.1.1 Definisi Tingkah Laku Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968) . Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku – „aktiviti‟, „aksi‟, „perubatan‟, „bergerak balas‟, dan „reaksi‟ (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001), terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku:

 apa yang seseorang cakapkan dan katakan  ada satu atau lebih dimensi yang boleh diukur  boleh diperhati, diterangkan  member kesan kepada persekitaran  dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran  mungkin overt atau covert

3

” (Kamus Dewan. dan d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif bagi seorang individu” Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif.2  Konsep Pengurusan Tingkah Laku Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. 1. Wolf and Risley.1. di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. iaitu: a) Memerhati. Manakala tingkah laku covert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear. b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran. Walau bagaimanapun.   perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku 4 . pada keseluruhannya ada dua jenis tingkah laku yang berbeza. 1979).PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Ini bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku. c) Tentukan objektif tingkah laku baru. 1. 1968). mengukur dan menilai corak perlakuan semasa.

para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik.2.    Setiap murid adalah unik Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti. Ini adalah disebabkan bahawa aspek kognitif. kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian. Pada umumnya. sesuai dan sistematik. hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa “Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU    teknik intervensi yang berkesan penialian secara objektif Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan. Malah.1 Perspektif Sejarah Pada peringkat awal. afektif dan psikomotor murid saling berkait. 1. kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. ” Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bilabila masa. 5 . iaitu. Bermula dari tahun 1920-an. tingkah laku yang negatif seperti agresif.

Phobia ialah ketakutan terhadap sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa. A. Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku 1.3. apa sahaja perhatian yang 6 . Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri. Pengelakan (avoidance) B.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1. Rangsangan Diri (Self-stimulation) 1.2. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.1 Keturunan Faktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. b. a. Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour). la dikaitkan dengan tingkah laku yang berbentuk ritualistik dan obsessif.2 Perkembangan Masa Kini Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour' menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour‟) dan D. Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar. Perhatian – Pada hakikatnya. Perhatian (Attention seeking) C. Ketakutan dan Phobia .

d. sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi. Walau begini. bising. murid berkenaan akan hilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak 7 . Conthonya seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk mendapat perhatian. Bagaimanapun biasanya ketakutan itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic‟ dan tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. mencederakan diri/tidak mengikut arahan. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out‟ yang tidak bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak 'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).3.2 Persekitaran Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu masalah kepada tingkah laku seseorang. Ketakutan . Peneguhan . Jika persekitaran (Setting) itu terlalu sibuk. perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku mencabar. Sikap guru yang memberi peneguhan positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat perhatian.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah lebih baik daripada tiada perhatian langsung.Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh menyebabkan berlaku tingkah laku agresif. c. 1.

membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan masalah tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri. agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah menyelesaikan tugasan. b. Kekecewaan . Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) . isyarat. Dalam keadaan begini. Komunikasi dengan kanak-kanak . Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu faham apa yang akan berlaku.akan menyebabkan berlaku 'tantrums'. boleh mengakibatkan rasa kecewa. c. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah: a.Perubahan dalam rutin harian .Ada perkaitan yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan. Guru perlu pandai membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat.Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan tugasan yang sukar. Terhalang daripada melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat besar. compiks atau demonstrasi.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU menyenangkan. Rutin . Ini boleh dilakukan dengan kaedah komunikasi seperti pertuturan. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu 8 . perkara yang dianggap remeh yang mungkin berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah laku yang diluar jangkaan. d. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku mencabar.salah satu daripada punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan orang lain.

Seseorang murid mungkin akan mengulangi tingkah laku – tingkah laku yang terdahulu untuk menguasai/mengawal keadaan. 'Limit Testing' . kakitangan sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku positif.Orang dewasa seringkali tidak konsisten dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian. g. Ketidak Konsistan . Biasanya jika tiada/kurang komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang mencabar. „Limit Testing‟ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru 9 . campurtangan dari orang lain mungkin adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan. h. terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas. Tindakbalas pro negatif . e.' individu itu akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan. Walaubagaimana pun. Ada yang bertindakbalas secara agresif. adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk mendapat hasil yang positif. Provokasi – Ejekan. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang berlainan. guru. ada yang bertindak dengan mencederakan diri sendiri dll.Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa. f.

Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.Jika seseorang itu terlalu gembira atau 'anxious' dia mungkin rasa perlu 'stress' melakukan dan untuk sesuatu untuk mengurangkan mendapatkan keselesaan. Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. i. Cara atau teknik bagaimana pembetulan dilakukan. 'Behavioural Expectations' . Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti 'flapping' 'rocking' boleh menenangkan individu itu. Untuk mengatasi masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam supaya lebih sensitif kepada tatacara berkelakuan dalam masyarakat.3. 'Stress Relief .Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada individu boleh menyebabkan kekecewaan. 'Demands’ .PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU baru. kemarahan atau kebosanan. j.3 Pemakanan Perubatan dan Rawatan .la berkaitan dengan penjaga kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciriciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah.menjadikan seseorang 10 . 1. k. menentukan samada seseorang itu boleh menerimanya atau tidak. Ini disebabkan „demands‟ itu mungkin akan mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan pembetulan yang tidak disukai.

haid.'pre-menstrual'. 11 . migraine. Contoh-contoh faktor perubatan yang mempengaruhi tingkah laku ialah : a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit. dll.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. memasuki alam remaja. Mereka yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan dan memahami keadaan yang dialami. alahan dll. dahaga atau diet yang tidak seimbang.ada juga masalah sawan yang dikaitkan dengan tingkah laku agresif e) Ketagihan f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat . b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan c) Pengaruh hormon .rasa kecewa dan berkelakuan agresif h) Ketidakselesaan kerana lapar. i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang boleh menyebabkan tingkah laku mencederakan diri. d) Faktor neurology . dll.

Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula.Dengan kemahiran ini seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat darinya. b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi 12 . f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising. cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak autism yang sensitif dan takut.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang positif dalam tingkah laku dan kemahiran. ejekan atau dorongan rakanrakan . d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang stereotaip e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang berlaku akibat dari gangguan. h) Kemahiran sosial dan komunikasi . g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat sementara waktu.

Tingkah laku agresif. 1.Tambah aktiviti yang berbentuk konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. antaranya adalah: 1. pusingan masalah masyarakat akan terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang pembangunan negara.4. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya. la bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut. 13 .3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari dunia sana.4. dan disruptif sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada kemahirsn sosial dan komunikasi i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi .Murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.Mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya. hiperaktif. 1.4.1 Masalah Disiplin . Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya keciciran dari bangku sekolah. 1.2 Keciciran .4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas.

5. Kesimpulan Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan.2 Pendidikan Membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku 1.Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.3 Sosialisasi . Teknik-teknik pengurusan tingkah laku senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.5.1 Pengurusan Diri . Secara umum.Bertindak balas kepada kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan 1. 1. 14 .5.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1. pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus yang berasas kepada data khusus. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

Sediakan senarai semak faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluan khas. Hubung kaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku muridmurid bermasalah pembelajaran. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila layari laman web yang berkaitan Syabas dan Tahniah! Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. isu-isu penting dengan membuat ulasan. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya. 15 .

Model –model Tingkah Laku 2.1.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 2 TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus.1 Teori Tingkah Laku 2. Hasil Pembelajaran i. Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial.1.2.4 Model Psikodinamik Model Biofizikal Model Persekitaran Model Tingkah laku 16 T e o . Model Biofizikal.3 2.2 2.1 Teori Pelaziman Operan 2.2. iii.2.2 Teori Pembelajaran Sosial 2.2.2. Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.1 2. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial ii. Ia memberi pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia Kerangka Konsep Tajuk Teori Dan Model Tingkah Laku 2.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2. 2. la bermaksud. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. Pelaziman Operant ialah satu proses pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau hukuman. Thorndike menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. cuba lihat jadual yang dipaparkan seterusnya.1 Teori Tingkah laku Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud. 1995). Jika konsekuensnya tidak memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu peneguhan.1 Teori Pelaziman Operan Apakah itu Pelaziman Operant? Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan Skinner (Walker& Shea. Pavlov dan Bandura. definisi dan konsep pengurusan tingkah laku.1. 17 . Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada masa hadapan. Untuk membantu anda. Tahukah anda bahawa konsep dan cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teoriteori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti Skinner.

1: Sumber: Hamilton. Jadual 2. Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelaziman Operant Konsekuens sesuatu tingkah laku cenderung untuk mengubahsuai tingkah laku tersebut di masa hadapan. Pembentukan Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi tingkah laku yang dikehendaki tersebut. Successive Approximations Satu siri langkah latihan yang berperingkat dengan setiap langkah semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki. K. Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu gerak balas atau meningkatkan sesuatu tingkah laku kemungkinan ia akan berlaku lagi.R (2001) 18 . Tingkah laku yang tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.

Ini semua perlu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti. Apakah narna lain bagi teori ini? Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning). menyanyi. Belajar dengan memerhati tingkah laku orang lain dan konsekuens tingkah lakunya. tunjuk cara dan model. 2. Guna successive approximations dalam latihan pengubahsuaian tingkah laku. Tunjuk cara ialah nama lain bagi Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu 19 . senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan: a) b) c) Tingkatkan motivasi klien kita. Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui? Ya. Apakah idea utama teori ini? Belajar Menerusi Peniruan. Guru boleh bercerita. Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan.1. menunjukkan tayangan video.2 Teori Pembelajaran Sosial Siapakah pelopor teori ini? Albert Bandura. berlakon. la perlu dilakukan secara berperingkatperingkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku. bermain dan sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik dihapuskan. pujian. hadiah. Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata perangsang.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui Pemerhatian.Untuk disimpan dalam ingatan. murid memerlukan kemahiran motor kasar. dalam proses belajar melukis. b) Penyimpanan . Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan menggunakan maklum balas. menarik. a) Perhatian .Pelajar perlu mempunyai komponen gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas pemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka telah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruan seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga. dan mempunyai nilai kepada pelajar. motor halus.Nilai rangsangan dalam model yang digunakan perlu baik. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan memerlukan peneguhan. Oleh itu. 20 . ia perlu tersusun dan diulang-ulangkan. Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi peniruan. Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut. c) Penghasilan semula . tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai imej atau perkataan dalam minda kita. Sebagai contoh. pada tahap pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan meneruskan penumpuan perhatian. mengenal warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian tanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran.

2. latency. phallic.3 Model Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara.2. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami jenis-jenis model tingkah laku berikut: 2. 2. Melalui perspektif psikodinamik.2 Model Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU d) Motivasi . kekurangan zat makanan. 2.2 Model-model Tingkah laku Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat model tingkah laku.Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang diberikan. perkembangan personailiti terjadi semasa kanakkanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage.1 Model Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. la berhubung kait dengan orang yang memberi motivasi dan sumber peneguhannya. dan penyakit dengan tingkah laku individu. genital). Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. menekankan bahawa Ahli-ahli mazhab persekitaran ini kanak-kanak daripada mengasingkan persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu 21 . anal stage.2.

perubatan. a) Biofizikal . c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan model behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan 22 .2. behavioral. pergerakan kreatif.Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. dan aktiviti fizikal. puppet. mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan faktor-faktor luaran di sekelilingnya. nutrisi.4 Model Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. psikodinamik. tidak Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignore). 2. dan persekitaran. main peranan. dan sebagainya. tarian. b) Psikodinamik . teknik media ekspresif seperti lakonan bebas.Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum dan selepas lahir. pemakanan. oleh Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani Strategi model tingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan? pengurusan tingkah laku juga dilaksanakan berasaskan pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku. Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut.

d) Persekitaran .Intervensi tingkah laku berasaskan model persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU rangsangan. Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan kopi. Dengan sokongan pengurusan grafik. berpusatkan persekitaran.model pengurusan Tingkah laku di atas. berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan ”interface-centered”. Latihan 2. 23 . ganjaran dan sebagainya. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat. banding Bezakan penekanan yang diberikan oleh model. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat ulasan.

suka bertanya.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Peserta-peserta kursus juga didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross-sectional research dan Longitudinal research . suka mencuba. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis-jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar. 3. 24 . melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. disruptif. perasaan ingin tahu. 2. Jenis-jenis tingkah laku negatif juga dibincangkan seperti agresif. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan cross-sectional research. Ia memberi pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. distruktif. Hasil Pembelajaran 1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif. non-compliance dan lain-lain lagi. temper problems. withdrawal.

9 Noncompliance 3.2.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah Laku 3.7 Overdependency 3.5 3.3.1.4 3.1.2 3.1.3.2.2.2.1.1 3.6 Tekun 3.2 Longitudinal research 25 .1.2.2.4 Suka bertanya 3.3 3.2 Tingkah laku Negatif 3.2.3 Ingin tahu 3.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kerangka Konsep Tajuk Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah 3.2.2 Suka mencuba 3.1.1 Tingkah laku Positif 3.5 Melibatkan diri dalam aktiviti 3.1 Cepat belajar 3.8 Withdrawal 3.1 Crosssectional research 3.6 Hiperaktif Destruktif Disruptif Agresif Temper tantrums Separation problems 3.2.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3.1 Tingkah laku Positif Pengenalan Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Misalnya. sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian oleh guru supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Namun guru juga perlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Apakan kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat dan mengekalkan tingkah laku positif ini? Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku? 26 . fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Renungkan. Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru kerana guru lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku negatif.

Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau 27 . Murid dipertanggungjawabkan terhadap dipilih. b) Peneguhan negatif Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. e) Ekonomi token Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker. Kontrak akan berjaya jika murid diubah dan murid faham perkara atau aktiviti yang faham akan tingkah laku yang hendak akan kesan yang akan berlaku. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut: a) Peneguhan positif Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi. c) Pembentukan (shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. d) Kontrak Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

lahan. f) Modeling Menggunakan watak-watak (murid. g) Rantaian (chaining) Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan.2 Tingkah laku Negatif Pengenalan Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku? Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: 3. 3.1 Hiperaktif Tingkah laku aktif yang terlampau.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan sesuatu yang disukai tanpa berhenti. h) Pengaburan/pelunturan (fading) Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan. Memanjat ke atas 28 .2. guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum di punggung seseorang individu. dikenali juga sebagai analisis tugasan.

barangan kawan sekelas. 3.2 Distruktif Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja.7 Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain.4 Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan. suka memaki hamun dan sebagainya. 3.5 Temper Tantrums Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba.2.2. 3.2.3 Disruptif/mengganggu Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 3. tidak dapat berdikari dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. 3.2.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU almari dan duduk di atas sambil belajar. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. asyik duduk di sudut dan tidak berkerja sama 3. 29 .2. suka bergaduh. mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. Tidak menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.6 Seperation Problems Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan.2.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3. Contohnya enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.2. 3. b) Enggan ke sekolah Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.2.9 Noncompliance a) Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. 30 . dan dipulaukan oleh rakan sekelas. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang.8 Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. pergaduhan. c) Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya.

(c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif (i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada Tahap perkembangan mereka. dan prihatin kepada perasaan. (ii) Tingkah laku cemas. (ii) (iii) Mudah lupa dengan aktiviti harian. atau takut. dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal (b) (i) Kecelaruan Penyesuaian Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat perubahan dalam hidup. mengugut. Lemah dalam memberi perhatian. atau tingkah laku mengancam. (iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar Ciri-ciri individu yang mengalami (a) Kecelaruan Tingkah Laku (i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain (ii) (iii) (iv) (v) Mempamerkan tingkah laku membuli. (d) Engkar Arahan (i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu 31 . Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain. Berkemungkinan mendera secara fizikal Menunjukkan sedikit empati. vandalisma atau bergaduh. lalai dalam kerja sekolah atau kerja rumah.

(f) Impulsif (i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi. (ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama umur dengan mereka. tidak taat. dan tingkah laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti. 32 . (e) Tingkah Laku Mengganggu (i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien. dan mempi ngeri dan perasaan takut yang amat sangat. (g) Agresif (i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak dapat tidur malam. (ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan kejam terhadap binatang. Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik. (ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak penting. (iii) (iv) Kurang bertanggngjawab. Sukar menguruskan tugas dan aktiviti. (ii) (iii) (iv) (v) Cepat naik marah Tidak sabar menunggu giliran.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU arahan.

Sering was-was apabila menjalankan tugas dan tanggungjawab. Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam menyudahkan tugasan (iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak Terurus (i) Murung (i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti sakit kepala atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas. Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku 33 . Menunjukkan pergantungan kepada orang lain. (ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis. (j) Stereotaip (i) (ii) (iii) Kurang keyakinan diri. (iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam menyudahkan tugasan tersebut.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (h) Mengamuk (i) (iii) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti hilang perhubungan dengan persekitaran.

Kesihatan mental ibu Kurang berat badan sewaktu dilahirkan Terdedah kepada persekiaran yang tercemar. a) Penghapusan (Extinction) Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU mencabar antaranya: Fungsi dan struktur otak Genetik Alergi makanan dan pengambilan gula Kecederaan ketika lahir. 34 . Pengambilan rokok semasa mengandung Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah laku Negatif Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yang dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah yang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yang tidak diingini.

ambil balik token yang diberi.bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu g) ’Response cost’ Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Cth: . c) Kejemuan (Satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU b) Pengasingan (Time-out) Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik. Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita? Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua 35 . fobia). menarik balik hak dan keistimewaan. dendaan fizikal. e) Disensitisasi Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas. “Over Correction” adalah satu teknik kejemuan. d) Hukuman/dendaan Contoh: tahanan kelas (lambat balik) . f) Pembetulan semula (overcorrection) Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya.membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali .

Kerjasama dan kolaborasi pintar kesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu berjaya. perabot. (b) Guru perlu tahu mengurus ruang. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid-murid. Strategi di bilik darjah Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah laku murid-muridnya. kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah. Guru perlu memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut: (a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu menghadiri kursus. mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah. guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Pastikan bilik darjah selamat. Bagi tujuan topik ini. bilik darjah dengan alat baik. guru. keluarga. Guru juga mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah. latihan. 36 . ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid. para pakar. jurnal dan internet. pihak pentadbir sekolah. badan bukan kerajaan. komuniti dan masyarakat.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pihak yang terlibat dengan pendidikan murid-murid. strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah laku mencabar. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu bapa. bantu Penyusunanpersekitaran. alatan. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya. ceramah terutamanya berkaitan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. agensi berkaitan. Bagi mengamalkan amalan terbaik ini.

(e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan. tetamu dan sebagainya. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka. (f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. untuk mengubah tingkah laku kita perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. ibu bapa. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab dalam membantu program 37 . pembantu guru. Strategi untuk sekolah Seperti yang kita tegaskan sebelum ini.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar. penyelia. (g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku. Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pasti murid kita akan mendapat faedahnya. (d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik darjah. guru penolong kanak.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru. Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua/guru besar.

ibi bapa dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masingmasing. b) Membuat peraturan yang jelas. Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaan mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai.3. e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir. para guru. g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid. pengawal keselamatan. pihak kantin sekolah. d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif. kakitangan lain.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah mereka. kakitangan lain. ibu bapa dan PIBG. adil dan bertimbang rasa yang boleh dilaksanakan. Adakah anda bersetuju ? 3. Kaedah ini seringkali digunakan di dalam bidang psikologi perkembangan dan boleh juga digunakan di dalam bidang-bidang 38 . c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah terutama para guru. Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah: a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik. f) Memberikan sokongan kepada guru.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku ’Cross-sectionall Research’ 3. murid.1 Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. ibu bapa dan keluarga.

39 . Minta kanak-kanak tersebut duduk diam. 3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. pendidikan dan lain-lain bidang sains. pengkaji boleh memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari segi umur. Ia melibatkan kajian terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya untuk mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja.2 Bincangkan kepentingan „longitudinal research‟ dan „cross-sectional research‟ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam bidang psikologi perkembangan. Kebaikan kajian ‟londitudinal research‟ ialah ia membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor utama kepada berlakunya jenayah tersebut.2 Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur.3. Catatakan Berapa lama dia boleh duduk diam. Data dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian. Latihan 3 3. dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda. masa.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU lain seperti sains sosial. ’Longitudinal Research’ 3.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology...SELAMAT BERJAYA 40 .wikipedia.alleydog..about.enotes.com http://en..org Itu saja yang perlu anda lakukan.com http://www.com http://www.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU)
 SINOPSIS Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku.  HASIL PEMBELAJARAN Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat: i. ii. iii.    

2JAM

memahami konsep pengurusan peneguhan memahami aspek pendokumentasian memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Prinsip Peneguhan Jadual Peneguhan Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

4.0 Pengenalan Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku.

41

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

4.1 Prinsip peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.

Jenis-jenis peneguh Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada murid, iaitu:

i.

Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;

a. edible reinforcer-

merupakan minum murid

makan yang

/

disukai makanan

seperti

(gula-gula, biskut, dll) b. non-ediblemerupakan barangan seperti pen, kereta bola mainan, dan

sebagainya.

ii. dapat

Sensory

merupakan sensasi yang disukai atau

menggembirakan murid. Terdapat lima jenis

sensory reinforcers iaitu; 42

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit antara guru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindak balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala, dsb. –

b.

Penggetar

(vibratory)

merupakan

alat

penggetar (vibrator) yang letakkan di bahagian leher,

tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang mengalami pelbagai kecacatan) Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-

c.

bahan yang menarik minat murid. visual – menggunakan alat-alat yang dapat dan menggembirakan murid seperti ”spinning

d. menarik

colour wheel” e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat murid atau disukai murid –

iii.

sosial

merupakan

pujian,

senyuman,

beri

perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air muka persahabatan atau kasih sayang yang dapat menggembirakan murid. aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian,

iv.

mewarna, menonton televisyen, dll.

43

Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk / melatih perlakuan baru. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (5.13 minit) Jenis-jenis pemerhatian Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku. 44 . iii. ’Fixed ratio‟ – penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan) b. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 minit) d.9. bukan kepada setiap perlakuan berlaku. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa) c. iv.4. ‟Continuous‟ diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. guru perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Penjadualan nisbah (ratio schedules) a. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.15.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Jadual peneguhan Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut: i. ‟Intermitten‟ diberi secara berkala tanpa dijangka. ‟Contigent‟ diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut ii.

tetapi relevan dengan objektif tersebut. Melalui pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanakkanak berkenaan. dan kekerapan tingkah laku itu diulangi. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement)   Melapor apa yang dilihat sahaja Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemubual individu yang berkenaan. di samping menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar perancangan penilai / pemerhati. memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ii.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung (direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang  Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan 45 . tempat tingkah laku itu dibuat. penilaian iii. perlakuan. pengetahuan. bila tingkah laku itu terjadi. ia itu: i. ended”  Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu . Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai / diperhati. atau sikap yang telah dikenal pasti.

guru perlu memahami prinsipprinsip pengurusan tingkah laku berikut: 46 . Prinsip pengurusan tingkah laku Dalam melaksanakan program tingkah laku. iii.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot. v. ii. antaranya. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas murid. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian. Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang. i. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. iv.

 Program perlu secara individu Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid.  Tingkah laku boleh diajar dan diubah Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya.  Matlamat perlu jelas dan khusus Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai. maka pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan sahaja. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut.  Program perlu fokus masa kini (semasa) Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid. guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku baru yang diingini. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU  Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa)  Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan yang diterimanya. 47 .

isu-isu penting dengan membut ulasan. 48 . Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan Latihan 2: Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam tajuk 4 dan huraikan. huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan di atas. Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU  Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid.

2 Mengumpul dan merekod data Langkah -langkah dalam 5. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kerangka Model Tajuk 5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran 5.4 Melaksanakan program intervensi 5.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran.5 Menilai keberkesanan intervensi 49 . mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku ii. mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan peneguhan peneguhan 5.

iaitu tingkah laku yang - Membahayakan diri dan orang lain Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain Tidak sesuai dengan umurnya Terlalu kerap berlaku Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu Menyebabkan murid lain menjauhkan diri (Zirpoli&Mellow. 5. Panduan memilih tingkah laku sasaran: i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.0 Pengenalan Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai. mengumpul dan merekod data serta melakdsanakan intervensi.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 5. 2001) 50 . Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran.

5.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan : - Jenis tingkah laku Kekerapan tingkah laku Jangka masa barlaku Tahap keterukan (intensiti) Jumlah keseluruhan tingkah laku iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu meningkat atau menurun iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya. Maklumat atau data data”. yang terkumpul dikenali sebagai ” baseline Tujuan mengumpul data: - Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari. - Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut. guru seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah. 51 . Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku. Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola tertentu.2 Mengumpul dan merekod data Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku.Misalnya ” Murid A bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam tempoh setengah jam. vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

Program intervensi 52 . Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan 5.4 Melaksana Intervensi Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah laku muridnya. beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu: i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan? iii) Bila tingkah laku itu berlaku? iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku? v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku? vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut? Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri. barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut: - Rekod Naratif Rekod Anekdot Rekod Naratif berterusan Rekod Kejadian (Event Recording) Rekod Kekerapan Rekod jangka masa (Duration) Rekod had masa (Interval) Rekod Sampel Masa 5.

Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf fasa selepas intervensi. 53 . Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod baselinedata selepas intervensi. Fasa selepas intervensi: Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu: i) Fasa pra intervensi ii) Fasa intervensi iii) Fasa selepas intervensi Fasa pra intervensi: Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku sasaran. Fasa intervensi: Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.

5.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 5. maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain. Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep. banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid. Menilai keberkesanan intervensi Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline data. Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. isu-isu penting dengan membuat rumusan.isu-isu penting dengan membuat rumusan. Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep. huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. 54 . Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Dengan sokongan pengurusan grafik. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia.

ii.0 Pengenalan Dalam pengurusan tingkah laku. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. 55 . guru akan berusaha untuk mengekal atau meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang tidak diingini. Kerangka Model Tajuk Strategi Pengurusan Tingkah laku -Peningkatan tingkah laku -Pengurangan Tingkah laku 6.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini atau tidak diingini.

Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.  Kontrak: Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis.1 Meningkatkan Tingkah Laku Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. 56 .  Pembentukan: (Shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.  Peneguhan Negatif: Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:  Peneguhan Positif: Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan. 6.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU  Ekonomi Token: Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker (pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.  Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-perlahan.2 Mengurangkan Tingkah Laku  Penghapusan ( Extinction): Memberikan atau menyekat murid .  Rantaian (Chaining): Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. 57 .  ”Time-Out” : Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas. 6.  Modeling : Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.

 Kejemuan (Satiation): Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri.  ”Overcorrection”: Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya.  Disensitisasi: Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas atau fobia). menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin seratus kali. dendaan fizikal.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Contoh membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali. ”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.  Hukuman/ Dendaan: Contoh: tahanan kelas (detention class). ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan yang tidak digalakkan.  ”Response cost ”: Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. 58 .

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.isu-isu penting dengan membuat rumusan. SELAMAT MENCUBA! 59 . isu-isu penting dengan membuat rumusan. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

modul ini menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat dalam program Pendidikan Khas. keadilan dan penghormatan.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsih Bagi meningkatkan pengetahuan anda. Hasil Pembelajaran i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi. ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah. dan iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan khas Kerangka Tajuk Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku Hak asasi kanak-kanak Penglibatan Komuniti Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku 60 .

perkhidmatan khusus.  Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational Plan) Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa. prosedur dan hasil (out come).  Due Proses Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa. dan etika yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas. terdapat bayak isu yang mungkin timbul.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 7. ”Zero reject” ( education for all ) Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation). 61 . matlamat. Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku. disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu.0 Pengenalan Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini. Di antara yang diperkatakan ialah:    Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.  Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment) Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad. Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas.

Perkara yang perlu diberikan perhatian: -Persekitaran sebenar kanak-kanak -Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat -Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan. 62 . kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak. -Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. -Menempatkan murid secara sembarangan tanpa usaha membantu. keperluan. kehendak.Di antara contoh tindakan yang tidak adil: -Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. ii) Keadilan Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. 7.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU  Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.1 Hak Asasi Kanak-kanak Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai panduan: i) Normalisasi Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin.

mengajar dan penilaian (evaluation) (e.keberkesanan program).Contoh tindakan yang salah: -Hukuman fizika l.(salah penempatan dikelas khas) -pengasingan .(sekatan.(pengguanaan ‟time out‟ secara tidak konsistem dan lama) -Pengubatan. b) Bentuk penglibatan -mengenalpasti dan merujuk -diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk membina program 63 .(tampar.g.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU iii) Penghormatan Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah dan bukan dilayan seperti haiwan. ketuk-ketampi) -Hukuman psikologi (menyindir.2 Penglibatan ibu bapa a) Peranan ibu bapa -Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan. pengujian(assessment). membina program. memarahi dan memberi gelaran) -pengabaian . -harapan ibu bapa dan juga harapan profesional. renjatan elektrik) 7.(salah guna ubatan) -Hukuman kejam .(menyekat kanak-kanak daripada Peluang untuk berjaya) -Pemisah .

perundangan -membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu bapa.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -temuduga sejarah hidup murid -pengujian secara formal -memerhati dan membuat carta -melibatkan murid dalam pengujian (assessment) c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa (conferencing) . 64 . e) Memantau perlaksanaan. terapi. kaunseling. g) Pendidikan ibu bapa -Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas. -merupakan proses yang berterusan f) kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat menjamin kejayaan program. keperluan khas anak -latihan berkomunikasi.persediaaan untuk perjumpaan -cara komunikasi -melaporkan keputusan -membentuk matalamat (goals) program -kelulusan untuk penempatan d) Due Process Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap ibubapa diperjelaskan.

Redha dan bersyukur .PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU h) Reaksi ibu bapa Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk. Hubungan rumah dengan sekolah Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dapat sama-sama terlibat. oleh itu merek perlu diberi pendedahan berikut: -sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya -penerangan sebagainya -perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya -Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan pendidikan. iaitu . latihan dan sebagainya.Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi -salahkan diri -tidak gembira/murung -rasa bersalah -penafian -menyalahkan orang lain -menarik diri -mengelak diri -Pemarah dan memencilkan diri -bermusuhan -terlalu mengharap -kecewa -Tidak terima sama sekali i) Keperluan Latihan Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti 65 . pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan j).

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan. Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. 66 .3 Penglibatan Komuniti i) Agensi kerajaan dan swasta a)Kementerian Pelajaran Malaysia Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. 7. Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah. bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk muridmurid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah yang dan menengah dan sekolah menengah dan teknik/vokasional menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional. anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. pencegahan. latihan dan pendidikan serta intervensi awal. kaliper. v)Bengkel Terlindung .Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan. ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik . iii) Geran Pelancaran . iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) . Bengkel Daya Sg.Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain.Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda. Petani atau di 67 . dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.700.Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. b)Jabatan Kebajikan Masyarakat i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri .Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang.

berumur antara 18-40 tahun. jahitan dan rekaan fesyen. Penilaian pemakanan. kreativiti. dan aktiviti luar. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. pra-3M.Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi . Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian. vi) Latihan Kemahiran Vokasional . Pemulihan carakerja. c)Kementerian Kesihatan Malaysia Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Rawatan susulan. berkelulusan sekurangkurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari.kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota. kemahiran motor halus. latihan pra vokasional. penyenggaraan komputer. sukan/rekreasi. Pemulihan anggota / fisioterapi. pengurusan diri. bengkel roti dan kek. mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. pendidikan agama/moral. vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) . elektronik. perkembangan sosial. Pemulihan pertuturan. Pemulihan pendengaran. perkembangan bahasa. unit membuat alat tiruan. fotografi dan kelas memandu. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan. pendawaian lektrik.PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan. dan 68 . sukan dan rekreasi. kelas akademik tidak formal.

Selepas tahun tersebut. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations).PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Rawatan Psikologi. bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah. persatuan dan badanbadan sukarelawaan. ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. ii). Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orangorang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial 69 . yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini.Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: i). i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanakkanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa dalam program kanak-kanak khas. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia JAWAB SOALAN BERIKUT: 1.Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU iii). 2.kanak diantara umur 6-16 tahun. SELAMAT MENCUBA! 70 .

.alleydog.com http://en.about.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.org Itu saja yang perlu anda lakukan.com http://www..com http://www...wikipedia.enotes.SELAMAT BERJAYA 71 .

72 . Minneapolis.L. New York: Macmillan Publishing Company.. 1995. D. MN: PACER. (2001). Applications for teachers. & Pear. Classroom Management: Facilitating Teaching and Learning. T. New Jersey: Simon & Schuster Company. A. Q. Hamilton. & Shea. 1995.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU RUJUKAN : Axelrod. Boston: Allyn and Bacon. Martin. Greene. 1993. R. K.idirect. J.. B. J. J. A.). Behavior modifications : What it is th and how to do it.A. A. T. Behavior Modification Procedures for School Personnel. R. London: Hodder & Stoughton Ltd. S. G. Harrop. Behavior Management In The Schools: Principles and Procedure. Behavior Management:. J. G. (2003). Sulzer. Behavior Management: Applications for Teachers and Parents. & Mayer. The explosive child: A new approach for understanding and parenting easily frustrated chronically inflexible children. A guidebook for parents of children with emotional or behavior disorders (3rd ed. and Melloy.: Wadsworth. ed. K. A. New Jersey : Prentice-Hall Jordan. Myint S.Lang. New York: Harper Collins Kazdin. 1983. R.). Zirpoli. http://webhome. 1987. 1972. Martin. and Wong. K. (2002). Illinois: The Dryden Press Inc. G. Belmont C. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th ed. Singapore: Pearson.html Jun 18. 2007. New York: McGraw-Hill Book Company. (7 . & Pear. C. Ed...W.com/~kehamilt/psy4. F.A Practical Approach for Educators 6* ecf. 2001. 1993. Behavior Modification for the Classroom Teacher. M. Wielkiewicz. E. M.). (2001). Walker. J. R. Behavior Modification in the Classroom. 2005. Lourdusamy. New Jersey: Prentice Hall. Behavior Modification : (6th.E.

& Shea. T.J.J. Zirpoli. R. & Papolos. Behavior modification : Principles and procedures (2nd. & Melloy. Behavior management: A practical approach for educators (8th. Behavior management : Applications for teachers (3rd. Ed.. New Jersey : Merrill Prentice-Hall. C. K. New York: Broadway Walker.G. The bipolar child. New Jersey : Merrill Prentice Hall 73 .A.M. Ed. J.). T. (2002). ed. : Wadsworth Papolos.W. D.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Miltenberger. J. Belmont.). (2001). (2002).). (2001).

AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM) Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM) Pengalaman: Pensyarah (5 tahun) Kelulusan: Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM) B.com KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Pendidikan Khas (UM) B. Hons. Pendidikan Khas (UKM) Diploma Pendidikan IPG KIK Pengalaman: Pensyarah (3 tahun) lainichemat@ymail.PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN) NAMA EN.Pendidikan Khas ( UKM) Diploma Pendidikan (TESOL).RAYMOND MOHANRAJ PAUL Pensyarah Penyelaras Pendidikan Khas Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Rmpdavid06@yahoo.ED.hussin@yahoo.com 74 . Hons.ZULKIFLY BIN HUSSIN Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Zulkifly.IPG Mohamad Khalid Pengalaman Pensyarah (8 Tahun) Cr.com PN.ED. NOR LAINI BT CHE MAT Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelulusan: Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM) B.

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN) NAMA KELAYAKAN 75 .

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 76 .

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 77 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful