1.

0 Pengenalan Bidang seni kreatif merupakan satu bidang yang luas kerana bidang ini melingkungi pelbagai jenis seni kreatif seperti seni lukis, kraftangan, drama, muzik dan tarian. Terutamanya di negara Malaysia, bidang seni kreatif boleh dikatakan satu warisan dan keistimewaan kerana berbagai kaum dan mempunyai seni kreatif masing-masing berdasarkan adat istiadat dan ciriciri budaya yang terdapat dalam kaum masing-masing. Bidang ini telah dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia kerana ia memainkan satu peranan yang penting dalam pelbagai bidang yang lain seperti pelancongan, perniagaan, industri kecil sederhana dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kreativiti seseorang pendidik untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu aktiviti yang menarik merupakan satu perkara yang amat penting. Menurut Pfeiffer, kreativiti boleh didefinisikan sebagai kebolehna mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kini, sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan yang pesat semenjak kemunculan sekolah bestari di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknologi ICT telah dijadikan satu bahan keperluan yang terpenting dan menjadi semakin giat di kalangan pendidik muda. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula memudahkan para pendidik untuk menyampaikan sesuatu topik pelajaran dengan mudah. Namum begitu, perkara ini telah menyebabkan kemerosotan dari segi budaya dan warisan dalam negara kita dan menjadikan para pendidik lebih bergantung dengan kemudahankemudahan yang disediakan. Akibatnya, para pendidik akan menghadapi masalah sekiranya kemudahan yang tersedia dalam sesebuah sekolah tersebut adalah tidak lengkap dan budaya dalam negara kita tidak akan diwarisi oleh generasi muda. Pengajaran merupakan satu cara atau usaha untuk mempertingkat dan

memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani individu serta berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Proses ini akan membantu dan mendorong pelajar bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negeranya. Tambahan pula, pelajar juga harus diajar dengan pelbagai budaya dalam negara kerana budaya ini melambangkan ciri-ciri keistimewaan dalam sesebuah negara, maka, kita harus memastikan budaya ini boleh diwarisi secara turun-

Seseorang guru tidak harus terlalu bergantung kepada kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Bagi mencapai hasrat ini. bermakna dan membawa kesan maksimum. . Oleh yang demikian. guru juga haruslah berfikir dan bertindak secara kreatif untuk mengubah strategi dan teknik mengajar untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik. Salah satu teknik yang mampu mencapai ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. perkara ini harus dititikberat pada peringkat sekolah rendah.temurun dan tidak akan pupus pada masa depan. para guru di sekolah telah memainkan peranan yang penting. Selain dari itu.

iaitu seni visual. estetika dan kreativiti pada seseorang pelajar tersebut. Dalam seni dalam pendidikan sekolah rendah. ini telah menunjukkan bahawa cara pelajar untuk mengeksplotasikan perwatakan watak tersebut dengan cara tersendiri. Semua seni ini akan membantu dalam pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. berketrampilan dan professional. seni muzik dan seni pergerakan. matlamat yang diperjuangkan adalah untuk membentik keperibadian . Selain dari itu. sekiranya pelajar diberikan satu watak dalam perlakonan. Hal ini demikian kerana guru akan berusahan untuk menerokai dan mencari cara dan idea yang paling berkesan dan kreatif untuk mengaplikasikan bidang ilmu seni drama dalam pendidikan. seni drama dalam pendidikan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih menyeronokkan. pelajar akan memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti cara lakonan yang berkesan dan bersepadu dengan perwatakan pada watak tersebut. Selain dari itu. Dari sudut guru. Sebagai contoh. Tambahan pula. mempunyai personalitiyang seimbang. Matlamat aplikasi ilmu seni dalam pendidik ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dan mempunyai jati diri yang tinggi. seni drama dalam pendidikan memotivasikan para guru untuk menjadi seorang guru yang kreatif.0 Seni Drama dalam Pendidikan 2.1 Kepentingan seni drama dalam pendidikan Seni telah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi. inovatif. maka pelajar akan memikirkan cara yang paling menarik untuk melakon watak tersebut dengan penuh kreativiti tanpa nasihat dari orang lain. Sebagai contoh. Dalam pendidikan zaman kini. seni drama dalam pendidikan juga akan membantu pelajar dalam perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. hal ini demikian kerana seni dalam pendidikan dalam sesuatu mata pelajaran akan membolehkan pelajar untuk mengekspressikan sesuatu idea secara bebas dan kreatif serta membolehkan mereka untuk lebih memahami kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri. seni terdiri daripada tiga jenis utama.2. guru juga dapat membantu pelajar dalam perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh serta mencapai matlamat seni dalam pendidikan sekiranya mengaplikasikan ilmu seni dalam bidang pendidikan. peka. apabila dalam proses penyediaan sesuatu drama.

mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Rajah 1: Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme . menghargai keindahan alam persekitaran. imaginative. inovatif dan inventif. keluarga. kritis. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. kreatif. pembelajaran konstruktivisme bertitik tolak daripada teori Behaviorisme yang didokong oleh B.2 Teori-teori yang bersepadu dengan bidang seni dalam pendidikan Menurut Sharifah Maimunah (2001). keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri.genarasi Malaysia yang celik budaya. masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkah laku ke atas pelajar seperti yang ditunjukkan di rajah 1.

bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. teori konstruktivisme membawa definisi bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori ini menyokong kesepaduan subjek yang digabungkan seperti dalam mata pelajaran seni dalam pendidikan seperti nyayian.Apabila seseorang pelajar mengalami perubahan tingkah laku seperti daripada tidak tahu sesuatu perkara kepada tahu. maka sesuatu pembelajaran dianggap berlaku. Oleh yang demikian. Secara amnya. Walau bagaimanapun. lakonan. seni dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan pelajar mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. kraftangan dan lain-lain. kebanyakan sekolah hanya memberikan penumpuan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logic sahaja seterusnya menyebabkan kecerdasan lain akan hilang. Howard Gardner (1983) dalam Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. . Cara pembelajaran begini digalakan dijalankan dalam keadaan yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran pelajar boleh dicapai melalui aktiviti meneroka. Penggabungan ini mampu menangani masalah penyuburan kecerdasan minda minda kanak-kanak dan dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Rajah 2: Teori Kecerdasan Pelbagai Selain dari itu.

Einstein. Kesemuaan pendapat yang dicirikan oleh beliau boleh dikatakan selaras dengan aktiviti drama kerana drama meliputi semua aktiviti yang boleh membantu pelajar dalam perkembangan kreativiti seperti kecemerlangan dalam sesuatu bidang atau aktiviti. dan sains akan membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. analitik. kreativiti juga menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. praktik. pakar saintis yang terkenal mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. personal.Tambahan pula. holistik. Selain dari itu. hanya beberapa pelajar sahaja yang akan menerima bahan yang disampaikan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. emosional. Howard Gardner (1983) pula berpendapat bahawa sekiranya hanya satu pendekatan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat bahawa kreativiti juga dapat membentuk hubungan rakan sebaya yang rela diuji dan berani menerima kegagalan. jurutera. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Manakala Leonardo da Vinci pula berpendapatan bahawa penggabungan antara ilmu seni.intuitif. Pada pendapat Gardner (1999). . fizikan dan intelektual. estetika. kreativiti kanak-kanak boleh dipertingkatkan melalui pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan tidak mudah menyerah diri. Dari segi kekeluargaan. Gabungan ini dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik. intrapersonal. Di samping itu. anatomi. ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam sekurang-kurangnya satu ativiti atau bidang yang diceburi. hubungan antara rakan sebaya dan suka mencabar autoriti.

Dalam kes ini. Pada pendapat beliau. elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada melihat.Rajah 3: Jenis-jenis Peniruan Kanak-kanak Salah satu teori yang boleh dikaitkan dengan seni drama dalam pendidikan ialah teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura seperti yang ditunjukkan pada rajah 2. Teori ini juga mempunyai nama sampingan yang bernama teori pemerhatian atau teori peniruan. pelajar akan meniru tingkah laku watak tersebut dan menonjolkan kepada orang lain. . pelakon dan penonton akan mempelajari dan meniru perbuatan yang betul yang dibawakan oleh lakonan tersebut. Teori ini juga boleh dikatakan amat sesuai dengan konsep seni drama dalam pendidikan kerana drama merupakan satu kaedah yang menunjukkan peniruan terhadap sesuatu watak. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi. Mengikut pendapat beliau. meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lain. aspek yang penting dalam teori ini ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam suatu watak tersebut.

emosi. Dalam drama. Di samping itu. Kanak-kanak suka menyentuh. aktiviti seni juga mudah untuk direka bentuk. Pendekatan dan aktiviti ini . mengguling. adik.3 Hubungan antara Kanak-kanak dan Seni Untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dalam setiap peringkat. kanak-kanak perlu bertutur dan melakon watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.2. mengesan bunyi. Pelaksanaan teknik ini bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan. Seperti yang kita tahu.4 Tujuan Pelaksanaan Seni Drama dalam Pendidikan Lakonan dan drama kreatif merupakan alat atau teknik yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. bapa. pelakon dan pelbagai watak dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. elektif dan audiolingual. menggosok. polis. kakak. aktiviti seni juga boleh dikatakan mudah untuk dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati oleh kebanyakan kanak-kanak. dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. aktiviti seni dapat direka mengikut keperluan semasa. menghidu. meramas. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan. rohani. 2. Berlandaskan semua aspek dan ciri kanakkanak. intelek dan aspek sosialnya secara tidak langsung apabila mereka bermain. sikap pelajar yang suka bermain juga merupakan satu aspek yang penting bagi kanak-kanak. Lakonan dan “main peranan”ialak permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu. Aplikasi teknik lakonan dan drama kreatif bertujuan untuk memperkembangkan unsur bahasa. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dapat memperkembangkan jasmani. unsur parakinguisti dan bukan linguistik dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perubatan. Guru di sekolah sentiasa mengaplikasikan teknik ini dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus. menguli. doktor. mendengar. abang. kanak-kanak melihat sesuatu perkara dengan cara tersendiri.

Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu. main adalah satu cara yang paling asas untuk kanak-kanak belajar sesuatu dan mengenal dunia dan persekitarannya. 2. Main “onlooker” (pemerhatian) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat rakanrakan bermain. main sosial boleh dibahagi kepada enam jenis di kalangan kanak-kanak. Melalui permainan. . Main “unoccupied” iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun dan juga sebarangan permainan. Pada peringkat kanakkanak. 3. 2. kanak-kanak juga bebas untuk meluahkan emosi. Kewujudan sikap bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka mempelajari peranan-peranan individu dewasa. Selain dari itu. Pada pendapat Parten (1932). Seperti yang kita tahu. membuat penemuan. kanak-kanak dan permainan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. kanak-kanak dapat menimbulkan perasaan gembira dan menggalakkan interaksi positif. menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan ketegangan dan menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan.5 Permainan sosial dan drama kreatif Permainan sosiol dan drama kreatif merupakan salah satu bahagian dalam seni drama kreatif dalam pendidikan kanak-kanak. main sosial terdiri daripada: 1. Main “solitary” (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain berseorangan diri tanpa mempedulikan rakan sebaya dan sekelilingnya. 4. Mereka akan memberi tumpuan terhadap permainan kanak-kanak orang lain. Tambahan pula. Main “parallel” iaitu kanak-kanak akan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan yang lain bermain dengan perseorangan. Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan. memberi dan berkongsi sesuatu.mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari.

Drama berpandu 3. bahasa badan.5. Ia juga menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Menurut Nessel (1989). atau cerita dengan menggunakan teknik-teknik drama. Dari segi drama kreatif. Main “cooperative” iaitu semua kanak-kanak akan bergerak dalam satu kumpulan untuk bermain bersama dan permainan ini adalah hasil daripada organisasi guru. Main “associative” iaitu dalam keadaan kanak-kanak hanya berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan meminjam peralatan atau bahan tetapi bukan bermain sama-sama. Drama kreatifi adalah satu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Susan (1981) pula mengatakan bahawa kaedah dan teknik drama kreatifi di bilik darjah bukan sahaja mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bersosial. mental dan emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa depan. iaitu membolehkan kanak-kanak berlakon. drama kreatif adalah suatu aktiviti yang dapat dinikmati dan bersifat intelektual. Boneka 4. Tambahan pula. Permainan dramatik 2. fasa yang diberikan adalah berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. main peranan. namun begitu. 6. beraksi. tetapi ia juga menitikberatkan sikap terhadap masyarakat sekelilingnya. Drama kreatif adalah amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana terdapat beberapa faktor yang penting. . Secara khususnya. emosi. Pelbagai bahan yang digunakan dalam drama kreatif akan merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Sosio drama Walaupun penggunaan drama sebagai alat pengajaran bukan merupakan satu teknik yang baru dalam pendidikan. drama kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu: 1. Selain dari itu. Hal ini demikian kerana semua kemahiran ini adalah penting dalam proses pembentukna pertumbuhan dan perkembangan fizikal. 1984). ia juga merupakan medium bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka melalui pergerakan. bahasa dan nonverbal. ia masih amat bermakna dalam pendidikan dan indoktrinasi dalam pendidikan ( Mc Caslin.

MEMBINA RASA KEMASYARAKATAN. . . KEMAHIRAN DALAM DRAMA KREATIF SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI SEMASA MEMERHATI AKTIVITI KEBOLEHAN YANG BOLEH DIPUPUK: . .KERJASAMA .HUBUNGAN INTERPERSONAL .KOLABORASI .MEMBUAT KEPUTUSAN.MEMBUAT INFRENS DAN MEMERHATI IMPLIKASI.EKSPLORASI ANTARA BUDAYA. Semasa menjalankan aktiviti drama kreatif.MENDENGAR.MENDISIPLINKAN DIRI.KREATIVITI .TUMPUAN .EKSPRESI DAN KESEDARAN DIRI.MELIBATKAN PENGGUNAAN ARTIKEL YANG BERKESAN.PERSEFAHAMAN .MEMBACA AKHBAR DAN MELAPORKAN.IMIMINASI . DAN . . dan memberi tumpuan dan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam masa yang sama. . berimaginasi serta bersifat fleksibel.KEPUASAN 16 ASAS KEMAHIRAN YANG BERSIFAT AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU: .MEMBINA KONSEP Rajah: kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa melakukan dan memerhatikan drama kreatif .PENTINGNYA KOMITMEN DAN PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB. .mereka cipta. . .PENTINGNYA KERJASAMA. .PENJELASAN NILAI.FLEKSIBILITI . .PENYELESAIAN MASALAH .MENGIKUT ARAHAN. . pelbagai kemahiran akan dipupuk pada kanak-kanak yang melibatkan diri dalam aktiviti ini seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.PERKEMBANGAN PERBENDAHARAAN KATA.BAHASA DAN PERBENDAHARAAN KATA . . .BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF. .

pelbagai karya dan sastera tempat telah melambangkan ciri-ciri budaya yang terdapat dalam negara kita.2 Memajukan sektor Pelancongan di Malaysia Produk kebudayaan di Malaysia adalah dalam kuantiti yang banyak dan tidak dapat dihitung. Semua produk ini dapat dijadikan produk pelancongan untuk menarik dan memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Untuk mewujudkan dan mengekalkan identiti tersebut.1 Mewujudkan satu identiti kebangsaan Seni merupakan wadah pembentukan budaya nasional dalam sesebuah negara manakala sastera pula berperanan untuk menyalurkan fikiran dan idea bangsa budaya.1. Walaupun warisan ini pernah .0 Seni Drama di Malaysia 3. Hal ini demikian kerana kanak-kanak akan menumpu perhatian semasa mereka bermain. Cina. 3. Dalam negara kita. drama merupakan satu aktiviti yang memberikan peluang kepada murid-murid belajar secar bermain dan konsep bermain sambil belajar ini dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti.1 Kepentingan Seni di Malaysia 3.Pada pendapat Azman Wan Chick (1981). dan lain-lain dan mempunyai pelbagai budaya yang istimewa. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran merusi daya usaha sendiri. India. Drama kreatif adalah amat bermakna bagi kanak-kanak. Oleh yang demikian. Hal ini demikian kerana negara kita terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu. kita haruslah menjaga seni budaya kita agar tidak akan terpupus pada masa depan. guru haruslah memupuk nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai semasa melaksanakan drama kreatif supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.1. Pelbagai tempat yang berasaskan budaya telah dijadikan tarikan pelancong di Malaysia dan menarik pelancong dari luar negara untuk menikmati kebudayaan yang terdapat di negara Malaysia. 3.

Namun begitu. seni budaya telah banyak dikaitkan dengan pendidikan kreatif di sekolah. Selain dari itu. modul pendidikan di sekolah harus diseragamkan agar pendidikan kreatif diberikan penekanan yang sama rata dengan pendidikan akademik. Menurut Zakaria Hassan (2011).1. khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Sarawak. tetapi juga meliputi pengajaran dan nilai murni yang boleh memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat.4 Memupuk nilai murni dan semangat kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah memainkan peranan yang penting untuk memperkenalkan kebudayaan seni di negara kita. Selama ini. program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat umum.3 Memajukan pendidikan kreatif di Sekolah Budaya harus didedahkan kepada kanak-kanak sejak mereka pada peringkat sekolah rendah. tetapi kerajaan telah berusaha untuk memajukannya sebagai satu tarikan pelancongan. Menurut catatan dalam Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.mengalami kemerosotan pada satu ketika. Hal ini demikian kerana seni drama juga membantu dalam pelajaran dan pembelajaran pada hari ini. dan disignifikan dalam memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. setiap hari mereka akan menyediakan sesi menari dan drama yang melingkungi pelbagai kaum di Malaysia. Catatan ini telah menunjukkan bahawa kepentingan seni di negara kita bukan setakat sahaja untuk menjadikan satu imej tersendiri. program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semarak seni. 3. 3. Contohnya. Tujuannya ada untuk menarik tarikan pelancong dan memperkenalkan budaya yang terdapat pada pelbagai kaum di Malaysia. . Salah satu program yang diperkenalkan ialah Program Merakyatkan Seni (2012). Pelbagai program telah diperkenalkan untuk memajukan seni di dalam negara kita. Sarawak Culture Village di Kuching. pendidikan kreatif boleh dikatakan meliputi bidang yang luas. Menurut sumber dari Sarawak Culture Village.1. Ini telah membuktikan bahawa budaya seni di Malaysia telah dijadikan satu bidang yang penting untuk memajukan ekonomi negara.

3. Selain dari itu. Perkara ini adalah amat penting .1. kepercayaan budaya danpendapat segenap lapisan kaum dan etnik dalam negara. Hal ini demikian kerana rakyat harus lebih memahami budaya sendiri dan diikuti dan dilihat sepanjang masa. Untuk menangani masalah tersebut. 3. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara juga turut disekat pada zaman teknologi yang maju. Di sebaliknya.4 Kesinambungan Tamadun Budaya adalah amat penting untuk dikekalkan demi kesinambungan tamadun di negara kita. ceramah. pelbagai cara telah diambil untuk menghidupkan warisan budaya yang ada dalam negara kita seperti kempen.1. Hal ini demikian kerana beliau rasa seni dan budaya khususnya seni lakon merupakan satu cara untuk rakyat bagi menemukan titik perbezaan adat resam. pihak kerajaan dan bukan kerajaan juga berusaha untuk mengembangkan budaya traditional dalam negara kita agar budaya ini dapat diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke masa depan. wawancara serta pameran. kita juga akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dapat iktibar. Dan pelbagai drama dan cerita yang mengisahkan tokoh-tokoh yang terkenal seperti Tunku Abdul Rahman.6 Menjadi Akar Tunjang Jati diri Bangsa Menurut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (2010) berkata.5 Perkembangan Budaya Traditional Kekayaan warisan budaya negara kita haruslah diperkenalkan kepada generasi muda untuk bertujuan mengembangkan budaya traditional. tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis.1. kita akan mengetahui asal usul kita.3. mitos dan dongeng yang menceritakan tentang kisah zaman kesultanan Melayu telah digarang dan dijadikan drama atau teater untuk membolehkan generasi muda dapat mengetahui semua peristiwa yang pernah berlaku dalam negara kita. Sebagai contoh. usaha memelihara warisan seni dan budaya penting dengan penglibatan rakyat sendiri seiring peredaran zaman. Melalui budaya traditional seperti seni drama.

3. pihak yang berkenaan haruslah bertanggungjawab untuk merancang.2. terdapat beberapa perbadanan berfungsi untuk mendidik dan membuat kajian tentang cara pemelihara dan pemulihara bidang seni di Malaysia. penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni dan buday dan warisan yang bertujuan untuk menghasilkan seniman yang mahir. seni budaya haruslah diwarisi dan dijadikan akar tunjang bagi masyarakat untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.2 Menganjurkan pelbagai program kebudayaan Untuk memperkenalkan kepelbagai budaya dalam negara kita. Dalam negara kita. menyelaras. Oleh yang demikian. Kebudayaan.untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara hasil daripada semangat persefahaman yang kukuh. 3. kita boleh melaksanakan pelbagai program yang berkaitan. .2 Cara-cara untuk Memelihara dan Memulihara Seni di Malaysia 3.2. Dalam hasl ini. Salah satu matlamat untuk ASWARA adalah untuk memupuk kebudayaan. ASWARA merupakan satu institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan. Kesenian dan Pelancongan Malaysia (2011).pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis budaya. banyak kemudahan disediakan seperti ruang pembelajaran. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan. kesenian dan Warisan National. Dalam institusi ini. kita boleh menggunakan cara pendidikan untuk memastikan ilmu tentang budaya ini disebar luas dan dikekalkan selama-lamanya. sikap toleransi dan saling menghormati.1 Melalui Pendidikan Untuk memastikan budaya dalam negara kita dapat dikekalkan dengan selamanya. iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Unit perancangan dan pengurusan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal kepada para pelajar untuk memperkembangkan bakat mereka di dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian. Tambahan pula. Dalam Pusat Kebudayaan ini. mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan asuhan.2. Fungsi jabatan ini adalah merancangkan dan menyebarluas informasi seni budaya yang berautoritatif. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. 3. bimbingan dan latihan dalam bidang seni dan budaya agar budaya ini dapat diwarisi secara turun-temurun dan tidak akan lenyap pada masa hadapan. Tujuan penubuhan Pusat Kebudayaan ini adalah untuk mewujudkan seni kebudayaan berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Contohnya seperti pusat Kebudayaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. kemudahan- .melaksana dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian seluruh negara. Program Rumah Terbuka. terdapat dua unit yang menjalankan tugas yang berbeza iaitu unit perancangan dan pengurusan dan unit pengembangan seni. Dalam negara kita. pengembangan kesenian yang melibatkan pelbagai kaum di negara Malaysia. Contoh program yang dijalankan untuk memulihara dan mengekalkan warisan budaya Malaysia ialai Program Merakyatkan Seni Budaya. Anugerah Seni Negara. Program Pembangunan Usahawan Kraf. jabatan ini juga melaksanakan aktiviti pemuliharaan. Persembahan Teater. dan menyemarakkan aktiviti ini ialah Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (2012). pelbagai kemudahan adalah diperlukan. Pembudayaan Tulisan Jawi dan lain-lain. terdapat pusat kebudayaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang berkaitkan dengan kebudayaan dan kesenian. Pertandingan Permainan Traditional. menyelaras. Di peringkat universiti. terdapat jabatan yang bertanggungjawab dalam merancang. Selain dari itu. Cara ini merupakan satu cara yang baik untuk memajukan bidang kebudayaan dan kesenian dalam peringkat pengajian tinggi. Selain dari itu.3 Menyediakan kemudahan Seni dan Kebudayaan Untuk memajukan dan menjalankan aktiviti seni di Malaysia. Program Mendekati Rakyat.

suntingan audio atau visual. vokal dan sebagainya telah disediakan. muzik. alatan video kamera. alatan audio atau visual.kemudahan seperti ruang latihan. dan khidmat nasihat pengurusan persembahan seni dan pengurusan majlis. Kemudahan pinjaman peralatan atau kemudahan yang dibekalkan seperti pakaian. alatan kebudayaan. alatan muzik moden dan traditional. sistem siaraya. tarian. 3.2.4 Bengkel .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.