You are on page 1of 1

Tajuk : Semakin Ramai Kanak-Kanak Dan Remaja Mengakses Internet Tanpa

Pengawasan. Keadaan Ini Boleh Menyebabkan Mereka Terdedah Kepada Risiko.


Bincangkan

Sebuah rumah yang berpenghuni tetapi di dalamnya senyap-sunyi. Kelihatan


si anak perempuan berusia 9 tahun sibuk dan leka dengan telefon bimbitnya. Si anak
lelaki yang berusia 15 tahun sibuk dengan komputer ribanya mungkin sedang melayari
lama sosial Facebook dan sebagainya. Ibu bapa yang baru pulang ke rumah lewat
malam melihat anak-anak mereka dan berfikir mungkin mereka sedang menyiapkan
kerja sekolah dan sebagainya. Tanpa memikirkan dari sudut negatif tentang perlakuan
anak mereka. Begitulah senario yang telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Pengawasan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja semakin dilupakan kerana ibu bapa sibuk bekerja sehingga melupakan
tanggungjawab mereka.Tidak dinafikan mutakhir ini internet merupaka satu rangkaian
gergasi yang menghubungkan antara manusia, merupakan punca utama manusia
memperoleh maklumat dan boleh dikatakan manusia tidak dapat hidup tanpa internet.
Dulu penggunaan internet hanya bergantung kepada komputer, namun kini internet
juga mampu diakses melalui telefon bimbit. Malahan dalam bidang pendidikan sendiri
mengalami revolusi yang drastik dalam memastikan sistem pendidikan adalah selari
dengan zaman.
Menurut Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedi
(CMCF) Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan dalam Utusan Online.( 2016, September
25),kawalan kendiri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah bermula dari
rumah. Penggunaan gajet tidak perlu disekat oleh ibu bapa tetapi yang paling penting
adalah peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak mempupuk kawalan kendiri
dalam diri sendiri. Langkah bimbingan ini adalah dengan ibubapa membabitkan diri
secara langsung dengan anak-anak dalam memantau aktiviti mereka. Ibu bapa juga
boleh membeli perisian yang dapat menyekat anak-anak dari mengakses laman-
laman web lucah. Hal ini sangat penting kerana semuanya berada dihujung jari. Ketika
waktu malam, ibu bapa menyangka anak mereka telah tidur sedangkan terdapat
cahaya disebalik selimut yang digunakan anak mereka. Kawalan kendiri yang dipupuk
oleh ibubapa membantu remaja dan kanak-kanak dalam memilih kandungan yang
baik atau buruk. Mereka akan berfikir dahulu tentang kebaikan dan keburukan dalam
setiap carian yang dilakukan.Ibu bapa memainkan peranan dalam mengenal pasti isi
kandungan tersebut adalah positif atau negatif. Ibu bapa perlu mewujudkan satu masa
berkualiti Bersama anak-anak walaupun sibuk bekerja kerana masa berkualiti tersebut
mampu mengubah kehidupan anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu melakukan

You might also like