You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARA

BANDAR MENJALARA, KEPONG


51200 KUALA LUMPUR TEL : 03-62760669
KOD SEKOLAH : WBA 0064 FAKS : 03-62774582

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


BIL 3/2017

TARIKH : 29 OKTOBER 2017


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GURU
PENGERUSI : EN ABD HADI BIN IBRAHIM
KEHADIRAN : 5/ 5

1. EN ABD HADI BIN IBRAHIM KETUA PANITIA


2. EN RETINEM A/ L THANDAVA THEVAR AJK
3. EN MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS AJK
4. EN RIZAL BIN ITHNAIN AJK

HADIR BERSAMA:
1. TIADA

TIDAR HADIR:
1. TIADA

URUS SETIA/ SETIAUSAHA:

AGENDA MESYUARAT

1. PERUTUSAN PENGERUSI:

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al- Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana kehadiran ahli- ahli panitia dan berharap
agar semua ahli dapat berganding bahu dalam melaksanakan semua aktiviti panitia.

1.3 Selain itu, beliau juga mengingatkan berkaitan prosedur berkaitan kertas kerja program yang
harus disiapkan dua bulan sebelum program dijalankan dan dihantar kepada pihak pentadbir
untuk disemak.

1.4 Ketua panitia juga diingatkan mengenai pelan perancangan strategic dan diminta berbincang
bersama ahli jawatankuasa yang lain mengenainya.

Tindakan : Semua guru

1
2. PERKARA BERBANGKIT
2.1 Tiada

3. RPH / RPT
3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa setiap ajk perlu menyiapkan RPT bagi tahun 2018
seperti ketetapan berikut :

TAHUN NAMA

1&2 EN ABDUL HADI BIN IBRAHIM


3&4 EN MUHAMAD ASYRAF
5&6 EN RIZAL BIN ITHNAIN

3.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan RPH perlu mengikut format yang telah
ditetapkan.

3.3 Ketua Panitia mengingatkan bahawa penulisan impak bagi RPH perlu di tulis oleh
semua guru.

Tindakan : Semua guru

4. PENYEDIAAN DAN PENYEMAKKAN KERTAS SOALAN

4.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa setiap ajk perlu menyedia dan menyemak kertas
soalan bagi tahun 2018 seperti ketetapan berikut :

TAHUN NAMA

1&2 EN ABDUL HADI BIN IBRAHIM


3&4 EN MUHAMAD ASYRAF
5&6 EN RIZAL BIN ITHNAIN

Tindakan : Semua guru

2
5. PENYEMAKKAN BUKU TULIS

Ketua Panitia memaklumkan bahawa penyemakan buku tulis akan dijalankan berdasarkan
Takwim 2018. Semua ahli perlu menghantar 10 buah buku kepada Ketua Panitia.

Tindakan : Semua guru

6 HAL- HAL LAIN

6.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penyelaras bilik khas perlu mengemaskini papan
kenyataan masing- masing.

6.2 Mewujudkan kawasan larangan untuk murid-murid memasuki stor sukan.

6.3 Ketua Panitia mencadangkan pintu hadapan stor hendaklah sentiasa ditutup bagi tujuan
keselamatan dan keceriaan stor.
Tindakan : Semua guru

5. PENUTUP
Ketua Panitia mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan Oleh :

( EN MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS )


Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SK Menjalara
Kuala Lumpur

You might also like