You are on page 1of 10

LAPORAN PROJEK BERKUMPULAN

PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH


LMCK 1421

TAJUK PROJEK:
PENANAMAN HIDROPONIK MENGGUNAKAN
BAHAN KITAR SEMULA (BOTOL MINUMAN)

NAMA PENSYARAH:
PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT

NAMA PELJAR:
NURUL ASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN

A 149171
ABSTRAK

Terdapat banyak botol-botol minuman yang tidak digunakan di sekitar UKM mahupuan luar
UKM. Walaupun botol-botol minuman tersebut boleh dikitar semula namun masih banyak
botol minuman yang dibuang begitu sahaja. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan alam
sekitar sekiranya tiada langkah yang diambil bagi mengurangkan pembuangan botol-botol
minuman tersebut. Kaedah penanaman hidroponik menggunakan botol minuman adalah salah
satu cara untuk mengurangkan pembuangan botol minuman selain kitar semula. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan
kaedah hidroponik. Hidroponik merupakan kaedah penanaman tumbuhan yang menggunakan
medium air dengan kata lain menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Penanaman
hidroponik ini sangat mudah untuk dilakukan dan tidak mengambil masa yang lama.
ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
Apa itu hidroponik?

2.0 PERNYATAAN MASALAH 2

3.0 OBJEKTIF 2

4.0 DAPATAN KAJIAN 3-4


- Cara membuat penanaman hidroponik
- Kelebihan kaedah hidroponik

5.0 PENGLIBATAN PELAJAR 5

6.0 REFLEKSI KENDIRI 6

7.0 RUJUKAN 6

8.0 LAMPIRAN 7
PENGENALAN

1.0 Apa itu Hidroponik?


Hidroponik berasal dari bahasa Yunani iaitu "hydro" yang bererti air dan "ponics" yang
bererti daya atau tenaga atau tenaga kerja. Jadi menanam dengan sistem hidroponik
bermaksud menanam menggunakan medium air atau tenaga kerja air. Hidroponik juga
dikenali sebagai ‘soilless culture’ atau tanaman tanpa menggunakan medium tanah. Jadi
hidroponik bererti tanaman yang memanfaatkan air dan tanpa menggunakan tanah
sebagai medium tanaman.

Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang mesra alam kerana tidak


memerlukan racun perosak. Selain tidak memerlukan banyak air seperti bercucuk tanam
secara konvensional, kaedah ini juga sama sekali tidak memerlukan penyiraman.
Meskipun tidak menggunakan tanah, kaedah itu tidak hanya menggunakan air semata-
mata. Ia memerlukan unsur lain untuk mendukung pertumbuhan tanaman seperti pasir,
sabut kelapa, pecahan batu bata dan batu karang, batu apung, potongan kayu atau kawat
kasa nilon.

Perkembangan tanaman hidroponik agak ketinggalan akibat kerisauan terhdap kuantiti


hasil tanaman. Pada dasarnya, tanaman sayuran atau buah-buahan yang dihasilkan
dengan cara hidroponik memiliki kualiti yang lebih baik kerana bebas dari bahan kimia
yang berbahaya. Namun, kaedah ini tidak sesuai untuk semua jenis tanaman. Ianya sesuai
untuk tanaman seperti tomato, bayam, kangkung dan sawi.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks sekarang ini, penyelidik melihat terdapat banyak botol minuman yang
dibuang begitu sahaja. Penggunaan bahan buangan untuk menanam tanaman terutama
sayur-sayuran semakin popular sejak akhir-akhir ini. Selain menjimatkan kos, ia juga
menjimatkan ruang serta tampak lebih cantik dan tersusun. Oleh yang demikian,
penyelidik berminat untuk mengkaji tentang satu kaedah penanaman yang banyak
memberikan kebaikan serta boleh mengurangkan pembuangan botol-botol minuman iaitu
penanaman hidroponik.

Penggunaan bahan kitar semula melalui kaedah hidroponik dianggap salah satu
kaedah yang paling sesuai untuk bercucuk tanam terutama di kawasan kediaman yang
memiliki ruang terhad terutama pelajar yang menetap di hostel. Selain daripada
penggunaan botol minuman untuk mengaplikasikan kaedah hidroponik, kotak
polisterina, bekas sabun pencuci pakaian, paip PVC (polyvinyl chloride) dan tong cat
juga boleh digunakan untuk aktiviti tanaman ini. Namun penyelidik memilih untuk
menggunakan botol-botol minuman kerana ia mudah untuk didapati dalam bilangan yang
banyak serta mudah untuk mengaplikasikan kaedah yang dipilih untuk penanaman secara
hidroponik.

3.0 OBJEKTIF
Objektif kajian adalah untuk:
3.1 Memberi pendedahan kepada masyarakat cara menggunakan kaedah hidroponik.
3.2 Menjelaskan bagaimana kaedah hidroponik dapat melestarikan alam sekitar.
3.3 Mengenal pasti kelebihan menggunakan kaedah penanaman hidroponik.
DAPATAN KAJIAN

4.1 Kaedah penanaman hidroponik

Penanaman hidroponik merupakan suatu kaedah yang menanam tanpa menggunakan medium
tanah. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang digunakan,
benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup. Melalui penanaman yang dilakukan,
penyelidik memilih baja kompos bio iaitu sejenis baja organik asli yang diperbuat daripada
bahan organik seperti sisa-sisa buangan tanaman dan ternakan melalui proses penguraian oleh
mikroorganisma ke bentuk yang memudahkan zat-zat nutrien yang terkandung didalamnya
diserap oleh tumbuh-tumbuhan. Selain daripada baja kompos, pelajar mempunyai insentif
lain seperti penggunaan pasir, sabut kelapa, pecahan batu bata dan potongan kayu. Selain itu,
penyelidik menggunakan biji benih kangkung, kacang buncis, sawi hijau dan sawi putih bagi
mempelbagaikan tanaman.

Penyelidik memilih untuk menggunakan botol minuman dan menggunakan teknik


sistem wick. Sistem tersebut merupakan salah satu dari enam jenis teknik hidroponik iaitu
Ebb & Flow System, NFT (Nutrient Film Technique) System, Aeroponic System, Drip System
dan Water Culture System. Sistem wick atau lebih dikenali dengan sistem sumbu merupakan
teknik tanaman yang paling mudah berbanding dengan lima cara yang lain. Cara ini juga
merupakan yang cukup mudah untuk dilakukan, terutama bagi pemula seperti pelajar yang
mahu lakukan hidroponik sebagai hobi. Hal ini kerana sistem wick tidak memerlukan bahan
yang banyak serta tidak mengeluarkan kos yang tinggi.

Melalui kaedah sistem wick, penyelidik menggunakan bahan seperti botol-botol


minuman, gunting, baja, biji benih dan tisu basah. Botol minuman dipotong menggunakan
cutter atau gunting menjadi dua bahagian. Panjang botol atas lebih pendek daripada potongan
botol bahagian bawah. Kemudian, penutup botol minuman ditebuk menggunakan gunting
dengan lebar kira-kira 1 cm. Lubang yang ditebuk digunakan sebagai pemberian nutrisi
melalui tisu basah. Tisu basah dimasukkan melalui lubang pada penutup botol kemudian
dipasang pada tempatnya. Potongan botol pada bahagian bawah diisi dengan larutan nutrisi
dan air. Kemudian posisi dari potongan botol bahagian atas dipusing dan dimasukkan ke
dalam bahagian bawah. Media baja kompos dimasukkan pada botol bahagian atas. Setelah
media baja kompos sudah siap dimasukkan, biji benih ditabur di atas baja kompos berkenaan.
4.2 Kelebihan penanaman hidroponik

Penanaman secara hidroponik semakin terkenal dalam kalangan masyarakat kerana


kaedahnya yang mudah untuk diaplikasikan dan terdapat pelbagai kebaikan yang bermanfaat.
Kebiasaannya, tanaman hidroponik dilakukan dengan skala yang kecil di rumah sebagai
suatu hobi ataupun secara besar-besaran dengan tujuan komersial.

Antara kelebihan penanaman secara hidroponik adalah tanaman yang berproduksi


tanpa menggunakan medium tanah. Media seperti sabut kelapa, serat mineral, pasir, pecahan
batu bata, serbuk kayu, dan lain-lain dapat digunakan sebagai pengganti media tanah.
Hidroponik merupakan kaedah menanam pokok dengan menyediakan hampir keseluruhan
keperluan nutrien dengan cara melarutkannya kedalam air dan diberikan kepada akar pokok.
Tujuan hidroponik ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu
tersedia dan boleh diserap akar-akar pokok terus melalui air tanpa menggunakan medium
tanah. Tanaman hidroponik juga tidak memerlukan kawasan yang luas. Salah satu kaedah
hidroponik adalah kaedah aeroponik yang berasal dari kata aero yang bermaksud udara dan
ponus yang bermaksud daya. Prinsip kerja dari aeroponik ialah menyemburkan larutan hara
dalam bentuk kabut hingga mengenai akar tanaman. Larutan hara tersebut akan diserap oleh
akar tanaman. Tanaman pada sistem aeroponik ditanam dengan cara digantung. Tanaman
hidroponik juga boleh diletakkan di dalam rumah sebagai hiasan semulajadi.

Selain itu, penanaman secara hidroponik dapat mengurangkan kos penjagaan. Hal ini
kerana penjagaan tanaman ini tidak memerlukan sumber manusia yang besar di samping
tanaman ini tidak perlu disiram pada setiap hari. Penggunaan air hanya 1/20 dari tanaman
biasa. Tanaman hidroponik secara sistem wick mendapat nutrisi daripada air yang dibekalkan
di dalam botol minuman berkenaan. Selain itu, mengurangi carbon dioxide kerana tidak
perlu menggunakan kendaraan atau mesin. Tanaman hidroponik juga dapat melestarikan
alam sekitar dan hasil penanaman hidroponik adalah lebih sihat. Kualiti hasil yang tinggi dan
sekata kerana tidak menggunakan sebarang sisa racun atau sisa gigitan makhluk perosak.
Perosak tanaman seperti serangga dan penyakit akan lebih mudah dikawal tanpa
menggunakan racun yang merbahaya. Pokok–pokok hidroponik hanya mendapat makanan
iaitu nutrien yang diberi, masalah logam berat dalam produk yang dihasilkan tidak timbul.
Tanaman konvensional yang menggunakan najis ayam pula akan mengambil bersama-sama
sisa-sisa antibiotik dan juga hormon-hormon. Jika diambil secara berlebihan mungkin akan
membahayakan individu yang memakan produknya. Tanaman juga membesar dua kali ganda.
5.0 PENGLIBATAN PELAJAR
Sepanjang menyiapkan tugasan tanaman hidroponik, 2 orang ahli kumpulan
mempersembahkan demonstrasi penggunaan kaedah hidroponik melalui video.
Pembuatan video melalui aplikasi movie maker banyak memberi input tentang kaedah
penanaman hidroponik dengan lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Penggunaan
media video dalam pembelajaran boleh membantu pelajar dalam mencapai tujuan
pembelajaran. Media audio visual seperti video dan multimedia dapat digunakan untuk
membantu pelajar dalam mempelajari informasi dan pengetahuan tentang suatu proses
atau prosedur.

Selain itu, seramai 3 orang daripada 5 orang ahli diberi tanggungjawab untuk
menyiapkan poster mengenai tanaman hidroponik secara adil. Perlaksanaan poster
dilakukan di Kolej Keris Mas serta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Penyediaan
poster merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi sesi pembentangan tanaman
hidroponik dan kitar semula. Kandungan isi poster merupakan hasil perbincangan semua
ahli kumpulan yang telah diadakan terlebih dahulu samada perbincangan melalui media
sosial menggunakan aplikasi whatsapp dan melalui komunikasi secara lisan melalui
perjumpaan. Semua ahli memberikan idea dan berbincang secara tidak langsung
sepanjang proses menyiapkan poster samada pemilihan tema, isi kandungan, gamba rajah
dan rujukan kepustakaan.

Semua ahli kumpulan telah melibatkan diri sepanjang proses menyiapkan tanaman
hidroponik. Pada permulaan tugasan, semua ahli kumpulan telah berkumpul di Kolej
Keris Mas untuk menyiapkan tanaman hidroponik dengan menggunakan bahan seperti
botol minuman yang telah dikumpul terlebih dahulu. Selepas selesai menyiapkan tanaman
hidroponik, semua tanaman diletakkan di dalam bilik. Akibat daripada kurang
perkembangan tanaman kerana kekurangan cahaya, kami telah berbincang dan salah
seorang ahli mencadangkan untuk meletakkan tanaman di rumah kaca di kompleks rumah
tumbuhan berhampiran dengan Kolej Aminddin Baki di bawah jagaan pekerja.
6.0 REFLEKSI KENDIRI

Setelah selesai tugasan ini, berdasarkan pengalaman sepanjang melakukan tugasan


penanaman secara hidroponik memberikan saya suatu dimensi baru mengenai kursus
pemikiriran kritis dan pnyelesaian masalah. Ia menjadikan saya lebik kreatif dan inovatif
dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, ia menjadikan saya lebih menghargai alam
sekitar dengan mengitar semula bahan kepada sesuatu yang bermanfaat. Tambahan pula,
peluang berkomunikasi bersama pensyarah dan rakan-rakan semasa melaksanakan
tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan lagi soft skill. Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik di samping
membuat persediaan dalam bidang kerja kelak.

Seterusnya, aktiviti yang melibatkan secara kumpulan membantu saya merapatkan


hubungan antara rakan. Aktiviti yang melibatkan kumpulan dari permulaan proses
menyediakan idea bagi tanaman hidroponik sehingga selesai membuat poster
membuatkan kumpulan kami lebih rapat berbanding dahulu kerana terdapat ahli yang
berlainan kos. Dalam proses menyiapkan tanaman hidroponik ini, terdapat pelbagai idea
yang dilontarkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan terutamanya dalam penglibatan
teknologi maklumat. Melalui tugasan ini, saya juga telah mempelajari banyak ilmu
yang baharu dan canggih yang akan membawa banyak faedah dan kemudahan kepada
saya kelak. Ilmu pengetahuan tentang teknologi ICT juga telah dipertingkatkan melalui
penghasilan video dan poster.

7.0 RUJUKAN

Dr. Sc. Agr. N. Nuraleny, Ir, MS. 2014. Teknologi Media Tanam Dan Sistem Hidroponik.
Perpustakaan Nasional RI, Katalog Dalam Terbitan (KDT) :2012-222

Rosliani, Rini, and Nani Sumarni. 2005. "Budidaya Tanaman Sayuran dengan sistem
hidroponik." Balai penelitian tanaman sayuran, Monografi 27 .
8.0 LAMPIRAN

You might also like