You are on page 1of 6

Skema Jawapan Bab 2: Peningkatan Tamadun

1. Konsep peningkatan tamadun

F1 Maksud peningkatan tamadun


H1a Kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan
sepenuhnya alam perekitaran.
H1b Membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks daripada yang terdapat sebelum
itu.
H1c Kemahiran menghasilkan idea-idea baharu dalam memahjukan dan meningkatkan cara
hidup.
H1d Bertujuan menambahbaikkan lagi sistem atau cara yang sedia ada.
F2 Aspek dalam peningkatan tamadun.
H2a Politik,ekonomi,dan sosial.
H2b Politik merujuk kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran.perundangan serta
peluasan kuasa.
H2c Sosial menekankan aspek pendidikan,falsafah,kesenian,kesusasteraan,seni bina,sains,dan
teknologi.
H2d Ekonomi merupakan kegiatan untuk memenuhi keperluan hidup seperti
bertani,berdagang, dan menghasilkan barang untuk diniagakan.
F3 Contoh tamadun
H3a Tamadun Yunani,Rom,India dan China

[5 markah]

2. Latar belakang tamadun Yunani


F1 Berkembang di semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya
F2 Dikelilingi laut Aegean dan Laut Mediterranean.
F3 Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai polis atau
negara kota.
F4 Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar
1000-800 S.M .
F5 Kewujudan banyak negara kota.
C5a Athens,Sparta, dan Corinth
F6 Terletak berhampiran dengan laut Mediterranean.
F7 Negara kota memiliki sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian
F8 Di dalam kota terdapat pasar,kubu,kuil dan istana.
F9 Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang sendiri.
F10 Masyarakatnya memiliki beberapa tuhan.
F11 Penduduk negara kota sentiasa bersatu untuk menghadapi serangan daripada negara kota
lain.
[10 markah]

3. Aspek peningkatan tamadun India dan China


(a) Peningkatan Tamadun India
(i) Ekonomi
F1 Perdagangan dan perindustrian
F2 Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam negeri.
F3 Wujud pelabuhan penting.
F4 Persatuan perdagangan dan perusahaan (sresthin)wujud di setiap bandar.
F5 Mengawal harga,mengawal kualiti barangan,dan mengawal gaji pekerja.
F6 Mata wang digunakan urusan jual beli.
F7 Perkembangan perusahaan tekstil.
F8 Perusahaan membuat sutera.
F9 Pelbagai jenis cukai dikenakan.

(ii) Sosial
F1 Pendidikan
H1a Bermula pada zaman vedik
H1b Berteraskan agama hindu
H1c Menyediaakan manusia untuk menghadapi hari selepas mati.
H1d Ditekankan untuk mendalami kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit.
H1e Kaedah hafalan mendalami kitab-kitab veda.
H1f Pendidikan diberikan kepada kaum lelaki.
H1g Pada awalnya, tempat belajar hanya di istana dan di rumah.
H1h Kemudian apabila berkembang dengan baik,pusat pendidikan tinggi dibina seperti Kolej
Brahman.
H1i Pembelajaran kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual,mantera, dan lagu-
lagu agama.
H1j Pendidikan meningkatkan ilmu Sains.
H1k Mengatasi buta huruf.
H1l Mendapatkan jawatan dalam kerajaan.
F2 Falsafah
H2a Wujud dalam dua bentuk pemikiran
H2b Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolaknya.
H2c Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda,Yajur Veda,Sama Veda,dan Atharva Veda.
H2d Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme, dan Buddhisme.
F3 Seni Bina
H3a Binaan Great Bath yang sangat baik dan lengkap.
H3b Kompleks kuil dan Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
H3c Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil.
H3d Mempamerkan elemen geometri,iaitu bentuk segi empat dan bulat.
H3e Stupa besar di Sanchi adalah untuk tujuan keagamaan.
F4 Bahasa dan kesusasteraan
H4a Masyarakat tamadun India terbahagi kepada dua kelompok, iaitu Dravidia dan Indo-
Arya.
H4b Bahasa masyarakat Dravidia ialah Telegu,Malayalam,dan Kannada manakala Indo-Arya
ialah Sanskrit.
H4c Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik,epic dan sajak.
H4d Dua epic tekenal ialah Mahabharata dan Ramayana
F5 Sistem sosial
H5a Wujud sistem kasta
H5b Empat kasta utama,iaitu Brahmin,Ksyatria,Vaisya dan Sudra.
H5c Lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaul dengan ahli
kasta yang berbeza.
(b) Peningkatan tamadun China
(i) Ekonomi
F1 Bergantung kepada pertanian
F2 Menjalankan perdagangan dalam negeri dan maritime.
F3 Mengusahakan perindustrian.
F4 Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas.
F5 Kolar kuda digunakan untukmenarik kereta kuda,tenggala kayu,kereta sorong,dan penyisir
tanah.
F6 Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.
F7 Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.
F8 Perusahaan logam dan tembikar berkembang.
F9 Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat, iaitu Jalan Sutera Darat.
F10 Jalan laut digunakan untuk menghubungkan China dengan India dan Barat,iaitu di Rom.
F11 Jalan laut ini berkembang sejak bermulanya pelayaran jarak jauh.
F12 Penemuan tembikar China bukti perdagangan maritime wujud sejak Dinasti Tang.
F13 Hasil perusahaan China didagangkan di dalam dan luar negeri.
F14 Persatuan perdagangan dibentuk di China.
F15 Lahirnya golongan kelas pertengahan.

(ii) Sosial
F1 Pendidikan
H1a Terdapat tiga peringkat pendidikan,iaitu rendah,menengah, dan tinggi.
H1b Matlamat utama pendidikan untuk lulus dalam peperiksaan awam kerajaan.
H1c Peringkat daerah ialah tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama,diadakan
dua kali dlaam tempoh tiga tahun.
H1d Peringkat wilayah ialah tahap kedua Chun-Jen,setaraf dengan sarjana,dan diadakan 3
tahun sekali.
H1e Peringkat negara ialah tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah,diadakan
tiga taahun sekali .
F2 Falsafah
H2a Menekankan hubungan manusia dengan manusia lain.
H2b Antara sumber falsafah ialah Kung-fu-Tze atau Confucius dengan ajarannya
Conficianisme,Lao Tze,Taoisme,dan Mo Tzu.
H2c Mo Tzu menolak beberapa ajaran Confucianisme.
H2d Menurutnya,manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam
sekitar.
H2e Falsafah Legalisme percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilaibaik dan
ketertiban masyarakat.
F3 Seni Bina
H3a Tembok Besar China untuk pertahanan.
H3b Tembok dibandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan lumpur.
H3c Kawasan dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja.
H3d Istana yang masih kekal ialah Kota Larangan.
H3e Kuil dan pagoda merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
F4 Bahasa dan kesusasteraan
H4a Terdapat tujuh dialek utama.
H4b Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi yang berkaitan
sosial,sejarah,kerajaan,dan pemimpin.
H4c Tokoh puisi semasa Dinasti Tang ialah Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I
H4d Sastera China pada Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen.
H4e Golongan terpelajar harus bijak bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan
pemikirannya.
F5 Sistem sosial
H5a Terdapat tiga kelas utama,iaitu lapisan pentadbir seperti maharaja,keluarganya,pegawai
bangsawan dan sida-sida,kumpulan kedua seperti rakyat bawahan seperti petani dan
artisan,dan golongan ketiga ialah hamba.
H5b Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.
H5c Golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan),kedua ialah petani yang menjadi
tulang belakang ekonomi, ketiga ialah golongan tukang,dan keempat (bawah) ialah pedagang.
H5d Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status)yang lebih baik melalui
pendidikan
[Mak. 30 markah]

4. Sumbangan tamadun Yunani dan Rom dari segi pemerintahan dan pentadbiran.
(a) Tamadun Yunani
F1 Monarki/sistem beraja
H1a Raja dibantu konsul
H1b Raja berperanan sebagai ketua hakim,ketua tentera, dan ketua agama.
F2 Oligarki
H2a Pemerintahan di tangan beberapa konsul
H2b Kuasa raja merosot
F3 Aristokrasi
H3a Dikuasai golongan bangsawan.
H3b Rakyat tidak puas hati.
H3c Berlaku rampasan kuasa
F4 Tirani
H4a Pemerintahan diktator
H4b Daripada golongan kaya atau tentera.
H4c Berkuasa mutlak
H4d Mendapat tentangan golongan aristocrat.
F5 Demokrasi
H5a Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
H5b Dewan Perhimpunan sebagai penggubal undang-undang.
H5c Warganegara lelaki berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan.
H5d Keanggotaan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
H5e Dewan Perhimpunan mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
H5f Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
H5g Dewan Perhimpunan melantik Ahli Majlis,Majisret,dan Juri.
H5h Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap Ahli Majistret,Majistret,dan Juri.
H5i Penyertaan langsung warganegara lelaki dalam membentuk kerajaan.
H5j Pembentukan kerajaan melalui undian/pilihan raya.
H5k Warganegara lelaki sahaja dibenarkan mengundi.
H5l Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan.

(b) Tamadun Rom


F1 Sistem pemerintahan republic
H1a Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih rakyat melalui pilihan raya dan diketuai
oleh Presiden.
H1b Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat.
H1c Konsul dibantu oleh golongan bangsawan.
H1d Dewan Senat membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.
H1e Di bawah Dewan Senat terdapat Dewan Perhimpunan.
H1f Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
H1g Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.
[Mak.15 markah]

5. Mengaplikasi aspek peningkatan tamadun Yunani ke arah kecemerlangan negara


kita.
F1 Aspek politik
H1a Sistem Beraja
H1b Sistem demokrasi
H1c Dewan perhimpunan
H1d Prinsip udang-undang
F2 Aspek sosial
H2a Pendidikan
H2b Bahasa dan kesusasteraan
H2c Falsafah
H2d Seni Bina
H2e Sains dan teknologi
F3 Aspek ekonomi
H3a Pertanian
H3b Perdagangan
H3c Mata wang.
[Mak.10 markah]

6. Kejayaaan negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja


Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
F1 Mewujudkan kestablian politik
F2 Meningkatkan kemajuan ekonomi.
F3 Memupuk perpaduan kaum.
F4 Mengekalkan keharmonian masyarakat.
F5 menjadi tumpuan pelancong luar.
F6 Meningkatkan hubungan diplomatic
F7 Meningkatkan hubungan perdagangan
F8 Menjadi tuan rumah dan penganjur acara peringkat antarabangsa.
F9 Menjadi pusat pendidikan bertaraf dunia.
F10 Mengamalkan kebebasan beragama.
F11 Perkembangan sains dan teknologi.
F12 Kebebasan bersuara dan memilih kerajaan.
[Mak.10 markah]

7. Cara mengekalkan kestabilan politik bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat.


F1 Memelihara perpaduan kaum
F2 Melaksanakan konsep 1 Malaysia.
F3 Mengamalkan sikap toleransi.
F4 Hormat-menghormati antara kaum
F5 Mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan.
F6 Meneruskan sistem sekolah wawasan.
F7 Kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan
F8 Bersifat kekitaan.
F9 Mendukung Rukun Negara
F10 Menghormati lambang negara.
F11 Taat setia kepada raja dan negara
F12 Patuh kepada ajaran agama.
F13 Memajukan ekonomi.
F14 Menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi.
F15 Patuh kepada undang-undang.
F16 Menyokong dasar kerajaan.
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mak.10 markah]

8. Menghayati nilai murni untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan tamadun


negara.
F1 BAngga akan negara
F2 Berbaik dengan semua negara.
F3 Berdaya saing.
F4 Berdikari
F5 Berpegang teguh kepada agama.
F6 Bersemangat kekitaan.
F7 Bersifat terbuka.
F8 Bersikap kepimpinan cemerlang.
F9 Berusaha memakmurkan negara.
F10 Bijak mengambil peluang.
F11 Bijak merancang strategi.
F12 Cinta akan negara.
[Mana-mana jawapan munasabah]
[Mak.5 markah]

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan


F1 Peningktan berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baharu
untuk memajukan dan meninkatkan cara hidup.
F2 Mencapai kegemilangan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.
F3 Peningkatan dalam tamadun awal menggambarkan manusia bersikap inovatif dan sentiasa
berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada.
F4 Generasi hari ini harus merebut peluang yang ada untuk meningkatkan lagi tamadun yang
telah dibina selama ini untuk mencapai kehidupan yang lebih baik sama ada dari segi
politik,ekonomi,ataupun sosial.
F5 Kita patut meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara menambah ilmu dan
meneroka bidang baharu.
F6 Hal ini penting supaya pencapaian kita pada hari ini dapat diwarisi dan dinikmati generasi
akan datang.
[Mak.5 markah]

You might also like