You are on page 1of 2

APAKAH ITU PROGRAM SERASI?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah
menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu
Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan
menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum, kurikulum dan
penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama
keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta
badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan
pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang
prihatin dan menghargai alam sekitar pada sepanjang masa.
SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang
dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah
kehidupan lestari.

Objektif
1. -Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar di sekolah
2. -Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan
warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
3. -Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah
yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
4. -Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

1.

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?


 Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas
sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan
meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai
kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai
program dan aktiviti di sekolah.

Konsep SERASI
 1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah
pada sepanjang masa.
 2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar
merentas ko-kurikulum.
 3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama
keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan
kerajaan.
 4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan
penghijauan sekolah.

Kumpulan sasaran SERASI

 -Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.


 -Sekolah Menengah Agama Negeri.
 -Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
 -Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).

INOVASI ALAM SEKITAR.

Definasi INOVASI

Inovasi dalam perekaan memberi maksud kebolehan memberikan idea-idea untuk


mengubah suai sesuatu dengan perkara-perkara seperti berikut:-

 -Mengecilkan atau membesarkan


 -Menambah nilai atau menambah fungsi
 -Mengubah bentuk
 -menggunakan bahan yang baru
 -Lebih mesra alam
 -Semakin mudah dikendalikan dan digunakan
 -Kaedah pembuatan yang ringkas dan mengurangkan kos.

Inovasi alam sekitar terbaik

 -Pelaksanaan aktiviti sekolah mengenai inovasi berkaitan perlindungan dan


pemuliharaan alam sekitar. Contoh: ceramah, pertandingan, pameran dan
sebagainya.
 -Mencipta peralatan yang inovatif untuk melindungi dan memulihara alam
sekitar.
 -Peralatan yang dicipta berfungsi dengan baik dan digunakan sepenuhnya.
 -Penglibatan guru / pelajar / kakitangan sokongan / pihak luar dalam
pelaksanaan aktiviti berkaitan inovasi alam sekitar di sekolah.

You might also like