You are on page 1of 6

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC

CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017


Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization
Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid,
Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar
© Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my

Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia


Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam

Institut Penyelidikan Produk & Ketamaduan Melayu Islam (INSPIRE)

sitikhatijahy@yahoo.com
fadzliadam@unisza.edu.my

Abstrak: Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan sensitiviti agama dalam perpaduan kaum di
Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik yang wujud sudah semestinya mempunyai pegangan agama yang
tersendiri dan berfungsi memandu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama yang
dianuti mereka dipelihara dan dijaga kesuciannya tanpa ada penindasan dan penghinaan oleh mana-mana
agama lain sehingga boleh membawa kepada sensitiviti terhadap agama. Namun sejak akhir ini, elemen
agama sering menjadi instrumen yang membawa perpecahan dan konflik antara kaum. Isu agama yang
timbul sememangnya memberi impak negatif walaupun sifat al-tasa’muh (toleransi) agama dalam budaya
telah berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Sensitiviti agama yang timbul sedikit sebanyak akan
menyebabkan kerapuhan hubungan antara kaum jika agama yang diamalkan mereka dihina dan dipermain-
mainkan oleh penganut lain. Objektif dalam artikel ini juga akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan
hubungan sensitiviti agama dengan isu perpaduan kaum yang timbul dalam kalangan masyarakat. Kajian ini
juga akan menganalisis berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu berhubung
isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan seperti isu Kalimah Allah, rumah ibadat, agama rasmi negara dan
sebagainya. Hal sedemikian menjadi sensitif sehingga mencetuskan kontroversi dan penghinaan terhadap
agama. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati
banyak isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan sehingga mendatangkan konflik perpaduan kaum dalam
masyarakat di Malaysia.

Kata Kunci: Sensitiviti Agama, Perpaduan Kaum, Kepelbagaian Agama

PENGENALAN

Artikel ini membincangkan tentang sensitiviti agama yang membawa kepada konflik perpaduan kaum dalam
masyarakat di Malaysia. Agama ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar
biasa yang dianggap dapat memberi perlindungan. Hubungan suci ini akan melahirkan manusia untuk lebih
tunduk kepada penciptanya (Shamsul Amri, 2012). Dari perspektif antropologi, Geertz melihat agama adalah
sistem kebudayaan yang dilambangkan dengan simbol-simbol yang menonjolkan citra keagamaan sesebuah
masyarakat beragama (Yusri, 2012). Penghayatan agama dalam kehidupan secara komprehensif ialah dengan
mengamalkan ajaran agama dalam segenap dimensi seperti dalam cara berfikir, bertindak, berkomunikasi
selaras dengan pengetahuan dan kefahaman agama. Menurut Ramli Awang (2008), agama membawa maksud
menjalankan suatu peraturan bersifat moral untuk menghindari kekacauan dalam hidup yang tujuannya untuk
mencapai kesejahteraan dan kebahagian. Agama merupakan kepercayaan yang dijadikan pegangan bagi
setiap manusia dan mereka akan memelihara kesucian agama yang dianuti daripada anasir yang membawa
kepada penghinaan dan penindasan.

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Kepelbagaian agama, perbezaan bahasa, pengkhususan ekonomi, seni bina kediaman, hala tuju politik dan
sebagainya merupakan lambang pengenalan kepelbagaian kumpulan etnik yang terdapat di Malaysia.
Mengikut pandangan Furnivall (1948), konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang
dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik
itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Beliau
menjelaskan bahawa mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang kepada

17
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

agama, budaya, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Mengikut beliau sebagai individu mereka bertemu,
tetapi hanya dipasar semasa membeli dan menjual.
Walaupun sejarah Islam telah membuktikan kepada semua umat Islam tentang pergaulan dan
perhubungan sesama manusia yang melarang persengketaan antara Islam dan bukan Islam, namun masih
menunjukkan satu suasana hubungan yang tidak baik dalam masyarakat. Islam sangat komited dan
menghormati kepercayaan agama lain dan jelas dibuktikan hubungan baik dengan agama Yahudi dan Nasrani
(Ismail al-Faruqi, 2009). Pelbagai inisiatif yang diambil pihak kerajaan dengan melaksanakan banyak
program dan kempen integrasi antara kaum dalam rangka meminimumkan jurang heterogeniti antara kaum.

AGAMA DAN KONFLIK PERPADUAN KAUM

Kewujudan kepelbagaian agama merupakan satu fitrah yang perlu diterima oleh semua makhluk ciptaannya
serta ini adalah sebahagian daripada lambang Malaysia sebagai negara yang mengamalkan masyarakat
majmuk. Menurut Golam W. Choudhury (1993) mengatakan elemen agama sendiri bukan penyelesaian
masalah kepada kepelbagaian agama dan bangsa dalam sesebuah negara sebagaimana sesebuah masyarakat
daripada jahil kepada lebih bertamadun. Ini dibuktikan dalam sejarah kegemilangan tamadun Islam itu
sendiri. Malah peranan agama dimanfaatkan seperti negara China dalam memajukan dinasti mereka. Bagi
Khoo (2007), beliau menegaskan bahawa agama tetap merupakan faktor yang sedikit sebanyak
merenggangkan hubungan antara etnik. Justeru itu, agama tetap merupakan suatu aspek kehidupan penduduk
Malaysia yang sangat sensitif. Isu negara Islam, hukum hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah dalam
Bible versi bahasa Melayu, tanda halal pada makanan dan premis perniagaan, perebutan mayat saudara baru
dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan terhadap perspektif dalam kalangan masyarakat Cina di
Malaysia.
Sejarah Malaysia menunjukkan aspek politik dan isu ekonomi yang menjadi asas kepada konflik
antara Melayu dan bukan Melayu dalam masyarakat di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini melihat
sensitiviti agama merupakan satu faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik dalam masyarakat yang
berbilang kaum khususnya di negara kita Malaysia. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji
terdahulu antaranya Halimahton, Hua dan Raman (2006), Yong dan Md Sidin (2010), Yang dan Md Sidin
(2011), Dafrizal, Fauziah Ahmad dan Faridah Ibrahim (2011) dan Yang dan Md Sidin (2012) yang mengenal
pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada konflik yang berlaku dan daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji lepas menunjukkan isu agama pada 10 tahun kebelakangan ini amat serius untuk
diperbincangkan (Mansor, 2006). Namun kini, agama menjadi perintis utama sebagai isu yang besar tentang
perpaduan kaum di semenanjung Malaysia.

Jadual 1.1 : Kontroversi Kaum di Malaysia


TAHUN ISU

1950-1960 Isu Kewarganegaraan & Kontrak Sosial


1960-1970 Isu Bahasa
1970-1980 Isu Kuota & Urbanisasi
1990 - millennium Isu Agama

Sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Nazri Muslim (2012) yang menunjukkan kontroversi kaum
yang berlaku di Malaysia dan dijelaskan dalam jadual 1.1. Fasa yang bermula dari tahun 1950-an, isu
kewarganegaraan dan kontrak sosial mendominasi hubungan kaum. Pada tahun 1960-an pula, isu bahasa
menjadi isu yang membawa kontroversi kepada masyarakat pada ketika itu manakala isu kuota dan
urbanisasi mencorakkan hubungan etnik sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Selain itu, Jadual 1.1 pula
menunjukkan pada tahun 1990-an dan millennium, isu-isu agama dilihat mempunyai pengaruh besar dalam
hubungan etnik berbanding isu-isu lain dan begitu kritikal impaknya dalam masyarakat khususnya Malaysia.

SENSITIVITI AGAMA YANG DIBANGKITKAN DALAM MASYARAKAT

Sensitiviti agama yang dibangkitkan dalam masyarakat pada masa kini amat dibimbangi oleh semua kaum
kerana konflik atau isu-isu yang menyentuh kesucian agama terutama agama Islam boleh mendatangkan
perbalahan antara mereka. Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa agama rasmi
negara Malaysia adalah Islam. Namun, penganut agama yang lain dibenarkan untuk mengamalkan ajaran
agama masing-masing dalam kesejahteraan dan keharmonian. Selain itu, Perkara 11 juga menyatakan
bahawa setiap warganegara adalah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Seharusnya
dengan wujudnya perkara 3 dan perkara 11, konflik antara penganut berlainan agama tidak akan berlaku

18
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Namun, walaupun telah digariskan dalam
perlembagaan, konflik antara agama turut berlaku dalam masyarakat tidak kira isu yang dibawa oleh
penganut bukan Islam mahupun penganut Islam sekalipun.
Jika melihat kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji mendapati konflik agama yang
menyentuh sensitiviti agama seperti mana bagi pandangan Khoo (2007), beliau menegaskan bahawa agama
tetap merupakan faktor yang sedikit sebanyak merenggangkan hubungan antara etnik. Justeru itu, agama
tetap merupakan suatu aspek kehidupan penduduk Malaysia yang sangat sensitif. Isu negara Islam, hukum
hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, tanda halal pada makanan
dan premis perniagaan, perubutan mayat saudara baru dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan
terhadap perspektif dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Daripada pandangan yang dikemukakan
oleh Khoo dapat diperkukuhkan lagi dari pandangan Mohamed Azam (2000) iaitu sikap beberapa aktivis
agama bukan Islam yang turut mempersoalkan dan mengapi-apikan isu pertukaran agama Islam dalam
kalangan kaum bukan bumiputera.
Ini dilihat bagaimana hegemoni yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi dan
menghasut semata-mata untuk menimbulkan pertelingkahan dan pertengkaran antara kaum. Dalam konteks
yang lain juga, beberapa isu yang membabitkan insiden sensitiviti agama seperti murtad dan pengislaman
orang bukan Islam (Ann Wan Seng, 2009; Sheng, 2008; Abdul Aziz, 2005; Osman Chua, 2005) turut
memberi kesan terhadap nama baik agama Islam. Daripada kajian yang dilakukan sebelumnya, ini
menampakkan bahawa sentimen agama sering dicemari dengan anasir-anasir yang sengaja menjadikan bahan
agama sebagai modal untuk memecah belah keamanan dan keharmonian kaum yang wujud dalam negara dan
kajian yang dijalankan ini amatlah sesuai bagi melihat dengan lebih mendalam lagi konflik perpaduan kaum
dalam dimensi agama.
Selain itu, tidak hairanlah isu kontroversi operasi JAIS terhadap Gereja DUMC ini mendapat liputan
yang begitu meluas oleh pihak media apabila dikatakan terdapat 12 orang muslim cuba dimurtadkan pada
majlis tersebut. Kejadian yang berlaku pada bulan Ramadhan, 3 Ogos 2011 telah mencetuskan pelbagai
reaksi dalam media arus perdana, (Utusan Malaysia, 5 Ogos 2011). Pemeriksaan dibuat berdasarkan
maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang
dinamakan Thanksgiving Dinner Program Itenary dan tindakan diambil berdasarkan Seksyen 10 Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan agam Islam dipandang
hina.
Kes-kes yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama sering muncul. Kita tidak
dapat memisahkan ekstermisme agama dengan budaya di mana agama tersebut muncul (Kahmad, 2002).
Malah kita tidak dapat menghapuskan ekstremisme tanpa mengubah budaya tersebut. Isu konflik yang timbul
antara kaum berlaku dalam pelbagai sudut dan hal yang sedemikian bagi pandangan Femandez (2004) yang
mengatakan punca utama konflik antara agama ialah pandangan yang berbeza antara penganut dan setiap
agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik, bertolak ansur serta menghormati agama lain.
Namun demikian agama berbeza antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama lain dan
mereka menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak mahu menerima pandangan agama lain
(Kahmad,2002). Persepsi sebegini perlu dihindarkan dalam konteks ruang pemikiran masyarakat supaya
lahirnya nilai toleransi dan kasih sayang antara agama dapat disemai dan dipupuk dalam kehidupan
masyarakat majmuk.
Tindakan orang bukan Islam terhadap agama Islam sering menimbulkan permasalahan dan campur
tangan keatas kesucian agama Islam yang terdiri dari aspek perundangan dan hukum-hukum Islam. Ini
dibuktikan lagi dengan pandangan Rahimin Affandi (2003) iaitu yang berkenaan dengan Jawatankuasa
Teknikal Syariah dan Sivil (JTSS) yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan proses review dan
perubahan terhadap sistem perundangan Islam dan sivil agar kedua-duanya lebih bersifat Malaysia sering
dianggap secara negetif oleh penganut agama bukan Islam. Hal ini telah menyebabkan proses reviewing ini
dijalankan secara low profile bagi mengelakkan bantahan golongan bukan Islam.
Pada 4 januari 2014, The Malaysian Insider melaporkan tentang kenyataan Andrew dengan jelas
mengkritik titah DYMM Sultan Selangor dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah
dalam kalangan masyarakat bukan Islam adalah suatu yang tidak berperlembagaan dan tiada nilai undang-
undang ke atas pihak berkuasa agama. Seperti yang disedia maklum, kes penggunaan kalimah Allah bagi
orang bukan Islam masih lagi di peringkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dan perintah yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya masih lagi terpakai. Sebagai pengamal undang-undang, beliau
sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan kedudukan kes ini. Tindakan beliau ini jelas bercanggah
dengan peruntukan seksyen 298A(1) Kanun Kesiksaan. Ini telah membangkitkan kekeliruan dan kegelisahan
rakyat yang berbilang agama khususnya umat Islam di Malaysia.
Salah seorang ahli Parlimen, Lim Kit Siang turut mempersoalkan aspek yang berkaitan dengan negara
Islam ini. Beliau menyatakan Malaysia tidak boleh dijadikan negara Islam kerana kurang dari 60% penduduk
di Malaysia yang beragama Islam, dan beliau tetap berpenderian Malaysia adalah negara sekular dengan

19
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

Islam sebagai agama rasmi. Beliau turut menyentuh berkaitan negara Indonesia dengan penduduk Islam
terbesar di dunia melebihi 200 juta penganut Islam adalah sebuah republik sekular dengan lima agama yang
diiktiraf secara rasmi. Selain itu, baginya tiada prasyarat bahawa sebuah negara yang menjadi tuan rumah
kepada OIC semestinya sebuah negara Islam dan fakta bahawa Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang
Kemuncak OIC ke-10 tidak bererti bahawa Malaysia adalah negara Islam (Thock Ker Pong, 2005).
Jika dilihat dalam pandangan yang diutarakan oleh beberapa orang pengkaji mendapati kebanyakkan
konflik yang berlaku antara kaum bukan sahaja datang dari kalangan kaum Cina dan India semata-mata,
namun hakikatnya kaum Melayu juga tidak terkecuali penyebab berlakunya konflik dalam masyarakat
terhadap kaum-kaum lain yang sehingga mencetuskan perbalahan antara kaum seperti pencerobohan kuil,
penghinaan terhadap agama yang dianuti kaum Cina dan India, toleransi kaum dan sebagainya.
Apa yang jelas dapat dilihat berdasarkan pandangan yang dikatakan oleh Sofwan Fathy (2010),
beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor yang berlaku pada 15
November 2007 iaitu telah menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia
mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India. Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman,
Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan
mendakwa berlaku genosid (penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh
semasa peristiwa kampung medan dan propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran
buku dan risalah dalam bahasa tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral
dan material daripada kaum India.
Menurut Dawi (2010) menyatakan bahawa cabar mencabar dalam agama bukan sahaja melalui
hujahan awam dan di mahkamah malahan juga ditonjolkan dalam aktiviti perkauman jalanan seperti
peristiwa pelontaran anggota babi di masjid, perarakan kepala lembu serta pembakaran gereja dan surau.
Salah satu faktor berlakunya konflik ini adalah disebabkan kurangnya kefahaman dan pengetahuan tentang
budaya dan agama masyarakat lain. Dengan menyedari betapa berharganya nilai keamanan dan keharmonian
ini, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan bagi mewujudkan sikap saling memahami dan
bekerjasama antara satu sama lain.
Isu-isu yang berkaitan dengan masalah hukum, amalan dan praktis masyarakat Islam turut
dipersoalkan oleh masyarakat Islam sendiri seperti konsep negara Islam, emansipasi wanita, poligami, hukum
hudud, hukum jenayah, hukum menutup aurat dan termasuklah perkara-perkara kurafat (Syed Husin, 2008).
Malah sejak sedekad yang lalu, muncul kelompok ‘Islam Liberal’ yang sering mempertikai dan mempolemik
isu-isu poligami, emansipasi wanita, kebebasan beragama dan pluralism agama (Mohammad Kamil et al.,
2006). Selain itu, munculnya pelbagai bentuk ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, nabi Melayu dan amalan-
amalan khurafat serta bida’ah sedikit sebanyak menyebabkan agama Islam di mata orang bukan Islam
tercalar (Mohammad Kamil et al., 2006; Mohammad, 2000). Ekoran daripada beberapa isu dan permasalahan
yang melanda ini, orang bukan Islam khususnya orang Cina khususnya DAP, berani bersuara dan sekali gus
tidak mengikhtiraf bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam (Mohd Ridhuan Tee, 2010; Mohd Yusuf,
2003; Lee & Heng, 2000) dan tetap menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Liberal-sekular (Lee
& Heng, 2000). Kajian yang dijalankan oleh Aminuddin (2006) menunjukkan perspektif pelajar Cina di
UTM terhadap agama Islam bercampur baur. Sebahagian daripada responden bepersepsi positif, manakala
sebahagian yang lain pula berpersepsi negetif terhadap agama Islam.

HUBUNGAN SENSITIVITI AGAMA DENGAN ISU PERPADUAN KAUM

Jadual 2 : Nilai Kekuatan Hubungan Sensitiviti Agama dengan Isu Perpaduan Kaum
Kolerasi
Sensitiviti Agama Isu Perpaduan Kaum
Sensitiviti Agama Pearson Correlation 1 .626**
Sig. (2-tailed) .000
N 362 362
Isu Perpaduan Kaum Pearson Correlation .626** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 362 362
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 level (2-tailed).

Kajian ini juga melihat sejauhmana kekuatan hubungan sensitiviti agama dengan isu-isu perpaduan kaum
yang ditimbulkan. Sampel kajian telah diambil dalam kalangan belia Universiti Awam di tiga Universiti yang
dipilih di kawasan Pantai Timur iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang
(UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) seramai 362 pelajar. Hasil yang didapati menunjukkan
sensitiviti agama mempunyai hubungan positif dengan isu perpaduan kaum dengan mencatatkan dengan nilai

20
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

r=0.626, p<0.01. Ini menunjukkan semakin tinggi sensitiviti agama yang ditimbulkan semakin tinggi isu
perpaduan kaum yang ditimbulkan dalam masyarakat.

KESIMPULAN

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan ini menunjukkan agama merupakan satu cabang yang membawa
perpaduan dan permasalahan antara tiga kaum terbesar di Malaysia. Bagi Benneth (2008), konflik agama
merupakan masalah yang kompleks dan apabila ini berlaku tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh
menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan
ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu. Ini bermakna konflik agama cuma
akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatif sahaja. Kesan buruk boleh diketagori sebagai kesan sosial,
kesan ekonomi dan kesan kepada imej negara (Kahmad, 2002). Seharusnya, warna warni kehidupan
masyarakat akan lebih bertambah utuh dan harmoni dengan kewujudan pelbagai agama yang sama-sama
mengamalkan sikap toleransi dan nilai kasih sayang demi kesatuan dan pembangunan insan yang lebih
proaktif dalam menyemarakkan lagi misi dan visi ke arah transformasi negara. Agama perlu dijaga dan
dipelihara oleh penganutnya dan setiap mereka harus mengikis sikap penghinaan terhadap agama
seangkatannya agar lahirnya rasa hormat-menghormati dalam sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai
kepelbagaian agama dan pasti ini merupakan salah satu nilai yang dipupuk oleh setiap agama.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Intel Multimedia
Publication
Ahmad Mohamed Ibrahim .1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur :
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), m.s 523.
Aminuddin Ruskam al-Dawamy. 2006. Perspektif Pelajar Cina UTM Terhadap Agama Islam di
Malaysia. Dalam Wan Abd Hamid Wan The dan Anisah Zainal Abidin.
Budaya dan Pemikiran dalam masyarakat Global: Malaysia dan China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ann Wan Seng. 2009. Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: MustrRead.
Azman Amin Hassan. 2005. Solving conflicts in a multicultural society: The case of Kampung Medan.
In Muhammad Kamarul Kabilan dan Zaharah Hassan. Reading on Ethnic Relations in a
Multicultural Society. Serdang: Penerbit UPM
Chandra Muzaffar (2011). Exploring Religion in Our Time. Pulau Pinang; Penerbitan Universiti Sains
Malaysia.
Dafrizal, Faridah Ibrahim & Fauziah Ahmad. 2011. Framig of Controversial Caricatures of Prophet
Muhammad : A Story of Two Malaysian Mainstream Newspapers. Jurnal Komunikasi , Jilid
27(2): 77-95.
Dawi, A.H. 2010. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakt Malaysia. Persidangan
Antrabangsa Minoriti dan Majoriti: Bahasa, Budaya dan Identiti. 23-24 November 2010, Kuching,
Sarawak
Furnivall, John S. 1948 . Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma and Netherlands
India, New York University Press.
Golam W.Choudhury. 1993. Islam and The Modern Muslim World. Essex England: Scorpion
Publishing Ltd.
Halimahton S, Hua N.T & Raman. 2006. Covering race and religion: the Moorthy and Nyonya Tahir
cases in Four Malaysian Newspapers. Kajian Malaysia. Vol. XXIV, No.1&2, pp.185-201.
Ismail al-Faruqi. 2009. Islam dan Kepercayaan Lain. (terj: Zulkiple Abd. Ghani). Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia.
Kahmad, H.2002. Sosiologi Agama. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya
Khoo & Kay Kim. 2007. The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruits of Ethnic Cooperation.Dalam
Voon Phing Keong (Ed). Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and Fifty Years
After. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies.
Lee, Kam Hing & Heng, Pek Koon.2000. The Chinese in the Malaysia Political System. Dalam Lee Kam
Hing & Tan Chee Beng. The Chinese in Malaysia. New York: Oxford University Press
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman & Ainuddin .2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur:
Prentice Hall Malaysia
Mohd Kamil Abd. Majid et.al. 2006. Islam Liberal: Tafsiran Agama yang Kian Terpesong. Kuala
Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd

21
PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMIC
CIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017

Mohd Ridhuan Tee Abdullah .2010. Nasib Malayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Yusuf Ahmad. 2003. Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Osman Chua Abdullah. 2005. Preaching to The Non-Muslim Chinese in Malaysia. Gombak: Research
Centre IIUM
Rahimin Affandi Abd.Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal. 2011.
Dialog Antara Agama :Realiti dan Prospek di Malaysia.UniversitiSains Malaysia.
Ramli Awang. 2008. Dialog Antara Agama dari Perspektif Al-Quran. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn.
Bhd
Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik, Institut Kajian Etnik. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi, Selangor
Sheng, Ye Lin.2008. The Chinese Dilemma. Australia: EastWest Publishing Pty Ltd.
Sue Bennett, Karl Maton & Lisa Kervin. 2008. The ‘digital natives’ debate: A critical review of the
evidence. British Journal of Education Technology, Vol 39 5 2008
Syed Huisn Ali. 2008. Ethnic Relations in Malaysia: Harmony & Conflict. Kuala Lumpur: SIRD.
Utusan Malaysia. 5 Ogos 2011
Yang Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. 2011. Framing Religious Dispute: A Comparative Analysis
of the Lina Joy Controversy by Malaysian Newspapers. The Journal of the South East Asia
Research Centre for Communication and Humanities. Vol.3, Issue 2, September, 21-38.
Yang Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak. 2012. Framing Interethnic Conflict in Malaysia: A
Comparative Analysis of Newspaper Coverage on The Hindu Rights Action Force (Hindraf).
International Journal of Communication. 6, 166-189.
Yong Lai Fong & Md Sidin Ahmad Ishak.2010. Covering Religious Conflict in Malaysia: HowSin
Chew Daily Framed the Lina Joy Controversy. Malaysian Journal of Media Studies, Vol.12,
No.2, Pages 11-22.
Yusri Mohamad Ramli . 2012. Agama dalam Tentukur Antropologi Simbolik Clifford Geertz.
International Journal of Islamic Thought Vol. 1 : (June) 2012

22

You might also like