You are on page 1of 4

1961 berhubung taraf kedudukan Bahasa Kebangsaan.

Antara usul laporan pelajaran 1960 ialah ba-hawa


semua peperiksaan umum hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi negara

Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam hendaklah di-adakan dalam
bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara, matlamat pendidikan hen-daklah
menghapuskan sekolah menengah yang bercorak perkauman daripada sistem kebangsaan sekolah
bantuan penuh dan menjamin supaya murid-murid daripada berbagai-bagai keturunanmenghadiri
Sekolah Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu keperluan bagi dasar iniialah bahawa segala
peperiksaan awam di peringkat menengah diadakan dalam bahasa rasmi ne- gara.

( Report of Education Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46)Dalam hal ini jawatankuasa penyemak
mata pelajaran telah mengusulkan supaya kelas-ke-las khas yang disebut ‘Tingkatan Peralihan”
ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah bertujuanuntuk menyediakan murid-murid mengambil
peperiksaan dalam satu bahasa rasmi negara iaitu ba-hasa Melayu atau bahasa Inggeris. Untuk pelajar
kelas pemulihan ini, murid yang dipilih ialahdalam kalangan murid yang belajar di sekolah aliran Cina
yang mana ingin menyambung ke seko-lah menengah aliran Melayu. Mereka yang memasuki kelas
pemulihan ini diberikan tempoh masaselama setahun dan pelajaran yang diajar di kelas pemulihan lebih
tertumpu pada pengajaran Ba-hasa Melayu.Antara lain perkara yang diusulkan oleh jawatankuasa
penyemak pelajaran 1960 mengenaiusul Laporan Razak ialah mengenai sebilangan kanak-kanak akan
tamat secara rasminya apabilamereka mencapai umur 12 atau 13 tahun. Setelah mendapat pandangan
daripada jawatankuasa Pe-nasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan (

Professional and the Finance General Consultative Commit-tee

), jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, mengusulkan supaya umur berhenti sekolah di-12

naikkan kepada umur 15 tahun. Pada ketika itu, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah diwujudkan
dansekolah ini menyediakan tiga tahun pendidikan yang mana menitikberatkan pendidikan vokasional
bagi murid yang tidak mendapat tempat di sekolah menengah akademik.Lanjutan dari usul ini juga pada
tahun 1962, kerajaan telah menubuhkan Sekolah PelajaranLanjutan yang memberikan kursus tiga tahun
dengan menitikberatkan pendidikan vokasional man-akala bagi pendidikan dasar pula, kelas diambil
selama enam tahun dan proses naik turun darjahadalah secara automatik. Berdasarkan keputusan
peperiksaan, hanya 30% daripada murid-muriddarjah 6 terbaik sahaja yang di tempatkan di sekolah-
sekolah menengah akademik termasuklahsekolah lanjutan kampung.

7.0 Kurikulum Lama Sekolah Rendah

Apabila Akta Pelajaran 1961 dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara, Kuriku-lum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Pengenalan sistem ini telah memberi im- pak kepada
pendidikan di negara pada ketika itu.Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah;Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat, Jawi,
Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jas-mani.Permasalahan dalam
Kurikulum Lama Sekolah Rendah ialah isi kandungan pelajaran ker-ap kali tidak berkaitan antara satu
mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang13

terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini telah menyebabkan
muridmenjadi bosan dan tidak gemar untuk belajar.Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan
dalam persediaan untuk kecemerlangankerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi
tumpuan kepada aspek pembelajaranmelalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung
dipengaruhi oleh fahaman behav-iorism . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan
kurang diberi perhatian yang se-wajarnya.Dalam aspek peperiksaan pula, semua murid-murid haruslah
lulus dalam mata pelajaranBahasa Melayu dalam peperiksaan awam. Selain dari itu juga, mata pelajaran
KLSR lebih kepada pembasmian buta huruf. Peperiksaan LCE telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP
pada tahun1978.Peperiksaan Umum yang wujud pada masa itu ialah Peperiksaan Malayan
SecondarySchool Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik
darjahTiga, SRP, SPMV dan MCE.Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula
pada darjah tiga dan pada tahun 1973, Ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja
pemulihan dapat di-laksanakan awal.

8.0 Sejarah Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 198314

susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada
perubahan Sistem KLSR kepada KBSR;1.Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak
mempunyai kaitan antara satusama lain. Ini telah menyebabkan murid cepat menjadi bosan dan susah
untuk memaha-mi satu-satu isi mata pelajaran yang di ajar oleh guru.2.Sukatan Pelajaran KLSR terlalu
banyak dan mengambil banyak masa untuk gurumenghabiskan satu-satu isi pelajaran yang telah
ditetapkan.3.Guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan.
Inimenyebabkan murid - murid terbeban dengan mata pelajaran yang ada.4.Pengajaran dan
pembelajaran hanya bertumpu kepada buku teks yang dibekalkan tanpamenggunakan bahan bantu
belajar yang lain.5.Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berasingan dan tiada kaitan dengan pembela-
jaran bilik darjah.Pada asasnya, percubaan KBSR telah dimulakan di 305 sekolah di seluruh
Malaysiamerangkumi sekolah yang berada di dalam dan di luar bandar pada tahun 1982.15

Menurut sumber hasil daripada maklumat guru-guru yang sudah bersara, mereka meny-atakan bahawa
pada tahun 1982, guru-guru ketika itu telah dihantar berkursus secara berperingkat- peringkat untuk
memulakan pengajaran KBSR. Sistem pendidikan KBSR telah dilaksanakansepenuhnya pada tahun 1983.
9.0 Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukarkan nama kepada Kuriku-lum Bersepadu
Sekolah Rendah. Pada asasnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini masihsama dengan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah. Kandungan Kurikulumnya masih sama seperti se- belumnya.Antara objektif
penting pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah murid perlu menguasai serta
mengetahui dengan baik dan memuaskan Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan di samping
menjadikannya sebagai alat perpaduan. Fokus terhadap aspek 3Mditekankan iaitu membaca, menulis
dan mengira. Selain dari itu juga, murid yang lemah diberikan pemulihan ataupun untuk mengulangi
ujian.Selain dari itu fokus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh telah diberi penekanan
iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembaharuan KurikulumBersepadu
Sekolah Rendah ini amat berfaedah kepada murid-murid terutamanya dalam mencapai16

matlamat pembentukan sahsiah diri dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai
estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara.Selain dari itu juga, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ini juga telah menyemai per- paduan kaum serta memperkukuhkan lagi
kesepaduan integrasi nasional melalui sistem pen-didikan.

Atas dasar ucapannya itu, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikankurikulum yang
holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang dandapat menangani cabaran
semasa dan masa depan.Proses dalam pembentukan KSSR ini telah mengalami bentuk perubahan yang
holistik kepada organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.Hasil usaha kementerian pelajaran, pegawai-pegawai pendidikan yang
berkelayakan telahdihantar ke setiap negara maju untuk mengkaji sistem pendidikan di negara-negara
tersebut. Atasdapatan laporan yang diterima, mesyuarat di peringkat atasan telah memutuskan supaya
sistemkurikulum diubah mengikut tahap kebolehan murid semenjak dari awal pra
persekolahan.Bermula dari tahun 2009, perkara utama yang ditekankan ialah mewujudkan sebanyak
mungkin kelas pra-sekolah di sekolah-sekolah milik kerajaan supaya pembelajaran di peringkatawal
boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah. Penekanan utama mengikut tahap kematanganmurid ini
telah di bahagikan secara sistematik iaitu;1.Pra-sekolah: Penekanan terhadap sosio-emosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sahsiah ser-ta perkara asas persediaan murid untuk ke sekolah rendah yang mana
memberi pendedahan kemahiran 3M dan menaakul.18

2.Tahap 1 ( Tahun1-3 ). Murid diajar menguasai kemahiran 3M dan menaakul, kemahiranasas Teknologi
Maklumat Komunikasi, perkembangan sosio-emosi, kerohanian, fizikal,kognitif dan nilai.3.Tahap II (
Tahun 4-6 ). Pengukuhan dan mengaplikasikan kemahiran 3M dan menaakul,kemahiran asas Teknologi
Maklumat Komunikasi, Perkembangan sosio-emosi, keroha-nian, fizikal, sikap serta nilai-nilai
murni.Dalam masa yang sama juga, pakar-pakar pendidik telah dijemput bersama-sama dengan
bahagian peperiksaan untuk berbincang serta menggubal isi mata pelajaran supaya bersesuaiandengan
kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan dikelolakan oleh bahagian PendidikanGuru dan juga
Bahagian Pembangunan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Putrajaya.Tahun 2010, pembangunan
rangkaian peperiksaan telah dibangunkan bersama pakar-pakar pengaturcaraan komputer bersama-
sama Bahagian Peperiksaan untuk mewujudkan satu sistem Pe-nilaian Peperiksaan yang mana kini
dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah untuk meng-gantikan sistem peperiksaan UPSR.Hasil dari
perbincangan tersebut, satu laporan telah dibuat dan diserahkan kepada MenteriPelajaran ketika
ituDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Seterusnya Tan Sri Muhyidin Yassintelah mengumumkan
penukaran kurikulum baru dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepa-da Kurikulum Standard
Sekolah Rendah pada tahun 2010.19

Kurikulum KSSR ini telah dijalankan secara berperingkat dan mula diperkenalkan kepadamurid-murid
tahun1. Program ini terus dilaksanakan dari tahun ke tahun semasa dan tahun inimerupakan tahun ke
dua dilaksanakan. Pendedahan mengenai KSSR disebarkan kepada guru-guruyang telah dibuat secara
berperingkat mengikut mata pelajaran mulai Januari 2011. Penyebaranmaklumat ini dilakukan secara
besar-besaran ke seluruh negeri termasuk semua daerah.Dari masa ke semasa, penambahbaikan KSSR
telah dilaksanakan dari segi mata pelajarandan juga isi kandungan buku teks mengikut kesesuaian
persekitaran pelajar sehinggalah ke hariini.Menerusi sistem pendidikan KSSR, semua murid dinilai
berdasarkan kebolehan, penglibatan, tahap penguasaan, pencapaian serta kematangan mereka. Suatu
skala standard untuk pengukuran pencapaian telah disediakan dan semua murid dikehendaki melepasi
standard yangtelah ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai murid hendaklah diukur dengan
jelas, adildan telus supaya boleh mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran.

You might also like