You are on page 1of 2

Mitos Rama-Rama

Dalam masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jakun, rama-rama dikenali sebagai rerabi. Rama-
rama ini kerap keluar pada waktu malam. Mitos masyarakat ada mengatakan bahawa rama-
rama ini membawa pentanda yang tidak baik jika memasuki ke rumah terutama rama-rama
berwarna hitam. Pertanda ini boleh dibahagikan kepada beberapa petanda. Misalnya
seseorang itu ingin ke hutan pada keesokan hari tetapi pada malam itu rumahnya didatangi
rama-rama tersebut. Mitosnya, rama-rama ini membawa kesulitan dalam perjalanan kerana
dikhuatiri akan bertembung dengan harimau. Seterusnya, rama-rama ini juga
melambangkan kejahatan sedang berluasa dipersekitaran rumah dan akan membawa
maksud yang tidak baik. Bagi mengelak setiap kejadian yang tidak ingini benar-benar
berlaku, masyarakat akan membunuh rama-rama tersebut iaitu membakarnya. Selain
berwarna hitam, masyarakat biasanya akan membiarkan rama-rama tersebut berkeliaran
kerana tidak membawa apa-apa maksud yang tidak baik. Selain mitos, masyarakat juga ada
mengatakan bahawa rama-rama memiliki debu yang mampu mengatalkan kulit pada
sesiapa yang tidak biasa memegangnya.

Lyssa zampa
Perbezaan rama-rama dengan kupu-kupu, sesungut rama-rama pelbagai bentuk sedangkan
kupu-kupu sesungutnya berbentuk panjang dan melebar (mengembang) di hujung. Kupu-
kupu terbang secara lemah-gemalai dan susunan sisik kepaknya mempunyai warna-warni.
Manakala rama-rama berwarna pudar atau malap dan warnanya kelabu, hitam atau perang
tua. Oleh sebab rama-rama keluar pada waktu malam, warna demikian dapat membantu
rama-rama terselindung daripada musuh.

A. Kupu-kupu B. Rama-rama

Rama-rama tidak terbang segemalai kupu-kupu dan tidak banyank terbang. Ia terbang
kelihatan seperti melompat-lompat. Penerbangan demikian dinamakan penerbangan tidak
terkawal atau eratik. Rama-rama lebih suka hinggap dan berdiam diri pada satu tempat,
manakala kupu-kupu sebahagian besar hidupnya berterbangan. Perbezaan yang agak ketara
iaitu kelakuannya. Rama-rama aktif pada waktu malam dan dinamakan serangga nocturnal,
manakala kupu-kupu lebih aktif pada waktu siang hari dan dikatakan serangga diurnal.

You might also like