Professional Documents
Culture Documents
BUKU PANDUAN
MENGAMALKAN TAFAKUR GERAK
BAPAK BAGINDO MUCHTAR PhD
BUKU TIGA
Karangan
Disusun oleh :
OMAR ABDULLAH
Bab
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
4
Ucapan Syahadah yang menentukan islam atau tidaknya kita dan kalimah ini juga
merangkumi sebuah penyataan Ketauhidan dan Kerasulan pada setiap kesaksian dan
pengakuan
Ianya bagi menentukan pangkat, darjat dan martabat.Syahadah adalah ungkapan yang amat-
amat tinggi nilainya bagi yang mengerti akan kedudukan Tuhan dan RasulNya. Didalam Ilmu
Hakikat ada beberapa jenis syahadah dan bermacam-macam ungkapan yang disebut oleh
guru-guru tharikat dan hakikat. Namun disini saya cuma sekadar mengingati apa yang
terlintas dibenak sahaja iaitu..
RAHSIA SYAHADAH.
1-pengakuan
2-penyaksian
3-pangkat
4-darjat
5-martabat
1 KALIMAH TAUHID
2 KALIMAH RASUL
RAHSIA UCAPAN.
Rahsia yang terkandung didalamnya terlalu banyak,oleh tu jika anda semua sanggup
berkorban masa,tenaga dan harta maka kajilah,carilah akan rahasia syahadah ini dan jika
sudah ditemui maka fahamkanlah serta hayatilah akan rahasianya itu.
Sekian
5
Ayah Di Pakngah ….
Peringatan....
Semasa zikir dan melakukan peramalan dan dalam gerak berjalan maka hendaklah kau
fanakan akan segala keakuanmu terhadap dirimu dan niatkan didalam hatimu itu ALLAHU
MAUJUD.
Ini adalah kaedah yang saya lakukan dan tidak ada bersangkutan dengan ilmu atau pelajaran
dari bapak baginda muchtar.ianya dari olahan dan kaedah saya sendiri.
sekian.
6
Ayah Di Pakngah
AKU yang hidup ini menggunakan Amanah Tuhan untuk menghambakan diriku padanya....
Badanlah yangku gunakan untuk menzahirkan pengabdianku pada Tuhanku. Tanpa badan ini
maka tidaklah aku dapat menzahirkan sesuatu itu. Inilah zahirnya ibadahku pada Tuhanku.
Segala perbuatan yang berlaku ini akan terzahir pada badan diri ini.
Oleh itu jagalah dan perbaikilah akan keadaan badanmu itu supaya ia tetap terpelihara akan
kemuliannya nya pada kita dan disisi Tuhan,,Janganlah kita berfahaman bahawa badan ini
tiada penting dan tiada apa-apa padanya .
Yang perlu kita ingati adalah suatu hal iaitu tanpa badan apakah engkau dapat tahu dan sedar
akan kau ini ada Bertuhan dan kau itu bergelar hamba.
Persoalan nya adalah....apakah ada kezahiran amalmu jika kau tiada berbadan?...Memanglah
badan tidak berkuasa apa-apa akan tetapi kalau badan tiada dapatkah kau tahu yang engkau
berkuasa dan Tuhan Maha Kuasa,maka tidak munkin bukan!!
Segala hakikat itu adalah dari Allah jua namun Rahsia Penciptaan Jasad inilah untuk Tuhan
menzahirkan akan segala hakikat itu.
Namun bagi saya jasad adalah dalil bagi kewujudan Tuhan dan padanya ada bukti-bukti ke-.
Esaan nya. Dengan jasadlah kita dapat jumpa apa yang kita mahu,,,
Jasad itu adalah Sifat Yang Mulia bagi orang yang tahu.
Cuma kita belajar Ilmu Hakikat ini perlu kita nafikan sahaja akan kewujudan yang tidak ada
kesannya sahaja kecuali Kewujudan Tuhan dan ia bersifat binasa itu saja...
Berkata Tuhan....
Hai Nur Muhammad wajiblah engkau menyembah AKU...Maka Nur Muhammad berkata
mana munkin aku dapat menyembahmu kerana aku pun bersifat suci dan aku adalah
kenyataanmu.
Atas dasar Kebesaran Tuhan maka Nur Muhammad akur akan keputusan itu, lalu ia
berkata...Wahai Tuhan jika engkau ingin aku menyembahmu maka ciptakanlah untukku jasad
(sekadar riwayat al-ibyat)
Inilah Kelebihan Tuhan Yang Maha Besar pada menjadikan jasad untuk menyatakan Af'alNya
atau Gerak Kudrat Irodhatnya kepada Nya jua.
KESIMPULANKU.
Pada mereka yang membuang jasad (tidak ambil tahu soal jasad) maka orang itu jahil dalam
Ilmu Allah ini. Kalau kita tidak ambil tahu dan malas menitik beratkan pada jasad maka jika
kita buang najis maka janganlah kita basuh kerana ianya adalah hal jasad maka anda katalah
begini "buat apa basuh ini hal jasad" cuba tengok macam mana jadinnya.
Inilah yang perlu kita jaga dan ianya dinamakan Syariat atau Kezahiran Agama (ilmu fiqah).
Maka inilah rahsia yang ada pada Jasad dan Sifatullah. Saling liput meliputi, perlu
memerlukan, sebab itulah Bapak Baginda Muchtar berkata..perbaikilah keadaan badan
dirimu. Maknanya disini ada hal yang kita tidak tahu pada badan dan kita akan dapat tahu
bila badan menjadi sempurna bila dibaiki dengan sempurna.
8
Diriku yangku gunakan untuk menyempurnakan badanku dan ibadahku. Hal ini tidaklah perlu
dihuraikan kerana telah banyak artikal tentang diri dan AKU.
Maka saya huraikan tentang jasad dan apa yang perlu kita titik beratkan sahaja. Dewasa ini
ramai anak2 muda yang minat dan suka mempelajari ilmu hakikat( roh) dan tasauf (soal hati)
sehingga lupa akan soal hukum agama yang mengsyaratkan oleh Tuhan kepada Nabi kita
untuk kita demi menjaga keharmonian insan sesama insan dan insan dengan
Tuhannya...hablum minan nass dan hablum minallah.
Pesanku......KALAU BADAN TIDAK DIJAGA DAN DIPERBAIKI DAN TIDAK DIISI MAKA TENAGA
QUDRATULLAH TIDAK AKAN BERFUNGSI 100% PADA KITA, KERANA TENAGA ITU AKAN
BERCAMPUR DAN TERPALIT DENGAN DOSA DAN NODA SERTA TITIK2 HITAM PADA NYA,,,,
Oleh itu...bagi ahli2 yg masih baru dan muda perlulah mempelajari asas2 agama dan jagan
asyik dalam Ilmu Hakikat sahaja, nanti kau rugi bila dewasa.....sekian.
NASIHAT
Jikalau engkau tidak dapat memasuki syurga allah didunia ini,maka tidak usahlah engkau
impikan syurga akhirat.Janganlah kau mencari kehebatan duniawi untuk duniawi kerana ia
umpama menempah kunci pintu neraka.
Usah kau bangga dengan ilmu mu itu kalau engkau tidak mengenali tuan ilmu. Usah kau
memikirkan tentang Allah jika kau tidak habis2 memikirkan soal duniamu. Jangan asyik
memikirkan imbuhan kalau amalmu itu tidak kau fahami. Jangan merasa cukup dalam
amalmu kerana itu angkuh namanya.
Jangan kau malas dalam tenagamu kelak Tuhan tarik nikmatmu jangan kau berat untuk
membantu kelak Tuhan akan jauh darimu jangan tengok saja sahabatmu maka bantulah ia
kerana itu budimu jangan kikir pada hartamu kerana itu milik allah jauhilah bicaramu pada
hal2 yg merugikan jauhilah akan angkuhmu pada setiap kebolehan buangkanlah rasa malumu
dalam mencari kebenaran buktikanlah akan kebenaranmu jika kau rasa ia benar
10
orang yang takut memberi pendapat maknanya kurang yakin pada fahamnya
orang yang malu menjawap itu sombong namanya
orang yang tahu tapi tak mahu membantu itu kikir namanya
orang yang pandai berkata-kata tapi tak tahu apa dunggu namanya
orang yang diam bila disoal bukan saudara akan kedudukannya
Ada orang kata jalan kita sama kerana amalan kita sama bergerak dan dapat bersilat dan
lainnya. Namun aku mengatakan tidak sama ya. Kita sama bergerak namun punca datangnya
berbeza dan tujuan pun berbeza.
Dan sesungguhnya gerak yang datang kepada ahli Kebatinan tidaklah sama dengan gerak
yang datang kepada Ahli Hakikat dan Makrifat akan puncanya pasti berbeza, antara gerak
yang ada pasti ada cetusan nya iaitu pembawaan geraknya antaranya...
Baiklah disini kita dapat menilai akan keadaan pembawaan gerak kita. Adakah berbeza akan
yang lima diatas itu. Pasti ada walaupun gerak dan bergerak jua.
Dalam Ilmu BBM kita menggunakan gerak dari Allah dan gerak ini langsung dariNya.Maka
cara dan kaedah kami mendapatkan gerak ini bukanlah dengan cara menyeru, bangkitan
arwah, olahan tenaga atau dengan kaedah mengamali doa2 atau ayat-ayat tertentu untuk
mendatangkan gerak.
Kami mengunakan kaedah TAFAKUR dan membuat PENGAKUAN serta KESAKSIAN dan juga
PENYERAHAN secara total kepada Yang Maha Kuasa. Disini kami dapat mengenali akan DIRI
kami dan Tuhan dengan RASA dan PERASAAN yang terasa kami mengorak langkah menuju
ke-hadirat Ilahiah bak kata Bapak Baginda Muchtar....
“ melakukan perjalanan dari ADA kepada TIADA dan TIADA ADA sampai ke TIDAK ADA dan
MENJADI ADA KEMBALIi dengan keadaan nya. Perjalanan dari luar kedalam sampai
mendalam sehingga si GHAIB bersatu dengan yang MAHA GHAIB. “
Nah inilah perbezaan antara jalan kami dan jalan lainnya walaupun gerak sama gerak tapi
PUNCA-nya- lain hulunya. Jalan ini menggunakan Gerak Kudratullah dan tujuannya bukan
sekadar untuk bersilat atau perubatan namun tujuan kami lebih dari itu.
Jalan ini juga tidak menggantungkan peramalannya kepada ayat-ayat khususiah untuk
bergerak cukup dengan Syahadah dan lainnya sahaja..Terkadang ada orang keliru akan
perjalanan ini ada yang mengatakan...aku lihat caramu itu sama dengan apa yang aku amali
dan pelajari" dan bila kita tanya dari mana asal ilmu itu siapa guru asalnya maka lainlah asal
gurunya maka aku mengatakan lainlah pula tujuannya.
Ada gerak tidak sedarkan diri itu kerasukan (kesarupan) jin atau arwah. Ada yang bergerak
menggunakan saudara kembar, ini perlu amalkan amalannya. Ada gerak dari amalan-amalan
sebagai mana gerak silat yang pernah saya pelajari dulu kita perlu mengamali ayat dan
melakukan kaedah ritual nya.
Ada gerak dari olahan tenaga dalam biasa......kebanyakan gerak-gerak ini digunakan untuk
tujuan ilmu kanuragan dan juga pengobatan dan lainnya. Namun ianya tidak digunakan untuk
jalan Makrifatullah.
Dan jika ada guru-guru yang membawa aliran diatas itu yang mengajarkan Ilmu Hakikat dan
Makrifat pun, itu bukanlah diolah dari gerak. Ianya hasil dari pelajaran lain nya. Akan tetapi
jika ada jua jalan yang hampir sama dengan jalan kami maka ianya tentu ada perbezaan.
Maka dengan ini tidaklah sama jalan ini dan jalan lainya walau gerak jua yang sama,
Punca dan tujuan adalah melambangkan hakikat ilmu itu. Oleh itu jika ada antara ahli kita
yang telah mempelajari ilmu gerak lain nya maka hati-hatilah dan jika ada orang yang mahu
12
mengambil intipati tujuan dari jalan kami batalkan niat itu kerana ianya tidak akan berhasil
malah penat dan lelah jua anda dapat.
Apatah lagi jika anda yang mahu menggunakan jalannya untuk mendapat hasil yang sama
maka tidaklah munkin kalau itu kemahuanmu kecuali Tuhan akan menukarkan arah tuju dan
bentuk pembawaanmu itu. Disini anda perlu faham. Bukanlah saya mahu membandingkan
Ilmu Allah namun bagi saya Ilmu Allah itu luas dan ilmu itu ada punca-puncanya suatu
contoh..
lahirkanlah kandunganmu
masukilah kedalam hakikatmu
jumpailah rahsiamu
bersatulah dengan tuhanmu
keluarlah menyempurnakan badanmu
sucikanlah diri lahir batinmu
bebaskanlah burung didalam sangkar
moga burung dapat membawa sarangnya pula
datang bersama pulang pun bersama.
Tenaga ataupun Kuasa Kudratullah lah yang mengaliri dan mendatangkan GERAK serta
menghidupkan segala organ-organ badan kita ini
Ia berasal dari Zat Yang Mutlak. Segala kelengkapan badaniah yang ada didalam badan diri ini
seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, darah, otak, limpa, saraf-saraf serta usus-usus dll
semuanya itu digerakkan atau dihidupkan dengan pengaliran Tenaga Zat HAYAT.
13
Ini untuk memberi kehidupan pada badan diri ini. Didalam Ilmu Tharikat kita di didik dengan
jalan zikir dan antara zikir-zikir itu ada yang berpandukan kepada pedoman nafas dan nadi
atau dibangsakan ia dengan zikir daim (zikir yang tiada berputusan)
Kajian demi kajian yang dibuat oleh Ahli-Ahli Tharikat ataupun Ahli Metafizik untuk
menemukan punca dan tenaga asal yang bertitik awal dari mana asal usulnya mula
datangnya dan dari mana pula ia.
Maka disini saya menemukan nya dengan nama Tenaga @ Kuasa Zat Hayatullah darinyalah
segala sesuatu itu datang.
Ilmu pengetahuan kita ini pula memfokuskan pada tenaga @ kuasa yang awal iaitu punca
segala punca dari tenaga-tenaga yang ada. Kalau kita selidiki dalam dalam adakah nafas dan
nadi atau lain2nya dapat bergerak sendiri ?..pasti tidak munkin ianya berlaku kerana setiap
yang berlaku itu pasti ada keteraturan nya yang tersendiri .
Maka Tuhan yang bernama Allah lah yang mengaturkannya didalam sifat al-mudarbir ( yang
mentadbi r) pada sekalian kejadian. Tenaga-tenaga itu merupakan elektron, proton,ion,
baion, nitron dan atom-atom kesemuanya ini merupakan sumber tenaga ghaib ( meta
energy) Didalam badan diri kita yang asal dibalik asal …berasal dari Kekuasaan Qudrat ALLAH.
Kajian demi kajian dan renungan yang mendalam dapat menemukan akan punca itu maka
kini saya menemukan RAHSIA PUNCA TENAGA itu iaitu TENAGA ZAT HAYATULLAH ataupun
RAHASIA ILAHI ( SIRR )
Rahasia inilah yang menjadi punca segala gerak yang ada samada gerak nadi, nafas, darah
dan minda oleh itu saya medifinasikan segala gerak itu adalah gerak yang baru dan ianya
bersifat mahaddist walaupun ia datang dari dalam jua namun ia tetap berwasitah( perantara)
akan kehadirannya.
Oleh itu saya mendapat penjelasan dan kejelasan bahawa ada sesuatu tenaga yang tidak ada
awal dan akhirnya iaitu tenaga yang menggerakkan segala sesuatu dan tenaga yang
mendatangkan sesuatu itu adalah Tenaga Quratullah dan kini ia menjad rahasiaku jauhnya
tiada antara dan dekatnya tiada berbatas,
Inilah induknya...ketahuilah RUH itu atau NUR MUHAMMAD itu adalah titik yang pertama
merupakan kenyataan nya dan padanyalah tenaga-tenaga itu ujud....
STROOM atau tenaga yang mengaliri setiap organ-organ badan diri ini ..dialah menjadi
pengeraknya. Akan tetapi apakah yang ada pada Nur Muhammad itu tidak lain dan tidak
bukan iaitu Rahasia Tuhan dan ia dinamakan SIRULLAH. Tenaga merupakan PANCARAN NUR
yang MENJADI DIRI PADA BADAN sehingga meliputi sekaliannya. Maka itulah yang kita perlu
tahu dan ambil tahu akan pecahan-pecahan nya..
14
Gerak yang berlaku didalam adalah gerak nafas dan nadi serta lain nya adalah gerak
Pembawakan Tuhan jua akan tetapi ianya bertitik tolak dari Nur Muhammad.
Ianya Asma’ Allah jua iaitu Az-Zhoohiru. Ianya bersifat baru kerana apabila Nur Muhammad
menerima badan baharulah tenaga itu ujud .
Itupun kerana berbadan dan tenaga-tenaga inilah yang digunakan oleh ahli-ahli kebatinan
dan ahli ilmu tenaga dalam biasa. Mereka hanya mengambil manfaat dari tenaga itu sahaja
yang bertitik tolak dalam jantung dan nafas nya. Akan tetapi ilmu pengetahuan kami adalah
mendudukki pada yang mendalam lagi iaitu tenaga yang asal iaitu tenaga yang mengerakkan
nafas dan nadi serta lainnya atau tenaga yang mencipta tenaga itu dan ia adalah
QUDRATULLAH iaitu RAHSIA Nur Muhammad.
Maka dengan anugerah pembukaan jalan ini kami anak-anak BBM dapat merasai
Pembawakan Tuhan pada kami dan pada badan diri kami sehingga mendatangkan daya-daya
ghaib...Inilah Kebesaran Asma’ Allah yang bernama AL-MUZHOOHIRU iaitu Yang
Menzahirkan. Kezahiran yang membawa kenyataan Nya iaitu gerak pembawaan.
Disaat itu minda, nadi dan nafas akan sirna dari kesedarannya dan hanya kedudukan hidup
yang sejati sahaja yang menjadi RAJA sehingga Kekuasaan Raja itu melenyapkan kuasa
menteri dan hulubalang yang ada.
Kesedaran azali sahaja yang ujud iaitu minda bawah sedar. Minda ini tertakluk didalam
Ilmulah. Pertukaran martabat antara Nur Muhammad kepada Nurullah semasa penyerahan
berlaku. Maka setiap yang ada ini akan menjadi hak milik kawalan Nurullah. Namun Nur
Muhammad tetap sedar didalam kesedarannya akan tetapi diwaktu itu ianya bersatu
didalam kesatuan yang satu.
Disinilah segala gerak murni dan gerak suci akan berlaku kerana daya kawalan minda sedar
tidak lagi berfungsi kerana kita telah mengfokuskan dan menyerahkan pada tuhan yang maha
kuasa maka setiap gerak yang berlaku dimasa latihan itu adalah gerak kudratullah.
gerak kudratullah inilah yang kita perlu tahu dan ia merupakan daya seribu daya inilah
kedudukan syuhud bukan syuhud lagi tetapi menduduki tempat syuhud itu.
15
1- Baca Password
2- Baca Doa....
Ya Allah izinkanlah pergerakkan persilatan hak hamba sendiri yang se-asli-aslinya yang
belum pernah dibawa dan dimainkan oleh orang lain.Yya Allah gerakkanlah
persilatanku ini dengan sepantasnya tidak hamba yang berkuasa melainkan Allah,
Allah, Allah, Allah (semasa gerak maka zikirlah)
PEMISAHAN adalah bermaksud memisahkan sesuatu keadaan yang satu menjadi dua atau
lebih dan hal ini adalah untuk mencari bukti pada sesuatu keadaan. Didalam Ilmu
Pengetahuan BBM ini permisahan yang disebut ini adalah pada masalah kedudukan kita,iaitu
pada 2 kedudukkan..
Oleh itu kita perlu tahu akan kedudukan permisahan ini iaitu antara badan dan diri ianya
bertakluk pada gerak yang berlaku pada kita. Pada gerak pula ada dua kawalan minda
Dengan demikian ini kita perlu pastikan yang kita dapat memahami akan kedudukan
permisahan itu. Hal ini ada beberapa bahagian tentang permisahan.
Lakukanlah permisahan dan pemecahan ini agar kita dapat membezakan mana gerak dari
Kehambaan dan mana gerak dari Ketuhanan. Hal ini amatlah mustahak kerana dengan kita
dapat memisahkan antara perkara-perkara itu maka kita akan mendapat satu kekuatan baru,
semangat baru dalam menjalani kehidupan dunia dan ukhrowi. Pemisahan dan pemecahan
ini perlu dititik beratkan oleh kita semua kerana ramai diantara kita yang belum memahami
arti permisahan dan pemecahan,
Oleh itu perhatikanlah dan bezakanlah oleh mu yang manakah perbuatan kehambaan dan
yang manakah Perbuatan Ketuhanan atau yang mana gerak hamba dan yang gerak Allah.
Maka disini saya cuma ungkapkan dengan kiasan sahaja agar tidaklah berlaku salah sangka
didalam akidah kita. Bagi ahli lama munkin memahami akan tetapi ahli baru munkin menjadi
bingung dalam masalah ini,,,
1 hayat
2 ilmu
3 qudrat
4 irodhat
Inilah yang dikatakan Gerak Qudratullah. Permisahan bukanlah terasing akan keduanya akan
tetapi ianya tetap bersatu jua, terpisah pun tidak, sekutu pun tidak. Namun ia tetap bersama.
Permisahan ini adalah permisahan keakuan. Pemecahan ini adalah keudukan bukan
bermaksud atau berbetuk terasing dan terputus akan zahiriahnya cuma pada kedudukan
perasaan dalam ittiqod sahaja. Keluar aku kehambaan, kedalam aku Ketuhanan, mendalam
aku bersatu lagi dalam aku satu, maka aku hilang pada kesedaranku pada kedudukan Tuhan
kerana Nur Nya yang melenyapkan akan ujudku ini. Maka itulah penyatuan dan kesedaranku
itulah permisahan.....sekian.
17
Amal yang gagal adalah amalan yang tidak disertai dengan syuhud yang sejati. Tidak tahu
akan pembawakan Kudrat dan Irodhat Tuhan pada amalnya.
Pada tahun 1996 saya mulai berjinak-jinak dalam mencari ilmu dan kebetulan pada masa itu
saya mempunyai ramai kenalan yang berlajar ilmu kebatinan dan silat. Maka saya pun terikut
sama dalam keadaan itu. Maka bermulalah kisah saya mempelajari ilmu kebatinan,
perubatan dan lain2.
Niat masa tu mahukan kehebatan dan kelebihan. Hari berganti mingu, bulan berganti tahun
namun apa yang saya cari tidaklah menemukan hasil yang memuaskan hati. Desakan hawa
nafsu ingin kehebatan dan ingin mengatasi yang lain makin membua-buak. Dalam hati ini
sentiasa ada perkataan"aku belum puas".
Setelah lama mencari dan mendalami ilmu ini saya pun berjumpa dengan sesaorang tua iaitu
guru tharikat ianya tahu yang saya ini ada memperlajari ilmu2 dalaman maka ia
berpesan"carilah kehebatan yang sempurna iaitu didunia dan akhirat"
Nah saya terkedu masa tuh. Maka bermulalah lembaran baru dalam hidupku kisah mencari
Ilmu Ketuhanan maka saya mendatangi guru2 tharikat dan hakikat serta saya berbai'ah
dengan mereka .
Berbagai-bagai ilmu yang saya pelajari macam2 tharikat saya amali demi untuk mendapatkan
Ilmu Ketuhanan itu. Saya pernah pergi bertapa kat bukit sempadan kelantan dan perak
selama berbulan-bulan namun kepuasan masih lagi tidak dapat ku capai....
Aku termenung apakah aku salah dalam pelajaran atau salah bacaan atau salah pegangan
atau salah permahaman aku bingun. Bertahun-tahun hidup menjadi pengamal tharikat inilah
aku yang memang tidak memahami, mencari Tuhan.
Kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya aku dipertemukan Tuhan dengan seorang yang amat-
amat ku sayangi iaitu guru ( bidan ) yang telah membuka jalan bagiku namun pada masa itu
saya tidaklah ingin menerima ilmu ini kerana pada masa itu saya bertemu dengen nya atas
dasar tujuan lain.
Akan tetapi dengan tidak sengaja dia membuka hal ehwal ilmu Ilmu Pengetahuan BBM ini
masa itu saya yang tengah mabuk dan kemaruk ilmu maka tidak berfikir panjang terus
menerima saranan nya.
Selepas itu pulanglah saya kerumah dan membuat latihan walaupun dalam keadaan tidak
tahu apa-apa. Disinilah saya mula menerima ujian dari Allah dan guru saya, kerana selama ini
18
setiap amalan atau ilmu memang ada ayat atau wirid dan jumlah tertentu tapi ilmu ini
sebaliknya.
Setiap saat aku bingun g amalan GERAK aku amalkan namun apa yang aku dapat
bingung....saya hampir2 gila kerana ujian ini bidan saya hanya senyum. Saya pernah tinggal
dikuburan selama 3 bulan demi memohon pertunjuk Tuhan atas ilmu ini.
Tanpa ada buku rujukkan bidan palak uji macam2. Selepas pada itu saya dapati ada
perubahan pada diri saya. Saya yang cacat ini rasa bersyukur pada Tuhan kesihatan menjadi
semakin baik.
Selepas 10 tahun barulah saya memahami arti sebenar ilmu ini dan ianya memang banyak
beza dengan ilmu2 yang ada yang pernah saya pelajari. Maka dengan ini saya bersyukur
kerana dapat mengubah keadaan badan diri ini dengan apa yang ada ini. Nikmat yangku
dapati sudah lebih dari cukup, namun aku tidak pernah puas dengan yang ada ini kerana
GERAK inilah rahsianya,,,
Gerak yang membawaku bersertanya. Aku kini terus bergerak, pengakuan demi pengakuan
kini aku dapat pengakuan nya. Hidupku tenang, rezki mendatang, tenaga pun pulih tidak
penat, amal ibadat pun rasa mudah. Banyak yang dapat aku berbuat dengn gerak.....terima
kasih bapak.
Dimanakah aku diwaktu itu, satu dan bersatu, apakah yang SATU, siapakah yang BERSATU
Adakah itu sekadar bahasa atau ungkapan biasa atau kiasan atau ianya mimpi2 atau ilmu
sahaja maka fikir-fikirkanlah.
19
ALIF=Tuhan=Pangkat Tertinggi
LAM=Ketuhanan=Darjat
LAM=Kerasulan=Martabat
KHO=Kehambaan=Pengakuan
R=Rahsia Ketuhanan
O=Otak@Minda
H=Hidup Menghidupkan
D=Deria
I=Ingatan
R=Rasa
I=Ittibar
Suatu saat nanti akan sampai kepadamu suatu zaman iaitu Zaman Fitnah yang mana pada
masa itu kamu semua keliru seumpama diwaktu malam yang kelam gelap gelita. Maka
dimasa itu orang yang ada didalam hati nya Nur Keimanan akan terselamat dari fitnah itu.
Antara fitnah2 itu adalah..
Inilah antara kerosakan dan fitnah yg berlaku pada zaman ini. Maka hati-hatilah olehmu akan
dakyah dan fahaman2 sakular,,,mazhab pulak brbagai-bagai, fahaman palak bermacam-
macam..hati-hatilah. Islam sekarang telah ternoda oleh fahaman kapitalis dan sosialis serta
berbagai-bagai lagi.
Oleh itu...ikutilah jalan yang benar iaitu jalan pembawakan Tuhan padamu.
HAKIKAT HURUF...
1-ALIF-awal muhammad
2-BA-bismillah muhammad
3-TA-tak'yan muhammad
4-SA-syaktah muhammad
5-JIM-jisim muhammad
6-HA-hayat muhammad
7-KHA-khalaq muhammad
8-DAL-daim muhammad
9-ZA-zat muhammad
10-RO-rahmat muhammad
11-ZAI-zam zam muhammad
12-SIM-saat muhammad
13-SYIM-syukur muhammad
14-SHOD-sabar muhammad
15-DHOD-dhomir muhammad
16-THO-taat muhammad
17-ZHO-zhohir muhammad
18-AING-ainu yakin muhammad
19-GHAIN-ghina ul mutlak muhammad
20-FA-fakir muhammad
21-QHOF-qodir muhammad
22-KHAF-kabir muhammad
23-LAM-latif muhammad
24-MIM-maqom muhammad
25-NUN-nur muhammad
26-WAU-wahid muhammad
21
27-QHO-hapus@fana muhammad
28-LAM ALIF-lahut muhammad
29-HAMZAH-amin muhammad
30-YA-ya mutakallim wahdah muhammad.
Inilah ittibar makna hakikat bagi hurufiah maknanya semua huruf inilah yang melengkapkan
ayat Al-Quran menjadi 6 ribu lebih ayatnya.
Maka kalau kita perhatikan baik2 pada siapakah ianya tertakluk tentunya pada Muhammad
iaitu Hakikat DIRI kita. Bila anda telah memahami hal ini baik2 maka anda telah menemui
raja ayat dan segala rahsianya.
Untuk itu kita tidaklah perlu menyusahkan untuk mengamali ayat2 yang panjang2. Cukuplah
dengan mendudukinya pada Maqom Hakiki iaitu kedudukan awal. Oleh itu gunakanlah apa
yang ada padamu itu, Kuasa dan Kehendak Ilahi, yang melakukan kita tidak menggunakan
fadilat ayat dan doa2 lainnya melainkan doa nya jua penyerahan dan gerak.
Peringatan....
Akan tetapi bagi mereka-mereka yang tidak memahami atau mengikuti jalan ini atau pun
yang ingin mengamali ayat serta doa2 maka itu perkara sunnah ataupun hal kebaikan
namanya. Bukan saya menolak akan tatacara pengamalan ayat dan doa. Ini adalah tapsiran
mengikut hakikat perjalanan dalaman Rahsia Ilahi.
Mereka mengatakan yang baik itu dr Tuhan mereka yg tidak baik itu datang dari diri mereka
sendiri..katakanlah kedua2nya dari Tuhan.
Kalau kita hendak megentahui akan hal ini iaitu siapakah yang melakukan kejahatan
sedangkan segala sesuatu itu tuhan yang menjadikan dan ada yang mengatakan segala-gala
af'al nya walau baik maupun jahat,baiklah kita akan menghuraikan akan kekusutan ini,untuk
itu kita perlu kembali kepada kejadian asal iaitu ROH.
Apabila roh masuk kedalam badan maka ianya telah menjadi diri,walaupun asalnya roh itu
suci namun apabila roh itu menerima badan maka ia mula bersatu dgn jasad maka pada
jasadlah ianya berubah segalanya iaitu keadaan asal iaitu titik menjadi diri,,suci menjadi
kotor,bebas kini terkurung dll,baiklah kenapa saya mengatakan dulu suci kini kotor kerana
ianya telah mampat pada jasad kerana jasad itu terjadinya dari air yang berhadas maka jasad
ini adalah hadas pada asal kejadiannya sebab itu kita perlu bersihkan mandi dan
22
sebagainya,berbalik pada hal ini apabila ia kotor maka segala yang hidup pada nya akan turut
bercampur dgn kekotoran itu yang jelasnya adalah 3 perkara iaitu..
1-akal
2-hati
3-perbuatan
Apabila ia sebati dgn jasad maka akan lahirlah perbuatan jahat maka setan akan mengoda
setiap yg berjasad kerana dendamnya pada adam,oleh itu walaupun tuhan mencipta manusia
dengan sempurna tidaklah ia merujuk kepada umumnya akan tetapi ia meujuk kepada
penciptaan keadaan manusia ia cukup dengan kelengkapan akal dan nafsu dan kemulian yang
ada padanya iaitu sirullah.
Pada kedudukan pula aku yang berdiri pada badan namanya insan=perbuatannya bercampur.
bila ia sampai dan fana serta baqa pada martabat ketuhanan dan bersatu dgn yg satu maka
segala amal perbuatannya akan murni.
suatu contoh..
Sebelum anda melakukan gerak apa yang anda buat dan bagaimana gerak anda dimasa
itu,tangan kaki hati dan minda serta diri pasti tidak terurus dan berbagai hal yg berlaku.
akan tetapi semasa anda melakukan gerak adakah perbuatan yg tidak baik berlaku,adakah
gerak anda itu bangun dan lompat turun tingkap,gerak belasah org,gerak lainnya tentunya
tidak bukan,yg pasti itu dalil perbuatan sempurna yang suci dan perbuatan yang kotor dan
keji,,yang pasti tahu dan sedar akan keadaan ini.
nah baik dan jahat itu dari tuhan jua utk memilih antara intan dan kaca.
Jika kau tahu akan konteks kefahaman mendudukkan AKU pada tempatnya pasti
kau akan merasa bahagia dan senang segala urusanmu. Mendudukkan AKU pada
23
tempatnya adalah ia terbahagi kepada beberapa martabat yang mulia dan ianya
perlu kau fahami secara khusus dan mendalam…Kedudukan itu adalah…
Oleh itu jika kau tahu meletakkan serta mendudukkan aku pada tempatnya pasti
kau akan sampai dan dapat menemuiNya serta kau akan senang dan
menyenangkan hidupmu. AKU yang perlu duduk pada tempatnya secara
sempurna demi menyempurnakan akan segala kehidupan ini samada didunia
mahupun diakhirat.
Didalam ilmu ini ada beberapa hal yang kau telah tahu namun perlu kau
mendalaminya dan mendudukkinya iaitu gerak-gerak yang berlaku padamu
antaranya….
GERAK ALLAH
GERAK hamba
Untuk kau mendapatkan sesuatu dan mentadbir alam ini dengan cara mudah iaitu
jalan kebenaran dan jalan kenikmatan diredhoi dan tidak dimurkai maka
gunakanlah ataupun dudukilah pada gerak ALLAH semata-mata.
Apabila kau sedar pada keadaan gerak itu akan gerakmu maka kau telah
menduduki pada gerakmu sendiri maknanya kau telah mentauhidkan ini gerakku.
-AKU-Allah
-aku-ujudullah(nurullah)
-DIRIku-sifatullah(nur Muhammad)
24
Badanku-adam(jasad)-hamba.
amalan scan@mukasyafah.
1-password
Ayah Di Pakngah
kenalilah tenaga-tenaga yang ada diluar badan dirimu dan kuasailah ia agar kau dapat
memilikinya. segala tenaga itu dapat kau kuasai jika kau tahu akan tenaga itu.kekuatan
yg kita ada ini mampu menguasai tenaga-tenaga itu.kaedahnya tafakkur dan fokus
pada benda yg kita mahukan itu,maka ia akan menimbulkan tenaga-tenaga lalu kau
perlu hayati dan resapi dengan batinmu iaitu tenagamu perlu menangkap akan tenaga2
itu.dalam sedikit masa saja kau akan mendapat berita baik jika tenaga itu kau telah
kuasai.
Ayah Di Pakngah
untuk rezeki..
1-password
2-doa...
ya allah kurniakanlah rezeki(atau lainnya) kepada hamba, jika yang berada didasar laut
mohon engkau timbulkan,jika didalam bumi engkau naikkan,yang diatas engkau
turunkan,yg jauh engkau dekatkan,yg sedikit engkau lebihkan,yg kurang engkau
berkatkan,,,engkaulah yg maha kuasa atas segala-galanya.barang diminta biar
25
peringatan.
tumpukan perhatian pada kekuatan tenaga2 alam dan resapilah dgn penghayatan
mu.tenangkan dirimu,minda perlu fokus pada titik yg satu iaitu niat yg satu.
guna gerak atau tafakkur biasa...kalau tafakkur biasa stabailkanpenafasan iaitu nafas
masuk dan keluar perlu seimbang.pejam mata dan buatlah penyerahan yang
total...pasti kita akan dapat mnguasai tenaga2 luar utk badan diri.
PN…. kalau nk cari modal untuk rezki kita perlu guna tenaga nurilahi atau qudratullah
untuk menguasai yg luar..itulah pesan bapa kuasa menguasai
OA… caranya sama dgn cara GERAK ke PN..cuma nak mulakan dgn doa yg khusus ke ?
PN… caranya tafakkur jgk gerak pun blh...nanti saya pust kan cara2nya moga2 kita
semua mendapat manfaatnya. inilah kaedah untuk tarik rezeki bagi kesenangan hidup
diluar kat dalam dah dapat
Ayah Di Pakngah
1-tanah
2-air
3-api
4-angin
5-suria
6-candra
7-kartika
8-samirana
kalau kita nak kuasainya perlu banyakkan tafakkur.dan serapkan pada dirimu..tetapi
awas...serapkan zat yg murni sahaja,kerana kalau salah serapkan nanti bahaya pada
kita.dalam hawaa'un ada berbagai-bagai zat atau tenaga yg melulu.
SM… tok ayah, suria candra kartika dan samirana tu tenaga yg mcmana?
Dengan melihat saja belum bererti telah mengenalnya, akan tetapi dengan mengenalnya
mungkin dengan pengertian engkau telah melihatnya lebih dahulu, setelah itu baru engkau
dapat mengenalnya.
Dan sekarang timbul pertanyaan apa yang telah engkau lihat itu? Iaitu samakah dasarnya
engkau yang mengadap ke kaca dengan orang yang timbul dari kaca? Pertanyaan ini sudah
tentu ditujukan kepada seseorang yang mahu mengerti dan mahu mengetahui dan mengenal
akan dirinya sendiri? kata-kata dari BBM tentang mengenal diri
NAZ...apa bila rasa yang terasa itu telah berkembang..disitulah berlakunya kemukakan diri
itu..hehehe..sebab tu lah BBM sebut jangan sampai hilang rasa tu..apa bila bertafakur.. kalau
hilang maka lupalah kita pada diri kita..nanti takut kemasukan lah pulak..
OA...tq bos ...saya tahu bos amalkan ini dlm cari rezeki..sharelah caranya dgn kami semua boleh
ke ?...demi Ilmu BBM..
NAZ...Oleh kerana aku mahu mengerti dan mahu mengetahui dan mahu mengenal akan diri
yang sebenarnya diri dan yang akan menjadi pendirianku pula, maka aku akan mengatakan
bahawa dasarnya yang sebenarnya, adalah tidak sama.
Kalau dasar dari yang berkaca, kuketahui tadinya air titisan dari ibu bapa dan sebelumnya,
tanah (ingat akan kejadian nenek-moyang kita, manusia yang pertama), maka dasarnya dari
orang yang timbul dari kaca itu hanya sebagai perumpamaan saja. Kasarnya disebut kaca. Bagi
yang mahu mengerti akan tujuannya yang sebenarnya, halusnya iaitu cahaya dan kalau
diperdalam lagi, maka aku mengatakan dasar yang sebenarnya ialah nur.
Dan untuk keseluruhannya (iaitu yang meliputi badan diri kita) menjadikan apa yang dinamakan
orang ‘rohani’ iaitu perkembangan dari kata asal ‘roh.’ jawapa yang kita bincang kan tadi BBM
dah jelaskan mengapa kita kena kenal denga orang yang timbul dari kaca itu
NAZ...bab itu bukan lah saya tak nak share bang..saya pun tak tahu..sebab pekara itu terjadi
dengan sendirinya..
OA...alahai.......bos guna kunci ke ..mcm mana nak guna kunci tu ajarlah kami...
NAZ...kuncinya adalah ketenangan bang..insahallah kalau kita tenang reziki mendatang dengan
tenteram je hehehe.. semuannya macam diatur-atur oleh yang maha pengatur Itulah
pengalamannya..
OA...cara nak tenang ...tu macam mana bos..ajarkan kami semua disini...
TM...sbb ramai hendak tahu tapi tak pandai bertanya itulah tujuan Abg Omar, Azman
NAZ...kita balik pada soalan tadi..cara nak tenang macam mana..bacalah buku BBM didalam
buku diri yang ku kenal tu..kalau tak silap muka surat 16 BBM telah jelaskan untuk kita duduk
didalam keadaan tenang tu..kalau buku petikan lama muka surat 10.. Air hampir makanan
murah, kalau dah kenal sama la tu....hehehe Demikian bayangan rezeki yang mendatang
OA...oh..kalau tenang yang itu saya fahamlah bos..jadi keadaan TENANG sebegini perlulah kita
amalkan setiap detik dan ketika....itu yang bos maksudkan barangkali..betul ke bos ?
Naz...yang tadi tu sebenarnya kata BBM apa bila aku kemuka.. ya betul tu bang.. boleh saya
bertanya pula..
NAZ...sebenarnya apa yang kita faham tentang yang kita baca mengenai buku2 BBM tu..
OA...pulak.....abg melihatnya dari segi apa objektif bapak menulis dan mengajar ilmunya
keseluruh nusantara dengan penuh susah payah..Kalau nak sebarkan ilmu agama ..bapak pula
kata ilmunya bukan ilmu agama..Jadi nape-lah bapak susah payahkan dirinya ....itu yang
bermain dikepala abg ..agak lama juga dah...nanti sambung..panjang ni ..
NAZ...Aku buta pada kenyataan dan engkau ada mata untuk melihat, akan tetapi padaku ada
jalan untuk pencapai tujuan. Jadikanlah jalanku itu menjadi jalanmu dan jadi jalan kita bersama,
engkau dan Aku. Dan dalam segala tindak-tanduk, Aku di muka atau kemukakan Aku. Engkau di
luar Aku di dalam. Kenyataanku ada padamu dan padakulah letaknya rahsiamu. Akulah ilmumu;
ilmu aku-mengakui sampai mendapat pengakuan. kata2 BBM yang bersangkut paut dengan
perbincangan kita tadi
28
OA...kalau untuk kepentingannya barangkali bapak wajar puas hati sebab dengan menulis buku
DIRI YANG KU-K ENAL ( DYKK ) ..beliau dianugerahkan PhD dan bergelar doktor...Bapak sangat
berhati mulia dan amat sayang akan bangsa seagamanya yakni melayu nusantara yang ketika
itu..( dan sekarang juga ) amat dhaif kehidupannya..berbanding bangsa pendatang..mengikut
bapak puncanya ialah SALAH MENJALANI KEHIDUPAN...
NAZ...sebenarnya bergini bang..apa yang BBM tulis itu adalah atas dasar pengalaman
beliau..untuk di pisahkan sampai dapat kita memahami..BBM menunjukkan kaedah2 cara
faham beliau tentang Ketuhanan..jadi sesiapa yang dah lalu pengalaman2 yang beliau sebutkan
itu barulah meraka2 percaya..benar atau tidak pekara yang BBM ceritakan mengenai
pengalaman bertuhan dalam erti kata sebenar tu..
OA..kerana bergantung pada barang mati ..dan bukan kepada YANG HIDUP...
OA....Yang MATI disini pada bapak ialah BADAN manakala YANG HIDUP bapak kata AKU..pada
kita Yangg Hidup & Menghidupkan itu NYAWA-lah...Satu lagi kesilapan Melayu Islam ialah..tidak
faham akan Ilmu Ketuhanan sebenarnya..Walaupun bapak tak sebut tetapi itulah yang saya
fahamkan bos...Ini adalah kerana Ilmu Ketuhanan tentunya bertumpu pada ZAT YG Maha
Perkasa itu ..melayu islam walaupun muslim tidak tahu akan ilmu ini..dan bergantung
sepenuhnya pada tenaga luar dan SINIS bapak yang dahsyat ialah melayu cakap tak serupa
BIKIN...
TM..tapi tak tahu bahawa DIRI NYA SENDIRI YANG BERPANGKAT KETUHANAN..Ini lah yg saya di
fahamkan
OA..orang melayu islam juga ..sering BERDOA..dan meminta pada Allah tetapi tidak tahu
KEMANA DOA diarahkan sebab TAKUT disalahkan ..mengatakan Tuhan itu bertempat ...PERLI
bapak yang paling menghiris hati sanubari saya ialah...apa lagi yang kamu pinta pada Tuhan
sedangkan apa yang kamu pinta itu telah dianugerahkan Allah kepadamu sebelum kamu
29
TM..Asyik meminta2 di luar drp diri nya sendiri dan bukan drp yg lebih hampir drp urat leher
nya sendiri. Setiap kali berdoa mengankat tangan dan mata pandang keatas seolah2 Tuhan tu
sangat jauh di atas langit
OA..Soalnya...kenapa MODAL itu sudah diberikan tetapi hasilnya...atau kesan modal itu tidak
..jelas ..Tok Mat dah sebut diatas..sebab DIA TERKURUNG..modal dalam PETI BESI..yang ada
adalah pancarannya yang hanya SESUAI UNTUK HIDUP je... bukan UNTUK HIDUP
BAHAGIA...jika nak hidup BAHAGIA kena ambil modal dari PETI BESI itulah...BEBASKAN MODAL
YG HEBAT itu ????????!!!!!! Itulah kepakaran BOS..BUKA PETI BESI biar MODAL boleh diguna
kita sebut BUKA JALAN..saya nak sebut BUKA MODAL...
TM...Berbual lah sendiri di antara ENGKAU DAN AKU Yang Memberi dan Menerima
NAZ..maksud BBM sering-seringlah berdailog dengan diri sendiri.. ia-ini diri yang sebenar diri
itu.. Sebab kita tidak berani mengaku bahawa AKU YANG BENAR, olih kerana kita sudah hanyut
terbawa bawa agama penyembahan sembah menyembah DIA MEMPERSEMBAHKAN DAN KITA
PERSEMBAHAN DIA dan bukan sembah menyembah
TM..MAKA BUAT LAH DIA AKAN PD DIRI SENDIRI DISINI TIADA HAMBA LAGIMAAFKAN SAYA
YER......HENDAK NAFIKAN APA LAGI BENDA SUDAH MATI
NAZ....AKU itu raja dalam keadaan hamba TM..kerana dia sesuatu dari yang satu..
OA....Sekarang ..MODAL sudah ADA dan kiata BEBAS gunakannya..soalannya sekrang CAMNO
NAK GUNA..bapak perli kita lagi dengan SINDIRAN TAJAM dalam bentuk pertanyaan..SIAPA AKU
, DIMANA AKU , MAHU KEMANA AKU ????? wow dahsyat pertanyaan bapak ini bagi mereka yg
30
sensitif dan mahu BERFIKIR...bapak perli lagi GUNAKAN OTAKMU....dia raja kepada alam atau
kerajaan nya sendiri sahaja yaini badan..
OA...wah saya nak sambung..bos pulak dah bagi jawapannya..ya... AKU itu RAJA dan AKU itu
juga HAMBA....pelik ni sebab BERANTAKAN bagaimana pula siRAJA boleh jadi HAMBA
pula...bapak perli kita lagi..kata bapak DIA-lah YG MEMBERI dan DIA jugalah YG MENERIMA...YG
MEMBERI RAJA ..yg menerima ialah hamba...
TM...Dimana ada HAMBA disini melainkan hanya alat sahaja alat yg tidak tahu membantah
NAZ...pada badan AKU raja pada dia AKU hamba,,kalu AKU tu dia cubalah buat anak ayam
hehehe..
OA...bagaimana mahu memaham kan perkara ini ?..senang je belajarlah ILMU KETUHANAN dan
LIHAT-lah ILMU BBM dari segi ILMU MERTABAT TUJUH yakni MAKSUD dan Alam Alam
PENTAJALLIAN dan TAUHID TERTINGGI YAKNI LA MAUJUDA ILLALLAH yang Wujud Hanya-lah
Allah..INILAH MAKSUD SEBENAR KALIMAH TAUHID...La Ilaha Illalah..Lah ( Tiada ) Ilaha (
Nyata ) Illa ( hanya ) Allah..Itulah sebab bapak kata ILMUBBM ialah ILMU SYAHADAH...
TM...hanya angan2 dan hayalan ujudnya kehambaan ..tidak lain tidak bukan hanya sifat
menduakan sahaja
NAZ...ingat saudara-saudarku rahsianya telah menjadi rahsiaku....APA ITU SIRR SIRR adalah
istilah bahasa ARAB dan ia nya bukan rahsia maksud nya...nanti mendatangkan fitnah..
OA...Belum habis ni ampunkan aku Ya AKU....dah ada modal macam mana nak guna modal..dah
tahu dah seperti saya katakan diatas tadi RAJA =MEMBERI ..raja maksudnya Maha
KUASA...hamba menerima ..maknanya lemah..apa yang hamba nak terima ?????
OA...dan sdra Azman kata RAJA = HAMBA ..hujahnya sebab IANYA adalah YANG TUNGGAL ESA
itu apkah YANG TUNGGAL & ESA..jawablah.. sendiri..jadi bagimanakah penjelasan bapak akan
hal ini......bapak kata DUDUKKAN IA DITEMPATNYA....DUDUKKAN IA PADA MAQAMNYA
BERBAHAGIALAH orang yang TAHU MENDUDUKKAN-nya....
TM...Maha Tunggal akan Ke Esaan ZAT DIA. Tunggal tentang pembatasan sifat nya yang ada
pada benda yang mati tadi
TM...ini dinamakan TEMPAT ...Mustahil ZAT bertempat melainkan menyatakan sifat2 yang
terhad menurut ciptaan nya mati tadi...saya all out hari ini ...Ini diri pribadi sifat ketuhanan
kepada ZAT NYA YG ESA...mana ada hamba disini
OA....MENDUDUKKAN PADA TEMPATNYA ..apa maksudnya ..dan macam mana nak BUAT..cakap
je tak jadi apa apa pun...setakat cakap je-lah....RAJA itu TUHAN ..MakamNya
KETUHANAN...hamba itu rakyat makamnya dibawahlah tukang menerima ...untuk menerima
sihamba kenalah SEBUTKAN apa yang dia MAHU dan sihamba kenalah MEMINTA pada
RAJA...kalau tidak minta RAJA tahu ..tetapi RAJA tidak BERKENAN sebab pada RAJA hamba kena
merayu dan meminta..sedangkan RAJA itu besifat Ar-RAHMAN & AR-RAHIM..kenalah minta
..permintaan inilah saya nak saya sebut sebagai DOA sihamba yakni DESTINASI PERJALANAN....
TM...Katakan lah Ya Muhammad, Tuhan itu Esa. Ayat ini mengatakan kpd sifat nya yg terpuji
TM...Hee..Hee...dah penat Azman..lain kali saja lah...salah seorang darapada kita mesti ambil
sikap membangkang jika hendak memajukan pengetahuan...Hee...Hee...
OA...Pendekkan sikit ya...dimana RAJA sekarang ini ..dia hamba sedang menaip..RAJA tak -kan
menaip sebab dia RAJA....kita bermula DI-SINI yakni sebagai hamba...kita mulakan dengan
menyatakan DESTINASI kita yakni DOA yaitu permintaan dan rayuan agar Raja perkenankan (
makbulkan )...Ya Raja aku mahu duit yang banyak....Raja yang sekarang duduk pada makam
hamba senyum je... baiklah hamba jika mahu ditunaikan AKU ...KENALAH TUKAR PAKAIAN
ku..bukankah AKU ini Rajamu YANG KELUAR DARI ISTANA MENYAMAR SEBAGAI hamba (
pengemis )..Nak tukar pakaian RAJA kenalah aku NAIK ke ISTANAKU...Istana Ku berada di Alam
Lahut...NAIK KE-ISTANA ALAM LAHUT inilah disebut sebagai MIKRAJ....jom mari kita MIKRAj
wahai saudara ahli GAS semuanya..kita NAIK..ke Alam Lahut ..yakni Alam ASAL kita yakni ...Alam
Ketuhanan...
TM...Enjin motor lah yANg penat..atau pun dinamakan Jentera untuk DIA ..Jentera DIA yANg
menaip...Bukan kah kita adalah produk DIA ..mcm juga COMPUTER ...semua chip dan memory
ada di dalam
OA...Yang MIKRAJ ..Baginda Rasul ...kita sebagai Umat Muhammad je ..mana boleh Mikraj...kita
tak boleh guna istilah khas untuk Nabi kita ...kena nak guna istilah biasa je yakni NAIK
KEATAS...Nabi Mikraj KENDERAANNYA ialah BURAQ...kita NAIK ...KENDRAAN kita ialah GERAK -
TAFAKUR DR BAGINDO MUCHTAR...
NAZ...perkataan naik itu janganlah disalah ertikan tuan2,,maksdnya renunglah kedalam badan
diri masing2..dengan menumpukan rasa yang terasa itu..nanti ada pulak yang menunggu
kenderaan untuk naik hehehe..
OA....Baiklah kita pun BERGERAK ..dengan DIRI.. kita yakni RASA..yakinlah kita akan sampai
kedestinasi kita yakni ALAM LAHUT. Nape yakin begitu ? ..sebab bukan kita yang BERGERAK
NAIK tetapi AKU kita...kita badan jadi pelakun je..dan terima signal signal je seperti rasa rasa
dihujung jari dan seluruh badan itu,,,indication je tu...AKU yang NAIK bertukar kepakaian
RAJANYA dan hanya si RAJA yang BOLEH BERKATA KUN yakni JADILAH manakala sihamba
kenalah sahkan dengan berkata sudah nyata wahai tuanku terima kasih ..ini istilahnya
FAYAKUN.
Apabila RAJA TURUN sebelum bertukar pakaian maka dibawanyalah apa yang diminta oleh si-
hamba tadi dalam kes ini duit yang banyak...tetapi duit itu dari Alam Ghaib..tak nampak dan
belum boleh digunakan..oleh sihamba ( badan yang bernyawa= manusia ) maka kenalah disebut
KUN dan disambut dengan FAYAKUN dulu...
INILAH SATU SATUNYUA ILMU YANG PERNAH SAYA TEMUI YANG MENGAJAR KITA TENTANG
APPLIKASI KUN FAYAKUN...Ilmu yang Dikasihi Bapak Dr Bagindo Muchtar..belum ada Ilmu
seperti ini yang saya temui wahai sdra sdraku semuanya...BELUM ADA... UNTUK duit Yang
Ghaib itu menjadi nyata maka KUNCI WASIAT PERLULAH DIGUNAKAN...kunci ALIF LAM
MIM....ada kaedahnya ..ada caranya..ada tertibnya..pelajarilah dulu ya kawan kawan..
Maaf berbanyak dan ampunkan saya jika pemahaman saya tentang Ilmu BBM tidak sama
dengan pemahaman sdra semua.
TM...saya harap semua jangan salah faham yer....dlm perbincangan yang sengaja dia ada2kan
untuk bersama saya mabil di sebelah pembangkang...Hee...hee...
OA..ya itulah yang Allah beri fahaman kepada saya kawan kawan ....entah betul atau tidak
tetapi pada saya itulah yang saya pegang dan amalkan...berkat research saya sendiri dan
bimbingan guru guru saya sdra Norazman Md Diah dan Sdra Rosmaidi Abdullah @ PakNgah
NAZ..saya tak de apa nak komen bang cuma betri dah mula lemah nak kena cas dulu
hehehe..askum
OA...w/salam/..bos maaf ya kalau saya silap..minta dibetulkan ...esok - esok le... GERAK ABADI -
GERAK SEJATI - GERAK BERISI - GERAK SEIMBANG ..PERTEMUAN KIRI & KANAN i.e DUNIA &
AKHIRAT. GERAK AKU bukannya.. gerak aku dan bukannya aku bergerak...