Created by Gptd Unisel

Koleksi Risalah Madani

Risalah Madani (RIMA) adalah e-majalah rasmi terbitan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). "Kearah menjana insan adabi" adalah tema yang diketengahkan sebagai satu misi sidang redaksi melahirkan sebuah kemanusiaan yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi dan menepati ketetapan syarak. Persembahan RIMA berbentuk santai dan menarik sesuai untuk pembaca remaja dan dewasa dalam memahami isu semasa, kemanusiaan, perjuangan, dakwah, kembara, keilmuan dan kebaktian. RIMA diterbitkan pada 15hb setiap bulan dan boleh diakses secara atas talian dan percuma serta boleh dicetak. Semoga dengan penerbitan ini, ada manfaatnya kepada pembaca. Kami mengalu-alukan para pembaca untuk turut menyumbang idea dan penulisan bagi memperkasakan lagi usaha ini. Syarikat atau usahawan dialu-alukan mengiklankan jenama dan produk mereka di sini bagi menyokong usaha melahirkan insan adabi. Editor