MEMPERBAIKI KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN TIGA MELALUI KAEDAH PENULISAN BERPERINGKAT

Ahmad Durani Bin Suip

Mengkaji kesan kaedah penulisan berperingkat dalam memperbaiki kekemasan tulisan dua orang murid Tahun 3 Merah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

• Menurut Sassoon (1993), Guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya dari segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang antara perkataan. • Menurut Norhadi Bin Sarponen (2009), Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis.

Kaedah penulisan berperingkat daripada kaedah ansur maju yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005). • Menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja sebanyak 180 darjah. • Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis • Menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul.

• Pensel dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel. • Melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan selesa • Menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. • Meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. • Mereka dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.

• Murid-murid menulis perkataan secara berulang-ulang dan kemudiannya menulis ayat secara berulang-ulang menggunakan buku penulisan murid yang bergaris tiga. • Memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari semasa ke semasa. • Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis untuk melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid.

KESIMPULAN
• Analisis data mendapati kedua-dua peserta kajian dapat menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas selepas pelaksanaan kaedah penulisan berperingkat. • Mereka juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kekemasan tulisan.

Kemahiran menulis merupakan perkara yang amat penting yang harus dipelajari oleh murid.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful