PENDAHULUAN: Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan”yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

FALSAFAH DAN MATLAMAT
- Matlamat yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan adalah meliputi aspek ekonomi ,politik,sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. - Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Objektif
Wawasan ini merupakan strategi jangka panjang Kearah dasar yang lebih luas.Ianya juga memberi panduan sasaran negara dalam jangkamasa 30 tahun. objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

9 CABARAN 9
(i) Mewujudkan rakyat negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang menjadi contoh kepada banyak negara membangun. (iv)Mewujudkan masyarakat yang bermoral,beretika, kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi; (v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. (vi)Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, (viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi berdaya s dinamik,giat dan berdaya tahan.

Isu-isu yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju:

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. yang bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,keturunan atau warna kulit. (ii) Mengapa tahun 2020 ? Pembangunan era tanpa sempadan dan persaingan pesat 30 tahun. • satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia. • Jangkamasa yang munasabah dan praktikal

SEKIAN TERIMA KASIH