INTEGRASI NASIONAL

INTEGRASI NASIONAL
Dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Fokus utama
Menanam dan memupuk budaya yang beretika dan berintegriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Maksud Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan
Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Objektif Khusus Integrasi Nasional:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; 2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor. 3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti. 4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, 5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21

Pelan Pelaksanaan
Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan.

Komponen terlibat selain kerajaan antaranya ialah….
1.Sektor swasta seperti JK Pengurusan, Dewan Perniagaan dll. 2.Sektor Pendidikan seperti sekolah(unit bimbingan kaunseling, badan beruniform dan sebagainya). 3.Sektor masyarakat seperti Rukun Tetangga, JKKK, Pengurusan masjid serta tempat ibadah yang lain.

STRATEGI
Pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten tentang komitmen mereka melaksanakan Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam kepimpinan negara.
Pembabitan keluarga dan komuniti setempat(pertubuhan wanita,kebajikan masyarakat,RELA, Rukuntetangga,Kelab Sukan dan Perpaduan,Dewan Komuniti dll).