You are on page 1of 11

Kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek pertumbuhan dan perkembangan Fizikal

Ahli kumpulan: Tee Chin Yan Tew Cai Ling Chia Chin Chin Leow Min Hui Juliana Yek Suk Kiong

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.

3. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak


Bergerak merupakan naluri semula jadi setiap kanak-kanak. Cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau dibetulkan apabila remaja kelak. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal.

Penampilan tersebut berupaya menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja (pembentukan diri). Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar.

Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan kepada mereka. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada aspekaspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan sahsiah, pertandingan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan keagamaan.

Remaja dan Dewasa


Zaman remaja dan dewasa merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasantugasan yang diberikan. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik.

Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. kecergasan fizikal membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau kecemasan.

Warga emas
Warga emas mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Perubahan perubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakitpenyakit kerana faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan.

Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penekanan kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Aktiviti pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu.

Terima Kasih!!!