You are on page 1of 13

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

FUNGSI & PERANAN


Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid; Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan; Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolahsekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;

Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara; Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan; Meningkatkan tahap kebajikan guru Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar

Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;

Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa; Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid Meningkatkan kualiti sahsiah muridmurid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.

JEMAAH NAZIR & JAMINAN KUALITI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika

FUNGSI & PERANAN


Pemeriksaan Institusi Pendidikan

Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkan sesuai;AP96, Seksyen 117(b). Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa sesuatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; AP96,Seksyen 117(c).

Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan; AP96,Seksyen 117(d),118, 121, 122.

Bimbingan dan Nasihat Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran;AP96, Seksyen

Penyediaan Laporan

Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu. AP96, Seksyen 120(1).