You are on page 1of 16

Geografi tingkatan 5 PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

Unit 4: Pembandaran

Proses pembandaran
Pembandaran Proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar.
Pertambahan penduduk melalui pertumbuhan semula jadi

Pertambahan penduduk melalui migrasi

PEMBANDARAN

Perluasan kawasan bandar

Perubahan cara hidup penduduk

Hierarki bandar
Hierarki bandar Susunan dan pengelasan bandar dari segi penduduk, keluasan dan kawasan pengaruh.
Megalopolis

Metropolis

Bandar Raya

Bandar

Bandar terancang
*Bandar yang dibina berdasarkan perancangan yang rapi. Bandar Baru Kawasan petempatan bercirikan bandar yang dirancang dan dibangunkan di luar kawasan bandar. Mempunyai pusat tersendiri tanpa perlu bergantung kepada bandar lain. Berkembang disebabkan kegiatan pertanian. Putrajaya berperanan sebagai pusat pentadbiran negara Malaysia.

Bandar Satelit

Terletak di pinggir bandar. Saiz bandar satelit lebih kecil daripada bandar induk. Merupakan bandar cawangan kepada sesebuah bandar induk. Fungsi : perindustrian dan perniagaan Contoh bandar satelit di Malaysia : Petaling Jaya (Selangor) & Senawang (Negeri Sembilan)

Faktor mempengaruhi pembandaran

Ekonomi

Peluang pekerjaan yang banyak akibat perkembangan pelbagai sektor ekonomi. Perkembangan sektor perindustiran. Cth : Kulim(Kedah),Bandar Baru Bangi(Selangor) & Bayan Baru(Pulau Pinang). Kegiatan perniagaan dan perdagangan. Cth bandar pelabuhan : Klang, Pasir Gudang & Kota Kinabalu. Perkhidmatan yang disediakan. Spt : perbankan & insurans.

Sosial
Penyediaan sistem pengangkutan. Spt : lebuh raya & landasan kereta api. Dilengkapi sistem perhubungan. Spt : telefon. Wujud kemudahan pendidikan, khususnya pengajian tinggi.

Governan
Menaik taraf bandar . Cth : Majlis Daerah > Majlis Pembandaran > Majlis Bandar Raya. Dasar ekonomi baru. Agensi kerajaaan dan swasta.

Proses pembandaran di negara sedang membangun

Merujuk kepada negara yang sedang mengalami proses pembangunan ke arah negara maju. Spt : Brazil, India & Malaysia. Menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud di bandar tidak mencukupi untuk penduduknya. Sektor ekonomi seperti perindustrian menyebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Pengangguran = Masalah serius yang berlaku akibat pembandaran di negara sedang membangun. Penghijrahan penduduk menyebabkan masalah setinggan. Kemiskinan dan suasana hidup tidak sempurna di kawasan setinggan memudahkan berlakunya perebakan penyakit. Spt : taun & malaria.

Pertambahan bilangan kenderaan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Pencemaran udara juga berlaku akibat pelepasan gas-gas toksik ke udara daripada kenderaan bermotor dan kilang.

Proses pembandaran di negara maju

Merujuk kepada negara yang telah mencapai kemajuan yang pesat dalam sektor pembuatan. Spt : Amerika Syarikat, Britain & Jepun. Berlaku pada kadar yang perlahan. Tidak tertumpu di bandar besar sahaja, tetapi turut berlaku di bandar-bandar kecil. Berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Pembinaan kilang-kilang perindustrian berlaku dengan pesat mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Berlaku dengan lebih teratur dan terkawal kerana di rancang rapi.

Inovasi teknologi membawa kepada pertumbuhan sektor perkilangan, perdagangan dan perkhidmatan yang lebih teratur. Meningkatan kualiti hidup. Kebanyak penduduk bandar bekerja dalam sektor perindustrian yang menawarkan kadar upah yang tinggi. Pelbagai kemudahan asas. Spt : bekalan air.elektrik & telefon awam disediakan untuk keselesaan penduduk bandar.

Kesan pembandaran
i.

Landskap
Pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Cth: Menara Berkembar Petronas & Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) dan Hiland Park (Kolkata). Mempunyai banyak bangunan bersejarah. Cth: Muzium Nagara & Bangunan Sultan Abul Samad(Kuala Lumpur), Fort William & Victoria Memorial(Kolkata) dan Graumans Chinese Theatre & The Hollywood Walk of Fame(Los Angeles). Pusat beli-belah. Pembinaan jaringan jalan pengangkutan.

ii.

Pencemaran Alam Sekitar


Kegiatan pembuatan dan pembinaan menyebabkan pencemaran. Pelepasan gas-gas beracun. Spt: karbon monoksida & nitrogen dioksida. Pencemaran ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Pencemaran air juga berlaku akibat pembandaran yang pesat di sesuatu kawasan. Bahan beracun yang dialirkan ke dalam sungai boleh mengancam hidupan air. Pencemaran bunyi boleh menjejaskan kelesesaan hidup penduduk. Pengaliran air ter sekat, menyebabkan banjir kilat yang memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa.

iii.

Sosioekonomi
Membolehkan penduduk memperoleh pendapatan yang tinggi. Lebih banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Menimbulkan masalah pengangguran yang serius. Perkembangan perniagaan. Kualiti hidup yang lebih tinggi. Kemudahan asas disediakan unutk keselesaan penduduk.

Masalah pembandaran dan langkah mengatasinya

i.

Masalah Banjir :
Memperbaiki sistem perparitan. Membuat perancangan yang rapi. Penguatkuasaan undang-undang.

ii.

Peningkatan Suhu :
Mewujudkan kawasan hijau. Spt: menanam pokok-pokok ditepi jalan.

iii.

Masalah Pengangguran :
Mewujudkan peluang pekerjaan.

iv.

Kesesakan Lalu Lintas :


Pembinaan jalan pengangkutan yang cekap.

v.

Kadar Pencemaran Udara & Bunyi di Tokyo


Memperkenalkan sistem pengangkutan yang menggunakan tenaga elektrik.

You might also like