You are on page 1of 23

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAKKANAK

DISEDIAKAN OLEH : HASMIDAR SAWI


1

?
KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAKKANAK

?
PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Konsep Pertumbuhan
Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam
bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).

Pertumbuhan ialah :

Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.) Iaitu perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada tulang, otot, kelenjar, sistem saraf dan semua organ-organ yang lain dalam badan sehingga mencapai kematangan.

Konsep Perkembangan
Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.

Perkembangan ialah :
Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat. Iaitu proses berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan, kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga matang.

Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan


Aspek Jasmani Pertumbuhan Pertumbuhan saiz, berat, gigi Perkembangan Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis Perasaan seronok, gembira, Kemahiran mengawal sedih , takut perasaan dalam situasi tertentu Meluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin komunikasi, bergaul dengan dan sesuaikan diri dalam 7 orang lain pergaulan

Mental

Emosi

Sosial

Diana Baumrind Jean Piaget

Ahli Teori : Perubahan tingkah laku Kanak-kanak

Arnold Lucuis Gesell

Perkembangan Fizikal

Perkembangan Afektif dan Psikologi

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanakkanak Terbahagi Kepada 4 :

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Sosial

Perkembangan Fizikal
Perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Ini merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks.

10

Perkembangan Kognitif
Menurut Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan dalam penulisan buku beliau, Pengantar Psikologi, perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek manusia. Dalam kata lainnya, proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah di samping memahami dan menganalisa masalah tersebut.

11

Perkembangan Afektif dan Psikologi


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak membincangkan perkembangan emosi ialah aspek kemahiran mengurus dan mengawal emosi. Ia melibatkan keupayaan dan kebolehan kanak-kanak bergaul , berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka.

12

Perkembangan Sosial
Aspek perkembangan sosial pula menurut buku Perkembangan Kanak-kanak membincangkan kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang lain, membentuk persahabatan dan ikatan.

13

Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan


Terdapat 7 prinsip-prinsip utama seperti mana telah digariskan oleh Ruffin (2001) : 1) Perkembangan Berlangsung Dari kepala Ke Bawah. 2) Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke Bahagian Luar. 3) Perkembangan Bergantung Pada Kematangan Dan Pembelajaran. 4) Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (Konkrit) Kepada Yang Lebih Kompleks. 5) Tumbesaran Dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusan. 6) Tumbesaran Dan Perkembangan Berlangsung Daripada Umum Ke Spesifik. 7) Kadar Tumbesaran Dan Perkembangan Tersendiri.
14

Perkembangan Berlangsung Dari Kepala Ke Bawah


Kanak-kanak bermula mengawal diri mulai dari kepala, kemudian tangan dan kemudian kaki. Bayi berkembang bermula dengan kawalan di bahagian kepala, kemudian kawalan di bahagian tangan di mana mereka mempelajari untuk memegang objek-objek. Kemudian mereka akan membina kekuatan dan kawalan pada bahagaian kaki dan bermula merangkak, berdiri atau berjalan.

15

Perkembangan Berlangsung Dari Tengah Badan Ke Bahagian Luar


Saraf tunjang berkembang dahulu daripada bahagianbahagian badan yang lain. Bahagian lengan kanak-kanak berkembang dahulu daripada bahagian telapak tangan dan bahagian tangan dan kaki berkembang dahulu daripada jari-jari.

16

Perkembangan Bergantung Pada Kematangan Dan Pembelajaran


Kanak-kanak akan bertambah baik dalam pemikiran (kognitif) dan kemahiran psikomotor (fizikal) mereka apabila otak dan sistem saraf berkembang dengan pembelajaran baru yang berterusan daripada persekitaran. Kanak-kanak mesti matang ke satu tahap tertentu sebelum mereka dapat kemahiran baru. Contohnya seorang bayi empat bulan tidak boleh berbahasa kerana sel-sel otak bayi untuk bahasa belum matang lagi.

17

Perkembangan Berlangsung Daripada Mudah (Konkrit) Kepada Yang Lebih Kompleks


Kanak-kanak hanya boleh memahami contoh-contoh konkrit semasa awal zaman kanak-kanak dan mereka hanya memahami konsep-konsep yang abstrak dan kompleks apabila mencapai zaman keremajaan. Kanak-kanak menggunakan kemahiran kognitif dan bahasa yang mudah dalam zaman awal kanak-kanak untuk memberi sebab-musabah dan menyelesaikan masalah.

18

Tumbesaran dan Perkembangan Adalah Satu Proses Yang Berterusan


Kanak-kanak membina pengetahuan dan kemahirankemahiran baru berdasarkan apa yang mereka telah ketahui atau peroleh iaitu berdasarkan pengetahuan yang lalu seperti blok binaan, kanak-kanak membina dan mengumpul pengetahuan beransur-ansur, sedikit demi sedikit.

19

Tumbesaran Dan Perkembangan Berlangsung Daripada Umum Ke Spesifik


Kanak-kanak sudah boleh menggenggam objek dengan keseluruhan tangan barulah mereka boleh belajar mengguna ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Tumbesaran berlaku daripada pergerakan otot besar kepada pergerakan otot yang lebih seni (kecil).

20

Kadar Tumbesaran Dan Perkembangan Tersendiri


Setiap kanak-kanak berbeza dan kadar tumbesaran mereka berbeza-beza. Terdapat satu julat umur peringkat tumbesaran bagi setiap kanak-kanak. Contohnya perkembangan intelek seseorang kanak-kanak mungkin maju lebih cepat daripada perkembangan emosi dan sosialnya.

21

Kesimpulan
Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak di pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru. Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring. Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh persekitaran. Jika baik persekitaran yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik.

22

SEKIAN, TERIMA KASIH

23