Moz@c

OBJEKTIF
Mengetahui konsep dan peranan kata tugas dalam item pentaksiran Memahami kata tugas yang berkaitan dalam item pentaksiran Menggunakan kata tugas yang sesuai dalam pembinaan item pentaksiran
Moz@c

KATA TUGAS 1. Suatu kata kerja yang

berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item
Moz@c

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Takrifkan / Definisikan  Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi. Nyatakan  Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut. Senaraikan  Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori dan sebagainya secara spesifik tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya
Moz@c

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Namakan  Memberikan kata panggilan yang spesifik terhadap suatu perkara Labelkan  Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi dan sebagainya Kenalpastikan  Memberikan petunjuk atau makluman terhadap suatu benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
Moz@c

KATA TUGAS
Contoh Kata Tugas:
Terjemahkan  Menukarkan suatu bentuk maklumat kepada suatu bentuk maklumat lain tanpa mengubah makna maklumat tersebut. Tukarkan bentuk  Mempersembahkan maklumat kepada suatu bentuk lain yang lazim Ringkaskan  Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utama pernyataan itu
Moz@c

KATA TUGAS
Contoh kata tugas:
Anggarkan  Memberikan suatu sukatan yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-ciri suatu pengetahuan tertentu Ramalkan  Memberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau corak tertentu

Moz@c

KATA TUGAS

2. Membayangkan kerencaman tugasan

Moz@c

KATA TUGAS
Contoh kata tugas: Lukiskan  Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi memperincikan suatu benda atau perkara Lakarkan  Memberikan persembahan berbentuk grafik secara kasar tanpa memerlukan perincian atau mengikut skala

Moz@c

KATA TUGAS
Contoh kata tugas: Berapakah  Memberikan suatu kuantiti secara terus atau kiraan mudah dan tidak melibatkan prosedur hitungan tertentu Hitungkan  Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi melalui prosedur hitungan tertentu seperti menggunakan rumus

Moz@c

KATA TUGAS

3. Suatu kata tugas tidak unik bagi sesuatu objektif pentaksiran

Moz@c

KATA TUGAS
Contoh penggunaan Kata Tugas Lakarkan simbol bagi DAN  Tugasan ini mentaksir pengetahuan tentang konvensi (simbol) Lakarkan satu litar yang menunjukkan gabungan get-get logik yang mungkin terdapat di dalam kotak hitam itu  Tugasan ini mentaksir kebolehan mensintesis

Moz@c

KATA TUGAS 4. Terdapat Kata Tugas yang memerlukan sokongan beberapa perkataan lain atau frasa untuk menjelaskan tugasan.

Moz@c

KATA TUGAS
Contoh penggunaan kata tugas Jelaskan bagaimana anda boleh mengubahsuai sistem pengairan di atas supaya penggunaan tenaga dapat dijimatkan di samping mengekalkan keupayaan pengairan ladang itu.

Moz@c

KATA TUGAS
RENUNGAN/PERBINCANGAN  Cuba senaraikan Kata Tugas yang pernah anda gunakan dalam penulisan item untuk ujian peringkat sekolah. Bagi setiap Kata Tugas itu, bincangkan bentuk respons yang diharapkan daripada pelajar.
Moz@c

KATA TUGAS
RENUNGAN/PERBINCANGAN  Adakah anda puas hati dengan kesesuaian Kata Tugas yang anda pernah gunakan itu ? Bincangkan dalam kumpulan, pengalaman anda tentang penggunaan Kata Tugas.

Moz@c

KATA TUGAS
RUJUKAN TAMBAHAN Rujuk senarai Kata Tugas yang diedarkan  Cuba lihat kesesuaiannya dengan item pentaksiran bagi matapelajaran yang anda ajar.  Cuba tuliskan 5 item dengan menggunakan Kata Tugas yang berlainan.
Moz@c

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.