SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN PKP 3117

PEMBENTANG NORMI ZARIFAH BINTI MOHD ISHA NURUL HUSNA BINTI JAMALUDDIN PENSYARAH PUAN JAIMAH BINTI ABDUL MANAF

PENGENALAN
Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”, „Penglipur‟ membawa maksud penghibur, manakala „Lara‟ pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata „Penglipur‟ dan „Lara‟ membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita.

PENGENALAN
Cerita Penglipur Lara terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.

CONTOH KARYA CERITA PENGLIPUR LARA
o Hikayat Raja Donan o Hikayat Anggun Cik Tunggal o Hikayat Raja Muda o Hikayat Malim Deman o Hikayat Awang Sulung Merah Muda o Hikayat Malim Dewa

CIRI-CIRI CERITA PENGLIPUR LARA

DARI SEGI TEMA
•Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati. •Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. •Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya.

•Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara. •Para wira lazimnya akan memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan untuk berjaya dan mencapai hajat wira. • Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati.

DARI SEGI WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dan perwatakan dalam cerita Penglipur lara terbahagi kepada tiga golongan iaitu : • Watak Utama (Protagonis) • Watak Pembantu • Watak Jahat (Antagonis)

Watak Utama (Protagonis)
Watak utama dalam cerita penglipur Lara terdiri dalam kalangan putera puteri raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik dan mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat dalam kebanyakan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yang tertentu. Di sini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagaibagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tetapi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.

Watak Pembantu

Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama samada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan Bujang Selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk watak utama.

Watak Jahat (Antagonis)
Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utama dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini dianggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan.

DARI SEGI STRUKTUR ISI CERITA / PLOT
i) Bahagian awal:
Pada bahagian awal diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan latar belakang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadangkadang digambarkan kelahiran wira juga akan disertai dengan benda atau senjata yang ajaib penuh kesaktian.

ii) Bahagian Pengembaraan:
•Pada bahagian perkembangan atau pengembaraan diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana untuk mengembara dengan tujuan-tujuan yang tertentu. • Dalam pengembaraan tersebut wira akan menghadapi pelbagai halangan, rintangan dan penderitaan yang menguji kesabaran atau ketabahan dalam mengharunginya. • Peperangan juga berlaku di antara watak wira dengan watak jahat yang cuba menghalang hasrat wira mencapai tujuan pengembaraannya. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi atau dikalahkan.

iii)Bahagian Akhir: •Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan.

•Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteriisterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.

DARI SEGI PUSAT CERITA
Cerita berpusat di kalangan putera-puteri raja. Perkembangan cerita-cerita penglipur lara berkisar di sekitar istana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan puteraputeri raja. Latar cerita meliputi dunia dan alam kayangan atau fantasi. Alam kayangan menjadi tempat tinggal dewa-dewi, mambang dan jin. Dalam cerita-cerita penglipur lara, keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewadewi dari kayangan. Malah sering ditemui dalam cerita Penglipur lara di mana wira sentiasa mendapat bantuan atau pertolongan dewa-dewi setiap kali menghadapi saat genting atau musuh.

BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI
• Keseluruhan cerita Penglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia didengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.

FUNGSI CERITA PENGLIPUR LARA
• Sebagai alat hiburan • Sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral • Sebagai Pengekalan Norma Dan Sistem Etika Masyarakat • Sebagai Alat Gambaran Masyarakat

CARA PENYAMPAIAN DAN GAYA BAHASA
i. Penceritaan dalam bentuk prosa (naratif) diselang selikan dengan bahasa puisi yang indah dan berirama. Kesan penggunaan bahasa puisi itu berupaya menimbulkan keindahan kerana menggunakan kata seperti kata-kata perbandingan atau kiasan , kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainya.

i.

i. Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti sedih, gembira, terharu, bahagia dan lain-lain. ii. Keindahan dari sudut gaya penyampaian dan disampaikan mengikut irama

http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/cerit a-penglipur-lara-definisi-menurut.html http://www.scribd.com/doc/13826855/CERITAPENGLIPULARA http://sasterasmso.tripod.com/id1.html