PKP 3117

NOVEL KANAK-KANAK
Disediakan Oleh : Nadhilah Alias Zaitinoridah Hamzah PISMP PL 1 JAN 09 Pensyarah : Pn Jaimah Abd Manaf

KONSEP NOVEL
• Salah satu jenis kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk prosa cereka, punyai ruang dan waktu tertentu, pelaku-pelaku dalam novel dinamai watak dan mempunyai plot.

APA ITU NOVEL?
• Novel merupakan kisah rekaan yang panjang serta ditulis dalam bentuk prosa serta memaparkan pengalaman hidup manusia sebagai sumber penulisan. • Novel dapat berbentuk cerita rekaan (cereka) yang memaparkan peristiwa benar yang berlaku atau dialami oleh pelaku (watak) atau kisah khayalan yang ditulis secara kreatif dan menarik.

• Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan memerlukan latar, watak dan masa yang lebih panjang. • Misalnya novel untuk bacaan remaja, mengandungi antara 25 000 hingga 40 000 perkataan, atau antara 120 hingga 299 halaman A4. • Contoh : Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said (Teks Komsas Tingkatan 4) hanya setebal 134 halaman.

CIRI-CIRI NOVEL
• Novel yang baik dan bermutu sewajarnya memperlihatkan ciri seperti : 1) tema 2) plot (urutan peristiwa) 3) subplot 4) teknik penceritaan 5) latar 6) gaya bahasa,

7) watak dan perwatakan 8) sudut pandangan untuk dihayati oleh pelajar dan pembaca.

TEMA NOVEL
• Tema merupakan idea utama atau persoalan pokok yang mengawal karya sastera. • Misalnya, tema peperangan, percintaan atau penyelewengan. • Dalam novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, tema utama ialah kesan buruk yang timbul akibat peperangan melahirkan pelbagai persoalan lain seperti masalah sosial, ekonomi, dan politik.

PLOT (URUTAN PERISTIWA)
• Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun ceritanya. • Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran pengarang berkenaan. • Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan unsur ketegangan (suspens) untuk menimbulkan minat pembaca.

SUBPLOT
• Subplot bermaksud plot sampingan atau plot tambahan kepada plot utama. • Kebanyakan penulis novel menerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk menjadikan cerita lebih menarik.

TEKNIK PENCERITAAN
• Pengarang mungkin menggunakan teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca. • Teknik penceriataan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian dan teknik laporan. • Misalnya, Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, memperlihatkan pelbagai teknik penceriataan.

LATAR
• Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang, waktu, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam novel. • Novel Terminal Tiga oleh Othman Puteh, misalnya menggunakan latar masa di antara tahun 1994 hingga 1995, di samping menggunakan latar negeri Sabah dan Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) sebagai latar tempat penceritaan.

• Namun begitu, latar tidak terbatas pada masyarakat manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar penceritaan. • Contohnya, Marwilis Haji Yusuf menggunakan masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua.

GAYA BAHASA
• Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya. • Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata (sejumlah perkataan) yang sesuai dengan keadaan dan penceritaan serta menggunakan perkataan pilihan dengan wajar dan berhati-hati.

• Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang guna kosa kata betul, mudah, tepat dan ringkas serta sopan, tidak bergaya bahasa Inggeris atau Arab yang keterlaluan. • Pengarang novel juga kerap menggunakan bahasa harian atau dialek untuk mewujudkan kesan ‘sebenar’ terhadap penceritaan watak-watak tertentu dalam novelnya. • Misalnya, Shahnon Ahmad menerusi novelnya Ranjau Sepanjang Jalan, menggunakan banyak unsur dialek Kedah.

WATAK & PERWATAKAN
• Watak bermaksud pelaku untuk menggerakkan cerita menerusi aksi dan dialog. • Perwatakan pula, bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak. • Dalam novel, biasanya diperlihatkan watak yang banyak dan peristiwa yang pelbagai.

• Watak-watak ini boleh dipanggil watak utama, watak sampingan, watak putih, watak hitam, watak pipih, watak bulat, watak dinamik atau statik. • Maksudnya, dalam novel terdapat pelaku yang baik, jahat, yang mulanya jahat kemudian menjadi baik, yang bercampur sekejap baik atau sekejap jahat dan sebagainya.

SUDUT PANDANGAN
• Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembah bahan cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi atau perlakuan sesuatu watak dalam cerita. • Dalam penulisan, pengarang mungkin menggunakan beberapa sudut pandangan untuk menggambarkan pemikiran dan tindak-tanduk watak. • Misalnya, sudut pandangan objektif, sudut pandangan serba tahu dan sudut pandangan terhad.

NILAI MURNI & PENGAJARAN
• Novel sarat dengan nilai murni dan pengajaran. • Antara nilai murni dalam KBSM yang diserap dalam karya sastera ialah:

1) baik hati – baik hati mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas. 2) berdikari – kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung pada orang lain.

3) kasih sayang – iaitu perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap sesuatu. 4) kebebasan – boleh melakukan sesuatu tanpa batasan. Misalnya. Kebebasan di sisi undangundang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

JENIS NOVEL
1) Novel sosial – ceritanya menyentuh perkara yang berkaitan dengan masyarakat yang memfokus pada beberapa persoalan seperti pendidikan, pergaulan, pendidikan dan ekonomi. contoh : Panas Salju (Talib Samat)

2) Novel kekeluargaan – iaitu ceritanya menyentuh halhal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. contoh : Meniti Kaca (Raja Sabarudin Abdullah) 3) Novel sejarah – ceritanya berdasarkan peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku. contoh : Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)

4) Novel satira– iaitu ceritanya berbentuk sindiran menerusi penggunaan watak amnusia dan watak bukan manusia. contoh : Putera Gunung Tahan (Ishak Hj Muhammmad) 5) Novel pengembaraan – ceritanya berkisar kepada pengembaraan watak. contoh : Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)

6) Novel biografi– iaitu ceritanya mengenai riwayat tokoh tertentu dan penceriataannya dilakukan oleh orang lain yang disampaikan dalam bentuk kreatif. contoh : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)

RUJUKAN
• Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari ( ). Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran.