GURINDAM

Disediakan Oleh : Siti Armiza Ramlan Faizah Ismal Nor Hidayah Nopiah Pensyarah Pembimbing : Puan Jaimah binti Abdul Manaf

GURINDAM
• Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya di Sumatera. • Di Sumatera, gurindam juga dikenali dengan nama Muslihat Acheh, Gurindam Barus, Lagak Minang, dan sebagainya. • Asal usul perkataan gurindam adalah daripada Bahasa Sanskrit dan dikatakan memasuki Bahasa Melayu melalui Bahasa Tamil iaitu 'kirandum'.

STRUKTUR
• Terikat. Bentuk gurindam terikat terdiri daripada dua baris serangkap dengan rima akhirnya yang sama. • Tidak terikat. Bentuk gurindam yang tidak terikat pula, jumlah barisnya tidak tetap, manakala rima akhirnya bebas

CIRI-CIRI
• Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab. • Rima hujungnya sama iaitu a-a • Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius • Merupakan puisi bertulis

PERANAN & FUNGSI
• Berfungsi untuk mendidik rakyat • Berfungsi sebagai hiburan • Berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat.

GAYA BAHASA & GURINDAM
Asonansi • Perulangan bunyi huruf vokal Aliterasi • Perulangan bunyi huruf konsonan Rima akhir • Bunyi suku kata akhIrnya adalah sama – a-a Citra/imej • Memberi gambaran sesuatu seperti sikap seseorang Perulangan kata • Perkataan berulang beberapa kali

Inversi • Pembalikan kata • Contoh : Tidak boleh orang berbuat onar- sepatutnya ditulis “ Orang tidak boleh berbuat onar”

SELOKA
Disediakan Oleh : Siti Armiza Ramlan Faizah Ismal Nor Hidayah Nopiah Pensyarah Pembimbing : Puan Jaimah binti Abdul Manaf

DEFINISI
• Kata seloka berasal daripada bahasa Sanskrit “shloka”. • Puisi jenis ini digunakan di dalam epik Mahabharata dan Ramayana. • Walau bagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit.

CIRI-CIRI
• Sejenis puisi bebas Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. • Rangkapnya tidak tetap • Tidak tetap jumlah baris serangkap • Tidak tetap jumlah perkataan sebaris • Ada yang berima dan ada yang tidak. • Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat) • Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap. • Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda

PERANAN & FUNGSI
• Berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda, atau berjenaka.

STRUKTUR
Seloka bentuk terikat • empat baris serangkap • empat patah perkataan sebaris • 8-12 suku kata sebaris • skima rima tengah/ hujung ab;ab atau aa;aa • ada pembahagian pembayang dan maksud • atau seluruhnya maksud

Seloka bentuk bebas • Rima tengah / rima hujungnya juga tidak ditentukan pola (rima bebas), namun seelokknya ada unsur permainan bunyi (asonansi/ aliterasi) agar kedengaran indah sewaktu dilafazkan • Tidak ada had bagi jumlah kata sebaris atau jumlah baris serangkap. Juga tidak dihadkan jumlah baris yang menjadi induk kalimat dan jumlah baris yang menjadi anak kalimat. Bergantung kepada kesesuaian perlukisan watak atau gambaran situasi. • Tidak ditentukan pada baris manakah letaknya induk kalimat ; boleh di awal pertengahan atau akhir rangkap. • Idea utama/ idea sampingan berfungsi sebagai induk kalimat

Gaya Bahasa
Asonansi • Perulangan bunyi huruf vokal Aliterasi • Perulangan bunyi huruf konsonan

Sinkof • Singkatan kata
• Penggunaan peribahasa

Hiperbola • Gaya bahasa perbandingan yang berlebih-lebihan
Anafora • Pengulangan di awal baris